Ramai tetamu menunggu giliran di tengah rumah semasa saya naik ke rumah Lebai Ripin. Lantas sahaja dia menggamit supaya saya duduk di sisinya. Memang dia akan mengajak saya duduk di sebelahnya asal sahaja saya jengah ke Pelangai menemui dia. Lagi pun sudah lama saya tidak ke rumah Lebai Ripin semenjak berpindah kerana mahu belajar lagi.
Apa lagi disebabkan kerapkali pula ke Bukit Tinggi, ramai juga kawan-kawan yang tidak sempat dikunjungi. Semenjak Aki Sahak, Ulung Sali dan Abang Amud sudah meninggal dunia, memang jarang saya ke Pelangai. Tetapi Lebai Ripin sekadar tinggal berhampiran sahaja, hanya sekali sekala sahaja saya temui semasa arwah Aki Sahak masih hidup. Sebab itulah saya tidak berapa rapat sangat dengannya.
Tetapi dia riang benar sekiranya saya berkunjung ke Pelangai singgah juga ke rumahnya. Mulutnya becok menyuruh isterinya Maseni siapkan hidangan sekalipun sekadar gulai ikan kering rencah pisang muda. Apalagi kalau saya datang bersama isteri saya, bertambah becok pula Maseni mahu melayani.
Mereka tidak peduli sangat tetamu yang ramai menunggu meminta doa hingga terpaksa sampai santak tengah malam. Semasa yang berkunjung bersama isteri saya ke rumahnya inilah Andak Soyah datang ke situ bersama suaminya Udin Punggah. Mereka suami isteri gembira benar disebabkan penyakit gatal-gatal badan yang dihidapi oleh Mahani semakin bertambah pulih.
"Saya ni masih ada sikit-sikit gangguannya, Tuan." ujar Andak Soyah mengerling suaminya Udin Punggah.
"Malam ini ustaz ada sama, bolehlah dia bantu." sengaja Lebai Ripin menolak kepada saya dengan tersenyurn memandang ke arah saya.
"Mahani pun dah sembuh, Tuan," segera Kiman memberitahu mengenai penyakit anaknya sudah pulih. "Dah tak pernah lagi kena gatal-gatal macam rerata tu." dia tersengift-sengih menunjukkan kulit anaknya masih kelihatan kesan berparut. "Alhamdullillah, semuanya dengan izin Allah," Lebai Ripin mencebek bibir.
"Pengerasnya macam mana, Tuan?" ujar Kiman menyebabkan Lebai Ripin mengerutkan dahi.
"Pengeras, carilah besi!" tersinggung benar Lebai Ripin apabila ditanya mengenai pengeras setelah berubat di rumahnya.
"Tuan Lebai ni bukannya dukun, mana ada pengeras," salah seorang tetamu mencelah ingatkan Kiman mengenai sikap Lebai Ripin yang tidak pernah menetapkan pengeras berubat.
104 Dia sekadar berdoa sahaja bukan mahu mengubati penyakit biar sampai sembuh.
"Saya tak tahu, sebab itu saya bertanya," jelas Kiman setelah menyedari perasaan Lebai Ripin tersinggung.
Manalah dia tahu mengenai rawatan di rumah Lebai Ripin. Dia datang jejak kaki ke situ pun setelah didesak isterinya, bukan disebabkan memahami sangat cara mana Lebai Ripin membuat rawatan. Sudah beberapa kali dia berulang alik ke situ, tidak siapa pun bertanyakan fasal pengeras selepas habis berubat. Lebih baik dia bertanya berterus terang sama ada pengeras itu ditetapkan atau pun tidak.
Disebabkan Andak Soyah sekeluarga datang lebih awal dari tetamu yang lain, sengaja Lebai Ripin mernanggilnya mara ke hadapan. Andak Soyah disuruh duduk berlunjur kaki bersama Mahani. Sewaktu Lebai Ripin memegang ibu jari kaki Andak Soyah dia masih terjerit kuat seolah-olah dicucuh besi panas.
Tetapi Mahani tidak menanggung sakit apa-apa. Bibir yang pucat juga sudah mula merah semula, sekalipun kulitnya kesat seolah-olah bersalin kulit. Disebabkan ramai sangat tetamu menunggu giliran lantas Lebai Ripin berbisik meminta saya tengokkan Andak Soyah.
