• Tidak ada hasil yang ditemukan

DISLEKSIA Definisi

Dalam dokumen Modul Pintar Cerdas Berbakat 2 (Halaman 88-96)

Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” yang bermaksud „kesukaran‟ dan „lexia‟ yang bermaksud „perkataan‟. Apabila diterjemahkan, dua perkataan ini membawa maksud “kesukaran dengan perkataan bertulis”. Pelajar yang mengalami ciri-cri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis dan mengeja. Manakala, masalah pembelajaran merujuk kepada beberapa ciri iaitu; 1) kesukaran belajar bahasa; 2) ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual; 3) tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak; 4) tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat; dan 5) daya tumpuan yang terhad. Hammond & Hughes (1990) pula menyatakan bahawa perkataan disleksia merujuk kepada murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai

kemahiran membaca. Secara keseluruhannya, disleksia boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu; 1) disleksia perolehan dan 2) disleksia perkembangan.

Bagi golongan pintar cerdas yang mempunyai disleksia, mereka telah lama dikenal pasti. Thomas G. West, dalam bukunya “The Abilities Of Those With Reading Disabilities” menyatakan bahawa;

“In 1896, in the first description of developmental reading disability in the medical literature, it was noted that a certain student could not learn to read in spite of “laborious and persistent training.” However, his headmaster observed that this student “would be the smartest lad in the school if the instruction were entirely oral.”

Pernyataan beliau tersebut menunjukkan bahawa pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia telah lama wujud dan apa yang membezakan mereka dengan pelajar disleksia yang lain adalah mereka mempunyai bakat tersembunyi yang lebih daripada pelajar disleksia yang bukan pintar cerdas. Sekiranya pelajar disleksia yang bukan pintar cerdas mempunyai keupayaan IQ yang normal seperti pelajar biasa, pelajar disleksia yang pintar cerdas mempunyai tahap IQ dan bakat yang memberansangkan. Perkara yang menjadi penghalang kepada mereka adalah ketidak upayaan mereka sama ada untuk membaca, menulis, mengeja, dan mengira. Walaupun mereka tidak boleh membaca, tetapi mereka dapat melakukan sesuatu atau melaksanakan sesuatu tugas sekiranya tugas tersebut berbentuk oral dan bukannya bertulis.

Perbezaan Ciri-Ciri Pelajar Disleksia Dengan Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Disleksia Pelajar disleksia biasa mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

1. Masalah fizikal/pengurusan diri/sosial

 Butang baju salah butang

 Tali kasut tidak diikat rapi

 Kidal

 Tidak berminat dalam pelajaran

 Perhatian singkat – keliru depan/belakang; kiri/kanan

2. Masalah dalam pembelajaran

 Lemah dalam bacaan

 Lemah dalam menyelesaikan masalah matematik

 Suka mengigit jari, pen, merenung buku seolah-oleh tidak faham

 Bahan lisan lebih baik dari penulisan

 Tulisan (tidak suka menulis/buruk/menekan semasa menulis dan tidak memulakan huruf besar di awal perkataan)

3. Masalah semasa membaca

 Pura-pura membaca

 Teragak-agak

 Menunjukkan teks bacaan dengan jari

 Pembalikan perkataan

 Keliru kedudukan perkataan

 Keliru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

 Penambahan

 Kependekan perkataan (bunga – buna)

 Pembalikan perkataan

Manakala, bagi pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia, mereka mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan pelajar disleksia. Berikut merupakan antara ciri-ciri pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia;

1. Kebolehan Verbal – 1) fungsi linguistik mereka masih boleh berfungsi; 2) bahasa mereka adalah tinggi; 3) kemahiran yang tinggi dalam komunikasi verbal dan boleh memberi sebab secara verbal; 4) gemarkan pembacaan dan mencipta cerita; 5) mempunyai memori yang jangka panjang bagi verbal; 5) menggunakan strategi pemikiran yang tinggi

2. Kebolehan visual – 1) kebolehan spatial; 2) boleh membuat gambaran 3D; 3) gemarkan visual; 4) imaginasi visual yang tinggi (boleh membuat gambaran); 5) lemah bagi gambaran visual 2D

Masalah Dalam Mengenal Pasti Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Disleksia

Pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia sering kali mempunyai masalah dalam membaca dan ini menyebabkan kekurangannya iaitu disleksia lebih mudah untuk dikenal pasti berbanding dengan potensi yang dimiliki olehnya. Namun, sekiranya dia boleh membaca dengan baik, disleksia pula tidak dapat dikenal pasti dan ini boleh membawa kepada kegagalan pelajar tersebut untuk menumpukan perhatian dan tidak dapat memberikan persembahan yang terbaik. Walau bagaimanapun, kebolehan mereka untuk membaca sering kali dianggap sebagai cara mengenal pasti yang tidak berkesan dan tidak tepat. Hal ini kerana, pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia mempunyai stail dan ciri-ciri yang berbeza.

