• Tidak ada hasil yang ditemukan

Construction and Material

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Construction and Material"

Copied!
104
0
0

Teks penuh

(1)

1

Unit

PEMBINAAN KAYU

OBJEKTIF AM

Memahami konsep–konsep asas kayu, jenis-jenis kecacatan, kesan pembinaan, pengeringan, pengawetan, pemeliharaan, papan lapis, serpihan dan gantian, kemasan, pelarut dan tanggam.

OBJEKTIF

KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

 Menghuraikan pengkelasan kayu berdasarkan aspek botani, ketumpatan dan kelasakan serta kekuatan.  Menerangkan proses pengeluaran kayu bersaiz piawai.  Menerangkan tatacara pengeringan kayu dengan

kaedah semulajadi dan tanur.

 Menyatakan sebab-sebab kecacatan kayu/papan dari segi semulajadi dan faktor luaran.

 Menerangkan kesan kecacatan kayu terhadap pembinaan.

 Menyatakan tatacara pengawetan kayu dengan kaedah sapuan, semburan, rendaman dan tekanan.

 Menerangkan kebaikan dan keburukan kayu sebagai bahan binaan.

 Menerangkan jenis-jenis dan kegunaan produk kayu seperti papan lapis, serpihan, gentina, gentian dan lain-lain produk terbaru.

 Menyatakan jenis-enis kemasan kayu dan kegunaannya seperti wax, syelek, lekar dan cat.

 Menyatakan jenis-jenis bahan pelarut dan kegunaannya seperti turpentine, spirit dan thinner.

 Menerangkan jenis tanggam dan peringkat struktur seperti lantai, tangga, pintu, tingkap, siling dan kekuda bumbung.

(2)

1.0 PENGENALAN

Cuba anda lihat disekeliling anda, pada bangunan terdapat banyak komponen kayu yang digunakan. Kayu tersebut adalah daripada jenis yang pelbagai. Terdapat banyak kegunaan kayu diantaranya:

 Sebagai bahan binaan - kayu digunakan untuk membuat tiang, lantai, dinding, rasuk, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya.

 Sebagai bahan perabot

 Untuk pembungkusan – secara ringan atau berat

 Untuk membuat alatan dan pemegang

 Sebagai bahan larikan (turnery) dan patung permainan.

 Dijadikan papan lapis dan papan gantian.

Selain dari itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan kertas dan sebagai bahan mentah dalam menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine dan lain-lain lagi. Malaysia merupakan sebuah negara pengeksport kayu yang terkenal di dunia.

1.1 KAYU TEMPATAN

Banyak jenis kayu tempatan yang bermutu tinggi baik untuk bahan pembinaan mahupun kegunaan bahan yang lain. Jenis kayu yang biasanya digunakan ialah:

 Kayu lembut seperti damar minyak (Rajah 1.4).

 Kumpulan kayu keras yang berat seperti cengal, balau/selayan batu, kekatung, merbau, tembusu dan resak (Rajah 1.1).

 Kumpulan kayu keras yang sederhana berat seperti kapur, kempas, keruing dan tualang (Rajah 1.2).  Kumpulan kayu keras yang ringan contohnya jelutung, meranti, nyatuh,

ramin, sepetir dan kayu getah (Rajah 1.3).

Rajah 1.1 : Kumpulan Kayu Keras yang sederhana berat Rajah 1.2 : Kumpulan Kayu Keras yang Berat

(3)

Rajah 1.3 : Kumpulan Kayu Keras yang Ringan Rajah 1.4 : Kayu Lembut Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP (1994)

1.1.1 Pengkelasan Kayu Berdasarkan Aspek Botani, Ketumpatan, Kelasakan dan Kekuatan.

Jadual 1.1 : Menunjukkan Senarai Beberapa Jenis Kayu dan Kegunaanya.

Kumpulan Nama Ketumpatan Kekuatan

Tekanan/Kelasakan Kegunaan Keras dan berat Gred A Cengal Balau/ Selayan batu Kekatong Merbau Resak Tembusu 993kg/m3 1027kg/m3 847kg/m3 9.979N/mm2 11.38N/mm2 9.17N/mm2 4.9-11.45N/mm2 8.00N/mm2

Kapal, rangka, ukiran. Jambatan, landasan, cerocok, gelegar, lantai dan perabot

Rasuk, rangka pintu/tingkap, pemegang alat lantai parket dan panel.

Kerja hiasan, parket, perabot, venir dan pemegang alat.

Pembinaan berat, tiang rasuk, cerucuk, lantai, jambatan, kapal, rangka pintu/tingkap, landasan. Pembinaan berat, lantai parket dan perabot. Keras dan sederhana berat Gred B Kempas Keruing Kapur Tualang 926kg/m3 926kg/m3 791kg/m3 875kg/m3 7.52N/mm2 4.34-9.17N/mm2 6.74N/mm2 8.0N/mm2

Pembinaan berat, tiang, gelegar, panel, jambatan, parket, gerobok, cerucuk dan pemegang alat.

Pembinaan umu, tiang, landasan, jambatan dan gerabak lori.

Kekuda, rasuk dan tiang. Tiang, rasuk, parket, lantai dan perabot. Keras dan ringan Gred C Nyatuh Jelutung 758kg/m3 2.65N/mm2

Pintu, tingkap, rasuk tiang, lantai, siling dan perabot.

Pensel, patung, bingkai gambar dan pemegang berus.

(4)

Meranti Ramin Sepetir Kayu getah 707kg/m3 657kg/m3 707kg/m3 3.38N/mm2 5.93N/mm2 4.69N/mm2 Pembinaan ringan, lantai, venir, perabot, papan lapis, pelapisan pintu, tingkap dan panel. Hiasan perabot, dinding dalam dan panel.

Gerobok, panel dan perabot.

Perabot, panel, parket dan susur tangga. Lembut

Gred D

Damar minyak

Panel hiasan, venir, papan lapis dan perabot

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP (1994)

1.1.2 Proses Pengeluaran Kayu Bersaiz Piawai

Kayu balak setelah digergaji dikelaskan mengikut ukurannya. Pengkelasan yang berikut adalah terdapat dalam pasaran tempatan.

Jadual 1.2 : Jenis dan Ukuran Kayu

1.1.3 Tatacara Pengeringan Kayu

Kayu perlu dikeringkan sehingga kandungan lembapannya kurang daripada 15% barulah sesuai digunakan dalam kerja pembinaan, jika kandungan lembapan berlebihan kayu akan mengecut dan mengakibatkan kecacatan pada kerja yang dihasilkan. Oleh sebab itu proses pengeringan kayu merupakan satu langkah yang mesti dilakukan sebelum kayu boleh digunakan. Pengeringan mempunyai tujuan berikut :

menambahkan kekuatan, tahan lasakan dan kesenangan kerja.

mengurangkan kemungkinan kayu pecah, mengecut dan menggeleding.

mengelakkan kayu daripada serangan serangga dan kulat. mengurangkan berat, menjimatkan kos penghantarannya.

untuk kemudahan kerja-kerja mengawet, mengecat dan menggilap. menjadikannya lebih mudah membakar, jika dijadikan sebagai kayu

api.

Bil Nama Ukuran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Balak Tiang

Kayu segi besar Papan

Beroti Beroti kecil Papan jalur

Potongan kayu daripada pokok atau dahan yang tidak digergaji.

