• Tidak ada hasil yang ditemukan

METOD KAJIAN

3.2 Sumber dan Kaedah Pengumpulan Data

Data boleh diertikan sebagai butir maklumat yang memberikan gambaran tentang satu kejadian atau persoalan (Syed Arabi, 1998). Data yang diperoleh akan membantu penyelidik secara terus menjawab persoalan yang dibangkitkan dalam penyelidikan. Data yang baik ialah data yang benar, lengkap dan dapat digunakan secara luas. la boleh memberikan gambaran tentang sesuatu masalah secara menyeluruh. Sumber data kajian diperoleh melalui dua sumber utama iaitu sumber primer dan sekunder. Data primer ialah data asal yang dikutip sendiri oleh seseorang pengkaji, khas untuk kegunaan penyelidikan yang sedang dijalankannya daripada kerja luar di lapangan (Abd Rahim et al., 1999; Izham, 2008).

Data primer diperoleh melalui kaedah temubual sama ada formal dan informal serta edaran borang kaji selidik dalam kalangan responden yang dipilih dan juga daripada bahan-bahan data berangka terbitan jabatan-jabatan kerajaan dan pihak yang berautoriti (Syed Arabi, 1998). Kaedah kepustakaan dan rujukan atas talian internet telah digunakan untuk mendapatkan data sekunder yang berkaitan data-data pembangunan kawasan kajian dan persepsi pihak yang berkenaan terhadap polisi perumahan negara. Data juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu data kualitatif dan data kuantitatif. Data kualitatif tidak

dinyatakan dalam sifat perangkaan. Butir maklumat yang diperoleh menyatakan pendapat atau pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara. Kemudian data kuantitatif dinyatakan dalam bentuk perangkaan (Izham, 2008).

Dalam kajian ini, data kuantitatif diperoleh dengan menggunakan data keputusan pilihan raya umum (PRU) 2008 dan juga PRU-13, 2013 secara perbandingan bagi kawasan Parlimen dan Daerah Mengundi yang mempunyai PPR di seluruh Kuala Lumpur dan juga data populasi penduduk di kawasan PPR dari segi ekonomi, sosial dan politik. Data kualitatif pula diperoleh daripada temubual secara formal dan tidak formal dalam bentuk pendapat atau persepsi responden atau informan yang ditemubual (Rujuk Lampiran 2 hingga Lampiran 8).

3.2.1 Kaedah temubual

Kaedah temubual dilakukan secara formal. Data kualitatif ini diperoleh melalui kaedah temubual ‘in depth study’. Kaedah temubual ‘in depth study’ merupakan kaedah kajian yang dilakukan secara ‘mendalam’ melalui temubual bersemuka. Dalam konteks kajian ini, temubual dilakukan untuk mencungkil dengan mendalam terhadap aspek polisi atau dasar perumahan, ciri-ciri, permasalahan atau isu serta keberkesanan dasar perumahan untuk kesejahteraan rakyat. Kaedah ini dilakukan secara analitikal dengan menemubual pegawai yang berkaitan dengan perumahan di ibu pejabat bahagian perumahan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pegawai di bahagian Pengurusan Rumah PPR, DBKL. Temubual tersebut dilakukan untuk mengetahui secara analitikal terhadap dasar dan program perumahan.

3.2.2 Kumpulan berfokus

Kumpulan berfokus atau Focus Group Discussion (FGD) juga disebut sebagai metod dan teknik pengumpulan data kualitatif dengan cara melakukan wawancara kelompok. FGD juga dapat didefinisikan sebagai suatu metod dan teknik dalam mengumpulkan data kualitatif di mana sekelompok orang berdiskusi tentang suatu fokus masalah atau topik tertentu dipandu oleh seorang atau dua orang fasilitator atau moderator. Dengan menggunakan FGD, dalam waktu relatif singkat (cepat) dapat dicungkil mengenai persepsi, pendapat, sikap, motivasi, pengetahuan, masalah dan harapan perubahan berkaitan dengan masalah tertentu. Dalam kajian ini, kaedah FGD digunakan untuk mendapatkan pandangan daripada seorang ahli jawatankuasa penduduk daripada 14 skim PPR seluruh Kuala Lumpur mengenai situasi politik, ekonomi dan sosial terhadap penghuni PPR yang dikaji. Dari segi pengendalian sesi FGD, terdapat 5 kumpulan dengan 5 orang bagi setiap kumpulan yang dimonitor dan diselia oleh 2 orang pembantu penyelidik yang dilantik bagi setiap kumpulan.

3.2.3 Soal selidik

Satu set borang kaji selidik yang disediakan bagi mendapat maklum balas dan analisis politik, sosial dan ekonomi di kawasan kajian. Setiap sampel diberikan satu set borang soal selidik yang mengandungi persoalan-persoalan seperti latarbelakang sosioekonomi; analisis polisi perumahan; analisis politik, sosial dan ekonomi; serta cadangan untuk memantapkan PPR (Rujuk Lampiran 1).

Bagi soalan tertutup, terdapat dua jenis soalan iaitu soalan yang menggunakan skala dan soalan yang bersifat fakta. Bagi soalan skala, terdapat tiga skala jawapan yang disediakan iaitu setuju, tidak setuju dan tidak pasti manakala soalan fakta merujuk kepada persoalan-persoalan latar belakang sosioekonomi yang mempunyai skop jawapan tertentu.

