Soalan 3 : Mata pelajaran ini berkaitan dengan nilai jadi adakah anda menggunakan teknik dan strategi yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran?
14.8 Menjalankan Kempen Penghayatan Nilai-nilai Murni
Panitia Pendidikan Moral boleh memainkan peranan dalam memupuk nilai-nilai yang baik bagi murid-murid Pendidikan Moral dan murid-murid di sekolah umumnya. Melalui kempen nilai-nilai murni murid diwajibkan untuk bertingkah laku yang baik mengikut aktiviti-aktiviti kempen. Ini secara tidak langsung dapat membantu
ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 88
pemupukkan nilai dalam diri mereka. Kesimpulannya ia akan jadi kebiasaan dalam mempraktikan nilai-nilai yang baik di sekolah tempat murid belajar.
15.0 KESIMPULAN
Kajian ini juga telah mengenal pasti perbezaan murid dalam penaakulan moral. Tambahan lagi, pelajar yang bersikap negatif terhadap pembelajaran Pendidikan Moral dan berpersepsi negatif terhadap keberkesanan guru Pendidikan Moral juga adalah lebih rendah penaakulan moral berbanding dengan mereka yang bersikap dan berpersepsi positif. Guru Pendidikan Moral perlu memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan-kumpulan tersebut tanpa mengabaikan mereka yang lebih tinggi peringkat penaakulan moral.
Sikap terhadap pembelajaran Pendidikan Moral telah dikenal pasti sebagai peramal utama penaakulan moral pelajar. Salah satu sebab yang menyebabkan sikap negatif murid adalah pandangan bahawa Pendidikan Moral kurang penting berbanding dengan mata pelajaran lain kerana buka subjek UPSR.
Antara cara-cara lain adalah guru Pendidikan Moral perlu sentiasa menegaskan kepentingan dan faedah belajar Pendidikan Moral. Usaha ini memerlukan kerjasama dan sokongan daripada pihak pentadbir, seluruh masyarakat sekolah dan masyarakat luar. Sistem penilaian Pengetahuan Moral juga perlu diteliti semula demi memberi suatu penilaian yang lebih menyeluruh dan tepat dalam mengukur pencapaian murid.
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang dikaji iaitu Pavitdren a/l Sam bukan seorang murid yang tidak boleh dibentuk peribadi, tetapi murid ini memerlukan sedikit perhatian untuk memperbetulkan sikap, tingkahlaku dan emosinya. Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas dan sekolah tetapi juga melibatkan Ibu bapa dirumah. Perhatian yang diberikan sekurang-kurangnya akan membantu murid ini dalam memahami tanggungjawab sebagai murid terhadap pelajaran, kepentingan disiplin diri dan keperluan mematuhi peraturan sekolah.
Guru juga tidak seharusnya putus asa dalam membantu murid memperbaiki kelemahan mereka. Jika dilihat dari permulaan saya mengenali murid ini, banyak kekuatan dan kelemahan yang ada padanya. Ini menunjukkan murid boleh dibentuk menjadi lebih baik dengan memperbaiki kelemahan dengan pelbagai pendekatan.
ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 89
Sesungguhnya instrumen penilaian yang mempunyai kesahan dan kualiti yang tinggi dalam menilai murid secara tak formal boleh membantu guru untuk membuat refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah samaada berjaya berkesan atau tidak. Melalui penilaian tidak formal murid mata pelajaran Pendidikan Moral dapatlah kita menilai aplikasi daripada domain kognitif kepada domain efektif.
Refleksi
Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu Kerja Kursus Pendek (KKP) mata pelajaran Pendidikan Moral ELM 3103. Sebelum menerima tugasan ini saya beranggapan ia sesuatu tugasan yang mudah memandang ia hanyalah berkaitan dengan sistem pentaksiran disekolah. Sebagai guru yang berpengalaman hampir 13 tahun mengajar pentaksiran adalah umpama asam garam dalam kehidupan seorang insan bergelar guru.
