SEMUANYA bermula dengan tidak disedari oleh Mat Akir. Kegemarannya belajar ilmu-ilmu kebatinan tidak ada batasan. Disamping itu dia juga belajar ilmu pengasih supaya dirinya sentiasa dipandang kasih oleh siapa saja.
Satu ketika sewaktu dia memasang rawai di sungai jauh ke hulu sedikit, dia tercium bau wangi. Kemudian terpandang olehnya seorang gadis berjuntai kaki ke air, duduk di atas perdu pokok kelepung. Gadis itu sungguh cantik, kulitnya putih, hidungnya mancung, giginya putih bersih, matanya bulat, rambutnya ikal mayang, dan mukanya bujur sirih.
Pada mulanya Mat Akir tidak mahu menghiraukan sangat gadis tersebut. Dia mengesyaki juga sesuatu, kerana selama ini dia
belum pernah melihatnya. Walau bagaimanapun dia cuba melarikan diri dari gadis berkenaan, namun hatinya bagai diruntun-runtun supaya mendekatinya.
Akhirnya dia memberanikan hati menegur gadis tersebut. Dia bersedia menghadapi apa saja risiko, kerana ilmu di dadanya sudah cukup dibekalkan.
tegur Mat Akir tersenyum.
awak memasang rawai, sebab itu saya tak jadi
jawabnya perlahan. menduga.
gadis itu tidak lepas mengerling kearah Mat Akir. Mat Akir terus memasang rawai, sementara gadis berkenaan duduk juga berjuntai kaki ke air. Kakinya dihayun-hayun ke dalam air hingga menampakkan betisnya yang putih melepak.
Hari itu Mat Akir banyak mendapat ikan. Mahu juga hatinya mengendap di mana rumah gadis tersebut. Tetapi didapatinya kawasan itu penuh dengan belukar teberau. Tidak ada lorong orang turun ke air, atau menunjukkan adanya terdapat rumah di situ.
Apabila balik ke rumah Mat Akir tidak dapat melupakan gadis yang dilihatnya di sungai itu. Ilmu pengasihnya selama ini sudah tidak memberi kesan lagi kepadanya. Sepatutnya gaids itu yang selalu terkenang-kenangkan dia bila malam menjelang. Sebaliknya dia sendiri tidak dapat mententeramkan hatinya.
Esok pagi-pagi lagi dia sudah membawa rawai ke sungai. Dia menuju ke tempat dia bertemu gadis itu semalamnya. Lama dia menunggu di situ sehingga matahari terbit
153 segalah, barulah kelihatan gadis berkenaan datang untuk mandi.
Dari pertemuan itu teruslah membibitkan perasaan cinta di antara dua makhluk itu. Masing-masing sudah berjanji tidak ada berpisah lagi. Rupa-rupanya ilmu pengasih yang ada pada Mat Akir masih berkesan. Sayangnya gadis itu tidak dapat menunjukkan dirinya di depan masyarakat umum.
sebab itulah aku rela menerima kau. Tetapi aku tak dapat menjelma di depan masyarakat kau, kerana kita makhluk yang berlain
lagi.
Mat Akir meluahkan perasaannya. bongsu memberi jaminan.
Tanya Mat Akir.
masanya Puteri Bungsu memeluk tubuh Mat Akir.
Sejak itu seringlah Mat Akit bertemu dengan Puteri Bungsu. Namanya juga sudah ditukar oleh Puteri Bungsu kepada Putera Ali. Pada Puteri Bungsu dia bukan lagi Mat Akir, tetapi Putera Ali.
Dalam masa pertemuannya dengan Puteri Bungsu inilah sikap Mat Akir mula berubah. Dia tidak lagi suka bercampur dengan kawan-kawannya seperti Latip Debok, Sarip Uncoi dan anak-anak muda yang sebaya dengannya. Dia lebih suka ke hutan mencari manau, rotan atau damar seorang diri saja.
Orang-orang kampung juga merasa heran mengapa Mat Akir berubah sikap, tetapi mereka tidak lah mengesyaki apa-apa. Mereka percaya
kerana terlalu banyak menuntut ilmu kebatinan itulah sikapnya berubah.
Setiap kali Mat Akir balik dari hutan dia akan memperolehi banyak rotan, manau atau damar. Rezekinya juga boleh di kira sangat baik. Mak Teh tidaklah banyak soal jawabnya, kerana dia tahu Mat Akir seorang yang kuat bekerja. Kalau dia pergi merawai di sungai banyak ikan diperolehinya. Kadangkala Mak Teh sedekahkan pula pada jiran-jiran.
