• Tidak ada hasil yang ditemukan

Eksekutif University

Rajah 2.9: Model Proses Reka Bentuk DeJonge (1984)

mungkin bagi membolehkan kemungkinan pendefinisian semula masalah yang terdapat dalam reka bentuk itu sendiri. Selepas matlamat untuk penyelidikan telah jelas, pereka meneruskan penyelidikan yang lebih mendalam kepada faktor-faktor lebih spesifik yang mempengaruhi reka bentuk. Kriteria reka bentuk adalah digunakan untuk kedudukan dan pemberatan dalam penilaian prototaip.

Rajah 2.9: Model Proses Reka Bentuk DeJonge (1984)

2.34 Sintesis Model-Model Proses Reka Bentuk

Melalui penelitian yang dijalankan, penyelidik dapat merangka satu kerangka kerja proses reka bentuk hasil dari sintesis setiap model reka bentuk yang dikenal pasti mempunyai persamaan dengan proses reka bentuk tekstil yang diamalkan di jabatan Seni Reka Tekstil. Aspek-aspek penting dan konsep reka bentuk dikategorikan seperti susunan berikut:

2.34.1 Maklumat Reka Bentuk

Maklumat reka bentuk merupakan proses penyelidikan kreatif yang melibatkan rakaman maklumat untuk membina kefahaman kreatif dan inovatif secara mendalam.

Permintaan Awal Eksplorasi Hala Tuju Rekaan Menentukan Matlamat Rekaan

Membangunkan Penyelidikan Rekaan

Untuk Spesifikasi

MembangunkanKriteria

Rekaan Pembangunan Prototaip

Penilaian Prototaip

University

Proses ini terdiri daripada gabungan kemahiran menganalisis dan teknikal yang melibatkan kreativiti serta pengetahuan lanjutan seseorang mengenai sesuatu produk dan kemahiran teknikal bagi mencapai matlamat reka bentuk. Rujukan literatur yang melibatkan peringkat analitikal dalam proses reka bentuk boleh dirujuk pada model yang telah diterangkan iaitu model reka bentuk Archer (1984) dan Jones (1984).

2.34.2 Objektif Reka Bentuk

Kebanyakan proses-proses reka bentuk yang dirujuk di atas, mempunyai langkah atau ketetapan yang menentukan sesuatu matlamat. Salah satu dari langkah yang mempunyai matlamat reka bentuk adalah seperti yang diperkenalkan oleh Jones (1970) iaitu penekanan kepada struktur bagaimana sesuatu maklumat itu diterima dan ditransformasikan. Langkah ini termasuk menyatakan objektif untuk sesuatu projek reka bentuk. DeJonge (1984) pula menggambarkan proses model reka bentuk bermatlamat bermula dengan permintaan awal (initial request) sebagai langkah pertama dalam proses reka bentuk untuk mengenal pasti isu dan arah tuju proses yang seterusnya.

Model dan rangka kerja reka bentuk yang diperkenalkan oleh Lamb dan Kallal (1992) pula bertujuan untuk membantu pereka mendekati masalah-masalah reka bentuk untuk semua peringkat pengguna sasaran. Mengenal pasti masalah dalam reka bentuk merupakan proses pertama yang digunakan dalam model Lamb dan Kallal yang memberi penekanan kepada matlamat untuk sesesuatu reka bentuk. Oleh yang demikian, model Jones (1970), DeJonge (1984) dan Lamb dan Kallal ini mempunyai modus operandi yang sama iaitu mengenal pasti masalah reka bentuk pada peringkat awal dan penetapan matlamat untuk sesuatu reka bentuk.

University

2.34.3 Penghalusan Reka Bentuk (Design Refinement)

Tema biasanya akan terbentuk melalui proses penghalusan reka bentuk ini dengan mengikut perancangan yang ditetapkan oleh seseorang pereka. Selepas proses analisis dan pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan masalah, pereka akan meneruskan proses penyelesaian masalah mengikut perancangan yang ditetapkan. Kebiasaannya proses penyelesaian masalah dilaksanakan menggunakan kemahiran kognitif memperhalusi idea reka bentuk yang juga dinamakan pemikiran kritis. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pendefinisian kepada masalah yang perlu diselesaikan mengikut perancangan dapat memberikan fokus awal untuk kerja reka bentuk seseorang pereka (Lamb & Kallal, 1992; Jones 1970, 1992).

2.34.4 Kriteria Reka Bentuk

Merujuk pada terma yang digunakan oleh DeJonge (1984), pemilihan kriteria reka bentuk merupakan unsur-unsur penting yang dimasukkan ke dalam kerangka kerja reka bentuk. Ini bertujuan untuk mengenal pasti kriteria reka bentuk umum dan elemen reka bentuk yang berkaitan. Kriteria reka bentuk umum boleh ditakrifkan sebagai tahap kreativiti, penampilan estetik atau pemilihan warna yang bersesuaian, manakala unsur reka bentuk pula terdiri daripada bayang, bentuk, warna, jalinan, saiz dan potongan. Pereka perlu memberi keutamaan kepada unsur-unsur reka bentuk sebagai sumber utama dalam proses reka bentuk.

