• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tuk Awang Ngah Siri 81-100

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tuk Awang Ngah Siri 81-100"

Copied!
172
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

81 BABI JELMAAN BOLEH BERCAKAP M/S 1

82 RUSA DITOMBAK JADI MANUSIA M/S 7

83 BERENGGA MENGHURUNG TUBUH M/S 15

84 LANGSUIR MENYERBU JARING M/S 23

85 DIKELILINGI LEMBAGA HITAM M/S 31

86 JUBAH PUTIH DIHUTAN BAKAU M/S 40

87 SAKA HANTU TINGGI M/S 48

88 MELAWAN JIN LIMA SAHABAT M/S 59

89 POKOK KETAPANG BERJALAN M/S 70

90 RAHSIA MAYAT DI ATAS USUNGAN M/S 81

91 ULAR BISA MINTA NYAWA M/S 92

92 KEBUMI MAYAT KERAT KEPALA M/S 103

93 DENDAM MAYAT DICAMPAK KE LUMPUR M/S 114

94 SAKA HARIMAU TURUN TEMURUN M/S 125

95 BERTEMU PENGHULU BUNIAN M/S 135

96 DILAMAR ORANG BUNIAN M/S 140

97 BERCINTA DENGAN BUNIAN M/S 146

98 BERTEMU PUTERI BUNIAN M/S 152

99 DINIKAHKAN DENGAN PUTERI BUNIAN M/S 157

(4)

1 81. BABI JELMAAN BOLEH BERCAKAP

Tatkala mencangkul tanah di belakang rumah terkejut Hasan Debeng apabila terdengar belukar senduduk berhampiran dirempuh kuat. Cepat-cepat dia berpaling menghadap ke arah belukar senduduk yang bergegar kuat. Bimbang juga Hasan Debeng kalau harimau kumbang menyusup di situ mencari mangsa, tentu geruh juga dia kalau tidak mencari tempat berlindung. Lainlah kalau Ucu Sidin memang kemahirannya sama macam arwah datuknya Mail Tagan boleh jinakkan harimau ganas di tengah hutan. Sudah beberapa kali orang kampung terserempak Ucu Sidin menghalau harimau belang balik semula ke hutan apabila menghendap kambing ternak di pinggir bukit.

"Kalau nak cari makan pergi masuk ke hutan!" jerkah Ucu Sidin menuding jari memberi perintah.

Sekali gus pula harimau berkenaan melompat tidak membantah apa-apa. Tetapi Hasan Debeng sekadar dengar orang-orang kampung bercerita sahaja mengenai kemahiran Ucu Sidin belum pernah dia terserempak Ucu Sidin menghalau harimau belang tengah

berselera mahu menangkap kambing ternak. Apa lagi setelah Ucu Sidin berpindah ke tanah felda, memang Hasan Debeng tidak melihat Ucu Sidin berdepan dengan harimau. Sekiranya buaya mengganas menyambar lembu ternak meragut rumput di tebing sungai, Ucu Sidin juga terjun ke sungai sama macam arwah datuknya Mail Tagan. Dalam masa beberapa minit sahaja buaya akan terjongol di permukaan air. Tidak bertangguh buaya tersebut bercempera lari sampai berdecau-decau air di tengah arus. Ketika ini Ucu Sidin juga pantas meranduk rusa laksana mengejar anak kucing di tengah rumah. Seisi kampung tahu memang buaya ganas di tengah arus tidak akan dapat lari ke mana asal sahaja Ucu Sidin sudah terjun ke air! Lainlah kalau buaya berkenaan sekadar terjongol di permukaan air, tentu Ucu Sidin akan perintahkan berundur jauh dari kampung. Sidin mengepal tanah tebing tiga genggam, kemudian dilontarkan ke tengah arus. Selepas dilontar tanah kepal itu oleh Ucu Sidin nescaya berbulan-bulan seisi kampung tidak akan terserempak kelibat buaya menjongol kepala di permukaan sungai.

Hingga Ucu Sidin berpindah ke felda pun memang Hasan Debeng tidak pernah terserempak Ucu Sidin mencekak tengkuk buaya diheret naik ke tebing. Dia sekadar mendengar cerita mereka yang tua-tua sahaja mengenai keberanian Ucu Sidin. Sebab itu berdebar sangat hatinya apakala mendengar belukar senduduk di belakang rumahnya dirempuh kuat. Kalau harimau kumbang menjengah muka tentu tidak sempat dia menghunus parang mengibas pantas! Setidak-tidaknya dia akan cedera juga kalau diterkam harimau kumbang disebabkan tidak dapat mengelak. Cepat-cepat Hasan Debeng mencari rumpun pisang berlindung sekiranya binatang itu mahu mencari geruh. Dari sebalik rumpun pisang itulah Hasan Debeng rernampak

(5)

2 seekor babi menyondol perdu rumpun senduduk di tepi kebun pisang. Memang dia nampak jelas binatang itu tertonggeng dengan kepalanya tertumus ke tanah. Serba salah juga Hasan Debeng mahu menyerbu kerana bimbang babi berkenaan akan menyerang balas. Tahu sangat dia babi terluka akan menyerbu tidak peduli siapa. Asal sahaja melintas di depannya akan disondol tidak bersisa. Apa lagi taring babi panjang sejengkal akan tertusuk dipangkal paha lantas dimamah macam mengunyah batang pisang juga. Sebab itu Hasan Debeng sengaja diamkan diri sahaja selagi binatang itu tidak mengganggu. Lama menyondol-nyondol perdu rumpun senduduk babi itu berpaling ke belakang. Ketika menyeringai gigi Hasan Debeng nampak sumbi emas berkilau disinar cahaya matahari petang pada mulut babi berkenaan. Mengeluh panjang Hasan Debeng disebabkan tidak pernah seumur hidupnya dia melihat babi bersumbi emas. Tetapi babi tersebut bagaikan jinak sangat hingga tidak terbebar apa-apa setelah dijerkah Hasan Debeng. Sengaja Hasan Debeng gegar pokok pisang di sisinya biar babi berkenaan terkejut sebelum menyusup lari ke tengah belukar. Puas digegar pokok pisang oleh Hasan Debeng, babi tersebut sekadar menyeringai tunjukkan sumbi emas pada giginya.

tempat kamu!" tutur Hasan Debeng menyembunyikan kebimbangan hatinya kalau-kalau binatang itu akan ménerkam ke arahnya.

Bagaikan memahami tutur kata Hasan Debeng babi bersumbi emas itu terkedek-kedek perlahan meninggalkan belukar senduduk. Lantas sahaja babi itu menyusur di tepi kebun pisang Hasan Debeng menunduk kepala tidak menoleh ke kiri ke kanan. Terkekeh-kekeh Utih Deraoh ketawa mengejek Hasan Debeng apabila diberitahu mengenai babi bersumbi emas menyondol tanah di kawasan kebun pisangnya.

Tentu Hasan Debeng keliru dengan kilauan taring babi berkenaan disilau cahaya matahari menyebabkan dia menuduhnya bersumbi emas.

"Hah, dah keluar baliklah ia!" gerutu Ucu Sidin tatkala Hasan Debeng jelaskan kejadian dia terserempak babi bersumbi emas yang menyondol-nyondol tanah berhampiran kebun pisangnya, "Lama jelmaan babi tu tak nampak kelibat," ujarnya mengeluh pendek seolah-olah terlalu kesal.

Bukan Hasan Debeng sahaja yang terserempak, malah Ucu Sidin juga pernah ternampak ketihar babi berkenaan. Tetapi semenjak dihalau oleh ayahnya Pawang Lamid bertahun-tahun orang kampung tidak bersua lagi babi berkenaan menyondol-nyondol. Selepas kematian Sepinah memang kerapkali orang-orang kampung nampak babi tersebut merayau-rayau di halaman rumah Wak Dinang. Tetapi tidak lama kemudian apabila Wak Dinang meninggal dunia hanya sekali sekala sahaja mereka melihat babi tersebut merayau-rayau di kawasan tanah perkuburan. Apabila diburu cepat-cepat ia menyusup ke tengah belukar menerpa ke arah kubur Sepinah kemudian babi bersumbi emas itu hilang entah ke mana. Sebab itu Mail Tagan ingatkan orang-orang kampung supaya tidak diganggu babi tersebut. Tidak berguna apa-apa sekiranya diburu juga babi tersebut kalau bimbang akan cederakan orang-orang kampung. Hanya semasa Pawang Lamid sahaja dia hampiri babi berkenaan tatkala menyondol-nyondol di perdu rumpun pisangnya. Tidak bergerak babi bersumbi emas sebaik sahaja Pawang Lamid mendekatinya. Tiga kali Pawang Lamid bacakan

al-tempat Uda Sepinah, anak cucu tak akan ganggu!".

Lantas sahaja babi berkenaan menyeringai menunjukkan sumbi emasnya berkilau disilau cahaya matahari memancar. Kemudian

(6)

3 terkedek-kedek ia menyusur belukar terus menyusup menuju kearah ke tanah perkuburan. Semenjak itu memang lama orang-orang kampung tidak melihat lagi babi bersumbi emas itu merayau-rayau tidak menentu. Apabila diberitahu oleh Hasan Debeng fasal babi bersumbi emas menyondol tepi belukar kebunnya, memang Ucu Sidin tidak terkejut apa-apa. Dia tahu arwah ayahnya Pawang Lamid tetap kenang kejadian yang menimpa Embah Garut bertukar menjadi nyanyuk. Pawang Lamid sendiri mendengar dengar Embah Garut beritahu dia terjatuh tangga akibat ditolak Sepinah. Merungut juga Embah Garut apabila Wak Dinang desak juga mahu gadaikan subangnya semata-mata memenuhi kemahuan Sepinah tempahkan sumbi emas. Disebabkan Embah Garut berkeras tidak mahu subangnya digadaikan, lantas sahaja Sepinah menjadi berang. Sengaja ditolaknya emak mentuanya dari kepala tangga tatkala orang tua itu turun mahu ke telaga mengambil wuduk zohor.

