Eksekutif University
Rajah 3.4: Cadangan Model Konseptual Penjanaan Idea
3.13 Kaedah Pengumpulan Data Kuantitatif
kekuatan dan kelemahannya. Oleh itu, pembentukan soalan temu bual kumpulan fokus yang seterusnya adalah bergantung kepada isu samada berjaya atau tidak berjaya diselesaikan. Melalui maklumat semua responden ini, penyelidik mengambil sesuatu tindakan dengan merancang semula strategi pengajaran yang seterusnya.
Temu bual kumpulan fokus untuk pensyarah pula dilakukan serentak melalui dua orang pensyarah kanan reka bentuk tekstil. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan pengalaman yang luas mengajar kursus reka bentuk tekstil. Soalan temu bual kumpulan fokus ini adalah berdasarkan pandangan mereka terhadap teknik sumbang saran yang diperkenalkan oleh penyelidik dan cadangan penambahbaikan pengajaran proses reka bentuk tekstil. Temu bual direkodkan bagi tujuan analisis data.
3.13 Kaedah Pengumpulan Data Kuantitatif
Walaupun kajian tindakan mempunyai prosedur pengumpulan datanya yang tersendiri, namun ia masih menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif seperti berikut:
3.13.1 Ujian Kreativiti Menjana Idea
Ujian, pengukuran dan penilaian adalah tiga komponen yang berkait rapat antara satu sama lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Hari Yuliarto (2003), ujian adalah instrumen atau alat yang digunakan untuk memperoleh informasi tentang individu atau objek. Ujar beliau, sebagai alat pengumpul informasi atau data, ujian harus dirancang secara khusus. Kekhususan ujian dibentuk melalui jenis ujian digunakan, jenis pertanyaan, rumusan pertanyaan yang diberikan, dan pola jawapannya harus dirancang menurut kriteria yang telah ditetapkan. Waktu untuk menjawab dan pelaksanaannya juga harus dirancang secara khusus. Selain itu, aspek ujian juga terbatas, yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif.
University
Ujian kreativiti penjanaan idea yang dijalankan oleh penyelidik ini adalah berdasarkan kepada Torrence Test for Creative Thinking (TTCT). Ujian ini berbentuk aktiviti studio di mana responden diminta untuk menjana idea dengan menggunakan beberapa teknik sumbang saran. Teknik yang telah diaplikasikan adalah:
i) Sumbang saran individu – Teknik kreativiti menjana idea untuk mencari satu kesimpulan bagi masalah tertentu dengan mengumpulkan senarai idea spontan secara bersendirian.
ii) Sumbang saran berkumpulan - Teknik kreativiti menjana idea untuk mencari satu kesimpulan bagi masalah tertentu dengan mengumpulkan senarai idea spontan yang disumbangkan oleh ahli kumpulan.
iii) Brainwriting – Satu teknik alternatif untuk sumbang saran yang
menggalakkan penyertaan yang lebih seragam dalam kumpulan. Teknik ini direka bentuk untuk menjana idea yang banyak dalam masa yang singkat.
Kaedah ini dijadikan strategi intervensi di mana sebelum ini kaedah penjanaan idea melalui konsep sumbang saran tidak pernah diamalkan dan diterapkan di dalam mana-mana kursus di jabatan ini.
Penyelidik telah menyediakan borang ujian yang mengandungi atribut ujian kreativiti menjana idea berdasarkan kepada TTCT. Ujian ini terdiri daripada tiga konstruk utama iaitu:
d. Kelancaran (Fluency) iaitu kebolehan menjana idea-idea yang banyak dan pelbagai.
e. Fleksibiliti (Flexibility) iaitu kebolehan untuk menghasilkan idea dalam kategori dan pandangan yang berbeza.
f. Keaslian (Originality) iaitu kebolehan untuk menjana idea baru, unik dan berbeza dari idea-idea biasa.
Ujian kreativiti menjana idea ini terdiri daripada sembilan soalan yang distrukturkan kepada tiga aras pemikiran iaitu Kelancaran (Fluency), Fleksibiliti (Flexibility) dan Keaslian (Originality). Konstruk instrumen ini diperoleh dari model pengukuran kreativiti Torrence yang terdiri dari tiga konstruk utama iaitu Kelancaran, Fleksibiliti dan Keaslian. Sepuluh soalan ujian kreativiti menjana idea dibina melalui
University
konstruk Kelancaran (Fluency), sepuluh soalan ujian kreativiti menjana idea dibina melalui konstruk Fleksibiliti (Flexibility) dan sepuluh soalan ujian kreativiti yang dibina melalui konstruk Keaslian (Originality). Penilaian adalah berdasarkan kepada skor kuantiti penjanaan idea yang dihasilkan oleh responden.