Namun persepsi saya berubah kerana setelah menerima tugasan kerana ia melibatkan satu proses yang memerlukan perancangan yang sistematik dan memerlukan kepakaran dalam mendalami pengetahuan dan mengaplikasikan kemahiran. Tugasan ini memerlukan saya untuk menyempurnakan satu kajian dan membuat analis SWOT melalui proses mengumpul, merekod dan menyediakan laporan tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah. Tugasan yang kedua juga memerlukan saya untu merancang , melaksana dan melapor satu kajian kes(seorang murid), iaitu menilai murid ini daripada sudut mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah. Seperti biasa setiap tugasan yang dilaksanakan memerlukan saya membuat satu refleksi secara kreatif dan kritis berdasrkan pengalaman semasa menyempurnakan tugasan ini.
Terpanggil untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Yeow Kek Ong dan Encik Teo Lioang Chaw yang merupakan pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran ELM 3103 Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah. Kepakaran dan pengetahuan pensyarah pembimbing dalam bidang pendidikan di sekolah sebagai seorang guru dan di IPGM sebagai seorang pensyarah telah banyak membantu saya dalam memahami
ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 90
tugasan dan proses kerja untuk menyelesaikan tugasan. Penerangan yang jelas daripada pensyarah telah membantu saya untuk memberi gambaran yang jelas terhadap keseluruhan tugasan yang akan disempurnakan. Pendekatan kuliah yang berkesan dengan menggunakan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang berkualiti dapat meransang minat terhadap kuliah dan tugasan yang diberikan.
Saya telah merancang tugasan mengikut perancangan yang tersusun dan teratur. Ini merupakan aspek utama yang diberikan perhatian supaya matlamat menghasilkan tugasan yang bermutu tinggi dan berkualiti akan tercapai. Walaupun tugasan ini perlu dihasilkan secara individu, saya telah bekerjasama bersama rakan terutama semasa proses mencari bahan –bahan melalui pelbagai sumber seperti buku, jurnal, artikel,surat khabar dan internet yang berkaitan kaedah yang sesuai untuk menjalankan kajian kes dan kajian mengikut kaedah SWOT.
Beberapa bahan rujukan telah dikumpulkan untuk memastikan saya memahami kaedah yang jelas dalam menyiapkan tugasan. Bahan rujukan yang telah dikumpulkan seperti buku, jurnal, artikel internet dan kertas kerja. Sesungguhnya dapat dari maklumat yang dikumpulkan telah membantu saya untuk menjalankan kajian kes dan kajian SWOT di sekolah. Sebagai seorang guru sebelum ini telah mempunyai sedikit pengalaman dalam melakukan kajian kes dan kajian menggunakan kaedah SWOT namun tidak dijalankan secara individu tetapi secara kumpulan. Pengalaman ini sedikit sebanyak telah membantu saya memberikan gambaran awal mengenai tugasan yang akan dilaksanakan.
Bahagian tugasan yang pertama adalah bagaimana membuat kajian dengan kaedah menggunakan SWOT terhadap pengurusan mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah. Perancangan yang sistematik telah dirancang untuk mendapat maklumat supaya ia boleh dibuat analisis dengan menggunakan kaedah SWOT. Proses mendapat maklumat dengan menggunakan teknik temu bual, fail panitia dan pemerhatian.
Maklumat yang diperolehi telah disimpan, dicatat dan direkodkan untuk tujuan analisis. Maklumat yang diperolehi telah membantu saya dalam mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang merupakan item penting dalam
ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 91
proses menganalisis. Maklumat yang diperolehi telah diasingkan dalam kepada empat item yang utama dalam mengesan berkaitan aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral. Kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman hendaklah digabungkan supaya dapat menyelesaikan kearah pengurusan mata pelajaran yang terbaik yang boleh dilaksanakan.
