[2013]
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) IJAZAH SARJANA
MUDA PENDIDIKAN KHAS
KBC3013
PINTAR CERDAS, BERBAKAT
DAN KREATIF
Modul ini dibangunkan untuk memenuhi rangka kurusus KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif. Unit 1 hingga 8 mengandungi perbincangan yang berbeza dan saling melengkapi untuk mencapai objektif pengajaran dan berkesinambungan daripada Modul 2.
Unit 1 Membincangkan teori dan model pintar cerdas.
Unit 2 Membincangkan instrumen pentaksiran kecerdasan pelbagai. Unit 3 Membincangkan instrumen kecerdasan.
Unit 4 Membincangkan ujian pengesanan menggunakan senarai semak.
Unit 5 Membincangkan definisi ujian kecerdasan, kepentingan dan keperluan ujian, prinsip pembinaan ujian dan rubrik.
Unit 6 Membincangkan definisi, ciri-ciri keperluan khas, cara mengenal pasti dan strategi pendidikan dan pengajaran.
Unit 7 Membincangkan kurikulum, kaedah dan pengajaran, peranan pihak yang menyokong dan penglibatan golongan profesional terhadap pelajar pintar cerdas.
UNIT 1
TEORI DAN MODEL PINTAR CERDAS
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengetahui Teori-teori Pintar Cerdas
Mengenal Pasti Konsep Penting Bagi Setiap Teori Pintar Cerdas
Menghuraikan Model yang Dibangunkan dalam Setiap Teori
Menjelaskan Aspek dan Domain Pintar Cerdas yang Ada Dalam Setiap Teori
PENGENALAN
Teori kecerdasan telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terlibat dalam kajian yang berkaitan dengan pintar cerdas. Teori-teori ini telah banyak memberi sumbangan besar dalam dunia pendidikan pintar cerdas. Berdasarkan toeri, banyak kajian dijalankan terhadap sampel tertentu yang mempunyai potensi tertentu dilabel sebagai pintar cerdas. Pada awalnya, teori kecerdasan menekankan pencapaian mental dengan memperkenalkan ujian IQ. Tokoh-tokoh terlibat menjalankan banyak kajian yang menyokong teori mereka. Zaman semakin mengalami perkembangan, begitu juga dengan perkembangan teori kecerdasan yang semakin meluas konsepnya. Konsep kecerdasan mengikut teori dijadikan asas untuk membentuk program dan pendekatan yang sesuai agar keperluan individu pintar cerdas dapat dipenuhi dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan.
ISI KANDUNGAN
Setiap tokoh pendidikan pintar cerdas telah memperkenalkan pelbagai teori. Bagaimanakan mereka memperkenalkan dan melaksanakannya? Adakah pelaksanaannya berkesan? Apakah medium penyampaian yang digunakannya? Kebanyakan tokoh menggunakan model tertentu untuk menghuraikan setiap konsep dengan baik.
Setiap konsep kecerdasan yang diperkenalkan didasari oleh teori yang tertentu. Dalam unit ini akan menyentuh pelbagai jenis teori yang menekankan konsep kecerdasan yang tersendiri. Teori dalam unit ini meliputi Teori Renzulli (kreativiti), Teori Tannenbaum (faktor dalaman dan luaran), Teori Sternberg (kreativiti), Teori Gagne(motivasi dan peluang, pelbagai domain), Teori Dabrowski (perkembangan cepat), Teori Howard Gardner (kecerdasan pelbagai) dan Teori Guilford (struktur kecerdasan).
TEORI RENZULLI
Renzulli merupakan tokoh terkenal dalam bidang pintar cerdas. Beliau memperkenalkan Triad Model iaitu mempunyai 3 ciri 1) kebolehan yang tinggi 2) komitmen yang tinggi 3) kreativiti yang tinggi. Beliau mengatakan
„ Giftedness consist of an interaction among three basic clusters of human traits-these clusters being above-average general abilities, high levels of task commitment, and high levels of creativity. Gifted and talented children are those possessing or capable of developing the composite set of traits and applying them to any potentially valuable area of human performance. Children who manifest or are capable of developing an interaction among the three clusters require a wide variety of educational opportunities and services that are not ordinarily provided through regular instructional programs.
Teori Renzulli mempunyai tiga bulatan dan konsep pintar cerdas dilihat pada tindihan ketiga-tiga bulatan tersebut. Teori ini menegaskan, seseorang pintar cerdas itu mempunyai kebolehan sederhana, kreativiti dan komitmen tugas yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara atau projek khusus. Konsep ini diperkenalkan oleh beliau kerana ciri-ciri yang terdapat dalam teori ini boleh dipraktikkan dalam sesuatu pekerjaan. Terdapat tiga sebab atau perkara yang mendasari konsep pintar cerdas beliau. Iaitu, pertama, definisi ini diperolehi daripada kajian penyelidikateori in yang dijalankan terhadap ciri-ciri individu pintar cerdas dan berbakat. Kedua, teori ini memberi panduan dan bimbingan untuk memilih atau membina instrumen dan menggunakan proses itu untuk membangunkan sistem yang sesuai untuk membuat pengesanan kepada golongan ini. Ketiga, konsep ini menyediakan hala tuju untuk program yang sesuai kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri pintar cerdas dan memenuhi kehendak program; „memberi pelajar pintar cerdas satu perhatian yang khusus sebagai pelajar berkeperluan khas‟.
Sasaran Renzulli adalah menghasilkan produk yang kreatif iaitu merujuk kepada pelajar pintar cerdas ini. Menurut beliau, tiada keunikan atau keistimewaan pintar cerdas terhasil pada satu ciri sahaja. Tetapi interaksi ketiga-tiga ciri tersebut adalah asas atau perkara penting untuk menghasilkan produk yang kreatif. Beliau menekankan kesilapan yang sering berlaku dalam prosedur pengesanan ialah apabila terlalu memfokuskan kepada kebolehan yang luar biasa berbanding dua ciri lain. Oleh yang demikian, untuk memastikan hasil pengesanan yang baik diperolehi berdasarkan konsep ini, perlu mengambil kira ketiga-tiga ciri tersebut dalam masa yang sama. Teori ini telah banyak digunakan secara meluas di sekolah-sekolah melalui pembinaan modul dan akademi.
Antara model yang telah dibangunkan berdasarkan konsep Renzulli adalah; 1) Enrichment Triad Model (Renzulli, 1977)
- mencadangkan bahawa pelajar berbakat harus menerima dan menjalani tiga jenis pengayaan:
Objektif: Membolehkan pelajar pintar cerdas membangunkan potensi kecerdasan yang diperlukan untuk mendorong kreativiti dan produktif.
Aktiviti I - Aktiviti penerokaan
Aktiviti II- Aktiviti Latihan Berkumpulan
Aktiviti III- Penyiasatan secara individu atau kumpulan kecil.
2) Revolving Door Identification Model
- bertujuan untuk memberi model yang lebih fleksibel dan menggunakan pendekatan inklusif untuk mengesan pelajar pintar cerdas.
3) Schoolwide Enrichment Model (SEM)
Kelebihan SEM 1) SEM menawarkan pelbagai perkhidmatan pengayaan kepada pelajar
Objektif 1) Andaikan pintar cerdas mencerminkan tingkah laku yang terhasil daripada interaksi tiga ciri-ciri ( kebolehan sederhana, komitmen tugas, dan kreativiti) 2) Menganggap bahawa tingkah laku yang berbakat boleh lebih maju, dan perkhidmatan harus diberikan kepada mana-mana pelajar ini apabila tingkah laku yang dipamerkan, dan bukan hanya kepada pelajar yang skor baik dalam ujian standard.
Kumpulan Sasaran Model direka untuk kanak-kanak dan digunapakai di kebanyakan sekolah rendah.
4) The Secondary Triad Model
Rekabentuk Pelaksanaan Model Enrichment Triad dan Model Revolving Door Identification Model
Prosedur 1) Pembentukan pasukan perancangan disiplin
2) Merancang dan mengatur matlamat program dan aktiviti, pilihan mencakupi kurikulum dan peluang pengayaan keseluruhan sekolah.
Akademi yang dicadangkan oleh) selari dengan sekolah adalah Academy of Inquiry and Talent Development.
Pendekatan 1) Menggunakan kategori pengayaan sebagai mod penghantaran, pelajar-pelajar dan guru-guru memilih kelompok di mana mereka yang mengambil bahagian supaya semua pelajar dan guru-guru yang terlibat.
2) Semua aktiviti yang ditadbir menuju ke arah pengeluaran produk atau perkhidmatan.
3) Satu kaedah yang sama seperti penyiasat profesional akan digunakan untuk meneruskan kedua-dua produk dan pembangunan perkhidmatan.
Kelebihan 1) Tiada pelajaran berasingan atau memfokus kepada unit mentadbir akademi, tetapi menekankan pelajar supaya kepentingan peserta yang benar-benar dilaksanakan.
2) Semua pelajar tidak melakukan benda yang sama dalam masa yang sama 3) Mengkhususkan kepada ketepatan masa dan mencapai kestabilan masa. 4) Peraturan persekolahan ditangguhkan agar akademi ini dapat membantu dalam aktiviti dan kerja yang diberikan.
