• Tidak ada hasil yang ditemukan

MASALAH PENGLIHATAN Definisi

Dalam dokumen Modul Pintar Cerdas Berbakat 2 (Halaman 67-79)

Definisi untuk masalah penglihatan adalah sangat luas. Menurut, Hardman, Drew, Egan dan Wolf (1993), masalah penglihatan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu – (1) masalah kebolehan mata untuk melihat; katarak,masalah otot mata – contohnya tidak dapat mengawal pergerakan mata ke atas dan ke bawah atau ke tepi); (2) masalah penerimaan mata seperti retrolental fibroplasias yang

berlaku apabila terlalu banyak oksigen dibekalkan kepada bayi yang tidak cukup bulan dan (3) rabun/buta – mempunyai tahap penglihatan rendah atau terhad atau tidak dapat melihat sama sekali. Selain itu, masalah penglihatan juga termasuklah kekurangan dari segi fizikal iaitu kehilangan mata. Terdapat juga satu masalah penglihatan yang dikenali sebagai “legal blindness” di mana penglihatan bagi kedua-dua belah mata cuma 20/200 berbanding penglihatan normal boleh mencapai sehingga 180/200.

Dianggarkan 3-5 peratus masyarakat adalah pintar cerdas. Manakala, golongan pintar cerdas yang mempunyai masalah penglihatan dianggarkan 1:1000 atau 0.1 peratus daripada populasi di sekolah. Oleh itu, beliau menyimpulkan bahawa seorang pintar cerdas dengan masalah penglihatan akan muncul dalam 1: 20 000. Walaubagaimanapun, golongan pintar cerdas dalam populasi golongan normal tidak dapat dikenal pasti kelebihannya kerana dibayangi oleh ketidak upayaannya. Kebanyakan golongan yang mempunyai masalah penglihatan mempunyai tahap intelek yang normal seperti golongan normal dan tahap akademik mampu mencapai peringkat yang tinggi dengan peralatan bantuan yang mencukupi. Ini menunjukkan bahawa untuk memperoleh golongan pintar cerdas yang mempunyai masalah penglihatan adalah sukar sekali.

Ciri-Ciri Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Masalah Penglihatan

Pelajar pintar cerdas yang mempunyai masalah penglihatan menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep abstrak dan fungsi. Beliau juga menyatakan bahawa pendengaran dapat membantu dalam meramal kemampuan intelek golongan yang mempunyai masalah penglihatan. Pelajar pintar cerdas yang mempunyai masalah penglihatan mempunyai kebolehan dari segi pendengaran, penyelesaian masalah kompleks dan mahir dalam kemahiran berkomunikasi secara verbal. Pelajar pintar cerdas yang mempunyai masalah penglihatan mempunyai ingatan dan tahap tumpuan yang tinggi terhadap sesuatu tugasan. Selain itu, golongan ini

mempunyai kemahiran komunikasi verbal dan fungsi ingatan yang lebih baik berbanding rakan-rakan mereka yang boleh melihat.

Pelajar pintar cerdas dan bermasalah penglihatan bergantung sepenuhnya ke atas pendengaran mereka dalam memproses maklumat. Ini membantu mereka menterjemahkan maklumat dengan tahap tumpuan yang tinggi dan membantu mereka membentuk strategi pembelajaran secara individu. Pelajar pintar cerdas dan bermasalah penglihatan ini sangat peka kepada persekitaran, ingin tahu dan suka belajar. Mereka sering kali mencari kebebasan untuk menunjukkan ekspresi mereka dan mencari jalan untuk membantu mereka mencapai tujuan dan matlamat mereka. Mereka memiliki ingatan yang baik, pengetahuan perkataan yang luas dan mempunyai kemahiran komunikasi verbal yang baik. Ciri-ciri ini merupakan petunjuk yang menunjukkan mereka merupakan golongan pintar cerdas.

