INPUT
Jenis-jenis struktur binaan asasnya terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut fungsi bangunan tersebut. Di antaranya ialah tingkap, pintu, dinding, tangga dan bumbung.
7.1 TINGKAP
Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada tembok. Pembinaan tingkap terdiri daripada dua bahagian utama, kerangka tingkap dan dedaun tingkap. Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membina tingkap ialah kayu, logam, plastik dan untuk panel digunakan kaca ataupun papan kayu. Tingkap merupakan komponen yang penting dalam pembinaan tembok (Rajah 7.1). Fungsi tingkap ialah:
Membolehkan kemasukan sinar siang.
Mengadakan peredaran udara.
Menebat haba dan bunyi.
Menghalang angin dan hujan.
Rajah 7.1 : Bahagian-bahagian tingkap
Tingkap boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu:
Tingkap berpangsi
Tingkap berengsel
Tingkap gelangsar
Tingkap majmuk
Tingkap gantung sisi 7.1.1 Tingkap Berpangsi
Tingkap-tingkap dalam kategori ini adalah seperti berikut: Berpangsi mengufuk (rajah 7.2 a)
Berpangsi tegak (rajah 7.2 b) Ram (rajah 7.2 c)
Rajah 7.2 : Jenis-jenis tingkap berpangsi
Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987
7.1.2 Tingkap Berengsel
Tingkap–tingkap di dalam kategori ini adalah seperti berikut :
Daun tingkap kaca gantungan sisi membuka ke luar (rajah 7.3a)
Bingkai daun tingkap gantungan atas membuka keluar (rajah 7.3b)
Bingkai daun tingkap gantungan bawah membuka ke dalam (rajah 7.3c)
Rajah 7.3 : Jenis-jenis tingkap berengsel
Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987
7.1.3 Tingkap Gelangsar
Tingkap gelangsar terbahagi kepada dua jenis iaitu :
Gelangsar menegak (rajah 7.4 a)
Rajah 7.4 : Jenis-jenis tingkap gelangsar
Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987
7.1.4 Tingkap Majmuk
Tingkap majmuk terbahagi kepada tiga kategori
Unjuran gantungan sisi (rajah 7.4 a)
Unjuran gantungan atas (rajah 7.4 b)
Gelangsar berlipat (rajah 7.4 c) 7.1.5 Tingkap Gantung Sisi ( Berbingkai )
Tingkap ini mempunyai bingkai segiempat sama atau segiempat yang diperbuat daripada kayu. Daun tingkap diengsel pada satu sisi supaya boleh dibuka ke dalam atau ke luar. Lihat rajah 7.5.
Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987
7.2 PINTU
Pintu merupakan suatu bahagian bangunan yang sangat penting. Pintu merupakan bukaan pada tembok bagi membolehkan laluan keluar dan masuk ke dalam sesebuah bangunan atau di antara bilik-bilik di dalam bangunan itu. Pintu ada dua bahagian utama iaitu kerangka pintu dan daun pintu.
Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan pintu adalah kayu, logam, kaca dan plastik. Dalam pembinaan pintu didapati beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu :
Pengekalan bentuk dan kekuatan
Keselamatan
Penebat haba dan bunyi
Perintang api. 7.2.1 Pintu Rata
Digunakan secara meluas dalam binaan bangunan. Ia juga sesuai bagi pintu-pintu di bahagian dalam rumah tetapi dengan menggunakan bahan-bahan yang bermutu ia boleh digunakan di bahagian-bahagian luar rumah. Pembinaan pintu rata biasanya dibuat daripada bahan-bahan seperti papan lapis, papan serau dan lapisan plastik. Pintu rata boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
Pintu rata berongga
Pintu rata padu
7.2.2 Pintu Rata Berongga
Bahagian-bahagian utama dalam pembinaannya terdiri daripada bingkai yang mempunyai dua batang sisi bingkai, susur atas, susur tengah dan susur bawah serta beberapa batang susur antara dengan sekeping blok kayu tempat pemasangan kekunci. Pintu rata yang berfungsi ringan, bingkainya mempunyai
lebih kurang 30%-40% padu. Pintu yang berfungsi sederhana berat seperti di bahagian luar rumah, bingkainya lebih kurang 50%-60% padu. Untuk mendapatkan binaan yang kukuh, susur-susur antara dipasangkan lebih rapat. Pintu berfungsi ringan, jarak susur antara ialah dalam lingkungan 125mm-150mm dan untuk pintu berfungsi sederhana berat jaraknya ialah 60mm–70mm.
