• Tidak ada hasil yang ditemukan

SINDROM ASPERGER/ASPERGER SYNDROME Definisi

Dalam dokumen Modul Pintar Cerdas Berbakat 2 (Halaman 96-107)

Sindrom Asperger dinamakan sempena Hans Asperger pada tahun 1944, yang menjelaskan bahawa sindrom tersebut merupakan pelajar yang kurang dari segi kemahiran bukan verbal, menunjukkan kekurangan empati dengan rakan sebaya dan secara fizikalnya cemerkap. Henderson (2001) melaporkan bahawa sindrom Asperger merupakan perkembangan daripada Autism Spectrum yang dikategorikan sebagai masalah sosial, perkembangan bahasa dan kognitif secara normal dan mempunyai kehadiran minat secara persendirian. Golongan sindrom Asperger ini mempunyai sesetengah trait autism seperti lemah dalam kemahiran sosial, lebih sukakan sesuatu yang rutin dan tidak sukakan perubahan. Tetapi tidak seperti pelajar autism, pelajar yang mempunyai sindrom Asperger selalunya mula bercakap sebelum berumur 2 tahun iaitu permulaan normal bagi setiap perkembangan percakapan. Sindrom Asperger merupakan satu keadaan yang jarang dijumpai iaitu

hanya 3 daripada 10, 000 orang boleh menghidapnya. Sindrom Asperger ini selalunya dikenal pasti pada umur 3 tahun dan ke atas. Simptom-simptomnya adalah pelbagai dan tidak sama bagi setiap pelajar.

Perbezaan Ciri-Ciri Pelajar Sindrom Asperger/Asperger Syndrome Dengan Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Asperger/Asperger Syndrome

Ciri-Ciri Pelajar Sindrom Asperger

Berikut merupakan ciri-ciri pelajar yang mempunyai sindrom Asperger;

a. Kemahiran sosial kurang

b. Perkembangan proses kognitif perlahan c. Kemahiran verbal dan non-verbal kurang d. Minat terhadap sesuatu perkara adalah terhad

Kebanyakan individu sindrom Asperger mempunyai tahap IQ yang sederhana sehingga ke tahap IQ yang yang lebih tinggi daripada sederhana dan lebih tinggi daripada tahap kemahiran bahasa yang dijangka atau diramal. Mereka masih lagi kekurangan dari segi memanjangkan tahap fokus mereka secara paktikal atau ke dalam situasi atau keadaan sebenar.

Ciri-Ciri Murid-Murid Sindrom Asperger Yang Pintar Cerdas

Walaupun terdapat banyak halangan dari segi perkembagan pelajar yang mempunyai Sindrom Asperger, namun, adalah tidak mustahil golongan ini merupakan golongan pintar cerdas. Selain itu, , dianggarkan bahawa pelajar pintar cerdas yang mempunyai sindrom asperger adalah seramai 72 orang daripada 1000 pelajar. Pelajar pintar cerdas yang mempunyai sindrom Asperger adalah “little

professors who can‟t understand social cues”. Pengenalpastian populasi pintar cerdas Asperger

golongan pintar cerdas mempunyai Asperger adalah tidak mustahil. Diagnosis yang dijalankan telah menunjukkan ciri-ciri berikut bagi pelajar pintar cerdas yang mempunyai Asperger, malahan terdapat persamaan di antar pintar cerdas dan sindrom Asperger seperti;

a. Kosa kata yang tinggi b. Pengasingan sosial c. Ingatan yang bagus

d. Sensitif terhadap sensori/deria

e. Gagal melihat keadaan daripada pandangan orang lain f. Gemarkan sesuatu yang rutin

g. Pemahaman bahasa lemah

Manakala, Neihart (2002) pula menyenaraikan ciri-ciri di bawah sebagai ciri-ciri pelajar pintar cerdas yang mempunyai Sindrom Asperger;

a. Kemahiran verbal yang tinggi b. Ingatan yang baik

c. Obses terhadap subjek yang mereka minati; gemar bercakap tentang perkara yang mereka minati

d. Mempunyai IQ yang tinggi

e. Sensitif terhadap keperluan sensori f. Kosa kata yang tinggi

g. Menghadapi kesukaran dalam gambaran abstrak

(Neihart, 2002) Melihat kepada kedua-dua ciri-ciri yang disenaraikan atau yang dikenal pasti oleh pengkaji berikut, tidak banyak perbezaan yang ditunjukkan. Ini menunjukkan bahawa pengenalpastian golongan ini telah mula dijalankan secara berperingkat dan semakin berkembang.

