• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bagaimana dengan kedatangan subjek ke sekolah?

Dalam dokumen Analisis Swot Dan Kajian Kes (Halaman 71-75)

Jawapan : Kehadiran subjek kurang baik sehingga bulan Jun subjek tidak hadir ke sekolah berjumlah 25 hari. Saya ada menghantar surat amaran ketidakhadiran ke sekolah kepada ibu bapa tetapi tidak ada tindakbalas dari ibu bapa.

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 72

Soalan10 : BagaimanAkah latar belakang keluarga subjek?

Jawapan : Subjek tinggal dikawasan perumahan berhampiran dengan sekolah iaitu di Taman Desa Harmoni mengikut fail maklumat murid. Subjek adalah anak yang kedua dari empat orang adik beradik dan abangnya masih menuntut di tingkatan 5 dan dua orang adiknya masih belum bersekolah. Ayahnya masih berkerja sebagai buruh dan ibunya bekerja di sebuah kilang sebagai operator pengeluaran.

Soalan 11 : Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dilihat daripada subjek berkaitan sikap, tingkah laku dan tindakannya di sekolah?

Jawapan : Walaupun subjek tahap pencapaiannya sederhana atau boleh dikiran lemah tetapi subjek adalah seorang yang merendah diri, menghormati guru, suka menolong guru dan rakan tetapi subjek juga mempunyai personaliti yang berbeza mengikut situasi dan masa seperti yang dintakan seperti jawapan yang sebelum ini dan contoh lain adalah subjek kerap tidak mengikuti peraturan sekolah, menggangu rakan, tiada motivasi diri dan sering mengulangi perkara yang sama secara berterusan walupun pernah dinasihat dan ditegur berulang kali.

Temu bual yang dilakukan bersama guru kelas membolehkan maklumat peribadi dan tingkah lakunya sebelum ini di sekolah dapat dijadikan sebagi rujukan dalam menjalankan kajian kes mengenai subjek ini berkaitan tingkah laku bermoral di sekolah.

Subjek menghadapi masalah dalam menerima isi pelajaran yang diajar kerana tidak memberikan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini menunjukkan murid ini tidak fokus dalam mengikuti pelajaran di dalam bilik darjah.

Ini menunjukkan subjek berbuat demikian adalah berpunca daripada faktor diri sendiri dan faktor rakan sebaya. Subjek tidak mempunyai kesedaran dan sering terpengaruh dengan rakan untuk berbual. Subjek tidak boleh mengawal dirinya sendiri dan bukan faktor rakan sebaya yang menyebabkannya bertindak sedemikian. Subjek menunjukkan tingkah laku yang negatif di mana beliau tidak mengendahkan arahan dan nasihat guru. Subjek juga bijak dalam memberikan alasan dan

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 73

kesalahan kepada orang lain dan tidak bersikap jujur dengan mengakui kelemahan dan kesalahannya.

Subjek kurang diberikan perhatian oleh keluarga tentang kehadiran ke sekolah. Ini menunjukkan subjek berkemungkinan tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan daripada ibu bapanya. Ibu bapanya juga tidak bertindak balas di atas surat pemberitahuan tidak hadir ke sekolah.

Ketidakstabilan emosi dapat dikenalpasti dimana subjek pada sesuatu ketika akan mempunyai personaliti yang berbeza apabila berada di dalam bilik darjah semasa guru kelasnya mengajar subjek Bahasa Inggeris. Ketidakstabilan emosi ini akan memberikan kesan terhadap tingkah laku subjek di sekolah.

Jawapan ini membantu saya untuk membuat penilaian mengenai tingkah laku bermoral yang dapat di kenalpasti melalui penilaian tak formal yang akan di laksanakan.

Sikap, dan tingkah laku subjek di dalam bilik darjah menunjukkan subjek mempunyai banyak masalah melibatkan tindakan-tindakannya yang menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku subjek ini menunjukkan subjek tidak menghormati guru dan rakan yang sedang belajar di dalam bilik darjah.

Sikap dan tingkah laku subjek juga dilihat dipengaruhi oleh faktor –faktor seperti diri sendiri, faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor persekitaran yang telah memberikan kesan terhadap tingkah lakunya semasa berada di sekolah.