Kekuatan The Triad Model ialah:
1 Bersifat empirikal kerana ia dibangunkan selepas satu kajian menyeluruh ciri-ciri dewasa terkenal dari pelbagai bidang. Dalam pembentangan asal, ia adalah sangat mudah untuk difahami kerana ia hanya termasuk tiga komponen: keupayaan melebihi purata, kreativiti dan komitmen tugas.
2 Berbentuk inklusif dan membuka peluang kepada pendidikan berbakat untuk setiap pelajar dan aktif berkhidmat sekurang-kurangnya 25-30% daripada pelajar-pelajar di sekolah. Lebih baik daripada IQ biasa yang menekankan konsep skor cut-off yang mengenal pasti hanya 1-2% daripada pelajar pintar cerdas.
3 Telah membawa kepada petunjuk yang sangat khusus untuk program pendidikan untuk memupuk dan melahirkan produk yang kreatif yang merangkumi kebanyakan masa di sekolah dan bergerak ke peringkat lebih tinggi dalam proses kedewasaan seorang pelajar.
4 Memberi panduan yang lebih teguh tentang bagaimana untuk mencari remaja berbakat dengan mempelajari setiap tingkah laku yang mereka tunjukkan dan membangunkan bakat mereka dengan mengatur perkara yang sepadan dengan sifat-sifat tersebut.
Kelemahan The Triad Model Renzulli ialah:
1 Masalah kemungkinan banyak disebabkan faktor persekitaran, terutamanya jika ia dilaksanakan melalui pendekatan bilik sumber, dan pelajar-pelajar keluar dari kelas biasa untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pengayaan yang boleh menjejaskan tumpuan..
2 Sesuai pada peringkat awal sahaja, di sekolah rendah sudah mencapai peringkat pencarian dan pembangunan bakat, berbanding aspek yang lebih khusus di peringkat menengah yang sepatutnya ditumpukan. Ini adalah kerana model asas adalah domain umum dan kebanyakan sekolah menengah menawarkan kurikulum domain tertentu.
3 Hanya memberi tumpuan kepada pembangunan produktiviti kreatif. Sesetengah pelajar berbakat kekurangan minat dan bakat kreatif atau produktif. Model ini mungkin tidak begitu sesuai untuk pelajar-pelajar yang ingin menjadi profesional dalam bidang-bidang seperti undang-undang atau perubatan.
TEORI PSIKOSOSIAL TANNENBAUM
Teori ini mengemukakan hubungan antara potensi dan pencapaian iaitu dikatakan sebagai „hubungan antara harapan dan kepuasan‟ . Tannenbaum menyatakan bahawa ramai orang yang menggunakan pengetahuan yang ada dan keberkesanannya pada awalnya gagal untuk mengembangkan penjanaan idea yang sedia ada. Teori psikososial pintar cerdas ini melihat penglibatan isu moral dan etika sebagai halangan kepada pelajar. Tannenbaum menyatakan pengembangan idea boleh dikembangkan sejak di peringkat awal walaupun hasilnya dapat dilihat apabila dewasa.
Tannenbaum menjelaskan kanak-kanak yang mempunyai potensi untuk berjaya sebagai orang dewasa yang pintar cerdas dan berbakat bukan hanya memerlukan kebolehan secara umum atau
khusus, tetapi juga perlu ada sifat personaliti dan suatu pertembungan istimewa dengan persekitaran untuk mencungkil bakat yang ada. Bagaimana untuk mencapai tahap pintar cerdas? Apakah faktor dan sumber yang diperlukan? Terdapat aspek dalaman dan luaran ini yang merangkumi proses ini. Memperkenalkan 5 faktor iaitu kebolehan umum, kebolehan khusus, faktor personaliti, faktor persekitaran, faktor kemungkinan atau nasib (peluang).
Kebolehan umum Merupakan perbezaan pelbagai tahap kebolehan intelektual yang diperlukan untuk kepelbagaian jenis kejayaan. Tahap yang paling tinggi dalam sesuatu kebolehan diperlukan untuk sesetengah aktiviti dan sebahagian bidang pembelajaran. Contohnya, terdapat aktiviti yang memerlukan kebolehan yang sederhana kerana ia tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah.
Kebolehan khusus Apabila individu itu dikenal pasti sebagai cerdas, kebolehan pemikirannya mesti diperkukuhkan menjurus kepada bidang yang khusus. Selagi kebolehannya berfikir dengan tinggi, individu pintar cerdas mesti mempunyai keupayaan khusus dan tarikan kepada kerja yang tertentu. Sesetengah kebolehan istimewa boleh dikenal pasti pada usia di peringkat awal kanak-kanak. Selain itu, ada yang tidak nampak berapa jelas kebolehannya pada perigkat awal sehingga kanak-kanak membesar pada peringkat akhir umur kanak-kanaknya, kebolehannya terserlah.
Faktor personaliti Keupayaan seseorang semata-mata tidak akan menghasilkan suatu kejayaan. Tannenbaum menyatakan bahawa ia memerlukan faktor lain iaitu faktor keperluan seperti motivasi, konsep kendiri, keupayaan melakukan tugas, kehendak untuk berkorban dan perasaan puas hati dalam jangka masa pendek
untuk kejayaan jangka masa panjang. Selain itu, individu pintar cerdas yang ada keupayaan tinggi juga memerlukan kesihatan mental yang baik, keinginan untuk memberi persembahan sesuatu perkara dan juga berkongsi satu bakat yang sama.
Faktor persekitaran Bukan sahaja tahap kebolehan kanak-kanak yang akan berkembang tetapi jenis bakat yang akan dihormati oleh masyarakat. Maka, sejumlah pelaburan berguna masa hadapan yang masyarakat akan cuba pupuk ke dalam pemahaman pintar cerdas dan berbakat ini. Faktor persekitaran yang mempengaruhi termasuklah bukan sahaja keluarga kanak-kanak tetapi juga hubungannya dalam kumpulan kelas sosialnya, sekolah dan komuniti, tetapi juga ekonomi, undang-undang, institusi politik dalam negara di mana kanak-kanak akan membesar dan berpendidikan. Oleh itu, faktor persekitaran seperti ini membantu perkembangan kanak-kanak pintar cerdas.
Faktor
kemungkinan atau nasib (peluang).
Merupakan suatu keadaan yang tidak dapat dijangka dalam hidup seseorang yang mana boleh menjadi penting untuk membolehkan potensi istimewa ini dikenal pasti dan diberi galakan.
Tannenbaum menekankan faktor yang bersesuaian dengan potensi pintar cerdas individu yang ditunjukkan dalam bentuk pencapaian iaitu bakat. Tannenbaum terkenal dengan teori „star‟ kerana model yang dikemukakan seperti bentuk bintang atau tapak berbucu lima. Tannenbaum mengemukan 5 faktor yang membantu pintar cerdas itu dikenal pasti dalam diri individu. Beliau telah membahagikan kepada dua bahagian merangkumi 5 faktor tersebut. Iaitu dimensi statik dan dimensi dinamik (Porter, L, 1999). Apakah definisi konsep statik dan dinamik? Statik bermaksud keadaan yang menunjukkan kekuatan dalaman individu yang tetap dan sentiasa ditunjukkan dalam kehidupannya. Manakala dinamik pula bermaksud situasi atau keadaan yang boleh berubah-ubah. 5 faktor ini ada dalam kedua-dua dimensi ini dan membawa konsep yang berbeza mengikut dimensi statik dan dinamik. Faktor tersebut adalah, a) kebolehan umum; b) kebolehan khusus c) personaliti d)persekitaran; dan e) kemungkinan atau nasib (peluang).
5 Faktor Psikososial Pintar Cerdas
Dimensi Statik Dimensi Dinamik
Portal, L (1999) Dimensi Statik:
a) Kebolehan umum,
-merujuk kepada kehebatan fungsi otak, iaitu struktur biologi dan fungsinya berdasarkan faktor genetik (Plomin, 1997) dan persekitaran (Clark, 1997)
b) Kebolehan khusus,
- kebanyakan individu mempunyai bakat tertentu dan berkembang sepenuhnya berbanding kemahiran lain yang dimiliki. Bakat istimewa ini memerlukan kebolehan luar biasa (di atas normal), pengaruh yang sesuai.
c) Faktor personaliti,
- ciri personaliti kanak-kanak pintar cerdas merupakan satu faktor atau hasil kepada pintar cerdas, aspek personaliti tidak berkurangan kerana kesan yang diterima semasa ujian IQ, malah ia sebenarnya adalah sebahagian apa yang diukur semasa ujian. Tiga aspek personaliti adalah kawalan dalaman lawan kawalan luaran, kebebasan lawan kebergantungan dan masa kini lawan masa hadapan. Termasuk juga motivasi, harga diri, fleksibel dan penyesuaian diri (Tannenbaum, 1997).
d) Faktor persekitaran,
- keluarga pelajar, sekolah dan persekitaran sosial akan mempengaruhi bagaimana ciri pintar cerdas itu mencapai kematangan. Kunci utama pengaruh ini ialah kelas sosial dan peluang pembelajaran yang diberi (Tannenbaum 1997).