Semasa Mat Akir ke hutan mencari rotan, memang Puteri Bungsu menemankan dia. Hinggalah pada suatu hari Puteri Bungsu mengajak dia bertemu dengan ayahnya. Peluang yang ditunggu-tunggunya selama ini tidak dilepaskan oleh Mat Akir.
Puteri Bungsu membawanya ke satu tanah lapang yang dipenuhi oleh kabus memutih. Dia tidak dapat melihat dengan jelas di manakah dia berada. Dia hanya mengikut saja ke mana dibawa oleh Puteri Bungsu. Tiba-tiba saja dia sampai ke sebuah perkampungan yang indah. Orang-orang kampung yang melihat dia berjalan bersama Puteri Bungsu itu tercengang-cengang keheranan. Kampung itu belum pernah dilihat lagi oleh Mat Akir. Dia kemudiannya dibawa masuk ke sebuah rumah besar seperti istana. Jalan untuk sampai ke istana melalui kolam-kolam yang dipenuhi dengan teratai memutih.
Apabila masuk ke dalam dewan istana, Puteri Bungsu tiba-tiba menghilangkan diri. Tinggallah dia seorang tergegak di tengah dewan. Namun Mat Akir tidak merasa takut apa-apa. Sebagai seorang yang penuh ilmu di dada, memang Mat Akir bersedia menghadapi siapa saja musuhnya.
menegurnya kemudian muncul seorang lelaki berjanggut yang mendakwa dirinya penghulu bunian.
154 Mat Akir membongkok memberi hormat.
soalnya sambil meraba-raba parang di pinggang. Penghulu Bunian tersenyum dengan sikap
payah Putera Ali bertanya niat saya, kalau saya berniat jahat tak sampai Mat Akir terdiam. Terasa juga bimbang di hatinya kerana menunjukkan sikap demikian. Mana tahu kalau hasratnya mahu mengambil Puteri bungsu menjadi isteri akan ditolak, kalau dia bersikap kurang ajar terhadap Penghulu Bunian. Tetapi kalau dia menunjukkan sikap takut, tentu dirinya akan diperolok-olokkan pula.
Bila dilihatnya air muka penghulu Bunian yang jernih dia dapat memahami bahawa kedatangannya diterima dengan baik. Penghulu Bunian juga sudah mengetahui mengenai percintaannya dengan Puteri Bungsu.
Putera Ali mesti berjanji merahsiakan perkara ini dari pengetahuan masyarakat Putera Ali. Kita ini berlainan jasad. Putera Ali jasad kasar, kami Tanya Mat Akir tegas.
Puteri Bungsu, janganlah ceritakan perkara ini pada keluarga Putera Ali. Kalau dah nikah nanti, tak apalah. Sebab masa tu, Putera Ali sudah menjadi keluarga kami. Putera Ali tidak akan memandang tepat ke muka Mat Akir.
Akir. Dia memang sudah nekad untuk menikahi Puteri Bungsu sekalipun terpaksa berpisah dengan emaknya. Dia merasakan cintanya pada Puteri Bungsu sudah tidak dapat dipisahkan lagi oleh sesiapa pun.
Mat Akir bersedia menjadi keluarga masyarakat bunian untuk selama-lamanya.
Inilah janjinya pada Puteri Bungsu. Bagaimanapun Puteri Bungsu pernah memberitahu dia, kalau Mat Akir menjadi keluarga bunian dia di benarkan juga bertemu dengan keluarganya. Syaratnya dia tidak boleh memberitahu tentang perkahwinannya dengan orang bunian itu. Kalaudia melanggar syarat tersebut dia terpaksa memilih antara dua sama ada keluarganya atau pun Puteri Bungsu. Kalau dia memilih Puteri Bungsu, dia tidak akan dibenarkan lagi bertemu keluarganya untuk selama-lamanya.
juga dululah. Saya benarkanlah Putera Ali tinggal di sini semalam dua dulu, lepas tu bolehlah balik pada keluarga Putera Ali, dan berfikirlah
habis-kata Penghulu Bunian mengingatkan.
Sekonyong-konyong Penghulu Bunian itu ghaib dari pandangan Mat Akir. Kemudian dia dibawa oleh seorang perempuan tua ke sebuah bilik, katil tempat tidurnya dihiasai dengan lampu-lampu berbagai warna. Di situlah dia disuruh berihat.