Masalah Dalam Mengenal Pasti Dan Cara Mengenal Pasti Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Asperger/Asperger Syndrome

Beberapa cara untuk mengenal pasti individu Asperger yang pintar cerdas. Berikut merupakan antara cara pengenalpastian yang boleh dikatakan sangat berjaya yang telah dijalankan atau diuji oleh beliau. Antaranya ialah;

(a) Australian Scale for Asperger‟s Syndrome (Garrett & Attwood, 1998),

(b) Asperger‟s Syndrome Diagnostic Scale (Myles, Jones-Bock, & Simpson, 2000) (c) Gilliam Asperger Disorder Scale (Gilliam, 2001).

(d) Gifted and Talented Evaluation Scale (GATES; Gillam, Carpenter, & Christensen, 1996)

Pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi daripada IQ sederhana boleh menyebabkan kekeliruan terutamanya dalam mengenal pasti golongan pintar cerdas yang mempunyai sindrom Asperger. Untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas yang mempunyai sindrom Asperger merupakan satu pengetahuan professional. Berikut merupakan senarai cara pengenal pastian mengikut urutan yang dicadangkan;

a. Latihan dan pengetahuan diberikan kepada guru

b. Senarai Semak yang perlu diisi oleh guru, ibu bapa, dan golongan profesional; Scales for

Rating the Behavioral Characteristics of Superior Students – Revised (SRBCSS-R) (Renzulli,

Smith, White, Callahan, Hartmen, & Westberg, 2002).

Manakala, dua langkah yang perlu diikuti untuk membantu dalam mengenalpasti pelajar pintar cerdas yang mempunyai Asperger dengan lebih tepat iaitu (1) membentuk atau menyediakan sejarah perkembangan pelajar tersebut dan (2) menggunakan skala tingkah laku (behavioural scales). Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah dapatkan sejarah perkembangan pelajar termasuklah semasa (a) kehamilan; (b) sejarah kesihatan pelajar; (c) sejarah penyakit atau perkembagan keluarga; (d) sejarah

psikologi keluarga; dan (f) sejarah kemahiran komunikasi keluarga. Ini bagi membolehkan ibu bapa, pendidik dan pakar psikologi mendokumentasikan perubahan tingkah laku dan mengenal pasti keberkesanan strategi yang disediakan oleh mereka. Perkara kedua yang perlu dilakukan ialah menggunakan instrumen pemerhatian.

a. Kanner Criteria (1943); b. Rutter‟s (1978);

c. International Classification of Diseases (World Health Organization, 1992) (ICS-10)

d. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders – 4th edition (DSM-TR-IV; American

Psychiatric Association, 1994), e. Autism Behavior Checklist.

Pendidik perlulah menggunakan lebih daripada satu instrumen dalam usaha mengenal pasti golongan ini. Berikut merupakan pendekatan yang boleh digunakan;

(a) authentic assessment; (b) portfolios;

(c) interviews with the individual in question, parents, and teachers; (d) standardized behavioral checklists;

(e) Standardized measures of intelligence.

Pendidikan Untuk Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Asperger/Asperger Syndrome

Kebanyakan murid-murid sindrom Asperger mempunyai tahap IQ yang sederhana dan kebanyakan mereka belajar di sekolah biasa. Beliau menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas Asperger perlulah mempunyai RPI (Rancangan Pengajaran Individu) atau IEP yang telah dibentuk dan boleh diaplikasikan berdasarkan kepada keperluan murid tersebut. Hal ini kerana, kebanyakan pelajar pintar cerdas Asperger memerlukan RPI yang bersesuaian dengan bakat dan kekurangan mereka untuk kekal dalam bilik darjah biasa. Namun begitu, untuk memastikan keberkesanan RPI yang disediakan

guru-guru perlulah memahami ciri-ciri pelajar pintar cerdas Asperger. Selain itu, guru-guru juga perlu menyampaikan bahan-bahan yang digunakan secara adil dan tidak mewujudkan sebarang persekitaran sosial yang tidak diingini oleh murid-murid pintar cerdas Asperger dan juga murid-murid lain dalam dalam bilik darjah tersebut.