Saya telah membuat padanan item dalam SWOt iaitu memadankan peluang dengan kekuatan, peluang dengan kelemahan, kekuatan dengan ancaman dan kelemahan dengan ancaman. Padanan ini akan memberikan ruang kepada kita dalam mencari jalan penyelesaian atau tindakan seperti dengan nmaklumat yang ada ia boleh memberikan ruang kepada kita untuk merebut peluang dengan menggunakan kekuatan yang ada. Kebolehan mengatasi kelemahan dengan menambil peluang yang ada. Bagaimana kita boleh menggunakan kekuatan untuk menghadapi ancaman yang ada dan terakhir sekali mengurangkan kelemahan dengan mengelakkan ancaman yang ada.
Kemahiran ini merupakan begitu asing kepada saya dalam menyempurnakannya walaupun saya pernah untuk membuatnya dalam mata pelajaran Kajian Tempatan pada masa dahulu. Ini kerana saya terpaksa melakukannya secara individu. Namun pengalaman ini sngat bermakna kepada diri saya bagaimana menggunakan item-item yang boleh menjadi kekuatan dan mengurangkan kelemahan dan mengelakkan ancaman dan bijak dalam merebut peluang untuk menjadikan pengurusan yang cekap dalam pengajaran dan mata pelajaran Pendidikan Moral yang dikaji.
Bahagian kedua tugasan iaitu melaksanakan kajian kes saya telah memilih sekolah tempat saya mengajar iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Molek, Johor Bahru sendiri kerana terdapat kelas untuk mata pelajaran Pendidikan Moral. Bilangan murid moral sekolah ini sedikit namun pengajaran dan pembelajaran tetap dijalankan mengikut peraturan biasa seperti sekolah –sekolah lain di Malaysia. Langkah pertama yang saya rancangkan adalah memilih seorang murid untuk dijadikan sebagai subjek (sampel) dalam membuat penilaian melalui instrumen-instrumen yang telah dibina khas untuk kajian kes ini.
ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 92
Pembinaan item seperti borang pemerhatian, borang senarai semak, borang soal selidik, borang rekod anekdot dan skrip temu bual bukan sesuatu yang mudah. Sayan telah merancang borang-borang instrumen tersebut melalui bahan rujukan dan nota edaran pensyarah pembimbing bagi memastikan instrumen yang dibina menepati dan bersesuai dengan subjek untuk membuat penilaian.banyak pengalaman semasa proses membina instrumen dijalankan. Ini sedikit sebanyak telah menjatuhkan motivasi kepada saya untuk menyediakan instrumen. Namum kecekalan dan ketabahan telah mengembalikan semangat saya untuk meneruskan tugasan yang diberikan dengan penuh yakin. Alhamdulillah saya berjaya untuk menghasilkan instrumen-instrumen dengan baik walaupun mengambil masa yang agak panjang dalam menbinanya.
Mengikut kehendak tugasan instrumen-instrumen itu akan digunakan untuk membuat penilaian selama dua minggu. Perancangan perlu dilakukan dengan sistematik terhadap subjek adalah sangat penting bagi membolehkan penilai secara tak formal dijalankan. Penilaian dengan menggunakan instrumen telah dijalankan dengan terancang melibatkan pelbagai situasi, tempat dan keadaan yang boleh menunjukkan aspek domaian afektif seperti sikap, tingkah laku dan perasaan subjek di sekolah sama ada dalam dan luar bilik darjah.
Penilaian telah dijalankan dengan kerjasama rakan guru lain di sekolah ini. Penilai yang dipilih adalah guru kelas subjek, guru mata pelajaran Pendidikan Moral, guru mata pelajaran Sains, guru kaunseling, guru disiplin dan saya sendiri sebagai pengkaji kajian kes ini. Taklimat telah diberikan oleh saya mengenai perkara yang akan dilakukan seperti penilaian menggunakan borang dan temu bual untuk memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan lebih kukuh dan telus. Kajian ini penting bagi saya menguji keberkesanan instrumen yang dibina mampu untuk meniali subjek dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.
