• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERLEMBAGAAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI: WAHANA ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PERLEMBAGAAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI: WAHANA ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA"

Copied!
102
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

CETAKAN PERTAMA 2021

POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK ISBN :

Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik, gambar dan rakaman serta sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Politeknik METrO Betong Sarawak terlebih dahulu.

PENULIS :

MUHD FIRDAUS BIN MOHD RAMLEE ABDUL FATTAH BIN HAMDEN

HANINI BINTI MARZUKI

DITERBITKAN OLEH :

POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK 1-12, FASA 2

BANDAR BARU JALAN BARU BETONG 95700 BETONG

SARAWAK

PERLEMBAGAAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI: WAHANA ETIKA DAN

PERADABAN DI MALAYSIA

(3)

Syukur ke hadrat Allah S.WT kerana dengan limpah kurnianya maka buku ini telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Buku ini merupakan pengenalan kepada etika dan peradaban dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini yakni menekankan aspek untuk mendedahkan para pelajar kepada tajuk-tajuk asas yang difikirkan sesuai untuk dibincangkan.

Dalam menyediakan buku ini, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi sebelum dapat menghasilkan sebuah buku yang amat baik dari segi isi kandungannya. Buku ini turut menjelaskan berkenaan dengan perlembagaan di Malaysia, platform integrasi serta cabaran dan tafsiran semasa kedudukan agama dan elemen tradisi di negara kita.

Diharap agar dengan adanya panduan seumpama ini dapat memberi manfaat serta membantu pelajar dalam membuat rujukan berkenaan dengan penghayatan etika dan peradaban di Malaysia. Akhir kata, kami ingin mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa yang membantu dalam penerbitan buku ini.

PRAKATA

(4)

JAWAPAN RUJUKAN

PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1

TIGA PLATFORM INTEGRASI 17

CABARAN DAN TAFSIRAN SEMASA 67

ISI KANDUNGAN

88

94

(5)
(6)

1.0 PENGENALAN

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang bagi setiap negara yang merdeka dan berdaulat. Pada asasnya perlembagaan merupakan peraturan dan norma-norma tertentu yang bertindak sebagai dasar kepada pembentukan dalam sesebuah masyarakat atau negara dan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dalam pentadbiran negara.

Secara umumnya, Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan negara Malaysia adalah jenis perlembagaan bertulis. Manakala bagi negara yang mempunyai perlembagaan tidak bertulis adalah seperti negara United Kingdom.

Perlembagaan bertulis merupakan perlembagaan yang telah diluluskan oleh badan yang bertanggungjawab dan berautoriti. Setiap perlembagaan bertulis memperuntukkan kaedah pindaannya. Sungguhpun sesuatu perlembagaan merupakan undang-undang asas, namun ia tetap boleh dipinda dari masa ke semasa. Misalnya, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan empat kaedah pindaan. Seterusnya, perlembagaan bukan bertulis pula merupakan gabungan tradisi, undang-undang biasa, badan legislatif, keputusan-keputusan mahkamah serta amalan-amalan yang dianggap teras oleh rakyat. Perlembagaan bukan bertulis boleh dipinda dengan undi majoriti mudah Badan Legislatif negara berkenaan.

Secara ringkasnya, kebanyakan negara di dunia ini mempunyai perlembagaan dalam bentuk bertulis iaitu prinsip perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam satu dokumen. Namun begitu, terdapat juga perlembagaan jenis yang tidak bertulis iaitu merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen. Dalam bab ini akan membincangkan definisi Perlembagaan Persekutuan dan Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

(7)

1.1 DEFINISI PERLEMBAGAAN

Menurut Mohamad (2013), Perlembagaan berperanan penting terhadap 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan di Malaysia. Dibawah Bahagian Enam Perlembagaan Persekutuan, diantara ciri utama Perlembagaan adalah mengenai pembahagian kuasa antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Selain itu, ianya memperuntukkan dengan jelas aspek berkaitan kewangan, tanah dan sumber asli yang berkaitan dengan kuasa Negeri dan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan juga telah menggariskan dengan jelas dan terperinci tentang pembahagian kuasa perundangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ini menunjukkan, peranan Persekutuan dan Negeri dalam bidang kuasa tersendiri. Mana-mana bahagian Persekutuan dan juga undang-undang yang telah dikuat kuasa boleh digubal oleh Parlimen seperti mana yang terkandung di dalam Perlembagaan. Manakala kuasa untuk menggubal undang-undang seluruh Negeri terletak pada Badan Perundangan Negeri masing- masing.

Bari (2008) pula menyatakan bahawa Perlembagaan adalah satu garis panduan atau kayu ukur kepada segala tindakan dan undang-undang. Misalnya, bidang kuasa yang telah digariskan dibawah bidang kuasa Badan Perundangan Negeri maka Parlimen tidak mempunyai kuasa ke atas undang-undang tersebut kerana telah dinyatakan didalam Perlembagaan. Selain itu juga, menurut peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan, segala undang-undang yang bertentangan akan terbatal setakat mana ia bertentangan dengan Perlembangaan. Dalam masa yang sama, Perlembagaan adalah instrumen yang telah melahirkan institusi-institusi didalam sesebuah negara.

Sementara itu, menurut Muslim & Buang (2017), Perlembagaan Persekutuan telah memperutukkan berkaitan Syariah didalam sistem perundangan Islam, Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja-raja dan pembentukan Majlis Agama Islam. Oleh hal yang demikian, agama Islam mempunyai ciri eksklusif didalam Perlembagaan berbanding agama- agama lain di Malaysia. Malaysia berperanan penting menjadi agen perpaduan kepada masyarakat yang telah hidup didalam pelbagai kaum dan agama. Dalam konteks Persekutuan itu sendiri telah terbina daripada kerjasama masyarakat majmuk. Dalam pada itu, ia terbina hasil

(8)

Di samping itu, syarat-syarat berkaitan Sistem Demokrasi Berpalimen telah digubal didalam Perlembagaan. Tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu badan perundangan (legistlatif), pentadbiran (eksekutif) dan kehakiman (judisiari). Ciri-ciri ini telah mengambarkan Malaysia sebuah negara demokrasi (Hazizi, 2020). Pembahagian kuasa atau dalam bahasa inggeris dipanggil '"Separation of Powers" merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama iaitu pemerintah, perundangan dan kehakiman. Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya kezaliman (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa dapat mewujudkan dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut.

Gambar 1.1 Buku Rujukan Berkaitan Perlembagaan Persekutuan

Selain itu, Perlembagaan juga merupakan undang-undang tubuh atau asas sesebuah kerajaan yang penting untuk melancarkan pemerintahan atau pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan merupakan satu koleksi atau dokumen yang menggariskan institusi- institusi kerajaan, hak-hak rakyat serta had dan tanggungjawabkepada mereka. Secara amnya, bagi sesebuah negara, perlembagaan melambangkan nilai- nilai kebangsaan yang diutamakan dalam negara.

Negara yang mengutamakan nilai kerohanian dan keagamaan akan memuatkan perkara berkenaan agama di dalam perlembagaan. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat kepada negara yang tercinta.

Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara. Perlembagaan di Malaysia dijadikan sebagai satu panduan untuk menentukan hak dan kebebasan awam mengikut batas-batas yang ditetapkan.

Pemerintahan berdasarkan perlembagaan dapat membataskan kuasa pemerintahan supaya tidak bersikap autokratik serta dapat memelihara hak-hak rakyat.