Untuk soalan terbuka, terdapat sama ada satu atau lebih ruang jawapan yang disediakan untuk responden menjawab persoalan yang dikemukakan.

Bagi Bahagian A iaitu ‘Latar Belakang Responden’, tujuan bahagian ini ditanyakan adalah untuk mengetahui profil responden dari segi jantina, umur, bangsa, pekerjaan dan pendapatan untuk dikaitkan dengan hasil atau dapatan kajian bagi soalan-soalan yang ditanya melalui kaedah statistik crosstab (ujian taburan silang) agar hasil dan perbincangan lebih lengkap, mendalam dan analitikal. Untuk Bahagian B ‘Sumber Maklumat’, bahagian ini adalah penting untuk mengetahui sumber maklumat responden kerana sumber maklumat akan mempengaruhi tahap pengetahuan dan juga tahap atau cara berfikir responden yang dikaji yang diterjemahkan melalui persepsi dan partisipasi responden sama ada dalam politik, sosial mahupun ekonomi. Bagi Bahagian C ‘Dasar Perumahan Negara (DRN) dan Program Perumahan Rakyat (PPR), tujuan soalan-soalan dalam bahagian ini diajukan adalah untuk menguji tahap pengetahuan dan pemahaman responden terhadap tujuan dasar dan program perumahan yang dijalankan oleh kerajaan. Dengan ditanyakan soalan-soalan dalam bahagian ini diharapkan responden berpengetahuan dan memahami hasrat kerajaan untuk memastikan kehidupan rakyat terutamanya warga bandar dalam keadaan baik, selesa seterusnya menghasilkan kualiti hidup yang baik.

Bagi Bahagian D ‘Ekonomi’, bahagian ini ditanyakan untuk mengetahui reaksi responden terhadap senario ekonomi antara sebelum dengan selepas menduduki rumah PPR. Bahagian ini juga cuba merungkai tahap pembangunan, kadar sewa beli rumah, kepuasan terhadap rumah PPR yang diduduki, serta faktor atau impak ekonomi yang dialami oleh mereka. Turut ditanyakan soalan terbuka dari segi harga, struktur binaan, kemudahan awam yang disediakan, keselamatan dan lain-lain. Bagi Bahagian E ‘Sosial’, bahagian ini ditanyakan untuk mengetahui keadaan hubungan dengan jiran, masalah sosial, serta impak sosial mereka di rumah PPR tersebut. Untuk Bahagian F ‘Politik dan Polisi

Awam/Kerajaan’, bahagian ini ditanyakan untuk mengetahui pandangan responden terhadap motif kerajaan menyediakan rumah PPR sama ada benar-benar untuk membantu masyarakat bandar atau untuk mendapat sokongan politik, pandangan terhadap isu-isu politik dan dasar kerajaan, keahlian dalam parti politik, partisipasi dalam politik, pandangan terhadap prestasi pemimpin dan pihak berkuasa/kerajaan dan parti pilihan dalam PRU ke-13 yang lalu. Bahagian F ini adalah penting kerana pengaruh geopolitik terhadap PPR akan dapat dianalisis melalui soalan-soalan yang ditanyakan.

3.2.4 Persampelan

Dalam sains sosial, bahan kajian ialah manusia dan persekitarannya. Istilah populasi dan sampel merupakan perkara penting dalam menentukan sesuatu subjek kajian. Populasi merupakan keseluruhan satu set atau koleksi semua pengukuran yang diperoleh daripada semua individu atau objek yang menjadi tumpuan kajian atau minat penyelidikan yang boleh diukur cirinya manakala sampel pula ialah satu subset pengamatan atau sebahagian kecil yang diambil daripada satu populasi tertentu (Yahaya, 2001; Izham, 2008; Rozmi, 2013). Dalam kajian ini, terdapat 28,337 populasi ketua isi rumah di 25 PPR di Kuala Lumpur. Dalam penyelidikan ini, sebanyak 1,069 responden disoal selidik di kesemua 25 kawasan PPR dengan menggunakan satu set borang soal selidik dan responden setiap PPR dibahagikan lagi mengikut etnik (Lihat Jadual 3.1). Penentuan sampel adalah berdasarkan kepada teknik simplified sample size formula yang diguna Taro Yamane (1967a; 1967b) iaitu n = N/(1+Ne2) dengan margin error +- 3 peratus dan aras keyakinan 95 peratus. ‘N’ mewakili jumlah populasi, ‘n’ ialah jumlah sampel yang dipilih manakala ‘e’ pula ialah

___N___ 1 + Ne2 ______28377____ 1 + 28377 (0.03)2 __28377_ 26.5393 = 1069.2445 = 1069

Jumlah sampel bagi setiap PPR ditentukan melalui pengiraan berikut (contoh pengiraan bagi PPR Desa Petaling):

Populasi Ketua Isi Rumah PPR sebuah PPR x Sampel Keseluruhan PPR di Kuala Lumpur Populasi Keseluruhan PPR di Kuala Lumpur

632__ x 1069 28377

= 24

Jumlah sampel mengikut etnik bagi setiap PPR ditentukan melalui pengiraan berikut (contoh pengiraan bagi PPR Desa Petaling):

Populasi Ketua Isi Rumah PPR Mengikut Etnik Sebuah PPR x Sampel Ketua Isi Rumah sebuah PPR Populasi Ketua Isi Rumah PPR sebuah PPR

213 (Melayu) x 24 632

= 8

Jadual 3.1: Populasi dan Persampelan Responden bagi Perumahan PPR (Program