Kalau tidak disebabkan Pawang Lamid melintasi halaman rumahnya, sudah tentu siapa pun tidak tahu fasal Embah Garut jatuh tangga. Cepat-cepat Pawang Lamid papah nenek saudaranya naik ke rumah. Tetapi sengaja Embah Garut rahsiakan daripada Wak Dinang fasal dia ditolak Sepinah dari kepala tangga. Tidak Iama selepas itulah Embah Garut serahkan juga subangnya biar digadaikan oleh Wak Dinang. Dia tidak membantah apa-apa sekiranya Sepinah berkeras juga mahu tempah sumbi emas. Tatkala terkejang sakit di rumah Mail Tagan, tiba-tiba sahaja penyakit nyanyuk Embah Garut pulih hingga dia boleh ingat semua kejadian yang menimpa dirinya sebelum itu.

"Dulu-dulu, memang selalu ia, keluar," ulangi Ucu Sidin terharu apabila kenang kejadian yang menimpa Embah Garut seperti diberitahu oleh arwah ayahnya Pawang Lamid.

Tetapi Pawang Lamid tidak ungkit apa-apa mengenai jelmaan babi bersumbi emas selepas kematian Sepinah itu. Manalah dia tahu fasal babi bersumbi emas yang tiba-tiba sahaja terjongol menyondol-nyondol tanah di tengah halaman rumah Wak Dinang. Apabila diberitahu mengenai babi berkenaan Wak Dinang terpinga-pinga kerana tidak melihat apa-apa di tengah halaman.

Sekali sekala orang-orang kampung ternampak juga Wak Dinang bercakap sendirian memerhati ke tengah halaman. Kadangkala dia tersengih-sengih melambai tangan bagaikan ada tetamu di situ. Ketika inilah mereka nampak babi bersumbi emas itu mendongak pada tangga rumah.

segera Hasan Debeng menghela nafas apabila kenang babi bersumbi emas bagaikan binatang jinak tidak mengganggu apa-apa.

"Entahlah. Mana aku nak tahu!" sahut Ucu Sidin sukar mahu menerangkan perkara tidak terjangkau oleh akal fikiran.

"Tak apalah, asalkan ridak cederakan tersebut tidak akan menyerang sesiapa.

"Macam mana pun kena berhati-hati juga," lantas Utih Deraoh ingatkan supaya berjaga-jaga sekiranya terserempak. Sekali pun dia tertawakan Hasan Debeng, namun jauh di lubuk hatinya dia juga teringin mahu melihat babi bersumbi emas itu.

Perkara babi jelmaan yang dilihat Hasan Debeng tidakiah menghairankan sangat pada Utih Deraoh. Dia sekadar berasa lucu apabila dikatakan babi berkenaan bersumbi emas hingga nampak berkilau apabila disilau cahaya matahari. Apalagi apabila kenang orang tua-tua beritahu mengenai babi tunggal di tengah hutan tidak lut kalau ditembak sekali pun sekiranya ada kalung tersangkut pada leher binatang berkenaan.

(7)

4 Siapa yang berani menghendap babi tunggal tengah hutan turun meneguk air di bawah jeram? Utih Deraoh hanya diberitahu babi berkenaan tidak akan memakai kalung tatkala tunduk meneguk air. Kalau berkenaan akan disangkutkan pada dahan anak kayu. Ketika ini siapa dapat larikan kalung babi tungal itu nescaya tidak lut terkena senjata besi.

Tetapi siapa berani mengendap tengah belukar tatkala babi tunggal turun meneguk air? Manalah tahu belum sempat mencapai kalung berkenaan tiba-tiba sahaja babi tunggal itu menerkam. Sedangkan pamburu Cina yang mahir memerangkap babi hutan pun tidak berani lepaskan tembakan sekiranya babi tunggal melintas!

"Tak lut senjata besi pun, mati juga!" ujar Malim Tekih apabila Utih Deraoh tersengih-sengih beritahu mengenai kalung di leher babi tunggal itu.

Sebab itu Malim Tekih ingatkan fasal bapa saudaranya Uci Santang mati ditusuk benet Jepun setelah beberapa kali ditembak tidak terjejas apa-apa. Memang Uci Santang tidak lut sekali pun dadanya ditusuk benet. Marah sangat tentera Jepun setelah berkali-kali ditusuk benet langsung tidak melukai kulit Uci Santang. Apabila ditenggengkan oleh tentera Jepun lantas duburnya ditusuk dengan benet menyebabkan Uci Santang menggelepar dengan darah mengalir pada mulut dan hidungnya. Lantas Malim Tekih ingatkan Utih Deraoh pérkara kebal macam Uci Santang pun tidak boleh menyelamatkan diri.

"Amalan dunia dan akhirat yang boleh selamatkan diri!" Malim Tekih tetap kenang ingatkan Tok Aji ketika mula-mula bertemu di Endau di rumah bapa angkat nya Wak Sarmin.

Siapa menyangka Uci Santang juga tewas apabila duburnya ditusuk Jepun dengan benet? Sebelum dia berpindah ke Lubuk Sakaping memang seisi kampung tahu mengenai kehandalan bapa saudaranya tidak lut ditusuk senjata besi. Tidak perlu lagi dia bacakan jampi serapah setelah sebati dengan dirinya setiap kali menyeru:

Besi tumpul besi lilan, besi bernyawa tidak berisi kehendak lawan diriku, aku tahu fasal kau jadi, bukat kalbu baku datang dari hak, aku pun datang dari hak, tempat permulaan kita, tempat kediaman kita, dalam kalimah serta bersaksi,hu...

Lama juga Uci Santang tinggalkan kampung halaman berjaja ubat hingga sampai ke Jambi. Memang Malim Tekih tidak peduli sangat dengan bapa saudaranya disebabkan jarang jengah balik ke kampung. Dia sekadar dengar mengenai Uci Santang berjaja ubat dengan tunjukkan permainan menyembélih anak sendiri. Tatkala dia berjaja ubat di tepi jalan lantas Uci Santang baringkan anaknya berumur lima tahun dengan ditutup kain hitam. Apabila disembelih anaknya orang ramai melihat anak kecil itu

(8)

5 menggelepar dengan darah menyimbah. Mereka melihat mata parang terbenam pada leher anak kecil itu. Hampir lima belas minit anak kecil itu terkaku, dia akan bingkas bangun setelah Uci Santang membakar kemenyan. Dia asapkan kepala anaknya dengan kemenyan tatkala anak kecil itu bangun menyapu bekas darah yang melekat pada lehernya. Tidak bertangguh pula mereka yang menonton pertunjukan Uci Santang akan hulurkan wang kepada anak kecil berkenaan. Di mana-mana sahaja Uci Santang mengadakan pertunjukan berjaja ubat memang mereka yang berkeliling melihatnya cemas. Sekali pun Uci Santang akan berligar-ligar beritahu dia sekadar mencari rezeki dengan pertunjukannya, tetapi mereka yang menyaksikan sentiasa berdebar hati. Sebab itu bapa mentua Uci Santang berkali-kali memujuknya supaya tidak gunakan kepandaian demikian mencari rezeki. Tetapi Uci Santang tidak peduli apa-apa disebabkan kemahirannya tidak bermakna kalau disembunyikan. Apalah salahnya dia buat pertunjukan dengan menyembelih anak hingga penonton-penonton menjadi cemas tiak ketahuan. Manalah boleh berjaja ubat kalau sekadar memekik-mekik di tepi jalan sekiranya tidak ada pertunjukkan untuk perhatian orang ramai. Dia sekadar buat pertunjukan biar orang ramai datang kerumun. Perkara mereka mahu beli ubat-ubatnya atau tidak bukan penting sangat setelah masing-masing melihat pertunjukan demikian. Tentu mereka sanggup hulurkan duit samata-mata kasihankan anak kecil yang disembelih sekali pun tidak mahu membeli ubat-ubat yang dijajanya. Ketika membuat pertunjukan di tepi jalan berhampiran pasar, Uci Santang menyuruh anaknya memukul gendang kecil biar orang ramai datang berkerumun. Suara Uci Santang lantang memberitahu mahu buat pertunjukan menyembelih anak kecil itu. Mereka yang pernah menyaksikan persembahan Uci Santang

sudau tahu bagaimana anak kecil itu disembelih hingga terbaring kaku sampai 15 minit. Setelah diseur beberapa kali barulah anak kecil yang terkejang itu gerakkan tangannya, kemudian perlahan-lahan bingkas bangun. Sudah berkali-kali Uci Santang buat pertunjukan berjaja ubat dengan memperagakan ular bisa buat permainan, tetapi tidak ramai penonton berkerumun. Manalah boleh menarik perhatian kalau takat bermain dengan ular-ular bisa yang sering mereka temui di mana-mana.

Apa sangat ular tedung selar yang boleh melonjak hingga tubuhnya tegak dengan ekor cecah ke tanah. Sebab itu mereka tidak peduli apa-apa sekiranya Uci Santang bermain ular-ular bisa tatkala berjaja ubat. Setelah lama tidak dapat berjaja ubat lantas sahaja Uci Santang mencuba pertunjukan menyembelih anaknya itu. Memang di mana-mana pun penonton berkerumun datang menjengah apabila dia buat pertunjukan demikian.

Ketika anaknya disembelih di bawah tutupan kain hitam, berkali-kali Uci Santang beritahu dia sekadar mencari rezeki. Tidak terniat padanya mahu bandingkan kepandaian ilmu dengan penduduk tempatan di situ. Sekali pun seisi kampung tahu mengenai ketangkasan Uci Santang menangkap ular bisa di tengah belukar, atau kulitnya tidak lut ditusuk senjata besi namun dia tidak mahu peragakan kepandaian.

Dalam masa tentera Jepun menceroboh masuk, Uci Santang tidak rela tunduk dengan kemahuan mereka. Sebab itu dia sanggup ditawan hingga diikat tangan setelah dituduh menentang Jepun. Memang dia tidak akan menyerah kalah apabila kampung halamannya diceroboh sesuka hati.

"Uci Santang memang berani!" tutur Malim Tekih perlahan menahan keharuan yang menyebak di dada. Beberapa kali dia mengesat pelupuk mata asal sahaja menatap muka saya

(9)

6 tatkala kenang kejadian yang menimpa bapa saudaranya itu.

Dia sanggup mengembara tinggalkan kampung haIaman semata-mata berjaja ubat-ubat ramuan sejak turun temurun hingga ke Jambi. Ketika membuatr pertunjukan menyembelih anak di tepi jalan berhampiran pasar, hatinya menjadi berdebar apabila anaknya yang terkejang tidak bingkas bangun.

