• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2: PELETAKAN TAʻLĪQ DI DALAM AKAD MENURUT ILMU FIQH

2.3 Kepelbagaian Ijtihad Berkenaan Kebebasan Meletakkan Syarat

2.3.1 Mazhab Shāfiʻī

Mazhab Shāfiʻī adalah mazhab yang paling tegas antara empat mazhab dalam masalah syarat. Di dalam mazhab ini, syarat-syarat yang dimasukkan di dalam akad dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu:81

Pertama; syarat yang menjadi sebahagian dari muqtaḍā sesuatu akad seperti

syarat supaya pembeli melakukan qabḍ (penerimaan) ke atas barang yang dibeli dan melunaskan harganya, syarat di dalam akad rahn (cagaran) supaya harta yang dicagarkan boleh dijual jika hutang gagal dilunaskan, atau seumpamanya. Syarat-syarat ini sah dan tidak merosakkan akad, malah pada hakikatnya ia tidak membawa apa-apa makna dan tidak memudaratkan akad melainkan hanya menguatkan maksudnya kerana kewajipan yang diletakkan sebagai syarat telah terkandung di dalam muqtaḍā bagi akad yang dibuat.

Kedua; syarat yang tidak menjadi sebahagian dari muqtaḍā sesuatu akad, namun

peletakannya adalah sebahagian daripada manfaat atau maslahat kepada akad yang dibuat atau salah satu pihak yang berakad atau kedua-duanya82. Contohnya: syarat supaya pembeli meninggalkan cagaran (rahn) apabila pembayaran dibuat secara bertangguh, syarat supaya melantik saksi bagi suatu jual-beli atau sewa yang dibuat, atau supaya akad jual-beli dan sewa yang dibuat ditulis, dan seumpamanya. Syarat-syarat ini mengandungi manfaat kepada akad dan menguatkan muqtaḍānya. Selain itu, tergolong dalam kategori ini juga peletakan syarat supaya barang yang dibeli atau disewa dan sebagainya mempunyai ciri-ciri tertentu yang diingini oleh pihak yang

      

81 Lihat ʻAbd al-Mālik bin ʻAbd Allāh bin Yūsuf al-Juwaynī, Nihāyat al-Maṭlab fī Dirāyat al-Mazhab, ed. ʻAbd al-ʻAẓīm Maḥmūd al-Dīb (Jeddah: Dār al-Minhāj, 1428H/2007M), 5:376-377, dan Abū Zakariyyā Muḥyī al-Dīn bin Sharaf al-Nawawī, Al-Majmūʻ Sharḥ al-Muhadhdhab (Dimashq: Dār al-Fikr, t.t.), 9:363-367, dan Tāj al-Dīn ʻAbd al-Wahhāb bin ʻAlī al-Subkī, Al-Ashbāh wa al-Naẓā’ir, ed. ʻAlī Muḥammad Muʻawwaḍ dan ʻĀdil Aḥmad ʻAbd al-Mawjūd (Beirut: Dār al-Kutub al-ʻIlmiyyah, 1411H/1991M), 1:270-274.

berakad83 seperti tanah yang ingin disewa mestilah subur, hamba yang dibeli mestilah tahu menulis, atau wanita yang ingin dikahwini mestilah dara dan sebagainya.

Hukum bagi syarat-syarat ini ialah, ianya sah dan wajib dipenuhi serta tidak merosakkan akad kerana ia tidak bercanggah dengan muqtaḍānya walaupun tidak menjadi sebahagian dari tuntutan bagi akad yang dibuat.84 Jika syarat ini tidak dipenuhi, pihak yang meletakkannya mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan akad atau membatalkannya. Justifikasinya, apabila sesuatu akad dimeterai dengan syarat, redha yang wujud pada awal pemeteraian akad adalah kerana individu yang membuat syarat ingin merealisasikan perkara yang disyaratkan. Apabila perkara tersebut gagal direalisasikan, redha dengan sendirinya terhapus, justeru pihak yang meletakkan syarat mempunyai pilihan sama ada meneruskan atau memansuhkan akad. Ini penting kerana jika akad yang telah dimeterai dihukumkan sebagai mengikat dan wajib diteruskan, mungkin berlaku kemudaratan ke atas pihak yang meletakkan syarat.85

