• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bumbung Rata

Dalam dokumen Construction and Material (Halaman 98-104)

MAKLUM BALAS 7A

Rajah 7.11 : Jenis-jenis bumbung

7.5.8 Bumbung Rata

Pembinaan sama dengan pembinaan lantai kayu. Jeriau kayu yang berukuran 50mm tebal dan lebarnya di antara 100mm–300mm, diletakkan menegak pada sisi masing-masing dengan jarak antara 375mm–450mm. Biasanya kayu akan mengecut akan ini mungkin mengakibatkan jeriau bengkok. Untuk mengelakkan ini, jermang digunakan ialah jermang insang pari.

Bumbung ini adalah bumbung yang mana kecerunannya tidak melebihi 10. Cara yang paling mudah untuk membina bumbung ini ialah dengan melintangkan kayu atau konkrit dan dilapikkan dengan bahan yag kalis air seperti aspal. Dalam hal ini, papan kayu setebal 19mm digunakan untuk melapik bumbung rata, di mana di atasnya dilapikkan pula dengan aspal.

AKTIVITI 7B

7.5 Tingkap merupakan komponen yang penting dalam pembinaan tembok. Nyatakan fungsi-fungsi tingkap.

7.6 Senaraikan jenis-jenis tingkap yang biasanya digunakan dalam pembinaan rumah atau bangunan.

7.7 Nyatakan faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung 7.8 Berikan fungsi-fungsi dinding.

UNTUK LEBIH PASTI SEMAKLAH JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS AKAN DATANG

MAKLUMBALAS

7.5 Fungsi tingkap ialah:

a. Membolehkan kemasukan sinar siang. b. Mengadakan peredaran udara.

c. Menebat haba dan bunyi. d. Menghalang angin dan hujan.

7.6 Tingkap boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu: a. Tingkap berpangsi

b. Tingkap berengsel c. Tingkap gelangsar d. Tingkap majmuk e. Tingkap gantung sisi

7.7 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk bangunan, nilai estetika dan ekonomi.

7.8 Fungsi dinding adalah boleh dirumuskan sebagai : a. Penyokong lantai atas, bumbung dan beban diri. b. Perintang telusan air hujan dan lembapan. c. Penebat haba.

d. Penebat bunyi.

e. Perintang kebakaran.

f. Penutup dan perlindung bangunan.

g. Pembahagi ruang dalam sesuatu bangunan.

h. Penyediaan tempat bagi pemasangan tingkap dan pintu.

PENILAIAN KENDIRI

7.1. Pintu merupakan satu bahagian bukaan yang penting pada sesebuah bangunan manakala pembinaannya pula memerlukan kerangka. Nyatakan keperluan pembinaan kerangka pada pintu tersebut?

7.2 Terangkan dengan ringkas pembinaan pintu berongga.

7.3 Panel merupakan sebahagian daripada komponen pintu dan tingkap. Terangkan keperluan panel pada pintu dan tingkap tersebut.

7.4 Nyatakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih jenis tangga untuk rumah kediaman.

7.5 Tangga separuh pusingan merupakan salah satu daripada jenis tangga dalam pembinaan, nyatakan perbezaan tangga tersebut dengan tangga yang lain seperti tangga larian lurus.

7.6 Terangkan perbezaan antara dinding galas beban dengan dinding tidak galas beban.

7.7 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk bangunan, nilai estetika dan ekonomi. Terangkan bagaimana faktor tersebut boleh mempengaruhi pemilihan jenis bumbung.

7.8 Nyatakan jenis-jenis bumbung dan terangkan dua daripadanya.

MAKLUM BALAS

7.1 Pintu merupakan satu bahagian bukaan yang penting pada sesebuah bangunan manakala pembinaannya pula memerlukan kerangka. Kerangka pintu ialah bingkai yang mengelilingi bukaan tempat daun pintu akan dipasang. Kerangka pintu terdiri daripada dua tiang jenang yang tegak disambung kepada sebatang kayu melintang yang dinamakan kepala jenang. Kerangka mesti mempunyai kekuatan yang cukup untuk menangung pintu. Ia boleh diperbuat daripada kayu atau logam.