Beberapa kali diseru oleh Uci Santang namun anaknya tidak juga bergerak. Mereka yang berkeliling menonton tidak menyangka apa-apa tatkala anak kecil yang disembelih tidak bangun seperti kebiasaannya. Tetapi Uci Santang tetap tenang dengan keadaan demikian getir setelah menyedari dirinya diuji orang.

Perlahan-lahan Uci Santang membuka beg yang dibawa bersama lantas mengeluarkan sebilah badik tidak berhulu. Diletakkannya badik berkeadaan di atas dada anaknya yang terkejang di bawah tutupan kain hitam. Kemudian dia mengikat kepalanya dengan kain merah, di samping pinggangnya juga diikat kain merah juga.

Lantas Uci Santang berjalan berkeliling dengan matanya melingas-lingas ke kiri dan ke kanan. Dia melekapkan dua tapak tangan ke dada terus bersuara perlahan: "Ibu-ibu dan bapak-bapak," terharu benar Uci Santang apabila diuji demikian tatkala merantau jauh dari kampung halaman. "Saya sedar mencari rezeki, kalau ibu-ibu bapak-bapak tersinggung saya minta maaf," dia menambah sambil mengisar tumitnya tiga kali ke tanah.

Penonton yang berkeliling mula merasakan kegelisahan hati Uci Santang disebabkan beberapa kali dia meminta maaf sekiranya pertunjukan yang dibuatnya menyinggung perasaan mereka. Tetapi masing-masing tidak tahu apa sebenarnya sudah berlaku ke atas anak kecil yang disembelih itu.

"Saya tahu ada orang yang mahu menguji saya!" tuturnya mengusap muka tiga kali terus dihembuskan ke udara. "Saya pinta dari hujung rambut ke hujung kaki, bebaskan anak kecil ini," katanya lantas mengasapkan kepala anaknya dengan kemenyan.

Tiga kali Uci Santang merayu supaya anak kecil yang terkejang disembelih itu dipulihkan, tetapi anaknya tetap tidak bergerak apa-apa. Uci

Santang menyeluk dalam beg kulitnya terus menggenggam tukul jagung kering. Kemudian dicapainya tongkat buluh tumpat lantas ditugal ke tanah hingga berlubang. Dia merepih ketul jagung di tangannya, kemudian ditanam pada tanah yang siap ditugal.

Dalam masa beberapa minit sahaja ketul jagung yang ditugalnya tumbuh laksana

(10)

7 cendawan busut. Cepat sahaja jagung yang ditanam tumbuh hingga tepi jalan itu menjadi seperti kebun di pinggir hutan. Terkejut mereka yang menonton berkeliling apabila kawasan berhampiran pasar itu tiba-tiba sahaja menjadi kebun jagung.

Ketika mereka terpinga-pinga itu beberapa orang perempuan terjerit sebaik sahaja melihat seekor babi meranduk kebun jagung menyondol-nyondol muncung ke tanah. Beberapa orang yang tercegat berdiri segera memanggil pemburu menghambat babi berkenaan kerana bimbang akan cederakan mereka yang ramai di pasar.

Tidak bertangguh pemburu yang dipanggil membedek dengan senapang hingga babi berkenaan tergolek akibat ditembusi peluru. Apabila pemburu berkenaan mahu terus menembak segera dihalang oleh Uci Santang. Dia sendiri terkejut apabila tiba-tiba sahaja pemburu membawa laras senapang menembak babi yang menyondol-nyondol muncung dalam kebun jagung. Sebaik sahaja babi yang ditembak tergolek berlumuran darah, anak kecil yang terkecil tiba-tiba bingkas bangun. Dia terpinga-pinga apabila melihat kebun jagung di hadapannya dengan seekor babi tergolek berlumuran darah.

"Kamu nak tunjuk pandai, Santang!" semakin terkejut mereka apabila babi yang menggelepar itu bersuara terketar-ketar.

"Saya tidak tunjuk pandai, tapi saya minta jangan uji begini," tegas Uci Santang mengemas barang-barang yang dijajanya.

Setelah Uci Santang tinggalkan kawasan pasar bersama anaknya, kebun jagung yang menghijau sekaligus kering reput macam dibakar. Sebaik sahaja rumpun jagung hilang dipuput angin, babi yang tergolek bertukar Pak Tuban yang tertiarap dengan dada berlumuran darah.

Semenjak kejadian yang mengharukan perasaannya itu, Uci Santang tidak mahu lagi jejak kaki ke Jambi. Dia juga mengambil keputusan tidak mahu lagi berjaja ubat sampai tinggalkan kampung halaman. Biarlah dia kembali menajak sawah bendang bersama keluarganya yang sekian lama bermandi keringat di tengah sawah.

"Tapi, babi Pak Tuban tak sama dengan jelmaan babi bersumbi emas tu," tersengih-sengih Hasan Debeng memandang Malim Tekih apabila kenang dia terserempak babi bersumbi emas bertahun-tahun sebelum itu.

82. RUSA DITOMBAK JADI MANUSIA.

Memang tidak pernah lagi siapa pun terserempak usungan mayat diusung lelaki tidak berkepala yang merayau-rayau tatkala tengah malam di kampung Mat Kanun. Semenjak mereka yang sama soIah sunat hajat di surau berasa hairan Mat Kanun yang tiba-tiba turun semasa orang ramai bacakan Yasin, naik semula ke surau setelah mereka semua selesai membaca. Mat Kanun tidak beritahu apa-apa pun mengenai usungan mayat yang dihambatnya hingga perempuan mengerbang rambut melompat keluar dari usungan. Sama macam Malim Tekih yang sengaja menyimpan rahsia

(11)

8 pengalamannya semasa di Lubuk Sakaping sebelum jejak kaki ke kampung berkenaan.

"Saya ni orang tua tak berguna, ustaz," tutur Malim Tekih tersengih-sengih sengaja merendah diri. "Kemenyan kalau tak dibakar, mana nak berbau Pak Malim," lantas Hasan Debeng mengerling setelah beritahu mengenai dirinya terserempak babi bersumbi emas itu.

"Kalau kemenyan tak ada, nak bakar macam mana?" ujar Malim Tekih selanjutnya masih mengakui dia gementar tatkala terserempak usungan mayat bergerak di tengah kegelapan malam diusung lelaki-lelaki tidak berkepala.

"Arwah ayah dulu!" sahut Ucu Sidin pula mencebek bibir lantas menatap muka saya. "Satu-satunya orang yang dia hormat, memang Abang Malim ni," jelasnya apabila kenang ayahnya tidak membantah apa-apa sebaik sahaja Malim Tekih memutuskan mahu menjemput Tok Aji ke kampung mereka.

Tersengih sengih Malim Tekih apabila diungkit oleh Ucu Sidin fasal kakaknya Ulung Siah beratip tidak henti-henti berminggu-minggu. Hinggakan ayahnya Pawang Lamid sendiri terpaksa mengalah. Jangan cuba menantunya Malim Tekih mahu berahsia, kerana Pawang Lamid dapat mengagak latar belakang lelaki itu.

Sebab itu Pawang Lamid tidak tersinggung apa-apa sekiranya Malim Tekih tidak ikut sama berjamu ancak. Apa lagi Pawang Lamid sendiri tidak akan berjamu ancak kalau tidak didesak orang-orang kampung. Semenjak ayahnya Mail Tagan lagi memang amalkan berjamu ancak itu sudah pupus tidak diteruskannya.

Manalah Mail Tagan mahu berjamu ancak kalau terpaksa bersusah payah meranduk lumpur sawah menyeberang ke kaki bukit. Tidak perlu dia berjamu ancak takat menyeru Moyang Labang menjelma di sisinya. Kalau Moyang Labang tidak menjelma pun seisi kampung tahu

dia boleh cekak kepala buaya ganas di tengah arus diheret naik ke taping sungai.

Ular tedung selar mematuk mangsa juga tidak boleh melarikan diri menyusup tengah belukar. Apabila Mail Tagan bersiul nyaring tidak bertangguh ular berkenaan akan menyerah diri menundukkan kepala di depannya. Harimau garang tengah hutan juga akan menggeletar tidak boleh angkat kepala sebaik sahaja Mail Tagan tuding jari ke muka binatang tersebut.

Sebab Itu Mail Tagan tidak perlu berjamu ancak kalau takat mahu jampi serapah sesiapa terkejang sakit. Tok Ketua mengidap bengkak di bahu hingga sebesar penumbuk dengan mengangkut nanah hanyir, Mail Tagan tidak mahu berjamu ancak. Dia meminta anak Tok Ketua ambilkan akar pokok beringin yang terjuntai tidak cecah ke tanah.

Tiga kali dia bacakan 6 ayat terawal surah al-Qolam, lantas ditepuk kepala lututnya sendiri tiga kali dengan dihembus perlahan pada bengkak di bahu Tok Ketua. Kemudian di potongnya akar beringin berkenaan hingga menitik getahnya jatuh ke piring yang ditadah.

Ketika ini Tok Ketua berkerut dahi seolah-olah menahan kesakitan pada bahunya yang membengkak. Sekaligus pula bengkak berkenaan meletus bagaikan bisul mengening-ngening hingga nanah hanyir menitik. Sengaja dia menyuruh tadah nanah yang menitik dari bengkak pada bahu Tok Ketua dengan tempurung.

Selepas itu Mail Tagan suruh sapukan getah akar beringin itu pada lubang yang meletus pada bengkak di bahu Tok Ketua. Seminggu selepas itu bengkak di bahu Tok Ketua seruh dengan tidak payah ditusuk dengan mata pisau. Kalau dia boleh ubatkan bengkak di bahu Tok Ketua dengan tidak payah berjamu ancak, masakan Mail Tagan mahu mematuhi orang-orang kampung yang mendesaknya supaya berjamu

(12)

9 ancak seperti amalan nenek moyangnya berpawang.

Tetapi Pawang Lamid tidak dapat membantah apa-apa tatkala didesak orang-orang kampung. Kemahirannya tidak sama dengan arwah ayahnya Mail Tagan yang mampu jinakkan binatang liar di tengah hutan. Dia sekadar berjamu ancak sahaja setelah diberitahu sejak bertahun-tahun di batu bertimpuh itu Moyang Labang hilang tidak diketahui ke mana.