Dari segi kreativiti pula, golongan ini mempunyai tahap imaginasi yang tinggi dan mampu menerangkan dan mengembangkan sebarang maklumat atau idea. Mereka juga mampu menyesuaikan diri dengan keadaan mereka dan membuat penyesuaian atau perubahan yang perlu untuk membolehkan mereka berjaya dalam akademik. Apabila dibandingkan dengan murid-murid lain yang tidak mempunyai masalah penglihatan, mereka mampu menyamai pelajar tersebut. Ini menunjukkan bahawa mereka berupaya merapatkan jurang dengan pelajar normal dalam pembelajaran asas.

Selain itu, pelajar pintar cerdas yang bermasalah penglihatan mampu mempelajari Braille dengan cepat dan mereka seronok membaca. Mereka boleh mempunyai motivasi yang tinggi tapi pada masa yang sama, mereka akan kecewa sekiranya mereka gagal untuk memahami konsep atau sekiranya merasakan bahawa konsep tersebut tidak diterangkan dengan baik. Mereka boleh

menyesuaikan diri dengan cepat dalam sesuatu situasi tetapi pada masa yang sama juga mereka cepat merasa bosan sekiranya melakukan perkara yang rutin dan sama.

Pelajar pintar cerdas yang bermasalah penglihatan boleh mempunyai bakat dan kecerdasan dalam muzik. Ini adalah kerana kelebihan daripada pembelajaran secara tidak langsung dari pendengaran mereka. Ini membolehkan mereka mempunyai satu kelebihan dalam mengingat bunyi dan sensitif terhadap perubahan dalam notasi muzik. Mereka akan mempunyai keinginan dan memberikan komitmen yang tinggi dan juga tahap tumpuan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang menarik minat mereka. Perkara yang membezakan pelajar pintar cerdas normal dengan pelajar pintar cerdas yang kurang upaya adalah dari segi kebolehan mereka untuk memahami perkataan yang mereka gunakan. Keadaan ini dikenali echolalia iaitu mereka mengulangi perkataan yang mereka dengar tanpa memahami cara penggunaan sebenar perkataan tersebut. Situasi ini biasa yang berlaku kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Kanak-kanak ini perlu mengatasi masalah ini kerana ini mampu mempengaruhi proses mengenal pasti sama ada mereka adalah golongan pintar cerdas atau tidak.

Pemikiran kreatif dan produktif dan kebolehan untuk melihat pelbagai sudut perhubungan merupakan ciri utama yang bagi kanak-kanak pintar cerdas. Namun begitu, kekurangan pengalaman visual sejak awal lagi akan menyebabkan kanak-kanak kekurangan pengalaman visual akan menjadi kekangan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan dan ini akan melambatkan perkembangan mereka.

Masalah Dalam Mengenal Pasti Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Masalah Penglihatan Terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam usaha mengenal pasti golongan pintar cerdas yang kurang upaya. Bagi golongan yang mempunyai masalah penglihatan tetapi pintar cerdas, mereka sukar dikenal pasti kerana adanya streotyping, perkembangan yang terbantut (spatial awareness) dan

maklumat yang tidak sempurna. Hal ini kerana, golongan ini tidak selalunya mempunyai peluang untuk mempamerkan bakat dan kebolehan mereka dalam persekitaran yang bersesuaian, ujian yang terhad kepada sesetengah golongan pintar cerdas sahaja dan juga tanggapan orang ramai terhadap mereka.

Ibu bapa dan golongan profesional selalunya mempunyai pengetahuan yang terhad dan sukar memahami kanak-kanak yang mempunyai dua kualiti yang berbeza- kurang upaya dan berbakat. Disebabkan oleh peratusan yang rendah bagi pelajar pintar cerdas yang kurang upaya, guru selalunya tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengajar kanak-kanak pintar cerdas yang kurang upaya dan juga mungkin kurang senang dengan adanya golongan kurang upaya yang berada dalam program pintar cerdas.

