• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rajah 2.6: Kitaran Pembelajaran Melalui Pengalaman

2.25 Strategi Sumbang Saran Dalam Penjanaan Idea

kumpulan rawatan (treatment) yang didedahkan oleh strategi peta minda telah berjaya mempertingkatkan pencapaian mata pelajaran ekonomi asas berdasarkan kepada keputusan analisis statistik deskriptif dan inferens seperti skor pencapaian, sisihan piawai, ANOVA 2-hala dan Tukey HSD.

2.25 Strategi Sumbang Saran Dalam Penjanaan Idea

Kebanyakan rujukan literatur psikologi sosial adalah bersumberkan dari buku Osborn (1957), Applied Imagination, yang memperkenalkan istilah sumbang saran. Osborn menegaskan bekerja dalam pasukan membawa kepada pelbagai rangsangan kreatif dan interaksi di kalangan peserta yang dilihat sebagai proses yang sangat berkesan. Hujahan beliau ini telah merangsang banyak penyelidikan yang cuba untuk membuktikan hujah beliau secara praktikal melalui kajian eksperimentasi.

Sumbang saran adalah teknik rangsangan untuk mengaktifkan struktur kognitif tertentu (pengetahuan domain relevan) dalam minda pelajar untuk eksplorasi mendalam penjanaan idea kreatif (Stroebe, Nijstad, & Rietzschel, 2010). Fungsi yang paling penting teknik sumbang saran untuk pelajar ialah mengamalkan fleksibiliti, kelancaran, pengambilan risiko, penghuraian dan kemahiran lain yang berkaitan dengan kreativiti (Starko, 2009).

Tujuan utama sumbang saran adalah untuk membolehkan pelajar menjana idea atau sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan masalah sendiri (Wang, et al, 2006). Butler dan Kline (1998) mendapati sumbang saran adalah teknik yang berkesan bagi memudahkan kelancaran intelektual untuk membantu pelajar menghasilkan penyelesaian yang kreatif. Cheng (2011) memperakui sumbang saran terbukti mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam pembentukan pemikiran inovatif, meta kognitif dan sikap positif dalam pembelajaran.

Kebanyakan kajian empirikal berkenaan sumbang saran ini tertumpu pada aktiviti penjanaan idea berkumpulan. Terdapat beberapa kajian yang lepas didapati telah

University

mengabaikan beberapa isu asas yang digariskan oleh pencipta teknik sumbang saran, Alex Osborn (1956). Keadaan ini telah membawa kepada beberapa salah faham tentang konsep asal sumbang saran.

Prinsip utama sumbang saran seperti dijelaskan oleh Osborn adalah penangguhan penilaian dan kritikan idea semasa aktiviti sumbang saran dijalankan. Osborn (1953) telah mensyaratkan prinsip penangguhan kritikan sebagai salah satu dari empat garis panduan utama bagi sumbang saran untuk mengatasi masalah yang biasanya berlaku dalam mesyuarat tradisional. Mesyuarat tradisional banyak memberi penekanan kepada jawapan logik sehingga menghalang proses penjanaan idea dalam kuantiti yang lebih besar. Empat garis panduan yang dibangunkan oleh Osborn adalah;

i. Kritikan tidak dibenarkan semasa sesi sumbang saran bagi mengelakkan keterbatasan kuantiti idea yang dihasilkan

ii. Menggalakkan idea bebas tanpa sekatan iii. Keutamaan pada kuantiti idea

iv. Kombinasi dan pengembangan idea yang telah dijanakan

Walaupun penangguhan penilaian dan kritikan adalah prinsip utama yang digariskan oleh Osborn, beliau menyatakan dengan jelas iaitu penilaian dan kritikan berlaku pada proses menghalusi idea (idea refinement). Proses menghalusi idea ini dapat dilakukan pada sesi yang lain. Kuantiti idea adalah keutamaan dalam sumbang saran, oleh yang demikian segala bentuk penilaian dan kritikan semasa sesi sumbang saran adalah dilarang.

Empat garis panduan ini adalah pusat kepada keberkesanan sumbang saran yang berjaya. Namun begitu, Osborn mendapati kebergantungan kepada empat garis panduan tersebut adalah tidak mencukupi. Beliau menggariskan beberapa pertimbangan untuk menguruskan kumpulan dan persediaan untuk sesi produktif seperti berikut:

University

a) Sumbang Saran Untuk Kreativiti Berkumpulan.