Disebabkan dia keturunan Moyang Labang

lantas penduduk-penduduk kampung

mendesaknya berjamu ancak sama seperti diamalkan semenjak turun temurun mereka berpawang. Tidak semua orang-orang kampung boleh berjamu ancak kalau bukan keturunan Moyang Labang yang meneroka di situ.

Satu-satunya yang enggan berjamu ancak hanya Mail Tagan apabila lama dia belajar pondok di Patani. Balik sahaja dari Patani memang Mail Tagan berpawang juga tetapi tidak pernah meneruskan warisan yang ditinggalkan sejak turun temurun. Dia tidak peduli fasal ribut kencang menyerbu ke tengah kampung sampai terburu-buru membakar lada kering dengan garam di alas tungku dapur.

Memang Pawang Lamid meneruskan amalan ayahnya Mail Tagan. Apabila didesak orang kampung berjamu ancak, dia sekadar memenuhi kemahuan mereka sahaja. Tetapi tatkala anaknya Ulung Siah beratip selepas dia berjamu ancak, Pawang Lamid dapat mengagak tentu tidak mudaratkan apa-apa.

SeIagi dia boleh mengawal tentu Ulung Siah tidak akan mengalami nahas apa-apa yang boleh mudaratkan dirinya. Pawang Lamid melihat seolah-olah lelaki memakai jubah serba kuning di depannya tatkala Ulung Siah semakin galak beratip. Wajah lelaki berkenaan bersih dengan janggutnya memutih hingga ke paras dada.

Berkali-kali lelaki berjubah kuning yang menjelma itu ingatkan dia supaya tidak berjamu

ancak. Tetapi Pawang Lamid tahu perkara berjamu ancak tidak sama memberi makan di depan berhala. Dia sekadar sediakan pulut kuning dengan telur rebus tiga biji letakkan berhampiran batu bertimpuh.

"Kamu tubuh halus memang tak makan pulut kuning!" ujar Pawang Lamid sebaik sahaja melihat bayang jelmaan lelaki berjubah kuning di depannya. "Tapi aku buat pulut kuning ni tanda kamu memang ada menjelma," tegasnya merenung tajam ke arah bayang yang terlenggok-lenggok laksana asap melabun.

Selepas itu siapa pun yang meminta Ulung Siah ubatkan penyakit yang dihidapi, lembaga berjubah kuning itu tunjukkan ramuan perlu disediakan. Siapa pun tidak melihat lembaga berjubah kuning itu selain daripada Pawang Lamid. Ketika ini Ulung Siah seolah-olah tidur di dalam lubang telinga lembaga tersebut

memerhatikan orang-orang kampung

berceratuk di tengah serambi.

Asal sahaja dia cuba bersuara, Ulung Siah merasakan segalanya tersekat pada kerongkong. Sekali pun jiran-jiran melihat dia beratip tidak henti-henti, tetapi Ulung Siah sekadar merasakan lelaki berjubah kuning itu yang beratip. Saat ini dia merasakan tubuhnya terlalu kecil hingga tersusup masuk ke dalam lubang telinga lembaga berkenaan.

"Ayah tahu, Abang Malim pun ada banyak pengalaman!" Ucu Sidin mengerling Malim Tekih yang mengisar duduk membetulkan sandar belakang ke dinding.

Malim Tekih tertunduk tidak menyahut apa-apa. Masakan dia boleh sembunyikan daripada Ucu Sidin tatkala mereka berdua ikut sama Pawang Lamid berburu ke hutan. Tatkala baru sahaja berkahwin dengan Saedah, bapa mentuanya sudah mempelawa ke hutan mengendap pelanduk. Serba salah juga Malim Tekih mahu mengelak setelah Ucu Sidin juga berkeras mengajaknya ikut sama.

(13)

10 Sengaja Pawang Lamid menyuruh Ucu Sidin berjalan di hadapan menggalas senapang patah. Ketika berjalan meranduk kegelapan malam inilah Malim Tekih terdengar bapa mentuanya bersenar tidur. Memang Malim Tekih dengar mengenai bapa mentuanya boleh nyenyak tidur tatkala tengah berjalan, tetapi dia tidak pernah terserempak kejadian demikian.

Disebabkan bimbang bapa mentuanya terjelantus kaki pada akar pokok hingga jatuh tersungkur, cepat-cepat Malim Tekih menepuk bahu Pawang Lamid. Sekaligus Pawang Lamid menghambur tinggi naik ke atas dahan pokok leban menjulang tinggi. Terpinga-pinga Malim Tekih apabila melihat bapa mentuanya melompat tinggi ke udara akibat terkejut apabila dia menepuk bahu.

"Kenapa ganggu ayah tengah tidur?" segera adik iparnya Ucu Sidin ingatkan dia fasal Pawang Lamid tidak boleh diganggu tatkala tengah nyenyak tidur.

Bukan sahaja sewaktu berjalan di hutan, malah di rumah pun sekiranya dia nyenyak tidur jangan sesiapa pun cuba kejutkan. Lainlah kalau isterinya Alang Sebiyah memang sudah mahir mahu kejutkan dia bangun tidur. Jangan cuba tepuk bahunya sewaktu Pawang Lamid nyenyak tidur nescaya kakinya akan menyepak tidak bertangguh.

Sekaligus Pawang Lamid akan menghambur ke kepala tiang melekap laksana keluang bergayut di bawah dahan rimbun. Sebab itu Alang Sebiyah akan jentik lantai tiga kali hingga Pawang Lamid berkalih badan. Tatkala dia berkalih badan Pawang Lamid tidak tergamang apa-apa. Dia akan membuka mata perlahan lantas terkuap-kuap menutup mulut dengan penumbuk.

"Mana aku tahu ayah macam tu!" rungut Malim Tekih mendongak ayahnya berjalan di dahan pokok apabila disuluh dari bawah. Dia

masih bagaikan berjalan di tanah dengan tidak berpaut ke mana-mana.

"Tak boleh sentuh badannya masa dia nyenyak tidur," beritahu Ucu Sidim cemas apabila ayahnya masih berjalan di dahan pokok berkenaan.

Segera Malim Tekih menampar banir pokok itu tiga kali dengan membacakan al-Fatihah. Kemudian dia hembuskan ke udara perlahan lantas membacakan:

Lahu mu'aqibatum minbaini yadaihi wamin kholfihi yahfazunahu min-amrillahi.

Apabila Malim Tekih hentakkan tumit tiga kali ke tanah sekaligus Pawang Lamid melayang turun ke bawah.

"Apa halnya, Malim?" ujar Pawang Lamid sebaik sahaja kakinya jejak ke tanah.

"Ayah tidur, jadi saya kejutkan," sahut Malim Tekih tersengih-sengih mengusap muka.

"Hai, mengantuk lawannya tidur," balas Pawang Lamid lantas memberi isyarat supaya meneruskan perjalanan.

Malim Tekih tidak menyahut apa-apa. Dia terus mengekori Ucu Sidin yang berjalan di hadapan menggalas senapang patah. Tatkala melalui lorong gelap di tubir bukit tiba-tiba Ucu Sidin nampak cahaya api bergerak pantas, kemudian hilang sebaik sahaja sampai ke bawah gaung.

Cepat-cepat dia memberitahu ayahnya, tetapi Pawang Lamid menegahnya supaya tidak menegur apa-apa. Sudah menjadi pantang larang Pawang Lamid dia tidak benarkan menegur apa sahaja melintas. Malah kalau terdengar bunyi burung jampuk mendengut pun, Pawang Lamid tidak mahu sesiapa pun menegurnya.

Biarlah apa pun yang dilihat atau didengar tatkala tengah malam berjalan di hutan tidak disebut-sebut. Sejak dia berpawang memang tidak pernah disebut atau ditegur kalau terdengar bunyi yang aneh. Apa lagi tatkala

(14)

11 ternampak cahaya api bergerak pantas bagaikan panah api menerjah sasaran. Sebaik sahaja api berkenaan menjunam ke bawah gaung, sayup-sayup terdengar jeritan halus perempuan meminta tolong. Tetapi Pawang Lamid menyuruh terus juga berjalan dengan tidak hiraukan jeritan halus itu. Di tengah hutan demikian manalah ada sesiapa perempuan tersesat hingga menjerit meminta bantuan.

Disebabkan Pawang Lamid sengaja mendiamkan diri, lantas Malim Tekih membacakan tiga kali: Bismillahhir rahmannir rahim kemudian dia hembuskan hingga habis nafas ke arah gaung dengan membacakan:

A'uzubillahhi minasy-syaitonnir rajim Sekaligus pula dari bawah gaung itu kedengaran elusan angin berdesir seolah-olah membolos pada terowong memanjang.

"Hah, lain yang diburu lain pula yang ditemu!" gerutu Malim Tekih menggertap bibir terus membongkok mencekup pasir di bawah tapak kakinya.

Tidak bertangguh pula Malim Tekih melontarkan pasir tersebut ke bawah gaung terus membacakan tujuh kali:

Ya 'lamu mabaina aidihim wama- kholfahom wala yuhithona bihi 'ilmam.

Semakin kuat dengung elusan angin seolah-olah membolosi terowong itu hingga terasa mengibas-ngibas pokok belukar tempat mereka tercegat.

"Besar kerja kamu ni, Malim!" ujar Pawang Lamid setelah menyedari menantunya tidak peduli apa-apa fasal pantang larangnya tatkala berjalan meranduk hutan di tengah malam demikian.

Malim Tekih tidak menyahut. Dia hentakkan tumit tiga kali ke tanah hingga silau cahaya api di bawah gaung berputar naik laksana bola melantun ke udara. Apabila Malim Tekih mengisar tapak tangan, sekaligus angin bertiup kencang menerjah ke arah mereka.

Ketika berdebap jatuh di depan mereka beban besar bagaikan guni padi berisi padat, segera Malim Tekih bacakan 11 kali surah al-Ikhlas. Di tengah pusaran angin bersama kabus memutih, mereka nampak perempuan rambut mengerbang menggeliat-geliat seolah-olah terbangun dari tidur nyenyak.

"Kenapa ganggu kami nak berihat?"

merengek-rengek perempuan rambut

mengerbang itu mencemik muka dikelilingi cahaya api lilin. "Moyang Labang dah campakkan kami ke gaung tu, kenapa nak kacau lagi?" gerutunya tidak puas hati dengan Malim Tekih yang tercegat di sisi Pawang Lamid.

