Memang keluarganya lama berpindah ke kawasan Felda, sampai tidak tahu sangat mengenai kampung halamannya. Apabila tinggal di Bandar sekali-sekala Kiman akan balik ke Felda tempat keluarganya menetap, bukan kampung halaman yang sudah bertahun-tahun ditinggalkan. Manalah dia tahu sangat kalau ditanya mengenai pokok mempelam, pokok kelapa condong atau pokok manggis di belakang masjid kampung peninggalannya.
Lainlah kalau ditanyakan pada emaknya Andak Soyah boleh jadi juga tahu mengenai kampung halaman yang ditinggalkan sebaik sahaja berkahwin dengan Udin Punggah. Beberapa bulan sahaja selepas berkahwin dengan
93 Udin Punggah mereka tinggalkan kampung halaman memasuki kawasan Felda.
Sebab itu Kiman tidak tahu sangat mengenai kampung halamannya yang lama ditinggalkan. Kalau tidak disebabkan anak-nya Mahani seringkali di-ganggu sakit gatal-gatal hingga bengkak seluruh badan, memang dia tidak jejak kaki ke Pelangai menemui Lebai Ripin. Isterinya Solebah yang mendesaknya menemui Lebai Ripin di Pelangai setelah jirannya beritahu mengenai dirinya mengidap sesak nafas.
Beberapa kali ke klinik memang dia tidak mengidap penyakit lelah. Tiga kali dia berulang ke rumah Lebai Ripin, terasa penyakit lelahnya beransur baik. Sebab itu jirannya desak Solebah bawa anaknya Mahani menemui Lebai Ripin sahaja. Setelah dibawa ke klinik Mahani sekadar diberikan ubat sapu sekiranya gatal-gatal itu membengkak di seluruh badan.
Tetapi seluruh badan Mahani bagaikan terkena rerata setiap kali gatal-gatal itu menggaggu. Apabila disapu krim yang dibekalkan oleh klinik, kulitnya menjadi merah melecet. Kadangkala kulit mukanya menjadi hodoh apabila rerata yang timbul di kulit muka bertukar menjadi hitam lebam.
"Kalau aku tahu orang yang gunakan sihir ni, aku tetak lehernya!" gerutu Kiman menuduh anaknya terkena gangguan sihir yang diamalkan mereka mahir dengan ilmu hitam.
"Perkara tak nampak dengan mata kasar, memang susah Kiman." Bidin Bacar jirannya ingatkan dia. "Masa sekarang mana orang nak percaya benda macam ni!" tersengih-sengih dia apabila kenang Kiman terlalu marah dengan nasib yang menimpa anak gadisnya.
"Orang gunakan sihir ni pengecut!"tutur Kiman meluahkan rasa geram yang mendongkol. "Kalau berani mari berdepan, biar aku cekak lehernya," dia menggertap bibir sambil mendengus marah.
"Kalau dia dah berani, buat apa gunakan sihir," usik jirannya Bidin Bacar lantas mendesak supaya balik ke kampung mencari penawarnya.
Tetapi Kiman tidak peduli sangat dengan penawar di kampung. Manalah tahu dukun atau bomoh sengaja mahu permainkan keluarganya. Puas berulang alik ke kampung belum tentu lagi Mahani akan pulih atau tidak. Sudah beberapa kali dia diberitahu mengenai kawan-kawan di pejabat yang terpedaya dengan mereka yang mengaku menjadi dukun atau bomoh.
Apa lagi kalau kenang Mat Nasar hilang duit dalam simpan-nya semata-mata dijanjikan duitnya akan beranak kalau ditapakan tujuh malam. Bomoh itu sendiri membantu Mat Nasar bungkus duit seribu ringgit dengan kain putih ditabur kemenyan. Kemudian dibalut tiga lapis dengan kain kuning, hitam dan merah sebelum ditapakan di bumbung atap.
Setiap hari Mat Nasar melihat bungkusan berkenaan tergantung di situ asal sahaja mendongak ke bumbung. Setelah tujuh hari ditapakan. dia sendiri memanjat bumbung. Apabila bungkusan dibuka Mat Nasar sekadar melihat kertas surat khabar direnyuk. Ke mana lagi dia mahu mencari bomoh berkenaan setelah perdayakan dirinya yang percaya sangat duit seribu ringgit itu akan beranak.