100mmx100mm-150mmx150mm Tebal > 100mmxlebar > 150mm Tebal 12mm-37mmxlebar > 150mm Tebal 37mm-100mm < 150mm Tebal 20mm-37mmx25mm-75mm Tebal < 20mmxlebar < 100mm

(5)

a) Kaedah Pengeringan Secara Semulajadi

Proses pengeringan ini lambat dan mengambil masa yang panjang. Dalam proses ini kayu basah disusun dengan cara yang teratur dan dilindungi di bawah bumbung. Kayu tersebut dibiarkan menjadi kering sendiri. Jangkamasa yang diperlukan adalah bergantung kepada:

Jenis kayu

Kandungan lembapan kayu Cara susunannya

Iklim cuaca semasa pengeringan dilakukan

Proses pengeringan ini sukar dikawal. Oleh sebab itu, mutu kayu yang dihasilkan dengan cara ini tidak seragam.

b) Pengeringan Tanur

Dengan pengeringan tanur, kayu dapat dikeringkan dalam masa yang lebih singkat disamping menghasilkan kayu-kayu kering yang lebih seragam. Pada dasarnya, pengeringan tanur ini memerlukan satu relau atau tanur yang dapat mengawal suhu, kelembapan dan peredaran udara. Proses ini dapat dicepatkan dengan meninggikan suhu serta mengawal peredaran udara di dalamnya. Stim juga dimasukkan ke dalam tanur pada hujung proses pengeringan untuk mengurangan retak dan mengawal kecacatan kayu serta mencepatkan proses pengeringan, terdapat beberapa jenis tanur yang digunakan, antaranya ialah tanur berbilik, tanur berperingkat, tanur jet stim, tanur berkipas luar dan tanur berkipas dalam. Selain kaedah-kaedah yang tersebut di atas, terdapat juga kaedah lain seperti pengeringan air, di mana kayu balak dimasukkan ke dalam sungai supaya sebahagian besar ‘sap’ dikeluarkan oleh air.

1.1.4 Sebab-Sebab Kecacatan Kayu / Papan Dari Segi : a) Semulajadi

 Jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim yang dialami disepanjang pertumbuhannya boleh menyebabkan kecacatan. Kecacatan yang disebabkan oleh faktor ini ialah berbuku, rekah kipas, rekah bintang, rekah bulat dan ira berpintal.

 Lumut menyerang kayu apabila kayu tersebut lembap dan akan mengakibatkan kayu itu reput. Contoh kecacatan ini ialah reput kering reput basah dan sebagainya.

 Serangga merosakkan kayu dengan memakannya. Serangga seperti kumbang, penggerik dan anai-anai menyebabkan kayu berlubang-lubang dan kadangkala terus meruntuhkan sesebuah binaan

(6)

b) Faktor luaran

 Kecacatan juga berlaku semasa pengeringan. Ini disebabkan kayu-kayu tidak disusun dengan betul, pengeringan tidak seragam, hawa terlalu tinggi, peredaran udara tidak cukup dan sebagainya. Contoh-contoh kecacatan ialah melengkung, piuh, pecah dan menggeleding.

 Kecacatan berlaku semasa kayu balak diproses. Ini disebabkan oleh mesin atau cara kerja. Antara kecacatan jenis ini ialah pecah ira, lekuk, ira pepenjuru dan sebagainya.

1.1.5 Kesan Kecacatan Kayu Terhadap Pembinaan

 Terpiuh - hasil daripada pengeringan yang tidak baik

 Menggeleding – hasil daripada proses pengeringan semulajadi yang tidak sempurna

 Pecah – proses pengeringan yang tidak seragam

 Merekah - hasil daripada proses pengeringan semulajadi yang tidak sempurna

 Melengkung – akibat daripada pengeringan yang tidak stabil

 Berlubang – faktor semulajadi daripada serangan serangga/haiwan

1.1.6 Tatacara Pengawetan Kayu : Dengan Kaedah Sapuan, Semburan, Rendaman dan Tekanan

 Ini merupakan pengawetan pada permukaan kayu sahaja. Kemasukan ubat awet ke dalam kayu biasanya tidak melebihi 3mm. Minyak kreosot panas digunakan untuk menyapu. Bahan kimia cecair dalam digunakan sebagai bahan untuk pencelup.

 Kayu basah sesuai dicelupkan ke dalamnya kerana ubat awet yang pekat mudah diserap oleh sel-sel kayu. Selepas dicelup, kayu disusun tanpa menggunakan beroti selama beberapa minggu. Pengawetan pada kayu lapis dilakukan dengan mencampurkan ubat awet yang beracun seperti klordan atau arsenik trioksida ke dalam glu semasa kayu lapis dilapikkan. Pengawetan ini menjamin kayu lapis tidak dimakan anai-anai atau dirosakkan oleh serangga lain.

 Kaedah tekanan pula memerlukan satu silinder yang bertekanan tinggi, tudungnya ditutup dan kayu dimasukkan kedalamnya.

(7)

1.1.7 Kebaikan dan Keburukan Kayu

Kayu mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Antaranya kebaikannya ialah mudah direkabentuk bagi menghasilkan struktur binaan yang menarik dan mudah diperolehi. Manakala keburukannya pula ialah mudah reput, mudah terbakar, serangan serangga perosak seperti anai-anai, kurang lasak dan memerlukan kos yang tinggi bagi pembinaannya.

1.1.8 Jenis-Jenis dan Kegunaan Kayu :

Papan lapis – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan dengan ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya.

Papan serpihan – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan dengan ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya.

Papan gentina – papan ini diperbuat daripada gentian kayu. Gentian kayu ditekan bersama pengikat dijadikan kepingan besar yang sesuai digunakan untuk pembinaan. Papan ini sesuai digunakan untuk kerja-kerja dalaman seperti dinding, siling, panel, pintu rata, permukaan perabot ayng berangka dan sebagainya.

Papan gentian – papan ini diperbuat daripada gentian kayu. Gentian kayu ditekan bersama pengikat dijadikan kepingan besar yang sesuai digunakan untuk pembinaan. Papan ini sesuai digunakan untuk kerja-kerja dalaman seperti dinding, siling, panel, pintu rata, permukaan

(8)

AKTIVITI 1A

1.1 Namakan lima jenis kayu tempatan yang sesuai digunakan untuk pembinaan lantai kayu.

1.2 Nyatakan proses pengeringan kayu.

1.3 Huraikan proses pengeringan kayu secara semulajadi.

1.4 Apakah kelebihan proses pengeringan tanur dibandingkan dengan proses semulajadi.

1.5 Terangkan kecacatan yang berlaku pada kayu melalui proses pengeringan serta contoh-contohnya.

SEMAK JAWAPAN

ANDA PADA

MAKLUMBALAS

BERIKUT !

MAKLUMBALAS

(9)

1.1 Lima jenis kayu tempatan yang sesuai digunakan untuk pembinaan lantai kayu ialah kayu resak, kayu tualang, kayu nyatuh, kayu meranti dan kayu balau.

1.2 Proses pengeringan kayu ialah secara semulajadi dan pengeringan tanur 1.3 Proses pengeringan ini lambat dan mengambil masa yang panjang. Dalam

proses ini kayu basah disusun dengan cara yang teratur dan dilindungi di bawah bumbung. Kayu tersebut dibiarkan menjadi kering sendiri. Jangkamasa yang diperlukan adalah bergantung kepada jenis kayu, kandungan lembapan kayu, cara susunannya, iklim cuaca semasa pengeringan dilakukanProses pengeringan ini sukar dikawal. Oleh sebab itu, mutu kayu yang dihasilkan dengan cara ini tidak seragam.