Metod dan instrumen yang tidak bersesuaian digunakan untuk mengenal pasti tidak merangsang atau tidak memfokus kepada kelebihan pelajar pintar cerdas. Pembiayaan dan kos untuk membekalkan kemudahan kepada pelajar pintar cerdas dan kurang upaya ke dalam program pintar cerdas adalah terhad terutamanya golongan masalah penglihatan yang memerlukan bajet yang tinggi.

Melalui pemantauan yang dibuat oleh beliau menyatakan masalah untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas yang bermasalah penglihatan adalah masalah yang dihadapi sendiri oleh guru dalam mengenal pasti murid-murid yang pintar cerdas dan bermasalah penglihatan. Bagi kebanyakan kes pintar cerdas, kebolehan kognitif akan selari dengan ujian intelek yang disediakan dan sekaligus akan menunjukkan bahawa mereka layak masuk ke dalam program pintar cerdas.Walau bagaimanapun, ujian tersebut dibangunkan untuk golongan normal dan bukan untuk golongan yang mempunyai masalah penglihatan. 70 hingga 80 peratus pembelajaran bermula dengan pengalaman visual. Maka, apabila kekurangan pengalaman visual ini akan memberikan ketidakadilan kepada kanak-kanak bermasalah penglihatan untuk dinilai dengan cara yang sama seperti kanak-kanak normal iaitu berdasarkan kepada bahasa dan pengalaman semata-mata.

Kebergantungan mereka terhadap deria lain untuk pemahaman, murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan akan ketinggalan di belakang berbanding dengan kanak-kanak normal iaitu ketinggalan sebanyak 2 tahun dari segi perkembangan intelek. Jurang ini boleh menjadi lebih luas apabila kajian mereka menunjukkan bagi kanak-kanak buta perkembangan pembelajarannya boleh ketinggalan sebanyak lapan tahun berbanding kanak-kanak normal. Keadaan ini wujud kerana kebolehan mereka dibayangi atau dikaburi oleh kekurangan mereka. Penilaian intelek bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan dilakukan dengan menggunakan metod dan cara baru yang moembolehkan kebolehan mereka diterokai.

Badan Kebajikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (Omdal, Ruconich, Ferrell, & Corn, 2003) menyatakan bahawa adalah perlu untuk mencari alternatif lain dalam mengenal pasti golongan yang bermasalah penglihatan yang pintar cerdas. Hal ini kerana ujian intelek yang diadakan untuk mereka adalah tidak dibangunkan atau disediakan selari dengan keperluan kanak-kanak ini, contohnya, dari segi penggunaan Braille dan juga pita rakaman. Mereka mencadangkan supaya penilaian lain untuk kanak ini dibangunkan dengan mengambil kira pandangan guru-guru, ibu bapa, portfolio kanak-kanak tersebut dan kajian ke atas tahap penyelesaian masalah dan teknik yang sedia ada pada murid terbabit.

Cara Mengenal Pasti Murid-Murid Pintar Cerdas Yang Mempunyai Masalah Penglihatan

Strategi untuk mengenal pasti murid-murid pintar cerdas yang bermasalah penglihatan ini adalah dengan mengenal pasti peotensi yanga ada pada mereka dan bukannya mahukan mereka menunjukkan potensi mereka. Maksudnya, kenal pasti potensi mereka terlebih dahulu, kemudian barulah potensi tersebut dikembangkan. Ini merupakan konsep yang amat penting dalam mengenal pasti kanak-kanak ini. Hal ini kerana, kebiasaannya kanak-kanak ini diperlukan untuk melalui satu ujian untuk membuktikan mereka pintar cerdas, tapi bagaimana mereka ingin menunjukkan kebolehan

mereka sekiranya mereka sendiri tidak dapat mengenal pasti bakat tersebut? Maka, adalah tanggungjawab kita untuk mengenal pasti potensi tersebut dan kemudian menggilap potensi tersebut. Walau bagaimanapun, untuk menggunakan metod ini, pelajar-pelajar ini perlu berupaya untuk menangani ketiday upayaannya supaya tidak mengaburi potensi yang dimilikinya.

