• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bagaimanakah tumpuan Pavitdren semasa guru mengajar?

Dalam dokumen Analisis Swot Dan Kajian Kes (Halaman 66-70)

Jawapan : Saya berikan tumpuan cikgu tetapi kadang-kadang rakan saya ganggu dan mengajak berbual.

Soalan 6 : Adakah tindakan Pavitdren menganggu guru yang sedang mengajar. Apakah tindakan guru sekiranya melihat Pavitdren sedang berbual?

Jawapan : ya ganggu cikgu sedang mengajar. Guru akan memarahi saya dan rakan.

Soalan 7 : Apakah mata pelajaran yang diminat oleh Pavitdren. Kenapa?

Jawapan : Matematik dan Pendidikan Moral. Saya suka matematik kerana suka mengira dan Pendidikan Moral kerana banyak aktiviti dalam dan luar kelas oleh guru.

Soalan 8 : Adakah Pavitdren sayang kepada rakan, guru dan keluarga. Mengapa?

Jawapan : Sayanglah cikgu kawan boleh saya main-main, guru boleh ajar saya dan keluarga yang jaga saya.

Soalan 9 : Adakah Pavitdren sayang kepada rakan, guru dan keluarga. Mengapa?

Jawapan : Sayanglah cikgu kawan boleh saya main-main, guru boleh ajar saya dan keluarga yang jaga saya.

Soalan 10 : Apakah kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan oleh Pavitdren pada tahun ini ?

Jawapan : Pertama, tidak hadir ke sekolah tanpa sebab beberapa hari dengan membohongi ibu bapa dengan memberikan alasan sakit. Kedua Kedua, sering tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Ketiga bermain di dalam kelas semasa ketiadaan guru. Keempat adalah keluar kelas tanpa kebenaran guru semasa guru tiada dalam bilik darjah.

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 67

Sesi temu bual ini berjalan selepas pada waktu rehat. Saya telah menemubual subjek ini dan bertanyakan berkenaan dengan latar belakang murid ini. Subjek telah menjawab beberapa soalan berkaitan dengan butir-butir peribadi seperti nama penuh, tempat tinggal, tarikh lahir, tempat lahir, pelajaran dan keluarga dengan baik sekali.

Subjek menunjukkan perasaan gementar pada permulaan temu bual namun dengan pengalaman dan teknik yang betul semasa sesi temu bual dijalankan subjek kelihatan lebih selesa untuk menjawab beberapa soalan. Subjek telah dibantu bagi mendapatkan maklumat diperlukan dan telus. Subjek menenujukkan keberanian sebagai seorang murid dalam memberikan jawapan. Ini merupakan nilai yang baik ditonjolkan oleh subjek.

Subjek telah bertindak balas secara positif mengenai perkara dan soalan yang diajukan. Subjek menyatakan bahawa beliau amat lemah dan agak sukar untuk menguasai sesuatu mata pelajaran yang diajarkan oleh guru. Subjek juga menunjukkan nilai iaitu berhemah tinggi dengan mengakui kelemahan dirinya.

Subjek juga menyatakan bahawa keluarganya tidak mampu menghantarnya ke kelas tuisyen kerana tidak mampu untuk membiayai kosnya. Subjek dapat memikir secara rasional mengapa beliau tidak ke pusat tuisyen kerana ibu bapanya tidak berkemampuan.

Subjek memberikan alasan tidak memberikan tumpuan di dalam kelas adalah disebabkan rakan-rakan yang sering mengacau dan mengajaknya berbual dan bermain semasa berada di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah.

Subjek juga bersedia untuk berkongsi beberapa tingkah laku dan tindakannya yang menyalahi peraturan sekolah yang pernah dilakukan. Ini menunjukkan subjek bersedia dalam berkongsi sesuatu perkara secar jujur.

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 68

Subjek juga tidak keberatan untuk bercerita mengenai keluarganya. Subjek juga ada menyatakan bahawa beliau amat menyayangi keluarganya. Ini menunjukkan subjek amat menyanyangi ibu bapa dan adik beradiknya. Namun begitu kesibukan ibu bapa bekerja menyebabkan beliau merasakan ibu bapanya tidak mengambil berat tentang dirinya dan pelajaran di sekolah. Ini menunjukkan subjek telah bertindak jujur untuk menceritakan mengenai keluarganya dan berfikiran rasional iaitu ibu bapanya sibuk dengan pekerjaan yang menyebabkan mereka tidak mengambil berat mengenai dirinya.