1.4 Kelebihan proses pengeringan tanur ialah kayu dapat dikeringkan dalam masa yang singkat di samping menghasilkan kayu-kayu yang lebih seragam. Stim yang dimasukkan ke dalam tanur dapat mengurangkan retak, mengawal kecacatan dan mempercepatkan proses pengeringan.

1.5 Kecacatan yang berlaku pada kayu melalui proses pengeringan disebabkan kayu-kayu tidak disusun dengan betul, pengeringan tidak seragam, hawa terlalu tinggi, peredaran udara tidak cukup dan sebagainya. Contoh-contoh kecacatan ialah melengkung, piuh, pecah, dan menggeleding.

(10)

INPUT

1.2 JENIS-JENIS KEMASAN KAYU DAN KEGUNAANNYA

 Wax – merupakan kemasan yang biasa digunakan sebagai lapisan terakhir untuk mendapatkan satu permukaan yang licin,rata dan berkilat.  Syelek – merupakan kemasan yang biasa digunakan pada kayu.Syelek

ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs. Resin syelek larut di dalam alcohol dan digunakan untuk mengilat kayu. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan ataupun dibeli siap bancuh.

 Lekar – terdiri daripada jenis resin (nitro–cellulose) ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur.

 Cat – cat digunakan dalam perusahaan kayu untuk memberi lapisan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain lagi. Cecair cat mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat.

1.3 JENIS-JENIS BAHAN PELARUT DAN KEGUNAANNYA

 Turpentin – untuk melarutkan cat dan kerja-kerja pembersihan.  Spirit – sebagai bahan pelarut untuk melarutkan syelek

 Tinner – untuk melarutkan cat yang lebih pekat kepada lebih cair.  Kerosin - untuk melarutkan lekar

1.4 KERJA KAYU DAN KERJA TANGGAM

Tanggam melebar – untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk

dijadikan kepada kepingan papan yang lebar bagi kegunaan permukaan perabot, dinding, lantai dan sebagainya (Rajah 1.5).

(11)

Rajah 1.5 : Jenis-jenis Tanggam Melebar

TANGGAM GLU GESEL

TANGGAM PENETAP TANGGAM LIDAH

DAN LURAH

TANGGAM TETINGKAT

Tanggam siku – tanggam ini diperbuat daripada dua permukaan kayu yang

bertemu secara bersudut tepat. Ia boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak yang dibuat secara cepat (Rajah 1.6).

Rajah 1.6 : Jenis-jenis Tanggam Siku

Tanggam pemidang – tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang

berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi. Contohnya ialah pada pintu berpanel, pemidang gambar, meja, kerusi dan lain-lain lagi (Rajah 1.7).

Rajah 1.7 : Jenis-jenis Tanggam Pemidang

TANGGAM LEKAP

TANGGAM KEKANG TANGGAM

PENETAP

TANGGAM LUBANG DAN PUTING

Tanggam memanjang – tanggam ini diguna apabila menyambung dua keeping

kayu untuk menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan. TANGGAM MELEBAR TANGGAM SIKU TANGGAM BAJANG BIASA TANGGAM TEMU TETINGKAT TANGGAM RENCONG BIASA TANGGAM BAJANG HUJUNG LITUP TANGGAM TEMU TEMU TETINGKAT LIDAH BERPARIT TANGGAM BAJANG TUNGGAL TANGGAM PEMIDANG

(12)

Rajah 1.7 : Jenis-jenis Tanggam Memanjang TANGGAM MEMANJANG TANGGAM SAMBUNG LEKAP TANGGAM SKAF TANGGAM PLAT SAMBUNG TANGGAM SAMBUNG JARI

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti di sebelah. Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang masih kabur…..!!!

(13)

1.6 Huraikan bahan-bahan berikut: a. lekar

b. syelek c. cat

1.7 Nyatakan kegunaan bahan-bahan pelarut berikut : a. turpentine

b. thinner c. spirit

(14)

1.6 Syelek – merupakan kemasan yang biasa digunakan pada kayu.Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs. Resin syelek larut di dalam alcohol dan digunakan untuk mengilat kayu. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alcohol untuk digunakan ataupun dibeli siap bancuh.

Lekar – terdiri daripada jenis resin (nitro–cellulose) ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur.

Cat – cat digunakan dalam perusahaan kayu untuk memberi lapisan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain lagi. Cecair cat mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat.

1.7 Turpentin – untuk mencairkan cat minyak.

Spirit – sebagai bahan pelarut untuk melarutkan syelek

Tinner – untuk melarutkan cat, lekar dan melakukan kerja-kerja pembersihan.

(15)

PENILAIAN KENDIRI

1. Kayu tempatan mempunyai banyak kegunaan, mahupun diusahakan secara besar-besaran ataupun kecil-kecilan. Nyatakan di antara kegunaan-kegunaan tersebut?

2. Berikan empat jenis kayu tempatan yang baik yang biasa digunakan untuk bahan pembinaan mahupun kegunaan bahan lain?

3. Kaedah pengeringan kayu terbahagi kepada dua iaitu pengeringan secara semulajadi dan juga pengeringan secara tanur. Huraikan kaedah pengeringan kayu secara tanur?

4. Berikan kesan-kesan kecacatan kayu yang berlaku terhadap pembinaan? 5. Penggunaan kayu tempatan dalam kerja pembinaan adakalanya lebih tahan

lasak dan adakalanya mudah dimakan anai-anai. Nyatakan kebaikan dan keburukan tersebut kayu dalam kerja-kerja pembinaan?

6. Terangkan perbezaan dan kegunaan kayu-kayu seperti dibawah : a) papan lapis

b) papan serpihan

7. Berikan jenis-jenis kemasan kayu beserta dengan bahan-bahan pelarutnya. 8. Terangkan dengan jelas mengenai tanggam siku.

(16)

MAKLUMBALAS

1. Terdapat banyak kegunaan kayu diantaranya:

a. Sebagai bahan binaan - kayu digunakan untuk membuat tiang, lantai, dinding, rasuk, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya. b. Sebagai bahan perabot

c. Untuk pembungkusan – secara ringan atau berat d. Untuk membuat alatan dan pemegang

e. Sebagai bahan larikan (turnery) dan patung permainan.. f. Dijadikan venir, papan lapis dan papan gantian.

g. untuk menghasilkan kertas dan sebagai bahan mentah dalam menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine dan lain-lain lagi.

2. Banyak jenis kayu tempatan yang bermutu tinggi baik untuk bahan pembinaan mahupun kegunaan bahan yang lain. Jenis kayu yang biasanya digunakan ialah:

a. Kayu lembut seperti damar minyak

b. Kumpulan kayu keras yang berat seperti cengal, balau/selayan batu, kekatung, merbau, tembusu dan resak

c. Kumpulan kayu keras yang sederhana berat seperti kapur, kempas, keruing dan tualang. d. Kumpulan kayu keras yang ringan contohnya jelutung, meranti,

nyatuh, ramin, sepetir dan kayu getah

3. Dengan pengeringan tanur, kayu dapat dikeringkan dalam masa yang lebih singkat disamping menghasilkan kayu-kayu kering yang lebih seragam. Pada dasarnya, pengeringan tanur ini memerlukan satu relau atau tanur yang dapat mengawal suhu, kelembapan dan peredaran udara. Proses ini dapat dicepatkan dengan meninggikan suhu serta mengawal peredaran udara di dalamnya. Stim juga dimasukkan ke dalam tanur pada hujung proses pengeringan untuk mengurangan retak dan mengawal kecacatan kayu serta mencepatkan proses pengeringan, terdapat beberapa jenis tanur yang digunakan, antaranya ialah tanur berbilik, tanur berperingkat, tanur jet stim, tanur berkipas luar dan tanur berkipas dalam.