Penilai yang dipilih adalah penting untuk saya dalam melaksanakan kajian kes ini kerana ia mampu untuk meluaskan lagi maklumat yang lebih tepat dan banyak. Maklumat dan data yang merupakan dapatan penting a kan lebih banyak dikumpulkan jika dinilai lebih dari seorang( pengkaji). Proses mengumpul maklumat
ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 93
dan data telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh dua minggu telah di simpan oleh saya untuk dianalisis.
Data dan maklumat mentah yang diperolehi oleh saya dari pelbagai instrumen penilaian tak fomal akan mealui satu proses yang menganalisis. Pengetahuan dan maklumat berkaitan teknik dan kaedah untuk menganalis data bagi melengkapkan kajian kes ini sangat membantu saya semasa proses kerja dilaksanakan. Setelah proses menganalisis makalumat dan data berjaya dilaksanakan maka pencapaian terhadap subjek boleh diberikan. Walaupun mengambil masa yang panjang proses untuk menilai subjek menggunakan instrumen –instrumen yang dibina tetapi ia dapat memberikan gambaran subjek mengenai sikap, tingkah laku dan perasaannya di sekolah.
Melalui tugasan yang kedua ini telah memberikan saya banyak pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sebagai seorang guru dalam melaksanakan kajian kes di sekolah. Kajian kes adalah penting untuk seorang pendidik dalam mengatasi sesuatu perkara yang berkaitan dengan dunia pendidikan tidak kira dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Tugasan ini telah membantu saya untuk lebih bertanggungjawab terhadap sesuatu tugasan yang diamanahkan. Sebagai seorang guru saya haruslah bertanggungjawab dalam membuat penialian terhadap murid-murid dengan jujur dan telus.
Perancangan yang sistematik membantu dalam aspek pengurusan masa. Perancangan yang teratur akan membantu saya menyelesaikan tugasan yang akan disempurnakan. Kegagalan dalam merangka perancangan telah mengakibatkan masa yang diambil untuk menyempurnakan tugasan menjadi semakin panjang. Ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada tugasan yang akan dijelmakan dari segi kualiti.
Tugasan ini juga telah membantu saya dalam membina instrumen-instrumen penilaian tak formal untuk menilai murid-murid. Pembinaan instrumen penilaian bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan ketelitian semasa proses membinanya. Pemerhatian haruslah tepat dan jelas bagi menunjukkan tingkah laku dan sikap murid ini. Maka item-item yang dimuatkan didalam borang penilaian
ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 94
haruslah menggambarkan apakah aspek penting yang ingin dinilai. Melalui tugasan ini ia telah memberikan saya pengalaman yang saya beharga untuk saya gunakan sekiranya terlibat dalam pembinaan instrumen penilaian tak formal pada masa akan datang.
Tugasan ini telah memberikan saya pengertian mengenai kerjasama antara saya dengan orang lain. Ttugasan ini telah memberikan gambara mengenai kepentingan kerjasama dima ia mempunyai banyak kebaikan. Proses menyiapkan tugasan ini akan gagal sekiranya aspek kerjasama tidak diaplikasikan. Saya telah bekerjasama dengan rakan sekuliah apabila mencari pendekatan dan teknik dalam menyempurnakan tugasan.
Walaupun tugasan ini dijalankan secara individu namun perbincangan dari semasa kesemasa telah dilakukan untuk berkongsi masalah dan mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikannya. Ini terbukti dimana saya telah bertukar-tukar bahan yang berkaitan dengan rakan –rakan sekuliah yang telah membantu saya untuk menyelesaikan tugasan. Kerjasama yang baik juga telah berjaya dijalinkan semasa proses mendapat maklumat untuk menjalankan kajian kes dan kajian aspek pengurusan mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah. Tanpa kerjasama yang diberikan kemungkinan tugasan ini tidak mampu untuk disempurnakan.