Memandangkan sumbang saran digunakan sebagai alat kreativiti berkumpulan, Osborn menyediakan beberapa garis panduan dan cadangan kepada fasilitator yang bercadang untuk mengendalikan sesi sumbang saran ini. Dalam cadangan beliau, seseorang fasilitator perlu sekurang-kurangnya mengambil satu kursus formal dalam penyelesaian masalah kreatif bagi membolehkan pengurusan dan pengendalian sesi sumbang saran yang lebih efektif.

Kemahiran untuk mengendalikan sesi sumbang saran menjadi salah satu daripada faktor keberkesanan sesi sumbang saran. Seterusnya Osborn menyatakan lagi seseorang fasilitator perlu mahir dalam merangsang soalan, membangunkan perancangan untuk penjanaan idea, menyediakan orientasi untuk peserta, mengajar garis panduan sumbang saran, menguruskan perancangan dan penjadualan dan sesi susulan.

Melalui aktiviti sumbang saran ini, Osborn menggalakkan sekumpulan lima hingga sepuluh peserta dipilih berdasarkan jenis masalah yang akan dibincangkan. Peserta yang terlibat perlu terdiri dari individu yang berpengalaman dalam tugasan yang diberikan. Sesi sumbang saran yang mengambil masa dalam 30 hingga 45 minit ini memerlukan seseorang yang dapat merekod dan mengumpulkan idea semasa sesi sumbang saran.

Memandangkan sumbang saran direka untuk kreativiti berkumpulan, sesi penjanaan idea secara individu dapat dijadikan sebagai teknik kreativiti menjana idea sokongan kepada sesi berkumpulan. Osborn dipengaruhi oleh idea Wallas (1926) yang memperkenalkan terma penyediaan, pengeraman (incubation), pencerahan dan pengesahan sebagai aspek utama proses kreatif.

University

b) Penyediaan Dan Latihan Sebelum Menggunakan Sumbang Saran.

Osborn telah mencadangkan penyediaan berlaku pada dua peringkat. Peringkat pertama adalah jenis masalah yang perlu diselesaikan dan peserta sumbang saran perlu diorientasikan terlebih dahulu atau semasa sesi dijalankan. Masalah seharusnya perlu dinyatakan dengan jelas dan fokus.

2.25.1 Halangan Kepada Sumbang Saran

Melalui kajian literatur, terdapat tiga kategori utama yang menjadi halangan kepada prestasi sumbang saran berkumpulan seperti berikut:

i. Berlaku penilaian/kritikan semasa sesi menjana idea dijalankan ii. Peserta pasif yang tidak menyumbang idea

iii. Struktur interaksi (komunikasi) yang kurang berkesan

2.25.2 Penilaian Awal Semasa Menjana Idea

Beberapa kajian telah mendapati berlakunya penilaian/kritikan semasa sesi menjana idea. Ini bertentangan dengan prinsip yang diketengahkan oleh Osborn iaitu penilaian dan kritikan idea perlu ditangguhkan. Produktiviti sumbang saran berkumpulan boleh dipengaruhi oleh kebimbangan peserta kepada penilaian kritikal, menyebabkan mereka merasa selamat dengan mengikut sahaja idea yang dominan. Terdapat beberapa kajian oleh Dunette, Campbell dan Jaastad (1963) yang mendapati kekurangan penyertaan oleh peserta dipengaruhi oleh ketakutan penilaian oleh peserta lain dalam kumpulan. Kajian seterusnya yang dapat mengesahkan hal ini adalah dari Camacho dan Paulus (1995) yang mendakwa ketakutan kepada penilaian telah menghalang penjanaan idea secara produktif. Takut untuk dinilai dan tekanan untuk menyokong idea yang dijana telah memberi kesan ke atas prestasi sumbang saran berkumpulan

University

2.25.3 Peserta Pasif Yang Tidak Menyumbang Idea

Henningsen, Cruz, dan Miller (2000) membincangkan terdapat beberapa sebab individu pasif dalam sumbang saran berkumpulan. Dalam kajian mereka berkenaan peserta sumbang saran berkumpulan, gejala seperti menumpang idea, melepak sosial (social loafing) dan kesan parasit merupakan halangan yang merendahkan motivasi dan usaha kolektif dalam kumpulan. Latane, Williams dan Harkin (1979) bersetuju apabila halangan ini terjadi, sinergi berkumpulan berada pada tahap yang sangat minimum.