4. Kesan kecacatan kayu terhadap pembinaan

a. Terpiuh - hasil daripada pengeringan yang tidak baik

b. Menggeleding – hasil daripada proses pengeringan semulajadi yang tidak sempurna

c. Pecah – proses pengeringan yang tidak seragam

d. Merekah - hasil daripada proses pengeringan semulajadi yang tidak sepurna

e. Melengkung – akibat daripada pengeringan yang tidak stabil

(17)

5. Kayu mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Antaranya kebaikannya ialah mudah direkabentuk bagi menghasilkan struktur binaan yang menarik dan mudah diperolehi. Manakala keburukannya pula ialah mudah reput, mudah terbakar, serangan serangga perosak seperti anai-anai, kurang lasak dan memerlukan kos yang tinggi bagi pembinaannya.

6. Perbezaan dan kegunaan kayu-kayu seperti dibawah:

Papan lapis – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan denagn ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya.

Papan serpihan – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan denagn ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya.

7. Wax – merupakan kemasan yang biasa digunakan sebagai lapisan terakhir untuk mendapatkan satu permukaan yang licin, rata dan berkilat.

Syelek – merupakan kemasan yang biasa digunakan pada kayu.Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs. Resin syelek larut di dalam alcohol dan digunakan untuk mengilat kayu. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan ataupun dibeli siap bancuh.

Lekar – terdiri daripada jenis resin (nitro–cellulose) ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur.

Cat – cat digunakan dalam perusahaan kayu untuk memberi lapisan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain lagi. Cecair cat mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat.

8. Tanggam siku diperbuat daripada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat. Ia boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak yang dibuat secara cepat.

(18)

2

Uni

t

KERJA BATA

OBJEKTIF AM

Memahami konsep kerja bata, jenis-jenis bata dan kegunaannya, bahagian-bahagian bata, jenis-jenis bata potong dan kegunaannya, jenis tembok dan susunannya serta jenis-jenis sambungan mortar.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

 Mengenalpasti dan membezakan jenis-jenis bata beserta ukurannya.

 Mengenalpasti dan membezakan kegunaan jenis-jenis bata potong.

 Menerangkan perbezaan bahagian-bahagian dan ukuran bata.

(19)

2.0 PENGENALAN

Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama dan kegunannya meluas. Ia telah wujud beratus tahun lamanya dan penting untuk membina stuktur bangunan dalam bidang kejuruteraan awam.

Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran 215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10mm. Satu perkara yang menarik tentang bata ialah ukuran dan saiznya tidak berubah dari dulu.

Bata yang digunakan dalam pembinaan diperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah yang utama seperti tanah liat, pasir dan simen. Antara jenis-jenis bata yang dihasilkan dan digunakan dalam pembinaan tempatan ialah bata tanah liat, bata simen dan blok simen.

Rajah 8: Dimensi Bata

Sumber: Teknologi Binaan Bangunaan (Tan Boon Tong), DBP. Tahun 1994.

2.1 JENIS-JENIS BATA BESERTA UKURANNYA

Jenis-jenis bata yang biasa terdapat dipasaran sekarang ialah bata tanah liat, bata simen dan blok simen.

2.1.1 Bata tanah liat

Antara jenis bata yang tersebut di atas, bata tanah liat adalah paling meluas digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata biasa dan bata muka elok. Kebanyakkan kilang bata hanya berdaya menghasilkan bata biasa. Bata muka elok cuma dihasilkan beberapa kilang bata yang besar yang mempunyai kemudahan teknologi canggih. Bata muka elok mempunyai ciri-ciri bata yang bermutu tinggi dan harganya pula tiga kali ganda bata biasa. Bata biasa digunakan dalam pembinaan biasa yang hendak dilepa manakala bata muka elok digunakan dalam pembinaan yang tidak dilepa (rujuk rajah 9). Bata tanah liat juga dihasilkan dalam berbagai-bagai bongkah dan jubin (paver) untuk kegunaan yang tertentu (rujuk rajah 10).

I N P U T

(20)

Gambarajah 9 : Jenis bata muka elok (tanah liat)

SUDAHKAH ANDA FAHAM APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BATA ?

(21)

Sumber: Teknologi Binaan Bangunan ( Tan Boon Tong ) DBP 1994

(22)

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan ( Tan Boon Tong ) 1994

Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk bata, pengeringan dan pembakaran.

Persediaan tanah

Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin pengisar, tempat tanah tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan dawai mengikut saiz bata.

Membentuk bata

Terdapat dua kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai dan bata tekanan. Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan dawai dikenali sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan. Bata tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam.

Pengeringan

Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun dalam sebuah pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan bantuan udara. Bata-bata tersebut juga boleh dikeringkan dengan stim dan hendaklah disusun berjarak 50 mm antara satu sama lain, membolehkan udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan proses pengeringan. Proses ini

(23)

mengambil masa agak lama biasanya 5 –7 hari bergantung pada keadaan cuaca dan susunannya.

Pembakaran

Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau

supaya menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau dengan cara yang tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan

sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan dengan menggunakan kayu api, gas, batu arang atau minyak bakar. Pembakaran dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebelum bata dikeluarkan. Proses ini

mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan mengeluarkan bata dari relau.

2.1.2 Bata simen

Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya berubah mengikut kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan bancuhan yang lazim digunakan untuk membuat bata simen tempatan. Kandungan air dalam bancuhan hendaklah dikawal supaya tidak terlampau basah. Bata simen dihasilkan dengan menggunakan acuan. Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan kering sendiri dan diawet selama dua minggu sebelum ianya sesuai digunakan. Pengawetan dilakukan dengan menyiram air sebaik sahaja bata mengeras, terutama semasa cuaca panas. Saiz bata simen adalah sama dengan saiz bata tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm.

2.1.3 Blok Simen

Kegunaan blok simen kian meningkat kerana ianya lebih murah dari segi harganya dan boleh dikat dengan cepat dalam pembinaannya menyebabkan produktiviti bertambah. Contohnya mengikat sebuah blok 450mm x 225 mm x 1000mm adalah sama dengan mengikat 6 bata biasa.

Blok dapat dihasilkan daripada bancuhan konkrit yang terdiri daripada konkrit ringan, konkrit padat dan konrit berudara. Definisi blok atau bongkah telah ditetapkan dalam BS2028 yang menyatakan blok itu adalah lebih besar daripada bata dari segi panjang, tebal dan tingginya. Tinggi blok mestilah tidak melebihi panjangnya atau enam kali tebalnya. Dalam pembinaan tempatan terdapat tiga jenis blok yang digunakan iaitu blok padu, blok bersel dan blok berongga.

(24)

Sumber : Kerja Batu Bata dan Konkrit ( Tan Boon Tong ) 1994

 Blok Padu

Blok ini diperbuat daripada konkrit ringan, konkrit padat atau konkrit berudara. Bahan padat dalam jenis blok ini hendaklah sekurang-kurangnya 75 %

isipadu blok dari dimensi keseluruhanya. (Rajah 12).  Blok Berongga

Blok ini mempunyai satu atau lebih rongga atau lubang-lubang yang lurus. Isipadu bahan padatnya antara 50 % hiingga 75 % isipadu dari dimensi keseluruhanya. ( Rujuk rajah12 ).

