• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Swot Dan Kajian Kes

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Analisis Swot Dan Kajian Kes"

Copied!
104
0
0

Teks penuh

(1)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 1

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH ( PGSR ) KOHOT 2

MOD KURSUS DALAM CUTI SEMESTER 6

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

NAMA : HAZLY BIN HAMZAH ( 771207-01-6831) 2009142360008404

PROGRAM : PGSR PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN NOV 2009 (KOHOT 2)

KURSUS : PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

KOD : ELM 3103

PENSYARAH : EN. YEOW KEK ONG DAN EN. TEO LIONG CHAW

(2)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 2

Isi Kandungan

Borang Rekod Kolaborasi i

Penghargaan ii

Pengenalan 1

Laporan Kajian Mengenai Pengurusan P&P Mata Pelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah

2 - 15

Kajian Kes Menilai Seorang Murid Dengan Menggunakan Penilaian Tak Formal Dari Sudut Mata Pelajaran Pendidikan Moral

16 - 40

Refleksi 41 - 43

Bibliografi 44 - 45

(3)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 3 BORANG REKOD KOLABORASI KKP

NAMA PELAJAR : HAZLY BIN HAMZAH

KUMPULAN : PGSR / PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN NOVEMBER 2009 MATA PELAJARAN : ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

PENSYARAH PEMBIMBING : EN. YEOW KEK ONG DAN EN. TEO LIONG CHAW

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN KOMEN T/TANGAN

08/06/12 12/06/12 15/06/12 20/06/12 25/06/12 27/06/12 -27/07/12 10/08/12 10/O9/12 - 15/09/12

Menerima tugasan projek ELM 3101 dari pensyarah

Merancang jadual melaksanakan tugasan

Perbincangan input yang perlu dengan rakan kelas

Mencari bahan dari perpustakaan Ismail, Johor Bahru, perpustakaan sekolah , buku -buku dan sumber internet

Membuat draf tugasan

Menyempurnakan tugasan mengikut arahan

Menyemak dengan rakan untuk dihantar kepada pensyarah

Disemak oleh pensyarah untuk tujuan pembetulan dan penghantaran

Penerangan yang sistematik dan jelas mengenai tajuk KKP. Memudahkan tugasan Mendapat panduan untuk memulakan tugasan projek . Memudahkan proses menyiapkan tugasan. Rujukan sumber Menyusun secara sistematik Mengikut perancangan Percambahan idea Mengharapkan KKP yang dihasilkan mengikut kehendak tugasan yang diberi.

Pensyarah Hazly Hazly Hazly Hazly Hazly Hazly Hazly Pensyarah

(4)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 4

Penghargaan

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Allah SWT dengan limpah kurnia-Nya terciptalah hasil tugasan yang diberikan. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami, Encik Yeow Kek Hong dan Encik Teo Liong Chaw yang telah memberikan bimbingan dan dorongan untuk terus maju dalam pelajaran dan tugasan Kerja Kursus Projek (KKP) Mata Pelajaran Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah.

Kesempatan ini juga saya memanjangkan jutaan terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai sekuliah dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) yang banyak membantu terutama dalam membina keyakinan dan semangat dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Walaupun tugasan KKP ini dilaksanakan secara individu namun kolaborasi rakan sekumpulan terutama dari aspek penyediaan bahan, perancangan dan pengurusan dalam perlaksanaan tugasan membantu menjelmakan tugasan yang mempunyai hasil yang bernilai tinggi seperti yang dimatlamatkan. Penghasilan tugasan ini diharapkan dapat memberikan impak dan kebaikan kepada semua apabila ia dijadikan sebagai panduan dan rujukan pada masa akan datang.

(5)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 5

Pengenalan

Kajian Kes

Mengapa menggunakan kajian kes? Sebagai seorang pendidik, kebanyakan kajian yang dijalankan tidak melibatkan populasi tetapi hanya individu atau kumpulan yang telah dikenal pasti oleh penyelidik. Penyelidik dalam bidang pendidikan khususnya lebih banyak menumpukan perhatian mereka kepada pelajar, guru, pentadbir, kakitangan termasuklah kakitangan pusat sumber, pembantu makmal dan kakitangan sokongan di sesebuah sekolah. Justeru itu, kajian akan lebih tertumpu kepada individu atau kumpulan dalam sebuah sekolah, dua buah sekolah atau tiga buah sekolah dalam sesuatu kawasan. Oleh yang demikian, kajian kes adalah reka bentuk kajian yang paling sesuai digunakan oleh penyelidik berkenaan. Melalui kajian kes, maklumat yang amat teliti, kaya dan mendalam dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Selain itu, kajian kes juga memfokus kepada penghuraian yang holistik/ menyeluruh dan memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam (Yin, 1994). Kajian ini boleh menjawab soalan „bila‟, „bagaimana‟ dan „mengapa‟. Kajian kes terdiri daripada dua jenis iaitu penerokaan (explanatory) dan diskriptif (descriptive). Kajian ini boleh dilakukan terhadap seorang individu, beberapa orang individu, kumpulan atau beberapa kumpulan dalam sesuatu organisasi seperti sekolah. Sebagai contoh, kajian terhadap seorang pelajar yang bermasalah dan pelajar yang cerdik dalam pembelajaran boleh dilaksanakan berdasarkan penerokaan dan deskriptif. Hal ini demikian kerana kaedah kajian kes memerlukan maklumat yang terperinci dan mendalam bagi seseorang penyelidik. Di samping itu, alat kajian yang sesuai diperlukan untuk memperoleh maklumat yang berkenaan (Chua, 2006). Alat kajian yang biasanya digunakan adalah soal selidik, temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen.

Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan dokumen personal seperti diari, memo, surat, fotografi, rakaman dan sebagainya. Soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi responden mengenai sesuatu fenomena. Ujian digunakan untuk mengukur pencapaian responden misalnya soalan-soalan ujian atau ujian penentuan tingkah laku. Temu bual yang digunakan adalah temu bual separa berstruktur dan terbuka supaya kesemua maklumat yang diperlukan dapat

(6)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 6

disampaikan kepada penyelidik. Begitu juga dengan pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Selain itu, penelitian dokumen juga boleh digunakan sekiranya diperlukan untuk menyokong soal selidik, temu bual atau pemerhatian yang telah dijalankan.

Penyelidik tidak perlu menggunakan kesemua alat kajian yang diberikan tetapi memilih alat kajian yang sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian kes yang dijalankan, kaedah „triangulasi‟ boleh digunakan. Kajian dilakukan ke atas tiga aspek iaitu masa, ruang dan pemerhati. Misalnya pemerhatian dilakukan pada masa yang berlainan, tempat yang berbeza dan dilakukan oleh beberapa orang pemerhati (Chua, 2006). Selain itu, „triangulasi‟ juga boleh menggunakan tiga alat kajian yang berlainan untuk mendapatkan data yang sama. Seorang penyelidik kajian kes yang menggunakan alat temu bual harus mempunyai kemahiran menyoal yang baik seperti kurang bercakap tetapi lebih banyak mendengar, menyoal apa bila tidak faham, menyoal soalan terbuka, tidak menyampuk ketika responden sedang seronok bercerita, memastikan responden sentiasa fokus kepada soalan yang ditanya, tidak menilai apa yang disampaikan dan berdebat dengan mereka (Gay & Airasian, 2000).