Berikut merupakan dua graf yang menunjukkan perbandingan antara pelajar disleksia dengan pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia. Graf tersebut menunjukkan bagaimana IQ yang tinggi boleh membawa perbezaan dalam pelajar disleksia. Graf tersebut menunjukkan bahawa pelajar pintar cerdas dengan disleksia boleh menulis huruf jika dibandingkan dengan pelajar disleksia dan bagi kategori lain, pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia mengalami lebih banyak perkembangan

walaupun mereka mempunyai kekurangan, iaitu disleksia. Oleh kerana mereka mempunyai banyak persamaan, adalah perlu bagi kita melihat dan memerhati serta membuat penilaian yang teliti bagi memastikan mereka berhak menerima pendidikan yang setimpal. Ini bukan sahaja untuk golongan pintar cerdas disleksia tetapi juga untuk golongan disleksia sahaja.

Cara Mengenal Pasti Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Disleksia

Terdapat dua cara untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia iaitu, 1) dengan memerhatikan sama ada pelajar tersebut berjaya mengembangkan penggunaan symbol atau bunyi di dalam bilik darjah biasa dan 2) melihat sama ada pelajar tersebut mampu menamakan atau menyebut bunyi huruf.

Pelajar disleksia selalunya dapat membaca atu mengenal huruf lewat dan sekiranya mereka mampu berbuat sedemikian sekalipun mereka akan berada pada tahap bacaan bagi pelajar lapan tahun buat satu tempoh masa sekiranya tidak ada bantuan diberikan. Oleh yang demikian, cara untuk mengenal pasti pelajar ini adalah dengan; 1) melihat kepada hasil kerja atau tulisan mereka. Sekiranya mereka masih memerlukan bantuan dalam penulisan walaupun pada ketika itu mereka sepatutnya boleh menulis, mereka perlu diberikan perhatian; 2) sekiranya pelajar tersebut mempunyai kebolehan

yang tinggi tetapi dalam penulisan pelajar tersebut mempunyai kelemahan, maka berkemungkinan besar pelajar tersebut adalah pintar cerdas tetapi disleksia; 3) lihat kepada perubahan dalam ejaan yang dilakukan. Walaupun pelajar disleksia melakukan perubahan ejaan, namun bagi pelajar pintar cerdas, sekalipun mempunyai kesilapan ejaan, penggunaan atau vocabulary mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan pelajar disleksia.

Pendidikan Untuk Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Disleksia

Kebanyakan pelajar disleksia menghadapi masalah dalam membaca, mengeja, dan mengira. Walaupun mereka merupakan pelajar pintar cerdas, sekiranya mereka mempunyai disleksia, mereka akan menghadapi masalah yang dinyatakan di atas, sama ada kesemua sekali atau satu sahaja masalah di atas. Oleh itu, pendidikan atau program yang bersesuaian perlulah disediakan untuk pelajar ini terutama pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia. Namun begitu, kita perlu sedar bahawa terdapat perbezaan dari segi pendidikan untuk pelajar disleksia biasa dengan pelajar disleksia yang pintar cerdas.

Silverman (1989), menyatakan bahawa “Gifted children may have learning disabilities or other

handicaps, and these dual exceptionalities tend to mask each other so that the child appears average”.

Pernyataan di atas menunjukkan bahawa kekurangan yang dimiliki oleh pelajar pintar cerdas ini membantutkan perkembangan bakat mereka yang sedia ada. Oleh itu, di sini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak mereka. Mereka perlulah mengenal pasti sama ada anak mereka hanyalah disleksia atau disleksia dan juga pintar cerdas. Ini bagi memudahkan pihak sekolah untuk menyediakan intervensi yang bersesuaian dan mampu memenuhi kelebihan dan juga kekurangan pelajar ini.

Beberapa program yang boleh dijalankan di sekolah untuk membantu pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia. Antaranya ialah MultiSensory Mouth Training Programme,

Alphabetic-Phonic-Syllabic-Lingustic Programme dan Teaching Reading Through Spelling Programme.

Program-program ini adalah untuk membantu pelajar disleksia yang pintar cerdas menguasai kemahiran 4M yang merupakan masalah utama yang mereka hadapi. Dengan adanya program sebegini di sekolah-sekolah pelajar ini akan dapat mengembangkan bakat mereka sekali gus mengatasi kekurangan mereka. Jika di perhatikan berdasarkan graf 1 dan graf 2 di atas, pelajar disleksia yang pintar cerdas ini mempunyai pola pembelajaran yang lebih tinggi berbanding pelajar disleksia yang biasa. Maka, dengan bantuan program sebegini, mereka boleh menguasai pembelajaran dengan lebih cepat dan berkesan setanding dengan pelajar pintar cerdas yang lain.