(9)

Oleh itu, Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa sistem pemerintahan negara ini ialah berbentuk demokrasi. Rakyat juga mempunyai hak-hak tertentu. Antaranya ialah kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, kebebasan berpersatuan dan kebebasan untuk memiliki harta benda. Ini bermakna perlembagaan berfungsi untuk dijadikan satu garisan antara hak, kuasa, tanggungjawab dan tatacara dan sistem pemerintahan dengan rakyat. Tegasnya, sistem pentadbiran kita akan dijamin cekap, jujur, iklas, telus dan adil sekiranya perlembagaan ini tidak dilanggar. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan.

1.2 SEJARAH PENGUBALAN PERLEMBAGAAN

Rajah 1.1 Garis Waktu Gubalan Perlembagaan Persekutuan

(10)

1.2.1 Undang-undang sebelum kedatangan penjajah

Di Tanah Melayu, telah wujud beberapa sistem pemerintahan seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan Batu Bersurat Terengganu yang menunjukkan pemerintahan yang bersistematik. Namun demikian, istilah Perlembagaan masih belum diguna pakai pada ketika ini. Dengan adanya peraturan dan undang-undang seperti ini telah menjelaskan sistem perlembagaan dan pentadbiran yang tersusun tersebut itu telah wujud sebelum kedatangan penjajah British. Lain daripada itu, apabila British mentadbir Tanah Melayu, negeri Johor dan negeri terengganu telah membuat Perlembagaan mereka sendiri iaitu pada tahun 1895 dan 1911.

Pada waktu yang sama, Hukum Kanun Melaka adalah diantara undang-undang yang telah wujud di Tanah Melayu. Menurut Borham (2002), di Melaka dan rantau nusantara, Islam sudah mula tersebar sekitar abad ke-13. Pada Ketika tersebut, udang-undang Melaka yang juga dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka telah diperkenalkan dan digunakan oleh masyarakat setempat. Tambahan pula, Hukum Kanun Melaka ini telah digubal berlandaskan undang-undang Islam. Cara hidup dan amalan yang mengikut garis panduan Islam dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya menghasilkan kitab undang-undang Melaka.

Sistem undang-undang yang telah didokumentasi ini bertujuan untuk membentuk masyarakat setempat supaya sentiasa mematuhi segala suruhan dan larangan yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Undang-undang ini juga dilihat sebagai undang-undang bertulis pertama yang telah wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. (Razak, 2017)

Gambar 1.2 Manuskrip asal Hukum Kanun Melaka

(11)

1.2.2 Malayan Union

Pada 1945, parlimen British telah meluluskan Malayan Union. Hal ini demikian kerana, usaha British dalam menghapuskan negara dan bangsa yang telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dalam masa yang sama seorang wakil British iaitu Sir Harold Mac Micheal telah dilantik untuk mendapatkan tandatangan daripada raja-raja Melayu. Diantara sebab Malayan Union diperkenalkan adalah menjadi asas kepada British sebagai persediaan membentuk kerajaan sendiri kepada masyarakat tempatan bagi memerintah negara sendiri. Selain itu, British ingin menyatukan dan meningkatkan kecekapan pengurusan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dalam tidak langsung dapat menjimatkan kos pentadbiran. Sistem yang pelbagai akan menggunakan kos yang tinggi dan menyebabkan ekonomi setiap negeri tidak seimbang. Dalam masa yang sama, british telah menyimpan perasaan anti-Melayu yang tinggi disebabkan orang Melayu bekerjasama dengan Jepun dan pengenalan Malayan Union ini akan melumpuhkan peranan atau kuasa Raja-raja Melayu.

Ciri-ciri Malayan Union adalah semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan. Kedaulatan raja-raja Melayu pula telah dihapuskan kecuali dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Hak kerakyatan pula adalah sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan.

Pengenalan Malayan Union telah memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.

(12)

Malayan Union ini juga telah mendapat tentangan oleh orang Melayu sehingga mengadakan protes atau tunjuk perasaan. Diantara sebab penentangan adalah tindakan Sir Harold Mac Micheal yang menggunakan cara ugutan dan paksaan bagi mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu sehingga diancam dan diberi kata dua iaitu untuk diturunkan takhta atau menandatangani persetujuan Malayan Union seperti yang berlaku terhadap Sultan Kedah. Selain itu, telah berlakunya penghakisan kuasa Raja-raja Melayu apabila kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri kecuali dalam hal ehwal berkaitan agama Islam, adat resam Melayu dan mengetuai majlis Penasihat Melayu. Dalam masa yang sama, hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi warganegara. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang luar akan mengancam status quo orang melayu sebagai pribumi. Orang melayu bimbang akan berlaku ketidakseimbangan dari segi ekonomi dan Pendidikan disebabkan kemasukan mereka.

1.2.3 Persekutuan Tanah Melayu, 1948

Setelah mendapat tentangan daripada orang-orang Tanah Melayu, British telah membatalkan Malayan Union. Bagi tujuan menggantikan Perlembagaan Malayan Union, sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai British. Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu. British menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Ciri-ciri penting Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan pada 1 Februari 1948 adalah sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan.

Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ahli ex-officier.

Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri.

(13)

Syarat kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun. Pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun.

Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik. Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

1.2.4 Kerjasama Etnik

Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 (CLC) yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perundangan, terutamanya berkaitan perlembagaan, politik dan ekonomi. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membincangkan berbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan khas (special position) orang Melayu serta dasar pendidikan. Tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini, Dato Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tun Tan Cheng Lock, C.C. Tan, E.E.C Thuraisingham.

1.2.5 Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Perlembagaan merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang penubuhannya diperkenan oleh Baginda Ratu dan raja-raja Melayu bagi merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Suruhanjaya ini juga dikenali sempena nama pengerusinya, iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid. Suruhanjaya Reid terdiri daripada para ilmuwan dalam bidang Perlembagaan, Sir Ivor Jenning (UK), Sir William Makell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Pada mac 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaan telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) dan dianggotai oleh empat orang ahli dari negara Komenwel, iaitu Sir Ivor Jennings (ahli akademik dari Britain), Sir William Mackell (ahli politik Australia), Tuan B Malik (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan). Ahli yang dilantik untuk menganggotai Suruhanjaya Reid telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja dan Menteri Perikatan.

(14)

Gambar 1.4 Laporan Suruhanjaya Reid 1957

Gambar 1.5 Anggota Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Reid telah mengadakan referendum dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasuk parti-parti politik, individu-individu dan Raja-raja Melayu. Pada bulan Oktober 1956, Suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu setelah bersidang beberapa kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956. Akhirnya, darf perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 ogos 1957.

(15)

Suruhanjaya Reid merupakan asas utama kepada pembentukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dikuatkuasakan sehingga ke hari ini dengan beberapa pindaan telah dilakukan. Contoh pindaan ialah akta Malaysia yang diluluskan dalam tahun 1963 meminda Perkara 1(1) dan (2) untuk kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia. Berikut adalah Kerangka-Kerangka Asas dan Sifat-Sifat Asas Perlembagaan Persekutuan:

Perlembagaan bersifat persekutuan yang mengamalkan sistem persekutuan dengan meletakkan tumpuan kuasa kepada Persekutuan

Mempunyai nilai-nilai tempatan yang terangkum dalam tiga terma, warisan, tradisi dan watan, seperti kepentingan Melayu, bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu

Bersifat sebagai undang-undang tertinggi

Membina sistem demokrasi berparlimen

Membina sistem raja berperlembagaan dengan beberapa kuasa budi-bicara

Meletakkan agama Islam sebagai agama negara

Meraikan kepelbagaian komuniti dan budaya

4 5 6 7 3 2 1

1.2.6 Jawatankuasa Kerja

Perikatan, Raja-raja Melayu dan Kolonial British telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji semula cadangan Suruhanjaya Reid serta menyediakan satu dokumen Kertas Putih.

Segala laporan yang disediakan oleh Suruhanjaya Reid telah disemak dan diteliti juga diserahkan kepada Baginda Ratu dan Raja-raja pada Februari 1957. Kertas Putih ini mengandungi pindaan Penyata Reid dan juga merupakan rangka perlembagaan yang telah disusun dan diterbitkan pada 3 Julai 1957. Jawatankuasa kerja dipengerusikan oleh MacGillivray dan termasuk empat wakil dari Perikatan dan empat wakil daripada Raja-raja Melayu. Wakil Perikatan adalah Tunku Abdul Rahman (UMNO), Datuk Abdul Razak (UMNO), Ong Yoke Lin (MCA) dan V.T Sambathan (MIC).

Manakala wakil Raja-raja Melayu adalah Mustapha Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja),

(16)

Gambar 1.6 Jawatankuasa Kerja

1.2.7 Perisytiharan Perlembagaan

Draf Perlembagaan Persekutuan telah diterima dan diisytihar sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan telah diperbaharui pada 16 September 1963 apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu Sejarah sesebuah perlembagaan sekadar mengimbas kembali peristiwa penting yang berlaku. Ini merangkumi sejarah penglibatan penduduk tempatan dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari belenggu penjajahan.

Akhirnya kerajaan British bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada negara ini pada 31 Ogos 1957.

(17)

1.3 MENGHAYATI PERLEMBAGAAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI KE ARAH PENGUKUHAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

Setiap rakyat perlu dan wajar menerima Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Perlembagaan adalah sumber rujukan tertinggi bagi segala hal berkaitan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat. Peranannya adalah untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat mengenai hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai dan memahami maksud serta kandungan dan latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini yang dikenali sebagai kontrak sosial. Menerusi kontrak sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli. Orang Melayu pula diperuntukkan dalam Perlembagaan mengenai agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja- Raja Melayu atau apa yang dipanggil sebagai tiang seri dalam Perlembagaan.

Kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu di dalam Perlembagaan adalah wajar dan tepat kerana isu agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sering menjadi konflik dalam masyarakat. Ia menerangkan pentingnya perkara ini dihayati supaya tidak timbul sebarang pertikaian dalam pelbagai etnik di Malaysia dan berbezanya perkara ini dengan Perlembagaan yang ada di negara lain.

Dari perspektif hubungan etnik di Malaysia, perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada etnik bukan Melayu. Perkara yang menetapkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan diimbangi dengan peruntukan kebebasan bagi setiap rakyat menganut dan mengamalkan apa-apa agama dalam suasana aman dan harmoni.

(18)

Begitu juga perkara yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, juga diimbangi dengan peruntukan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh dilarang daripada menggunakan (melainkan bagi maksud rasmi) atau mengajar atau mempelajari apa-apa bahasa lain. Hal sama juga berlaku ke atas perkara yang menetapkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak diimbangi dengan peruntukan bahawa kerajaan tidak boleh melucut, menarik balik atau menyebabkan hak kaum lain terhakis.

Maka, perkara ini perlu difahami setiap lapisan masyarakat, khususnya generasi muda supaya sentiasa berlapang dada dalam sesuatu isu membabitkan bahasa Melayu, Islam dan orang Melayu dalam Perlembagaan. Ini seperti pernah dinyatakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-215, iaitu Islam dan orang Melayu adalah asas utama pembentukan Malaysia. Justeru, konsep memasyarakatkan Perlembagaan yang bermaksud masyarakat perlu didedahkan Perlembagaan bukan hanya dari aspek perundangan semata-mata, tetapi dari perspektif sejarah, budaya, agama, politik, undang-undang dan hubungan etnik.

Ini dinyatakan Laporan Suruhanjaya Reid yang menekankan pentingnya mengambil kira faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud pada 1957 dalam merangka Perlembagaan.

Kontrak Sosial perlu digembar gemburkan bertujuan mewujudkan kepekaan rakyat Malaysia terhadap pengetahuan dan kefahaman mengenai kontrak sosial. Ini boleh dilakukan menerusi kerjasama jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti serta pihak swasta dengan mengambil kira faktor di atas. Untuk itu, penekanan perlu diberikan kepada rasional kenapa sesuatu peruntukan itu termaktub dalam Perlembagaan. Penekanan kepada rasional sesuatu perkara itu akan menyebabkan masyarakat mudah menerima kerana masyarakat sekarang lebih terdedah dengan sesuatu isu melalui media sosial dan mempunyai pemikiran yang kritis dan terbuka terhadap sesuatu isu. Tuntasnya, rakyat perlu bersama menghayati maksud Keluhuran Perlembagaan sebagai asas perpaduan dan pembinaan negara bangsa di Malaysia.

(19)

1.3.1 Lampiran Infografik berkaitan

Gambar 1.7 Keluhuran Perlembagaan disebut di dalam Rukun Negara

(20)

1.3.1 Lampiran Infografik berkaitan

Gambar 1.8 Logo Sambutan Kemerdekaan Ke-64

Gambar 1.9 Fakta Bendera Malaysia

(21)

1.4 KESIMPULAN

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah mengetahui perlembagaan Malaysia yang merupakan undang-undang tertinggi negara. Pengetahuan ini akan melahirkan penghayatan terhadap perlembagaan Malaysia yang digubal menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara serta mampu untuk memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat. Sekiranya kerajaan dan rakyat saling menghayati tugas dan tanggungjawab yang terkandung didalam perlembagaan maka kestabilan dan keharmonian negara mampu dicapai serta dikekalkan. Pemerintahan sebegini akan memperlihatkan pemerintahan Malaysia berbeza dengan negara lain dan akan mengambarkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka.

1. Huraikan dua jenis Perlembagaan

2. Jelaskan Kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah negara.

3. Pada pandangan anda, mengapakah perlu ada perutukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

4. Mengapakah Perlembagaan dikatakan luhur?

SOALAN PERBINCANGAN

(22)
(23)

2.0 PENGENALAN

Integrasi nasional dan perpaduan kaum merupakan antara elemen penting yang sentiasa diberi penekanan oleh kerajaan seiring dengan pembangunan negara sejak dari detik kemerdekaan lagi. Mewujudkan bangsa yang bersatu padu adalah menjadi hasrat utama negara dengan diiringi usaha yang berterusan untuk mengekalkannya. Kesedaran tentang pentingnya integrasi dan perpaduan untuk membentuk masyarakat berbilang etnik, agama dan budaya yang benar- benar menjiwai aspirasi negara, maka kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program dan pelan perpaduan menerusi agensi dan jabatan yang diwujudkan dari masa ke semasa.

Walaupun mutakhir ini, pergolakan politik menyaksikan peralihan kerajaan baharu silih berganti namun ia tetap tidak memadamkan aspirasi negara dan kepentingan integrasi nasional dan perpaduan kaum yang telah diperjuangkan selama ini. Kesejahteraan dan kemakmuran negara melangkaui agenda politik dan berlandaskan kesatuan semua pihak dalam mendepani segala cabaran yang mendatang.