Selain itu, penyelidik juga harus mempunyai kemahiran untuk merangsang responden untuk bercerita secara selesa tanpa ragu-ragu. Kesemua perbualan harus direkodkan dengan menggunakan alat perakam audio. Tujuannya adalah supaya tidak ada maklumat yang tercicir dan mudah ditranskripsikan untuk dianalisis. Sebelum dianalisiskan temu bual berkenaan perlu mendapat pengesahan daripada responden untuk tujuan kesahan alat kajian yang digunakan. Terdapat dua jenis pemerhatian yang menjadi pilihan kepada pe-nyelidik kajian kes untuk digunakan supaya boleh menjawab persoalan kajian. Semasa pemerhatian turut serta penyelidik terlibat secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan.

Dengan menggunakan pemerhatian ini penyelidik mempunyai pengalaman menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan responden dalam kajian yang dijalankankan. Walau bagaimanapun kelemahannya ialah kesukaran penyelidik untuk membuat catatan nota lapangan pemerhatian. Mana kala pemerhatian tidak

(7)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 7

turut serta penyelidik hanya melakukan pemerhatian kepada keseluruhan aktiviti yang dijalankan. Kedua-dua pemerhatian dilakukan dalam situasi sebenar dan secara holistik (Gay & Airasian, 2000). Rakaman pemerhatian boleh menggunakan alat perakam audio dan video untuk merakam perbualan dan tingkah laku yang diperhatikan. Penyelidik akan mencatat tingkah laku, perbualan, keadaan tempat, interaksi guru-murid, interaksi murid-murid dan perkara-perkara yang diperlukan dalam kajian. Penyelidik boleh meminta bantuan penyelidik lain untuk mencatat pemerhatian yang dijalankan untuk tujuan pengesahan sekiranya perlu. Alat kajian yang terakhir, iaitu penelitian dokumen boleh digunakan untuk mendapatkan data sokongan. Penelitian dokumen boleh menggunakan senarai semak atau mendapatkan tema-tema yang diperlukan. Analisis menggunakan frekuensi dan peratus boleh digunakan.

(8)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 8

Analisis Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Mata Pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah Kebangsaan Taman Molek, Johor Bahru Mengikut kaedah SWOT.

Faktor Dalaman

Kekuatan (Strengh) – S

S1. Sistem fail meja yang bersistematik.

S2. Bengkel dalam pembinaan rancangan tahunan untuk Pendidikan Moral. S3. Pendidikan Moral mempunyai bilik khas untuk belajar disekolah.

S4. Guru mata pelajaran Pendidikan Moral yang mencukupi.

S5. Jumlah murid Pendidikan Moral yang sedikit sebagai kekuatan untuk menjalankan program kecemerlangan yang dirancang.

S6. Kekuatan yang seterusnya adalah pemantauan pentadbir dalam melihat keberkesanan pengajaran guru di dalam bilik darjah.

S7. Mesyuarat panitia yang diadakan empat kali dalam setahun juga telah membantu guru-guru untuk berbincang secara formal berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Moral.

S8. Minit mesyuarat terdapat di dalam fail panitia ini bagi tujuan rujukan terhadap segala ketetapan dan keputusan hasil daripada mesyuarat yang dijalankan.

S9. Kekuatan seterusnya adalah penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

S10. Kekuatan seterusnya adalah bahan rujukan untuk guru dan murid yang mencukupi.

(9)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 9

Pendidikan Moral.

S12. Mempunyai sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran tahunan untuk kegunaan rujukan guru.

S13. Menganalisis pencapaian murid dalam ujian dan peperiksaan sekolah.

S14. Rekod laporan penyeliaan mata pelajaran Pendidikan Moral oleh pemantau seperti guru besar, guru penolong kanan dan penyelia petang.

Kelemahan (Weakness) – W

W1.Faktor guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. W2.Kos untuk melaksanakan program kecemerlangan adalah tinggi akan

membantutkan usaha untuk melaksanakan program yang dirancang.

W3.Pemantauan dan penyeliaan mengenai mata pelajaran Pendidikan Moral oleh pihak pentadbiran sekolah, PPDPG , JPNJ dan nazir kurang dilaksanakan.

W4.Ibu bapa tidak memberikan tumpuan terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral.

W5.Sekolah ini merupakan sekolah kebangsaan di mana murid yang bukan beragama Islam adalah minoriti.

W6.Fail induk surat keluar masuk tidak mencatatkan keseluhan surat keluar dan masuk. Surat keluar masuk perlu untuk direkodkan mengikut prosedur yang betul.

W7.Bahan rujukan seperti buku rujukan untuk guru tidak mencukupi untuk mata pelajaran Pendidikan Moral.

W8. Kursus dalaman tidak dijalankan untuk membantu membimbing guru bukan opsyen dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

(10)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 10

W9 Kebanyakkan guru mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah ini hanya menjadikan mata pelajaran ini sebagai pelengkap untuk memenuhi jadual waktu sahaja.

Faktor Luaran

Peluang (Opportunities) – O

O1. PIBG memberikan sokongan yang kuat dan mantap dalam aktiviti dan program yang dilaksanakan untuk murid-murid Pendidikan Moral.

O2. Hubungan baik dengan komuniti setempat seperti ketua kampung, pertubuhan belia, NGO, Jabatan Kerajaan dan sektor korporat.

O3. Membentuk personaliti diri untuk menjadi seorang yang berilmu, bersahsiah baik, bertanggungjawab pada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

O4. Guru-guru baru boleh mendapat ilmu dan pengalaman dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral.

Ancaman (Threats) – T

T1. Ibu bapa tidak prihatin dengan keperluan pelajaran anak merupakan ancaman yang utama dalam merealisasikan harsat dan matlamat utama mata pelajaran Pendidikan Moral.

T2. Pengaruh media masa dan media cetak terhadap murid-murid dalam merealisasikan matlamat mata pelajaran Pendidikan Moral.

T3. Kekangan masa guru mata pelajaran Pendidikan Moral akan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah.

(11)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 11

T5. Ancaman melalui penggunaan jadual waktu anjal akan menjadikan mata pelajaran ini di jadikan mangsa dalam usaha guru mata pelajaran UPSR untuk masuk menggantikan waktu Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.

T6. Ancaman kepada pengurusan mata pelajaran pengurusan mata pelajaran Pendidikan Moral disebabkan kemunculan banyak kafe siber dan hyper market banyak di sekitar kawasan sekolah.

T7. Sikap ibu bapa yang menjadikan sekolah sebagai tempat asuhan anak- anak.

T8. Teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral yang berbeza dengan mata pelajaran lain.

T9. Fail pengusan Panitia Pendidikan Moral yang tidak dikemaskinikan akan mendatangkan masalah yang serius dari aspek pengurusan.

T10. Murid-murid mata pelajaran Pendidikan Moral kebanyakkanya tidak menguasai Bahasa Melayu dengan baik.