"Ustaz ni guru saya," ujar Lebai Ripin merendah seolah-olah harapkan saya membantunya ketika itu. Tetapi saja dia sengaja bergurau, kerana perkara siapa menjadi guru tidak penting sangat. Tidak pernah pun saya mengajar apa-apa kepadanya sampai mahu dikatakan saya menjadi guru kepadanya itu.
"Apa yang saya tahu, Lebai Ripin lebih tahu Soyah tiba-tiba sahaja merungut tidak tentu biji butir.
Sekaligus pula Andak Soyah bingkas bangun disebabkan terlalu marah melihat saya terconggok di situ. Semasa dia mahu menerkam tangannya menjadi kaku tidak boleh digerakkan
menyebabkan dia tercungap-cungap menahan sesak nafas.
"Hah, dengan ustaz ni tak dapat awak nak berlindung!" Segera Lebai Ripin mengejek apabila Andak Soyah berpusing-pusing mahu gerakkan badannya yang terkaku bagaikan batu tersergam.
Berdebar hati Kiman melihat keadaan emaknya kaku tidak dapat bergerak. Kalau tidak disebabkan ayahnya Udin Punggah menghalang mahu sahaja dia membantu emaknya. Masakan maknya tiba-tiba saja tidak boleh gerakkan badan sebaik sahaja bingkas bangun mahu menerkam ke arah saya.
Lama Andak Soyah tercegat tidak bergerak barulah dia terhuyung hayang mahu rebah ke lantai. Segera Lebai Ripin memberi isyarat supaya Udin Punggah membantu isterinya. Setelah dibaringkan Andak Soyah perlahan-lahan menggerakkan badannya tetapi dia merungut seolah-olah tubuhnya diikatkan dengan tali melilit.
"Lepaskan tali yang mengikat badan aku ni!" rungut Andak Soyah cuba meronta-ronta.
"Mana pula ada tali ni'?" sahut suaminya Udin Panggah menyindir kerana dia tidak melihat seutas tali pun terlilit di badan Andak Soyah.
"Awak tu mana tahu!" bentak Andak Soyah mencemik muka disebabkan marah benar disindir oleh Udin Punggah.
"Hah, yang sakit Mahani macammana berpindah pada mak?'' gerutu Kiman kerana tidak menyangka emaknya pula yang menanggung sakit yang dihidapi oleh anaknya.
"Ustaz ni sengaja nak menyusahkan orang!" semakin marah Andak Soyah meronta-ronta macam mahu melepaskan dari ikatan tali yang membelit kukuh.
Apabila saya hembuskan ke mukanya dengan membacakan: lnnahu min-Sulaiman wa-innahu bismillahir rahmannir rahim, Andak
105 Soyah seoIah-olah terkejut. Dia bingkas duduk macam termangu tidak menentu. Lama dia terkebil-kebil mata memerhati suaminya Udin Punggah yang memujuknya supaya bertenang.
Tetapi Lebai Ripin ingatkan Udin Punggah mengenai isterinya masih belum ingat apa-apa ketika itu. Andak Soyah terpinga-pinga disebabkan dia merasakan dirinya tercampak jauh ke tengah perkampungan lama. Terkejut benar dia disebabkan tidak pernah jejak kaki ke situ.
Sekaligus pula dia melihat Tok Lanam berdiri di anjung rumah memerhati orang-orangnya berceratuk di tengah halaman. Mereka mengajak Tok Lanam segera tinggalkan kampung halaman disebabkan kampung mereka diserbu musuh. Tetapi Tok Lanam tidak mahu mengalah selagi dia masih tercegat di situ.
Tok Lanam tetap berdegil tidak mahu berundur. Di situlah kampung halamannya masakan dia mudah sangat menyerah kalah. Disebabkan Tok Lanam berkeras mahu bertahan orang-orangnya tidak bertangguh meninggalkan dia di situ. Mereka tidak rela terperangkap semata-mata ikutkan degil Tok Lanam.
Sekalipun isterinya mengagak Tok Lanam berundur kerana bimbang anak gadisnya akan diceroboh musuh, dia tetap tidak berganjak dengan keputusannya. Hinggalah musuh menyerbu Tok Lanam tetap bertahan di situ. Tatkala anaknya dilarikan musuh Tok Lanam terus mengamuk tidak peduli apa-apa lagi, hingga dia tersungkur akibat kepalanya dipenggal musuh.