Rakyat juga sedar bahawa tanggungjawab memupuk integrasi nasional dan perpaduan kaum bukan sahaja terpikul atas bahu kerajaan semata-mata tetapi juga pada setiap individu yang membentuk komuniti dalam negara. Komuniti perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat negara terutama dalam soal keselamatan, sosial, pendidikan, hak dan kebebasan, serta kegiatan ekonomi. Usaha membina dan membangunkan nilai sejagat yang dikongsi bersama oleh semua rakyat berbilang etnik dan sosio-budaya harus dipergiatkan demi meningkatkan kesefahaman antara kaum dan menyatupadukan rakyat pada tahap yang lebih mampan. Selain itu, seni dan budaya juga boleh memainkan peranan penting dalam membentuk identiti rakyat Malaysia dan ia sesuatu yang wajar dikongsi bersama dengan kaum-kaum lain untuk manfaat perpaduan dan integrasi nasional.

Hasrat untuk membantu kerajaan dalam usaha memberi pemahaman yang menyeluruh kepada idealisme perpaduan juga mendorong beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut menjalankan inisiatif masing-masing. Badan-badan ini terlibat dalam memupuk integrasi nasional menerusi program-program kemasyarakatan bagi membentuk komuniti yang bersatu, mesra dan harmoni.

(24)

2.1 KONSEP TAPAK INTEGRASI

Terma ‘tapak integrasi’ diperkenal dan digunakan oleh Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 2013 setelah dibentuk Majlis Konsultatif Perpaduan Negara (National Unity Consultative Council atau NUCC). Ungkapan ini menjadi salah satu konsep asas dalam mentafsir semula konsep perpaduan di Malaysia. Konsep tapak integrasi telah diterap dalam usaha melakar blueprint atau Pelan Perpaduan Negara yang dipertanggungjawabkan kepada KITA-UKM oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Justeru, apakah yang dimaksudkan dengan tapak integrasi? Integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dan lain-lain) menjadi satu kesatuan.

Manakala tapak integrasi merujuk kepada suatu ruang sosial yang mempunyai dua komponen iaitu abstrak dan fizikal. Ruang ini merupakan tempat atau ruang pertemuan pelbagai idea, pandangan dan cadangan di mana pelbagai pihak atau kelompok masyarakat yang berbeza etika dan peradaban, bertemu dan berusaha mencari persetujuan atau titik pertemuan secara aman dan harmoni. Tapak integrasi ini berada pada tiga peringkat iaitu makro, meso dan mikro.

Tapak Integrasi

MAKRO (Peranan Kerajaan)

Perlembagaan Persekutuan

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan

Sekolah Wawasan

Program Latihan Khidmat Negara

Rancangan Malaysia

Wawasan 2020

Transformasi Negara (TN50)

MESO (Peranan NGO)

Aspek Sosial

Yayasan MyKasih

ALIRAN

Aspek Keselamatan dan Hak Asasi

Rakan COP

Suruhanjara Hak Asasi Manusia

(SUHAKAM)

Aspek Pendidikan dan Keagamaan

Yayasan Pendidikan Malaysia

Yayasan Sejahtera

Yayasan Sejahtera

MIKRO (Peranan Rakyat)

Inisiatif Akar Umbi

Rumah Terbuka

Penerimaan Budaya

Program di IPT

Tapak Integrasi Tidak Rasmi

(25)

2.2 STRATEGI KERAJAAN DALAM MEMPERKASA INTEGRASI

Berikutan wujudnya perbezaan dan kepelbagaian masyarakat majmuk di negara ini, usaha ke arah memupuk perpaduan dalam negara perlu sentiasa dilengkapi dengan pelan integrasi yang berterusan. Melalui peranan yang dimainkan oleh kerajaan, strategi jangka panjang telah ditetapkan yang menggariskan inisiatif yang berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini dengan pengenalan pelbagai program dan aktiviti menerusi agensi bertindak di bawah ini.

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

(JPNIN)

Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP)

Majlis Perundangan Keharmonian Rakyat (MPKR) Akta Suruhanjaya

Keharmonian dan Rekonsiliasi

Nasional

Majlis Penasihat Perpaduan Negara

(MPNN)

Pelan Tindakan Perpaduan Negara

(PTPN)

Rancangan

Malaysia Wawasan 2020 Transformasi Nasional (TN50)

2.2.1 Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Perpaduan negara merupakan suatu usaha dan proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial dan penempatan di dalam sesebuah unit politik. Konsep integrasi nasional pula bermaksud proses menyatupadukan pelbagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional.

Justeru, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menjadi badan yang ditubuhkan dengan fungsi dan tanggungjawab untuk memupuk perpaduan antara etnik di negara ini.

(26)

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

Kenegaraan

Kelab Rukun Negara (KRN)

Sekretariat Rukun Negara (SRN)

Program Latihan Industri Perpaduan

Komuniti

Rukun Tetangga (RT)

Skim Rondaan Sukarela (SRS)

Mediator Komuniti

Institut Kajian &

Latihan Integrasi Nasional (IKLIN)

PAKK

Tabika Perpaduan (TP)

Taska Genius Perpaduan (TGP)

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) ditubuhkan pada 1 Julai 1969 setelah Majlis Gerakan Negara yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak memutuskan untuk mewujudkan sebuah jabatan yang memantau isu dan masalah perpaduan kaum yang mengganggu gugat kestabilan dan keharmonian pada masa tersebut.

Matlamat utama penubuhan JPNIN adalah untuk memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selari dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Secara khususnya, penubuhan JPNIN bertujuan untuk:

i. Memupuk semangat perpaduan rakyat antara kaum dan sesama kaum serta mengukuhkan integrasi nasional ke arah pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu.

ii. Memperkasakan komuniti.

iii. Mengukuhkan jaringan (networking) dengan agensi-agensi kerajaan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO’s), sektor swasta serta agensi dan pertubuhan di peringkat antarabangsa.

iv. Memperkukuhkan amalan dan penghayatan nilia-nilai murni serta semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

v. Memperkukuhkan amalan tadbir urus baik (good governance) dalam pengurusan Jabatan.

(27)

2.2.2 Peranan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN)

JPNIN ini mempunyai beberapa peranan yang telah ditetapkan untuk memupuk perpaduan dalam negara. Antara peranan JPNIN adalah;

i. Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan.

ii. Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan kaum ke arah perpaduan nasional.

iii. Mewujudkan keharmonian negara.

iv. Menjalankan kajian untuk mengetahui tahap dan iklim perhubungan kaum.

v. Mencadangkan langkah-langkah yang komprehensif dan holistik di dalam mengurus perpaduan negara dan integrasi nasional.

vi. Menyumbang pendapat dan idea bagi membantu kerajaan dalam menyatakan pendirian negara di peringkat antarabangsa.

Tuntasnya, peranan JPNIN adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman. Ianya melibatkan peranan agensi dan kerjasama masyarakat dalam mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju dan makmur. Setiap kaum mahupun etnik perlu mengambil iktibar dan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei tidak berulang semula.

2.2.3 Rukun Tetangga

Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur. Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969.

Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian- kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.

Konsep Rukun Tetangga seterusnya mengalami fasa perubahan selaras dengan peredaran semasa sosio-ekonomi negara.

(28)

1975

Konsep Keselamatan Untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan- kawasan tertentu.