e) Faktor kemungkinan atau nasib (peluang),
- melibatkan kejadian dalam keadaan tidak disangka atau kebetulan dalam hidup yang kemungkinan mengubah sejarah seseorang dan kebanyakannya dikawal. Baik atau buruk yang berlaku adalah bergantung kepada apa yang individu itu hendak jadi dan berlaku pada masa yang betul (Tannenbaum, 1997)
Dimensi dinamik : a) Kebolehan umum,
- Pada sudut dinamik ini, kebolehan umum ini merujuk kepada bukan apa yang boleh dilakukan oleh individu itu tetapi sejauhmana dia boleh melakukan itu dengan baik.
b) Kebolehan khusus,
- merujuk kepada bagaimana individu memproses maklumat dalam bidang yang dipercayainya mempunyai kebolehan istimewa. Perkara ini dilihat dengan hasil kreativiti seseorang dalam bidang tertentu kerana bakat istimewanya (Tannenbaum‟s, 1997)
c) Faktor personaliti,
- Faktor personaliti dilihat berubah mengikut keadaan. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi semasa berada dalam bidang akademik. Namun dia akan hilang keyakinan dalam bidang sukan atau semasa bersosial.
d) Faktor persekitaran,
- merujuk kepada peranan ibu bapa dan guru-guru, bagaimana mereka melepasi dan menekankan nilai pendidikan kepada anak-anak, dengan melalui interaksi mereka dengan anak-anak, melalui galakan dalam bahasa dan pembelajaran, dan membuat orientasi berkaitan model-model pencapaian.
e) Faktor kemungkinan atau nasib (peluang),
- merujuk kemungkinan atau nasib yang dipengaruhi oleh tindakan individu.
Tannenbaum (1986,1997) menekankan tiga perkara utama dalam hubungan penting setiap faktor dalam model ini. Iaitu :
1) Setiap faktor adalah perlu, jika secara tersendiri ia tidak mencukupi mencapai potensi pintar cerdas.
2) Tiada kombinasi antara empat faktor ini yang boleh mengganti kekurangan yang serius dalam faktor yang kelima.
3) Hubungan setiap lima faktor ini penting dan merentasi bakat pelbagai domain yang berbeza.
TEORI KREATIVITI STERNBERG
Sternberg (1995) telah memberi pandangan yang berbeza mengenai maksud pintar cerdas. Beliau tidak selari dengan tokoh yang mendefinisikannya bersandar kepada Kecerdasan IQ semata-mata. Terdapat tiga sumbangan beliau dalam bidang pintar cerdas melalui teori dan model. The Triarchic Model adalah model yang mengkhususkan pintar cerdas melalui ciri-ciri dan sifatnya. Iaitu ciri yang membezakan individu pintar cerdas. Beliau berpendapat melalui The Triarchic Model, konsep pintar cerdas tidak dapat diekspresikan menggunakan hanya skor ujian IQ, tetapi lebih baik difahami konsepnya melalui tiga jenis kecerdasan analitik, sintetik dan praktikal.
The Triarchic Model 1)Kecerdasan Analitik
- Kecerdasan analitik diperlukan untuk kebanyakan tugasan sekolah dan ia diukur oleh ujian kecerdasan, terutama tugasan melibatkan pemikiran analitik dan bacaan dan kefahaman.
2) Kecerdasan sintetik
- Kecerdasan sintetik ditonjolkan dalam kreativiti, gerak hati, melakukan pembaharuan. Sternberg menyatakan, walaupun skor ujian IQ tidak tinggi, individu yang mempunyai daya pemikiran sintetik mampu melakukan sumbangan yang besar dalam masyarakat kerana idea inovasi yang dimiliki. 3) Kecerdasan praktikal
- Kecerdasan praktikal melibatkan kemahiran daripada kedua-dua analitik dan sintetik untuk dipraktikkan, dalam aktiviti seharian.
Setiap perkara yang dilakukan setiap hari, tidak menjadi masalah jika tidak mencapai target yang disasarkan atau tidak mampu melakukannya. Hal ini ditekankan oleh Sternberg yang melihat pintar cerdas ini adalah keseimbangan antara ketiga-tiga kecerdasan (analitik, sintetik dan praktikal) yang dinyatakan di atas. Jelas menunjukkan individu pintar cerdas bagus dalam mengurus mental diri. Teori Implisit (Mutlak)-Perkembangan Pakar,
Sternberg (2000) menyatakan konsep pintar cerdas adalah membangunkan kepakaran. Iaitu memfokuskan bagaimana seorang individu itu bermula dan menjadi seorang yang pakar yang kuat berusaha. Beliau telah memperkenalkan satu model yang berkaitan dengan perkembangan pintar cerdas (A. Dixon dan M.Moon, 2006). Model perkembangan ini menekankan bagaimana pintar cerdas berkembang. Model ini mencadangkan beberapa ciri pelajar dari segi;
Pembelajaran
Motivasi
Kemahiran berfikir
Pengetahuan
Metakognisi
Kesemua ciri ini memainkan peranan yang penting sebagai seorang individu yang bermula dari asas menjadi seorang yang pakar dalam bidangnya. Model ini juga mengambil kira faktor kontekstual seperti nilai budaya, pengaruh perkembangan seorang pakar. Melalui model ini, pelajar boleh menjadi pakar dalam satu atau lebih domain jika mereka lebih mempraktikkan pengetahuan yang ada dalam bidang tersebut.
Model WICS
Sternberg telah membina model yang lebih komprehensif iaitu Model WICS (Wisdom, Intelligence and Creativity Synthesized). Sternberg melihat kebijaksanaan, kecerdasan dan kreativiti sebagai aspek asas yang perlu disintesiskan untuk menghasilkan individu pintar cerdas (Sternberg, 2003). WISC adalah model berasaskan ciri dan sifat. Apakah yang dimaksudkan dengan Kecerdasan dan kreativiti dalam model ini?
1) Kecerdasan
- Kecerdasan dalam model ini merujuk kepada konsep „kecerdasan berjaya‟ atau kebolehan untuk mencapai matlamat dalam hidup dengan menguatkan semangat dan mengatasi kelemahan untuk menyesuaikan, membentuk dan memilih persekitaran melalui gabungan tiga kecerdasan analitik, kreatif dan kebolehan praktikal. Konsep kecerdasan ini dilihat lebih luas berbanding IQ.
2) Kreativiti
- Konsep kreativiti ini selari dengan konsep yang dibawa oleh Renzulli. Individu pintar cerdas dalam model WICS ini adalah yang memberi sumbangan kepada masyarakat dan latihan kepimpinan yang berkesan. Sumbangan ini memerlukan kreativiti. Sternberg percaya pekerjaan yang kreatif memerlukan penggunaan dan keseimbangan tiga kebolehan intelektual daripada teori The Trarchic. Individu yang kreatif akan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut;
Kebolehan mengenal pasti masalah
Menyoal siasat dan menilai suatu tanggapan
Mengenal pasti kepentingan penguasaan pengetahuan asas dalam sesuatu bidang
Kesanggupan mengatasi rintangan
Kesanggupan mengambil risiko
Bertolak ansur dengan sesuatu yang tidak jelas atau kesamaran
Menyukai apa yang sedang dilakukan
Kesanggupan untuk tidak cepat berpuas hati
Keberanian
TEORI PERBEZAAN GAGNE
Konsep pintar cerdas yang diperkenalkan Gagne adalah kebolehan atau kepintaran semulajadi yang melebihi individu normal. Ia tidak dilatih dan lebih spontan. Kepintaran merupakan sebahagian daripada genetik. Ia adalah satu ekspresi. Bakat pula penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang dan aktiviti serta lebih sistematik. Pada tahun 1985, Gagne memperkenalkan Model Perbezaan Pintar Cerdas dan Berbakat atau dikenali sebagai DMGT (The Differentiated Model of Giftedness and Talent). Apakah perbezaan yang dimaksudkan itu? Perbezaan dalam Model ini merujuk kepada perbezaan antara pintar cerdas dan bakat. DMGT ialah model perkembangan pintar cerdas yang membezakan aspek pintar cerdas dan bakat. Gagne sentiasa memperhalusi setiap aspek dalam model yang diperkenalkan oleh beliau.
Berdasarkan definisi konsep kepintaran (kebolehan semulajadi) dan bakat (penguasaan pengetahuan yang tinggi), Gagne melihat kedua-dua konsep ini menjadi satu proses untuk melahirkan
bakat pelajar dalam bidang yang khusus. Kebolehan semulajadi yang dimiliki boleh dikembangkan dengan lebih baik. Oleh yang demikian, DMGT menekankan latihan dan praktikal yang berterusan untuk mengembangkan kepintaran manusia kepada bakat dalam bidang yang khusus. Iaitu melalui;
Pembelajaran tidak formal
Pembelajaran formal di luar sekolah
Pembelajaran formal di dalam sekolah
Proses perkembangan
Terdapat beberapa perkara penting dalam teori Gagne. Iaitu pertama, Gagne menekankan pelbagai aspek dalaman seseorang dan persekitaran yang memberi kesan menterjemah aspek kepintaraan menjadi bakat. Gagne menggelarnya faktor pemangkin. Apakah dia faktor pemangkin? Faktor Pemangkin adalah faktor yang membolehkan atau menghalang individu menunjukkan keupayaan semulajadi (Gagne,1991). Motivasi adalah pusat pemangkin ke arah perkembangan bakat. Adanya motivasi, ia akan menentukan samada akan menunjukkan kecerdasan itu atau tidak . Walau bagaimanapun, ia tidak menentukan potensi pintar cerdas itu dengan sendiri. Kedua, Gagne telah membahagikan aspek kepintaran dan bakat ke dalam pelbagai domain seterusnya memberi kepelbagaian pemahaman tentang kecerdasan. Domain Gagne secara amnya selari dengan Gardner (1983) dalam kecerdasan pelbagai.
