Eksekutif University
Rajah 4.5: Carta Alir Operasi Sumbang Saran Individu Kitaran Satu
4.12 Analisis Tindakan Kitaran Satu
disingkirkan. Keputusan ujian ini diterangkan di dalam laporan keputusan ujian kreativiti menjana idea.
4.12 Analisis Tindakan Kitaran Satu
Terlebih dahulu penyelidik ingin memaklumkan analisis ke atas tindakan yang dijalankan ini adalah sebahagian dari proses kitaran tindakan. Oleh sebab kajian tindakan memerlukan proses analisis pada setiap kitaran, maka dengan ini penyelidik hanya membincangkannya secara am. Analisis merupakan satu lagi proses penting dalam kajian tindakan selepas pengumpulan data yang berkaitan.
Dalam hal ini, penyelidik menggunakan dua instrumen bagi tujuan pengumpulan data ini. Instrumen yang pertama adalah melalui pemerhatian peserta dan bukan peserta dan yang ke dua adalah melalui ujian kreativiti menjana idea. Instrumen pemerhatian peserta dan bukan peserta ini menggunakan nota lapangan yang dicatat sendiri oleh penyelidik semasa sesi tutorial dan ujian kreativiti menjana idea.
Penyelidik menggunakan dua kaedah untuk menganalisis strategi intervensi yang dijalankan iaitu kaedah induksi analitis dan perbandingan. Kaedah induksi analitis merupakan salah satu dari kaedah analisis di dalam kajian tindakan. Kaedah ini dilaksanakan dengan merujuk kepada nota lapangan, senarai semak dan keputusan ujian kreativiti. Pada tindakan kitaran satu ini, kaedah analisis perbandingan ini hanya boleh dilakukan pada ujian kreativiti menjana idea. Ini adalah kerana strategi intervensi yang dijalankan belum boleh dibandingkan dengan keputusan yang terdahulu. Kaedah analisis perbandingan ini akan dijelaskan di dalam kitaran dua.
4.12.1 Analisis Strategi Sumbang Saran Individu
Strategi ini merupakan intervensi yang pertama diaplikasikan bagi membantu responden memahami teknik penjanaan idea berkategori. Isu yang dikenal pasti semasa
University
ujian diagnostik memperlihatkan ketidakbolehan responden menjana idea dalam kuantiti yang banyak serta menghalusi idea yang telah dihasilkan. Melalui latihan dan pemerhatian yang dijalankan, didapati dengan adanya kategori idea serta garis panduan yang disediakan, responden dapat mengadaptasi intervensi ini dengan cepat. Penyediaan kategori berstruktur banyak membantu responden berfikir dengan lebih terbuka lantas dapat menghasilkan idea berdasarkan bantuan kategori yang disediakan.
Selain dari itu, garis panduan aktiviti sumbang saran yang mengutamakan kuantiti dari kualiti idea sangat membantu responden menjana idea tanpa perlu memikirkan salah atau betulnya idea tersebut. Dari aspek masa yang ditetapkan, kebanyakan responden memohon perlanjutan masa dari sepuluh ke lima belas minit kerana masa yang diberikan tidak mencukupi. Responden merasakan satu tekanan bagi menyenaraikan idea dalam tempoh singkat. Masa merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kuantiti idea yang dihasilkan tetapi, mengikut konsep sumbang saran, masa yang diambil terlalu lama mengurangkan fungsi kognitif seseorang kerana setiap kreativiti memerlukan dorongan dan tekanan untuk mencapai sesuatu matlamat.
4.12.2 Analisis Keputusan Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Satu i. Responden Pertama
Tema sumbang saran individu untuk responden 1 adalah perayaan Hari Raya
Aidil Fitri. Responden pertama berjaya menjana sebanyak 38 idea dalam masa sepuluh
minit. Jumlah idea yang berjaya dikategorikan selepas sesi kritik adalah berjumlah 29 idea. Kebanyakan penghasilan idea ini merujuk kepada kategori yang diberikan. Kategori makanan merupakan idea yang paling banyak dihasilkan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden pertama hanya menghasilkan sepuluh idea. Hasil ujian juga mendapati responden pertama kurang berjaya mengaitkan antara satu idea ke idea yang lain. Walau bagaimanapun responden pertama berjaya menyusun idea
University
mengikut keutamaan. Kebolehan responden pertama untuk menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain juga didapati kurang berjaya.