Mayat Tok Lanam terbiar di tengah halaman dengan kepalanya terpisah dari badan. Isterinya yang cedera disinggahi tetakan parang musuh juga tersandar di dinding rumah tidak dapat bergerak. Ketika ini Andak Soyah cuba mara ke hadapan untuk membantu isteri Tok Lanam yang cedera parah, tetapi dia tertampan pada
dinding cermin. Andak Soyah sekadar melihat isteri Tok Lanam mengerang-erang kesakitan.
Setelah orang-orang yang menceroboh meninggalkan rumahnya, tiba-tiba sahaja kepala Tok Lanam bercantum semula dengan badannya. Dia bingkas bangus lantas menyapu-nyapu pasir yang melekat pada bekas lehemya yang terpenggal. Selepas kepalanya bercantum semula, cepat-cepat Tok Lanam mendekati isterinya. Sebaik sahaja dia mengusap dengan tapak tangan pada bahagian yang luka di badan isterinya, sekaligus luka-luka berkenaan bertaup semula.
"Anak kita dilarikan orang tu," beritahu isterinya Ucum yang segar semula setelah lukanya sembuh.
"Tak apa, dia takkan buat jahat!" ujar Tok Lanam mencemik muka. "Dia nak ambil anak kita jadi isterinya, biarlah," gerutunya tidak mahu berdendam apa-apa lagi.
"Bagaimana kalau dia tahu awak macam ni?" bimbang juga Ucum sekiranya musuh datang semula menyerbu sebaik sahaja mereka dengar Tok Lanam bangun semula setelah kepalanya terpenggal.
"Kalau mereka tahu, tentu huru hara lagi," bisiknya seolah-olah kesal dengan kejadian tersebut.
Terpaksa Tok Lanam mengajak isterinya lari ke hutan. Tatkala bertemu dengan kawannya Itam Sunoh di kawasan hutan, lantas Tok Lanam beritahu mengenai kejadian yang menimpanya. Dia memujuk Itam Sunoh meminta orang-orangnya yang lari ke hutan balik semula ke kampung halaman.
Kemudian dia berpesan pada Itam Sunoh supaya buatkan kubur pada dua bukit yang dipisahkan oleh anak air. Sewaktu orang-orang musuhnya dari kampung seberang menjengah ke situ setelah diberitahu oleh anak gadisTok Lanam supaya kebumikan mayat ayahnya, Itam Sunoh mengakui mematuhi wasiat Tok Lanam.
106 Kepalanya ditanamkan di sebuah bukit, sementara badannya di sebuah bukit yang lain dengan dipisahkan oleh anak air. Kalau tidak dipisahkan nescaya kepala itu akan bercantum semula hingga Tok Lanam bangun seperli sediakala. Memang anaknya Seri mengakui ayahnya boleh hidup semula kalau tidak diikuti petua tersebut.
Sawar yang berkahwin dengan Seri juga tidak berniat mahu teruskan dendamnya terhadap Tok Lanam. Apa sangat mahu terus berdendam kalau Seri sudah rela menjadi isterinya setelah Tok Lanam terbunuh. Sebab itu dia mahukan orang-orangnya segera kebumikan mayat Tok Lanam.
Tetapi semasa orang-orang Sawar datang menjengah ke situ mereka tidak menemui lagi mayat Tok Lanam yang terpenggal kepala. Masing-masing menjadi gementar kerana bimbang Tok Lanam akan membalas dendam setelah bingkas bangun semula. Mereka juga dengar mengenai Tok Lanam boleh bangun semula setelah terkejang kaku tidak bergerak. Sebab itu mereka penggal kepala Tok Lanam biar tidak boleh bangun membalas dendam.
Sebelum Sawar menyerbu ke perkampungan Tok Lanam, dia juga sudah diberitahu mengenai Tok Lanam pernah diterkam harimau sampai seluruh badan calar balar macam berkecai habis. Tetapi tidak sampai harimau berkenaan memamah Tok Lanam apabila ia menggelepar akibat seluruh badannya kejang kaku.
Harimau berkenaan bagaikan termakan racun tatkala darah Tok Lanam berlumuran di taringnya. Tatkala embun pagi turun Tok Lanam bingkas bangun dengan mengusap-usap seluruh badannya dengan tapak tangan. Luka-luka calar balar akibat diterkam harimau bertaup mula seolah-olah tidak berbekas langsung dikerkah binatang ganas itu.