Tanpa arahan yang bersesuaian, pelajar ini tidak mampu untuk mencapai tahap maksimum kebolehan atau potensi mereka. Selain daripada kekangan psikologi, Jackel juga menyatakan bahawa pelajar pntar cerdas Asperger juga menghadapi masalah dalam mengikuti kemahiran yang boleh membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka. Antaranya ialah; (a) kemahiran sosial; (b) kemahiran komunikasi; dan (c) kemahiran kognitif. Bagi pelajar pintar cerdas Asperger, kemahiran sosial dan komunikasi merupakan halangan yang paling ketara. Beliau menekankan bahawa, program yang bersesuaian untuk pelajar ini adalah program yang boleh mengenal pasti kebolehan dan juga kelebihan pelajar tersebut.

Seterusnya ini adalah program yang memberikan fokus kepada (a) kemahiran sosial; (b) minat peribadi; dan (c) kemahiran berbahasa. Selain itu, program lain yang boleh digunakan ialah program yang boleh membantu pelajar menjadi cekap atau mahir dari segi akademik dan juga sosial dan juga boleh membantu meningkatkan kawalan diri dan disiplin pelajar tersebut.

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Pelajar pintar cerdas Asperger ini memerlukan persekitaran pembelajaran yang berfokuskan kepada murid. Oleh itu, terdapat beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan untuk membangunkan atau menyediakan persekitaran yang bersesuaian untuk murid-murid pintar cerdas Asperger ini. Antara aspek yang perlu dipertimbangkan ialah (a) keadaan fizikal bilik darjah; (b) struktur/rutin; (c) metod persembahan p&p; dan (d) tujuan pengajaran. Situasi ini bergantung kepada keperluan individu pintar cerdas Asperger kerana ia akan mempengaruhi kemampuan mereka untuk belajar.

a. Keadaan fizikal bilik darjah

Perlulah menyediakan persekitaran p&p yang selamat dan selesa. Guru patut menyusun bilik darjah bagi murid-murid pintar cerdas Asperger jauh daripada gangguan semaksimum yang boleh. Walau bagaimanapun, agak sukar untuk mengelakkan gangguan seperti; (a) rakan-rakan yang membuat komen tidak sesuai; (b) ruang yang terhad; dan (c) imej atau bunyi yang tidak dingini. Oleh itu, guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha untuk menentukan cara untuk mengelakkan gangguan. Mereka perlu berbincang untuk menghasilkan persekitaran bilik darjah yang bersesuaian untuk murid-murid dan juga persekitaran yang mampu memangkin kebolehan dan potensi serta membantu mereka menghadapi kekurangan mereka.

b. Struktur/Rutin

Guru perlulah menyediakan satu persekitaran yang boleh diramal. Apatah lagi pelajar pintar cerdas Asperger ini sukakan perkara yang berstruktur dan rutin serta sukar menerima perubahan. Walaupun agak sukar untuk guru mengelakkan keadaan yang tidak diramal, maka perkara yang boleh dilakukan oleh guru adalah menyediakan atau melatih pelajar ini menghadapi situasi yang tidak diramal terutama di sekolah-sekolah biasa. Bagi membentuk atau menyediakan satu rutin dalam bilik darjah, perkara yang paling penting adalah mengajar atau melatih pelajar ini berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka bagi menyedarkan mereka bahawa terdapat banyak situasi yang dijangka boleh berlaku dalam hidup dan mereka perlulah bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan.

c. Metod persembahan p&p

Persembahan bagi bahan-bahan pengajaran memerlukan rancangan. Murid-murid pintar cerdas Asperger melalui p&p yang boleh memberikan kelebihan dari segi aktiviti pembelajaran dan juga pengajaran. Guru perlulah menggabungkan penggunaan visual dan juga penceritaan dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, guru juga perlulah membenarkan rehat pendek bagi pelajar terutamanya

bagi aktiviti yang memerlukan jangka masa yang panjang. Namun, perkara yang paling penting adalah memastikan murid-murid tahu akan kelebihan yang mereka miliki.