Kemahiran membuat analisis juga dapat diperolehi oleh saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Melalui tugasan ini memerlukan saya untuk menganalisis maklumat yang diperolehi melalui instrumeninstrumen yang dibina bagi menggambarkan aspek doamain kognitif. Tugasan ini juga memerlukan saya untuk menganalisis mengikut kaedah SWOT yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pengajaran pendidikan Moral di sekolah. Menganalisis sesuatu maklumat dan data memerlukan saya meneliti dapatan yang diperolehi supaya ia mengambarkan dapatan sebenar yang akan ditunjukkan dalam bentuk peratus dan statistik.
Pentaksiran adalah penilaian, pengujian dan pengukur untuk menentukan pencapaian terhadap murid-murid di sekolah. Pentaksiran terbahagi kepada dua bahagian iaitu pentaksiran secara formal dan tak formal. Melalui sistem pentaksiran untuk murid-murid sekolah rendah masih lagi menggunakan kaedah pentaksiran
ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 95
formal untuk ujian, peperiksaan dan peperisaan awam iaitu UPSR untuk menentukan gred. Namun begitu sukar untuk kita pisahkan masalah –masalah dan isu-isu yang sering muncul berkaitan aspek pentaksiran di sekolah.
Melalui penghasilan tugasan ini ia banyak membantu saya untuk menjadi guru yang baik dan berdedikasi kepada tanggungjawab yang diamanahkan dalam mendidik anak bangsa. Pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi diantaranya bagaimana untuk menghasilkan tugasan yang baik adalah pengurusan masa yang baik akan menterjemaah hasil yang membanggakan dan sempurna. Kerjasama antara rakan-rakan juga membantu sesuatu apa yang dilakukan dapat dijalankan dengan mudah dan berkesan melalui pengabungan idea.
Tugasan juga telah membuatkan saya muhasabah diri dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam merancang pengajaran untuk persediaan sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran disekolah. Kesimpulannya rancangan mengajar harian merupakan rakan sejati dan panduan berguna kepada saya serta semua pendidik khususnya. Penghasilan tugasan ini diharapkan dapat memberikan impak dan kebaikan kepada semua jika ia dijadikan sebagai panduan dan rujukan pada masa akan datang.
Saya bersyukur kepada diri kerana telah diberikan tugasan yang menguji kemampuan untuk menyelesaikannya. Kerjasama antara pensyarah dan rakan merupakan aset penting dalam merealisasikan tugasan yang diberikan pada waktu yang ditetapkan. Walaupun terdapat masalah semasa proses menyempurnakannya, saya merasakan ia merupakan asam garam yang biasa dialami oleh setiap individu. Segala cabaran yang dilalui sebelum, semasa dan selepas tugasan ini memberikan pengalaman yang berguna kepada saya untuk sentiasa bersedia, bersikap positif, dan bermatlamat dalam menyempurnakan sesuatu perkara mengikut perlaksanaan terancang supaya hasil tugasan yang di terjemaahkan berkualiti. Saya berharap hasil tugasan ini boleh dikongsikan bersama kepada rakan-rakan dan pembaca sebagai bahan rujukan dan panduan pada masa akan datang.
ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 96
Sepanjang menjalankan kajian kes ini berkaitan penggunaan instrumen penilaian tak formal untuk menilai seorang murid dari sudut mata pelajaran Pendidikan Moral banyak pengalaman yang diperolehi. Semasa permulaan proses membuat kajian kes ini juga banyak isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh saya yang menjadi cabaran dalam menghadapi dan mengatsinya.
Isu yang pertama adalah kekangan masa untuk membuat penilaian secara keseluruhan terhadap subjek. Sejumlah masa perlu diperuntukkan dalam menghasilkan instrumen penilaian tak formal. Sebagai contoh penghasilan borang senarai semak, soal selidik, pemerhatian dan rekod anekdot memerlukan masa yang agak panjang untuk membinanya. Kekangan masa akan menjadi faktor dalam menghasilkan instrumen penilaian tak formal mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi..