1984

Konsep Kejiranan Untuk meningkatkan semangat kejiranan dan perpaduan setempat

2001

Pembangunan Komuniti Aspek yang menyeluruh

2010

Model Transformasi Rukun Negara Pelaksanaan program dan aktiviti

berlandaskan 5 teras iaitu perpaduan, ekonomi, keselamatan, pendidikan dan kualiti hidup

2016

2.2.4 Fungsi Dan Tugas Jawatankuasa Rukun Tetangga

i. Menjalankan sebarang aktiviti yang boleh meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibbah, keharmoniaan, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, ekonomi, dan kualiti hidup dalam kalangan anggota masyarakat.

ii. iMenerima maklumat bagi memerhati dan menyiasat semua isu berkaitan konflik masyarakat di dalam kawasan dan melaporkan hasil pemerhatian dan siasatan kepada Pengarah.

iii. Mengambil apa-apa langkah yang perlu atau yang sewajarnya bagi membolehkan pemastautin melindungi diri mereka daripada sebarang aktiviti jenayah atau bencana.

iv. Menyediakan perantaran dalam masyarakat bagi tujuan perdamaian atau seumpamanya dalam menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan dalam kalangan anggota masyarakat.

v. Menjalankan fungsi dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari masa ke semasa.

Dalam memantapkan lagi Skim Rukun Tetangga, mantan Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 pada 28 Februari 2021 menerusi Kementerian Perpaduan Negara bagi tujuan memperkasakan kepimpinan dalam komuniti dan meningkatkan peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Di bawah pelan tersebut, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera yang bermatlamat untuk meningkatkan keberkesanan inisiatif Rukun Tetangga.

(29)

Agenda Kerja KRT Selamat Digerakkan melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS). Berperanan untuk meronda dan mengawal mana-mana premis atau lokasi di KRT dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Agenda Kerja KRT Sihat

Penekanan kepada usaha membudayakan gaya hidup sihat dalam komuniti hasil kolaborasi bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui program di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat.

Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah

Menumpukan kepada program pembersihan dan pengindahan di kawasan komuniti dengan sokongan Kementerian Pembangunan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah pelaksanaan Program Local Agenda 21.

Agenda Kerja KRT Sejahtera

Mengenal pasti kumpulan rentan seperti ibu tunggal, golongan orang kelainan upaya, warga emas dan golongan kurang berkemampuan dan memberi bantuan melalui pelaksanaan inisiatif seperti Projek Ekonomi Rukun Tetangga dan Program Sayangi Komuniti.

Empat Agenda Kerja KRT

Pelan ini merupakan satu daripada strategi yang telah digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030. Ia juga bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program KRT lebih tersusun dan berfokus selain memperkenalkan sistem Star Rating yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan KRT di samping menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti kesukarelawanan. Sistem pengurusan dan pentadbiran KRT juga disusun semula bagi memudahkan lagi pelaksanaan tanggungjawab oleh pemegang jawatan dalam organisasi tersebut.

Pada Mac 2021, Kementerian Perpaduan Negara telah mempermudahkan penubuhan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dengan menurunkan bilangan jumlah unit rumah di suatu kawasan penempatan kepada 1,000 unit daripada 1,500 unit sebelum ini. Ia dibuat selepas meminda beberapa syarat dalam Akta Rukun Tetangga 2012 (Akta 751). Langkah berkenaan adalah sebagai usaha bagi menggalakkan lagi penubuhan KRT di kawasan penempatan penduduk termasuk taman perumahan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membolehkan pendaftaran KRT dipermudahkan.

(30)

Menerusi pindaan tersebut, suatu penetapan juga telah dibuat untuk mewajibkan setiap satu KRT menubuhkan satu Skim Rondaan Sukarela (SRS) sebagai usaha memantapkan lagi komuniti setempat dan menggalakkan perhubungan kaum dan integrasi nasional. Sehingga kini terdapat 8,274 KRT yang menjadi jentera perpaduan di bawah kementerian tersebut dan kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi aktiviti-aktiviti di bawah KRT.

2.2.5 Tabika Perpaduan Dan Taska Genius Perpaduan

Pelancaran Pelan Pemerkasaan Tabika dan Taska Genius Perpaduan telah dilaksanakan pada 8 Mac 2021. Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) ini diberikan penjenamaan baharu yang meliputi peningkatan tahap profesionalisme guru dengan memastikan guru mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaian iaitu sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau yang setaraf dengannya.

Di bawah elemen pemantapan kualiti pengajaran dan pembelajaran pula, ia meliputi penyediaan buku aktiviti bagi setiap subjek dengan diselitkan elemen perpaduan dan kenegaraan, pengenalan asas kepada bahasa Mandarin dan Tamil, pelaksanaan aktiviti ‘Jom Urus Diri’ kanak-kanak Tabika Perpaduan dan pengenalan modul berbentuk permainan untuk kanak-kanak membina kreativiti. Identiti dan imej Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan juga dipertingkat dengan memperkenalkan logo baharu, kit permulaan dan keseragaman bangunan.

2.2.6 Mediator Komuniti (MK)

Mediasi digunakan sebagai intervensi jika timbul insiden yang tidak diingini berlaku dalam masyarakat. Akta Mediasi 2012 diluluskan bagi menjamin kelancaran proses mediasi. Akta ini telah memperincikan secara jelas ciri-ciri mediasi yang diperakui. Mediator Komuniti (MK) adalah pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Pengerusi Rukun Tetangga yang dilantik menjadi pendamai di dalam konflik yang timbul dalam komuniti.

VISI Membina Masyarakat Sejahtera

MISI Menggalakkan Mediasi sebagai satu cara penyelesaian pertikaian alternatif dengan cara mudah, cepat dan penuh kerahsiaan.

Memelihara keharmonian komuniti melalui Mediasi di antara pihak yang bertelagah

OBJEKTIF

Menggalakkan penggunaan khidmat mediasi bagi membantu menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak terlibat.

Menjadikan khidmat mediasi sebagai pilihan utama dalam menyelesaikan masalah dalam kalangan komuniti.

(31)

Sejak dari tahun 2007, Bahagian Pengurusan Perpaduan di bawah JPNIN telah mengambil inisiatif merangka program mediasi dan memperkenalkan Mediasi Komuniti yang bertujuan untuk melahirkan lebih ramai orang tengah atau mediator di peringkat komuniti.

Mulai tahun 2009, JPNIN secara serius melatih lebih ramai Mediator Komuniti.

Sehingga kini, JPNIN telah berjaya melatih dan sekaligus mentauliahkan seramai 1027 orang MK di seluruh negara. Usaha ini dilaksanakan melalui penglibatan bersama Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Pusat Bantuan Guaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pegawai JPNIN dan pemimpin Rukun Tetangga sebagai MK yang kompeten bagi menangani sebarang konflik yang berlaku di peringkat komuniti.

Peranan dan bidang kuasa MK diperkukuhkan dan diiktiraf sepertimana yang terkandung di dalam Akta Rukun Tetangga 2012 dibawah peraturan 8 (d) iaitu “menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan masyarakat”.

Memberi perkhidmatan mediasi secara sukarela kepada pihak yang memerlukan.

Membantu mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh pihak yang bertelagah bagi memelihara keharmonian masyarakat.

Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran mediasi melalui latihan dan perkongsian pengalaman secara berterusan.

Mententeramkan ketegangan antara pihak-pihak yang bertelagah serta memulihkan perhubungan di antara mereka.

Menjalankan mediasi secara profesional, adil dan ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan/balasan.

Peranan Mediator

(32)

2.2.7 Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP)

Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) telah dibentuk pada Oktober 2019 sebagai antara usaha kerajaan dalam menangani isu-isu sensitif perkauman dan keagamaan yang kian meluas pada masa kini.

Penubuhan Jawatankuasa ini adalah hasil usaha Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ia disarankan kerajaan bagi menangani dan mengendurkan ketegangan berkaitan isu sensitif dan perkauman di peringkat nasional.

JPIP ini bertindak sebagai forum rasmi bagi mengenal pasti isu-isu yang menjadi polemik yang berupaya menggugat perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ia juga berfungsi dalam meningkatkan usaha sama antara agensi yang terlibat dalam menangani isu perpaduan secara bersepadu.

JPIP dianggotai oleh pelbagai kementerian dan agensi, antaranya adalah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan (JaPen) dan beberapa agensi lain yang berkaitan.

JPNIN juga telah, sedang dan akan meneruskan pelbagai lagi usaha bagi memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia menggunakan pendekatan mendamping dan mendidik melalui pelbagai program dan mekanisme.

2.2.8 Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR)

Usaha meningkatkan dan memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional sentiasa menjadi agenda utama kerajaan kerana masalah polarisasi kaum dan kecenderungan untuk melihat isu-isu dari segi perkauman mencapai tahap yang membimbangkan. Malaysia kini berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mempertingkatkan perpaduan negara.

Sehubungan itu, Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) telah ditubuhkan pada 14 November 2019 bagi menggantikan fungsi dan tanggungjawab Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

(33)

MPKR akan menjadi mekanisme penasihat yang berwibawa kepada kerajaan dalam hal ehwal perpaduan dan kesejahteraan sosial bagi meneruskan usaha-usaha penyatuan nasional demi menjulang agenda perpaduan negara.

Badan ini berfungsi sebagai sebuah entiti bebas yang berkecuali sepenuhnya tanpa rasa takut dan terbatas bagi menasihati Kerajaan dan mengemukakan syor dalam hal-ehwal perpaduan dan kesejahteraan sosial demi memastikan wujudnya sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu.

Pelantikan ahli MPKR 2019-2022 terdiri daripada 14 ahli MPKR yang dilantik daripada pelbagai latar belakang antaranya ahli politik, para akademik, penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil media, wakil masyarakat minoriti dan wakil belia.

Ahli-Ahli MPKR Sesi 2019-2022

Selain bertindak menasihati menteri, ahli-ahli MPKR juga berfungsi memikirkan kaedah terbaik bagi memerangi cabaran berkaitan isu perpaduan dan mengurangkan ketegangan kaum dengan matlamat menyeluruh untuk memperkukuhkan perpaduan negara.

Mesej-mesej kebencian kaum dan agama sering dilaungkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan disebarkan melalui media sosial setiap masa. Justeru, ahli-ahli MPKR yang dilantik perlu lebih proaktif serta berhemah dalam mendepani isu-isu yang mencabar demi memastikan keutuhan perpaduan negara terpelihara setiap masa.

Selain itu, langkah penubuhan MPKR juga bertujuan mempromosikan Malaysia di peringkat global sebagai model negara moderat yang berjaya menjaga keharmonian antara kaum

(34)

2.2.9 Akta Suruhanjaya Keharmonian Dan Rekonsiliasi Nasional

Langkah terkini yang diambil Kerajaan bagi menangani dan mengendurkan ketegangan berikutan kian meluasnya isu-isu sensitif perkauman adalah dengan mewujudkan pasukan pemantau isu-isu semasa perpaduan di media sosial bagi menyebarkan berita-berita positif agar dapat menenangkan keadaan (counter) penyebaran berita-berita palsu, negatif dan berunsur fitnah supaya dapat menyakinkan masyarakat agar tidak mudah percaya dengan isu dan berita yang dimainkan dalam media sosial dan inisiatif ini akan diperluaskan hingga ke peringkat akar umbi.

Dari sudut perundangan pula, terdapat cadangan untuk menggubal akta baharu sebagai usaha kerajaan dalam menangani isu sentimen perkauman yang timbul kebelakangan ini. Akta yang diberi nama Akta Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional secara khususnya berfungsi untuk: -

i. Memupuk kesedaran dan pendidikan yang berhubung keharmonian, perpaduan, integrasi dan kesamarataan.

ii. Menasihati, membantu dan mengesyorkan kepada kerajaan langkah-langkah ke arah perpaduan nasional, integrasi, tanpa diskriminasi dan kesamarataan.

iii. Menyiasat aduan berkenaan dengan diskriminasi dan mengenalpasti penyelesaian.

Namun, pada Ogos 2020, Kerajaan telah memutuskan untuk tidak meneruskan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional memandangkan undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani isu berkaitan agama dan kaum pada ketika ini. Keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan RUU juga dibuat selepas hasil penelitian mendapati kebanyakan fungsi yang dicadangkan dalam rang undang-undang itu bertindih dengan akta serta peraturan sedia ada. Peranan serta fungsi yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini akan diselaras dan diguna pakai sebagai mekanisma pelaksanaan di bawah Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN).

Fungsi RUU tersebut bertindih dengan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan tiga peruntukan lain dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu Seksyen 504, Seksyen 505 dan Seksyen 506.

Kerajaan memutuskan untuk menolak dua RUU iaitu RUU Kebencian Kaum dan Agama sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) pada tahun 2014 serta RUU Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional yang dicetuskan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu.

(35)

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Januari 2019, juga membuat keputusan agar cadangan draf- draf rang undang-undang (RUU) yang pernah disediakan oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) disemak semula. Hasil semakan dan penelitian diputuskan agar beberapa peruntukan yang dicadangkan di bawah Akta Kebencian Agama dan Kaum diperkukuhkan di bawah Kanun Keseksaan.

Menurut Menteri Perpaduan Negara pada waktu itu, Negara ini telah mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk menjaga keharmonian antara kaum dan agama. Individu yang sengaja memecahbelahkan perpaduan serta keharmonian boleh disiasat dan didakwa di bawah akta-akta tersebut di atas.

2.2.10 Majlis Penasihat Perpaduan Negara (Mppn

Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) telah ditubuhkan di peringkat kebangsaan pada 18 Jun 2020 bagi menasihati Kerajaan dalam hal ehwal perpaduan serta membincangkan isu-isu perpaduan, usaha-usaha penyatuan nasional dari pelbagai sudut dan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik kepada Kerajaan untuk menangani isu dan cabaran perpaduan.

Pelantikan ahli-ahli MPPN dibuat oleh YAB Perdana Menteri bagi tempoh selama 2 tahun dan majlis akan bersidang setiap dua 2 bulan sekali. MPPN dipengerusikan oleh Menteri Kanan Kluster Sosial manakala sekretariat bagi majlis ini adalah Kementerian Perpaduan Negara.

Keahlian MPPN terdiri dari tokoh-tokoh masyarakat yang merangkumi pelbagai sektor termasuk dari Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta dan individu yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang perpaduan.