 Blok Bersel

Blok ini mempunyai satu atau lebih lubang yang tidak tembus dalam blok itu. Isipadu bahan padatnya juga antara 50-70 % . Blok bersel selalunya

diterapkan dengan menghalakan lubangnya kebawah supaya permukaanya yang rata menghala ketas untuk menerima motar dengan senang. ( Rujuk rajah12 ).

(25)

Rajah 12 : Contoh-contoh Blok

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

2.1.4 Saiz Blok

Blok boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan ketumpatanya mengikut yang terdapat dalam BS2028. Merujuk jadual dibawah blok dalam kumpulan A dan B boleh digunakan dalam kerja-kerja pembinaan bangunan yang berbeban ataupun tidak berbeban. Blok dalam kumpulan C cuma boleh digunakan untuk pembinaan bagi tembok dalam yang tidak berbeban sahaja.

Jadual 3 : Saiz kumpulan batu blok

Blok Panjang x Tinggi

(mm)(saiz kerja)

Tebal (mm) (Saiz Kerja)

(26)

>1500kg/m3) 390 x 190 440 x 225 140,190 75,90,100,140,190,215 B (ketumpatan: <1500kg/m3) 390 x 90 390 x 190 75, 90,100,140,190 C (ketumpatan : <1500kg/m3) 440 x 190 440 x 215 440 x 290 590 x 190 590 x 215 390 x 190 440 x 190 440 x 215 440 x 290 590 x 190 590 x 215 75,90,100,140,215 60,75

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

Blok konkrit ringan dihasilkan daripada bahan-bahan ringan seperti tanah atau syal yang dikembangkan sangga (slag) dan sebagainya. Ketumpatanya kurang daripada 1500 kg/m3 . Blok ini memberi penebatan yang memuaskan dan sesuai digunakan untuk membina tembok terutamanya tembok sekatan. Blok konkrit padat menggunakan bahan-bahan yang padat yang mempunyai ketumpatan melebihi 1500kg/m3. Blok ini sesuai digunakan untuk membina tembok-tembok yang bermuka elok jika sambungannya dikemaskan dengan betul.

Blok konkrit berudara mempunyai sifat penebatan yang baik. Blok ini dihasilkan daripada simen, pasir, abu dan sejenis agen berudara (serbuk aluminium). Aluminium bertindak balas dengan kapur yang terkandung dalam simen menghasilkan hydrogen yang cepat digantikan dengan udara. Ini menghasilkan banyak sel kecil dalam kandungan bancuhan konkrit menyebabkan blok ringan berpenebatan baik. Selain dari blok-blok yang tersebut diatas, blok yang berudara juga dihasilkan dengan berbagai-bagai rekabentuk untuk digunakan dalam pembinaan lubang udara tembok.

2.2 KEGUNAAN –JENIS-JENIS BATA POTONG

Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :

1. mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok. 2. mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.

Prinsip pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan datarnya

(27)

berterusan ( tidak berlekap ), kekuatan dan kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata. Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di bawah ( rajah 13 ). Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD.

Gambarajah 13 : Perbandingan Kekuatan Tembok Dengan Ikatan Terikat (Berlekap) Dan Tidak Terikat (Tidak Berlekap)

Sumber : ms 139 Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong )

Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan lebar bata dikenali sebagai tembok setengah bata, manakala tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali tembok satu bata.

Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip pengikatan. Bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan bata digunakan untuk mencegah sambungan yang terus menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok persimpangan. Di bawah terdapat beberapa jenis keratan bata khas digunakan memenuhi prinsip-prinsip ikatan bata:

(28)

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

2.3 Bahagian dan ukuran bata

Berikut adalah bahagian-bahagian dan ukuran bata (Rujuk rajah 15 ).  Kepala Bata

Permukaan hujung bata (65m x 102.5mm)  Sisi Bata

Permukaan sisi bata (102.mm x 215mm)  Kekatak/Lubang

Kesan tekanan di permukaan muka bata. Semasa menerap bata, muka bata menghadap ke atas dan bawah untuk memperolehi ikatan yang kuat.

 Aris/Segi Bata.

Tepi pepenjuru bata.

(29)

Kekatak/Lubang

Sisi Bata Segi Bata 65mm Kepala Bata 102.5mm 215 mm

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

2.4 Istilah-istilah Dalam Kerja Bata

Di bawah ini terdapat beberapa istilah-istilah yang biasa digunakan dalam kerja bata :

 Sambungan Datar

Bata ini disambung secara mendatar atau mengufuk. Biasanya bagi ikatan sisi bata, ikatan kapala bata, ikatan inggeris dan ikatan flemish.

 Sambungan Tegak

Merupakan susunan bata yang diikat secara menegak dan berselang antara satu sama lain. Sambungan ini biasanya terdapat pada struktur binaan pada tiang lurus.

 Sambungan Tindih

Jarak mendatar bagi tindihan bata sebelah atas dan bata sebelah bawah. Biasanya bata diikat dengan berlekap ¼ bata ataupun ½ bata. Lihat rajah 13. Sambungan ini terdapat pada tembok L dan juga T.

 Quoin/Pepenjuru

Sambungan ini berbentuk L dan biasanya dibuat sebagai tiang dan tepi bangunan. Sambungan batanya disusun secara berselang-seli atau bertindih antara satu sama lain.

 Hujung Terhenti

Sesuatu tembok yang penjurunya dihentikan ( disiapkan untuk secara menegak ) ini adalah berlainan dengan tembok yang bersudut. Di mana hujungnya berakhir dengan keadaan yang lurus serta tiada pembinaan lain lagi selepasnya.

 Gerigi

Semasa membina tembok, penjuru atau hujung tegaknya tidak disiapkan terus tetapi ditinggalkan ¼ bata atau ½ bata pada lapisan yang berselang seli, memberikan bentuk bergerigi. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja penyambungan pada masa hadapan.

 Pepara

Bata-bata ini disambungkan secara biasa iaitu dengan ikatan kepala bata dan menggunakan batu bata yang tertentu dan sesuai. Sambungan ini biasanya

(30)

dibuat di atas kerangka. Contohnya bagi ikatan bata di atas kerangka pintu atau tingkap.

Untuk menguji kefahaman anda sila buat aktiviti dibawah dengan ceria…selamat mencuba!

UNTUK MENGUJI KEFAHAMAN ANDA, SILA BUAT AKTIVITI BERIKUT. JIKA ANDA TIDAK BERPUASHATI DENGAN JAWAPAN

ANDA, SILA MEMBUAT

ULANGKAJI PADA INPUT YANG ANDA RASA MASIH KABUR.

(31)

AKTIVITI 2A

1. Apakah yang dimaksudkan dengan bata ?

2. Nyatakan jenis-jenis bata yang telah anda pelajari. 3. Apakah prinsip ikatan bata.

4. Nyatakan bahagian-bahagian bata.

MAKLUMBALAS

1. Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran 215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10mm.

2. a. Bata tanah liat b. Bata simen c. Blok simen

3. Antara prinsip-prinsip ikatan bata ialah :

CUBA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS BERIKUT

(32)

a. mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok.

b. mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. 4. Kekatak/Lubang Sisi Bata Segi Bata 65mm Kepala Bata 102.5mm 215 mm

PENILAIAN KENDIRI

Jawab semua soalan tanpa menjeling kawan anda...

1. Bagi mendapatkan batu bata yang bermutu tinggi, terdapat beberapa proses pembuatannya seperti persediaan tanah, membentuk bata, pengeringan dan pembakaran. Huraikan dengan terperinci proses-proses tersebut.

2. Terdapat banyak jenis batu bata yang berada di pasaran seperti bata tanah liat, bata simen dan blok simen. Huraikan mana-mana dua jenis bata tersebut.