PENJANAAN PELAN STRATEGIK PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL (TOWS MATRIK)

Strength/Kekuatan (S) dan Opportunities/Peluang (O)

1. Mengadakan kursus dalaman untuk guru-guru Pendidikan Moral

2. Meningkatkan lagi kecekapan guru melalui memperbaiki pengajaran berlandaskan pengalaman pengajaran yang lepas.

3. Kursus yang diberi kepada guru dapat meningkatkan P&P dan membantu murid meningkatakan inisiatif belajar.

4.Meningkatkan kerjasama diantara guru-guru mata pelajaran dan bersedia untuk menjalankan tugas yang diamanahkan

(12)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 12

5. Meningkatkan kemantapan guru mengajar subjek mata pelajaran di kalangan guru-guru yang bukan opsyen Pendidikan Moral.

6. Meningkatkan Profesionalisme melalui pengalaman pemantauan dan perkongsian maklumat antara pihak pentadbir dan guru Pendidikan Moral.

Weakness/Kelemahan (W) dan Opportunities /Peluang(O)

1. Bengkel pengurusan fail panitia membantu untuk menjadikan memudahkan proses pengurusan fail.

2. Memberikan peluang kepada guru-guru untuk mengikuti kursus-kursus yang diadakan di peringkat sekolah, daerah dan negeri yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan pengajaran guru bagi mendapat maklumat baru dan terkini.

3.Membina modul-modul yang dapat meningkatkan membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid dan guru serta mengalakkan

penggunaan buku teks secara bersepadu.

4.Mutu pengajaran guru dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk membantu murid yang terlalu bergantung kepada guru.

5. Menggunakan platform Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dalam memberikan sokongan moral dan kewangan.

6. Pengalaman baru yang diperolehi guru boleh memantapkan pengurusan dan kecekapan pengurusan murid Pendidikan Moral.

7. Semua murid dapat menikmati kemudahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran contohnya set-set latihan bercetak dengan adanya sokongan dari pihak sekolah.

(13)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 13

8. Memberikan peluang kepada guru-guru untuk mengikuti kursus-kursus yang diadakan di peringkat daerah dan negeri yang berkaitan dengan input baru dalam merancang, menyelia dan melaksanakan program dan aktiviti panitia Pendidikan Moral.

9. Mengadakan kursus bagi guru baru melalui kerjasama PPD dan Ketua Panitia Moral Daerah.

10. Mutu pengajaran guru dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk membantu murid yang terlalu bergantung kepada guru

Strength/Kekuatan (S) dan Threats/Ancaman (T)

1. Meningkatkan lagi kualiti guru dengan mengagih-agihkan tugas kepada semua guru yang terlibat di dalam sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

2. Meningkatkan tahap kesedaran ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak mereka.

3.Mewujudkan keadaan bengkel yang kondusif untuk guru –guru Pendidikan Moral.

4. Menjadikan bilik khas Pendidikan Moral kan yang kondusif untuk meningkat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Weakness/Kelemahan (W) dan Threats/Ancaman (T)

1. Guru perlu mengubah gaya pengajaran di dalam kelas supaya pengajaran menjadi lebih menarik minat murid.

2. Menarik komuniti setempat dengan mengurangkan karenah birokrasi.

3. Mengeratkan hubungan dengan masyarakat melalui kerjasama warga sekolah.

(14)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 14

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

5.Berbincangan dengan pentadbir mengenai kepentingan mata pelajaran Pendidikan Moral dan mengelakkan mata pelajaran ini daripada jadual anjal.

6. Mengadakan aktiviti yang boleh memberikan kesedaran kepada murid –murid mengenai kesan negatif melayari internet, penaguruh media massa dan cetak.

Analisis Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Mata Pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah Kebangsaan Taman Molek, Johor Bahru Mengikut Kaedah SWOT.

Secara keseluruhan analisis berkaitan dengan pengurusan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah ada menunjukkan kekuatan dan kelemahan didalam kajian yang dilakukan. Makalumat yang diperolehi telah direkodkan dengan meneliti fail panitia, menemubual ketua panitia dan melakukan pemerhatian.

Pelbagai kaedah yang digunakan telah membantu melakukan analisis dengan menggunakan kaedah SWOT dengan menyenaraikan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Melalui penggunaan kaedah SWOT telah membantu dalam mengenalpasti aspek pengurusan mata pelajaran di Sekolah Kebangsaan Tman Molek dengan lebih sistematik dan telus.

Kajian ini telah berjaya merungkai beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi oleh pengurusan mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah ini.

Antara kekuatan yang dikenalpasti untuk membantu aspek pengurusan mata pelajaran ini boleh ditingkatkan bagi tujuan meantapkan lagi daya saing mata pelajaran ini dalam melonjakkan pencapaian adalah seperti berikut Kekuatan yang pertama adalah adalah sistem fail meja yang bersistematik. Fail panitia ini telah diletakkan dibilik Guru Penolong Kanan 1 yang boleh dijadikan rujukan oleh pentadbir, ketua panitia dan jawatankuasa dalam memastikan ia sentiasa dikemaskinikan mengikut keperluan. Fail Panitia Pendidikan Moral ini terdiri daripada 7 buah fail yang mengikuti prosedur pengurusan fail panitia mata pelajaran. Tujuh

(15)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 15

buah fail itu adalah fail induk, fail sukatan pelajaran, fail program kecemerlangan, fail pentaksiran dan penilaian, fail penyeliaan, fail pemeriksaan buku rampaian dan yang terakhir adalah fail maklumat guru mata pelajaran. Fail induk sahaja yang menggunakan fail putih berkulit lembut dan selebihnya menggunakan fail keras. Kekuatan yang kedua adalah bengkel dalam pembinaan rancangan tahunan untuk Pendidikan Moral. Rancangan tahunan merupakan sesuatu perkara yang sangat penting dalam menentukan sukatan mata pelajaran yang akan di sampaikan oleh guru Pendidikan Moral. Rancangan tahunan merupakan rujukan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk memastikan murid – murid menerima keseluruhan sukatan yang ditetapkan.

Kekuatan yang ketiga adalah murid-murid mata pelajaran Pendidikan Moral mempunyai bilik khas untuk belajar disekolah. Ini merupakan kekuatan yang ada pada sekolah ini kerana telah menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif untuk murid- murid pendidikan moral. Ini menunjukkan pihak pengurusan sekolah cekap dalam memastikan wujudnya sebuah bilik Pendidikan Moral walaupun jumlah murid bagi setiap aliran hanya sekitar 5 hingga 10 orang murid sahaja.

Guru mata pelajaran Pendidikan Moral yang mencukupi. Guru Pendidikan Moral berjumlah seramai 6 orang merupakan satu jumlah besar bagi sekolah kebangsaan. Jumlah murid Pendidikan Moral berjumlah seramai 53 orang keseluruhnya. Diantara tenaga pengajar Pendidikan Moral hanya 3 orang sahaja yang merupakan opsyen bagi mata pelajaran Moral dan hanya 2 orang sahaja yang berkhidmat lebih daripada 10 tahun ke atas. Ini menunjukkan sekolah ini mempunyai kekuatan untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Guru yang mempunyai opsyen dalam mata pelajaran Pendidikan Formal boleh memberikan bimbingan kepada guru yang bukan opsyen dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di dalam bilik darjah.

Jumlah murid Pendidikan Moral yang sedikit sebagai kekuatan untuk menjalankan program kecemerlangan yang dirancang. Sumber tenaga dan idea boleh membantu dalam perancangan dan perlaksanaan program kecemerlangan yang akan dilaksanakan.