2.26 Strategi Sumbang Saran Dalam Pendidikan Reka Bentuk

Satu penyelidikan yang dijalankan oleh Nathan Mentzer, Shawn Farrington dan Jason Tennenhouse (2015) dari Kolej Universiti Teknologi Purdue, Amerika Syarikat berkenaan proses reka bentuk. Penyelidikan ini memperkenalkan strategi enam teknik yang dibangunkan dalam persekitaran berasaskan industri dan diperhalusi dalam tempoh tiga tahun melibatkan lebih dari 3000 pelajar kolej dalam kursus reka bentuk. Proses reka bentuk ini melibatkan dua projek yang memerlukan pelajar melakukan sumbang saran 25 idea secara berkumpulan melalui enam teknik sumbang saran yang dikelolakan oleh seorang pakar reka bentuk industri, Jason Tennenhouse.

Enam teknik yang digunakan adalah:

i. Divergen/Konvergen ii. Penguraian (decomposition) iii. Input

iv. Prop

v. Dek Kad

vi. Relaksasi

Pensyarah dan pakar industri Jason Tennenhouse telah membangunkan enam teknik yang membolehkan kumpulan kolaboratif menjana idea dalam jumlah 100

University

hingga 200 idea dalam sehari. Untuk kursus TECH 120, pelajar dikehendaki menyumbang idea dalam kumpulan, meneroka penyelesaian yang berpotensi untuk dua masalah reka bentuk yang berkaitan. Kumpulan-kumpulan pelajar diminta utuk menonton video berkenaan enam teknik yang dicadangkan oleh Jason Tennenhouse, seterusnya melakukan sumbang saran 25 idea menggunakan sekurang-kurangnya lima teknik. Jason mencadangkan sesi sumbang saran dilakukan dalam masa 30 minit dan disambung semula selepas rehat.

2.26.1 Teknik Divergen Dan Konvergen

Kaedah Divergen dan Konvergen bersifat kumpulan fokus untuk mewujudkan kriteria penyelesaian reka bentuk dengan membangunkan idea-idea wild dalam siri kitaran berulang. Kriteria boleh dilihat sebagai satu aras standard yang perlu dicapai dalam sesuatu reka bentuk. Dengan membangunkan kriteria reka bentuk, sesebuah kumpulan fokus dapat menjana idea kriteria sebagai penyelesaian kepada masalah reka bentuk. Dengan menyediakan senarai idea wild membolehkan sesebuah kumpulan fokus meneroka kreativiti dan memanfaatkan imaginasi kolektif yang boleh membawa kepada sesuatu yang belum terfikir sebelumnya.

Setelah kriteria telah dikenal pasti, kumpulan fokus perlu menghalusi senarai idea-idea wild yang memenuhi keperluan kriteria (konvergen). Setelah senarai idea telah diperhalusi, kumpulan fokus sekali lagi perlu mengembangkan senarai idea-idea yang memenuhi keperluan kriteria tanpa menggunakan idea yang sedia ada atau berulang. Ini bertujuan untuk memberi fokus pada kriteria reka bentuk yang baharu. Proses ini boleh diulang seberapa banyak kali yang perlu bagi mendapatkan penyelesaian yang lebih berfungsi.

University

2.26.2 Teknik Penguraian (Decomposition)

Teknik Penguraian bertujuan mengenal pasti fungsi objek secara individu yang diperlukan dalam menyelesaikan masalah. Setelah semua fungsi objek telah dikenal pasti, kumpulan fokus memulakan sesi sumbang saran idea alternatif yang berkaitan dengan setiap fungsi. Sebagai contoh sebuah penukul. Selain memikirkan cara baharu untuk mencipta tukul baharu, sumbang saran bertumpu pada apakah yang boleh dilakukan oleh penukul dari aspek fungsinya seperti mengetuk paku, mengetuk objek lain, mencabut paku atau membelah objek.

Kumpulan sumbang saran kemudiannya membangunkan idea bagi penyelesaian yang berpotensi untuk setiap fungsi penukul dengan membentuk soalan “Bagaimanakah lagi cara untuk mengetuk paku, mengetuk objek lain, mencabut paku dan membelah objek”? Dengan membangunkan semua fungsi penukul, kumpulan sumbang saran dapat menggabungkan idea unik dan asli secara efektif dengan menggunakan pemetaan bagi pemahaman hubungan idea di antara konsep yang sama.

2.26.3 Teknik Input

Untuk teknik Input ini, kumpulan sumbang saran diminta untuk memerhatikan persekitaran di sekeliling mereka samada dalam ruangan tertutup atau terbuka. Inspirasi boleh tercetus melalui objek yang dilihat seperti televisyen, ruang bilik itu sendiri, kereta yang diletakkan di tepi jalan, orang yang berjalan. Teknik ini menjana idea melalui rangsangan persekitaran yang dapat mempengaruhi inspirasi pelajar dalam menyelesaikan masalah reka bentuk. Kaedah ini juga mempunyai persamaan dengan kaedah Prop yang menggunakan teknik pemikiran divergen dalam mejana idea.