Terdapat dua kategori pemangkin yang membantu dalam proses perkembangan dan perubahan kepada bakat iaitu faktor interpersonal dan faktor persekitaran
Faktor Interpersonal melibatkan 5 jenis iaitu: Fizikal, motivasi, kerelaan, pengurusan diri dan personaliti.
Faktor Persekitaran melibatkan 4 kategori iaitu: persekitaran masyarakat, individu, persediaan dan keadaan.
Komponen terakhir dalam DMGT ialah aspek peluang atau nasib. Gagne percaya peluang yang dimiliki dapat membolehkan mereka mengembangkan lagi bakat yang ada secara berterusan, dalam keadaan tertentu. Peluang atau nasib juga merupakan komponen terbesar dalam konsep pintar cerdas oleh Tannenbaum.
Kekuatan Teori Gagne
1 Memperkenalkan kematangan dan pengalaman pembelajaran yang sistematik menukar kebolehan untuk memperkembangkan bakat .
2 Elegant dan menyeluruh, digunapakai kepada semua bidang bakat samada secara dalaman iaitu faktor-faktor kognitif dan juga luaran, termasuk faktor-faktor alam sekitar.
3 Definisi operasi istilah yang yang jelas dan sering digunakan.
Kelemahan
1 Kebanyakan tenaga pengajar tidak cukup untuk memahami teori ini untuk mengaplikasikannya kepada kurikulum dan pengajaran di dalam kelas.
2 Kurang pelaksanaannya. Ia tidak memberi panduan yang lebih khusus untuk melaksanakan program pendidikan untuk remaja pintar cerdas.
TEORI KECERDASAN DABROWSKI
Potensi perkembangan terbentuk daripada gabungan bersama daripada bakat dan kebolehan istemewa dengan rangsangan yang berlebihan (overexcitabilities). Potensi ini menunjukkan diri sebenar dan tahap perkembangan yang lebih tinggi. Pendekatan Kazimierz Dabrowski membuat pemerhatian terhadap overexcitabilities sangat relevan pada peringkat kanak-kanak. Terdapat lima aspek overexcitabilities iaitu psikomotor, sensual, imaginasi, intelektual dan emosi. Overexcitabilities(OEs) mengandungi istilah seperti keupayaan luar biasa, perasaan tidak puas dalam belajar, imaginasi yang terang, tenaga yang tidak berkurang dan sangat menonjol. OEs ini mengandungi tenaga yang banyak dalam aspek psikomotor, sensual, imaginasi, intelektual dan emosi. Ini bererti menunjukkan perkembangan yang cepat dalam aspek-aspek ini. Dabrowski (1983) telah memperkenalkan Advance Development yang berlaku apabila mencapai potensi perkembangan. Kekuatan OEs ini adalah terutama pada imaginasi, intelek dan emosi yang berkait rapat dengan perkembangan cepat aspek emosi semasa dewasa ( Silverman L.K. 2000). Oleh yang demikian, teori ini berperanan melihat perkembangan cepat dalam pelbagai aspek perkembangan.
Di dalam teori ini, beliau telah membuat analisis yang menyatakan tiga OEs yang lebih berkaitan dengan pintar cerdas adalah aspek intelektual, imaginasi dan emosi. Artis dan kanak-kanak kreatif sangat berbakat tinggi dalam aspek imaginasi dan kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai imaginasi yang lebih tinggi berbanding rakan-rakan sebayanya. Dalam aspek intelektual pula, ia sangat berkaitan dengan sifat ingin tahu, penumpuan, pemikiran teori, suka belajar, penyelesai masalah dan mengambil berat tentang moral. Beliau menekankan kelebihan sifat kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri lebih berbanding kanak-kanak biasa. Ini bersesuaian dengan Advance development yang boleh dikesan pada peringkat kanak-kanak. Aspek yang ketiga adalah OEs dalam emosi. Menurut Dabrowski, kanak-kanak pintar cerdas mempunyai tahap emosi yang lebih
Dabrowski mengekalkan bahawa apabila aspek emosi, imaginasi dan intelek melebihi aspek sensual dan psikomotor maka di situ terdapat potensi perkembangan yang lebih besar untuk mencapai tahap yang tinggi bagi perkembangan personaliti. Walaupun banyak kajian yang mengesahkan kajian Dabrowski ini dan menumpukan kajian terhadap OEs kanak-kanak pintar cerdas, kajian kes berdasarkan Teori Dabrowski telah menunjukkan seseorang yang memperolehi atau mencapai perkembangan cepat (Advance Development) adalah jelas dikesan sebagai pintar cerdas Teori Dabrowski ini menekankan pemerhatian kepada aspek perkembangan yang berbeza selain menumpu semata-mata kepada ujian IQ untuk mengukur kecerdasan. Ia juga menekankan potensi perkembangan untuk mencapai tahap perkembangan yang tinggi dalam rangka teoritikal Dabrowski sendiri. Potensi perkembangan ini menambah dimensi baru kepada pemahaman sifat dan ciri kanak-kanak pintar cerdas dan menyediakan arah baru untuk memahami perkembangan seseorang pintar cerdas dalam tempoh hidupnya. Potensi perkembangan kanak-kanak pintar cerdas jelas menunjukkan terdapatnya perkembangan cepat (Advance Development) dalam pelbagai aspek perkembangan selain intelek (IQ) semata-mata.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER
Menurut Borland, 1986 Roedell, Jackson dan Robinson, 1980, Silverman, 1993, dan Tannenbaum, 1983 (dalam Harrison. C. 2003), kanak-kanak pintar cerdas ialah seorang yang menunjukkan atau mempunyai kebolehan menunjukkan pada suatu tahap dengan nyata sekali melebihi rakan sebaya umur kronologinya dan mempunyai kebolehan dan ciri-ciri unik memerlukan peruntukan khusus, dan sokongan dari segi emosi dan sosial oleh keluarga, masyarakat dan bidang pendidikan. Kebolehan yang dilakukan meliputi pelbagai aspek perkembangan sama ada satu atau lebih aspek perkembangan. Oleh yang demikian, teori ini berperanan menunjukkan pelbagai kecerdasan dalam domain yang pelbagai. Teori ini cuba mengembangkan konsep kebolehan „ability‟ dengan mengenal pasti pelbagai bidang potensi manusia yang sama pentingnya.
Di dalam Teori Pelbagai Kecerdasan ini, Gardner mendefinisikan kecerdasan sebagai potensi biopsikologikal dan memproses maklumat dalam keadaan tertentu. Manakala domain pula didefinisikan sebagai satu set aktiviti atau disiplin dan mengandungi operasi di mana pelakunya mempunyai kemahiran. Gardner menekankan potensi kebolehan manusia dikembangkan dan membolehkan perspektif baru tentang „konsep kebolehan‟. Beliau menggunakan istilah kecerdasan untuk menerangkan istilah „ability‟. Gardner mendefinisikan „ability‟ sebagai bidang potensi (areas of potential). Gardner mengembangkan konsep kecerdasan termasuk domain logik matematik(kognitif), verbal dan bahasa, interpersonal (sosial), motor (body kinesthetic, intrapersonal (pengetahuan sendiri), ruang dan naturalistik.
Konsep kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner sangat relevan dengan pengesanan terhadap pelajar pintar cerdas yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam domain yang tertentu. Berdasarkan teori ini juga, perkembangan tidak sekata (asynchrony) dari segi intelek adalah ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas. Perkembangan tidak sekata juga dikenali sebagai asynchronous development , iaitu kadar perkembangan yang berbeza antara kognitif, emosi dan perkembangan fizikal kanak-kanak. Tannenbaum menjelaskan kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai asynchronous development adalah walaupun mereka mempunyai kogntif yang lebih maju namun kemahiran sosial dan motor adalah selari dengan usia mereka. Selain itu, terdapat kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang lebih tinggi berbanding kemahiran kognitif atau emosi iaitu, lebih suka bergaul dan berhubung dengan orang yang lebih dewasa. Tetapi bermasalah komunikasi dengan rakan yang sebaya dengannya (Silverman, L.K (2000).
Ini bererti kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan kebolehannya berbeza-beza mengikut domain perkembangan. Mereka menunjukkan kebolehan yang tinggi dalam domain interpersonal (sosial) namun seperti kanak-kanak normal dalam domain perkembangan yang lain. Justeru, kebolehan kanak-kanak ini perlu dikenal pasti dan dikesan agar ia dapat dikembangkan dengan lebih
baik. Walaupun mereka menunjukkan kebolehan dalam satu atau lebih domain, maka di situ sudah jelas menunjukkan sudah ada potensi pintar cerdas dalam diri kanak-kanak tersebut. Berdasarkan teori ini, setiap kecerdasan mempunyai laluan perkembangannya tersendiri.