(16)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 16

Kekuatan yang seterusnya adalah pemantauan pentadbir dalam melihat keberkesanan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Penilaian yang dilakukan dengan menggunakan borang yang telah disediakan dapat membantu mengukur sejauhmanakah pengajaran guru di dalam bilik darjah. Keputusan yang di perolehi boleh membantu untuk mengesan kelemahan dan kekuatan pengajaran guru Pendikan Moral. Ini membantu untuk guru mengubah dan mengenalpasti pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang berkesan untuk membantu murid-murid menguasai aspek kognitif, afektif dan psikomotor dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid.

Mesyuarat panitia yang diadakan empat kali dalam setahun juga telah membantu guru-guru untuk berbincang secara formal berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Moral. Antara agenda mesyuarat yang termaktub dalam surat panggilan mesyuarat yang sudah dijalankan sebanyak dua kali adalah berkaitan Bengkel membina rancangan tahunan, penyediaan rancangan pengajaran harian, program tahunan, teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral dan lain-lain perkara. Ini dapat membuktikan mesyuarat panitia adalah penting dalam membantu meningkatkan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah ini.

Minit mesyuarat terdapat di dalam fail panitia ini bagi tujuan rujukan terhadap segala ketetapan dan keputusan hasil daripada mesyuarat yang dijalankan. Minit mesyuarat dapat membantu guru-guru untuk melaksanakan tindakan susulan. Minit mesyuarat akan digunakan pada mesyuarat akan datang. Mesyuarat minit mesyuarat Panitia Pendidikan Moral telah disimpan di dalam fail yang di tetapkan. Kekuatan seterusnya adalah penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu hasil pembelajaran dicapai dan memudahkan pemahaman murid kepada pengajaran guru di dalam bilik darjah. Penggunaan alat bantu mengajar mampu untuk menarik minat murid terhadap pengajaran guru dan isi pelajaran akan lebih tekal dalam ingatan murid. Bengkel pembinaaan alat bantu mengajar mampu untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kekuatan seterusnya adalah bahan rujukan untuk guru dan murid yang mencukupi. Guru memerlukan bahan rujukan seperti buku untuk membantu dalam

(17)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 17

menguasai dan memilih untuk aktiviti yang sesuai untuk diaplikasikan dalam bilik darjah.

Buku rujukan dan alat bantu mengajar ditempatkan didalam bilik khas Pendidikan Moral. Oleh kerana Ruangan yang besar bilik khas Pendidikan Moral menjadi faktor bagi sekolah ini meletakan bahan rujukan, alat bantu mengajar dan hasil kerja murid. Kemudahan bilik khas ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Mempunyai sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran tahunan untuk kegunaan rujukan guru. Panitia Pendidikan Moran sekolah ini mempunyai simpanan sebagai rujukan guru berkaitan dengan sukatan pelajaran tahunan, sukatan pelajaran tahunan dan rancangan penlajaran tahunan. Ini telah membantu guru mata pelajaran Pendidikan Moral untuk mendapatkan maklumat berkaitan sukatan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di bilik darjah.

Menganalisis pencapaian murid dalam ujian dan peperiksaan sekolah. Panitia Pendidikan Moral sekolah ini walaupun murid-murid tidak ramai telah melaksanakan analisis mata pelajaran. Analisis mata pelajaran ini boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian murid. Ia juga boleh dijadikan kesimpulan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid di dalam bilk darjah.

Rekod laporan penyeliaan mata pelajaran Pendidikan Moral oleh pemantau seperti guru besar, guru penolong kanan dan penyelia petang. Melalui fail yang dianalisis juga menunjukkan ada simpanan laporan penyeliaan guru yang memilih mata pelajaran Pendidikan Moral yang merupakan pemantau rutin guru sekolah ini sebanyak 2 kali dalam setahun. Ini menunjukkan pihak pentadbiran sekolah memandang keperluan untuk meningkatkan pencapaian murid-murid mata pelajaran Pendidikan Moral.

Analisis lebih tertumpu kepada bagaimana untuk mengesan kelemahan dalam pengurusan mata pelajaran ini telah mendapatkan beberapa dapatan penting. Kelemahan ini berpunca daripada faktor dalaman dan luaran dimana ia boleh menggugat kelancaran dari segi pengurusan mata pelajaran ini. Kelemahan terhadap aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di

(18)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 18

sekolah ini adalah faktor guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Pendidikan moral memerlukan kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini kerana tenaga pengajar yang tidak berpengalaman dan bukan opsyen akan memberi kesan berkaitan hasil pembelajaran yang ingin dicapai.

Kos untuk melaksanakan program kecemerlangan adalah tinggi akan membantutkan usaha untuk melaksanakan program yang dirancang. Kegagalan melaksanakan program kecemerlangan yang dirancang akan memberikan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Pemantauan dan penyeliaan mengenai mata pelajaran Pendidikan Moral oleh pihak pentadbiran sekolah, PPDPG , JPNJ dan nazir kurang dilaksanakan. Melalui fail Panitia Pendidikan Moral pada tahun ini tiada pemantauan telah di jalankan. Situasi ini telah menghadirkan sikap tidak yang negatif kepada guru mata pelajaran Pendidikan Moral. Kesannya guru tidak bersungguh untuk mencapai kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ibu bapa tidak memberikan tumpuan terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral. Ini berlaku kerana perspektif ibu bapa yang sering menganggap bahawa mata pelajaran bukan mata pelajaran UPSR. Sikap ibu bapa akan meloahirkan perasaan tidak berminat pada diri murid-murid semasa guru mengajar dan tugasan aktiviti yang perlu diselesaikan.

Sekolah ini merupakan sekolah kebangsaan di mana murid yang bukan beragama Islam adalah minoriti. Ini menunjukkan jumlah bagi setiap murid mata pelajaran Pendidikan Moral dalam satu aliran adalah sedikit. Ini menyebabkan pihak pentadbir lebih gemar untuk mengarahkan guru memilih mata pelajaran lain untuk dipantau. Ini terbukti selepas selesai pemantauan kali kedua hanya dua orang guru dipantau untuk Pendidikan Moral.

Fail induk surat keluar masuk tidak mencatatkan keseluhan surat keluar dan masuk. Surat keluar masuk perlu untuk direkodkan mengikut prosedur yang betul. Analisis menunjukkan ada surat yang masuk tetapi tidak direkodkan dibahagian hadapan kulit fail. Kelemahan ini boleh mengakibatkan kesan sekiran

(19)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 19

tindakan susulan tidak dijalankan seperti berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khususnya.

Bahan rujukan seperti buku rujukan untuk guru tidak mencukupi untuk mata pelajaran Pendidikan Moral. Mengikut makalumat yang diperolehi dari stok inventori fail Panitia Pendidikan Moral bahan rujukan seperti buku amatlah kurang. Kekurangan bahan rujukan boleh memberikan kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Bahan rujukan yang banyak boleh membantu guru menbuat persediaan berkaitan dengan isi pelajaran.

Kursus dalaman tidak dijalankan untuk membantu membimbing guru bukan opsyen dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Hampir separuh dari guru Pendidikan Moral sekolah ini bukan opsyen dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Melalui analisis yang dilakukan tiada program untuk dijalankan kepada guru ini seperti khusus dalaman yang boleh membantu meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Moral. Walaubagaimanapun tidak dijalankan secara formal namun melalui minit mesyuarat perbincangan tak fomal telah diadakan melalui mesyuarat panitia untuk membimbing guru yang bukan opsyen.

