• Tidak ada hasil yang ditemukan

dan Pembelajaran

METODOLOGI KAJIAN

3.6 Analisis Data .1 Analisis Profil

3.6.3 Analisis Data Kualitatif

Bagi menganalisis profil guru, penyelidik menggunakan transkrip temu bual untuk mendapatkan maklumat berkaitan umur, kelayakan ikhtisas, pengalaman mengajar bahasa Arab, pengalaman menggunakan komputer serta pengetahuan guru berkaitan multimedia dalam pengajaran. Jadual 3.2 di atas merupakan rumusan bagi analisis profil guru.

3.6.1.2 Profil Pelajar

Jadual 3.3: Bilangan dan Peratusan Pelajar yang Menjadi Responden Kajian

Sekolah Pelajar Tingkatan

1 101(20.1% ) 4 2 45 (9.0% ) 4 3 82 (16.3% ) 4 4 95 (18.9% ) 4 5 99 (19.7% ) 4 6 80 (15.9% ) 4 Jumlah 502 (100%)

3.6.2 Analisis Data Kuantitatif

Bagi menganalisis data kuantitatif, penyelidik telah menggunakan program SPSS

Versi 13.0.

3.6.3 Analisis Data Kualitatif

Penyelidik telah membina konstruk soal selidik berdasarkan sorotan kajian lepas dengan memfokuskan teori dan prinsip pembelajaran multimedia oleh Richard E.Mayer (2009). Data yang dikumpul melalui soalan soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik diskriptif dan inferensi. Kaedah diskriptif

115 boleh menghuraikan secara keseluruhan dapatan kajian. Bagi menjelaskan dan menghuraikan secara mendalam, kaedah inferensi digunakan melalui perisian SPSS versi 13.0.

Dalam bab 1 penyelidik telah membentuk persoalan kajian seperti berikut:

1) Apakah persepsi guru terhadap penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran bahasa Arab berkaitan:

a. kesan penggunaan perisian multimedia terhadap proses pengajaran bahasa Arab

b. kesan pengintegrasian elemen multimedia dalam pengajaran bahasa Arab Kesan penggunaan perisian multimedia terhadap pedagogi pengajaran bahasa Arab

c. kesan penggunaan multimedia dalam pedagogi pengajaran bahasa Arab

Bagi menjawab persoalan di atas, penyelidik telah menggunakan analisis kandungan (Content Analysis) untuk menganalisis data melalui transkrip temu bual.

2) Apakah persepsi pelajar tentang penggunaan perisian multimedia dalam pembelajaran bahasa Arab berkaitan:

a. Kesan penggunaan multimedia dalam pembelajaran.

b. Keberkesanan pengintergrasian elemen multimedia dalam pembelajaran bahasa Arab.

116 c. Kesan penggunaan perisian multimedia dalam penguasaan kemahiran

belajar.

Bagi menjawab persoalan di atas, penyelidik telah menganalisis data soal selidik menggunakan SPSS Versi 13.0 untuk memperolehi kekerapan (frequency) bagi tema setiap persoalan.

3) Mengenal pasti elemen multimedia yang berkesan dalam pengajaran

al-Qawāc

id al-cArabiyyah yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah

Bagi menganalisis data berkaitan objektif 3 di atas, penyelidik juga telah menggunakan `Analisis kandungan` (Content Analysis) untuk menjawab persoalan kajian.

Secara keseluruhannya, proses analisis data dirumuskan seperti dalam Rajah 3.1 di bawah:

Rajah 3.1: Rumusan Analisis Profil, Data Kualitatif dan Kuantitatif

ANALISIS DATA Analisis profil Kekerapan (frequency) Data Kuantitatif Guru Transkrip temu bual Pelajar Borang soal selidik Soal Selidik Pelajar (502 pelajar) Data Kualitatif Temu Bual Guru (5 Guru) Temu Bual Pelajar (19 Pelajar)

117 3.6.4 Proses Pembinaan dan Pemurnian Soal Selidik

Item soal selidik telah dibina berdasarkan sorotan literatur yang telah dijalankan. Untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan soalan kajian bagi soal selidik, temu bual dan pemerhatian pengajaran, penyelidik telah mendapatkan pengesahan konstruk (construct validation) daripada pakar- pakar dalam bidang penyelidikan, multimedia dan bahasa Arab. Setelah itu penyelidik telah menjalankan kajian awal (pilot test) ke atas 2 orang guru (bagi dan temu bual guru) yang telah disahkan dan 40 orang pelajar (bagi soal selidik dan temu bual pelajar) yang telah disahkan.