Sebab itu Sawar mahu orang-orangnya penggal sahaja leher Tok Lanam biar mati
sekaligus. Apabila orang-orang Sawar menyedari mayat Tok Lanam tidak ada lagi tergoleng di tengah halaman rumahnya, tidak bertangguh mereka memberitahu Sawar. Bimbang juga Sawar sekiranya Tok Lanam akan menjelma di depannya lantas membalas dendam.
Tetapi Seri ingatkan dia supaya jangan berenggang langsung dengannya.Tentu ayahnya tidak akan tergamak membalas dendam setelah menyedari Sawar menjadi menantunya. Memang Sawar tidak terniat langsung mahu berkahwin dengan Seri, kerana dia datang menyerbu ke kampung Tok Lanam semata-mata mencari anak raja yang disembunyikan.
Tok Lanam berkeras tidak mahu serahkan anak raja yang bersembunyi di kampungnya, setelah dituduh anak raja itu mahu menipu. Dia mengaku berhak menjadi raja sekalipun sekadar kerabat sahaja yang tidak mempunyai apa-apa kedudukan. Tetapi Tok Lanam terpaksa lindungkan juga disebabkan anak raja berkenaan berkahwin dengan anak perempuannya.
Masakan dia rela serahkan menantunya kepada Sawar untuk ditawan sebelum diserahkan kepada raja. Tok Lanam sendiri tidak tahu raja mana yang mahu menangkap menantunya itu semata-mata mengaku dirinya anak raja sebelum berkahwin dengan anak perempuan Tok Lanam.
Tidak patut Sawar berasa marah sekiranya lelaki itu mengaku dirinya anak raj, kerana Tok Lanam sendiri yang menjadi mangsa. Sebab itu dia berkeras melawan Sawar sekali lelaki itu mewakili raja. Tok Lanam sendiri tidak tahu raja mana yang diwakili oleh Sawar apabila menyerbu ke kampung halamannya.
"Tok Lanam hidup semula," gementar orang-orang Sawar memberitahu sebaik sahaja Sawar datang jejak kaki ke situ.
"Kita cari mayatnya dan kebumikan," ujar Sawar tenteramkan hatinya sendiri yang rusuh
107 setelah menyedari Tok Lanam tidak ada lagi tergolek di tengah halaman.
"Tok Lanam sudah dikebumikan," sahut Itam Sunoh memberi jaminan bahawa mereka tidak akan diganggu.
"Bagaimana Itam kebumikan ayah?" desak Seri seolah-olah tidak percaya dengan pengakuan Itam Sunoh itu.
"Kepalanya kami kebumikan di bukit saja, dan badannya dikebumikan di bukit sini "jelas Itam Sunoh menyimpan rahsia yang terpendam jauh di sudut hatinya."Kepala dan badannya tidak akan bercantum kerana dipisahkan oleh anak air," dia menambah seperti pesan yang disampaikan oleh Tok Lanam.
"Saya percaya dengan apa yang Itam beritahu," ujar Seri mengerling suaminya Sawar. Memang dia satu-satunya yang tahu mengenai rahsia amalan ayahnya yang boleh bercantum semula kepala sekalipun terpenggal putus.Penjelasan Itam Sunoh itu memang sama dengan apa yang diberitahu oleh ayahnya Tok Lanam mengenai amalan makan lam sejak bertahun-tahun.
Tahu sangat Seri ayahnya yang menyimpan binatang lam itu di dalam perigi sama seperti gamat yang meliar di pantai berteluk. Ayahnya akan menangkap lam itu kemudian ditelan hidup-hidup tatkala matahari tengah naik sepenggalah. Selepas itu tiga hari ayahnya sekadar makan sayur-sayur sahaja dengan tidak menjamah ikan atau daging.
Dalam masa setahun nescaya ayahnya akan menelan lam itu sampai tiga kali. Setiap kali ayah menelan lam, dia tidak benarkan siapa sahaja bermain pisau hingga melukakan tangan. Disebabkan Seri seringkali desak dia beritahu mengenai rahsia lam yang dipeliharanya di dalam telaga, terpaksa juga Tok Lanam beritahu anak kesayangannya mengenai kelemahan amalan tersebut.