Kebanyakkan guru mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah ini hanya menjadikan mata pelajaran ini sebagai pelengkap untuk memenuhi jadual waktu sahaja. Ini dapat dikesan dimana kebanyakkan guru mengajar mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains dan Bahasa Inggeris. Situasi ini akan memberi peluang kepada guru untuk lebih memfokuskan mata pelajaran lain.

Melalui analisis yang dijalankan berdasarkan dapatan yang dikumpulkan dan direkod menunjukkan perlaksanaan mata pelajaran ini disekolah boleh ditingkatkan dengan peluang-peluang yang baik yang dikenalpasti. PIBG memberikan sokongan yang kuat dan mantap dalam aktiviti dan program yang dilaksanakan untuk murid-murid Pendidikan Moral. Usaha daripada pihak PIBG boleh membantu dari segi kos melaksanakan program. Pihak PIBG sekolah ini telah bersetuju memberikan sumbangan hadiah bagi program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Moral. Hubungan yang erat antara pihak PIBG dan sekolah dapat membantu untuk meningkatkan motivasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Pendidik Moral.

(20)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 20

Membentuk personaliti diri untuk menjadi seorang yang berilmu, bersahsiah baik, bertanggungjawab pada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Perlaksanaan mata pelajaran di sekolah ini dengan program yang dilaksanakan di dalam dan luar bilik darjah mampu untuk membentuk keperibadian murid-murid. Ini adalah peluang terbaik untuk guru dalam mencapai hasrat itu. Hubungan baik dengan komuniti setempat seperti ketua kampung, pertubuhan belia, NGO, Jabatan Kerajaan dan sektor korporat. Pihak sekolah menjainkan hubungan yang baik dengan komuniti setempat telah membantu pihak sekolah dalam mendapatkan kerjasama tenaga, kepakaran dan kewangan.

Guru-guru baru boleh mendapat ilmu dan pengalaman dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Guru –guru bukan opsyen bepeluang mendapat pengalaman dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengalaman adalah penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Terdapat ancaman yang boleh memberikan kesan dari segi aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini telah dikenalpasti. Ibu bapa tidak prihatin dengan keperluan pelajaran anak merupakan ancaman yang utama dalam merealisasikan harsat dan matlamat utama mata pelajaran Pendidikan Moral. Ibu bapa yang tidak mengambil berat mengenai keperluan anak mereka akan memberikan kesan negatif kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Pengaruh media masa dan media cetak terhadap murid-murid dalam merealisasikan matlamat mata pelajaran Pendidikan Moral. Media massa yang tidak menapis bahan yang dimuatkan dalam surat khabar dan televisyen serta internet akan memberikan kesan yang negetif terhadap pemikiran murid-murid dalam kehidupan mereka. Pengaruh negetif yang meresapi mereka akan menimbulkan masalah disekolah serterusnya terhadap mata pelajaran khususnya Pendidikan Moral.

Kekangan masa guru mata pelajaran Pendidikan Moral akan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Dari maklumat yang diperolehi melalui fail panitia menunjukkan kebanyak guru Pendidikkan Moral

(21)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 21

memegang jawatan penting sekolah. Memegang jawatan penting akan mengakibatkan kesibukkan dalam masa. Faktor ini akan mengakibatkan murid guru kurang persediaan sebelum masuk ke dalam bilik darjah untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

Ancaman melalui penggunaan jadual waktu anjal akan menjadikan mata pelajaran ini di jadikan mangsa dalam usaha guru mata pelajaran UPSR untuk masuk menggantikan waktu Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Tindakan pihak pentadbiran sekolah ini yang melaksanakan jadual waktu anjal akan menggangu guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

Ancaman kepada pengurusan mata pelajaran pengurusan mata pelajaran Pendidikan Moral disebabkan kemunculan banyak kafe siber dan hyper market banyak di sekitar kawasan sekolah. Diantaranya hypermarket yang berdekatan adalah Jusco, Giant, Tesco dan The Store. Kemudahan melayari internet seperti kafe siber telah sedikit sebanyak memberikan kesan kepada mata pelajaran Pendidikan Morah di sekolah ini. Kawalam ibu bapa terhadap murid-murid penting untuk memastikan tujuan mereka mengunjungi hypermarket dan melayari internet untuk menggelakan kesan yang negetif dari berlaku.

Sikap ibu bapa yang menjadikan sekolah sebagai tempat asuhan anak- anak. Sikap ibu bapa yang berspektif tidak positif yang mengganggap sekolah hanya tempat untuk membantu mereka untuk pergi mencari rezeki( bekerja) dengan menjadikan sekolah sebagai tempat asuhan akan membantutkan usaha sekolah dalam memastikan murid-murid yang dihantar kesekolah mendapat ilmu dan nilai-nilai yang baik melalui pembentukkan sikap yang baik. Pemikiran ini merupakan ancaman daripada ibu bapa terhadap pengurusan yang baik bagi mata pelajaran Pendidikan Moral.

Teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral yang berbeza dengan mata pelajaran lain. Mata pelajaran ini lebih kepada aspek untuk membentuk nilai-nilai yang baik pada diri murid. Pendekatan seperti analisis nilai-nilai, pemupukkan nilai-nilai dan pertimbangan rasional boleh membantu untuk guru mencapai objektifnya. Ini menujukkan bukan sekadar pengetahuan tetapi kemahiran dalam menjalankan aktiviti adalah penting untuk memastikan perkembangan aspek kognitif, afektid dan

(22)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 22

psikomotor adalah seimbang. Sekiranya guru tidak menguasai kemahiran ini ia akan memberikan ancaman kepada mata pelajaran Pendidikan Moral.

Fail pengusan Panitia Pendidikan Moral yang tidak dikemaskinikan akan mendatangkan masalah yang serius dari aspek pengurusan. Fail panitia mata pelajaran Pendidikan Moral sekolah ini tidak di kemas kini daripada pelbagai aspek terutamanya maklumat dalam beberapa tahun sehingga pada tahun 2012. Ini memperlihatkan pengurusan fail ini mempunyai kekurangan dalam perlaksanaan dan maklumat yang terkini pejlanan mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah ini. Sebanyak 7 buah fail perlu untuk diusediakan dengan maklumat yang sentiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa. Kegagalan bertindak sedemikian akan mendatangkan memberikan ancaman kepada mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah ini. Ketua panitia perlu bertindak dengan jawatankuasa bagi memastikan fail sentiasa dikemaskinikan. Makalumat dalam fail adalah penting bagi ketua panitia untuk mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kekurangan dan kelemahan bagi tujuan penambahbaikan.

Murid-murid mata pelajaran Pendidikan Moral kebanyakkanya tidak menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Mengikut tinjauan yang dilakukan kebanyakkan murid-murid khususnya murid tahap satu masih kurang dalam menguasai Bahasa Melayu. Sebagai contoh 3 orang murid Pendidikan Moral adalah warganegara asing. Kesukaran dalam menguasai bahasa akan memberikan masalah dalam pemahaman semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah ini perlu ditingkatkan. Hasil maklumat yang telah dianalisis membuktikan terdapat kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang boleh diberikan perhatian bagi memastikan kelancaran aspek pengurusan mata pelajaran ini. Maklumat daripada SWOT yang dikenalpasti untuk dijadikan tindakan susulan dalam merancang pelan strategik pengurusan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah ini.