Sebab itu Kiman payah sangat mahu menemui dukun atau bomoh kalau mahu mengubati anaknya Mahani. Biarlah berulang kali ke klinik sejak tiga tahun, hingga doktor pun beberapa kali nasihatkan dia supaya menemui doktor pakar sahaja. Tetapi menemui doktor pakar juga belum tentu lagi penyakit Mahani dapat diubati kecuali diuji darah atau apa sahaja yang diperlukan.
"Cubalah dulu ke Pelangai, jumpa Lebai Ripin," Bidin Bacar ingatkan Solebah supaya tidak berharap sangat penyakit anaknya akan sembuh sekalipun terpaksa menunggu bertahun-tahun.
94 Disebabkan Solebah berkeras sangat mahu membawa anaknya Mahani menemui Lebai Ripin di Pelangai, terpaksa juga Kiman mengalah. Kalau Lebai Ripin mahu perdayakan dia sama seperti nasib yang menimpa Mat Nasar, tentu dia juga tidak dapat selamatkan diri.
"Apa-apa hal cuba dulu, jangan putus asa," desak Solebah mencebek bibir kerana sikap suaminya yang membuat sangkaan buruk semata-mata.
Memang serba salah juga Kiman mahu membantah. Emaknya juga mendesak dia balik ke Felda kalau mahu mencari penawar di kampung. Disebabkan sikap Kiman yang berdegil sangat tidak harapkan penawar dari dukun atau bomoh menyebabkan ayahnya Udin Punggah tidak peduli sangat, dengan penyakit yang ditanggung oleh cucunya itu. Kalau disebabkan rerata bila-bila Udin Punggah boleh sapukan lengkuas sahaja ke seluruh badan nescaya gatal-gatal Mahani hilang serta merta.
Tahu sangat Udin Punggah kalau gatal-gatal seluruh badan disebabkan rerata memang tatkala senja mula mengepak. Ketika ini pontianak akan berkeliaran mencari tempat berangguh di mana-mana pohon merimbun rendang. Tempias kencing pontianak itulah menyebabkan sesiapa sahaja disinggahkan akan gatal-gatal seluruh badan. Kulit juga membengkak bagaikan terkena ulat bulu bergayut di merata daun.
Beberapa kali juga Andak Soyah asak telinga suaminya Udin Punggah mengenai cucu mereka Mahani mudah sangat gatal-gatal seluruh badan. Kulit juga membengkak laksana terkena ulat bulu melentik-lentik badan. Tetapi Udin Punggah sekadar mencemik muka sahaja seolah-olah tidak peduli sangat mengenai penyakit gatal-gatal Mahani.
Kalau didesak pun Kiman mencari dukun atau bomoh di kampung memang dia tidak percaya langsung. Sebab itu Udin Punggah tidak
mahu bersuara apa-apa. Selagi Kiman sendiri tidak meminta pertolongan dia, sampai bila pun Udin Punggah tidak akan peduli apa-apa. Sudah lebih tiga tahun Mahani mengidap gatal-gatal badan, masakan Kiman tidak boleh berfikir sampai bila dia mahu berdegil?
Sudah berkali-kali dibawa ke klinik menemui doktor penyakit gatal-gatal Mahani tidak juga sembuh. Kulit bengkak seperti terkena alat bulu itu tidak sekadar menunggu waktu senja mengepak sahaja, kadangkala pagi tatkala matahari tengah naik sepenggalah pun gatal-gatal itu akan pasang.
"Kalau kau fikir anak kamu terkena sihir, carilah penawar sihir tu!" desak Bidin Bacar memujuk Kiman supaya tidak terlalu pendek akal menghadapi keadaan demikian. Kenapa sia-siakan akal yang dikurniakan Allah hingga mudah sangat mengalah?
"Akal ada dipendekkan. Sebab itu menanggung bala macam ni," Solebah sengaja menyindir suaminya pula.
Terpaksa juga Kiman mengalah setelah didesak berterusan. Sebab itu dia bawa juga anaknya Mahani menemui Lebai Ripin di Pelangai. Sengaja dia mengajak emaknya Andak Soyah ikut sama. Memang terkejut Andak Soyah apabila Lebai Ripin tahu mengenai pokok kelapa condong di belakang surau di kampungnya, pokok rambutan ada sarang tebuan di dahan berhampiran surau dan perigi buta di situ pernah ditemui ular sawa berlingkar.