Proses ini dijalankan di salah sebuah yang terlibat dengan kajian. Ini adalah penting untuk mengelakkan ralat instrumen (kekaburan soalan). Penyelidik telah mentadbir sendiri pengagihan soalan soal selidik kepada pelajar dalam peringkat ini. Selain berada sendiri bersama pelajar di dalam bilik darjah, penyelidik juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan soalan secara terus sekiranya terdapat item soalan yang kurang jelas dan mengelirukan mereka.

Penyelidik tidak menghadapi masalah semasa menjalankan kajian awal (pilot test) ke atas responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat di salah sebuah sekolah yang menjadi sampel kajian. Pihak pengurusan sekolah telah memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam memastikan proses kajian awal berjalan dengan lancar.

118 Penyelidik telah pergi sendiri ke lokasi- lokasi kajian di seluruh Sarawak dan mengedar sendiri borang soal selidik kepada pelajar setelah berbincang dan memohon kelulusan dari pihak pengurusan setiap sekolah yang terlibat. Borang kebenaran menjalankan penyelidikan dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak diserahkan kepada pihak pengurusan bagi sekolah- sekolah berkenaan. Ini adalah untuk memastikan proses kajian yang dijalankan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan dan permasalahan.

Penyelidik memohon kepada pihak pengurusan sekolah yang terlibat untuk membenarkan penyelidik menjalankan sendiri pengagihan serta pentadbiran borang soal selidik di sekolah- sekolah yang berkenaan iaitu sebanyak lima buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), manakala sebuah SMKA (Sekolah 3) lagi diurus dan ditadbir oleh Ketua Panitia Bahasa Arab sekolah tersebut. Penyelidik telah berbincang dengan ketua panitia sekolah berkenaan seterusnya memberi senarai arahan kepada mereka sama seperti proses pentadbiran soal selidik yang diselia oleh penyelidik sendiri di lima buah sekolah yang telah dinyatakan.

Bagi sekolah- sekolah yang diselia sendiri oleh penyelidik, penyelidik berada bersama responden kajian semasa mereka menjawab soalan soal selidik berkenaan. Ini adalah untuk memastikan sebarang masalah atau kesamaran dalam item- item soalan diterangkan dengan jelas dan tepat oleh penyelidik mengikut kehendak kajian. Tempoh yang diberikan untuk mereka menjawab soalan tersebut adalah

119 selama 30 minit, selepas itu penyelidik mengumpul sendiri kertas – kertas soalan tersebut dan meletakkannya ke dalam sampul yang telah disediakan.

Dalam proses mentadbir soal selidik, beberapa masalah dihadapi oleh penyelidik, seperti masa pertemuan dengan pelajar. Penyelidik terpaksa menunggu masa yang tepat untuk membolehkan penyelidik menjalankan kajian soal selidik. Ini kerana kelas yang terlibat dalam penyelidikan dijalankan secara luar sidang iaitu di sebelah petang. Masalah ini hanya berlaku di salah sebuah sekolah yang menjadi lokasi kajian.

3.7 Ringkasan

Dalam bab ini, antara perkara yang telah dibincangkan secara mendalam ialah model prosidur kajian, sampel kajian yang terdiri daripada 502 pelajar tingkatan empat (keseluruhan populasi) serta 5 orang guru yang mengajar bahasa Arab. Pemilihan sampel guru adalah secara purposive sampling di mana kesemua sampel terlibat secara langsung dalam proses pengajaran Bahasa Arab Tinggi Tingkatan Empat yang menjadi objek kajian. Instrumen kajian turut dibincangkan dalam bab ini di mana penyelidik telah memilih kaedah temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Skop topik kajian serta kaedah menganalisis data juga dijelaskan dalam bab ini.

120 BAB KEEMPAT

REKA BENTUK DAN APLIKASI PERISIAN MULTIMEDIA BAHASA