Namun, perkara pokok yang menjadikan syarat ini sah menurut al-Juwaynī bukannya disebabkan ia mengandungi maslahat bagi akad semata-mata, bahkan syarat ini hanya sah apabila ia menepati syarak. Tambahnya, terdapat pelbagai maslahat akad yang menjadi matlamat bagi manusia, dan kewujudan makna maslahat sahaja tidak cukup untuk menghukumkan suatu syarat sebagai syarat sah, oleh itu ia perlu disandarkan pada syarak. Setiap maslahat ini apabila diletakkan sebagai syarat dan pada masa yang sama bertepatan dengan tuntutan syarak, maka ianya sah dan perlu

      

83 Abū Ḥāmid Muḥammad bin Muḥammad al-Ghazālī, Al-Wajīz fī Fiqh Madhhab al-Imām al-Shāfiʻī, ed. Ṭāriq Fatḥī al-Sayyid (Beirut: Dār al-Kutub al-ʻIlmiyyah, 1425H/2004M), 141.

84 Al-Māwardī, Al-Ḥawī al-Kabīr, 5:312.

85 Abū al-Qāsim ʻAbd al-Karīm bin Muḥammad bin ʻAbd al-Karīm al-Rāfiʻī, Al-ʻAzīz Sharḥ al-Wajīz, ed. ʻAlī Muḥammad Muʻawwaḍ dan ʻĀdil Aḥmad ʻAbd al-Mawjūd (Beirut: Dār al-Kutub al-ʻIlmiyyah, 1417H/1997M), 5:109, dan Abū Zakariyyā Yaḥyā bin Sharaf al-Nawawī, Rawḍat al-Ṭālibīn, ed. ʻĀdil Aḥmad ʻAbd al-Mawjūd dan ʻAlī Muḥammad Muʻawwaḍ (Riyadh: Dār ʻĀlam al-Kutub, 1423H/2003M), 3:69.

ditunaikan. Namun jika sebaliknya, seperti contoh: peletakan syarat khiyār86 melebihi tiga hari atau untuk suatu tempoh masa yang tidak diketahui,87 maka syarat tersebut tidak diterima dan batal.88

Seterusnya, syarat-syarat seperti hamba yang ingin dibeli mestilah tahu menulis atau tahu membuat roti dan tanah yang ingin disewa mestilah subur dan sebagainya, walaupun secara zahirnya tidak bersandarkan dalil yang khusus, namun menurut fuqaha Shāfiʻiyyah, ia adalah sah kerana menjadi sebahagian daripada maslahat akad. Selain itu, syarat-syarat ini pada hakikatnya tidak melibatkan tuntutan supaya mengadakan sesuatu perkara baru pada masa hadapan, kerana sifat tahu menulis, tahu membuat roti, atau tanah yang subur adalah sifat yang telah sedia ada pada perkara yang diletakkan syarat padanya semasa akad dibuat. Oleh yang demikian, walaupun pada zahirnya peletakan syarat-syarat ini mewujudkan suatu tuntutan, namun pada hakikatnya, tuntutan tersebut telah pun dipenuhi, dan peletakan syarat-syarat ini hanyalah untuk memastikan sifat-sifat yang ditentukan wujud pada benda yang berlaku akad ke atasnya.

      

86 Khiyār pada penggunaan fuqaha dalam bab akad merujuk kepada hak seorang individu yang melakukan akad untuk memilih antara dua perkara yang terbaik baginya, iaitu: untuk meneruskan akad yang telah dibuat, atau membatalkannya. Lihat Ḥammād, Muʻjam al-Muṣṭalaḥāt al-Māliyyah, 202.

87 Di dalam mazhab al-Shāfiʻī, tempoh khiyār yang dibolehkan hanyalah tiga hari berdasarkan kata-kata Rasulullah SAW kepada Ḥabbān bin Munqidh bin ʻAmr al-Anṣārī:

ِإ َﺖْﻧَأ ﱠُﰒ .َﺔَﺑَﻼِﺧ َﻻ ْﻞُﻘَـﻓ َﺖْﻌَـﻳَ َﺖْﻧَأ اَذ ﰲ ا ٍﺔَﻌْﻠِﺳ ِّﻞُﻛ ْنِإَو ْﻚِﺴْﻣَﺄَﻓ َﺖﻴِﺿَر ْنِﺈَﻓ ٍلﺎَﻴَﻟ َثَﻼَﺛ ِرﺎَﻴِْﳋِ ﺎَﻬَـﺘْﻌَـﺘْـﺑ ﺎَﻬِﺒِﺣﺎَﺻ ﻰَﻠَﻋ ﺎَﻫْدُدْرﺎَﻓ َﺖْﻄِﺨَﺳ .