Sudah lama dia tinggalkan kampong halaman, memang Andak Soyah tidak tahu lagi mengenai pokok kelapa condong itu atau pokok rambutan tempat tebuan bersarang dan di bawahnya perigi buta ditemui ular sawa berlingkar. Hairan juga dia bagaimana Lebai Ripin boleh ingat apa sahaja yang dilihatnya bertahun-tahun dulu..
Lebai Ripin memang tidak pernah jejak kaki ke kampung halaman Andak Soyah disebabkan
95 jauh sangat kalau mahu ke sana pun. Tetapi Lebai Ripin dapat melihat sendiri keadaan di kawasan surau berhampiran rumah Andak Soyah, sebaik sahaja dia letakkan tapak tangan ke ubun-ubun Mahani.
Kemudian dia memegang ibu jari kaki Andak Soyah menyebabkan perempun itu terjerit kesakitan laksana tersentuh besi panas tengah merah menyala. Tersenyum Lebai Ripin setelah dapat mengagak punca yang dihidapi oleh Mahani hingga seluruh badannya gatal-gatal membengkak laksana disinggahi ulat bulu.
"Penyakit ini datangnya dari awak!" tersengih-sengih Lebai Ripin menuduh lantas menyuruh isterinya Bisah ambilkan tiga biji limau.
Tuan?" hairan juga Andak Soyah dituduh demikian kerana sepanjang ingatannya dia tidak menderita sakit apa-apa.
"Manalah saya tahu, tapi saya nampak macam itulah," jelas Lebai Ripin memberi isyarat dia akan memotong limau terlebih dahulu.
"Tuan nampak, emak saya yang sakit?" ujar Kiman pula mengerling emaknya yang serba salah apabila dituduh menjadi punca penyakit Mahani.
diubat kalau perlu,"lantas Lebai Ripin mencapai limau yang dihulurkan oleh isterinya Bisah.
Sebaik sahaja Lebai Ripin menghiris limau berkenaan terpancut sahaja air merah, laksana darah, menyebabkan cepat-cepat Lebai Ripin campakkan ke dalam piring. Lama dia merenung limau yang tergolek berlumuran darah itu, baru dia mengeluh pendek. Ketika ini Lebai Ripin beritahu mengenai pokok kelapa condong, pokok rambutan tempat tebuan bersarang dan perigi buta ditemui ular sawa berlingkar.
Memang Andak Soyah tahu mengenai pokok kelapa condong itu sewaktu dia masih belum
berkahwin dengan Udin Punggah lagi. Kalau mahu ke surau memang mereka akan meniti batang kelapa condong itu menyeberang parit. Di belakang surau itu tersergam pokok rambutan tua dengan tebuan bersarang di dahannya sampai sebesar tempayan. Siapa pun tidak berani mahu membakar tebuan berkenaan kerana bimbang akan menganggu mereka mahu berjemaah di surau.
Tebuan berkenaan tidak akan menyerang sesiapa sekiranya tidak diganggu. Budak-budak melintas di bawah pokok rambutan juga tidak diserbunya. Malah mereka boleh kait buah rambutan tengah masak ranum asal sahaja dahan tempat tebuan berkenaan bergayut tidak digoyang kuat.
Tok Mukim sudah ingatkan seisi kampung tebuan berkenaan tidak mengganggu siapa asal sahaja jangan dijolok sarangnya. Kalau Tok Mukim sudah ingatkan demikian mereka percaya tebuan tersebut memang menjadi penunggu kawasan surau berkenaan.
Apabila Andak Soyah diganggu sakit senak perut hingga termuntah-muntah Tok Mukim akan bakar kemenyan di bawah pokok rambutan berkenaan. Ketika ini tebuan yang bergayut di sarang sebesar tempayan akan berterbangan menerpa ke arah bara membakar kemenyan. Dalam masa beberapa minit sahaja Andak Soyah akan pulih daripada gangguan sakit senak perut itu.