Memang benar seperti diberitahu Itam Sunoh mengenai cara mengkebumikan ayahnya sekira menemui ajal dengan kepala terpenggal. Kalau tidak terpenggal pun ayahnya sendiri meminta supaya dikerat kepalanya untuk dikebumikan berasingan dari badannya. Tok Lanam tidak dapat melarikan diri daripada ketentuan demikian setelah amalkan menelan lam untuk pertahankan dirinya dari musuh.
"Amalan yang sia-sia,"tutur Sawar kesal kerana terpaksa dipenggal juga leher kalau mati tidak cacat apa-apa. Alangkah sedihnya keluarga kalau mayat terbujur terpaksa dipenggal leher disebabkan badan dan kepala tidak boleh dikebumikan sama di dalam satu liang lahad.
"Kita tengok lam yang dipelihara ayah dalam telaga,"tidak bertangguh Seri mengajak suaminya menjengah telaga tempat Tok Lanam membela lam tidak jauh dari rumahnya.
Semasa mereka menjengah ke dalam telaga, terkejut benar Seri disebabkan air di dalam telaga itu kering kontang. Tidak seekor pun lam menjalar di dasarnya setelah air kering di bawahnya. Mengeluh panjang Seri disebabkan tidak sempat menatap wajah ayahnya sebelum Tok Lanam dikebumikan.
Tetapi dia tidak salahkan Itam Sunoh yang kebumikan mayat ayahnya dengan tidak menunggu dia datang menjengah. Tentu Itam Sunoh tidak sanggup menunggu lama untuk kebumikan mayat Tok Lanam.
"Macam mana dengan emak saya, Itam?" Seri semakin sebak apabila kenang emaknya yang ditinggalkan semasa rumah mereka diserbu.
"Emak awak juga meninggal dunia kerana cedera parah," ujar Itam Sunoh sengaja
menyembunyikan rahsia yang mesti
dipegangnya kukuh-kukuh.
"Kita pun sudah banyak buat kesilapan!" keluh Sawar perlahan sebaik sahaja diberitahu mengenai kematian Tok Lanam dan isterinya akibat serangan tidak berperi kemanusiaan.
108 Kalaulah dia sanggup berdamai setelah lelaki yang mengaku anak raja itu melarikan diri, tentu kejadian buruk demikian tidak berlaku.
Apalagi setelah Seri menjadi isterinya semakin kesal Sawar kerana bimbang dituduh membunuh Tok Lanam semata-mata mahu berkahwin dengan anaknya. Sebab itulah Sawar mengambil keputusan tidak mahu menetap di perkampungan Tok Lanam. Lebih baik dia melarikan diri ke perkampungan yang jauh dari situ.
Memang Tok Lanam tidak pernah menjengah ke perkampungannya, sekalipun dia tahu Sawar menyesal dengan perbuatan menyerang ke situ. Biarlah dia sembunyikan diri di tengah hutan bersama isterinya Ucum. Satu-satunya yang seringkali menemui dia di kawasan hutan itu ialah Itam Sunoh.
Hinggalah Tok Lanam meninggal dunia setelah mengidap demam panas, Ucum bersama Itam Sunoh tetap rahsiakan juga mengenai ketua .kampung mereka itu. Sebaik sahaja mayat Tok Lanam dibujurkan, lantas sahaja Ucum meminta Itam Sunoh memenggal kepala mayat. Dia mengajak orang-orang kampung berpecah dua untuk kebumikan mayat Tok Lanam di dua buah bukit yang dipisahkan oleh anak air.
"Kita terpaksa penggal leher mayat ni," beritahu Ucum sebaik sahaja orang-orang kampung datang menjengah.
Terkejut juga orang-orang kampung apabila diberitahu mengenai Tok Lanam tidak mati setelah dibunuh oleh orang-orang Sawar. Tentu anaknya Seri akan meratap menerpa mayat ayahnya sekiranya dia tahu mengenai kejadian yang menimpa diri ayahnya.
"Sebelum kita penggal leher mayat ni, elok kita beritahu Seri," lantas Itam Sunoh memujuk.
"Biarkan, dia melawan ayahnya kerana sanggup nikah dengan Sawar!" sahut Ucum masih menyimpan dendam di atas perbuatan Sawar menyerbu rumahnya. Kalau tidak
disebabkan perbuatan Sawar nescaya dia anak beranak tidak porak peranda. Apalagi Seri sendiri sanggup menjadi isteri Sawar yang sanggup membunuh Tok Lanam.