Antara langkah –langkah yang boleh diambil untuk tindakan bagi menggunakan segala kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman boleh digunakan dan diaplikasikan untuk tujuan memperbaiki pengurusan mata pelajaran ini di sekolah. Dengan menggunakan kaedah analisis SWOT ini ia akan membantu guru untuk

(23)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 23

memadankan antara kekuatan dan peluang, kelemahan dan peluang, kekuatan dan ancaman serta kelemahan dan ancaman. Padanan ini boleh membantu dalam pengurusan mata pelajaran dari pelbagai apsek yang khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

Dalaman

Luaran

Kekuatan (S)

( Item seperti di atas)

Kelemahan(W)

( Item seperti di atas)

Peluang (O)

(Item seperti di

atas)

(S) + (O)

Menggunakan kekuatan untuk merebut peluang yang ada.

( Item seperti di atas)

(W) +(O)

Menggunakan peluang untuk mengatasi kelemahan.

( Item seperti di atas)

Ancaman (T) ( Item seperti di

atas)

(S)+(T)

Menggunakan kekuatan untuk mengatasi ancaman

( Item seperti di atas)

(W)+(T)

Menggurangkan kelemahan dan menggelakan ancaman.

( Item seperti di atas)

(24)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 24

Jadual 1

Padanan dalam jadual 1 di atas akan membantu pengurusan mata pelajaran Pendidikan Moral dengan menggunakan segala kekuatan dan peluang yang ada untuk meningkatkan keberkesanan dalam aspek pengurusan mata pelajaran. Kelebihan analisis SWOT membantu pengurusan mata pelajaran Pendidikan Moral melakukan tindakan susulan dalam memastikan kelancaran bukan sahaja aspek pengurusan tetapi pencapaian mata pelajaran itu sendiri dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.

(25)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 25

2 – 15 Julai 2012

MENILAI MURID DENGAN MENGGUNAKAN PENILAIAN TIDAK FORMAL BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Oleh Hazly bin Hamzah, SK Taman Molek Johor Bahru Abstrak

Kajian ini bertujuan menilai murid bagi mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah menggunakan penilaian secara tak formal. Kajian ini merupakan satu kajian kes berbentuk tinjauan deskriptif. Subjek kajian merupakan seorang murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah di sekolah. Dapatan dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, temubual, skala pemeringkatan, senarai semak, soal selidik dan rekod anekdot.

Instrumen-instrumen yang telah dibina bertujuan memperolehi maklumat dan data untuk dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian akan menunjukkan pencapaian murid yang dipilih berkaitan domain afektif iaitu melibatkan sikap, sahsiah dan emosi. Ia juga dilihat dapat memberikan keputusan yang menyeluruh dalam membuat penilaian tahap pencapaian bagi mata pelajaran Pendidikan Moral.

Kepelbagaian jenis situasi dan borang penilaian boleh membantu dalam merekod dan mengesan mengenai tingkah laku murid yang telah diperhatikan. Pada keseluruhannya, murid yang dipilih sebagai subjek boleh dinilai mengikut item-item sesuai. Hasil daripada dapatan kajian dapat membantu pengkaji dalam merungkai punca-punca, kaedah yang yang sesuai untuk mengatasinya dan tindakan susulan yang membantu untuk menyelesaikan tujuan kajian itu sendiri.

(26)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 26

Penilaian ialah satu proses menilai perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum,semasa dan selepas pengajaran. Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan,dan pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran,menganalisis maklumat pentaksiran,melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran,guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek,rohani,emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

Tujuan atau objektif penaksiran dan penilaian haruslah difahami dengan jelas oleh guru dapat memastikan bentuk penialian yang wajar digunakan. Secara umumnya, Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian bertujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat diagnosis masalah dalam pengajaran dan pembelajaran, membantu membuat keputusan berkaitan pengajaran dan pembelajaran serta menjadi asas dalam menilai perkembangan murid di sekolah secara keseluruhan aspek iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

Menurut Rohaty dan Abu Bakar( 1989), penilaian adalah satu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan iuntuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan mengenai pencapaian murid. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu merancang, melaksanakan pentaksiran dan merekod maklumat.

2.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti, merancang, melaksana dan membuat laporan kaedah yang sesuai secara tak formal untuk menilai murid mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah.

(27)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 27

3.1 Merancang cara penilaian yang sesuai bagi seorang murid Pendidikan Moral 3.2 Membina instrumen-instrumen penilaian tak formal untuk mata pelajaran Pendidikan Moral.

3.3 Melaksanakan pemerhatian dengan menggunakan kaedah yang dipilih untuk penilaian.

3.4 Membuat analisis data daripada maklumat instrument-instrumen yang dipilih untuk penialian.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian dijalankan untuk menjelaskan persoalan ”Bagaimana menilai seorang murid dengan menggunakan penilaian tak formal dari sudut mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah". Adakah penilaian secara tak formal boleh membantu untuk mengukur pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.

5.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan dijalankan dengan kaedah kajian kes. Ia dipilih berdasarkan kepada keinginan untuk memahami dengan mendalam (Yin, 2003) serta ingin mendapat gambaran jelas (Marohaini, 2004) berkaitan penggunaan penilaian tak formal murid mata pelajaran Pendidikan Moral. Dalam usaha menjadikan fenomena kajian lebih bermakna, kajian dijalankan Sekolah Kebangsaan Taman Molek, Johor Bahru. Pemilihan sampel kajian adalah daripada murid sekolah ini bagi memudahkan penilaian tak formal dilakukan. Sampel kajian adalah merupakan subjek penting dalam penilaian instrumen-instrumen yang telah dibina. Jangka waktu yang diambil untuk mengumpul maklumat selama dua minggu berasaskan andaian bahawa penyelidik mahu kajian kes ini mempunyai jangka masa waktu untuk membuat penerokaan, mengetahui, memahami dan meningkatkan kredibiliti dapatan kajian.

6.0 INSTRUMEN PENILAIAN TAK FORMAL YANG DIPILIH

Penilaian Tidak Formal

Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil murid dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan subjek yang dipilih. Ia tidak

(28)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 28

seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan perkembangan murid.

Pemerhatian

Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru berpandukan kelebihan dan kelemahan subjek boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.

Senarai Semak

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas.

Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal.

Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan senarai semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan mudah. Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat “flashback”. Selain itu, dengan menggunakan senarai semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa.

(29)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 29

Kelemahan penggunaan senarai semak adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen senarai semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh subjek sahaja. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah ditonjolkan oleh murid-murid.

Skala Pemeringkatan

Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya „ atau `Tidak‟ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan dia tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut. Pengaruh kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menonjol.

Rekod Anekdot

Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti. Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif. Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan.

Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot

(30)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 30

ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku.

Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif.

Dalam Rekod Anekdot,maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan tingkah laku murid.

Temu Bual

Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral.