"Tok Mukim tu siapa?" semakin terkejut Andak Soyah apabila didesak oleh Lebai Ripin.
"Dia tu bapa saudara saya, dah lama meninggal dunia," beritahu Andak Soyah terkebil-kebil mata disebabkan Lebai Ripin juga dapat cam arwah bapa saudaranya itu.
"Tuan, kenalkah dengan Tok Mukim tu?" tersengih-sengih Kiman mengerling Lebai Ripin. "Saya tak kenal, tapi saya tahu," jelas Lebai Ripin mencebek bibir disebabkan Kiman tidak
96 memahami apa sebenar yang dapat dilihatnya tatkala merenung ke dalam mata Andak Soyah.
"Masa saya anak dara duIu, memang selalu kena sakit senak perut" Andak Soyah menjelaskan sekalipun dia menyedari anaknya Kiman semacam tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh Lebai Ripin.
"Bukan sakit perut aje agaknya ni," tersenyum Lebai Ripin tatkala memegang ibu jari kaki Andak Soyah. "Kalau tak salah beberapa kali juga awak pitam ni," lantas dia menuduh.
Andak Soyah mengangguk perlahan. Memang dia beberapa kali pitam semasa belajar di surau bapa saudaranya mengaji al-Quran. Tok Mukim bukanlah guru agama terlatih sangat, tetapi anak-anak kampung dihantar ibu bapa mereka mengaji muqadam atau al-Quran ke situ. Terpaksa juga Tok Mukim menerima sesiapa sahaja anak-anak kampung belajar mengaji disitu.
Asal sahaja betul bacaan atau boleh mengenal huruf sudah memadai ketika itu. Manalah mahu mencari guru agama terlatih sangat, kerana tidak ramai yang maju mengaji pondok sampai ke Kepala Batas atau Patani dan Kelantan. Apalagi mahu ke Padang Panjang di Sumatera, tentu memakan belanja yang besar.
Siapa sahaja boleh berlagu ikut tajuid, memang orang-orang kampung harapkan mereka mengajar mengaji muqadam atau al-quran. Sebab itu Tok Mukim tidak membantah apa-apa kalau fasal mengajar mengaji di suraunya. Lagi pun surau berkenaan memang peninggalan datuknya Malim Bawar yang lama mengaji pondok di Patani.
Seisi kampung tahu mengenai Tok Mukim belajar mengaji muqadam dan al-quran daripada datuknya Malim Bawar. Masakan dia tidak boleh berlagu ikut tajuid, hingga bergetar suaranya apabila membawa al-Quran tatkala tengah malam. Kadangkala berbangga juga Andak Soyah apabila kenang isi kampung
memuji-muji bapa saudaranya Tok Mukim membaca al-Quran hingga pesonakan mereka.
Sebab itu mereka tidak bantah apa-apa mengenai tebuan bersarang di dahan rambutan hingga sebesar tempayan, apabila Tok Mukim tidak benarkan dibakar. Ular sawa berlingkar dalam perigi buta itu tidak diganggu, sekalipun ayam yang jatuh terhumban ke dalamnya menjadi mangsa. Bukan takat ayam sahaja, kambing meragut rumput di tepi perigi juga akan direntap sekiranya tergelincir kaki.
Tetapi Tok Mukim tidak benarkan siapa pun membunuh. Jangan cuba halakan laras senapang ke dalam perigi buta membedek kepala ular sawa tengah berlingkar, nescaya akan dijerkah oleh Tok Mukim! Kalau buat jamung daun kelapa kering mahu menyalai sarang tebuan tergantung sebesar tempayan. Tok Mukim juga akan melaung kuat tidak benarkan.
Tahu sangat Andak Soyah mengenai sikap bapa saudaranya seolah-olah sengaja memelihara musuh tarah! Bagaimana ular ular sawa itu terjongol kepala merentap anak-anak yang menjengah ke situ! Tetapi anak-anak mereka tetap berdegil akan menjolok buah rambutan tengah masak ranum sekalipun sarang tebuan sebesar tempayan tergantung didahan.
