• Tidak ada hasil yang ditemukan

Proses Pengajaran-pembelajaran Mengikut Teori Kognitivisme

TINJAUAN KAJIAN DAN PENULISAN YANG BERKAITAN

2.3 Teori Kognitivisme

2.3.1 Proses Pengajaran-pembelajaran Mengikut Teori Kognitivisme

Dalam proses pembelajaran, kognitivisme memberi tumpuan kepada perkara berikut (Yusup dan Razmah, 2006):

1. Cara maklumat disusun dan distruktur (Bruner, 1968; Piaget, 1977; Papert, 1982)

2. Kesediaan mental untuk belajar (Bruner, 1968; Salomon, 1979; Clarke, 1989; Winn, 1984)

3. Gerak hati atau intuisi (Bruner, 1966)

4. Motivasi atau keinginan belajar (Keller, 1983)

Kognitivis melihat pelajar sebagai pencari ilmu yang aktif dalam proses pembelajaran. Proses pembelajaran berlaku apabila pelajar melibatkan diri secara aktif untuk memahami dan mentafsir apa yang dipelajarinya. Proses pendidikan melibatkan penerokaan mental yang aktif untuk membina dan memperkembangkan struktur mental pelajar.

52 2.3.2 Teori Kognitivisme dan Penggunaan Media

Bebarapa prinsip pengajaran wujud dalam era kognitivisme. Untuk mereka bentuk dan membina pengajaran khususnya yang berlandaskan media pengajaran, golongan kognitivis mencadangkan beberapa panduan iaitu:

1. Kecenderungan belajar: Media pengajaran yang digunakan dapat menimbulkan minat pelajar untuk belajar.

2. Pelajar perlu terlibat aktif dalam pembelajaran: Media pengajaran dapat menggalakkan pelajar berfikir secara aktif dan menghasilkan pengetahuan baru dengan membuat perkaitan antara bahan pembelajaran dengan apa yang telah mereka ketahui. Sementara itu, guru bertindak sebagai pengurus pembelajaran yang menyediakan bahan media yang sesuai dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif.

3. Penstrukturan pengetahuan dan maklumat yang disampaikan: Pengalaman pembelajaran yang berstruktur, contohnya dari konkrit ke abstrak. Pelajar lebih mudah memahami tulisan komputer atau visual computer setelah pernah melihat dan menggunakan komputer yang sebenarnya. Penggunaan media merapatkan jurang antara konsep konkrit dan konsep abstrak.

4. Organisasi maklumat: Organisasi maklumat dalam media harus mengambil kira keupayaan pelajar dari segi memproses maklumat (Miller, 1956; Gagne`, 1979) dan pertindihan pengalaman antara guru dan pelajar. Pertimbangan juga harus diberi kepada pelajar yang berbeza dari segi gaya pembelajaran.

53 2.3.3 Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia

Pembelajaran multimedia berlaku apabila pelajar menggunakan informasi yang dipersembahkan dalam dua atau lebih format seperti persembahan animasi berasaskan visual dan persembahan naratif berasaskan verbal untuk membina pengetahuan. Oleh itu, reka bentuk persekitaran multimedia perlu bersesuaian dengan bagaimana manusia belajar atau dengan kata lain bagaimana manusia memproses maklumat (Mayer, 2001) (Rajah 2.1), Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (Mayer, 2001) diasaskan dari Paivio`s Dual-coding Theory (Paivio, 1986, Clark & Paivio, 1991), Baddeley`s Model of Working Memory (1999), dan

Sweller`s Cognitive Load Theory (Chandler & Sweller, 1991).