Satu lagi Instrumen kajian telah digunakan dalam kajian tindakan ini ialah temubual.Temubual melibatkan pertemuan pengkaji dengan responden untuk tujuan mendapatkanmaklumat. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, pengkaji perlu menyediakan alatkajian. Alat kajian itu adalah terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh pengkajidan diajukan serta dijawab secara lisan. Temubual terbahagi kepada tiga jenis iaituTemubual berstruktur (Structured Interviews), tidak berstruktur (Unstructured Interviews) dan semi berstruktur (Semi-Structured Interviews).

Temubual berstruktur merupakan teknik soal jawab mengikut soalan yang menjurus kepada topik yang spesifik.Manakala temubual tidak berstruktur lebih kepada penerokaan idea dan soalan-soalanterbuka dikemukakan kepada responden. Temubual semi berstruktur merupakangabungan antara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur.

Kelebihan menggunakan instrumen temubual untuk mendapatkan maklumat ialahmemberi peluang kepada responden mengemukakan idea atau pendapat

(31)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 31

mereka secaraspontan dan bebas. Membenarkan pengkaji meneroka secara mendalam dan memberi peluang kepada responden untuk memberi penjelasan yang tepat kepada persoalan yangdikemukakan. Data boleh dikumpulkan dalam bentuk audio ataupun dalam bentuk visual.Temubual ini menjadi alternatif kepada responden yang tidak berminat untuk berkongsi idea melalui penulisan.

Kelemahan menggunakan temubual ialah penggunaan masa yang lama untuk mengumpul maklumat. Kelemahan dalam menetapkan piawaian soalan yang dikemukakan.Memerlukan penelitian dalam menganalisa maklumat daripada pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang berguna. Sukar untuk membuat penilaian kerana faktor seperti temubual mungkin dipengaruhi oleh emosi mengakibatkan gangguan dalam mendapatkan maklumat yang tepat.

Soal Selidik

Soal selidik merupakan kaedah lazim yang dilaksanakan oleh penyelidik bagi mendapatkan sesuatu maklum balas mengenai kajiannya. Menurut Baharuddin et al. (2002), soal selidik merupakan kaedah yang berkesan dan menyediakan maklumat dalam bentuk kuantitatif daripada sesuatu kaji selidik yang lebih umum. Ringkasan data secara kuantitatif boleh dilihat sebagai pendapat umum, juga sebagai kesan daripada sistem yang digunakan. Menurut Lu (2004), nilai sesuatu maklumat yang diperolehi daripada proses soal selidik bergantung kepada betapa sempurnanya sesuatu soal selidik tersebut direkabentuk. Soalan-soalan yang dikemukakan seharusnya tepat dan tidak pula mengarah kepada pemberian jawapan yang pelbagai sehingga sukar dianalisis.

Menurut Oppenheim (1996) dalam penulisan Mohd Najib (1999), soal selidik selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan, selain daripada keterangan latar belakang. Melalui soal selidik juga kita ingin mengetahui sikap, dan pandangan subjek mengenai perisian yang digunakan kerana perasaan seseorang boleh mempengaruhi tingkah laku mereka. Kita boleh membuat pembaikan semula berdasarkan kecenderungan dalam sesuatu perkara. Kandungan Soal Selidik

(32)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 32

Bahagian A

Bahagian A mengandungi maklumat ringkas peribadi responden. Maklumat ini terdiridaripada Jantina dan tingkatan.

Bahagian B

Bahagian B mengandungi butiran soalan-soalan soal selidik. Dalam soalan soal selidik ini, soalan ini dirangka untuk memenuhi 3 kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria pertama ialah untuk mengetahui sikap yang menunjukkan tingkah laku dan tindakan murid apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang memerlukan pertimbangan moral murid-murid.

8.0 PRINSIP PENILAIAN TAK FORMAL

James H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil.

Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip penaksiran dan penilaian. Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian seharusnya dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah selari dengan sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri iaitu perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Oleh itu, guru tidak seharusnya menjalankan proses penaksiran dan penilaian hanya sekali atau dua sahaja. Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus (James H. McMillan).

Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Prinsip ini adalah menepati langkah melaksanakan penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah proses merancang, langkah kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang

(33)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 33

ketiga adalah merekod maklumat ke dalam instrumen penaksiran dan penilaian yang bersesuaian dengan aspek perkembangan yang ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod Berterusan dapat digunakan untuk merekod perkembangan fizikal kanak-kanak. Senarai Semak pula merupakan instrumen yang terbaik digunakan kerana ianya mudah dan praktikal untuk dikendalikan di samping banyak kemahiran-kemahiran lain yang boleh dimasukkan secara serentak.

Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran. Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak. seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami proses pembelajaran. Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak hanya seperti sebuah lakonan. Jadi penilaian ini dilakukan secara telus. Prinsip yang terakhir pula adalah proses penaksiran dan penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan kesasihannya.

9.0 MASALAH-MASALAH DALAM PENILAIAN TAK FORMAL

Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah.

Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka penilaian terhadapnya sering menghadapi masalah.

Terdapat beberapa masalah yang berlaku dalam pembinaan instrument dan item pentaksiran dalam Pendidikan Moral. Antara masalah tersebut adalah, sesetengah guruPendidikan Moral tidak mengetahui apakah instrumen dan item pentaksiran dalam Pendidikan Moral. Selain itu juga, guru-guru yang mengetahui tentang instrument dan item pentaksirandalam Pendidikan Moral tidak mengetahui cara-cara untuk melakukan item pentaksiran ini

Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif

(34)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 34

Situasi: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Tajuk yang disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Murid-murid didapati menyimpan kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua.

Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong dan membersihkan kuku mereka?

Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang

Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot).

Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif

Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui

Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi

Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang amat sukar dinilai Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Ini menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang. Tetapi adakah pemandu ini seorang yang bermoral atau pun kerana beliau takut didenda RM300.00?

9.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan Kajian dibentangkan mengikut penggunaan instrumen penilaian tak formal murid mata pelajaran Pendidikan Moral. Dapatan dibincangkan satu persatu untuk memperkayakan kefahaman atas tujuan memahami fenomena penilaian tak formal untuk murid mata pelajaran Pendidikan Moral.

10.0 LATAR BELAKANG

10.1 Latar Belakang Sekolah

(35)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 35

Sekolah Kebangsaan Taman Molek yang terletak di negeri Johor di dalam daerah Johor Bahru telah mula beroperasi pada tahun 2000. Bilangan murid pada tahun 2012 seramai 1890 orang. Sekolah ini mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi untuk murid-murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 manakala sesi petang untuk murid tahun 1, tahun 2 dan tahun 3.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Molek sekarang ialah Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin . Murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu berbangsa Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban serta lain-lain. Jumlah murid-murid yang mengikuti kelas Pendidikan Moral seramai 53 orang.

Sekolah sudah pasti mempunyai peraturan dan garis panduan dirancang dan didokumen bagi memastikan operasi dapat dijalankan mengikut panduan yang telah ditetapkan. Maka Sekolah Kebangsaan Taman Molek telah merangka beberapa peraturan dan garis panduan kepada murid melalui Buku Peraturan Sekolah agar murid-murid dapat bersekolah dengan lebih selesa dan berkesan. Terdapat beberapa peraturan dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh murid Sekolah Kebangsaan Taman Molek, Johor Bahru.