TEORI STRUKTUR KECERDASAN GUILFORD
Tiga dimensi asas struktur kecerdasan Guilford (1985), ialah operasi, iaitu operasi mental yang dilakukan. Kedua, kandungan iaitu bidang maklumat sesuatu operasi bertindak dan ketiga, hasil iaitu hasil yang wujud dengan mengaplikasi sesuatu operasi ke atas kandungan Guilford. Operasi mental merujuk kepada proses pemikiran, kandungan merujuk kepada apa yang difikirkan dan hasil adalah hasil daripada pemikiran. Operasi mental mempunyai enam subkategori seperti berikut:
1) Kognitif- menyimpan maklumat lama dan yang baru.
2) Pemikiran pemusatan- apabila hanya ada satu jawapan atau kaedah sahaja. 3) Pemikiran mencapah- apabila banyak jawapan atau kaedah yang hamper sama.
4) Pentaksiran- keputusan berkenaan dengan bagaimana baiknya, ketepatannya atau kesesuaiannya kepada sesuatu.
5) Merakam ingatan- ingatan segera
6) Pembendungan ingatan- ingatan bertahan selama beberapa ketika atau hari.
Aspek kandungan pula mempunyai lima subkategori iaitu visual, auditori, simbolik, semantik, dan tingkah laku. Produk pula mempunyai enam subkategori iaitu unit, kelas, hubungan, sistem, transformasi dan implikasi. Tugas kognitif memerlukan performan operasi mental pada beberapa kandungan spesifik untuk menghasilkan produk. Contohnya, bagi menjawab apakah nombor selepas angka-angka 3, 6, 12, 24, memerlukan pemikiran pemusatan, kerana hanya satu jawapan yang betul.
Perlu juga kandungan simbolik, iaitu dalam bentuk nombor untuk menghasilkan produk hubungan atau turutan, iaitu tambahkan nombor sebelumnya sebanyak dua kali.
RUMUSAN
Semua teori yang telah dibincangkan dalam unit ini memperkenalkan konsep yang berbeza dan memenuhi semua keperluan ciri-ciri pelajar pintar cerdas yang mempunyai kepelbagaian keistimewaan.
1. Nyatakan empat model yang dibangunkan berdasarkan konsep Renzulli. 2. Jelaskan konsep Dimensi Statik dan Dinamik oleh Tannenbaum.
3. Huraikan faktor persekitaran dan faktor interpersonal yang diperkenalkan Gagne? 4. Nyatakan lima aspek overexcitabiities.
5. Jelaskan maksud asynchronous development.
Isi kotak dengan jawapan yang sesuai. 1. 2. Konsep Kecerdasan Sternberg Operasi Mental 1._________ 2._________ 3._________ 4._________ 5._________ 6._________ Kandungan 1._________ 2._________ 3._________ 4._________ 5._________ Struktur Kecerdasan Guilford Hasil
Rujukan
Dixon F.A. dan Moon S.M (2006). The Handbook of Secondary Gited Education.Texas: Prufrock Press Inc.
Gagne (1991). „Toward a differentiated model of giftedness and talent‟ in Handbook of Gifted Education eds.MA: Boston.
Harrison, C. (2003). Giftedness in Early Childhood 3rd Edn. Sydney: A GERRIC Publication.
Plomin, R. (1997).‟Genetics and intelligence‟ in Handbook of Gifted Education 2nd Edn, Merrill: Upper Saddle River.
Porter, L. (1999). Gifted Young Children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open University Press.
Silverman L.K. (2000). Counseling The Gifted & Talented. Denver: Love Publishing Company.
Renzulli (1977). The Enrichment Triad Model: A Guide for developing defensible programs for the gifted and Talented. Mansfield Center, CT:Creative Learning Press.
UNIT 2
INSTRUMEN PENTAKSIRAN KECERDASAN PELBAGAI
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengetahui Konsep Pentaksiran Kecerdasan Pelbagai
Menghuraikan Instrumen Pentaksiran Kecerdasan Pelbagai
PENGENALAN
Kecerdasan dikupas daripada pelbagai sudut dan huraian meliputi pelbagai jenis aspek perkembangan. Pada abad ke 20-an, konsep kecerdasan lebih meluas dan tidak terlalu menumpu kepada aspek intelektual. Pentaksiran telah berkembang kepada pentaksiran pelbagai domain kecerdasan. Pengesanan dilakukan dengan lebih konsisten agar kecerdasan dapat dikesan atau dinilai dalam semua aspek. Instrumen untuk mentaksir kecerdasan pada ketika ini telah dibangunkan oleh pakar-pakar psikologi, penyelidik dan ahli-ahli akademik di seluruh dunia.
Kecerdasan adalah suatu kelebihan yang ada dalam diri pelajar. Walau bagaimanapun, ia boleh dilihat dengan mata kasar berdasarkan pencapaiannya, keputusan peperiksaannya atau kejayaan yang ditunjukkan. Tidak dinafikan, memiliki pelajar yang berkebolehan tinggi adalah satu anugerah bagi pihak ibu bapa, sekolah dan masyarakat. Setiap kecerdasan ada cara tersendiri untuk mengesan dan menilainya. Kecerdasan ini suatu yang tersorok dan perlu dikenal pasti dengan cara
yang betul. Perkara yang betul dilakukan adalah menggunakan instrumen yang sesuai dengan tujuan yang sesuai kepada domain kecerdasan yang tepat. Setiap instrumen mempunyai tujuan yang jelas terhadap bidang perkembangan apa yang akan dikesannya. Kepentingan instrumen kecerdasan adalah mengenal pasti tahap kebolehan yang dikuasai dalam bidang kecerdasan tertentu. Sekiranya pelajar berupaya membuktikannya pada tahap tertentu, maka ia menepati instrumen tersebut.
ISI KANDUNGAN
Apakah situasi yang sesuai untuk mentadbir sesuatu instrumen kepada pelajar pintar cerdas? Adakah semua perkara yang dilakukan perlu diperhatikan dan dinilai? Apakah bentuk kecerdasan yang boleh dilihat? Dalam kategori instrumen yang mengukur banyak domain perkembangan dikenali sebagai instrumen pentaksiran kecerdasan pelbagai domain dan mempunyai konsep yang perlu dipatuhi untuk menggunakannya.
Instrumen pentaksiran yang akan dikupas dalam unit ini merujuk kepada instrumen yang berupaya mentaksir pelbagai kecerdasan. Dalam unit ini akan menyentuh beberapa jenis instrumen pentaksiran kecerdasan pelbagai jenis domain perkembangan manusia yang berasaskan kecerdasan pelbagai domain. Unit ini menekankan instrumen yang berupaya mengesan kecerdasan pelbagai domain perkembangan selain domain intelektual atau kognitif. Instrumen meliputi enam jenis instrumen pentaksiran kecerdasan pelbagai iaitu HAPI, MICA, MIDAS, DISCOVER, TIMI DAN MIAT.
INSTRUMEN PENTAKSIRAN KECERDASAN PELBAGAI
HAPI dibangunkan oleh Shearer. Instrumen ini mengandungi tujuh domain kecerdasan (kecuali domain naturalis). Instrumen ini digunakan untuk mentaksir kecerdasan pelajar dalam domain kecerdasan pelbagai. MIAT TIMI DISCOVER MIDAS MICA HAPI Instrumen Pentaksiran Kecerdasan Pelbagai
MICA (Multiple Intelligences Checklist for Adult) dibangunkan oleh Amstrong (2000), untuk mentaksir tujuh domain kecerdasan iaitu visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, muzik, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Instrumen MICA mempunyai 49 item.
Shearer kemudiannya mengubahsuai instrumen HAPI kepada instrumen MIDAS atau Skala Pentaksiran Perkembangan Kecerdasan Pelbagai yang dibangunkan pada tahun 1987. Objektif MIDAS adalah untuk mentaksir kecerdasan pelbagai individu. Instrumen MIDAS mempunyai lima versi yang sesuai dengan peringkat umur tertentu.
1) MIDAS for Adults/College Students (20 tahun ke atas), 2) MIDAS for TEENS (15-19 tahun),
3) MIDAS for KIDS: All About Me (11-14 tahun) 4) MIDAS for KIDS: My Child (8-10 tahun), 5) MIDAS for KIDS: My Young Child (4-7 tahun).
Instrumen-instrumen mentaksir kecerdasan pelbagai yang lain dan telah dibangunkan adalah DISCOVER (Discovering Intellectual Strenghts and Capabilities through Observation while allowing for Varied Ethnic Responses), TIMI (Teele Instrumen for Multiple Intelligence), dan MIAT (Multiple Intelligence Assessment Technique). Tiga instrumen seterusnya ini berbentuk performan.
DISCOVER yang dibangunkan oleh Maker et.al (1994) merupakan pentaksiran berasaskan performan yang dibangunkan khusus untuk mengenal pasti kebolehan pelajar pintar cerdas menyelesaikan masalah dalam kecerdasan pelbagai. Instrumen ini sesuai untuk kanak-kanak gred K-2, 3-5, 6-8 dan 9-12. Intipati proses pentaksiran DISCOVER memerlukan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti penyelesaian masalah dalam kelas biasa. Untuk tiga daripada aktiviti berkenaan, mereka
menggunakan bahan-bahan seperti novel, alat permainan, dan alat pelbagai guna. Kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya dan pemerhati merekodkan tingkah laku penyelesaian masalah dan penerangan yang diberi kepada produk yang dihasilkan.