"Kami tak ganggu, tak awak yang sengaja nak cari geruh kami!" sahut Pawang Lamid terus menghunus parang dicacakkan ke tanah.

(15)

12 Sebaik sahaja mata parang tercacak ke tanah terjerit halus perempuan rambut mengerbang itu menekup dadanya. Matanya terjojol keluar dengan kilau api memancar laksana bara dihembus. Apabila Pawang Lamid menghembus ke arahnya, perempuan berkenaan terkekeh-kekeh tertawa.

Sekaligus pula beberapa lembaga lelaki tidak berkepala berkeliling mahu mengawal perempuan rambut mengerbang itu. Pawang Lamid membiarkan parangnya tercacak membenam di tanah, sekali pun perempuan itu terkial-kial menekup dadanya. Tetapi ketawanya tetap berdekah-dekah mengejek dalam saat menahan kesakitan seolah-olah dadanya ditusuk mata parang.

"Kamu dah tak tahan lagi, jangan nak pura-pura," lantas Malim Tekih mengejek perempuan rambut mengerbang itu. "Mentang-mentang kamu dari seberang, nak tunjuk pandai ye?" perempuan Itu mencebek bibir mengerling api lilin yang menyala di tengah kegelapan malam.

"Malim ni kalau tak berisi dada, tak merantau dia ke sini!" sahut Pawang Lamid sengaja mahu menyakiti hati perempuan berkenaan.

"Takkan dada berisi nak menyusahkan kami pula!" ujar perempuan itu menggeliat akibat menahan kesakitan seolah-olah dadanya ditusuk. Belum sempat perempuan itu memberi isyarat kepada lelaki lelaki tidak berkepala di sisinya supaya lindungkan dirinya, sekaligus hujan

turun menimpa tempat mereka berjejak. Serentak dengan itu mereka terjerit-jerit akibat hujan yang menitik panas mendidih laksana air menggelegak di dalam kawah terjerang pada api.

Ketika ini Malim Tekih laungkan azan tujuh kali diikuti dengan membaca surah at-Tariq. Kemudian dia membacakan:

Huwallahhul lazi la-ilaha illa huwa 'alimul ghaibi asy-syahadati huwarrahmannur rahim, wa-imma yanzaghannaka minasy-syatoni nazghon fasta'iz billaahhi innahu sami'un 'alim.

"Cukuplah, jangan baca lagi, Malim!" terketar-ketar perempuan itu menahan kesakitan akibat kulitnya melecur disimbah hujan yang mendidih bagaikan air menggelegak dalam kawah terjerang.

Lantas perempuan itu beritahu mengenai Uda Liyah dicampakkan jauh ke dalam gaung setelah seisi kampung tuduh dirinya bersuami sampai tujuh lelaki. Dia terpaksa sembelih suaminya tatkala tengah nyenyak tidur biar dapat sapukan darah ke seluruh badan. Disebabkan Uda Liyah tidak dikebumikan, lantas dia menuntut diusung ke kubur.

Tetapi MaIim Tekih tidak peduli fasal Uda Liyah menuntut diusung ke kubur atau tidak. Perkara yang berlalu bertahun-tahun dulu manalah dia ambit peduli. Sudah tentu syaitan sengaja mahu mengelirukan orang-orang kampung hingga ungkit mengenai Uda Liyah yang dicampakkan ke dalam gaung.

(16)

13 Lebih baik mereka campakkan perempuan berkenaan ke dalam gaung asal sahaja tidak mengganggu. Asal sahaja suaminya tidak mencukupi tujuh orang, lantas sahaja dia memikat lelaki lain. Bila-bila lelaki akan melutut ke sisinya setelah diseru tatkala bulan tengah mengambang penuh.

Manalah Malim Tekih hiraukan rintihan perempuan yang terketar-ketar di depannya apabila ungkit mengenai orang-orang kampung campakkan Uda Liyah ke dalam gaung. Biarlah perempuan itu mengaku dirinya diperkosa orang lelaki sewaktu suaminya berburu ke hutan, namun Malim Tekih terus berdoa bagaikan dia bardepan dengan siluman sewaktu di Lubuk Sakaping.

Perkara Uda Liyah mengaku diperkosa beberapa lelaki sebelum dicampakkan ke dalam gaung, perkara sudah lama berlalu. Dia sendiri tidak melihat kejadian tersebut. Tatkala jelmaan perempuan itu terjongol di depannya, sudah

tentu bukan lagi Uda Liyah yang diperkosa. Jelmaan perempuan itu sama juga dengan siluman yang mengganggu penduduk-penduduk kampung.

Memang Pawang Lamid mengakui mengenai kejadian menimpa Uda Liyah itu. Tetapi dia sendiri tidak pasti sangat sama ada perempuan berkenaan dianiaya hingga diperkosa, atau amalkan amalan biar wajah kelihatan cantik seumur hidup. Manalah dia tahu sama ada Uda Liyah bersuami sampai tujuh orang, atau sengaja diperkosa sebelum dicampakkan ke dalam gaung.

Biarlah jelmaan perempuan itu menuduh dirinya diperkosa sewaktu suaminya berburu di hutan. Tiba-tiba sahaja rusa yang ditombak suaminya Pateh Kibin, bertukar menjadi lelaki bongkok berpakaian serba hitam. Lelaki itu merengek-rengek akibat tombak Pateh Kibin tertusuk pada rusuk.

(17)

14 Sewaktu rusa berkenaan ditombak inilah beberapa orang lelaki memperkosa Uda Liyah. Tatkala balik dari berburu Pateh Kibin diberitahu mengenai kejadian menimpa isterinya. Sebab itu dia berdendam hingga memenggal leher siapa sahaja lelaki yang dilihat pada geluk air sewaktu dia mahu cam siapa yang

memperkosa Uda Liyah.

"Macam-macam cerita mengenai Uda Liyah tu," ujar Pawang Lamid beritahu menantunya Malim Tekih, setelah jelmaan perempuan rambut mengerbang itu hilang dalam kegelapan malam.

Tatkala rusa yang diburu dapat ditombak rusuk, segera Pateh Kibin menghunus parang mahu menyembelih. Tetapi rusa berkenaan menjelma menjadi lelaki tua bongkok merengek-rengek. Segera Pateh Kibin cabutkan

tombak berkenaan. Ditariknya ikat kepala terus dibalut pada luka lelaki tua berkenaan.

Ketika ini lelaki tersebut beritahu mengenai isterinya Uda Liyah diperkosa beberapa orang pemuda. Dia berikan Pateh Kibin buntat rusa disebabkan lelaki itu menyelamatkan dirinya. Sebaik sahaja lelaki bongkok berkenaan berikan buntat tersebut terus sahaja dia menghambur ke tengah belukar. Sekaligus pula Pateh Kibin melihat yang menghantar ke tengah belukar itu rusa yang ditombaknya.

Tidak bertangguh dia balik ke rumah, tetapi Uda Liyah tidak kelihatan di mana-mana. Apabila dia rendam buntat rusa ke dalam geluk, terkejut Paten Kibin melihat isterinya diperkosa beberapa orang pemuda. Dia cam semua pemuda yang perkosa isterinya sebelum dicampakkan ke dalam gaung dalam.

Sebab itu Pateh Kibin berdendam dengan mencari siapa sahaja pemuda yang perkosa isterinya. Dia penggal leher mereka terus dicampakkan ke alur air berhampiran dengan batu bertimpuh. Tetapi siapa pun tidak tahu sangat mengenai kejadian yang berlaku bertahun-tahun silam.

"Biarkan Uda Liyah, kerana kita tak tahu fasal dia," tutur Malim Tekih spabila kenang penjelasan bapa mentuanya Pawang Lamid.

"Sebab itu arwah ayah dulu tahu," perlahan Ucu Bidin menguis-nguis hujung akar dengan telunjuk. Arwah ayah tahu, Abang Malim memang banyak pengalaman jelasnya mengangkat muka memandang ke arah saya.

"Ah, kalau bukan bapa mentua puji menantunya, siapa lagi?" tersengih-sengih Malim Tekih seolah-olah mahu sembunyikan kejadian semasa dia berburu ke hutan bersama Pawang Lamid dan Ucu Sidin.

"Begitulah ustaz," ujar Ucu Sidin apabila ungkit semula kejadian dia terserempak jelmaan perempuan rambut mengerbang tatkala berburu ke hutan. Memang Malim Tekih tidak berundur

(18)

15 setapak pun sebaik sahaja jelmaan itu berbayang-bayang di hadapan mereka.

Lantas Ucu Sidin menatap muka anak saudaranya Mat Kanun, setelah diberitahu mengenai perempuan rambut mengerbang di dalam usungan mayat. Memang Mat Kanun jelaskan kepada penduduk-penduduk kampung perkara yang dilihatnya semasa mereka sama-sama membaca Yasin dengan saya di atas surau.

83. BERENGGA MENGHURUNG TUBUH Peristiwa ini telah berlaku beberapa tahun dahulu, apabila harimau mengganas di kampung Ulung Sali di Pelangai sempadan Pahang dengan Negeri Sembilan menangkap kerbau ternakan, tetapi bagi Ulung Sali kenangan itu tetap disimpannya baik-baik dalam hati. Kalau saya ke rumahnya, Ulung Sali tetap akan ceritakan bagaimana kerbau jantannya terpaksa ditembak oleh orang-orang kampung.

`Sayang benar Tok Ulung pada kerbau jantan tu,' beritahunya setiap kali mengingat kembali peristiwa tersebut. `Tapi, kalau tak ditembak mati, nanti kerbau tu mengamuk pula, habis orang-orang kampung ditebongnya,' ujar Ulung Sali lagi lantas menghisap rokok yang terjepit di celah bibirnya.

Perkataan `tebong' itu mungkin tidak difahami oleh orang-orang di luar Kampung Pelangai dan sekitarnya seperti Mentaus, Simpang Durian dan Mancis. Maksud sebenamya ialah `ditanduk'. Disebabkan saya sering ke sana, maka mudahlah saya memahami perkataan-perkataan loghat kampung berkenaan sebanyak sedikit.

Kerbau kesayangan Ulung Sali itu meragut rumput bersama kerbau-kerbau lain di hujung sawah berhampiran dengan sempadan hutan. Orang-orang kampung yang sedang bekerja di sawah termasuklah Ulung Sali sendiri hairan mendengar kerbau jantan itu tiba-tiba menguak

kuat. Mereka melihat ia berjalan mengiring meninggalkan kerbau-kerbau betina lain yang sedang meragut rumput.