Lapisan permukaan ditampal kepada kedua-dua muka bingkai pintu supaya menutup ruang bingkai. Ia biasanya diglu dan diapit dengan himpitan yang tinggi untuk menghasilkan satu permukaan yang kemas dan rata tanpa menggunakan paku. Kerosakkan pada tepi bibir pintu biasanya berlaku, oleh itu sekeping kayu kecil dipasang kepada sekeliling bibir untuk mengemaskan serta melindungi tepinya.
Pintu rata yang digunakan di bilik mesyuarat atau bilik kuliah boleh disertakan dengan panel kaca dengan memasang kumai tampal untuk mendapatkan kekukuhannya.
7.2.3 Pintu Rata Padu
Pintu ini ialah berfungsi berat yang digunakan di dalam bangunan awam dan sesuai sebagai pintu perintang api. Ia mempunyai sifat-sifat perintang haba dan akaustik yang lebih baik daripada pintu rata berongga. Pembinaannya hampir sama dengan pembinaan pintu rata berongga kecuali ia mempunyai kayu teras yang diperbuat daripada beroti kayu yang diglu dan diapit di antara satu sama lain serta permukannya diperbuat daripada papan lapis yang bibirnya ditutup sepanjang kedua-dua sisi bingkai (rajah 7.6). Pintu rata padu adalah lebih berat dan mahal daripada pintu rata berongga.
Rajah 7.6 : Jenis-jenis tingkap gantungan sisi (berbingkai)
Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987
7.2.4 Pintu Panel
Pembinaan pintu panel terdiri daripada sisi-sisi bingkai dan susur-susur yang mengelilingi panel kayu yang berjumlah dari satu hingga dua belas atau lebih (rajah 7.7). Bilangan panel adalah bergantung kepada saiz pintu dan rekabentuknya. Saiz kayu yang digunakan ialah di antara 100mm hingga 200mm lebar dan 38mm hingga 45mm tebal. Susur tengah dan bawah adalah lebih lebar daripada susur atas supaya dapat mengimbang rupa bentuk pintu itu.
Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong) 1994
7.2.5 Pintu Kayu Beroti
Pintu kayu beroti ini diperbuat daripada papan beroti yang bertanggam lidah dan lurah. Untuk menambahkan kecantikan papan beroti, alur ‘V’ dibuat dengan mencuramkan tepi papan. Jenis pintu beroti dikenal mengikut kaedah pembinaannya, iaitu pintu beroti berbelas, pintu beroti berbelas dan berembat dan pintu bingkai beroti berbelebas dan berembat (rajah 7.8).
Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987
7.2.6 Pintu Kaca Berbingkai Aluminium
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini pengeluaran dan penggunaan pintu kaca berbingkai aluminium telah bertambah penggunaannya terutama sekali sebagai pintu masuk hadapan. Pada masa ini, pintu berbingkai aluminium adalah lebih mahal daripada pintu kayu yang serupa dengan bentuknya tetapi ia mempunyai kelebihan dari segi berikut :
1. keratan bingkai pintu yang lebih kecil boleh digunakan.
2. mengadakan kepingan kaca yang besar untuk pemandangan yang tidak terganggu.
3. bebas dari kelembapan. 4. keupayaan rintang api. 5. pintu yang lebih ringan.
Kebanyakan pintu kaca aluminium berbentuk panel kaca penuh atau panel kaca separuh berbingkai aluminium. Pemasangan pintu kaca aluminium boleh dilakukan dengan menggunakan engsel atau bergelangsar.
7.2.7 Kerangka Pintu
Kerangka pintu ialah bingkai yang mengelilingi bukaan tempat daun pintu akan dipasang. Kerangka pintu terdiri daripada dua tiang jenang yang tegak disambung kepada sebatang kayu melintang yang dinamakan kepala jenang. Kerangka mesti mempunyai kekuatan yang cukup untuk menanggung pintu. Ia boleh diperbuat daripada kayu atau logam.
Kaedah memasang kerangka pintu boleh dilakukan serentak dengan pembinaan tembok, dikenali sebagai bina dalam atau dipasang setelah tempok siap dibina. Dalam pemasangan bina dalam, kerangka pintu diletakkan pada tempat bukaan yang tertentu sebelum tembok batu siap dibina. Pastikan ketegakkan dan dikukuhkan kedudukannya dengan memasang tembok sementara. Semasa pembinaan tempok dijalankan, penampat keluli perlu dipasangkan kepada permukaan belakang tiang jenang pada setiap lapisan mata ketiga atau kelima supaya dapat menetap dan mengukuhkan kerangka itu.
7.2.9 Panel
Panel kayu yang lebar dibuat daripada kepingan papan yang disambung berlidah dan lurah. Kayu yang digunakan mestilah dikeringkan dengan secukupnya supaya mengelakan retak dan piuh. Papan lapis yang setebal 6mm-12mm juga boleh digunakan sebagai panel tetapi hasilnya kurang bermutu berbanding dengan panel buatan papan padu. Panel pintu boleh dihias dengan mengukir dan mengumai permukaannya. Ini akan menambahkan kecantikan dan kekemasan mutu pintu.
Pemasangan panel boleh dilakukan dengan dua cara :
1. memasang panel yang bersegi atau berkumai ke dalam lurah yang dibuat di sisi bingkai.
2. memasang panel ke dalam tetingkat yang dibuat di sisi bingkai dan mengukuhkan kedudukannya dengan memaku kumai di muka sebelah. Pintu panel diberi nama mengikut bilangan panel yang dipunyainya. Sebagai contoh pintu
berpanel menunjukkan pintu ini mempunyai tiga panel dan pintu berpanel empat menunjukkan pintu itu mempunyai empat panel.
7.2.10 Kelengkapan Pintu
Pintu rumah kediaman terdiri daripada dua pintu yang berengsel di sebelah pintu. Ia boleh dibuka ke satu arah sahaja dan digunakan untuk masuk keluar. Selain itu ada juga daun pintu gelangsar atau gelangsar berlipat. Tujuan mengguna pintu gelangsar ialah untuk membolehkan pembukaan yang pantas, mudah menghadang dua bilik yang berhampiran, menghadang ruang luar penggunaan yang lebih luas tanpa halangan. Pintu gelangsar dapat dipraktikkan oleh satu pintu gelangsar. Tujuannya ialah membahagikan daun pintu yang besar kepada beberapa daun yang lebih kecil supaya dapat menutup ruang bukaan tersebut, ia akan menjadikan satu unit semula apabila daun-daun pintu itu ditutup.
Dinding bangunan boleh dibina dengan berbagai-bagai kaedah menggunakan bahan-bahan yang berlainan untuk menilai teknik yang berbeza dalam pembinaan dinding dan baik buruknya adalah perlu mengetahui fungsi dinding pada kedudukan yang berlainan. Fungsi dinding adalah boleh dirumuskan sebagai :
Penyokong lantai atas, bumbung dan beban diri.
Perintang telusan air hujan dan lembapan.
Penebat haba.
Penebat bunyi.
Perintang kebakaran.
Penutup dan perlindung bangunan.
Pembahagi ruang dalam sesuatu bangunan .
Penyediaan tempat bagi pemasangan tingkap dan pintu.7.3.1 Ciri-ciri Dalam Pembinaan Dinding
Pembinaan dinding dalam struktur-struktur binaan memerlukan penelitian yang terperinci dalam memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki. Antara ciri-ciri dalam pembinaan dinding ialah:
(a) Kestabilan
Pembinaan dinding dan tembok mestilah kukuh dan stabil supaya tidak runtuh. Kestabilan sesebuah dinding adalah bergantung kepada keadaan asasnya, ketebalan dan ketinggian, tekanan yang dihadapi beban yang di tanggung, dan kedudukan pada pusat gravitinya. Faktor utama yang mengawal kestabilan ialah asas dan pusat gravitinya yang rendah menjamin kestabilan binaan.
(b) Kekuatan
Dinding hendaklah cukup tebal untuk memasukkan tegasan semasa berada pada had yang selamat dan tidak melebihi tegasan mampatan bahan yang digunakan. Tegasan tegangan boleh diperolehi disebabkan oleh beban yang tidak sama bertindak pada dinding dan tegangan ini mestilah dapat diimbangi oleh sambungan ikatan dalam dinding. Nisbah tebal terhadap tinggi dinding hendaklah pada had yang dapat mengelakkan berlakunya lengkok, dan penyokong sisi hendaklah cukup kuat mengelakkan dinding daripada terbalik.
(c) Perlindungan Cuaca
Kebolehannya mencegah kepanasan dan kesejukkan memasuki ke dalam bangunan. Begitu juga kebolehannya menentang air hujan meresapi ke dalamnya. Ciri-ciri ini juga di kawal oleh kegunaan dan cara pembinaan.
(d) Rintangan Kebakaran
Ini menunjukkan kebolehannya menahan api apabila terbakar. Ciri ini bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Kayu yang diawet dengan bahan kimia dapat menentang kebakaran dengan memuaskan. Rintangan kebakaran menjamin keselamatan nyawa apabila kebakaran.
(e) Serapan Bunyi
Kaedah pembinaan dan jenis bahan yang digunakan bertanggungjawab kepada kebolehan dinding dan tembok dalam menyerap bunyi. Ciri–ciri ini menjamin keselesaan dan ketenteraman dalam bangunan.
Satu kecacatan yang serius pada bangunan boleh berlaku disebabkan oleh resapan kelembapan. Selain menyebabkan kemerosotan kekuatan struktur, kelembapan juga akan merosakkan kemasan dinding, lantai, perabot dan menggangu kesihatan penghuni. Kelembapan pada dinding boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti resapan melalui dinding, cucur atap dan dinding luar.
7.3.2 Jenis Dinding
(a) Dinding galas beban
Dinding galas beban ialah dinding yang menanggung beban kenaan, beban mati lantai dan bumbung di atasnya selain beban diri. Dinding bata dibina samada sebagai dinding padu atau dinding rongga. Kekuatan dinding ini bergantung pada susunan lapisan dan ikatannya serta mortar yang digunakan. Bata disusun secara berlapis dan berlekap supaya tidak ada sambungan pugak yang berterusan. Dinding yang dibina dengan susunan ikatan yang sesuai dapat mengagihkan beban dengan sama rata ke seluruh panjang dinding. Dinding yang di bina tanpa ikatan, bebannya tidak dapat di agihkan tetapi bertumpu ke sebahagian kecil dinding sahaja.
(b) Dinding panel
Dinding panel ialah dinding yang tidak mengakis beban selain beban diri. Dinding ini di buat daripada bata, kayu dan kepingan panel seperti papan lapis, asbestos dan sebagainya. Dinding jenis ini digunakan dalam bangunan berstruktur yang segala bebannya termasuk beban dinding itu sendiri di tanggung oleh anggota struktur yang lain termasuk rasuk, tiang dan asas. Dinding panel boleh berfungsi sebagai dinding sekat sebab ia boleh di bina untuk membahagi ruang.
(c) Dinding Monolit
Dinding monolit adalah dinding konkrit yang selanjar dan biasanya di bina dengan konkrit tuang di situ dan diperkukuhkan dengan tetulang keluli. Dinding monolit jarang terdapat pada bangunan rumah, kecuali bagi tingkat bawah tanah. Dinding jenis ini boleh menanggung beban yang besar. Dinding monolit sendiri, dan beban sekata yang diagihkan sama rata ke seluruh panjang dinding.
(d) Dinding tidak menanggung beban
Dinding jenis ini menggunakan konkrit ringan, ia tidak digunakan untuk menanggung beban. Biasanya digunakan untuk membahagikan ruang-ruang seperti bilik bagi rumah-rumah biasa.
Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong) 1994
7.3.3 Jenis-jenis Blok konkrit Terdapat tiga jenis blok konkrit iaitu :
JENIS A - Blok-blok konkrit dengan batu baur padat untuk kegunaan am dalam bangunan am termasuk binaan bawah aras bumi.
JENIS B - Blok konkrit dengan batu baur ringan untuk kegunaan am dalam bangunan termasuk binaan di bawah aras bumi dan pada dinding dalam.
JENIS C - Blok-blok konkrit batu baur ringan kebiasaanya untuk dinding tidak menanggung beban.
7.3.4 Kebaikan Dan Keburukan Dinding-Dinding Blok Konkrit
Dinding jenis ini digunakan dengan meluas untuk dinding menanggung beban dan juga untuk dinding tidak menanggung beban. Dinding blok konkrit boleh disusun dalam masa singkat berbanding dengan menyusun dinding bata.
Jika dibandingkan harga, harga dinding blok konkrit adalah jauh lebih murah daripada dinding bata. Blok-blok konkrit dari batu baur ringan mempunyai ciri-ciri penebatan yang baik terhadap pemindahan haba dan sering digunakan bagi lapisan dalam dinding konkrit diikuti oleh lapisan luar bata atau lapisan luar blok konkrit itu sendiri.
Keburukan blok-blok konkrit sebagai satu unit dinding ialah kelemahan merintangi pergerakkan kelembapan. Akibatnya, retakkan pada kemasan yang di buat, umpamanya kemasan lepaan berlaku. Untuk mengelakkan ini berlaku hendaklah di adakan sambungan gerakan pugak kepada dinding dan di sikat bahan mastik di dalam sambungan tersebut.
7.4 TANGGA
Tangga adalah sebahagian yang penting dalam pembinaan bangunan. Ia membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain di dalam sesebuah bangunan. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar. Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:
1. kegunaan tangga
2. ruang bukaan bagi tangga yang dibina 3. ukuran naik dan curam yang dikehendaki 4. rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.
Pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu : 1. tangga larian lurus
2. tangga suku pusingan 3. tangga separuh pusingan 4. tangga geometri.
7.4.1 Tangga Larian Lurus
Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu tingkat ke tingkat yang lain dalam satu arah. Untuk tangga larian lurus yang terlalu panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar perantaraan supaya mendapatkan deretan anak tangga yang lebih senang dan selesa didaki. Penggunaan tangga lurus memberikan rupabentuk yang paling mudah dan murah dalam pembinaan tangga.
Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang membelok sejauh 900 (suku pusingan) dipertengahannya. Penggunaan tangga suku amat sesuai untuk ruang bukaan tangga yang terhad di mana tangga larian lurus tidak dapat digunakan.
7.4.3 Tangga Separuh Pusingan
Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang memusing melalui 1800 (separuh pusingan) di pertengahannya. Kedua-dua deret anak tangga adalah selari. Susunan anak tangga di lantai atas biasanya berakhir di atas titik permulaan pada lantai bawah. Ini akan menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk kedua-dua deretan tangga ini. Penggunaan tangga seperuh pusingan amat sesuai sebagai tangga awam terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk bangunan-bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.
7.4.4 Tangga Geometri
Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga berterusan yang disusun mengelilingi tupang tengah menjadikan satu tangga keliling. Pembinaan tangga keliling memerlukan kawasan lantai yang kecil tetapi kegunaannya adalah terhad kerana ia tidak sesuai untuk memindahkan barang-barang besar seperti perabot disebabkan kesempitan anak tangga ini. Tangga elips pula mempunyai rekabentuk yang menarik, ia digunakan sebagai tangga masuk utama bagi bangunan mewah. Rajah 7.10 menunjukkan pelbagai jenis binaan tangga. Tangga-tangga boleh dibina daripada bahan-bahan seperti kayu, konkrit atau logam dan dikemaskan dengan kayu, batu, bata, konkrit dan lain-lain bahan yang sesuai.
Rajah 7.10 : Jenis-jenis tangga
Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987
AKTIVITI 7A
7.1 Nyatakan tiga faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pembinaan pintu. 7.2 Namakan 3 jenis pintu utama.
7.3 Nyatakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih jenis tangga untuk rumah kediaman.
7.4 Namakan empat jenis tangga yang sesuai digunakan dalam bangunan awam.