Instrumen DISCOVER mengandungi lima aktiviti untuk mentaksir lima domain kecerdasan pelbagai (Sarouphim, 2001) iaitu,
1)Pablo untuk mentaksir kecerdasan,
2)Tangrams untuk mentaksir kecerdasan logik-matematik dan visual-ruang, 3)Storytelling untuk mentaksir kecerdasan verbal-linguistik, dan
Dua aktiviti yang tidak memerlukan pemerhati, iaitu
4)„Penulisan kreatif‟ untuk mentaksir kecerdasan verbal-linguistik serta 5) „Lembaran kerja matematik‟ untuk mentaksir kecerdasan logik-matematik
TIMI dibangunkan oleh Teele yang kemudian disemak semula pada tahun 1997 merupakan instrumen mentaksir tujuh domain kecerdasan pelbagai iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, kinestetik dan muzik. Instrumen TIMI mempunyai 56 keping gambar panda bear yang diletakkan berpasang-pasang sebanyak 28 pasang. Pelajar dikehendaki memilih satu gambar yang diminati daripada setiap pasang gambar yang ditunjukkan kepada mereka. Pengkaji merekodkan pilihan sampel dan diakhirnya menghitung frekuensi gambar yang mewakili setiap domain kecerdasan pelbagai. Kecerdasan yang dominan ditentukan oleh bilangan gambar yang pelajar pilih.
MIAT mengukur empat domain kecerdasan pelbagai, iaitu verbal-linguitik, logik matematik, visual-ruang, dan interpersonal. Instrumen mengandungi 13 aktiviti berasakan performan, rating guru,
dan senarai semak dengan domain verbal-linguistik tiga aktiviti, domain logik-matematik tiga aktiviti, domain visual-ruang lima aktiviti, dan domain interpersonal dua aktiviti.
RUMUSAN
Instrumen yang telah dibincangkan dalam unit ini meliputi aspek pentaksiran pelbagai domain kecerdasan dan bukan intelektual semata-mata. Terdapat enam instrumen yang membantu mencapai objektif mentaksir domain-domain kecerdasan. Domain kecerdasan pelbagai telah ditaksir dengan jumlah yang berbeza mengikut instrumen. Sesungguhnya pentaksiran ini memenuhi pelbagai kriteria yang dikesan mempunyai potensi pintar cerdas.
Instrumen Pentaksiran Kecerdasan Pelbagai 1. Huraikan lima versi Instrumen MIDAS.
2. Pada pendapat anda, mengapakah instrumen penting untuk mengesan kecerdasan? 3. Nyatakan domain kecerdasan yang ditaksir oleh DISCOVER.
4. Menggunakan ayat anda, jelaskan domain pekembangan yang perlu dijadikan domain utama untuk dimasukkan dalam instrumen kecerdasan.
Rujukan
Armstrong, T. (2000). Multiple intelligence in the classroom. Ed. Ke-2. Virgina: Association for Supervision Curriculum Development.
Maker, C.J., Nielson, A.B. & Rogers, J.A. (1994). Giftedness, diversity, and problem solving. Teaching Exceptional Children. 27 (1): 4-19
Sarouphim, K.M. (2001): DISCOVER: Concurrent validity, gender differences and identification of minority student Gifted Child Quarterly 45(2): 130-138.
UNIT 3
INSTRUMEN KECERDASAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengenal pasti Instrumen yang Mengesan Kebolehan Kognitif
Menghuraikan Kandungan Setiap Instrumen
Menjelaskan Kumpulan Sasaran Bagi Setiap Instrumen
PENGENALAN
Seorang dewasa perlu melalui zaman kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Perkara penting yang membezakan individu adalah perkembangan otak dan bagaimana menyalurkannya melalui kematangan peranan yang dimainkannya. Sesetengah kanak-kanak menjadi seorang yang berbeza berbanding rakan sebayanya. Perbezaan ini disebabkan oleh cara mereka berfikir dan mempunyai kebolehan tertentu yang menjadikan mereka seorang yang „advance‟ dari segi tingkah laku, pergaulan dan kemahiran. Dalam istilah lain ialah mempunyai „kecerdasan‟ sama ada kekuatan mental (IQ) atau kecenderungan kepada kecerdasan yang pelbagai. Sejarah ujian kecerdasan ini telah lama bermula dan telah melalui pelbagai evolusi yang dianggap lebih releven. Walau bagaimanapun, ujian kecerdasan ini telah dipelopori oleh tokoh-tokoh yang telah menjalankan banyak kajian dan mengumpulkan profil murid pintar cerdas yang menjadi rujukan di seluruh dunia.
ISI
Kecerdasan adalah perkara yang subjektif untuk diukur dan dinilai. Walau bagaimanapun, sudah ada instrumen yang telah dibina untuk mengesan kecerdasan. Adakah ia sesuai untuk mengesan semua budaya dan bangsa? Adakah kandungannya memenuhi kumpulan sasaran? Paling penting, adakah ia sah digunakan?
Instrumen kecerdasan sedia ada termasuk Stanford-Binet Intelligence Scale: Fourth Edition (SBIC:FE), Wechsler Adult Intelligence Scale III (WAIS III), Wechsler Intelligence Scale for Children-Revised (WISC-R), Raven‟s Standard Progressive Matrices (Raven‟s SPM), dan Emotional Intelligence (EQ-i) dibina melalui pendekatan tertentu. Unit ini akan membincangkan pendekatan-pendekatan dari aspek tujuan instrumen dibina, asas-asas pembinaan, pemilihan item, kaedah penskoran, kesahan dan kebolehpercayaan, norms dan kelemahan instrumen berkenaan.
INSTRUMEN SBIC:FE
Instrumen ini dibangunkan menggunakan model “three level hierarchical”. Tujuan instrumen adalah menguji kebolehan kognitif dalam kalangan individu yang berumur dua tahun ke atas. Instrumen ini mengandungi 15 subujian kebolehan kognitif yang dikelompokkan kepada empat domain:
1) Pemikiran verbal
- terdiri daripada perbendaharaan kata, pemahaman, logik, dan hubunan verbal, 2) Pemikiran abstrak atau visual
- terdiri daripada analisis corak, menyalin, matriks, melipat dan menggunting kertas. 3) Pemikiran kuantitatif
- terdiri daripada kuantitatif, siri nombor, membina persamaan. 4) Ingatan Jangka pendek
- terdiri daripada mengingat manik, mengingat ayat, mengingat digit, dan mengingat objek. Prinsip penting yang ditekankan adalah:
1) „g‟ (general intelligence factor) berada pada tahap tertinggi,
2) Faktor crystallized, fluid dan ingatan jangka pendek berada pada tahap kedua, dan,
3) „s‟ (specific factor) terdiri daripada penaakulan verbal, penaakulan kuantitatif, dan penaakulan abstrak visual berada pada tahap ketiga.
Setiap item diberikan skor 0 jika salah dan skor 1 jika betul. Skor mentah ditukar kepada tiga jenis skor piawai, iaitu skor skala bagi setiap subujian, skor bidang (area), skor komposit. Skor komposit menjangkakan faktor „g‟ dalam skala ini.
INSTRUMEN WAIS-III
Instrumen ini bertujuan mentaksir kebolehan intelek orang dewasa. Ia dibentuk berasaskan definisi kecerdasan yang dikemukakan oleh Weschler. Menurutnya, kecerdasan adalah kapasiti untuk bertindak secara betul, berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan dengan persekitaran. Sebanyak 14 subujian dibentuk oleh Wechsler bertujuan untuk mencungkil seberapa banyak fungsi intelek dalam pelbagai cara dan kaedah. Daripada 14 subujian, tujuh daripadanya dikelompokkan kepada skala verbal, antaranya perbendaharaan kata, persamaan arithmatik, digit span, maklumat, pemahaman, dan urutan nombor-huruf. Manakala tujuh subujian lagi dikelompokkan kepada skala performan, iaitu melengkapkan gambar, mengekodkan simbol digit, mereka bentuk bongkah, penaakulan matriks, menyusun gambar, mencari simbol, dan mencantum objek.
Menurut ahli psikologi, instrumen WAIS-III mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu. McDermott et. al. (1990) menyatakan analisis profil bagi subskala WAIS-III adalah terhad disebabkan subujian tidak mentaksir kebolehan spesifik („s‟) yang mencukupi. Sternberg (1993) berpendapat instrumen WAIS-III dibentuk berdasarkan teori lama dan perlu menggunakan pendekatan baru dalam mentaksir kecerdasan. Manakala Wechsler (1991) menyatakan hasil analisis item yang dijalankan menyedari bahawa WAIS-III bias kepada kumpulan minoriti.
WISC-R
Instrumen ini diterbitkan pada tahun 1974 dan mempunyai sepuluh bahagian yang dikelompokkan kepada verbal IQ, performan IQ dan full IQ. Subujian dalam verbal IQ adalah perbendaharaan kata, persamaan, arithmatik maklumat dan pemahaman, urutan nombor-huruf. Manakala subujian performan IQ adalah melengkapkan gambar, mengekodkan symbol, mereka bentuk bongkah, menyusun gambar, mencantum objek. Full IQ adalah jumlah keseluruhan subujian iaitu sepuluh. Jika WAIS-III diguna menguji kecerdasan dewasa, WISR-R pula diguna untuk menentukan kecerdasan kanak-kanak.