7.2 Bahagian-bahagian utama dalam pembinaannya terdiri daripada bingkai yang mempunyai dua batang sisi bingkai, susur atas, susur tengah dan susur bawah serta beberapa batang susur antara dengan sekeping blok kayu tempat pemasangan kekunci. Pintu rata yang berfungsi ringan, bingkainya mempunyai lebih kurang 30%-40% padu. Pintu yang berfungsi sederhana berat seperti di bahagian luar rumah, bingkainya lebih kurang 50%-60% padu. Untuk mendapatkan binaan yang kukuh, susur-susur antara dipasang lebih rapat. Pintu berfungsi ringan, jarak susur antara ialah dalam lingkungan 125mm– 150mm dan untuk pintu berfungsi sederhana berat jaraknya ialah 60mm–70 mm. Lapisan permukaan ditampal kepada kedua-dua muka bingkai pintu supaya menutup ruang bingkai ia biasa diglu dan diapit dengan himpitan yang

tinggi untuk menghasilkan satu permukaan yang kemas dan rata tanpa menggunakan paku. Kerosakkan pada tepi bibir pintu biasanya berlaku, oleh itu sekeping kayu kecil dipasang kepada sekeliling bibir untuk mengemaskan serta melindungi tepinya.

7.3 Keperluan tersebut ialah panel kayu yang lebar dibuat daripada kepingan papan yang disambung berlidah dan lurah. Kayu yang digunakan mestilah dikeringkan dengan secukupnya supaya mengelakan retak dan piuh. Papan lapis yang setebal 6mm-12mm juga boleh digunakan sebagai panel tetapi hasilnya kurang bermutu berbanding dengan panel buatan papan padu. Panel pintu boleh dihias dengan mengukir dan mengumai permukaannya. Ini akan menambahkan kecantikan dan kekemasannya mutu pintu. Pintu panel diberi nama mengikut bilangan panel yang dipunyainya. Sebagai contoh pintu berpanel menunjukan pintu ini mempunyai tiga panel dan pintu berpanel empat menunjukkan pintu itu mempunyai empat panel.

7.4 Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:

a. kegunaan tangga

b. ruang bukaan bagi tangga yang dibina c. ukuran naik dan curam yang dikehendaki d. rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

7.5 Perbezaan tangga separuh pusingan dengan tangga–tangga yang lain seperti tangga larian lurus ialah tangga ini meliputi dua deretan anak tangga meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang memusing melalui 1800 (separuh pusingan) di pertengahannya. Kedua-dua deret anak tangga adalah selari. Susunan anak tangga di lantai atas biasanya berakhir di atas titik permulaan pada lantai bawah. Ini akan menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk kedua-dua deretan tangga ini. Penggunaan tangga seperuh pusingan amat sesuai sebagai tangga awam terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk bangunan-bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.

7.6 Perbezaan antara dinding galas beban dengan dinding tidak galas beban ialah: a) Dinding galas beban

Dinding galas beban ialah dinding yang menanggung beban kenaan, beban mati lantai dan bumbung di atasnya selain beban diri. Dinding bata dibina samada sebagai dinding padu atau dinding rongga. Kekuatan dinding ini bergantung pada susunan lapisan dan ikatannya serta mortar yang digunakan. Bata disusun secara berlapis dan berlekap supaya tidak ada sambungan pugak yang berterusan. Dinding yang dibina dengan susunan ikatan yang sesuai dapat mengagihkan beban dengan sama rata ke seluruh panjang dinding. Dinding yang di bina tanpa ikatan, bebannya tidak dapat di agihkan tetapi bertumpu ke sebahagian kecil dinding sahaja.

b) Dinding tidak menanggung beban

Dinding jenis ini menggunakan konkrit ringan, ia tidak digunakan untuk menanggung beban. Biasanya digunakan untuk membahagikan ruang-ruang seperti bilik bagi rumah-rumah biasa.

7.7 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk bangunan, nilai estetika dan ekonomi:

a. Saiz dan bentuk bangunan - bangunan yang berbentuk sederhana sesuai dibina dengan bumbung curam dan bangunan yang bentuknya kompleks sesuai menggunkan bumbung rata. Rentang juga boleh menentukan jenis bumbung yang dipilih.

b. Nilai estetika - nilai keindahan semulajadi menentukan jenis bumbung. Biasanya bumbung curam adalah sesuai bagi bangunan kecil dan bumbung rata pula sesuai bagi bangunan yang besar.

c. Ekonomi - kos pembinaan dan penyenggaraan dari semasake semasa hendaklah diambil kira dalam menentukan pemilihan jenis penutup bumbung. Sesetengah penutup bumbung seperti kepingan keluli berombak dan bergalvani tidak tahan lama dan kos penyenggaraan hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan.

7.8 Di antara jenis-jenis bumbung ialah : I. Bumbung ganding (couple roof)

II. Bumbung ganding tertutup (closed couple roof) III. Bumbung simpai (collar roof)

IV. Bumbung gulung-gulung (purlin roof) V. Bumbung pisang sesikat (lean to roof).

Dalam dokumen Construction and Material (Halaman 98-104)

Dokumen terkait