Penilaian secara tak formal memerlukan kepakaran dalam menghasilkanya. Jika penghasilan tidak berkualiti ia akan mengugat pentaksiran yang akan dilakukan ke atas sampel yang ditentukan. Sebagai contoh semasa saya menbina instrumen terdapat masalah yang membelenggu saya dalam menyenaraikan item –item yang ingin dinilai dalam borang yang ditetapakan. Masalah ini ada assnya kerana bukan semua guru mempunyai kepakaran dalam membina instrumen- instrumen penilaian secara tak rasmi.
Pengaruh kesan halo terhadap subjek yang ingin dinilai. Kesan halo adalah membawa pengertian dimana sekiranya murid itu bermasalah dalam tingkah laku kita akan beranggapan murid ini memang bermasalah dan tidak ada tingkah laku positif yang ditonjolkan. Ini berlaku semasa saya menilai subjek dimana saya melihat dan terpengaruh dengan tingkah laku yang negatif sahaja tetapi sebenarnya subjek ada melakukan tingkah laku yang positif semasa berada di sekolah.
Penialian secara tak formal juga mempunyai masalah dimana ia tidak menggambarkan holistik berkaitan dengan domain afektif. Ini kerana pemantau tidak boleh memantau setiap masa semasa murid berada di sekolah kerana terlibat dengan tugasan lain. Kemungkinan besar mengikut andaian saya kemungkinan
ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 97
tingkah laku positif dan negatif tidak dapat direkodkan kerana berlaku diluar pemantauan.
Pentaksiran secara tak formal mengambil masa yang panjang dan melibatkan banyak tenaga pemantau. Ini merupkan isu yang sering diperkatakan kerana penilai tidak boleh menunjukkan beliau saha yang terlibat dalam pemantauan kerana ia akan dikesan oleh subjek.
Soal selidik daripada responden berkaitan penilaian terhadap subjek juga boleh diragui. Ini kerana pemahaman yang jelas perlu untuk responden yang dipilih supaya analisis dapat memberikan gambaran yang telus terhadap subjek yang dipilih. Kemungkinan soal selidik ini tidak mengambarkan penilaian terhadap subjek yang sebenar.
Pemerhatian yang dijalankan dengan menggunakan bantuan rakan lain oleh penyelidik juga mempunyai masalah dalam membuat penilaian dari maklumat yang diperolehi. Sekiran pemerhatian yang dilakukan menggunakan borang senarai semak tidak dilakukan dengan bersungguh dan telus ini akan memberikan dapatan yang tidak benar mengenai diri subjek.
Temu bual juga dilihat mempunyai banyak kelemahan untuk mendapatkan maklumat yang benar-benar asli. Ini kerana ada beberapa soalan yang ditanyakan tidak dijawab dengan jujur dan telus. Ia beasas jika tidak menjawab dengan telus yang merupakan lumrah manusia untuk menyembunyikan kelamahan dan berasa terancam dengan soalan.
Kekuatan dan kelemahan subjek yang dinilai adakala terlepas diperhatikan oleh penyelidik dan rakan yang dipertanggungjawabkan. Ini terbukti apabila sesuatu sikap, tingkah laku dan tindakan yang baik dilakukan oleh subjek tidak dicatatkan dan direkod. Ini merupakan isu yang selalu menjadi persoalan kepada penyelidik.
Bagaimana menganalisis dengan baik untuk sesuatu instrumen yang digunapakai. Ini merupakan isu yang sering timbul kerana kepakaran analisis adalah penting untuk menentukan sesuatu keputusan terhadap penilaian yang dilakukan.
ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 98
Bibliografi
Abd.Rahman Md. Aroff(1999) Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Moral. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, (1994). Teknik Berfikir, Konsep dan Proses.Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Atan Long, (1984). Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi