Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) boleh didefinisikan sebagai ketidak upayaan yang berlaku apabila menunjukkan tingkah laku berikut secara konsisten bagi satu tempoh masa; (1) tidak dapat menumpukan perhatian (innattention); (2) hiperaktif (hyperactivity); dan (3) impulsif (impulsivity). ADHD sering kali dikaitkan dengan aktiviti dan kesukaran untuk memberikan tumpuan yang bermula dari usia tujuh tahun (Barkley, 1990). Manakala, America Psychiatric Association (1987) pula mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum umur tujuh tahun. ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif, dan/atau hiperaktiviti-impulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dapat dilihat pada individu pada tahap-tahap perkembangannya. Terdapat tiga jenis ADHD iaitu;
1. ADHD, kurang tumpuan-predominantly inattentive type;- tidak memberi tumpuan dan
meninggalkan bahagian penting dalam tugasan, kerap mengelamun dalam kelas, tidak teratur dan pelupa.
2. ADHD, hiperaktif impulsif - predominantly hyperactive-impulsive type;-jumlah pergerakan sangat tinggi dan impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Sentiasa banyak bercakap, berlari-lari, mengetuk meja, menggoyang kerusi dan tindakan lain yang mengganggu.
3. ADHD, gabungan - combined type – mempunyai kedua-dua ciri bagi kedua-dua jenis di atas.
Jenis ADHD yang ketiga merupakan jenis ADHD paling biasa dan kajian banyak kajian dijalankan tentangnya. Diagnostic and Statistical Manual-IV(DSM-IV) menyatakan bahawa pelajar perlulah memenuhi sekurang-kurangnya enam kriteria daripada kedua-dua jenis ADHD yang lain untuk menjadi ADHD jenis gabungan. Selain itu, simptom-simptom tersebut perlulah wujud lebih kurang selama 6 bulan sebelum pelajar tersebut berusia tujuh tahun. Oleh itu, adalah penting bagi sedar
bahawa walaupun ada pelajar yang mempunyai kriteria tersebut, mereka tidak semestinya mempunyai ADHD. Kadang kala, pelajar ini sebenarnya pintar cerdas tetapi di salah anggap sebagai ADHD. Oleh kerana kesilapan yang sering timbul ini, ADHD sering kali dikaitkan dengan pintar cerdas.
Kadang kala, golongan professional membuat anggapan bahawa pelajar tersebut adalah ADHD dengan hanya mendengar kepada pernyataan dan penerangan yang dibuat oleh guru dan ibu bapa tanpa membuat pemerhatian lanjut ke atas pelajar tersebut. Oleh itu, adalah amat penting bagi ibu bapa dan guru-guru untuk menjalankan penilaian fizikal dan juga penilaian psikologi termasuklah dari segi intelektual, pencapaian dan emosi pelajar bagi memastikan hasil pengenalpastian adalah tepat. Ini kerana pelajar tersebut berkemungkinan pintar cerdas tetapi juga mempunyai ADHD. Tanpa melalui penilaian profesional, agar sukar untuk mengenal pasti keadaan sebenar pelajar tersebut (Parker, 1992).
Ciri-Ciri Pelajar Pintar Cerdas Dengan ADHD
Oleh kerana pintar cerdas sering kali dianggap sebagai ADHD dan sebaliknya, mari lihat terlebih dahulu ciri-ciri pintar cerdas dan ADHD berdasarkan pendapat golongan yang mengkaji perkara ini.
Ciri-ciri pelajar pintar cerdas (WEBB,1993)
Ciri-ciri pelajar ADHD (Barkley, 1990) 1. Kurang perhatian, bosan, mengelamun
dalam sesetengan keadaan spesifik
1. Tidak dapat menumpukan perhatian dalam kebanyakan situasi.
2. Kurang bertoleransi terhadap tugasan yang dirasakan tidak releven.
2. Tidak mempunyai ketahanan untuk melalui tugasan yang tidak mempunyai penyelesaian segera
3. Penilaian menurun berdasarkan perkembangan intelek
3. Impulsif, suka bertangguh 4. Intensiti mungkin mendorong kepada
kesukaran dengan golongan yang mempunyai autoriti.
4. Tidak boleh mengikut arahan, tidak boleh menyesuaikan diri dan tingkah laku yang tidak bersesuaian dari segi sosial.
memerlukan tidur pelajar normal
6. Mempersoalkan peraturan, adat dan tradisi
6. Sukar untuk mematuhi peraturan 7. Sensitif terhadap kritikan 7. Sensitif terhadap kritikan
8. Seakan-seakan tidak kisah 8. Seakan-akan tidak tumpukan perhatian terhadap maklumat
9. Kehilangan kerja, terlupa kerja sekolah, tidak terurus
9. Sering kali kehilangan barang yang diperlukan untuk tugasan atau aktiviti sama ada di rumah mahupun di sekolah.
Sesetengah ciri-ciri minda pelajar ADHD berguna dan berfaedah kepada pembangunan kreativiti mereka atau orang lain. Ini termasuklah keadaan huru-hara dan keadaan yang sukar kita fahami dan tempat mereka meletakkan idea dan imaginasi tersebut tidak ada yang tepat. Situasi ini boleh membawa kepada kombinasi imaginasi dan idea yang boleh membawa kepada cara baru dalam melihat sesuatu. Hiperaktif dalam minda golongan ADHD merupakan sesuatu yang menarik perhatian. Idea mereka banyak dan mampu bertukar dari satu topik atau perkara kepada perkara yang lain, dan berkembang dengan pantas. Manakala, bagi ciri-ciri impulsif, boleh membimbing golongan ADHD mencipta apa sahaja yang mereka inginkan. Ini merupakan keinginan mereka yang menginginkan kesempurnaan. Apabila digabungkan tahap fokus yang tinggi bagi golongan ADHD, ia boleh menghasilkan keputusan yang mengagumkan bagi satu tempoh masa. Walau bagaimanapun, akan terdapat gangguan untuk mengimbangkan tumpuan dalam usaha menghasilkan atau mencipta sesuatu.
Cramond dan Piirto dalam buku mereka “Understanding Those Who Create” menyatakan bahawa beliau menyedari memberi definisi kepada ciri-ciri ADHD merupakan salah satu cara untuk mengetahui ciri-ciri golongan yang kreatif. Tidak dapat memberi tumpuan, hiperaktif dan impulsive merupakan anatara ciri-ciri yang sering dikaitkan dengan penulis, artis, pengarang, pencipta dan juga
composer. Ini menunjukkan bahawa ciri-ciri tersebut telah tersebar kepada kreativiti dan bukannya hanya untuk ADHD. Pelajar ADHD sering kali ketinggalan selama 2-3 tahun dari umur mereka dalam pergaulan sosial dan kematangan emosi berbanding pelajar lain (Barkley, 1990).
Dalam kumpulan pelajar pintar cerdas yang tidak mempunyai ADHD, mereka mempunyai perkembangan kognitif, sosial dan emosi yang sama iaitu cara pemikiran 2-4 tahun lebih awal dari usia sebenar mereka. Manakala, apabila pelajar ADHD diletakkan dalam kumpulan pelajar pintar cerdas yang tidak mempunyai ADHD, mereka akan menyedari kematangan dalam rakan mereka dan mereka tidak bersedia menghadapinya. Begitu juga bagi pelajar pintar cerdas yang tidak mempunyai ADHD, mereka mungkin sukar untuk berhadapan dengan pelajar ADHD yang masih kurang matang dari segi emosi dan juga pergaulan sosial. Walau bagaimanapun, ini bukan bermaksud pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD tidak patut diletakkan bersama pelajar pintar cerdas, cuma kekurangan cabaran dari segi intelek dan kurangnya persamaan minat, kebolehan boleh membawa risiko masalah sosial dan emosional kepada pelajar pintar cerdas (Neihart, Reis, Robinson, & Moon, 2002).
Masalah Dalam Mengenal Pasti Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Masalah ADHD
Untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD, kita tidak boleh membiarkan ADHD yang dimiliki oleh pelajar tersebut mengaburi atau menutupi kelebihan atau potensi yang dimiliki oleh pelajar terbabit dan penggunaan ujian dan penilaian dari segi akademik yang cemerlang di sekolah akan menyebabkan kita gagal mengenal pasti pelajar tersebut adalah pintar cerdas. Selain itu, guru juga sering kali memberikan tumpuan kepada tingkah laku distruptif yang dilakukan oleh pelajar pintar ADHD sehingga gagal untuk mengenal pasti potensi yang ada padanya.
Kegagalan untuk mengenal pasti potensi yang ada pada pelajar ADHD ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dari segi akademik dan sosial dan mereka berisiko gagal untuk mengembangkan bakat mereka dan mengalami pencapaian yang tidak memuaskan (Moon et. al. 2001). Selain itu,
pelajar pintar cerdas yang mempuyai ADHD gagal menerima perkhidmatan pendidikan yang sesuai. Maka, sekiranya pelajar tersebut di diagnosis mempunyai ADHD adalah digalakkan untuk diuji pula dengan ujian untuk pelajar pintar cerdas.
Cara Mengenal Pasti Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Masalah ADHD
Untuk membezakan pelajar pintar cerdas sahaja dan pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD bukanlah satu perkara yang mudah, terutamanya dari segi mood dan juga tingkah laku. Ciri-ciri yang biasa ditunjukkan oleh pelajar pintar cerdas boleh disalah anggap sekiranya golongan yang bertindak untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas gagal untuk membezakan perkembangan pelajar pintar cerdas dengan pelajar ADHD atau pelajar tersebut mempunyai kedua-duanya sekali. Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya pelajar pintar cerdas menggunakan masa yang tidak diperlukan atau tidak bersesuaian. Intensiti, kawalan, kesempurnaan, rasa ingin tahu dan ketidaksabaran yang sering kali dilihat dalam pelajar pintar cerdas disalah anggap sebagai. Pelajar pintar cerdas yang kreatif pula akan menunjukkan sikap yang membantah, hiperaktif dan suka membuat argumen atau hujahan.
Oleh itu, dalam mengenal pasti ADHD dalam pelajar pintar cerdas perlulah dilakukan secara pelbagai yang sekurang-kurangnya memasukkan ujian klinikal di mana seorang ahli klinikal pakar dalam perbezaan psikopatelogi dan seorang lagi mahir dalam perkembangan ciri-ciri pelajar pintar cerdas. Selain itu, penilaian berkaitan dengan kegagalan belajar atau tekanan yang sering kali dihadapi oleh pelajar ADHD juga perlu diadakan (American Academy of Pediatrics, 2000). Berikut merupakan antara cara yang boleh digunakan untuk mengenal pasti golongan ini;
1. Rujukan awal - dilakukan dengan berjumpa dengan doktor atau ahli psikologi. 2. Penilaian – dilakukan dalam lima proses iaitu;
a. Penilaian perubatan – doktor mengasingkan masalah-masalah lain yang mungkin mempunyai tanda yang sama dengan ADHD atau pintar cerdas.
Doktor juga perlu mendapatkan semua maklumat tentang sejarah perkembangan dan juga bagaimana keadaaan ibu semasa mengandungkan pelajar tersebut.
b. Ujian Pencapaian Berterusan (Continuous Performance Tests) – direka di mana ia memerlukan pelajar tersebut boleh mengekalkan tumpuan untuk menjawab item-item ujian tersebut. Di antara ujian pencapaian berterusan adalah Integrated Visual and Auditory Continuous test(IVA), dan Test of
Variable of Attention Continuous Performance Test(TOVA)
c. Penilaian ibu bapa – setiap kali anak mereka diuji, ibu bapa memberikan maklumat. Ini boleh dilakukan secara temu bual, soal selidik dan juga menjawab senarai semak. Antaranya ialah Conner;s Parent Rating Scale –
Revised dan juga Child Behaviour Checklist.
d. Penilaian guru dan sekolah – guru melakukan penilaian di dalam bilik darjah. Selepas membuat pemerhatian, guru melengkapkan senarai semak dan juga menjawa penilaian skala tingkah laku Conners‟ Teacher Rating Scale-Revised.
e. Tentukan sama ada pelajar tersebut ADHD atau pintar cerdas atau kedua-duanya.
Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas Dengan Masalah ADHD
Kajian menunjukkan bahawa kita tidak boleh menganggap bahawa semua intervensi yang dicadangkan untuk pelajar ADHD sesuai dengan pelajar ADHD yang pintar cerdas. Penemuan awal menunjukkan bahawa intervensi atau pendidikan yang bersesuaian untuk berurusan dengan pelajar ADHD yang pintar cerdas adalah yang mampu mengembangkan dan sudah diubah suai berdasarkan kepada keunikan, kekuatan dan keperluan individu terbabit.
Perkara yang paling penting dalam menangani pelajar ADHD yang pintar cerdas adalah dengan memberi fokus kepada pembangunan dan perkembangan bakat dan pada masa yang sama mengawal kelemahannya. Fokus terhadap potensi dan bukannya membetulkan atau memperbaiki kelemahannya kerana dengan cara ini hasilnya lebih positif dan mampu meminimumkan masalah penyesuaian dari segi sosial dan emosi.
Selain itu, pelajar pintar cerdas selalunya mahukan tugasan atau aktiviti yang kompleks, ringkas, masa yang tidak panjang mungkin akan memberikan tekanan kepada pelajar ADHD yang pintar cerdas yang lebih gemar menangani tugasan yang lebih sukar dan mampu menarik minat mereka. Oleh itu, dengan mengurangkan stimulasi akan menyebabkan pelajar pintar cerdas ADHD menyembunyikan pencapaian dan keinginan ingin dicapai memandangkan mereka lebih selesa dengan bekerja secara bersungguh-sungguh malah bekerja dengan lebih baik dengan tahap stimulasi yang tinggi. Selain itu, pelajar pintar cerdas yang ADHD umumnya lebih berpotensi dan cemerlang dibandingkan pelajar pintar cerdas biasa yang tidak ada ADHD.
Oleh yang demikian kebanyakan pelajar ADHD yang pintar cerdas menunjukkan keputusan akademik yang baik dalam ujian tetapi tingkah laku mereka di sebalik kecermelangan tersebut adalah cerita yang berbeza. Hal ini kerana semakin mereka berjaya dan cemerlang, simptom-simptom ADHD mereka juga akan turut meningkat. Maka, apabila mereka meninggalkan rumah dan belajar sendiri di universiti atau kolej, mereka terpaksa membiasakan diri dengan struktur, dan rutin di tempat baru sedangkan pelajar ini paling tidak suka akan sesuatu yang bersturktur, rutin dan perkara yang berulang dan tidak mencabar minda mereka. Selain itu, bantuan dan sokongan dari keluarga telah tiada dan ini akan menyebabkan mereka tertekan dan ketika inilah simptom-simptom ADHD mereka semakin ketara. Oleh itu, kebanyakan pelajar pintar cerdas yang ADHD menghadapi masalah tekanan walaupun mereka cemerlang.