Terjemahan: sekiranya kamu berjual-beli, katakanlah: Tiada penipuan. Kemudian kamu pada setiap barang yang kamu beli mempunyai khiyār (pilihan) selama tiga malam, jika kamu redha dengannya maka ambillah, dan jika kamu tidak berpuas hati maka pulangkannya kepada tuannya.

Lihat Abū Ḥusayn Yaḥyā bin Abū Khayr bin Sālim ʻImrānī, Al-Bayān fī Madhhab Imām

al-Shāfiʻī, ed. Qāsim Muḥammad al-Nūrī (Beirut: Dār al-Minhāj, 1421H/2000M), 5:30. Hadith di atas

diriwayatkan oleh Ibn Mājah, Kitāb al-Aḥkām, Bāb al-Ḥajr ʻalā Man Yufsid Mālah, no. hadith 2355, dan al-Dāraquṭnī, Kitāb al-Buyūʻ, no. hadith 3011. Al-Albani mangatakan hadith ini hasan. Lihat Abū ʻAbd Allāh Muḥammad bin Yazīd al-Qayrawānī, Ibn Mājah, Sunan Ibn Mājah, komentar oleh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, ed. Abū ʻUbaydah Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān (Riyadh: Maktabat al-Maʻārif, t.t.), 402-403, dan ʻAlī bin ʻUmar al-Dāraquṭnī, Sunan al-Dāraquṭnī, ed. Shuʻayb al-Arna’ūṭ et al. (Beirut: Mu’assasat al-Risālah, 1424H/2004M), 4:9-10.

Justeru, peletakan syarat sebegini tidak termasuk di dalam larangan Rasulullah SAW tentang jual-beli dan syarat.89

Ketiga; syarat yang tidak menjadi sebahagian dari muqtaḍā sesuatu akad serta

tidak didapati nas syarak yang mengharuskannya, tidak mengandungi maslahat bagi akad, dan pada masa yang sama mengandungi suatu matlamat yang boleh membawa kepada perbalahan dan perselisihan. Contohnya, syarat yang melarang pembeli dari melakukan qabḍ ke atas barang yang dibeli atau tidak menjualnya kepada orang lain, atau syarat di dalam akad nikah bahawa isteri diberikan tempoh khiyār untuk menilai sama ada untuk meneruskan akad yang telah dimeterai atau sebaliknya, dan seumpamanya.

Syarat-syarat ini menurut mazhab Shāfiʻī adalah syarat batal dan jika diletakkan di dalam sesuatu akad akan menyebabkan batalnya akad. Justifikasi dalam menghukum syarat ini sebagai syarat batal sebagaimana yang dijelaskan oleh sebahagian fuqaha Shāfiʻiyyah ialah kerana, apabila syarat-syarat ini diletakkan di dalam akad, ia akan mewujudkan suatu ikatan selepas termeterainya akad. Ikatan ini seterusnya akan menyebabkan timbulnya perselisihan dan perbalahan yang boleh menghalang dari tercapainya matlamat bagi akad yang dimeterai. Justeru, setiap syarat yang menyebabkan perbalahan adalah syarat yang batal.90

Keempat; syarat yang tidak menjadi sebahagian dari muqtaḍā sesuatu akad serta

tidak didapati nas syarak yang mengharuskannya, tidak mengandungi maslahat bagi akad, dan pada masa yang sama tidak mengandungi suatu matlamat yang boleh membawa kepada perbalahan dan perselisihan. Contohnya: penjual meletakkan syarat

      

89 Lihat Rāfiʻī, Al-ʻAzīz, 5:116, dan Shams Dīn Muḥammad bin Khaṭīb Sharbīnī, Mughnī

al-Muḥtāj ilā Maʻrifat Maʻānī Alfāẓ al-Minhāj, ed. Muḥammad Khalīl ʻAytānī (Beirut: Dār al-Maʻrifah,

1418H/1997M), 2:47.

ke atas pembeli supaya tidak memberi makan hamba yang dibelinya melainkan dari jenis makanan tertentu, atau memberinya pakaian dari jenis tertentu, dan seumpamanya. Syarat-syarat ini menurut mazhab tidak memberi sebarang kesan ke atas akad dan tidak menyebabkannya batal, malah syarat ini diabaikan dan akad kekal sah. Ini kerana syarat-syarat sebegini biasanya tidak menyebabkan perbalahan antara pihak yang berakad selain tidak membawa apa-apa faedah.91