11.6.4 Temu bual bersama guru mata pelajaran Sains iaitu Cik Paulina bin Pardi

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 74

Satu sesi temu bual telah dijalankan bersama Cik Paulina binti Pardi yang merupakan Sains dan Matematik kepada subjek iaitu Pavitdren a/l Samy. Temu bual bagi melihat sejauh mana peralkuan, sikap dan perasaan subjek ini di dalam kelas selepas tamat waktu persekolahan.

Temu bual ini telah mengemukakan beberapa soalan untuk dijadikan mendapatkan maklumat mengenai subjek. Antara soalanya adalah:

Soalan 1 : Adakah murid ini mempunyai masalah dalam pembelajaran di dalam bilik darjah?

Jawapan: Masalah subjek ini di dalam bilik darjah adalah sering membuat bising dan tidak mengikuti arahan yang diberikan. Subjek juga kerap untuk meminta kebenaran untuk keluar dari kelas dengan memberikan pelbagai alasan seperti bejumpa guru dan ke tandas. Subjek juga tidak menyiapkan tugasan seperti kerja sekolah yang diberikan dan sering meniru rakannya.

Soalan 2 : Adakah murid ini mempunyai masalah dalam pembelajaran di dalam bilik darjah?

Jawapan: Masalah subjek ini di dalam bilik darjah adalah sering membuat bising dan tidak mengikuti arahan yang diberikan. Subjek juga kerap untuk meminta kebenaran untuk keluar dari kelas dengan memberikan pelbagai alasan seperti bejumpa guru dan ke tandas.

Soalan 3 : Apakah perubahan yang berlaku pada diri subjek dari segi pelajaran, sikap, tingkah laku dan emosi semenjak cikgu mengajarnya mata pelajaran Sains pada tahun ini sehingga sekarang?

Jawapan: Perubahan yang jelas berlaku adalah dari segi pengurusan diri sebagai murid hadir kesekolah. Subjek dilihat kerap memakai pakaian yang kemas walupun bukan secara berkekalan dan berterusan. Kedua subjek bijak dalam memberikan alsan sekiranya saya membuat teguran mengenai pelajaran ataupun sikap untuk tidak mengakuinya. Ketiga subjek kelihatan berubah menjadi pendiam seketika pada sesuatu masa. Keempat subjek semakin berani untuk bertanyakan sesuatu soalan walaupun adakalanya soalan yang tidak berkaitan. Keempat subjek menawarkan diri untuk menolong saya untuk mengangkat sesuatu benda.

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 75

Temubual ini sedikit sebanyak telah memberikan dapatan kepada saya dalam membantu untuk membuat penilaian terhadap subjek berkaitan dengan diri subjek. Subjek merupakan seorang murid yang tidak mempunyai motivasi dalam pelajaran. Ini kerana sukar untuk subjek dalam mendengar arahan yang diberikan oleh guru yang bertujuan untuk membantunya meningkatkan pencapaian dalam akedemik dan juga sahsiah yang baik berkaitan dengan sikap dan tingkah laku. Subjek juga dilihat mengalami masalah kemurungan apabila sikapnya berubah seperti dar biasa. Ini menunjukkan subjek mengalami kecelaruan yang berpunca daripada penerimaan rakan-rakan atau masalah dalam pembelajaran serta keluarga.

11.6.5 Temu bual Bersama Guru Mata Pelajaran Pendidikan Moral En. Kamalnathan a/l Sundren

Temu bual bersama guru mata pelajaran Pendidikan Moral merujuk kepada sikap dan tingkah laku subjek terhadap pengajaran dan pembelajaran semasa berada di dalam bilik darjah dan peranan sebagai guru Pendidikan Moral dalam memenuhi hasrat untuk membentuk insan yang seimbang daripada pelbagai aspek. Maklumat yang diperolehi penting untuk membantu proses untuk menyelesaikan kajian ini. Soalan 1 : Adakah subjek seronok dan meminati mata pelajaran ini?

Jawapan: Ya subjek meminati mata pelajaran ini. Kenyataan saya ini adalah disebabkan subjek memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran saya di dalam bilik darjah. Subjek memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut arahan dengan baik ketika aktiviti dijalankan.

Soalan 2 : Adakah subjek minat disebabkan jumlah murid yang kecil iaitu seramai

Dalam dokumen Analisis Swot Dan Kajian Kes (Halaman 71-75)

Dokumen terkait