University

2.26.4 Teknik Prop/Objek

Teknik Prop memerlukan kumpulan sumbang saran menjana idea melalui objek harian yang terdapat di sekeliling/persekitaran (found object). Pada peringkat awal, teknik ini lebih berkesan apabila idea yang dijanakan tidak berkaitan dengan masalah yang ingin diselesaikan. Melalui penjanaan idea menggunakan objek, inspirasi dapat dibentuk dan dikembangkan melalui fungsi objek seterusnya cuba dikaitkan dengan menyelesaikan masalah reka bentuk yang sedia ada.

Melalui teknik ini, sejumlah besar idea bersifat am dapat dijanakan tanpa menumpukan pada idea khusus bagi menyelesaikan isu/masalah reka bentuk. Teknik ini juga mempunyai persamaan dengan teknik divergen dengan mengutamakan idea/konsep dalam perspektif yang lebih luas. Oleh yang demikian, pelajar dapat mempraktikkan kepelbagaian informasi seterusnya dapat mensintesis dan menilai objek yang berkaitan sebagai jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu dalam reka bentuk.

2.26.5 Teknik Kad Dek (Deck Of Cards)

Teknik Dek Kad ini memerlukan pelajar mewujudkan satu set kad yang mempunyai fungsi untuk elemen tertentu masalah reka bentuk. Fungsi teknik kad ini adalah dengan menjana idea tambahan selepas sesuatu produk dihasilkan. Ini dilakukan dengan menyelesaikan terlebih dahulu isu/masalah yang dinyatakan dalam kad tersebut (diwujudkan sebelum penghasilan produk), kemudian menjana semula isu/masalah yang mungkin terdapat selepas produk dihasilkan melalui kad. Teknik ini lebih cenderung kepada proses inovatif yang memberi penambahbaikan ke atas prototaip produk sebelum produksi yang sebenar. Setiap helaian kad merupakan pencetus kepada inspirasi idea dalam menyelesaikan masalah dalam reka bentuk. Kuantiti kad mewakili jumlah isu/masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar.

University

2.26.6 Teknik Relaksasi

Teknik sumbang saran terakhir ini dinamakan Relaksasi. Teknik ini dibangunkan melalui konsep bawah sedar yang dapat merangsang pemikiran inovatif di kalangan pereka/pelajar. Menurut teknik ini, idea direkodkan dalam buku nota sebaik sahaja seseorang pereka/pelajar terjaga dari minda bawah sedar (aktiviti relaksasi/istirahat). Teknik ini mungkin tidak sesuai untuk aktiviti sumbang saran berkumpulan, namun bersesuaian dengan sesi di luar kelas mengikut masa pereka/pelajar. Secara umumnya, pelajar mendapati teknik ini amat menarik kerana tidak terikat dengan peraturan sumbang saran. Bagi memastikan teknik ini dilaksanakan dengan berkesan, satu sistem perlu diwujudkan bagi membenarkan pelajar terjaga dengan cepat selepas aktiviti relaksasi/istirahat.

2.27 Rumusan Teknik Yang Diperkenalkan

Enam teknik penjanaan idea yang telah diperkenalkan oleh Nathan Mentzer, Shawn Farrington dan Jason Tennenhouse (2015) ini pada asasnya menggunakan konsep sumbang saran yang diperkenalkan oleh Osborn (1956). Namun begitu, konsep sumbang saran ini telah diberikan sedikit pengubahsuaian melalui enam teknik yang berbeza. Kuantiti idea masih menjadi satu keutamaan dalam penjanaan idea, namun teknik yang diperkenalkan ini telah menetapkan seorang pelajar menjana 25 idea melalui setiap satu daru enam teknik yang dilaksanakan.

Oleh yang demikian, pelajar diminta untuk menghasilkan sebanyak 150 idea dalam satu sesi. Teknik ini terbukti berkesan dalam penetapan kuantiti idea yang tetap dan terus diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk di Kolej Universiti Teknologi Purdue, Amerika Syarikat. Nathan Mentzer, Shawn Farrington dan Jason Tennenhouse (2015) percaya sumbang saran adalah satu kemahiran penting yang

University

boleh dibangunkan sebagai teknik penjanaan idea untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam reka bentuk.