• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2: PELETAKAN TAʻLĪQ DI DALAM AKAD MENURUT ILMU FIQH

2.2 Kebebasan Berakad dan Meletakkan Syarat pada Pandangan Syarak

2.2.3 Analisis

Akad dan syarat merupakan antara perkara yang berkembang selari dengan hajat dan keperluan manusia, malah telah wujud sebelum kedatangan syariat Islam. Sebagai kaum yang diutus rasul yang membawa syariat Islam yang kekal dari kalangannya, masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam telah mengenali dan mengamalkan pelbagai jenis akad, dan telah menetapkan natijah serta hukum tertentu bagi setiap jenis akad yang dibuat. Akad-akad seperti jual beli, sewa, gadaian rahn), jaminan (al-kafālah), dan sebagainya, telah diamalkan dengan natijah-natijah dan hukum-hukum yang disepakati antara mereka, kerana itulah kehendak serta matlamat yang mahu dicapai dari setiap jenis akad yang dibuat, sehingga setiap akad dikenali dengan hukum dan natijahnya yang tersendiri. Dengan peredaran masa, amalan ini telah menjadi satu budaya yang wajib dipatuhi oleh setiap individu berdasarkan hukum adat dan peraturan dalam masyarakat.76

Setelah disyariatkan, Islam tidak bertindak mengharamkan atau melarang kesemua akad yang diamalkan, malah telah mengiktiraf sebahagian besar daripadanya

      

75 Ibn Taymiyyah, Majmuʻ Fatawa, 29:150.

kerana terdapat padanya hajat dan maslahat bagi manusia, dan telah mengharamkan sebahagian yang lain kerana keburukan yang ada padanya. Kehadiran Islam telah membawa perubahan dalam sistem muamalat ini. Namun, Islam tidak hadir dengan suatu sistem yang langsung tidak dikenali oleh masyarakat pada zaman itu, bahkan ia hadir bersama pengiktirafan ke atas setiap jenis akad yang baik, penyempurnaan bagi setiap yang kurang, dan juga pengharaman ke atas setiap yang memudaratkan. Di samping itu, Islam juga meletakkan had bagi setiap amalan dan membawa penjelasan secara terperinci tentang setiap hukum-hakamnya. Hasilnya, Islam telah memperelok sistem muamalat sesama manusia dengan menghalalkan sebilangan besar akad dan mengharamkan sebilangan yang lain, selain menghuraikan jenis-jenis dan hukum-hakam serta syarat-syarat bagi setiap akad yang dihalalkan.77

Ini menunjukkan bahawa unsur penting yang terkandung dalam pensyariatan akad dan syarat adalah maslahat dan hajat masyarakat kepadanya dan bukan sebagai ibadat semata-mata. Buktinya, Islam telah menghalalkan pelbagai jenis akad yang telah wujud sebelum kedatangannya disebabkan hajat dan keperluan masyarakat kepadanya dan juga kerana ia tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dibawa. Ini bermakna, syarak telah mengiktiraf akad yang lahir dari kehendak individu yang membuatnya walaupun akad yang dibuat tidak dikenali sebelum itu, selagi mana ia membawa kebaikan kepadanya dan tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan.78

Malah, syarak telah mewajibkan setiap individu yang membuat akad dan janji supaya menunaikan segala akad dan janji yang dibuat tanpa pengecualian di dalam banyak ayat sebagaimana dalil-dalil yang telah dibawa oleh jumhur. Ini menjadi bukti bahawa syarak mengambil berat tentang hajat masyarakat yang berbeza pada setiap zaman dan di setiap tempat yang telah menyebabkan timbulnya akad dan syarat yang

      

77 Al-Khafīf, Aḥkām al-Muʻāmalāt al-Sharʻiyyah, 225. Lihat Ibn Taymiyyah, Al-Qawāʻid al-Nūrāniyyah

al-Fiqhiyyah, 281-284.

tidak pernah dikenali pada zaman sebelumnya atau di tempat selainnya. Justeru, jika setiap akad dan syarat dimestikan wujud dalil syarak yang mengharuskannya dahulu sebelum ia boleh diamalkan, ini akan mewujudkan kesusahan dan kesempitan dalam urusan manusia, walhal Islam ialah syariat yang antara matlamatnya ialah membawa kebaikan dan menghindarkan keburukan bagi umat manusia. Kenyataan ini adalah lebih-lebih lagi tepat pada zaman ini di mana bidang muamalat khususnya yang melibatkan masalah akad telah berkembang dengan meluas dan lahirnya bentuk-bentuk muamalat yang pelbagai disebabkan kepelbagaian hajat yang diperlukan manusia.

Tambahan pula, syarak telah menjadikan keredaan dua pihak yang berakad sebagai asas bagi akad yang harus, firmanNya:

d c b a ` _ ^ ] \ [ Z Y

g f e

Al-Nisā’ 4:29 Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah, melainkan dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka dan persetujuan bersama (tarāḍī) di antara kamu.

Kemudian, syarak telah mewajibkan penunaian semua akad secara umum di dalam banyak ayat, dan difahami bahawa syarak tidak akan mewajibkan sesuatu akad itu ditunaikan kecuali ia adalah harus dan sah di sisinya. Natijahnya, hukum asal bagi semua akad dan syarat adalah harus selagi mana ia tidak bertentangan dengan nas-nas khusus oleh syarak sebagaimana pendapat yang dipegang oleh jumhur fuqaha.

Manakala pendapat al-Ẓāhiriyyah yang mengharamkan semua akad dan syarat yang tidak disebut syarak pada pandangan kajian ini adalah pendapat yang lemah kerana

sebagaimana yang telah dijelaskan, perintah Allah SWT supaya ditunaikan semua akad adalah dalam bentuk umum dan tidak dikhususkan kepada akad tertentu atau akad-akad yang disebut oleh dalil-dalil syarak sahaja.79 Hasilnya, semua akad dan syarat adalah harus dan sah berdasarkan maksud umum ini melainkan terdapat dalil khusus yang mengharamkannya.

Tambahan pula, jika asal hukum bagi akad dan syarat adalah larangan, secara mantiknya, hanya akad atau syarat yang mendapat keizinan khas dari syarak sahaja boleh dihukum sebagai akad atau syarat yang sah. Kesannya, tidak akan sah sesuatu akad atau syarat melainkan setelah didapati keizinan khusus oleh syarak. Ini adalah terlalu sukar, kerana nas-nas syarak adalah terhad, walhal akad dan syarat yang dibuat oleh manusia sentiasa berkembang dan berbagai-bagai. Oleh itu, pada pendapat ini terdapat kesusahan dan kesempitan yang jelas bagi segala urusan muamalat yang membabitkan akad dan syarat. Ini adalah sama sekali bercanggah dengan konsep syariat Islam yang syumul dan sentiasa sesuai untuk sepanjang zaman.