Skor untuk ujian kreativiti menjana idea bagi kategori fleksibiliti dan keaslian ditetapkan dalam jumlah skor maksimum 50 idea. Penetapan ini dilakukan kerana kategori fleksibiliti dan keaslian idea merupakan proses deduktif serta melibatkan proses persetujuan skor antara dua penilai. Jumlah penghasilan idea pada kategori ini secara signifikan akan berkurangan tertakluk kepada penilaian subjektif dua penilai.
Untuk tujuan pengumpulan dan analisis data, penyelidik menggunakan skala satu hingga lima sebagai pengukuran kepada ujian kreativiti menjana idea. Skala ini digunakan pada tiga ujian kreativiti iaitu sumbang saran individu, sumbang saran berkumpulan dan brainwriting. Melalui konstruk kelancaran, kebolehan menjana idea yang banyak ini untuk mengetahui kuantiti idea yang dihasilkan. Sehubungan itu, proses ini juga dinamakan pemikiran divergen. Fleksibiliti pula merujuk kepada kebolehan menghasilkan idea dalam kategori yang berbeza. Ini juga melibatkan proses memperhalusi idea-idea yang telah dijanakan untuk menguji kebolehan responden dalam menapis idea-idea yang tidak relevan bagi mendapatkan hasil idea yang lebih fokus kepada tema projek. Proses ini dinamakan pemikiran konvergen. Pemikiran ini bersifat kritis yang lebih fokus dan terarah.
Kebolehan menghubung kait antara satu idea ke idea yang lain ini bertujuan untuk menguji kebolehan responden dalam mengenal pasti idea yang ada hubungan di antara satu sama lain. Ini dilakukan supaya responden dapat memberi satu justifikasi yang kuat tentang perhubungan antara satu idea ke idea yang lain. Konstruk keaslian pula merujuk kepada kebolehan untuk menjana idea baru, unik dan berbeza dari idea
University
biasa. Konstruk ini menguji tahap kreativiti responden menyelesaikan masalah dalam reka bentuk.
Kebolehan menyusun idea mengikut keutamaan ini pula bertujuan untuk menguji kebolehan responden dalam memberikan keutamaan idea-idea bermula dari sangat penting hingga kurang penting. Ini juga merupakan kebolehan membuat kategori idea mengikut keutamaan. Kebolehan membuat keputusan ke atas idea-idea akhir bertujuan untuk membolehkan pelajar membuat penilaian ke atas idea-idea akhir di samping dapat memberi justifikasi dengan penuh yakin.
3.13.2 Aktiviti Ujian Kreativiti Menjana dan Menghalusi Idea
Untuk mengukur kreativiti menjana dan menghalusi ini, Ujian TTCT Lisan Borang A dan Borang B digunakan. Ujian ini mengandungi lima aktiviti seperti berikut:
i. Aktiviti 1: Menjana Idea. (Responden diminta untuk menjana seberapa banyak idea yang mungkin mengenai tema projek iaitu Perayaan di Malaysia).
ii. Aktiviti 2: Menyusun idea mengikut kategori. (Responden diminta untuk menyenaraikan dan menyusun idea yang telah dihasilkan mengikut kategori). iii. Aktiviti 3: Menghubungkan idea di antara kategori (Responden diminta untuk menghubungkan sebanyak mungkin idea di antara kategori yang ditetapkan).
iv. Aktiviti 4: Menghalusi idea. (Responden diminta untuk menyenaraikan idea-idea yang terbaik untuk diketengahkan melalui rasionalisasi idea) v. Aktiviti 5: Idea unik. (Responden diminta untuk menyenaraikan sebanyak
yang mungkin idea, imej, identiti dan unsur-unsur bagi membentuk tema projek akhir).
Kesahan konstruk instrumen ini telah diperakukan oleh dua orang pensyarah psikologi seni dan seorang pensyarah reka bentuk. Kesemua mereka bersetuju dan
University
mengesahkan setiap item adalah untuk tujuan mengukur kemahiran spesifik. Dari aspek kebolehpercayaan pula, Cronbach Alpha telah dijadikan sebagai indeks kebolehpercayaan instrumen yang diaplikasikan pada sampel perintis yang terdiri daripada dua puluh orang pelajar. Hasil dari ujian konsistensi dalaman ini mendapati bacaan 0.81 untuk instrumen secara keseluruhan. Kebolehpercayaan instrumen untuk tiga tahap kemahiran pula adalah antara 0.76 dan 0.88. Nilai-nilai ini memberi pengukuran yang baik terhadap nilai kebolehpercayaan instrumen yang digunakan.