(33)

3. Bata mempunyai rupabentuk yang standard, begitu juga dengan bahagian serta ukurannya. Terangkan bahagian dan ukuran bata tersebut.

MAKLUMBALAS

1. Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk bata, pengeringan dan pembakaran.

Persediaan tanah

Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin pengisar, tempat tanah tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan dawai mengikut saiz bata.

Membentuk bata

Terdapat dua kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai dan bata tekanan. Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan dawai dikenali sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan. Bata tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam.

Pengeringan

Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun dalam sebuah pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan bantuan udara. Bata-bata tersebut juga boleh dikeringkan dengan stim dan hendaklah disusun berjarak 50 mm antara satu sama lain, membolehkan udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan proses pengeringan. Proses ini

mengambil masa agak lama biasanya 5 –7 hari bergantung pada keadaan cuaca dan susunannya.

(34)

Pembakaran

Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau

supaya menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau dengan cara yang tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan

sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan dengan menggunakan kayu api, gas, batu arang atau minyak bakar. Pembakaran dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebelum bata dikeluarkan. Proses ini

mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan mengeluarkan bata dari relau. 2. Bata tanah liat

Antara jenis bata yang tersebut di atas, bata tanah liat adalah paling meluas digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata biasa dan bata muka elok. Kebanyakkan kilang bata hanya berdaya menghasilkan bata biasa. Bata muka elok cuma dihasilkan beberapa kilang bata yang besar yang mempunyai kemudahan teknologi canggih. Bata muka elok mempunyai ciri-ciri bata yang bermutu tinggi dan harganya pula tiga kali ganda bata biasa. Bata biasa digunakan dalam pembinaan biasa yang hendak dilepa manakala bata muka elok digunakan dalam pembinaan yang tidak dilepa.

Bata simen

Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya berubah mengikut kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan bancuhan yang lazim digunakan untuk membuat bata simen tempatan. Kandungan air dalam bancuhan hendaklah dikawal supaya tidak terlampau basah. Bata simen dihasilkan dengan menggunakan acuan. Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan kering sendiri dan diawet selama dua minggu sebelum ianya sesuai digunakan. Pengawetan dilakukan dengan menyiram air sebaik sahaja bata mengeras, terutama semasa cuaca panas. Saiz bata simen adalah sama dengan saiz bata tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm.

3. Bahagian dan ukuran bata

Berikut adalah bahagian-bahagian dan ukuran bata (Rujuk rajah 15 ).  Kepala Bata

Permukaan hujung bata (65m x 102.5mm)  Sisi Bata

Permukaan sisi bata (102.mm x 215mm)  Kekatak/Lubang

Kesan tekanan di permukaan muka bata. Semasa menerap bata, muka bata menghadap ke atas dan bawah untuk memperolehi ikatan yang kuat.

 Aris/Segi Bata.

Tepi pepenjuru bata.

Kekatak/Lubang

Sisi Bata

(35)

Segi Bata

65mm

Kepala Bata

102.5mm 215 mm

(36)

INPUT

3

Unit

KERJA BATA

OBJEKTIF AM

Memahami konsep kerja bata, jenis-jenis bata dan kegunaannya, bahagian-bahagian bata, jenis-jenis bata potong dan kegunaannya, jenis tembok dan susunannya serta jenis-jenis sambungan mortar.

OBJEKTIF

KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

 Menerangkan jenis-jenis ikatan dalam kerja bata.

 Menghuraikan ciri-ciri ikatan bata serta peraturan susunannya.

 Mentakrifkan perbezaan antara kemas ikat sambung dan kemas ikat timbul.

 Menerangkan fungsi-fungsi kemas ikatan sambung dan kemas ikat timbul.

(37)

3.1 JENIS-JENIS IKATAN KERJA BATA

Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.

3.1.1 Ikatan sisi bata

Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan dalam rajah 3.1(a). Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong.

3.1.2 Ikatan kepala bata

Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja. Rajah 3.2 menunjukkan pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.

Rajah 15 :Pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

3.1.3 Ikatan Inggeris

Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak

(38)

menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.

3.1.4 Ikatan Flemish

Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan ‘Flemish Kembar’. Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Rajah 16 (e) menunjukkan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan yang dibina dengan ikatan Flemish. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah muka tembok yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.

(39)

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

3.1.5 Lain-lain ikatan bata

Selain dari ikatan yang tersebut, terdapat juga beberapa jenis ikatan yang sering digunakan untuk membina tembok. Antaranya ialah ikatan tembok taman Inggeris, ikatan tembok taman Flemish, ikatan Monk, ikatan Dutch, ikatan palang Inggeris, ikatan bata perangkap tikus, ikatan bata silverlock dan ikatan raking.

(40)

3.2 CIRI-CIRI IKATAN BATA SERTA PERATURANNYA

Sistem atau cara bata di susun membentuk sebuah dinding dinamakan sebagai susunan. Prinsip yang digunakan dalam membentuk susunan bata ialah ikatan tegak untuk sesuatu lapisan itu hendaklah tidak kurang daripada ¼ bata daripada ikatan tegak lapisan di sebelah atas dan di sebelah bawahnya. Ini adalah supaya beban-beban titik di atas dinding itu diagihkan sama rata kepada batu bata di bawahnya bagi mengelakkan berlakunya kegagalan struktur.

3.3 PERBEZAAN KEMAS IKAT SAMBUNG DAN KEMAS IKAT TIMBUL

Kemas ikat merupakan proses terakhir pengemasan sebuah dinding bata bagi menghasilkan rupa yang cantik. Ini dilakukan terhadap dinding bata muka. Ada dua cara untuk melakukan kemas ikat iaitu kemas ikat timbul dan kemas ikat sambung.

 Kemas ikat sambung ialah proses mengemas sambungan semasa mengikat bata. Di antara kemas ikat ini ialah condong atas, condong bawah, terbenam, kekunci, sambung V dan sambung rata.

 Kemas ikat timbul ialah proses mengemas sambungan yang dilakukan selepas pembinaan. Di antara kemas ikat ini ialah timbul kumai dan timbul julur.

3.4 FUNGSI-FUNGSI KEMAS IKAT TIMBUL DAN KEMAS IKAT SAMBUNG  Kemas ikat sambung dilakukan untuk mengelakan takungan air pada

dinding luar.

 Kemas ikat timbul pula dibuat untuk memudahkan kerja melepa pada masa hadapan.

3.5 JENIS-JENIS KEMAS IKAT

Terdapat pelbagai jenis kemas ikat yang digunakan dalam kerja-kerja kemasan penerapan bata. Antara jenis kemas ikat yang biasa digunakan ialah:

Sambung “struck” bawah iaitu juga dipanggil santak. Ianya tidak sesuai untuk kemasan dinding luar. Sambung “struck “ atas pula sesuai untuk bata tekan yang licin.

Sambung terbenam juga dipanggil keruk. Ia amat sesuai bagi binaan yang menggunakan bata muka tetapi memerlukan kedalaman sambungan yang sama. Sambung rata dibuat sama rata dengan permukaan dinding atau tembok bata dan

sesuai untuk semua kedudukan. Untuk memperolehi kemasan bertekstur, gosokkan permukaannya dengan kepingan kayu atau permukaan yang bertekstur. Sambung V ini akan kelihatan kecil atau sempit. Kerja ini memerlukan alat untuk

menghasilkan ikatan yang kemas dan baik.

(41)

SILA BUAT AKTIVITI DIBAWAH

...