Tidak semena-mena dia menyerbu ke arah belukar kecil berhampiran mengayunkan tanduknya yang runcing. Apabila kepalanya terangkat, orang ramai melihat seekor harimau belang bagaikan bertenggek di atas kepala itu, dengan ngauman yang menggerunkan.

Orang-orang yang melihat kejadian itu menyangka harimau belang itu cuba menangkap kerbau jantan Ulung Sali, kerana dia bertenggek di kepala kerbau dengan tangan dan kakinya mencakar-cakar. Tetapi kerbau jantan Ulung Sali masih juga tertegak sekalipun kepalanya menunduk mencium bumi.

Setelah diamat-amati barulah mereka menyedari bahawa kerbau jantan itu telah menanduk harimau yang cuba menghendap mangsa di sebalik belukar. Disebabkan tubuh harimau itu berat dan terlekat pada tanduknya, kerbau jantan Ulung Sali tidak dapat melepaskan harimau berkenaan yang tersangkut di hujung tanduk meruncing.

Bagaimanapun orang-orang kampung yang datang mengelilingi kerbau jantan itu, melihat harimau berkenaan sudah mati. Jelas pada mereka hujung tanduk kerbau tersebut menembusi bahagian dadanya. Ulung Sali mengajak orang-orang kampung melepaskan harimau berkenaan daripada hujung tanduk kerbau jantannya, tetapi dinasihatkan oleh orang-orang kampung supaya jangan lakukan demikian.

`Kerbau macam ni biasanya akan naik minyak. Kita mesti sembelih dia,' kata Abang Amud, mengingatkan. Kata-kata Abang Amud itu disokong oleh orang ramai, kerana mereka menyedari kerbau terluka atau selepas berkelahi akan mudah naik minyak. Ia akan mengamuk menanduk sesiapa sahaja sekiranya terlepas.

(19)

16 Akhirnya, terpaksalah Ulung Sali bersetuju supaya kerbau itu ditembak dan disembelih.

Kematian kerbaunya itu memang terkilan sangat pada hati Ulung Sali. Apalagi kematiannya dalam keadaan yang menyedihkan. Kerbaunya itu terpaksa dibunuh sekalipun telah berjasa besar menyelamatkan kerbau ternakan orang kampung daripada serangan harimau ganas.

'Sampai bila-bila pun Tok Ulung kenang betul-betul kerbau jantan tu,' ujarnya semasa datang berkunjung ke rumah saya. Dia datang pun kerana dijemput oleh Bahaman, cicitnya yang tinggal di Hulu Klang. Bahaman inilah yang menghantar dia ke rumah saya, kerana Ulung Sali memintanya membawa dia ke rumah saya.

'Kau dah tahu rumah Angah ni, selalu-selalulah datang cari dia,' katanya mengingatkan Bahaman setelah menceritakan semula peristiwa kerbaunya berjaya membunuh harimau ganas.

Bahaman sekadar mengangguk dan tersengih-sengih. Orang muda sepertinya memang sukar mengenali saudara-mara yang hanya bau-bau bacang sahaja, sekiranya tidak diperkenalkan oleh orang-orang peringkat tua. Ini disebabkan masing-masing sudah duduk berjauhan, di samping tidak mengetahui akan salasilah keturunan sendiri.

'Angah ni pangkat bapa pada kau, tak kan dia nak cari kau, tapi kenalah kau cari dia.' Suara Ulung Sali keras dan garau sambil mengerling Bahaman di sebelahnya.

'Saya memang pernah dengar mengenai Pak Ngah, tapi inilah pertama kali berjumpa,' beritahu Bahaman, tersengih-sengih memandang isteri saya keluar menatang dulang minuman.

'Mak Ngah kau ni selalu datang ke Pelangai.' Ulung Sali menjelaskan kepada cicitnya, sebaik sahaja isteri saya meletakkan dulang minuman di atas meja.

`Yalah, orang peringkat muda, manalah kami nak ingat...?' ujar isteri saya menghela nafas perlahan. Manalah kami tahu Bahaman mempunyai hubungan keluarga kalau Ulung Sali tidak jelaskan. Sejak lama bekerja di Kuala Lumpur, memang dia tidak pernah menjengah ke rumah kami. Dia sendiri tidak tahu fasal hubungan kekeluargaan itu. Hanya melalui beberapa orang kenalannya sahaja dia tahu mengenai diri saya.

Saya juga tidak tahu di mana saudara-mara Ulung Sali yang bekerja di Kuala Lumpur. Kalau saya tahu Ulung Sali datang ke rumah saudara-maranya, memang saya sendiri akan mengambil dia mengajak ke rumah.

`Onyang ni pun datang kerana dijemput, kalau tidak tak mau dia datang,' beritahu Raonah, isteri Bahaman. `Susah sangat nak bawa dia ke sini. Nak ke kebunlah, nak bagi makan ayam itiklah, ada saja alasan dia,' katanya, menambah.

'Kau dah tua besok, kau rasalah semuanya tu. ..,' sambut Ulung Sali, tertawa macam mengejek Raonah. Tubuhnya masih kelihatan bertenaga sekalipun usianya sudah hampir seratus tahun.

Memang Bahaman yang menjemput Ulung Sali disebabkan anak mereka yang berusia dua tahun sering sakit-sakit sejak dilahirkan. Sebab itulah Ulung Sali datang membawakan daun serum untuk dijaramkan, di samping mengubatinya untuk tempoh selama tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun Ulung Sali mendesak supaya Bahaman membawa anaknya balik ke kampung sekiranya masih juga belum sembuh. Sakit yang dihidapi oleh anak Bahaman itu ialah kudis pada seluruh tubuhnya. Apabila dibawa ke hospital, kudis itu akan hilang untuk seminggu sahaja. Kemudian, akan kembali semula menanah dan berair-air.

(20)

17 Semasa Bahaman datang ke rumah saya bersama Ulung Sali, anaknya yang kecil ini masih berkudis, tetapi tubuhnya tetap segar-bugar. Dia bermain riang dengan anak-anak saya.

`Sakit macam mana ni? Saya bertanya sambil memerhati anak kecil Bahaman bermain riang.

`Entahlah, Pak Ngah,' beritahu Raonah bagaikan terbayang rasa putus asa pada wajahnya.`Tengoklah badannya tu, penuh dengan kudis, tak mau sembuh. Dah puas berubat di hospital dan klinik,' jelasnya, perlahan bercampur sayu.

`Habis, tak juga baik-baik?' Isteri saya mencelah. `Macam tulah, Mak Ngah,' katanya, mengeluh pendek. `Apabila makan ubat, kudis tu kering, tapi seminggu selepas tu, berbalik semula,' ujarnya, mencebik bibir.

Tubuh anak kecil itu dipenuhi kudis, tetapi kelihatan sudah kering berparut. Setelah dijaram oleh Ulung Sali dengan air daun serum, kudis itu mulai mahu sembuh. Ulung Sali memberitahu anak kecil itu terkena kenan semasa dalam kandungan lagi.

Sukar juga saya hendak memahami `kenan' yang dimaksudkan oleh Ulung Sali itu. Menurut kepercayaan orang-orang di kampung, penyakit `kenan' itu berpunca daripada gangguan yang bersangkutan perbuatan ibu dan ayah bayi semasa dia di dalam kandungan.

Misalnya, kalau si ayah memukul katak semasa bayi di dalam kandungan ibunya, berkemungkinan bayi yang lahir itu menghidapi `kenan' seperti katak yang kena pukul itu.

Tetapi bagaimana pula Ulung Sali boleh mempercayai `kenan' ini kerana penyakit kudis di seluruh badan ini pernah menghinggapi adik iparnya, Saebah. Ramai orang kampung itu percaya Saebah terkena `kenan' harimau belang yang mati ditebong oleh kerbau jantan Selepas peristiwa kerbau jantan menanduk harimau itu, orang-orang kampung tidak menghiraukan

sangat bangkai harimau berkenaan. Mereka hanya mengambil kerbau jantan yang sudah ditembak dan disembelih itu sahaja. Abang Amud menyuruh Mat Dabit dan Lias Badak membuang bangkai harimau tersebut ke sungai.

Entah malam mana, bangkai harimau yang dicampakkan oleh Mat Dabit dan Lias Badak ke sungai itu tidak hanyut ke hilir. Ia tersangkut pada tunggul di tebing sungai. Ketika inilah, Saebah, yang mahu memancing tiba-tiba terkejut apabila terserempak bangkai harimau tersadai pada tunggul kayu di tebing sungai sudah hampir reput dengan seluruh tubuhnya dipenuhi ulat berenga.

Akibat terkejut melihat bangkai harimau tersadai di tunggul kayu di tebing sungai itu, Saebah diserang demam menggigil. Hampir seminggu dia terkejang di tempat tidur diganggu oleh igauan yang menakutkan. Dia terpekik-pekik pada tengah malam meminta tolong kerana mengigau dikejar oleh harimau yang tersangkut pada tunggul ditepi tebing.

Seminggu Saebah terlantar sakit. Suaminya, Ngah Derani, tidak dapat turun ke sawah kerana menunggu isterinya terkejang di tempat tidur. Dia tidak yakin meninggalkan Saebah dijaga oleh anak-anak di rumah tatkala dia mengerjakan sawah di bendang. Terpaksalah Ngah Derani sendiri membantu Saebah kalau mahu membuang air kecil atau air besar pun.

Semasa Ulung Sali datang menziarahi Saebah, adik iparnya itu, dia melihat keadaan Saebah bertambah tenat. Kudis yang merebak ke seluruh badan itu sudah membengkak dan menanah hingga ada yang dihurungi ulat berenga sebesar pangkal lidi.

`Boleh jadi Kak Saebah ni ketulahan,' kata adiknya, Abang Amud, yang menyedari sikap kasar perempuan itu terhadap suaminya sendiri. Pernah Abang Amud melihat Saebah membangunkan Ngah Derani daripada tidur dengan menunjalkan hujung kakinya sahaja.

(21)

18 Tetapi Ulung Sali tidak percaya dengan dakwaan Abang Amud. Bagaimanapun, daripada keadaan penyakit Saebah itu, ada tanda-tanda ia mempunyai kaitan dengan ketulahan. Kudis yang tumbuh pada seluruh tubuhnya memang sama dengan kudis yang dihidapi oleh orang yang terkena ketulahan.