RAVEN SPM
Mengandungi 60 item berbentuk matrik dan pelajar memilih matrik yang ganjil atau tidak sesuai. Instrumen ini terdiri daripada lima set yang mempunyai 12 item setiap set. Setiap set mempunyai lima hingga tujuh bentuk matrik berasaskan sesuatu tema dengan satu bentuk ditinggalkan untuk dijawab. Item-item disusun mengikut aras rendah kepada aras tinggi. Skor-skor IQ mempunyai nilai min 100 dengan sisihan piawai 15. Kebolehpercayaan Raven‟s SPM melalui uji dan uji semula dalam masa setahun adalah antara 0.55 hingga 0.84 dan melalui split-half antara 0.60 hingga 0.97 (Raven 1977). Ketekalan dalaman mempunyai nilai Alpha Cronbach 0.89 setelah diuji ke atas 274 orang dewasa pelbagai peringkat umur dan pekerjaan di New Zeland (Fletcher & Hattie 2003). Kesahan serentak yang diukur secara korelasi antara Raven‟s SPM dengan WISC-R bagi skala verbal IQ, performan IQ
dan full IQ adalah antara 0.74 hingga 0.82. Jumlah varians yang dikongsi oleh kedua-dua instrumen lebih kurang 65%. Ini menunjukkan kedua-duanya mengukur konstruk kecerdasan yang sama (Abd. Majid 1994).
EQ-i
Instrumen ini bertujuan mengukur konstruk dalam kecerdasan emosi dan bukan mengukur trait atau kapasiti kognitif seseorang individu. Konstruk kecerdasan emosi yang diukur dalam instrumen EQ-I adalah:
1) Menyedari emosi kendiri 2) Mengawal emosi kendiri 3) Motivasi kendiri
4) Empati
5) Kemahiran sosial.
Asas pembinaan instrumen EQ-i adalah berdasarkan “ Bar-On-Model of Emotional & Social Intelligence”. Pendekatan yang digunakan pula melibatkan empat fasa. Fasa pertama adalah mengenal pasti faktor-faktor utama yang berkaitan dengan emosi yang berkesan dan fungsi sosial. Fasa kedua adalah mendefinisi faktor-faktor ini dengan sejelas-jelasnya. Fasa ketiga adalah membina instrumen yang menepati ciri-ciri psikometrik untuk mentaksir faktor-faktor tersebut. Faktor keempat adalah mengesahkan dan membina norma instrumen dengan menjalankan kajian ke atas sampel pelbagai bangsa dan lingkungan budaya (Bar-On 1997).
RUMUSAN
Instrumen kecerdasan membantu mengesan kebolehan pelajar pintar cerdas. Langkah dan panduan tertentu perlu dipatuhi agar skor yang diperolehi benar-benar mengesan kebolehan yang dimiliki pelajar pintar cerdas. Sesungguhnya, setiap pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan yang tinggi dan instrumen kecerdasan dapat mengesan bidah kebolehan itu.
1. Berdasarkan kefahaman anda, nyatakan definisi instrumen kecerdasan. 2. Nyatakan kumpulan sasaran bagi instrument WAIS-III dan WAIS-R.
3. Huraikan asas pembinaan instrumen EQ dan pendekatan yang digunakannya.
Isikan kotak dengan kandungan setiap instrumen.
Instrumen Kandungan instrumen
SBIC:FE -
WAIS-III -
WAIS-R -
RAVEN SPM -
Rujukan
McDermott, P.A., Fantuzzo, J.W. & Glutting, J.J (1990). Just say no to subtest analysis: A critique on Weschler Theory and Practice. Journal of Psychoeducational Assessment 8 (3):290-302. Sternberg, R.J. (1993). Encyclopedia of human intelligence. New York: Macmillan Publishing Company. Weschler, D. (1991). Manual for the Wechsler Intelligence Scale for Children. Ed. Ke -3. (WISC-III).
UNIT 4
UJIAN PENGESANAN MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengetahui Tujuan Ujian Pengesanan
Menjelaskan Ciri-ciri Ujian Pengesanan Menggunakan Senarai Semak
Menghuraikan Item-Item yang Mewakili Sifat Pelajar Pintar Cerdas dalam
Senarai Semak
PENGENALAN
Ujian pengesanan perlu dilaksanakan bagi mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas kerana masalah akan wujud jika kanak-kanak tidak mencapai objektif pembelajaran kerana pemikiran kognitifnya yang jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak normal yang lain. Pelaksanaan ujian pengesanan bukan perkara yang dianggap mudah kerana ia memerlukan kemahiran yang tinggi yang membolehkannya melaksanakan ujian itu. Penilaian dan ujian pengesanan adalah proses yang kompleks yang melibatkan banyak cara bagi mengumpul maklumat berkaitan kanak-kanak.
Proses mengumpul maklumat melibatkan pemerhatian terhadap interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan, temu bual dengan kanak-kanak dan mereka yang berhubung rapat dengannya; meneliti rekod pembelajaran dan keputusan penilaian yang pernah dijalankan; menilai
sejarah perkembangan dan perubatan; menggunakan maklumat berdasarkan senarai semak; menilai keperluan dan pilihan kurikulum; menilai jenis dan tahap pembelajaran kanak-kanak semasa tempoh tertentu; menggunakan analisis tugasan bagi mengenal pasti komponen yang dikuasai dan kemahiran yang belum dikuasai; dan penerimaan rakan sebaya. Pengumpulan maklumat berkaitan kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai teknik dan sumber maklumat perlu memberi gambaran tentang kekuatan dan keperluan kanak-kanak, dan kesan terhadap pencapaian dalam pembelajaran. Matlamat dan objektif yang realistik dan sesuai perlu ditentukan bagi kanak-kanak pintar cerdas
ISI KANDUNGAN
Senarai semak merupakan salah satu ciri ujian pengesanan yang boleh digunakan dalam bidang pintar cerdas. Persoalannya, apakah kandungan senarai semak yang digunakan? Apakah perkembangan pelajar yang dikesan dan diukur? Adakah kandungan itu sesuai dan mencapai objektif aspek kecerdasan?
Ujian pengesanan membantu pihak-pihak tertentu mengesan cirri-ciri yang boleh dilihat pada seorang pelajar pintar cerdas. Dalam unit ini akan menekankan tujuan ujian pengesanan, ciri-ciri senarai semak yang ada dan item-item yang mewakili sifat pelajar pintar cerdas.
TUJUAN UJIAN PENGESANAN
Ujian pengesanan bertujuan bagi:
Menapis dan mengenal pasti kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak sama ada kecacatan yang dialami berkaitan perkembangan yang lambat ataupun masalah pembelajaran seperti pintar cerdas.
Kelayakan dan diagnosis dijalankan bagi menentukan sama ada kanak-kanak itu mengalami kecacatan yang disyaki dan layak diberikan perkhidmatan pendidikan khas dan dilakukan diagnosis masalah yang dihadapi.
Perkembangan Rancangan Pendidikan Individu dan penempatan. Ia menyediakan maklumat supaya Rancangan Pendidikan Individu dapat dibentuk dan keputusan yang sesuai dibuat bagi menentukan pendidikan murid itu.
Memberikan perancangan yang sesuai bagi keperluan murid dalam pelbagai aspek seperti social, akademik, fizikal dan pengurusan diri.
PENGESANAN MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK PINTAR CERDAS (
THE GIFTED
CHECKLIST)
.
Kebiasaannya kanak-kanak yang mengalami masalah yang minima tidak dapat dikesan sejak kecil. Namun begitu terdapat tanda-tanda awal yang dapat digunakan bagi mengesan kanak-kanak yang disyaki pintar cerdas.
Glynis Hannel (2006) menyenaraikan senarai semak pengesanan untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas merangkumi semua aspek.
Struktur Senarai Semak
- Setiap senarai semak dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil. Struktur ini akan membantu individu-individu mentadbir pengesanan dengan lebih memahami kanak-kanak tersebut berdasarkan kebolehan mereka.
- Senarai semak ini boleh digunakan untuk kanak-kanak atau awal remaja dia antara umur 4 tahun hingga 18 tahun. Setiap item yang digunakan terhadap kanak-kanak ini perlu disemak. Item-item yang digunakan untuk mengukur tahap atau kemampuan haruslah dicatatkan. Kebanyakan bahagian, petunjuk-petunjuk awal adalah sangat penting untuk melihat gambaran hasil ujian keseluruhan. Salah satu senarai semak utama adalah dicipta khusus untuk digunakan oleh professional di peringkat awal bagi kanak-kanak dan awal remaja ini. Borang senarai semak boleh juga diguna pakai dalam menjalankan sesi soal jawab. Melalui cara ini, mereka akan duduk berbincang bersama-sama dengan ibu bapa atau golongan yang terlibat untuk membincangkan tajuk satu persatu. Perbincangan ini akan memberi gambaran awal tentang sesi soal jawab yang telah dibuat meliputi kesemua topik yang hendak diperkatakan.
Memahami perbezaan
- Setiap kanak-kanak adalah unik dan tersendiri. Perhatian kepada setiap perkembangan dan cara hidupnya sangat penting. Para profesional dan ibu bapa akan mengisi maklumat ini untuk mengenal pasti kecenderungan individu sama ada ia normal atau berbeza atau mengalami masalah pembelajaran. Penyeliaan tindak balas dari segi personaliti, tingkah laku dan persekitarannya. Kanak-kanak di Malaysia lebih beruntung kerana hak dan keperluan mereka diambil tahu dan dititikberatkan.