Semuanya berlaku seperti dalam mimpi kepada Mat Akir. Tetapi dia yakin bahawa dirinya bermimpi. Dia dapat merasakan semua itu berlaku di hadapan matanya. Malah Mat Akir sudah merasakan dunia bunian itu tidak lagi asing kepadanya.
Dalam dia berfikir-fikir itu datanglah perempuan tua itu membawakan dia hidangan makanan yang lazat-lazat. Dengan tidak berfikir panjang Mat Akir memakannya dengan rakus. Dia tidak peduli lagi tentang cerita orang-orang tua bahawa makanan yang dihidangkan oleh orang bunian sebenarnya ialah cacing gelang-gelang dan tahi cacing itu.
Air minuman yang manis seperti serbat itu sebenarnya air dari kubang babi atau gaung di sekitar kawasan tersebut. Ketikaini Mat Akir
155 tidak pedulikan apa lagi. Dia terus menikmati makanan yang di hidangkan itu.
Setelahmakan perempan tua yang melayani dia pun mengemas-ngemaskan pinggan mangkuk, langsung ghaib dari pandangan mata. Walaupun Mat Akir mempunyai kelebihan ilmu kebatinan, tetapi dia semacam terpukau oleh keindahan di tempat bunian itu.
Oleh itu dia tidak pernah merasa dirinya di aniaya oleh bunian. Selalunya ilmu kebatinan itu digunakan untuk mempertahankan diri dari dianiaya oleh orang lain. Sebaliknya Mat Akir merasakan dirinya sentiasa dihormati oleh orang-orang bunian di situ.
Selepas makan datanglah Puteri Bungsu mengajaknya mandi dikolam. Mat Akir mengikut saja segala kemahuan Puteri Bungsu. Kasihnya kepada Puteri Bungsu benar-benar mendalam, bukan hanya godaan nafsu semata-mata.
Telah menjadi kelazimannya sesiapa yang benar-benar jujur dalam percintaannya, memang dapat diterima oleh orang bunian. Mengikut cerita orang tua-tua kelebihan orang-orang bunian ialah mereka dapat menilai kejujuran hati seseorang itu.
Tanya Puteri bungsu semasa mereka sama-sama mandi di kolam.
berlainan makhluk. Putera Ali dari jasad kasar, menduga hati Mat Akir.
Tanya Mat Akir.
bercampur sangsi kalau-kalau Mat Akir menolak.
sajalah kita tidak berpisah lagi, keranakalau tidak bertukar jasad saya bimbang Putera Ali akan kembali semula kepada keluarga Putera
h harapan.
Dia memang sudah nekat untuk tinggal bersama masyarakat bunian. Kasihnya pada Puteri Bungsu sudah tidak dapat dipisahkan oleh sesiapa pun. Dia rela jasadnya bertukar menjadi jasad halus yang tidak dapat dilihat lagi oleh orang-orang kampungnya.
Memang dia tahu wanita yang dicintainya itu bukan manusia biasa, tetapi makhluk yang hidup bernyawa juga. Apalah salah baginya kalaumencintai sesama makhluk. Sedangkan Puteri Bungsu juga mencintai dia.
Dia juga tahu adalah mustahil Puteri Bungsu menjelma menjadi jasad kasar sepertinya, kerana pantang larangnya terlalu banyak kalau dia menjelma ke alam nyata. Mat Akir memang tidak sanggup memenuhi pantang larang itu sekiranya Puteri Bungsu menjelma menjadi manusia biasa.
Kononnya mengikut petua gurunya, kalau orang bunian itu menjelma menjadi manusia biasa, adalah menjadi larangan kepadanya memakan benda-benda yang berdarah. Tidak boleh bertengkar, tidakboleh memarahinya, dan macam-macam lagi yang sukar diterima oleh manusia biasa.
Sebab itu dia lebih rela meninggalkan keluarganya dan jasad kasarnya untuk bersama-sama denganmasyarakat bunian.
Tanya Puteri Bungsu.
uteri Bungsu, kerana saya tidak menyanggupi memenuhi syarat-syarat kalau Puteri Bungsu mengikut Puteri Bungsu yang berkemban ditepikolam.
156 -benar mencintai saya, sebab itu saya juga benar-benar
menghantar Putera Ali balik dulu kepada keluarga Putera Ali, nanti bila sampai masanya kita akan dinikahkan, saya akan datang beri tahu.