Proses mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas untuk dimasukkan ke dalam program pintar cerdas selalunya dimulakan dengan pencalonan yang dilakukan sama ada oleh guru, ibu bapa, kakitangan sekolah atau kanak-kanak itu sendiri berdasarkan penilaian dari segi kognitif dan kebolehan akademik. Proses ini perlu dilalui terlebih dahulu kerana kebanyakan guru yang mahir dalam bidang ini berkemungkinan besar tidak dapat mengenal pasti golongan pintar cerdas yang bermasalah penglihatan dan tidak tahu perkembangan kognitif golongan ini. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita menyediakan instrumen yang bersesuaian bagi mengenal pasti potensi yang ada pada mereka. Oleh itu, ramai yang mengemukan instrumen-instrumen baru yang bersesuaian untuk mengenal pasti golongan pelajar-pelajar pintar cerdas yang bermasalah penglihatan. Maka, kesedaran adalah amat penting terutamanya bagi golongan yang menilai pelajar ini.

Berikut adalah antara perkara yang perlu diketahui sebelum memulakan penilaian; (a) sedar bahawa penilaian tidak boleh dilakukan dengan menggunakan hanya satu instrumen sahaja sebaliknya gabungan antara instrumen; (b) memerhatikan murid sehingga ke tahap di mana guru dapat menggambarkan kebolehan pelajar-pelajar tersebut; dan (c) sedar bahawa pemerhatian merupakan langkah pertama dalam usaha untuk menempatkan kanak-kanak pintar cerdas yang bermasalah penglihatan ke dalam program pintar cerdas.

Berikut merupakan antara instrumen dan juga senarai semak yang boleh digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar ini;

Mereka akan diuji dengan menggunakan metod atau instrumen berikut;

1. The Wechsler Intelligence Scale for Children – Third Edition (WISC-111). Skala ini boleh membantu memahami maklumat yang disampaikan secara verbal, berfikir dengan perkataan dan menyampaikan fikiran dengan perkataan. Objektif bagi skala secara verbal ini adalah untuk mengukur Kepintaran Verbal (Verbal Intelligence).

2. Piers-Harris Children‟s Self Concept Scale (Piers 1984) pula digunakan untuk menguji keyakinan murid.

3. Blind Learning Aptitude Test (BLAT) (Newland, 1969)

4. Children‟s Tactual Progressive Matrices (CTPM) (Rich & Anderson 1965)

5. Raven‟s Colored Progressive Matrices (CPM) (Rich & Anderson, 1965

6. Intelligence Test for Visually Impaired Children (ITVIC), developed in Holland (Dekker, 1989) – golongan yang pintar cerdas yang buta menunjukkan potensi intelek yang tinggi bagi kebolehan spatial.

Ibu bapa perlu melengkapkan senarai semak seperti berikut; 1. The Parents‟ Identification Checklist

2. Multiple Intelligences Parent Inventory 3. Social Skills Rating System-Parent Form

Guru-guru perlu melengkapkan senarai semak berikut;

1. The Renzuli-Hartman Scale for Rating Behavioural Characteristic of Superior Students 2. The Social Skills Ratings System-Teacher Form