Mula-mula ia tumbuh berbelak-belak pada kulit seperti dihinggapi panau. Lama-kelamaan akan bertukar menjadi merah dan meruam berbintik-bintik. Ketika ini, Saebah akan berasa gatal merenyam-renyam menyebabkan dia menggaru sampai ditonyoh-tonyoh ke dinding. Darah akan memercik daripada bekas digaru itu hingga kudis mula membengkak. Sedikit demi sedikit akan mengangkut nanah sampai berbau busuk dan hanyir.

`Aku percaya, ini ketulahan pada Ngah Derani.' Abang Amud tetap menuduh kakaknya demikian. `Tengoklah macam mana dia buatkan Ngah Derani, macam anak-anak saja dilakukannya,' ujarnya bagaikan kesal dengan sikap kakaknya selama ini yang terlalu langgar bahasa dengan suami sendiri.

`Ketulahan ni bukan boleh buat main-main, Amud.' Ulung Sali mengingatkan dia.

`Aku percaya, Kak Saebah ni ketulahan pada Ngah Derani,' ulangi Abang Amud memberi pendapatnya semasa berunding mahu mengubati penyakit Saebah.

`Sepanjang yang aku ingat, tak ada pula Saebah menderhaka pada aku,' jelas Ngah Derani pula, semacam membantah dakwaan adik ipamya.

`Ngah Derani memang tak nampak, sebab dia yang kena,' beritahu Abang Amud masih bertagan. Jauh di sudut hatinya dapat membayangkan bahawa Ngah Derani sudah terkena ubat guna-guna Saebah. Sebab itulah Ngah Derani tetap memandang segala perbuatan isterinya terhadap dirinya baik belaka.

Ketika berbincang mahu mengubati penyakit Saebah itulah Abang Amud mendedahkan kejadian yang pernah berlaku semasa kenduri majlis kahwin anak mereka. Abang Amud beritahu fasal dia terlalu mengantuk hingga tertidur di penanggah di sisi Ngah Derani.

Keesokan paginya, Saebah datang menggerakkan Ngah Derani supaya bangun segera mengambil sayur yang dipesan daripada Mail Badut, tetapi lelaki itu menggeliat-geliat malas. Dia masih terasa mengantuk dan keletihan akibat sama-sama terconggok menunggu penanggah bersama Abang Amud.

Disebabkan Ngah Derani menggeliat-geliat tidak bingkas bangun, Saebah menjadi marah. Lantas dia naik ke atas pangking penanggah menunjal ibu jari kakinya ke punggung Ngah Derani. Kemudian, menyepak-nyepak betis Ngah Derani, menggesa lelaki itu segera bangun. Perbuatannya ini memang dilihat sendiri oleh Abang Amud. Malu juga dia dengan sikap kakaknya berkasar terhadap suami sendiri. Cepat-cepat dia memarahi kakaknya kerana tidak menghormati suami. Tersipu-sipu juga Saebah apabila dijerkah Abang Amud. Sedangkan Ngah Derani hanya tersengih-sengih sahaja, seolah-olah isterinya sengaja bergurau dengan menyepak-nyepak betis.

`Itu contoh yang saya lihat sendiri,' tegas Abang Amud penuh yakin bahawa Saebah memang geruh ketulahan. `Selama ni, memang kita tau Kak Saebah melayan Ngah Derani macam budak-budak saja.' Dia tetap mendakwa penyakit yang dihidap Saebah itu disebabkan ketulahan bersikap kasar kepada suami sendiri.

`Kalau betul dia ketulahan pada aku, bila-bila pun aku ampunkan,' sahut Ngah Derani, ikhlas.

Tetapi penyakit Saebah tidak akan sembuh kalau sekadar berbincang sesama sanak saudara tidak habis-habis sehari suntuk. Dalam masa berbincang itu usaha mengubati tidak juga

(22)

19 dilakukan. Pada bahagian badan Saebah yang ditumbuhi kudis itu, kulitnya tegang mengening-ngening macam buah kundang masak.

`Kalau aku ketulahan Ngah Derani, aku sanggup minum air basuh kakinya,' perlahan Saebah memberitahu, semacam merayu agar dirinya dikasihani. Dia sudah tidak tertahan lagi menanggung derita kesakitan kudis yang dihidapinya itu.

Pada bahagian pelipat atas betisnya, di bawah ketiak dan di bahagian punggung, baunya sudah busuk berwap-wap. Manakala di bahagian bawah lehernya, ada daging sudah reput, di samping kelihatan ulat berenga sebesar pangkal lidi bergerak-gerak di celah daging busuk itu.

`Lebih baik mati saja daripada menanggung sakit macam ni,' keluh Saebah merintih-rintih dalam nada sungguh kecewa.

Jiran-jiran yang datang menziarahi memang terasa belas melihat keadaan Saebah yang kelihatan seolah-olah mayat busuk bernyawa. Dia juga mengakui akan perbuatannya sering bersikap kasar terhadap Ngah Derani selama ini, yang sepatutnya tidak wajar dilakukan oleh seorang isteri terhadap suaminya sendiri.

Tetapi dia percaya sikap perengusnya itu dapat diterima oleh suaminya, Ngah Derani. Lelaki itu tidak tersinggung sedikit pun dengan sikapnya, malah Ngah Derani tetap mencurahkan kasih sayang terhadapnya. Memang ada jiran-jiran menuduh dia

menggunakan ubat guna-guna bagi

menundukkan Ngah Derani supaya suaminya sentiasa menurut hujung telunjuknya setiap masa. Bagaimanapun, Saebah tahu dia tidak pernah menuntut sebarang amalan ubat guna-guna. Kebetulan Ngah Derani memang seorang yang lemah lembut, dan jarang melenting marah kalau tidak benar-benar terdesak. Sebab itulah orang ramai di kampungnya menuduh Saebah

menggunakan ubat guna-guna untuk

menundukkan Ngah Derani. Malah, Abang Amud sendiri beranggapan demikian.

Setelah berbincang bersama semua sanak saudara, Ulung Sali bersetuju mengubati Saebah. Apalagi Ngah Derani memang adik kandungnya sendiri. Kalau bukan dia bersusah payah mengambil berat semasa Ngah Derani dalam kesusahan, siapa lagi boleh diharapkan?

`Kalau begitu kita beri minum dan mandikan Saebah dengan air basuh kaki Derani.' Ulung Sali membuat keputusan. Memang dia sendiri tidak tertahan melihat keadaan Saebah yang semakin terseksa.

`Ubatkanlah aku ni, Ulung. . .,' rayu Saebah lagi. Dia terkejang sahaja di atas tikar beralaskan daun pucuk pisang akibat tidak tertahan menanggung bahang panas yang menyerap ke seluruh badan.

Keadaan ini semakin meyakinkan orang-orang kampung akan dakwaan Abang Amud bahawa Saebah benar-benar menderita sakit akibat ketulahan menderhaka kepada suami. Bahang panas itu pada pendapat mereka adalah bahang daripada api neraka yang membakar seluruh jiwa Saebah.

`Ampunkan aku, Ngah.' Mata Saebah layu memandang ke arah suaminya.

`Aku ampunkan,' sahut Ngah Derani, bergetar menahan rasa terharu yang menusuk perasaan. 'Macam mana besar pun dosa kau pada aku, memang aku ampunkan,' bisiknya, meminta isterinya bersabar menanggung penderitaan yang datang secara mendadak mengganggu keluarganya.

Anak-anak mereka yang sudah

berumahtangga juga datang berkumpul di rumahnya sebaik sahaja diberitahu mengenai penyakit Saebah. Kudis pekung yang merebak ke seluruh badan itu menyebabkan tubuh Saebah semakin lemah. Bermacam-macam ubat telah dipupukkan supaya kudis itu tidak mengganggu,

(23)

20 tetapi keadaannya semakin bertambah pasang kalau cuba diubati.

Kepala Saebah yang panas dipupuk dengan daun sedingin, manakala kudis pada seluruh badan iru dipupuk pula dengan pupuk jambu batu yang digiling dengan gambir. Ulung Sali sendiri yang menyuruh pupukkan supaya ulat berenga pada celah daging reput itu mati tergolek ke tikar.

Air Yasin yang didoakan oleh Lebai Budin juga diminumkan. Dijaram juga ke kepala hingga basah lokos. Namun, keadaan Saebah tidak juga beransur kurang. Dia terus terkejang sahaja dikelilingi sanak saudara yang hampir putus asa setelah puas berikhtiar mengubatinya.

Ngah Derani tidak henti-henti melakukan sembahyang sunat hajat setiap kali selesai fardu Maghrib, memohon doa ke hadrat Allah subhanahu wa taala agar disembuhkan penyakit isterinya.

Tetapi, setap kali Saebah meneguk air doa surah Yasin, kelihatan tenaganya pulih sedikit. Dia dapat menggerakkan tubuhnya di samping membuka mata memerhati sanak saudara dan jiran-jiran yang datang berkumpul mengelilingi dia. Bagaimanapun keadaan penyakitnya masih tidak berubah. Nafasnya berombakombak bagaikan tersumbat di hidung.

Setelah masing-masing bersetuju mengakui bahawa penyakit yang dihidapi oleh Saebah berpunca daripada ketulahan kepada suaminya Ngah Derani, maka Ulung Sali pun mula membuat persiapan untuk mengubatinya secara demikian. Dia menyuruh Ngah Derani mengambil wuduk terlebih dahulu, kemudian sisa air daripada gayung terakhir selepas digunakan oleh Ngah Derani membasuh kaki diasingkan.

'Air basuh kaki ni buat syarat saja,' beritahu Ulung Sali, perlahan setelah dapat mengagak mereka di situ menyangka air daripada basuhan kaki Ngah Derani sendiri perlu ditadah.

Sebenamya, air yang diperlukan itu hanya lebihan air yang digunakan oleh Ngah Derani setelah selesai mengambil wuduk. Air itu masih bersih lagi berbaki di dalam tempayan. Tidak kotor kalau digunakan untuk minum sekalipun.