"Kalau begitu keputusan awak, terpaksalah kita kebumikan cepat," ujar Itam Sunoh mengeluh pendek.
"Kita kebumikan sebelum embun turun," beritahu Ucum ingatkan jiran-jirannya mengenai petua yang digunakan oleh Tok Lanam.
Tahu sangat dia mayat Tok Lanam akan kejang menjadi batu kalau tidak sempat dikebumikan sebelum embun turun. Bimbang juga Ucum kalau badan mayat akan bangun berdiri meninggalkan kepalanya yang telah dipenggal. Manalah tahu mayat tidak berkepala itu merayau-rayau di dalam kampung sampai 44 hari.
Memang Tok Lanam sudah pesankan supaya mayatnya mesti dipenggal kepala. Kemudian dikebumikan berasingan pada dua buah bukit yang dipisahkan oleh anak air. Kalau mayatnya tidak dipenggal kepala Tok Lanam sendiri tidak tahu apa akan terjadi kerana petua yang diturunkan kepadanya sekadar menyuruh penggal sahaja kepala.
Sebab itu Ucum juga tidak dapat mengagak sekiranya mereka berdegil melanggar petua yang telah ditetapkan oleh Tok Lanam. Beberapa kali Tok Lanam ingatkan isterinya sekiranya tidak dipenggal kepala nescaya kepalanya akan melayang sendiri meninggalkan badan, atau badannya berjalan merayau-rayau sendiri meninggalkan kepala.
Tengah malam itu juga mayat Tok Lanam dikebumikan pada dua buah kubur. Sebahagian orang-orang kampung mengusung kepalanya ke bukit setelah kanan, manakala mereka yang mengusung badan mayat membawa ke bukit setelah kiri. Selepas sahaja dikebumikan mereka
109 terdengar laungan kuat dari bukit sebelah kanan asal sahaja embun tengah malam turun.
Selama 44 malam mereka terdengar kepala Tok Lanam melaung mengajak badannya yang dipenggal itu bercantum semula. Gema laungan itu bergema setiap kali embun turun tengah malam, Ketika ini Andak Soyah terkejut disebabkan gema laungan kepala mengajak bercantum semula itu terasa menggerunkan dia.
Andak Soyah terkebil-kebil mata cuba ingatkan semula kejadian yang dilihatnya setelah terpinga-pinga sebaik sahaja saya hembuskan ubun-ubunnya dengan membaca tiga kali alFatihah.
"Tanyalah Andak Soyah, apa yang dia nampak," ujar saya perlahan memandang Kiman dan Udin Punggah.
"Istighfarullahhul azim, keluh Andak Soyah memicit-micit lututnya akibat lenguh-lenguh seluruh badan.
"Apa yang mak nampak?" tidak sabar lagi Kiman terus mendesak. Perkara anaknya Mahani gatal-gatal seluruh badan sudah tidak penting lagi, disebabkan emaknya pula termengah-mengah tidak menentu apabila disuruh berlunjur kaki di depan saya.
"His, kamu ni tunggulah dulu!" gerutu Udin Punggah ingatkan anaknya apabila mendesak sangat.
"Memang Tok Lanam," ujar Andak Soyah terharu apabila kenang melihat bayangan Tok Lanam dengan mayatnya terbujur tetapi terpaksa dipenggal leher oleh Itam Sunoh.
"Bapa saudara saya Tok Mukim tu memang keturunan dari Tok Lanam," sebak sangat Andak Soyah memberitahu saya.
Sewaktu bapa saudaranya Tok Mukim beritahu mengenai perigi buta dibelakang suraunya tempat Tok Lanam membiakkan lam, sengaja Andak Soyah tidak ambil peduli sangat. Manalah dia tahu mengenai khasiat lam yang
sengaja dipelihara oleh Tok Lanam di dalam perigi berkenaan.
Tanah peninggalan yang didiami oleh Tok Mukim sejak turun temurun mereka warisi dari Tok Lanam. Tahu sangat Andak Soyah memang dia juga keturunan Tok Lanam di sebelah emaknya, tetapi dia tidak peduli sangat mengenai perigi buta tempat Tok Lanam memelihara Lam. Di dalam perigi buta itulah dia