10. 2 Latar Belakang Murid

(36)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 36

Nama : Pavitdren a/l Samy

Tempat lahir : Johor Bahru, Johor

Umur : 12 Tahun

Bangsa : India

Agama : Hindu

Bilangan adik-beradik : 5 Orang

Nama bapa : Samy a/l Karthiven

Pekerjaan bapa : Tukang cuci kereta

Nama ibu : Letchumi a/p Garnesh

Pekerjaan ibu : Pekerja kilang No Surat Beranak : 000415-01-0937

Latar belakang murid ini diperolehi melalui temubual bersama guru kelasnya , Cik Balyah binti Hussin . Murid ini perwatakannya seperti murid yang lain tetapi Pavitdren a/l Sam agak aktif di luar kelas dan di dalam kelas.

Subjek tinggal di kawasan perumahan berhampiran sekolah iaitu Taman Desa Harmoni. Pengangkutan yang digunakan untuk ke sekolah menggunakan bas sekolah. Ayahnya bekerja sebagai pencuci kereta dengan purata gaji bulan sebanyak RM 1000.00 sebulan manakala ibunya iaitu Puan Lectcumi A/P Garnesh bekerja sebagai operator kilang. Subjek mempunyai seorang abang yang berada di tingkatan 5 dan dua orang adik perempuan yang masih belum bersekolah.

Pencapaian akademik yang diambil daripada peperiksaan setengah tahun menunjukkan murid ini termasuk dalam murid-murid yang sederhana. Ini dapat dilihat berdasarkan buku penyata yang dianalisis. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ( Pemahaman ) subjek mendapat markah sebanyak 52 %, Bahasa Melayu ( Penulisan ) 42 %, Bahasa Inggeris 35 %, Sains 28 % dan Matematik 38 %. Pencapaian bagi mata pelajaran Pendidikan Moral subjek memperolehi gred B dengan markah 70 %.

Kehadiran murid ini sehingga bulan Jun menunjukkan peratus yang kurang memberansangkan iaitu 75 % atau 25 hari ketidakhadiran ke sekolah. Kehadiran

(37)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 37

ke kelas tambahan juga menunjukkan peratusan yang kurang iaitu sekitar 50 % sahaja. Kehadiran ke aktiviti kokurikulum menunjukkan prestasi yang agak membanggakan iaitu 80 %.

Pavidren a/l Sam mempunyai cita- cita untuk menjadi seorang anggota polis pada masa hadapan. Melalui temubual bersama subjek beliau mengatakan mahu menjadi anggota polis kerana keinginan menjaga negara dari penjenayah dan memastikan keharmonian dan keamanan masyarakat.

Pavitdren a/l Sam merupakan murid dari keluarga yang susah dan ibu bapanya terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan mereka. Pavitdren merupakan murid yang kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapanya. Pavitdren termasuk dalam keluarga yang ibu bapanya sering terlibat dengan pergaduhan akibat kerap berselisihan faham.

11.0 DAPATAN MELALUI INSTRUMEN PENILAIAN TIDAK FORMAL TERHADAP SUBJEK.

Bagi menyelesaikan kajian kes yang dibuat, beberapa kaedah telah dihuraikan diaplikasikan dalam mendapatkan maklumat dan data yang diperolehi. Pemilihan instrument mempunyai gambaran yang jelas dan kesahihan yang tepat mengenai maklumat yang diperolehi. Instrumen yang dipilih berserta dapatan adalah seperti berikut:

11.1 Pemerhatian

Pemerhatian telah dijalankan terhadap subjek ini setiap hari selama dua minggu dan maklumat dicatatkan sebagai rekod untuk dianalisis. Analisis daripada pemerhatian yang dilakukan bersama guru kelas dan guru mata pelajaran Sains mendapati subjek iaitu Pavitdren a/l Sam telah menonjolkan kekuatan dan kelemahan dalam tingkah laku semasa berada di dalam dan di luar kelas. Rumusannya adalah subjek telah melakukan beberapa perkara yang positif dan negetif dari segi tingkah laku., sikap dan pengurusan disiplin diri.

(38)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 38

Perhimpunan harian pada waktu pagi Waktu rehat murid tahun 6

Perhimpunan mingguan sekolah Pejalanan pulang ke sekolah

Membeli makanan pada waktu rehat Bilik darjjah

(39)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 39

Borang Pemerhatian

Nama Murid : Pavitdren a/l Sam Kelas : 6 Bijak Waktu rehat murid tahun 6 Program motivasi UPSR

Keluar tanpa kebenaran Pengawas merekodkan murid lewat

(40)

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 40

Bil Tarikh/Hari Tingkah Laku Positif Tingkah Laku Negetif

1 2.7.2012 (Isnin)

1. Senyap ketika guru mengajar mata pelajaran Sains.

2. Membantu guru menyusun kerusi

3. Beratur semasa perjalanan ke kantin pada waktu rehat. 4. Memakai pakaian seragam yang bersih, kemas dan lengkap

1. Bermain di bilik darjah 2. Lewat hadir ke sekolah 3. Berbual di dataran semasa perhimpuanan berlangsung. 4. Menendang sampah

2 3.7.2012 (Selasa)

1. Menolong guru mengangkat buku.

2. Mengutip sampah

1. Tidak memakai lencana 2. Menolak rakan semasa beratur naik ke kelas pada waktu pagi.

3 4.7.2012 (Rabu)

1. Senyap semasa tiada guru di dalam bilik darjah.

2. Beratur ketika membeli makanan dikantin.

3. Makan dengan sopan

4. Memberikan salam kepada guru.

5. Memakai pakaian seragam yang lengkap.

1. Bermain bola dikawasan kantin dengan bising.

2. Memanjat meja pada waktu pagi sebelum loceng dibunyikan

3.Tidak menyiapkan kerja sekolah mata pelajaran Matematik.

Referensi

Dokumen terkait

Pendidikan merupakan proses mengubah sikap dan tingkah laku seseorang atau sekelompok orang yang dilaksanakan melalui pengajaran dan pelatihan dalam proses pendidikan. Pengajaran

Data daripada temu bual tentang pengalaman usahawan tersebut mendedahkan konsep kesediaan keusahawanan yang terdiri daripada dua kategori utama iaitu kemahuan dan kebolehan..

Walaupun begitu, hasil temu bual mendapati usahawan tani yang dikaji mengakui bahawa amalan pengurusan pemasaran mereka masih di tahap yang lemah manakala hasil pemerhatian

Kaedah temu bual digunakan kerana pengkaji dapat meneroka pengalaman sebenar bersifat individu dan peribadi yang telah dilalui oleh ibu bapa, dan cuba memahami makna yang

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar berkeupayaan rendah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian.

Pembahasan ini meliputi Pengertian dan Saling Keterkaitan Antara Nilai, Moral, dan Sikap serta Pengaruhnya terhadap Tingkah Laku, Karakteristik Nilai, Moral, dan Sikap

Hasil kajian mendapati, sikap pelajar untuk melakukan aktiviti fizikal dan senaman adalah berkait rapat dengan tingkah laku pemakanan, batasan pengetahuan terhadap senaman dan

FAKTOR PERSEPSI KAWALAN TINGKAH LAKU KE ATAS NIAT DAN TINGKAH LAKU PENERIMAAN E-DAGANG Selain daripada faktor sikap dan norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku juga merupakan