Dua kesimpulan berkaitan dengan instrumen yang digunakan untuk menilai kanak-kanak pintar cerdas yang bermasalah penglihatan iaitu; (a) perlulah bersesuaian dengan kanak-kanak bermasalah penglihatan dan bukan hanya untuk golongan yang boleh melihat- contohnya The Wechsler Scale; dan (b) ujian yang dibangunkan dan direka khas untuk golongan yang buta atau bermasalah penglihatan. Namun, apa yang lebih penting di sini ialah perkembangan dan pembangunan peralatan dan instrumen untuk kanak-kanak pintar cerdas yang bermasalah penglihatan. Freidrichs (2001) menyatakan bahawa disebabkan oleh peratusan golongan pintar cerdas yang boleh ditemui dalam golongan kurang upaya menyebabkan perhatian yang diberikan oleh masyarakat lebih tertumpu kepada ketidak upayaan mereka dan bukannya kebolehan yang mereka miliki (Maker,1977). Tambahan pula dengan tanggapan biasa dalam masyarakat bahawa golongan kurang upaya tidak mungkin mempunyai potensi atau kebolehan. Oleh itu, kesedaran dalam masyarakat merupakan antara faktor penting untuk memastikan kanak-kanak ini mendapat pendidikan yang baik dan bersesuaian dengan kebolehan mereka.

Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas Dengan Masalah Penglihatan

Sejak tahun 1980-an, ramai murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan menyertai sekolah utama dengan sokongan dan bantuan daripada guru-guru yang menguruskan murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan. Murid-murid ini diajar teknik-teknik belajar dengan visual dari segi bahasa. Di sekolah utama atau biasa, mereka berpeluang dan juga lebih terdedah kepada rakan-rakan yang dapat melihat dan ini memberikan mereka lebih banyak peluang untuk menyesuaikan diri dengan keadaan normal.

Perkara paling penting semasa mengajar pelajar yang mempunyai masalah penglihatan adalah untuk memperkembangkan sensori mereka yang lain terutama pendengaran dan sentuhan. Dalam usaha untuk mengaplikasikan kurikulum yang bersesuai bagi murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan dan pintar cerdas, guru perlulah bekerja secara rapat dengan golongan profesional. Guru perlulah membekalkan persekitaran bilik darjah yang sesuai, sumber-sumber – teks Braille, dan latihan penilaian. Bagi latihan penilaian, murid-murid boleh diberi masa tambahan dalam menjawab soalan dan latihan yang dilakukan lebih kepada verbal dan bukannya bertulis. Walau bagaimanapun, terlebih dahulu, murid-murid ini perlu mengenal pasti kebolehan yang mereka miliki. Selain itu mereka juga berhak untuk menyertai program-program yang disediakan untuk kanak-kanak pintar cerdas.

Kanak-kanak pintar cerdas yang kurang upaya ini juga perlu melalui ujian untuk melihat kebolehan atau kelebihan yang mereka miliki, sama ada dari segi intelek, seni, muzik dan lain-lain. Dengan pengenalpastian tersebut, guru boleh membuat Rancangan Pengajaran Individu bagi memenuhi keperluannya. Contohnya, dengan pelancaran Permata Pintar UKM, pelajar-pelajar yang kurang upaya juga mempunyai berhak untuk menyertainya, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah penglihatan. Hal ini kerana, dari segi inteleknya mereka tidak bermasalah dan kajian menunjukkan bahawa kebolehan intelek mereka sama dengan yang normal tetapi satu-satunya perkara yang membezakan mereka daripada kanak-kanak lain adalah ketidakfungsian mata mereka. Walau bagaimanapun, penyertaan mereka dengan ujian Permata Pintar UKM perlulah melalui ujian saringan yang telah dilakukan di sekolah yang boleh melayakkan mereka untuk menyertai ujian Permata Pintar UKM.

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Seperti pelajar normal yang lain, golongan ini juga mahukan pengajaran dan pembelajaran yang setanding dengan kebolehan mereka. Selepas mengenal pasti kelebihan mereka tanpa memikirkan

kepada kekurangan mereka adalah amat penting bagi kita merancang aktiviti yang boleh mencabar kebolehan mereka. Persekitaran pembelajaran perlulah bersesuaian dengan kelebihan yang dimiliki oleh murid tersebut bagi membayangi kelemahan yang dimiliki oleh mereka. Perkara yang paling penting dalam menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar pintar cerdas dengan masalah penglihatan adalah dengan memberi peluang kepada mereka untuk belajar dan fokus kepada kekuatan atau kelebihan pelajar tersebut dan bukannya kelemahan atau kekurangan yang dimilikinya.