Analisis keputusan
- Senarai semak yang dibuat menitikberatkan tentang sesuatu ciri topik yang ingin dikaji. Ini akan dapat memberikan gambaran tentang perwatakan dan keistimewaan yang ada dan berusaha mencari cara mengatasinya.
Merujuk nasihat pakar
- Berdasarkan senarai semak itu, golongan profesional perlu memberikan panduan dan nasihat yang berguna serta sokongan. Kebanyakan kanak bekeperluan khas seperti kanak-kanak pintar cerdas perlu dibantu dan diberi sokongan khas bagi menjalani proses demi proses ke arah perkembangan mereka. Terdapat beberapa pusat dan hospital khas yang dapat menjalankan ujian pengesanan kanak-kanak ini.
SENARAI SEMAK PINTAR CERDAS
(The Gifted Checklist)
Glynis Hannel. BA (Hons.). MSc Registered Psychologist
Setiap item merujuk kepada kanak-kanak hendaklah disemak dengan menggunakan skala kadar seperti berikut.
0 Tidak langsung, tidak berkait rapat.
1 Sedikit, kadangkala dapat diperhatikan dan adakala timbul dan dapat dilihat. 2 Sederhana, kerap dapat diperhatikan dan adakala dapat dilihat.
3 Serius, kerap diperhatikan dan jelas dapat dilihat.
Sila gunakan 0 jika item yang ditunjukkan tidak bersesuaian dengan klien.
Nama Kanak-kanak : ………. Umur : ……… Tarikh : ……… Masa Pemerhatian Dijalankan : ……….. Nama Pemerhati : ……….. Hubungan Dengan Pelajar : ………
A. Peringkat Awal
1 Berwaspada terhadap bayi 0 1 2 3
2 Berjalan awal 0 1 2 3
3 Bercakap awal 0 1 2 3
4 Menunjukkan kecekapan berbahasa pada peringkat awal
kanak-kanak 0 1 2 3
5 Belajar awal untuk membaca 0 1 2 3
6 Kefahaman matematik pada peringkat awal 0 1 2 3
7 Kanak-kanak dilihat oleh guru atau penjaga sebagai murid yang
pintar 0 1 2 3
B. Kemampuan Kognitif Yang Tinggi
1 Skor lebih daripada 130 IQ skala kepintaran 0 1 2 3
2 Skor pada 98 percentil atau ke atas di dalam ujian kepintaran
atau pencapaian 0 1 2 3
3 Mampu untuk memahami lebih lanjut, konsep yang kompleks 0 1 2 3 4 Menikmati permainan kompleks seperti catur, permainan
computer 0 1 2 3
5 Menggunakan dan memahami perbendaharaan kata dengan
lebih lanjut. 0 1 2 3
C. Perasaan Ingin Tahu
1 Kekerapan bertanya soalan untuk pemahaman sesuatu atau
yang membawa sesuatu pembaharuan 0 1 2 3
2 Terhibur dalam membaca buku berbentuk fakta, menonton
dokumentari, melawat muzium 0 1 2 3
3 Tidak puas terhadap jawapan ringkas: ingin tahu sesuatu topik
dengan lebih mendalam 0 1 2 3
4 Suka untuk mengetahui bagaimana sesuatu kerja 0 1 2 3
D. Pencapaian Akademik Lanjutan
1 Cemerlang dalam membaca kefahaman 0 1 2 3
2 Cemerlang di dalam matematik 0 1 2 3
3 Cemerlang di dalam penulisan bahasa 0 1 2 3
E. Bakat Istimewa
1 Mempunyai kemampuan artistik 0 1 2 3
2 Mempunyai kemampuan muzikal 0 1 2 3
3 Mempunyai kemampuan dalam sukan 0 1 2 3
4 Mempunyai kemahiran binaan konstruksi/ bangunan 0 1 2 3
5 Mempunyai kemahiran kepimpinan 0 1 2 3
6 Merupakan seorang yang berfikiran lateral dan inovatif 0 1 2 3
7 Mempunyai sifat jenaka 0 1 2 3
F. Cara Pembelajaran
1 Apabila berminat, suka meluangkan masa yang lama di dalam
satu aktiviti 0 1 2 3
2 Tidak suka kepada kerja yang ringkas 0 1 2 3
3 Mempunyai kesungguhan dalam meminati sesuatu topic 0 1 2 3
4 Cepat dalam membuat kerja baru 0 1 2 3
5 Tidak suka ulangan dan latihan 0 1 2 3
6 Suka sesuatu yang baru dan cabaran 0 1 2 3
7 Kecenderungan untuk merumitkan tugas yang ringkas 0 1 2 3 8 Suka lihat dan ingin menggunakan jalan yang mudah 0 1 2 3 9 Tidak suka menunjukkan jalan kerja dalam matematik : sudah
G. Ketidakserasian Dalam Kumpulan Yang Sama Umur
1 Mencari kumpulan sebaya yang kecewa; memilih kawan lama 0 1 2 3 2 Lebih suka bersendirian, seperti membaca buku di perpustakaan
semasa waktu rehat 0 1 2 3
3 Tidak suka kerja kumpulan; lebih suka kepada kerja bersendirian 0 1 2 3 4 Tidak faham dengan kanak-kanak lain dengan baik, yang mana
berfikir bahawa lelaki@perempuan adalah ganjil 0 1 2 3
H. Kesukaran Akademik
1 Mempunyai kesukaran dalam membaca, menulis atau mengeja 0 1 2 3 2 Mempunyai kesukaran dalam matematik terutama dalam
arimetik 0 1 2 3
3 Tidak menumpukan sepenuh perhatian, walaupun semasa
kurikulum dikhususkan 0 1 2 3
4 Terlalu inginkan kesempurnaan:enggan melakukan kesilapan
walaupun berbakat 0 1 2 3
5 Enggan melakukan kerja pada tahap/ umur yang
sama(walaupun berjanji melakukan kerja yang lebih penting) 0 1 2 3 6 Akur pada norma: Cemerlang apabila dijangkakan sahaja 0 1 2 3 7 Konsisten dalam persembahan (sederhana dengan seorang
guru, sangat pintar selepas itu) 0 1 2 3
I. Kesukaran Dalam Emosi dan Sikap
1 Memahami isu kompleks orang dewasa dan berasa bimbang
seperti keamanan dunia 0 1 2 3
2 Menjadi tidak sabar dengan rakan yang lebih lambat 0 1 2 3 3 Berdebat dengan orang dewasa, sentiasa ada jawapan yang
4 Gunakan sindiran apabila bercakap dengan rakan sebaya atau
orang dewasa 0 1 2 3
5 Mudah bosan dan kemudian mendiamkan diri atau suka
mengganggu 0 1 2 3
6 Menjadi sangat marah atau kecewa dengan sesuatu yang
dianggap ketidakadilan (mempunyai sifat etika yang matang) 0 1 2 3
RUMUSAN
Untuk menjalankan suatu ujian pengesanan, kita perlu mengenali ujian atau instrumen yang hendak digunakan. Seperti yang dibincangkan tadi, tujuan pengesanan perlu ditentukan terlebih dahulu agar objektif pengesanan akan tercapai. Contoh instrumen berdasarkan senarai semak adalah asas penting untuk mengenali sifat-sifat pelajar pintar cerdas melalui item-item dalam senarai semak tersebut. Oleh yang demikian, pelajar pintar cerdas boleh dikesan dengan berpandukan ciri-ciri unik yang ditunjukkan olehnya.
1. Berdasarkan kefahaman anda, mengapakah kita perlu mengumpulkan maklumat kecerdasan pelajar?
2. Nyatakan tujuan ujian pengesanan.
Rujukan
Hannel, G. (2006). Identifying Children with Special Needs: Checklist and Action Plans for Teachers. UK: SAGE publications
UNIT 5
UJIAN KECERDASAN BERASASKAN PERFORMAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat
Menjelaskan Definisi Ujian Kecerdasan Berasaskan Performan.
Mengenal Pasti Keperluan Dan Kepentingan Ujian Ini.
Membincangkan Prinsip Pembinaan Ujian Ini.
Menghuraikan Jenis Ujian dan Rubrik
PENGENALAN
Ujian kecerdasan yang bertujuan mengesan pelbagai aspek selain intelektual memerlukan ciri pengukuran yang tertentu iaitu performan. Performan akan ditunjukkan oleh sampel ujian dan tahap pencapaiannya diberi melalui skor tertentu. Ujian ini lebih sesuai dan tidak memerlukan pelajar menjalani ujian pensel kertas, tapi hanya melakukan seperti yang diperlukan dalam item ujian.
ISI
Apakah konsep yang sesuai untuk memilih ujian kecerdasan?Bagi kanak-kanak, perlukah ia tidak melibatkan ujian pensil kertas atau melibatkan peperiksaan seperti ujian biasa yang sering dilihat? Kebanyakan pengkaji mendapati aspek yang sesuai adalah mematuhi konsep penilaian dan pengukuran dan menentukan objektif ujian kecerdasan yang ingin kita capai.