d. Tujuan pengajaran

Kepentingan dalam membantu pelajar pintar cerdas Asperger ini dalam mengimbangi kekurangan mereka dan juga kelebihan yang mereka miliki. Oleh yang demikian, untuk memastikan individu pintar cerdas Asperger ini boleh mengatasi atau menangani kelemahan mereka, perhatian amat penting sama ada daripada ibu bapa mahu pun guru. Maka, guru perlulah sedar akan tujuan mereka mengadakan sesuatu pengajaran untuk pelajar ini. Berikut merupakan antara tujuan pengajaran bagi pelajar pintar cerdas Asperger ini dijalankan; (a) mengajar pelajar pintar cerdas Asperger empati; (b) membekalkan maklumat baru untuk menambahkan pengetahuan sedia ada; (c) mengubah suai sebarang tingkah laku yang tidak bersesuaian; dan (d) membentuk jarak.

RUMUSAN

Sesungguhnya setiap pelajar ada keistimewaannya tersendiri. Walapun ada kekurangan fizikal, namun, keistimewaan itu sentiasa terserlah dengan kebolehannya yang semulajadi, unit ini telah membincangkan banyak perkara mengenai pelajar pintar cerdas yang mempunyai keperluan khas. Guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memastikan anak-anak istimewa ini menerima kemudahan seperti pelajar-pelajar lain.

Berdasarkan kefahaman anda, isikan tempat kosong bagi setiap kategori keperluan khas berikut:

1) Masalah penglihatan Definisi

Ciri-ciri keperluan khas pelajar pintar cerdas

Cara mengenal pasti pelajar pintar cerdas dengan keperluan khas Pendidikan dan strategi pengajaran yang sesuai 2) ADHD Definisi Ciri-ciri keperluan khas pelajar pintar cerdas

Cara mengenal pasti pelajar pintar cerdas dengan keperluan khas

Pendidikan dan strategi pengajaran yang sesuai

3) DISLEKSIA Definisi

Ciri-ciri keperluan khas pelajar pintar cerdas

Cara mengenal pasti pelajar pintar cerdas dengan keperluan khas Pendidikan dan strategi pengajaran yang sesuai 4) SINDROM ASPERGER Definisi Ciri-ciri keperluan khas pelajar pintar cerdas

Cara mengenal pasti pelajar pintar cerdas dengan keperluan khas

Pendidikan dan strategi pengajaran yang sesuai

Rujukan

American Psychiatric Association (1987). Diagnostic and statistical manual of mental disorders (3rd ed., rev.). Washington, DC: Author.

Barkley, R. A. (1990). Attention deficit hyperactivity disorder: A handbook for diagnosis and treatment. New York: Guilford Press.

Hammond & Hughes (1990). When bright kids fails: how to help children overcome spesific learning

difficulties. Australia: Simon and Schuster.

Hardman, M. L., Drew, C. J., Egan, M. W., Wolf, B. (1993). Human Exceptionality, (4th ed.). Boston, MA: Allyn and Bacon.

Moon, S.M., Zentall, S.S., Grskovic, J.A., Hall, A., & Stormont, M. (2001). Emotional and social

characteristics of boys with AD/HD and/or giftedness: A comparative case study. Journal for

the Education of the Gifted, 24, 207-247.

Neihart, M., S. Reis, N. Robinson, & S.Moon, (2002). The sosial and emotional needs of gifted

students: What do we know? Waco,TX: Prufrock Press.

Parker, I., (1992), Discourse dynamics: Critical analysis for social and individual psychology, London: Routledge

Ruconich, Omdal, Ferrell, & Corn.( 2003). Education of Students who are Gifted and Visually Impaired. Presentation papers.

Silverman L.K., (1989). Invisible gifts, invisible handicaps. Roper Review, 12,37-41.

Webb, J. T. (1993). Nurturing social-emotional development of gifted children. In K. A. Heller, F. J. Monks, & A. H. Passow (Eds.), International handbook for research on giftedness and talent (pp. 525-538). Oxford: Pergamon Press.

UNIT 7

Dalam dokumen Modul Pintar Cerdas Berbakat 2 (Halaman 96-107)

Dokumen terkait