(a) Pemprosesan Gambar

54 (b) Pemprosesan Perkataan yang Dituturkan

Rajah 2.2: Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (Mayer, 2001): Pemprosesan

Perkataan Yang Dituturkan

(c) Pemprosesan Perkataan Bercetak

Rajah 2.3: Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (Mayer, 2001): Pemprosesan

Perkataan Bercetak

Mayer (2009) menjelaskan bagaimana tiga jenis bahan yang dipersembahkan diproses menurut teori kognitif pembelajaran multimedia iaitu:

55 a. Pemprosesan gambar

Maklumat dalam bentuk gambar dan perkataan disalurkan dari punca- punca luar sebagai persembahan multimedia. Apabila persembahan multimedia mengeluarkan maklumat dalam bentuk gambar, ia akan dilihat oleh mata yang terletak di dalam ingatan deria, ia diproses dalam saluran visual. Seterusnya maklumat yang berbentuk gambar tadi dihantar ke ingatan bekerja. Hasilnya model bergambar yang terbentuk merupakan output berupa pengetahuan yang terbina di dalam ruangan ingatan bekerja seterusnya digabung dan di hantar ke ruang ingatan jangka panjang seseorang.

b. Pemprosesan perkataan yang dituturkan

Apabila persembahan multimedia mengeluarkan maklumat dalam bentuk perkataan yang disebut (bunyi) didengar oleh telinga (ingatan deria), ia diproses dalam saluran audio. Seterusnya maklumat yang berbentuk bunyi tadi dihantar ke ingatan bekerja. Hasilnya model verbal yang terbentuk merupakan output yang merupakan pengetahuan yang terbina di dalam ruangan ingatan bekerja seterusnya digabung dan di hantar ke ruang ingatan jangka panjang yang setara dengan bank maklumat seseorang.

c. Pemprosesan perkataan bercetak

Dalam memproses perkataan yang dicetak, maklumat dalam bentuk teks (perkataan bercetak) disalurkan dari punca- punca luar sebagai persembahan multimedia. Apabila persembahan multimedia mengeluarkan maklumat dalam bentuk teks (perkataan bercetak), ia akan dilihat oleh mata yang terletak di dalam

56 ingatan deria, ia diproses dalam saluran visual. Seterusnya maklumat yang berbentuk teks (perkataan bercetak) tadi dihantar ke ingatan bekerja. Hasilnya model verbal yang terbentuk merupakan output yang merupakan pengetahuan yang terbina di dalam ruangan ingatan bekerja seterusnya digabung dan di hantar ke ruang ingatan jangka panjang seseorang.

Mayer (2001) mengemukakan tiga andaian untuk membina teori ini iaitu:

a. Pengalaman/ maklumat visual dan audio diproses melalui saluran maklumat yang tertentu dan secara berasingan.

b. Setiap saluran pemprosesan maklumat mempunyai had tertentu dalam keupayaan memproses pengalaman/ maklumat.

c. Pemprosesan pengalaman/ maklumat dalam saluran tertentu merupakan satu proses kognitif yang aktif bagi membina perwakilan mental yang logik.

Bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna dalam persekitaran multimedia mengikut Mayer (2001, 2009), pelajar mestilah melalui lima peringkat kognitif iaitu: 1) Memilih perkataan yang sesuai, 2) Memilih imej yang sesuai, 3) Menyusun perkataan-perkataan yang dipilih, 4) Menyusun imej yang dipilih, dan 5) mengintegrasi perwakilan visual dan perwakilan verbal.

Penggunaan visual sangat penting dalam menerangkan dengan lebih lanjut sesuatu maklumat yang akan disampaikan dengan lebih menarik. Menurut Maizurah (2003 dalam Jamilah et al., 2004), menyatakan visual adalah satu bahasa, seseorang yang

57 dikatakan celik literasi visual boleh membaca, menulis dan menterjemah menggunakan bahasa visual.

Heinich (1996 dalam Jamilah et al., 2004) mengatakan bahawa sesuatu reka bentuk visual yang baik harus memenuhi empat tujuan asas reka bentuk visual iaitu: 1. Memastikan maklumat mudah dibaca

2. Mengurangkan kebolehan yang diperlukan untuk menterjemah maklumat. 3. Meningkatkan hubungan aktif pembaca dengan maklumat.