Tidak pernah pula tebuan berkenaan melesang anak-anak mereka yang melintas di situ. Apa lagi kalau Tok Mukim tengah wirid di atas surau, mereka akan panjat juga pokok rambutan berkenaan. Asal sahaja tidak meniti diatas dahan tempat sarang tebuan itu tergantung, di mana-mana sahaja mereka boleh melentur sampai ke hujung. Tetapi kebanyakan mereka tidak berani menjolok buah rambutan tengah masak ranum disebabkan takut tebuan melesang dari sarang yang tergantung. Mereka juga tidak berani menjengah kedalam perigi buta apabila melihat kelibat ular sawa berlingkar di situ.
97 "Selepas Tok Mukim meinggal binatang tu semuanya hilang." ujar Andak Soyah kerana dia tahu sangat mengenai sarang tebuan dan ular sawa belingkar di belakang surau.
rang ke?" Lebai Ripin juga berasa hairan dengan penjelasan Andak Soyah itu..
"Tak ada pula, tapi hilang begitu saja."jelas Andak Soyah setelah diberitahu oleh emaknya mengenai sarang tebuan di pokok rambutan hilang. Manakala perigi buta itu dikambus semula setelah ular sawa berlingkar tidak nampak kelibat lagi.
"Agaknya pe
Kiman mengusik emaknya seolah-olah dia tidak mempercayai langsung mengenai kejadian tersebut.
"Kamu tu Kiman nak kata pandai sangat pun tak ke mana!" tersinggung juga Andak Soyah dengan sikap anaknya yang sengaja berolok-olok.
"Kalau dah pandai sangat kenapa Mahani ni kamu tak ubat sampai sembuh" dia mencebek bibir melepaskan rasa geram yang mendongkol.
"Dia memang macam tu mak, kononnya tu tak percaya ni tak percaya!" gerutu Solebah mencemik muka disebabkan suaminya mengejek-ngejek.
"Dah tiga tahun Mahani sakit, tak nampak pula usaha dia macam mana!" bertambah marah dia apabila kenang suaminya tidak bersungguh-sungguh sangat mahu menemui Lebai Ripin.
"Saya tahu memang dia tak setuju tak ke sini," beritahu Lebai Ripin mengerling Kiman. "Tapi, saya pun tak boleh nak sembuhkan Mahani ni sebab saya bukannya tabib," jelasnya tersengih-sengih lantas berundur sedikit bersandar belakang ke dinding.
"Lebai ini pun hanya boleh doakan aje, selebihnya urusan Allah." Bisah pula mencelah apabila menyedari sikap Kiman seolah-olah tawar sahaja mahu ke situ. Apa lagi beberapa orang yang berhajat menemui Lebai Ripin menunggu di tengah rumah.
"Kalau tak yakin, tak payahlah datang ke sini," salah seorang tetamu Lebai Ripin ingatkan Kiman supaya tidak membuang masa sahaja terconggok di situ berbalah-balah.
Terdiam Kiman apabila diungkit demikian. Kalau tidak kenang emaknya mahu bertahan memang dia sanggup bingkas sahaja bangun meninggalkan Lebai Ripin. Malu benar dia disindir tidak bertabek-tabek tatkala mengusik emaknya dengan kejadian di kampung halaman mereka bertahun-tahun dulu.
Tetamu-tetamu Lebai Ripin tahu, guru agama itu dapat melihat kejadian yang berlaku bertahun-tahun dulu sekalipun Andak Soyah cuba berahsia. Tetapi Kiman menuduh tentu Lebai Ripin pernah menetap di kampung halaman emaknya sampai dia dapat melihat apa sahaja yang dialami oleh emaknya.
Memang Lebai Ripin tidak pernah jejak kaki ke kampung halaman Andak Soyah. Dia sekadar mengagak sahaja setelah melihat imbasan di depannya sebaik sahaja memegang ibu jari kaki Andak Soyah. Macam manalah dia mahu menerangkan kepada Kiman tatkala berdepan imbasan laksana menonton putaran video di kaca tv tersergam.
Di mata Andak Soyah seolah-olah terpancar Tok Mukim tidak benarkan sesiapa pun ganggu sarang tebuan sebesar tempayan tergayut di dahan pokok rambutan, ular sawa sebesar paha berlingkar dalam perigi buta dan batang kelapa condong biar mudah anak-anak meniti menyeberang parit. Memang dia tidak dapat tunjukkan kepada Kiman bagaimana setiap malam binatang itu akan berkawal di kaki tangga surau sekiranya Tok Mukim tertidur selepas solat di situ.
