• Tidak ada hasil yang ditemukan

ASPEK SOSIAL

ASPEK KESELAMATAN DAN HAK ASASI

2.3.3 Rakan COP

Dilancarkan pada 9 Ogos 2004, Idea Rakan Cop diilhamkan atas kesedaran bahawa pihak polis adalah elemen pelengkap kepada sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Rakan COP bererti rakan polis. COP merupakan singkatan dari perkataan Cooper yang diberikan kepada anggota polis. Di Amerika Syarikat, panggilan COP kepada pihak polis amat digemari oleh kerana lebih ringkas dan lebih mesra digunakan.

Rakan COP adalah medium perantara untuk merapatkan jurang antara polis dan masyarakat. Ia menggunakan konsep yang mudah dan praktikal untuk merealisasikan ikatan hubungan kukuh dengan orang ramai melalui pendekatan yang lebih jelas, lebih mudah, bersepadu dan tersusun. Program Rakan Cop adalah bersifat Community Oriented Policing dan Smart Partnership. Pendekatan ini menggalakkan pembabitan orang ramai, terutama mereka yang terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan masyarakat, termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta supaya menjadi mata dan telinga polis di samping menggalakkan interaksi dua hala antara kedua-dua pihak melalui saluran yang ditetapkan.

Gandingan usahasama pihak polis dan orang ramai di bawah naungan Rakan COP untuk memerangi dan mencegah jenayah telah dipermudahkan melalui penggunaan sistem penyampaian maklumat dua hala, iaitu saluran HOTLINE dan SMS Polis yang terletak di Pusat Kawalan Kontinjen (CCC).

Semua pertubuhan masyarakat dan agensi berkaitan amat digalakkan untuk mewujudkan PUSAT SEHENTI ( One Stop Centre ) untuk memudahkan polis menyalurkan maklumat melalui CCC agar cepat dan tepat diterima oleh orang ramai. Interaksi pantas dua hala ini sudah pasti akan membantu komitmen PDRM untuk memberi respon dalam masa 15 minit sebaik menerima maklumat.

Kesan positif dari pelaksanaan program Rakan COP ini dapat dilihat dalam memberi pendidikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah jenayah dan keselamatan jalan raya. Selain itu, ia juga mengeratkan hubungan mesra

Dengan pelaksanaan Rakan COP, pihak polis dan orang ramai akan saling menggembling tenaga dalam memerangi jenayah dan apa jua masalah berkaitan keselamatan. Kesemua lapisan masyarakat merupakan Rakan COP dan kejayaan program Rakan COP sudah pasti akan menjanjikan persekitaran yang lebih selesa dan selamat di seluruh negara.

2.3.4 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

SUHAKAM adalah badan yang menerima pelbagai laporan dan aduan daripada orang awam berhubung penyalahgunaan dan pencabulan hak asasi manusia. Ramai rakyat Malaysia kini mulai sedar dan mengamalkan hak asasi mereka berbanding sedekad yang lalu. Oleh itu, semakin ramai orang awam mahukan campurtangan Suruhanjaya bagi menyokong hak mereka.

SUHAKAM mengikut kemampuannya boleh bertindak sepertimana digariskan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). SUHAKAM berusaha mempromosi, melindungi dan memantau situasi hak asasi manusia secara berterusan serta mempromosi dan melindungi hak asasi manusia sehingga dikenali dan dihormati, dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Usaha yang berterusan adalah untuk merealisasikan matlamat mutlak dalam membangunkan masyarakat yang lebih menghargai dan menghormati hak asasi manusia, dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang menghormati hak asasi manusia sepenuhnya, berdiri megah setaraf dengan negara-negara lain yang mendahului dalam perkara ini.

Keutamaan SUHAKAM adalah menangani pelbagai isu hak asasi manusia yang ditimbulkan, diikuti dengan memajukan lebih banyak syor yang dibuat oleh pejuang hak asasi manusia yang lain serta memastikan pelaksanaan segera oleh agensi Kerajaan yang berkaitan.

Sejak penubuhannya pada 1999, Suruhanjaya ini telah memainkan peranannya dalam menasihati Kerajaan dan pihak berkuasa yang berkaitan mengenai pembaharuan undang-undang dan polisi, pelaksanaannya, serta pemantauan undang-undang-undang-undang dan polisi tersebut bagi memastikan keserasian antara undang-undang negara dan prinsip hak asasi manusia.

Jadual di bawah adalah antara tindakan positif yang telah diambil oleh Kerajaan ke arah penambahbaikan keadaan hak asasi manusia di negara ini hasil cadangan dan syor daripada SUHAKAM yang dilaporkan di dalam Laporan Tahunan 2010 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Kemasukan ‘gender’ dalam Perlembagaaan Persekutuan sebagai salah satu asas larangan terhadap diskriminasi

Menambahbaik keadaan pusat tahanan dan lokap polis

Ratifikasi Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD)

Enakmen Akta AntiPemerdagangan Orang 2007

Penarikan balik reservasi kepada Perkara 1, 13 dan 15 Konvensyen mengenai Hak Kana-Kanak (CRC) dan Perkara 5(a), 7(b) dan 16(2) Konvensyen mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi ke atas Wanita (CEDAW) Penambahbaikan perumahan awam dan akses kepada penjagaan kesihatan

Mewajibkan pendidikan rendah.

Suhakam juga berfungsi dalam menyokong hak manusia dengan mempromosikan kesedaran hak asasi manusia melalui kajian dan menganjurkan persidangan, seminar dan bengkel dengan tujuan menyebar dan memupuk nilai-nilai hak asasi manusia ke seluruh negara.

Aktiviti-aktiviti ini termasuklah menyediakan latihan mengenai aspek hak asasi manusia secara khusus dan umum, kepada pelbagai sektor masyarakat seperti penggubal undang-undang, kehakiman, pegawai penguatkuasa undang-undang, NGO serta pentadbiran sekolah, guru dan pelajar, termasuk mereka di peringkat pendidikan tinggi.

Walau bagaimanapun, menurut SUHAKAM masih banyak yang perlu dilakukan ke arah penerimaan dan aplikasi standard hak asasi manusia antarabangsa. Mereka berharap dapat bekerjasama erat dan konstruktif dengan agensi Kerajaan yang berkaitan berhubung hak asasi manusia. Jadual di bawah adalah antara isu yang diketengahkan oleh Suruhanjaya ini terhadap kerajaan dalam pembaharuan dasar dan undang-undang berkaitan hak asasi manusia sebagaimana yang tercatat di dalam Laporan Tahunan 2019 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Pindaan perlembagaan untuk menurunkan had umur mengundi

Memperkenalkan sistem pendaftaran pengundi secara automatik

Mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC)

Mengkaji semula undang-undang berkaitan gangguan seksual

Anti diskriminasi terhadap wanita, pekerjaan, pekerja domestik

Pemansuhan hukuman mati mandatori

Dokumen terkait