2.34.5 Pemilihan Reka Bentuk

Melalui rujukan yang dijalankan, penyelidik mendapati peringkat pemilihan reka bentuk adalah merujuk kepada model Watkins, Koberg dan Bagnall. Mereka berpendapat bahawa peringkat ini tidak kurang juga pentingnya kerana pemilihan idea

University

yang terbaik adalah salah satu kriteria yang dapat memenuhi sesuatu matlamat reka bentuk yang dirancang.

2.34.6 Pelaksanaan Reka Bentuk

Ini merupakan peringkat penerimaan kepelbagaian idea awal yang telah dikumpulkan. Idea awal ini biasanya dibangunkan dan diperkembangkan sehingga seseorang pereka berpuas hati dan kemudiannya dijadikan sebagai cadangan untuk memenuhi keperluan awal. Di dalam kajian literatur yang dijalankan, penyelidik mendapati terdapat beberapa model yang melibatkan peringkat pelaksanaan reka bentuk (Koberg & Bagnall, 1981), Watkins (1984) dan Lamb & Kallal (1992). Beach Johansson (1998) menyatakan pereka pakaian tekstil membina sesuatu projek dengan menggunakan kaedah yang berbeza untuk mencapai keputusan yang dikehendaki. Pelaksanaan proses reka bentuk ini juga bergantung kepada tahap kreativiti dan kebolehan seseorang pereka dalam merancang seterusnya melaksanakan kerja-kerja reka bentuk sesuai dengan peruntukan masa dan kos yang dirancang.

2.34.7 Penilaian Reka Bentuk

Peringkat penilaian reka bentuk ini juga merupakan salah satu dari kerangka kerja yang penting dalam proses reka bentuk. Peringkat ini melibatkan penilaian kritikal terhadap prototaip yang dihasilkan serta penambahbaikan terhadap kelemahan yang terdapat dalam proses reka bentuk itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya sesuatu prototaip itu dikritik dan ditolak, maka ia akan memberi ruang kepada proses memperhalusi semula idea dan pelaksanaannya. Proses penilaian dan memperhalusi semula yang dilakukan berulang kali akan menghasilkan prestasi yang berterusan daripada proses reka bentuk.

University

2.35 Pemikiran Reka Bentuk IDEO

IDEO merupakan firma reka bentuk global yang berpangkalan di Palo Alto California, Amerika Syarikat. Firma yang ditubuhkan pada tahun 1991 ini menggunakan kaedah pemikiran reka bentuk untuk mereka bentuk produk, perkhidmatan, persekitaran dan pengalaman digital (Bloomberg Businessweek, 2011). Firma ini memberi penekanan kepada Reka Bentuk Berpusatkan Manusia (Human

Centered Design) untuk membantu organisasi awam dan sektor swasta menambah baik

perkhidmatan seterusnya berkembang dan berdaya saing.

Tim Brown (1999) menyatakan pemikiran reka bentuk sebagai satu proses hubungan dan kefahaman tentang keperluan manusia secara mendalam. Proses ini dilihat sebagai satu proses komprehensif dalam menyelesaikan masalah reka bentuk produk, perkhidmatan dan persekitaran berbanding amalan penyelesaian masalah konvensional yang sedia ada. Pemikiran reka bentuk bergantung kepada keupayaan individu atau kumpulan untuk menjadi intuitif mengenali corak, idea yang bermakna, berfungsi dan untuk menyatakan ekspresi diri individu atau kumpulan melalui cara selain dari perkataan dan simbol.

Proses pemikiran reka bentuk digambarkan sebagai sistem ruang bertindih dan bukannya mengikut urutan langkah-langkah yang teratur. Terdapat tiga ruang yang utama iaitu:

i. Inspirasi – Inspirasi adalah masalah atau peluang yang mendorong usaha mencari penyelesaian.

ii. Penjanaan Idea – Penjanaan idea adalah proses menjana, membangun dan menguji idea.

iii. Pelaksanaan – Pelaksanaan adalah laluan dari peringkat projek ke kehidupan orang ramai.

Di bawah sistem ini, IDEO menggunakan dua alat analisis dan teknik generatif untuk membantu pelanggan melihat bagaimana operasi baharu atau sedia ada mereka di masa depan. Kaedah IDEO terdiri daripada prototaip model perniagaan, visualisasi data,

University

strategi inovasi, reka bentuk organisasi, penyelidikan kualitatif dan kuantitatif serta harta intelek.

2.36 Model Pemikiran Reka Bentuk IDEO

Pada tahun 2001, IDEO telah membangunkan model pemikiran reka bentuk dalam konteks inovasi sosial yang berkonsepkan Inspirasi, Idea dan Pelaksanaan. Konsep asal pemikiran reka bentuk oleh IDEO ini dikembangkan menjadi satu model komprehensif yang terdiri daripada lima peringkat reka bentuk. Model ini dinamakan Pemikiran Reka Bentuk Untuk Pendidik (Design Thinking For Educators Toolkit).

Rajah 2.10: Model Proses Reka Bentuk IDEO Untuk Pendidik (2015)