Mereka yang menjengah ke surau terkejut benar tatkala melihat ular sawa sebesar paha berlingkar di pintu. Manakala tebuan pula berkeliaran di dalam surau bagaikan sarangnya terpokah habis. Siapa yang berani menyerbu ke
98 tengah halaman surau mengganggu tatkala Tok Mukim nyenyak tidur sama ada siang mahu pun di malam hari,
Masakan Lebai Ripin berbohong kerana Andak Soyah mengakui pernah terserempak ular sawa berkenaan berlingkar dl kepala tangga surau. Tiga hari Andak Soyah terkejang tidak sedarkan diri akibat terkejut apabila hampir sangat mahu memijak anak tangga surau. Manakala Tok Mukim pula nyenyak tidur dengan bantalnya sarang tebuan tersendal ke bendul surau berkenaan.
Kalau tidak kenang emaknya mendesak dia supaya menemui Tok Mukim di surau memang dia tidak sanggup jejak kaki ke situ berseorangan. Tetapi Tok Mukim abang kandung emaknya sendiri, tentulah binatang berkenaan tidak mengganggu kalau benarlah ianya peliharaan Tok Mukim. Beberapa kali dipanggil oleh Andak Soyah dari atas batang pokok kepala condong tetapi Tok Mukim tidak menyahut.
Sebab itu dia terus menerpa ke kaki tangga. Sebaik sahaja tercegat di situ dia menjadi tergamam apabila melihat ular sawa berlingkar. Di tepi dinding Tok Mukim nyenyak tidur dengan berbantalkan sarang tebuan. Tidak bertangguh Andak Soyah menjerit lantas berpatah balik. Belum sempat dia jejak kaki ke batang pokok kelapa condong itu, Andak Soyah jatuh tergolek akibat pitam tidak ketahuan.
"Apa yang Tuan cakap tu, semuanya betul." tutur Andak Soyah perlahan tidak dapat rahsiakan apa-apa lagi.
"Sakit Mahani ni puncanya dari situ," sahut Lebai Ripin mencepak-cepak bibir dengan tidak menghiraukan sangat Kiman terconggok di depannya.
"Tuan doalah macammana pun, anak panjang. Dia tidak peduli bagaimana dirinya menjadi punca penyakit gatal-gatal yang dihidapi oleh cucunya Mahani, asal sahaja
penyakit berkenaan sembuh biarlah Lebai Ripin buat macammana pun.
Tetapi Lebai Ripin tidak perlu mandikan limau pada Mahani, dia sekadar menyuruh isterinya Bisah mandikan sahaja Andak Soyah dengan limau sintuk. Tergigil-gigil juga Andak Soyah dijirus air telaga tatkala tengah malam. Memang Lebai Ripin sudah sediakan air telaga di tempayan di depan rumahnya biar mudah mandikan siapa sahaja di situ.
Setelah Andak Soyah dimandikan, lantas disuruh duduk berlunjur kaki bersama dengan Mahani. Kemudian dia memberi isyarat supaya Andak Soyah berjabat tangan dengan Mahani biar penyakit yang berpunca daripadanya dikembalikan pula kepada dirinya. Sebaik sahaja Andak Soyah bersedia menerima penyakit yang dihidapi oleh Mahani sekaligus pula tubuhnya meruam bengkak seperti disinggahi alat bulu.
Tersenyum Mahani disebabkan dia tidak merasa gatal -gatal badan lagi sebaik sahaja penyak itu telah berpindah kepada neneknya. Tetapi badanya masih lesu lagi dengan blbirnya juga pucat disebabkan lama sangat menanggung penyakit berkenaan. Memang hairan Kiman apabila melihat kulit emaknya membengkak laksana disinggahi ulat bulu itu.
Setelah mengisar tapak tangannya Lebai Ripin berdoa:
Fastajabna lahu fakasyaf-na mabihi min dhurri wa-atainahu ahlahu wamithlahum
Kemudian dia sapukan tapak tangannya ke lantai meyebabkan Andak Soyah menggaru-garu lengan dan betis yang dihinggapi ruam membengkak.
Andak Soyah tergaru-garu tidak bertahan.