Untuk membentuk aktiviti bagi pelajar tersebut, perkara yang perlu lakukan terlebih dahulu adalah (1) membuat perhatian dan melibatkan diri denganpelajar tersebut; (2) menyediakan protfolio penilaian ke atas kerja atau karya pelajar tersebut; (3) tahu secara mendalam mengenai kekurangan pelajar tersebut dan (4) berinteraksi dengan keluarga pelajar tersebut. Proses p&p yang sesuai untuk pelajar-pelajar ini adalah p&p yang berupaya untuk memenuhi keperluan kebolehannya dan sekaligus mampu membekalkan program yang boleh mendorong pelajar tersebut sehingga berjaya.

Kebanyakan trait bakat atau potensi yang dimiliki oleh golongan yang bermasalah penglihatan ini mungkin tidak dapat dilihat pada usia yang muda. Pelajar-pelajar ini mungkin mempunyai tahap perkembangan yang perlahan jika dibandingkan dengan golongan yang normal dan kebolehan yang dimilikinya mungkin tidak akan dipamerkan sepenuhnya sehingga mencapai satu peringkat usia yang bersesuaian. Oleh yang demikian, satu siri perkara yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu dan mengembangkan potensi dalam pelajar pintar cerdas yang bermasalah penglihatan. Antaranya ialah (a) memberikan kelebihan dan tanggungjawab kepada mereka sama seperti pelajar yang normal bagi mengelakkan mereka terlalu dilindungi atau dijaga; (b) memberikan mereka cabaran dan menambahkan pengalamannya dalam kadar yang bersesuaian; (c) mengelakkan perkembangan bakat yang boleh menyebabkan dia mengabaikan tahap perkembangan lainnya sebagai pelajar; dan (d) pertimbangan ke atas penerapan kemahiran asas seperti Braille dan abacus sebelum menempatkannya dalam program pendidikan pintar cerdas.

Strategi lain yang dicadangkan adalah menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah berdasarkan kepada minat dan kebolehan murid tersebut. Selain itu, rancangan dan aktiviti yang disediakan perlulah mampu memberikan peningkatan dan kekuatan dan memberikan ruang memperkembangkan kreativiti dan pemikiran mereka. Antara aktiviti yang sesuai untuk murid-murid pintar cerdas yang bermasalah penglihatan ialah (1) kepadatan kurikulum (Curriculum Compacting) – murid diberi peluang untuk mempelajari isi mengikut tahapnya secara individu dan (2) arahan mengikut tahap kepantasan (acceleration) – murid boleh tidak melalui sesetangah kurikulum sekiranya dia mencapai tahap atau level yang lebih tinggi. Selain itu, aktiviti yang berkaitan kajian atau projek boleh diadakan untuk mengelakkan mereka terlalu bergantung dengan bantuan orang lain dan sekali gus untuk membantu mereka mengembangkan kemahiran kajian dan juga meningkatan keyakinan dalam diri mereka. Beliau menyatakan bahawa melalui aktiviti projek yang diadakan berdasarkan minat dan kebolehan pelajar tersebut, ia mampu membantunya lebih yakin dan kebolehannya semakin berkembang.

Aktiviti lain yang dicadangkan adalah aktiviti yang melibatkan mentor. Ini adalah kerana kebanyakan kanak-kanak yang bermasalah penglihatan mempunyai masalah untuk bergaul. Maka, melalui aktiviti mentor, ia boleh mengembangkan sosial, kepimpinan dan kemahiran bekerja murid tersebut dan juga sekaligus memberikan keyakinan kepada murid-murid tersebut untuk mencapai dan menggilap potensi mereka, seterusnya menyumbang kepada masyarakat.

ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)

Dalam dokumen Modul Pintar Cerdas Berbakat 2 (Halaman 67-79)

Dokumen terkait