(42)

MAKLUM BALAS 3A

4. Nyatakan jenis-jenis ikatan bata.

5. Terangkan dengan ringkas jenis ikatan bata inggeris

6. Nyatakan perbezaan-perbezaan kemas ikat sambung dan kemas ikat timbul

1. Jenis-jenis ikatan kerja bata ialah;

Kerja bata terdapat banyak jenis ikatan untuk menyusun bata. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan inggeris dan ikatan flemish.

2. Ikatan Inggeris

Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah 3.3 menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.

3. Perbezaan kemas ikat sambung dan kemas ikat timbul

Kemas ikat merupakan proses terakhir pengemasan sebuah dinding bata bagi menghasilkan rupa yang cantik. Ini dilakukan terhadap dinding bata muka. Ada

(43)

dua cara untuk melakukan kemas ikat iaitu kemas ikat timbul dan kemas ikat sambung

 Kemas ikat sambung ialah proses mengemas sambungan semasa mengikat bata. Di antara kemas ikat ini ialah condong atas, condong bawah, terbenam, kekunci, sambung V dan sambung rata.

 Kemas ikat timbul ialah proses mengemas sambungan yang dilakukan selepas pembinaan. Di antara kemas ikat ini ialah timbul kumai dan timbul julur.

PENILAIAN KENDIRI

1. Dalam industri binaan, bata tanah liat amat meluas digunakan. Nyatakan dan lukiskan jenis-jenis bata tanah liat yang terkini yang digunakan dalam industri binaan.

2. Terangkan dengan ringkas proses pembuatan bata tanah liat yang dihasilkan di kilang-kilang bagi kegunaan industri binaan yang besar.

3. Dengan bantuan gambarajah, terangkan dengan jelas prinsip-prinsip utama dalam pengikatan batu bata.

4. Maksudkan istilah-istilah berikut : a. kepala bata

b. sisi bata

c. kekatak / lubang d. aris / segi bata e. sambungan tindih f. bergerigi

g. hujung terhenti.

(44)

a. blok padu b. blok berongga c. blok bersel d. blok berliang. SELAMAT MENCUBA...

MAKLUM BALAS

1. Nama dan Lukiskan;

2. Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk bata, pengeringan dan pembakaran.

Persediaan tanah

Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk

(45)

dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin pengisar, tempat tanah tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan dawai mengikut saiz bata.

Membentuk bata

Terdapat dua kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai dan bata tekanan. Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan dawai dikenali sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan. Bata tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam.

Pengeringan

Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun dalam sebuah pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan bantuan udara. Bata-bata tersebut juga boleh dikeringkan dengan stim dan hendaklah disusun berjarak 50 mm antara satu sama lain, membolehkan udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan proses pengeringan. Proses ini

mengambil masa agak lama biasanya 5 –7 hari bergantung pada keadaan cuaca dan susunannya.

Pembakaran

Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau

supaya menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau dengan cara yang tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan

sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan dengan menggunakan kayu api, gas, batu arang atau minyak bakar. Pembakaran dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebelum bata dikeluarkan. Proses ini

mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan mengeluarkan bata dari relau.

3. Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :

 mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok.  mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.

Prinsip pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan (tidak berlekap), kekuatan dan kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata. Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di bawah (rajah 2.5). Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD.

(46)

Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan lebar bata dikenali sebagai tembok setengah bata, manakala tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali tembok satu bata.

Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip pengikatan. Peraturan-peraturan dalam rajah 2.10 menunjukkkan kedudukan bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan bata untuk mencegah sambungan yang terus menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok persimpangan. Di bawah terdapat beberapa jenis keratan bata khas digunakan memenuhi prinsip-prinsip ikatan bata :

4. Maksud istilah-istilah berikut; a. Kepala Bata

Permukaan hujung bata (65m x 102.5mm) b. Sisi Bata

Permukaan sisi bata (102.mm x 215mm) c. Kekatak/Lubang

Kesan tekanan di permukaan muka bata. Semasa menerap bata, muka bata menghadap ke atas dan bawah untuk memperolehi ikatan yang kuat.

d. Aris/Segi Bata. Tepi pepenjuru bata. e. Sambungan Tindih

(47)

Jarak mendatar bagi tindihan bata sebelah atas dan bata sebelah bawah. Biasanya bata diikat dengan berlekap ¼ bata ataupun ½ bata.

f. Gerigi

Semasa membina tembok, penjuru atau hujung tegaknya tidak disiapkan terus tetapi ditinggalkan ¼ bata atau ½ bata pada lapisan yang berselang seli, memberikan bentuk bergerigi. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja penyambungan pada masa hadapan.

g. Hujung Terhenti

Sesuatu tembok yang penjurunya dihentikan(disiapkan untuk secara menegak) ini adalah berlainan dengan tembok yang bersudut.

5. Contoh Blok Simen; a. Blok Padu b. Blok Berongga c. Blok Bersel d. Blok Berliang

TAHNIAH ! SAYA PASTI ANDA DAPAT

MEMBERI JAWAPAN YANG TEPat

(48)

4

Uni

t

KERJA LOGAM

OBJEKTIF AM

Mengetahui fakta khusus berkenaan dengan kerja-kerja logam dan kegunaannya dalam pembinaan.

OBJEKTIF

KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

1. Menerangkan jenis-jenis dan kegunaan logam besi.

2. Menerangkan jenis-jenis dan kegunaan logam bukan besi.

3. Menyatakan cara-cara pembinaan struktur keluli, bentuk, keratan rangka, cara

penomboran, cara pemasangan dan penyambungan.

4. Menyatakan langkah-langkah keselamatan semasa kerja dilakukan.

(49)

INPUT 4

4.0 KERJA LOGAM

Dalam pembinaan bangunan dan perabut, barang-barang logam memainkan peranan yang penting. Barang-barang ini digunakan untuk tujuan yang tertentu seperti mengikat bahagian-bahagian binaan, menggantung pintu atau tingkap, menutup pintu atau tingkap dan lain-lain lagi. Logam-logam ini di antara bahan binaan yang paling banyak digunakan kerana bahan ini senang diperolehi, mempunyai kekuatan yang tinggi, lasak dan senang dikerjakan.

4.1 LOGAM BESI

Logam-logam besi ini terdiri daripada besi tempa, besi tuang dan besi waja (keluli) adalah di antara bahan-bahan kejuruteraan yang paling banyak digunakan dalam industri binaan. Cara mengeluarkan besi daripada bijihnya dengan membakar dalam api. Arang batu telah ditemui secara tidak sengaja lebih kurang pada tahun 1400 sebelum masihi.

Apabila besi tempa telah dihasilkan, ia dipanaskan lagi dengan bahan berkarbon. Dengan itu akan menghasilkan suatu bahan yang lebih kuat dan keras iaitu keluli. Pada zaman dahulu ia digunakan untuk membuat pedang. Dalam tahun 1728, besi waja gulung telah dibuat dan tahun 1783, rod dan bar digulung pula dihasilkan. Untuk mengilang besi tuang, suhu yang tinggi diperlukan dan ini hanya dapat dilakukan setelah menukar Bessemer dicipta dalam tahun 1855. Dalam proses pengeluaran besi dan keluli, bijih besi yang utama digunakan ialah hematit (Fe2O3),

tetapi magnetit (Fe2O4), Siderit (FeCO3) dan Limonit (Fe2O3+nH2O) ada juga

digunakan.