Selain itu, program-program lain yang boleh diadakan ialah program-program yang berunsurkan motivasi dan berdasarkan kepada minat mereka. Motivasi dan juga minat pelajar boleh mempengaruhi pembelajaran dan juga sikap pelajar disleksia yang pintar cerdas ini. Minat mereka merupakan motivasi atau pendorong kepada mereka untuk mengatasi kekurangan mereka. Ini kerana mereka sedar bahawa, sekali pun mereka gagal menguasai pembacaan, pengejaan dan pengiraan, mereka masih lagi mempunyai kelebihan yang lain. Namun begitu, adalah perlu bagi guru untuk memastikan bahawa 4M mereka dan juga bakat mereka seimbang dan saling menyokong antara satu sama lain.

Kegagalan pelajar untuk mencapai tahap perkembangan sepatutnya akan menyebabkan mereka berhenti daripada mencuba. Sebagai contohnya, sekali pun mereka mempunyai bakat tetapi mereka bertarung dengan kegagalan membaca dan mengira akan menyebabkan mereka tidak bermotivasi lagi. Oleh itu, adalah penting bagi pihak sekolah dan juga ibu bapa bekerjasama untuk memastikan pelajar ini dapat mengembangkan bakat dan juga kebolehan mereka serta mengatasi kekurangan yang mereka miliki pada masa yang sama. Kita perlu sedar bahawa pelajar disleksia yang pintar cerdas ini perlu mendapatkan perhatian yang tinggi untuk membolehkan mereka melakukan tugasan sama seperti pelajar yang lain

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Menurut teori Davis, golongan disleksia merupakan golongan yang berfikir dengan menggunakan gambar iaitu melalui mental atau sensori imej berbanding penggunaan huruf, perkataan atau dialog dalaman dalam minda mereka. Oleh kerana penggunaan metod ini adalah separa sedar, kebanyakan golongan disleksia tidak sedar akan perkara yang mereka lakukan. Oleh kerana golongan disleksia berfikr dengan gambar atau imej, mereka sering kali menggunakan logik dan memberi sebab kepada setiap perkara yang berlaku. Mereka bagus dalam membuat strategi, kreatif, bijak dalam penyelesaian masalah sebenar tetapi mereka lemah dalam sesuatu yang berturutan atau aktiviti yang perlu mengikut langkah demi langkah. Oleh kerana pemikiran mereka lebih kepada imej, mereka mampu memperkembangan imaginasi yang berunsur gambar dan menggunakan gambar dan juga perasaan untuk menyelesaikan masalah berbanding dengan menggunakan kemahiran verbal mereka.

Oleh yang demikian, salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk diaplikasikan ke atas golongan disleksia ialah pendekatan multisensori. Pendekatan ini akan membantu pelajar disleksia untuk mengabungkan beberapa deria sensori seperti auditori, visual, oral dan kinestetik.

1. Auditori – pendekatan auditori adalah apabila guru menyebut huruf atau perkataan secara berulang-ulang dan murid-murid akan mendengar.

2. Visual – menggunakan bahan-bahan visual untuk mengajar pelajar disleksia dan pintar cerdas. 3. Oral – murid-murid menyebut kembali huruf-huruf yang telah disebut oleh guru.

4. Kinestetik – murid-murid belajar dengan menggunakan pergerakan. Contohnya dengan berlatih menulis; menulis di atas pasir selepas melihat guru menulis huruf di papan tulis.

Manakala, bagi yang menghadapi masalah dalam menguasai pembacaan terdapat beberapa cara yang boleh membantu. Antaranya ialah;

Membekalkan aktiviti pembacaannya dengan bahan-bahan multimedia; seperti menonton novel yang berbentuk DVD.

Merekod atau merakam bahan-bahan bacaan untuk didengarkan kepadanya semasa membaca bahan bertulis.

Pastikan pelajar tersebut boleh membentuk semula ayat yang dibaca.

Ubah suai bahan bacaan; contohnya, gunakan buku bacaan yang lebih pendek, atau buku yang mempunyai cetakan tulisan yang lebih besar.

Elakkan keadaan yang boleh menyebabkan pelajar merasa tidak selesa seperti meminta dia membaca secara kuat dalam kumpulan.

SINDROM ASPERGER/ASPERGER SYNDROME

Dalam dokumen Modul Pintar Cerdas Berbakat 2 (Halaman 88-96)

Dokumen terkait