Pada malamnya Mat Akir tidur seorang diri saja di dalam biliknya. Teringat juga pada dia bahawa kalau tidur di atas tilam bunian, biasanya tidur tidur di dalam kubang babi. Tapi Mat Akir tidak peduli. Dia tetap yakin dirinya dipelihara baik baik oleh orang bunian. Hanya orang-orang yang menganggap dirinya diperdaya oleh bunian saja akan menerima akibat demikian.
Memang Mat Akir sudah mengetahui cerita
menenai orang-orang yang pernah
disembunyikan oleh bunian. Bila mereka sedar semula mereka dapati makanan yang diberikan kepadanya hanya tahi cacing. Tempat tidurnya ialah kubang babi.
Mereka yang menerima nasib demikian, selalunya hati mereka tidak jujur. Niat mereka ialah untuk memperdayakan orang-orang bunian, sebaliknya mereka sendiri yang kena perdaya. Apabila mereka tergoda dengan gadis-gadis bunian yang cantik-cantik mereka bertujuan untuk merosakkannya. Sebab itulah mereka diperdayakan oleh bunian.
Tetapi pada Mat Akir hatinya ikhlas. Dia tidak bertujuan untuk menyakiti hati orang-orang bunian. Semenjak dia menuntut ilmu kebatinan hatinya sudah mula diruntun oleh perasaan cintakan gadis bunian. Oleh itu bila dia terpandangkan Puteri Bungsu, cintanya sudah mula bertunas.
Apa saja hadiah diberi oleh Puteri Bungsu kepadanya belum pernah bertukar rupa apabila dibawa balik ke rumah. Pernah orang
menyatakan kalau bunian memberi gelang atau barang-barang kemas, sebenarnya ialah lipan atau kala. Kalau memberi wang selalunya ialah daun-daun kering. Barang-barang itu akan bertukar rupa bila orang bunian itu ghaib.
Perkara seperti itu belum pernah terjadi pada Mat Akir. Hatinya tetap cinta sepenuh hati kepad Puteri Bungsu. Oleh itulah dia yakin bahawa Puteri Bungsu tidak memperdayakan dia.
Esoknya, pagi-pagi lagi Puteri Bungsu sudah mengejutkan dia dari tidur. Mereka sama-sama mandi di kolam. Selepas minum bersma-sama dengan Penghulu Bunian, dia pun meminta izin untuk balik ke kampungnya.
-Penghulu Bunian semasa mnereka makan. saya berterus terang, bahawa saya rela meninggalkan segala-galanya di kampung saya, Akir memberi pengakuan.
sebab itu kami menerimanya pun dengan jujur. Kami sedia menunggu ke
balasnya bercampur bangga.
Mat Akir memberi hormat apabila mahu
berangkat balik. Penghulu Bunian
menghantarnya sampai ke pintu pagar istana. Semasa keluar dari pintu pagar, Puteri Bungsu terus menghantarnya. Mereka melaui denai tetapi diselubungi oleh kabus tebal. Kelilingnya memutih tidak kelihatan pun pokok-pokok yang menghijau. Tempat itu terlalu asing pada Mat Akir.
Tanya Mat Akir memberanikan hatinya.
Puteri Bungsu tidak menyahut. Dia terus berjalan tidak menoleh kebelakang. Mat Akir mengikut saja dari belakang. Bimbang juga dia
157 Puteri Bungsu marah dengan pertanyaannya tadi. Maklumlah hati orang bunian mudah tersinggung, demikianlah yang diketahuinya melalui petua gurunya.
bimbang.
memegangnya, sama ada niat jahat atau niat sih pada Puteri Bungsu. Tetapi kalau Puteri Bungsu tidak Mat Akir perlahan.
Tiba-tiba Puteri Bungsu berhenti. Perlahan-lahan di berpaling ke belakang sambil menghulurkan tangannya. Mat Akhir pun menyambut tangan itu lalu dipimpinnya dengan penuh kasih sayang. Dia merasakan jari Puteri itu terlalu lembut bagaikan kapas.
supaya rahsiakan pertemuan kita ini dari pengetahuan
orang-sambil meminta tangannya di lepaskan.
kepala lalu melepaskan jari Puteri Bungsu dari genggamannya.
kasar. Kita b Bungsu.
Mat Akir mengangguk. Dia tidak bimbang kalau menjelma menjadi jasad halus seperti