Seminggu selepas Saebah diberi minum air basuh kaki Ngah Derani itu, dia semakin bertambah lemah. Tubuhnya juga kurus disebabkan tidak berselera untuk menjamah makanan. Bau busuk daripada tubuhnya semakin berwap-wap. Ulung Sali sendiri sudah kehabisan upaya untuk mengubatinya.

`Kalau macam ni, kau panggilkan Aki Sahak di Mentaus, Amud. . .,' ujar Ulung Sali setelah melihat keadaan Saebah tidak juga sembuh.

Abang Amud bersetuju menjemput Aki Sahak. Walaupun jauhnya tidak sampai lima belas batu, tetapi Abang Amud bimbang juga sekiranya Aki Sahak tidak ditemui. Kadangkala ada sahaja orang akan mengambil Aki Sahak hingga sampai ke Chenor di Pahang, atau ke Serting di Jempol. Kalau Aki Sahak tidak ditemui, ke mana pula mahu dicari?

Tetapi dia terpaksa juga mencari Aki Sahak, disebabkan permintaan Ulung Sali sendiri. Kalau sudah Ulung Sali sendiri tidak berupaya mengubati Saebah, sudah tentulah tidak ada siapa pun lagi di kampung itu yang sanggup mengubatinya. Selama ini mereka di situ memang mengharapkan Ulung Sali mengubati mereka yang sakit.

Seperti yang dijangkakan, memang Aki Sahak sudah dibawa orang ke Mentakab. Sekalipun dia berasa hampa, namun Abang Amud berpesan juga pada isteri Aki Sahak. Dia minta benar agar orang tua itu datang juga ke Pelangai. Kebetulan sepupu saya, Ustaz Mat Deh, ada di rumah Aki Sahak semasa Abang Amud sampai. 'Alhamdulillah, ustaz ada di sini.' Terbayang kegembiraan pada wajah Abang Amud sebaik ternampak Mat Deh menjengah di tingkap. 'Bila ustaz ke sini?' Cepat sahaja dia

(24)

21 bertanya sambil mendongak dari tengah halaman.

'Baru pagi tadi, Abang Amud,' sahutnya, perlahan. Dia mengenali Abang Amud ketika lelaki itu masih menetap di situ sebelum berpindah ke Pelangai. Selepas memberitahu dia sudah pindah ke Pelangai, Abang Amud terus menerangkan nasib yang menimpa kakaknya, Saebah. Dia juga menjelaskan Ulung Sali sendiri menyuruh memanggil Aki Sahak.

'Marilah ustaz tengok-tengokkan dulu.' Tidak bertangguh Abang Amud mempelawa Mat Deh.

'Emmm. .., saya pun dah lama tak jumpa Ulung Sali,' katanya, semacam bersetuju mengikut Abang Amud ke Pelangai.

Terlalu gembira Ulung Sali apabila diberitahu Mat Deh datang bersama Abang Amud. Terhinggut-hinggut dia membonceng di belakang basikal Abang Amud, melalui kebun getah berlorong kecil.

'Dah berapa lama Kak Saebah sakit?' Mat Deh menyoal sebaik melihat Saebah terkejang di tempat tidur.

'Dah dekat sebulan. . .,' beritahu Ngah Derani, sebak menahan kesedihan.

'Mengapa tak dibawa ke hospital?' soal Mat Deh, berpaling pada Ngah Derani.

'Ustaz fikir, elokkah dibawa ke hospital?' Abang Amud kehairanan dengan soalan Mat Deh.

Terdiam Mat Deh. Dia kembali merenungi ke dalam mata Saebah yang pejam tertutup rapat. Kemudian, dia menggeleng-geleng kepala sambil menghela nafas. 'Kalau ketulahan, dah pun diberi air basuh kaki suaminya,' jelas Abang Amud selanjutnya.

`Ketulahan apa pula?' Kesal benar Mat Deh dengan penjelasan tersebut. `Emmm. .., kalau ada Pak Tua Mahat bagus ni, tapi tak apalah, ktta berserah pada kekuasaan Allah,' katanya,

memandang Ulung Sali yang sudah

kebingungan dengan keadaan menimpa adik iparnya.

`Nak jemput Pak Tua Mahat, biar aku jemputkan,' lantas Abang Amud menawarkan diri. Dalam saat demikian dia sanggup ke mana sahaja asalkan kakaknya dapat diselamatkan.

'Kalau Pak Da Amud letih, saya pun boleh jemputkan.' Tiba-tiba Talib, menantu Ngah Derani bersuara. Dia tidak patut mendiamkan diri melihat keadaan emak mentuanya terkejang demikian.

'Kau tahu rumahnya di Mancis sana tu? soal Abang Amud, bangun berundur sedikit dari tempat kakaknya terkejang.

`Tak tau.' Talib menggeleng kepala.

Sekalipun dia sudah menjadi menantu Ngah Derani, tetapi bukanlah semua sanak saudara mentuanya dia kenal. Lagipun Pak Tua Mahat itu cuma saudara dua pupu sahaja pada Ngah Derani.

`Tak apalah dulu, Abang Amud. . . .'Mat Deh mendongak memandang Abang Amud yang tercegat di tengah rumah. `Kita tengok dulu malam ni, esok saya singgah di rumah Pak Tua Mahat.' Dia menenteramkan suasana kelam-kabut di situ.

Kemudian, dia berpaling pada Ulung Sali. `Tok Ulung jangan putus asa,' lantas digamitnya Ulung Sali supaya merapati Saebah. `Kita cuba lagi,' bisiknya, semacam memberi semangat pada Ulung Sali.

Ulung Sali mengangguk perlahan. 'Kalau Mat Deh ada, Tok Ulung gagahlah sikit mahu mengubatinya.' Dia memberi penjelasan sambil menepuk bahu Mat Deh.

`Tak ada siapa pun makhluk lebih berkuasa daripada Allah.' Mat Deh tiba-tiba bangun lantas mengambil wuduk di perigi.Tidak lama kemudian dia naik semula, lantas bertinggung di hulu kepala Saebah. Dia mula membacakan al-Fatihah, dengan tidak menghiraukan jiran-jiran yang duduk berkeliling. Apabila dia

(25)

22 membacakan tujuh ayat terakhir daripada surah Yasin diikuti dengan Ayatul Kursi, ayat tiga belas surah al-An'am dan ayat lapan puluh dua surah al-Isra', sekaligus Saebah terbatuk-batuk.

`Ulung serah pada Mat Deh,' ujar Ulung Sali apabila Saebah mula terbatuk-batuk selepas dibacakan ayat-ayat al-Quran.

Saebah yang terbaring lemah hanya terkebil-kebil sahaja. Dia sendiri sudah putus asa untuk berubat. Biarlah nyawanya direnggut hingga seluruh tubuh kaku menjadi mayat. Hidup pun sudah tidak memberi erti kalau daging semakin reput dengan ulat berenga sebesar lidi menghurung tubuhnya.

Ulung Sali tiba-tiba berdiri mengibaskan kain hitam sepanjang dua hasta dari kepala hingga ke kaki Saebah.Tiga kali Ulung Sali mengibaskan kain hitam itu, tiba-tiba Saebah menangis tersedu-sedu. Abang Amud yang sebelumnya duduk jauh di hujung kaki, bingkas bangun mendekati kakaknya.

Setelah mengibas-ngibaskan kain hitam itu, Ulung Sali kembali duduk. Kemudian, dia berpaling ke arah Mat Deh yang tertunduk memejamkan mata sambil tangannya tidak lepas daripada kepala Saebah. Dia mendengar Mat Deh membacakan al-Fatihah tiga kali sebelum merebahkan diri lantas tertidur di hulu kepala perempuan itu. `Biarkan dia tidur macam tu,' bisik Abang Amud memandang Ngah Derani kerana abang iparnya terkejut apabila melihat Mat Deh rebah di situ. Ngah Derani menyangka Mat Deh pula dijangkiti penyakit isterinya hingga tiba-tiba sahaja rebah tidak sedarkan diri. Melihatkan Mat Deh sudah rebah di hulu kepala Saebah, segera pula Ulung Sali beralih duduk herhampiran dengan Mat Deh. Dia

memegang tangan Mat Deh dengan

membacakan al-Fatihah juga. Kemudian, dia senyap tidak berkata apa-apa.

Setelah hampir satu jam Mat Deh terbaring barulah dia bangun. Matanya kelihatan merah

seperti orang baru terbangun tidur sewaktu siang hari. Dia mengusap-usap tapak tangan ke mukanya sambil beristighfar beberapa kali.

`Macam mana, ustaz?' Tidak bertangguh Abang Amud bertanya.

`Serahkan pada Allah . . .,' bisik Mat Deh, keletihan, kemudian meminta air sejuk segelas untuk minum. Tetapi Ulung Sali tahu Mat Deh sudah menembusi tempat persembunyian syaitan yang mengganggu Saebah selama ini. Bagaimanapun, Mat Deh menyembunyikan rahsia itu daripada sesiapa pun di situ.

Mat Deh sudah sampai di kawasan gelap-gelita serta angin kencang yang menghalang perjalanannya. Sayup-sayup di telinganya dia mendengar suara Ulung Sali menyuruhnya membacakan surah ad-Dhuha berulang kali.

Kabus hitam yang menyelubunginya sekaligus hilang apabila dibacakan surah ad-Dhuha. Tetapi angin kencang terus juga bertiup hingga pohon-pohon di sekitar kawasan meliuk-liuk. Cepat pula Mat Deh membacakan surah al-Ikhlas sebelas kali menyebabkan angin kencang terhenti macam tersentak.

Ketika ini Mat Deh merasakan dirinya berjalan di tebing sungai memerhatikan airnya yang keruh. Di satu selekoh, seekor bangkai harimau tersangkut pada tunggul kayu di tengah air. Bangkai harimau yang sudah busuk itu tiba-tiba bingkas bangun mahu menerkam ke arah Mat Deh, tetapi terpelanting semula ke atas tunggul apabila Mat Deh menghembuskannya dengan membaca al-Fatihah.

'Kau nak berselindung di sebalik bangkai harimau !' ejek Mat Deh, memerhatikan sekitarnya.

Bangkai harimau itu bangun semula berlegar seperti seekor harimau ganas di tengah rimba. Apabila dia melaungkan azan sepuluh kali, bangkai harimau yang berlegar-legar itu terhenti. Dia melihat seorang lelaki tua berpakaian serba hitam menunggang belakang harimau tersebut.

Referensi

Dokumen terkait