Namun begitu, pelajar pintar cerdas dengan ADHD sering kali tidak dicalonkan untuk menyertai program-program pintar cerdas. Ciri-ciri pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD yang menyebabkan mereka dikecualikan dari program pintar cerdas ialah;
• Gemar bermain atau membuat lawak pada masa yang tidak sesuai • Bosan dengan tugasan rutin dan tidak mahu melakukannya • Tidak boleh menerima atau bertimbang rasa terhadap kegagalan • Suka menguasai orang lain
• Suka melakukan kerja seorang diri atau suka menyendiri
• Sukar untuk bertukar kepada topik lain apabila sudah mula mendalami sesuatu topik • Sering menyatakan rasa tidak setuju secara terus dan bersikap mengarah
• Sensitif dari segi - overreact
• Tidak berminat terhadap sesuatu yang spesifik dan melakukan kerja yang tidak kemas. • Tidak mahu menerima autoriti, tidak pasti dan degil.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Pelajar ADHD sukar untuk menyedari akan kegagalan akademik atau kesalahan tingkah laku yang mereka lakukan. Walau bagaimanapun, menurut beliau, dari segi positifnya pula sekiranya pelajar ini layak untuk diletakkan dalam program pintar cerdas, ia boleh membantu membentuk tingkah laku dan meningkatkan keyakinan mereka. Pelajar ADHD akan kurang hiperkatif dan kurang menimbulkan masalah sekiranya perkara yang mereka lakukan tugasan yang cepat, dan mempunyai motivasi seperti yang dilakukan dalam bilik darjah golongan pintar cerdas.
Oleh itu, aktiviti p&p yang bersesuaian dengan pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD adalah aktiviti yang memerlukan penyelesaian masalah yang cepat dan memberikan cabaran dari segi mental dan psikologi serta persekitaran yang mencabar untuk membantu pelajar tersebut berjaya. Keadaan ini merupakan sesuatu yang jarang sekali disediakan oleh kebanyakan sekolah. Kebanyakan pelajar pintar cerdas mempunyai masalah dengan persekitaran sekolah yang membekalkan peluang yang sedikit untuk perkembangan kreativiti dan hanya membekalkan arahan yang berturutan dan konkrit, mengajar hanya tahap taksonomi yang rendah dan melakukan kerja yang memerlukan perkara yang berulang dan hanya mengingat serta aktiviti yang tidak membenarkan perkembangan individu mengikut tahap kemampuannya sendiri. Situasi p&p sebegini merupakan yang paling tidak sesuai tetapi ianya adalah praktikal sekiranya digunakan untuk pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD. Pelajar ini akan mendiamkan diri bila diberikan tugasan yang berulang dan mereka tahu kesan yang akan mereka hadapi (rasa bosan melakukan perkara yang sama).
Sekiranya pelajar ADHD tidak menyukai sekolah, pelajar pintar cerdas adalah sebaliknya. Bagi pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD mempunyai beberapa mata pelajaran yang mereka gemari antaranya mata pelajaran Sains dan ini akan menyebabkan mereka mengabaikan mata pelajaran yang lain. Keadaan ini boleh menyebabkan pelajar terbabit berusaha di sekolah dan di rumah apabila ibu bapa dan guru menyedari bahawa mereka boleh menghadiri sesetengah keadaan dan tidak boleh bagi keadaan yang lain. Situasi ini akan menyebabkan kegagalan untuk mencapai kecemerlangan akan bermula dan bagi pelajar ADHD, keadaan ini boleh dikenal pasti sekurang-kurangnya semasa mereka dalam gred 6 iaitu bersamaa dengan sekolah rendah di Malaysia. Bagi pelajar pintar cerdas pula, mereka sering kali meghadapi masalah dari segi sosial dan psikologi bagi usia mereka. Hal ini kerana mereka lebih cepat matang berbanding rakan sebaya mereka yang lain. Bagi pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD pula, mungkin menghadapi lebih masalah dari segi
perbezaan intelek, sosial dan emosi mereka berbanding rakan-rakan yang sebaya dengan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat memperkembangkan diri.
Oleh yang demikian, pada tahu 1950, Passow dan Goldberg menyuarakan pandangan mereka tentang bagaimana untuk menangani kegagalan untuk mencapai kecemerlangan. Oleh itu, untuk mengelakkan pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD menghadapi kegagalan dalam mencapai kecemerlangan,guru-guru dan juga ibu bapa perlulah memainkan peranan.
Berikut merupakan antara aktiviti yang boleh diadakan untuk membantu mereka. 1. Aktiviti Stimulasi
2. Pengayaan
3. Penggunaan komputer/ICT
4. Terapi Kognitif – memperkembangkan idea, menyelesaikan masalah 5. Ganjaran