ii. Responden Kedua
Tema sumbang saran individu untuk responden kedua adalah perayaan Hari
Raya Aidil Fitri. Responden kedua berjaya menjana sebanyak 37 idea dalam masa
yang ditetapkan iaitu sepuluh minit. Semasa proses menghalusi idea, responden kedua berjaya mengkategorikan idea beliau kepada 28 idea. Kebanyakan penghasilan idea ini merujuk kepada kategori yang diberikan. Kategori makanan, pakaian dan warna merupakan idea yang paling banyak dihasilkan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden kedua berjaya menghasilkan sepuluh idea. Hasil dari ujian ini mendapati responden kedua ini menunjukkan peningkatan kerana berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Bagi penyusunan idea mengikut keutamaan, ujian mendapati responden kedua menunjukkan peningkatan sederhana berjaya. Selain dari itu, responden kedua juga didapati tidak berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
iii. Responden Ketiga
Tema sumbang saran individu untuk responden ketiga adalah perayaan Hari
Raya Aidil Fitri. Responden ketiga menjana sebanyak 33 idea yang berkaitan dengan
tema. Masa yang diberikan juga sepuluh minit. Proses mengkategorikan idea dilihat sebagai satu proses yang agak sukar di mana responden ketiga dapat menghasilkan hanya 27 idea yang relevan dari jumlah idea asal sebanyak 33 idea. Kebanyakan idea yang dihasilkan melalui kategori makanan tradisional Melayu seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih muih tradisional. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden ketiga berjaya menghasilkan 14 idea. Hasil dari ujian ini mendapati responden ketiga ini berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Walau bagaimanapun responden ketiga ini menunjukkan sedikit peningkatan sederhana
University
berjaya dalam menyusun idea mengikut keutamaan di samping sederhana berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
iv. Responden Keempat
Tema sumbang saran individu untuk responden keempat adalah perayaan
Tahun Baharu Cina. Responden keempat berjaya menghasilkan 39 idea yang
berkaitan dengan tema dalam masa sepuluh minit. Jumlah idea ini berkurangan menjadi 29 setelah melalui proses mengkategorikan idea yang relevan. Kebanyakan idea ini terhasil dari kategori warna, pakaian dan buah-buahan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden keempat berjaya menghasilkan 14 idea yang dinilai sebagai idea unik. Responden empat ini juga dikategorikan sebagai kurang berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Keputusan ujian kreativiti kitaran satu ini juga mendapati terdapat sedikit peningkatan dari aspek penyusunan idea mengikut keutamaan dan walau bagaimanapun, responden keempat tidak berjaya untuk menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
v. Responden Kelima
Tema sumbang saran individu untuk responden kelima adalah perayaan Tahun
Baharu Cina. Di akhir ujian, responden kelima menghasilkan sebanyak 41 idea dalam
tempoh masa yang diberikan. Setelah melalui proses mengkategorikan idea dan sesi kritik, idea yang relevan dengan tema projek adalah sebanyak 31 idea. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden kelima berjaya menghasilkan 12 idea. Hasil dari ujian ini mendapati responden kelima ini dikategorikan sebagai kurang berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Dari aspek menyusun idea mengikut keutamaan, responden kelima didapati kurang berjaya menyusun. Responden kelima juga disifatkan juga sebagai tidak berjaya dalam menggabung dari satu idea ke idea yang lain.
vi. Responden Keenam
University
Tema sumbang saran individu untuk responden keenam adalah perayaan Tahun
Baharu Cina. Responden enam berjaya menjana sebanyak 41 idea dalam tempoh yang
diberikan. Jumlah idea ini berkurangan kepada 34 idea setelah melalui proses mengkategorikan idea dan sesi kritik. Kebanyakan idea yang dihasilkan ini berpandukan kepada kategori yang disediakan. Idea dari kategori pakaian, warna, buah-buahan adalah yang paling banyak dihasilkan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden keenam berjaya menghasilkan 14 idea. Hasil keputusan ujian mendapati responden keenam berjaya dalam menghubung kait antara satu idea ke idea yang lain. Dari aspek menyusun idea mengikut keutamaan, responden keenam juga diklasifikasikan sebagai sederhana berjaya. Hasil keputusan ujian ini juga mendapati responden keenam sederhana berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
vii. Responden Ketujuh
Tema sumbang saran individu untuk responden ketujuh adalah perayaan
Deepavali. Responden ketujuh menghasilkan sebanyak 33 idea semasa sesi
penyenaraian idea. Jumlah idea ini berkurangan kepada 26 idea selepas proses mengkategorikan idea dan sesi kritik. Kebanyakan idea ini bersumberkan kepada pakaian, warna dan pelita. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden ketujuh berjaya menghasilkan 16 idea Responden ketujuh didapati kurang berjaya dalam menghubung kait antara satu idea ke idea yang lain. Hasil keputusan ujian ini juga mendapati responden ketujuh kurang berjaya untuk menyusun idea mengikut keutamaan tema di samping tidak berjaya dalam menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
viii. Responden Kelapan
Tema sumbang saran individu untuk responden kelapan juga khusus perayaan Deepavali. Responden kelapan menghasilkan 30 idea semasa awal sesi dalam masa sepuluh minit. Idea beliau ini kemudiannya melalui proses mengkategorikan idea dan