(36)

Fungsi Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN):

i. Menjadi forum untuk membincangkan isu dan masalah yang berkaitan dengan perpaduan termasuk suasana perpaduan dan hal integrasi nasional melalui perkongsian maklumat bersama tokoh-tokoh masyarakat.

ii. Menjana pemikiran dan idea ke arah menggubal Dasar Perpaduan Negara yang komprehensif dan holistik selaras dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.

iii. Mengemukakan syor-syor dan langkah-langkah yang wajar diambil oleh Kerajaan untuk memupuk keharmonian dan perpaduan negara yang lebih mantap.

iv. Melaksanakan strategi komunikasi berkesan untuk menghentikan sebarang penularan isu perkauman dan pergeseran salah faham agama demi kepentingan negara serta kesejahteraan rakyat.

v. Meluluskan cadangan dan nasihat tentang bidang-bidang kajian yang diperlukan ke arah mengukuh dan meningkatkan perpaduan negara dan integrasi nasional.

vi. Meneliti keperluan menggubal atau membuat pindaan terhadap mana-mana dasar dan perundangan kementerian, jabatan dan agensi serta peraturan-peraturan ke arah menghormati dan menghargai kepelbagaian, keharmonian masyarakat dan ketenteraman negara.

2.2.11 Pelan Tindakan Perpaduan Negara (Ptpn)

Kementerian Perpaduan memperkenalkan pelan baharu berasaskan perubahan semasa masyarakat iaitu Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 yang diolah berasaskan acuan masyarakat majmuk di Malaysia demi memelihara, mengukuh dan meningkatkan perpaduan masyarakat di negara ini. Program yang dirangka ini bersifat spesifik dan konkrit supaya dapat meneruskan agenda perpaduan negara.

Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 diperkenalkan bagi melengkapkan Dasar Perpaduan Negara yang telah dilancarkan Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Februari 2021.

PTPN ini menggariskan program yang dilaksanakan secara inklusif dan holistik berdasarkan strategi yang ditetapkan dalam dokumen Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 bagi menggerakkan usaha ke arah penyatuan dan integrasi nasional.

(37)

Program dan aktiviti khusus disusun secara jelas dan merentasi pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di semua peringkat daripada pusat sehingga peringkat bawahan. Proses dan gerak kerja pelaksanaan dijalankan secara jangka pendek, sederhana dan panjang bagi tempoh lima tahun bermula Januari 2021 hingga 2025. PTPN dirancang dan dilaksanakan dalam tempoh sebegitu bagi memudahkan pemantauan berkala dilakukan.

Satu jawatankuasa pelaksanaan dibentuk bagi memastikan ketiga-ketiga dokumen iaitu Dasar Perpaduan Negara, Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan PTPN dilaksanakan dengan berkesan dan impaknya dapat dirasai oleh seluruh rakyat di setiap peringkat.

PTPN juga menjadi panduan dan rujukan bagi setiap individu serta agensi mengenai sebuah pelan tindakan bagi merealisasikan usaha ke arah perpaduan negara dan memudahkan tindakan intervensi dilakukan sebagai usaha penambahbaikan berterusan.

Kementerian mengharapkan dengan wujudnya Dasar Perpaduan Negara (DPN) ini akan memberikan hala tuju lebih jelas untuk mengangkat agenda perpaduan negara lebih serius. DPN akan menjadi rujukan bagi melaksanakan beberapa program terancang mengenai perpaduan.

Dasar Perpaduan Negara menggariskan tiga objektif utama iaitu:

i. Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

ii. Membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat-menghormati dan bertanggungjawab.

iii. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.

(38)

2.2.12 Rancangan Malaysia

Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia.

Rancangan lima tahun ini merupakan kesinambungan kesan daripada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Kemudian disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah diubah kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Perbezaanya hanya pada perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia, maka tumpuan pada kali ini dan seterusnya adalah bagi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Rancangan Malaysia Tahun

Rancangan Malaysia Kesebelas 2016 – 2020 Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011 – 2015 Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 – 2010 Rancangan Malaysia Kelapan 2001 – 2005 Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 – 2000 Rancangan Malaysia Keenam 1990 – 1995 Rancangan Malaysia Kelima 1986 – 1990 Rancangan Malaysia Keempat 1981 – 1985 Rancangan Malaysia Ketiga 1976 – 1980 Rancangan Malaysia Kedua 1971 – 1975 Rancangan Malaysia Pertama 1966 – 1970

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971 - 1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 teah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.

(39)

DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara.

DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek – aspek kritikal seperti berikut:

i. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.

ii. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.

iii. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

iv. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar.

v. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.

vi. Memajukan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.

vii. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden.

viii. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

(40)

Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

2.2.13 Wawasan 2020

“Menjadi negara maju mengikut acuan sendiri”.

Wawasan 2020 adalah cita-cita negara Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pembentangan Rancangan Malaysia Keenam pada 28 Februari 1991. Tun Dr Mahathir Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja The Way Forward - Vision. Kertas kerja tersebut yang kemudiannya dikenali sebagai Wawasan 2020 dikatakan hala tuju kerajaan dalam memacu pembangunan negara selama 30 tahun (1991-2020) selepas berakhirnya Dasar Ekonomi Baru (1971-1990).

Terdapat beberapa pandangan tentang arah masa depan negara Malaysia dan bagaimana rakyat patut berusaha mencapai matlamat membangunkan Malaysia menjadi negara Perindustrian. Turut digariskan beberapa langkah yang patut diambil dalam jangka pendek supaya asas bagi perjalanan jauh untuk mencapai matlamat utama itu dapat dicapai. Malaysia tidak harus dibangunkan dalam bidang ekonomi sahaja. Ia mesti menjadi negara yang maju sepenuhnya dalam semua bidang termasuk kestabilan politik, keadilan sosial dan nilai sosial, kerohanian, mutu hidup dan maruah bangsa serta perpaduan nasional.

Kerajaan berharap rakyat Malaysia yang dilahirkan hari ini dan pada tahun-tahun akan datang akan menjadi generasi terakhir warganegara yang tinggal di negara yang digelar

‘membangun’. Matlamat utama yang dituju ialah Malaysia yang menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Justeru, apakah sebenarnya maksud “negara maju sepenuhnya?”.

Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara industri yang maju, makmur dan bersatu padu. Di samping itu, wawasan ini juga mahu melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang yakin pada diri sendiri. Mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh. Hidup dalam masyarakat demokratik, liberal dan bertolak ansur. Penyayang, adil dan saksama dari segi pengagihan ekonomi. Progresif dan makmur serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang mampu bersaing, berdaya maju dan dinamik.

(41)

9 CABARAN WAWASAN 2020

Negara yang bersatu Rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum harus memiliki matlamat yang serupa agar melahirkan bangsa Malaysia.

Masyarakat berjiwa bebas

Masyarakat yang berkeyakinan terhadap dirinya serta gagah menghadapi pelbagai masalah

Masyarakat Demokratif

Masyarakat yang mengamalkan persefahaman demokrasi yang matang dan boleh dicontohi negara membangun.

Masyarakat bermoral dan beretika

Masyarakat yang mempunyai moral yang tinggi serta memiliki nilai agama yang kukuh.

Masyarakat liberal Masyarakat yang bertolak ansur dalam pengalaman adat resam dan kebudayaan kaum masing-masing.

Masyarakat progresif dan saintifik

Masyarakat yang boleh menyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

Masyarakat penyayang

Mengutamakan kepentingan masyarakat dan kebajikan insan yang bermula dari sistem kekeluargaan yang kukuh.

Masyarakat yang adil dalam bidang

ekonomi

Masyarakat melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil agar wujud perkongsian dalam bidang ekonomi.

Masyarakat makmur Masyarakat yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik dan kental.

Kerajaan berusaha memotivasikan rakyat agar dapat bersaing dengan negara-negara asing.