Subjek juga bersedia untuk berkongsi cerita mengenai keadaan keluarganya dimana ia mengatakan ibu bapanya sering berselisihan faham dan tercetus pergaduhan. Ini dapat menunjukkan bahawa subjek termasuk dalam keluarga yang bermasalah. Keharmonian keluarga adalah aspek penting dalam memastikan perkembangan yang baik terhadap tingkah laku.

Temu bual seterusnya adalah berkaitan dengan harapan daripada subjek. Subjek berharap dapat memimiliki sebuah keluarga yang harmoni dengan penuh kasih sayang antara ahli keluarga terjalin. Ini menunjukkan harapan yang besar untuk memiliki sebuah keluarga harmoni dan menyanyanginya.

Subjek juga mempunyai harapan untuk berjaya dalam pelajaran dengan belajar bersungguh-sungguh. Subjek akan menberikan tumpuan dalam pengajaran guru, menyiapkan kerja rumah dan mengulangi pelajaran.

11.6.2 Temu bual Bersama Guru Disiplin En. Zulkifli bin Long.

Temu bual bersama guru disiplin iaitu En. Zulkifli bin Long telah berjalan di Bilik Disiplin Sekolah Kebangsaan Taman Molek, Johor Bahru. Soalan temu bual telah di bina dengan tujuan seberapa banyak maklumat dapat diperolehi untuk membantu mendapatkan maklumat berkaitan disiplin subjek.

Menurut En. Zulkifli bin Long, Pavitdren a/l Sam merupakan seorang murid yang bukan bermasalah disiplin yang tegar. Subjek ada beberapa kali telah dipanggil untuk bertemunya atas beberapa kes. Diantaranya kes yang telah dirujuk kepadanya pertama, bergaduh di dalam bilik darjah dengan rakan sekelas. Peristiwa itu berlaku

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 69

semasa ketiadaan guru di dalam kelas. Sebab terjadi pergaduhan adalah beliau dituduh menyembunyikan alat tulis rakan di luar kelas. Tuduhan itu telah menyebabkan pergaduhan berlaku dan kes itu telah disiasat dan keputusannya bukanlah subjek seorang yang terlibat tetapi melibatkan rakan lain dan beliau hanyalah mengikuti rakan lain menyembunyikan alat tulis rakannya.

Kedua mengikut En. Zulkifli bin Long subjek pernah dihantar kepadanya oleh guru kelas disebabkan sikapnya yang suka menggangu rakan sekelas. Mengikut guru kelas oleh En. Zulkifli bin Long subjek sering menganggu rakannya semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Beberapa tindakannya menyebabkan kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran dimana guru terpaksa memberhentikan pengajaran dan pembelajaran setiap kali masalah timbul.

Ketiga, Subjek beberapa kali telah ditegur mengenai pakaian seragam sekolah yang tidak lengkap seperti tidak memakai tali leher, lencana, stokin dan kasut yang kotor. Namun mengikut En. Zulkifli bin Long subjek menampakkan sedikit perubahan apabila diberikan nasihat mengenai cara pemakaian yang betul dan kemas.

Mengikut En. Zulkifli bin Long lagi subjek walaupun beberapa kali telah dirujuk kepada beliau atas kesalahan disiplin yang berbeza namun menunjukkan tingkahlaku yang positif. Subjek dilihat bersedia menerima teguran dan bercakap benar mengenai sesuatu perkara semasa prosedur mengenai sesuatu kes dilaksanakan.

Maklumat hasil daripada temu bual bersama En. Zulkifli bin Long sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat yang sangat diperlukan proses menyelesaikan kajian kes ini. Rumusannya subjek iaitu Pavitdren a/l Sam telah beberapa kali dirujuk kepada Jawatankuasa disiplin berkaitan beberapa kes yang yang melibatkan perlanggar peraturan sekolah. Ini dapatlah dijadikan sampel dalam membuat penialian secara tidak formal mengenai subjek berkaitan mata pelajaran Pendidikan Moral.

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 70

Satu sesi temu bual telah dijalankan bersama Cik Balyah binti Hussin yang merupakan guru kelas kepada subjek iaitu Pavitdren a/l Sam. Temubual bagi melihat sejauh mana peralkuan, sikap dan perasaan subjek ini di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlansung.

Soalan 1 : Adakah murid ini mempunyai masalah dalam pembelajaran di dalam bilik

Dalam dokumen Analisis Swot Dan Kajian Kes (Halaman 66-70)

Dokumen terkait