4. Menumpukan perhatian kepada bahagian-bahagian yang penting dalam maklumat.

Menurut Heinich (ibid), 3 perkara yang perlu diberi perhatian dalam Proses Reka Bentuk Visual termasuk:

1. Elemen: memilih dan menyusun elemen verbal/visual yang bersesuaian

untuk dipaparkan.

2. Corak: memilih corak latar seperti bentuk, gaya dan warna untuk elemen

paparan.

3. Penyusunan: menyusun elemen yang hendak dipaparkan dengan corak

latar.

Irfan et al. (2007) telah menggunakan Teori Kognitif dalam Pembelajaran Multimedia sebagai kerangka konseptualnya dalam kajian berkaitan kesan koswer interaktif berkonsepkan hipermedia terhadap pencapaian pelajar berbeza gaya pembelajaran dalam mata pelajaran literasi komputer tingkatan satu. Kajian

58 tersebut mendapati koswer yang menggunakan struktur hipermedia yang memberi kuasa kawalan kepada pengguna dan membenarkan pengguna berinteraksi dengan bahan pembelajaran mampu menjadi bahan pembelajaran yang berkesan. Gabungan komponen multimedia seperti imej, animasi, grafik, suara dan warna memudahkan pengguna menggunakan koswer tersebut dalam mencari maklumat yang dari sub topik tertentu tanpa terikat dengan koswer mod linear.

Manusia mempunyai kemampuan yang berbeza dalam menerima sesuatu maklumat dan mengingatinya. Menurut Dale (1969) pada umumnya pelajar hanya boleh mengingati:

 10% dari apa yang mereka baca

 20% dari apa yang mereka dengar

 30% dari apa yang mereka lihat

 50% dari apa yang mereka dengar dan lihat

 70% dari apa yang mereka katakan dan tulis, dan

 90% dari apa yang mereka katakan seperti yang mereka lakukan.

Teknologi multimedia merupakan pendekatan yang mampu mencetuskan motivasi pelajar sekiranya ia digunakan dengan menepati elemen-elemen yang perlu untuk mengekalkan ingatan pelajar. Kajian telah dilakukan untuk melihat perkaitan antara motivasi dan pembelajaran oleh orang dewasa yang menunjukkan korelasi sebanyak 90% motivasi dan pencapaian akademik adalah positif (Wlodkowski, 1984 dalam Mohd Salleh et. al., 2004 ).

59 Apabila pakar-pakar motivasi melakukan kajian, mereka cuba menerangkan mengapa manusia melakukan apa yang mereka lakukan. Mereka mengkaji dari sudut tiga persoalan iaitu darjah keamatan, arah perbuatan dan ketekunan (Ainon dan Abdullah, 2002). Persoalan pertama adalah sejauh mana seseorang itu sanggup menggunakan tenaga melakukan sesuatu perbuatan. Kedua adalah arah perbuatan yang mengkaji arah atau matlamat seseorang melakukan sesuatu. Ketiga adalah selama manakah ia akan terus melakukan perbuatan yang dilakukannya. Pemantapan dan kepelbagaian bahan pengajaran serta pembelajaran aktif melalui pendekatan multimedia juga menjadi topik yang menarik perhatian pakar pendidikan dewasa ini. Noresah (2006), Isnazhana et al. (2006), Zaidatun (2006), Shim dan Baharuddin (2006) telah menjalankan kajian yang berkaitan perkara tersebut.

Beberapa penyelidikan juga turut dijalankan ke atas penggunaan teknologi di kalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Abdul Halim dan Rohani (2006), Md Yusoff et al. (2006) dan Mazalah et al. (2006) telah menjalankan kajian yang berkaitan. Melalui pendekatan tinjauan dan soal selidik ke atas guru- guru pendidikan Islam berkaitan persepsi mereka terhadap penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran, Md Yusoff et al. (2006) telah mendapati persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan teknologi pendidikan adalah tinggi dengan nilai min keseluruhan 4.206. Dapatan kajian Mazalah et al. (2006) juga seiring dengan hasil kajian ini, di mana guru- guru didapati mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

60 2.4 Teori Konstruktivisme