Mengadakan program-program mengubah sikap bumiputera agar bersikap kritis dan berpemikiran lateral.

Bidang vokasional dan teknik diusahakan untuk merealisasikan Wawasan 2020.

Menggalakkan perkembangan penyelidikan dan pembangunan agar teknologi tempatan diusahakan dan kurang mengimpot teknologi luar. Di samping itu, tidak lupa menekankan pendidikan Islam dan Moral dalam pendidikan untuk membentuk masyarakat yang memiliki nilai-nilai murni.

Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu temubual radio, Kool fm pada 6 Januari 2020, walaupun Wawasan 2020 tidak mencapai sepenuhnya apa yang dirancang namun Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dan perubahan berbanding ketika wawasan itu dilancarkan pada 1991.

(42)

“Walaupun kita tidak capai sepenuhnya tetapi sedikit sebanyak kita telah capai Wawasan 2020. Kalau dibandingkan Malaysia hari ini...2020 dan Malaysia di waktu kita melancarkan wawasan ini pada 1991, kita akan lihat perbezaannya.

“Rakyat lebih makmur, negara lebih makmur dan pembangunan sudah terlihat jelas di seluruh negara, infrastruktur yang lebih baik. Hakikatnya adalah banyak daripada Wawasan 2020 ini telah pun dicapai,”.

– Tun Dr. Mahathir Mohamad Apa yang berlaku, Malaysia belum sampai ke tahap yang boleh dikatakan sebagai negara maju kerana terdapat bidang-bidang tertentu yang masih ketinggalan. Inilah yang menyebabkan Malaysia tidak mencapai Wawasan 2020. Jika diimbas kembali, Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju, dengan mengatasi sembilan cabaran iaitu negara yang bersatu, masyarakat berjiwa bebas, masyarakat demokratik, masyarakat bermoral dan beretika, masyarakat liberal, masyarakat progresif dan saintifik, masyarakat penyayang, masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi serta masyarakat makmur.

Dengan kata lain, Wawasan 2020 bermatlamat mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan mampan.

2.2.14 Transformasi Nasional (TN50)

Perubahan dunia dan cabaran baru yang mendesak pada masa kini, menjadikan pembentukan gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dijadikan visi sebagai satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang.

Mantan Perdana Menteri Malaysia Keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan TN50 pada 19 Januari 2017 yang merupakan kesinambungan Wawasan 2020 bagi memacu masa depan negara dari 2020 hingga 2050. Ia didorong satu keazaman dan cita- cita yang tinggi yang mensasarkan Malaysia untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

(43)

TN50 dibentuk oleh aspirasi rakyat berpandukan sasaran yang jelas menjelang tahun 2050. Fokus utama adalah untuk menjadi negara teratas (top 20) dalam pembangunan ekonomi, sosial dan inovasi. Ia merupakan transformasi negara yang berteraskan usahasama antara Kerajaan dan penglibatan rakyat (Bottom-up approach).

Malaysia memerlukan visi yang menyatukan semua, sekali gus membentuk transformasi nasional untuk kehidupan berkualiti dan lebih baik pada masa depan. Usaha TN50 adalah untuk mengubah negara menjadi negara berpendapatan tinggi banyak bergantung kepada cukai, pelaburan dan pinjaman luar bagi mewujudkan pekerjaan baru, industri baru, dan pembinaan infrastruktur baru bagi kawasan luar bandar dan sebagainya.

“TN50 yang dicetuskan dari aspirasi rakyat Malaysia penting dan perlu diberi tumpuan sebagai persediaan pemikiran masa depan untuk membentuk dan memacu pembangunan Malaysia. Beberapa perubahan mega trend kini membentuk dan mengubah dunia.

Antaranya, kesan proses urbanisasi, demografi penuaan, revolusi teknologi dan lain-lain menjadikan keadaan dunia pada 2050 jauh berbeza dari sekarang.”

- Ketua Unit Khas TN50, Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri, Johan Mahmood Merican

Dalam proses urbanisasi misalnya, 66 peratus penduduk dunia tinggal di kawasan bandar menjelang 2050. Malaysia juga kini mengalami urbanisasi yang pesat dan perlu membuat persiapan dan bersedia untuk meletakkan kedudukannya menjadi bandar global pada masa depan.

Ciri-Ciri Utama TN50

TN50 amat kritikal bagi memastikan negara bersedia menghadapi masa hadapan. Ianya aspirasi seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan. Transformasi merangkumi pelbagai bidang dari Kesejahteraan Rakyat, Alam Sekitar, Ekonomi, Teknologi, Tadbir Urus dan lain-lain.

(44)

Kesejahteraan Rakyat

Hari Ini

 Kemunculan bandar mega (jumlah penduduk melebihi 10 juta) hasil daripada trend urbanisasi yang berterusan.

 Kebangkitan agama secara global. Islam sebagai agama yang paling pantas berkembang. Elemen-elemen Islam kini lebih meluas dalam perbankan, pelancongan, budaya, fesyen dan wacana politik.

 Perubahan peranan gender dengan peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan bidang kepimpinan.

 Peningkatan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan membawa kepada jangka hayat yang lebih tinggi.

Potensi Masa Depan

 Peningkatan tekanan terhadap perumahan, lalu lintas dan pengurusan sisa buangan.

 Peralihan ke arah unit keluarga yang lebih kecil disebabkan oleh penurunan kadar kesuburan.

 Kewujudan cip implan nanoteknologi yang mampu membersih arteri, menentang sel-sel kanser, membantu mengembalikan ingatan.

Alam Sekitar

Hari Ini

 Peningkatan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan mampan disebabkan oleh potensi kehausan sumber bahan api fosil.

 Ancaman terhadap alam sekitar dan biodiversiti akibat peningkatan konsumerisme manusia.

Potensi Masa Depan

 Kemajuan dalam bidang bioteknologi dan teknik pertanian meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan dunia.

 Peningkatan penjanaan kuasa menggunakan sumber boleh diperbaharui seperti solar, angin dan bahan api bio.

 Bangunan mesra alam dan mampan diwajibkan bagi semua organisasi awam dan swasta.

Gambar

Gambar 1.2 Manuskrip asal Hukum Kanun Melaka
Gambar 1.4 Laporan Suruhanjaya Reid 1957
Gambar 1.6 Jawatankuasa Kerja
Gambar 1.7 Keluhuran Perlembagaan disebut di dalam Rukun Negara
+5

Referensi

Dokumen terkait

Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh juga diamalkan dalam aman dan damai di mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Kebebasan beragama ini

Kedudukan agama Islam sebagai agama bagi persekutuan tidaklah bermakna semua undang-undang dan pentadbiran negara berpandukan Islam, karena pengertian agama yang

Perkara 3(2): Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai raja, kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam dalam negerinya secara dan setakat mana

Raja-Raja yang melibatkan perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan....

3m JAWAPAN Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan Kedudukan Raja sebagai ketua Agama Islam dalam negerinya YDPA berkedudukan sebagai ketua Agama Islam dalam negeri Tiada apa-apa

Perbincangan mengenai perkara tersebut lebih menjurus kepada rasionalnya agama Islam dijadikan agama persekutuan kerana Islam telah bertapak lama di Tanah Melayu, banyak

F1 pembentukan kerajaan persekutuan F2 Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara F3 mengamal institusi raja berpelembagaan F4 mengamal sistem demokrasi berparlimen F5

 Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri daalm pemerintahan negara.  Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.  Rakyat juga berpeluang membentuk