Sulfur, fosforus, silika dan tanah liat adalah bendasing-bendasing utama yang mungkin terdapat di dalam bijih-bijih ini. Oleh kerana bijih yang mustahak ini wujud dalam bentuk oksida, maka proses mendapatkan besi hendaklah merupakan satu proses yang dapat mengurangkan atau mengasingkan oksigen. Hasil keluaran yang terjadi daripada pembakaran bijih besi dengan karbon dinamakan besi jongkong.

(50)

Mengandungi 93% besi tulen, 3-5% karbon, bahan tambahan lain seperti silika, belerang (sulfur), fosforus dan mangan. Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan kejuruteraan kerana ia sebenarnya bahan utama untuk membuat besi tuang, besi tempa dan keluli. Ia cair pada suhu 25350C dan mendidih pada suhu 27500C. Besi tulen diperolehi daripada bijih besi seperti lodestone (magnelite), humalite, limolite, siderite, meteorites. Besi jongkong dan serpihan besi diperlukan untuk :

 Bahan asas untuk membuat besi tempa, besi tuang dan keluli.

 Oxide of iron (Venetian red) sebagai pigmen cat anti karat, bahan kosmetik dan untuk mengilap lensa.

 Perusion blue untuk dijadikan nila dan bahan cetak biru.

 Iron cores untuk elektromegnet dalam telefon dan sistem motor.

4.1.2 Besi Tuang (Cast Iron)

Beberapa jenis besi tuang dapat dihasilkan secara menggabungkannya dengan unsur-unsur aloi, selain daripada itu jenis-jenis besi tuang yang berlainan boleh juga dikeluarkan secara fizikal atau dengan mengawal kadar penyejukannya. Pengurangan kadar penyejukan besi tuang akan mengurangkan jumlah karbon yang bergabung, jumlah karbon bebas akan bertambah dan saiz hablurnya juga bertambah. Jadi sekeping besi tuang yang disejukkan perlahan-lahan akan terdiri daripada hablur atau simping grafik yang panjang dan halus dalam satu matriks pearling dan simetit dan berwarna kelabu.

Grafit adalah suatu bahan yang biasa digunakan. Oleh itu dengan adanya simping grafit besi tuang itu menjadi lemah dan rapuh. Kekuatan tegangan puncak besi tuang kelabu antara 67 MN/m2 (10,000 lb/in2) hingga lebih daripada 483 MN/m2 (70,000 lb/in2) dan modular putusnya ialah lebih kurang dua kali kekuatan tegangannya. Pertambahan kadar penyejukan akan membawa dua akibat. Pertama, mengurangkan jumlah grafit bebas dan kedua mengurangkan saiz hablurnya. Jika besi tuang cair disejukkan dengan cepat, kesemua karbonnya akan tertahan atau tertinggal dalam besi sebagai simetit yang keras dan rapuh. Hasilnya besi tuang itu menjadi amat kuat tetapi rapuh.

Oleh kerana tidak ada grafit didalamnya, besi ini mempunyai warna yang cerah dan dinamakan besi tuang putih. Besi kokol ialah sejenis besi tuang yang disejukkan dengan cepat secara menyalutkan sebahagian daripada acuannya dengan logam. Jenis ini banyak digunakan untuk membuat roda gerabak keretapi kerana sifatnya yang tahan haus. Oleh kerana besi tuang boleh dibentuk dengan mudah dengan acuan, maka bentuk-bentuk besi tuang kelabu boleh dihasilkan dengan lebih mudah daripada bentuk-bentuk keluli, tetapi disebabkan kekuatan tegangan yang rendah dan sifatnya yang rapuh besi ini hanya sesuai digunakan untuk membina struktur yang mengalami tegasan tegangan yang rendah dan tidak menanggung beban dinamik. Besi tuang kelabu digunakan dengan meluasnya untuk rangka dan alas mesin, paip, acuan (casing) dan tempat bagi alat pencetakan, kepala selinder, roda dan alat pengecap mata wang. Besi kokol digunakan untuk permukaan tahan haus seperti roda keretapi dan bajak.

(51)

4.1.3. Besi Tempa (wrough iron)

Selain daripada besi tempa yang dihasilkan terdapat juga jenis besi tulin yang lain yang dikilangkan untuk kegunaan tertentu. Besi tempa boleh dikenali atau dapat dibezakan kerana padanya masih terdapat sangga, terutamanya ferus silikat yang tidak di buang keluar semuanya. Penggulungan besi tempa akan memberikan sifat-sifat arah kerana serat-serat halusnya akan selari dengan arah penggulungan. Operasi ini juga akan mengurangkan saiz ira sangga dan meningkatkan kemuluran serta kekerasannya.

Ketumpatan besi tempa ialah 7690 kg/m3 dan kekuatan mampatan maksimumnya ialah antara 207 MN/m2 hingga 276 MN/m2. Kekuatan ricih maksimumnya ialah lebih kurang 276 MN/m2. Besi tempa mudah dikimpal kerana sifat kesenangan kerjanya yang tinggi. Oleh itu besi ini banyak digunakan untuk kerja hiasan besi, ia juga banyak digunakan untuk membuat paip, plat dandang dan tiub, kepingan logam dan bahagian-bahagian kereta dan gerabak kerana sifatnya tahan karat.

4.1.4. Besi Lembut

Besi lembut ialah bahan yang lazim digunakan untuk binaan kerja keluli. Ia dikeluarkan mengikut gred kekuatan asas seperti gred 43, gred 50 dan gred 55. Kekuatan gred 43, 50 dan 55 menunjukkan kekuatan tegangan muktamad minimum 430 N/mm2,, 500 N/mm2 dan 550 N/mm2. Sifat besi lembut yang penting diketahui ialah kekuatan tegasan tegangan, keanjalan, kemuluran, rintangan hakisan, tahan kebakaran dan pengcuacaan.

4.1.5. Jenis-jenis dan kegunaan paip besi bergalvani

Paip jenis ini diperbuat daripada besi dengan cara dituang besi cair ke dalam acuan pasir atau dituang tegak secara centrifugal. Paip yang dibuat cara pertama ini dipanggil paip besi tuang dan cara kedua dipanggil paip besi spun. Paip ini diperolehi dalam tiga jenis kelas iaitu B, C dan D dan paip jenis ini boleh diperolehi dalam saiz 0 hingga 48”. Panjang paip boleh diperolehi 9 kaki, 12 kaki dan 18 kaki. Paip ini disalut dengan cat bituminous di luar dan dalamnya.

4.2 LOGAM BUKAN BESI

Umumnya jika dibandingkan logam besi, logam-logam bukan besi lebih mudah bertukar sifat-sifat kejuruteraanya. Apabila dikenakan pengerjaan mekanik tetapi tidak begitu terpengaruh oleh tindakan haba dan tidak mudah berkarat. Logam jenis ini digunakan untuk binaan struktur atau untuk membuat bahan-bahan yang bersifat ringan, mudah mengalirkan elektrik, tahan karat serta bahan-bahan yang takat daya tahan dan modulus keanjalannya boleh diterima.

(52)

Tembaga boleh wujud dalam keadaan bebas (dikenali sebagai tembaga asli) atau bentuk oksida atau sulfida. Di antara bijih tembaga yang penting yang digunakan untuk pengeluaran logam tembaga ialah kuprik (Cu2O), kuprum

gans (Cu2S) dan kuprum pirit (CuFeS2). Proses yang digunakan untuk

menghasilkan tembaga daripada bijihnya ialah bergantung kepada jenis bijih tersebut. Secara umumnya proses yang terlibat ialah pembasuhan dan pengisaran bijih berkenaan, diikuti dengan panggangan, penurunan dan pembersihan. Dalam pasaran tembaga boleh didapati dalam lima bentuk iaitu :

a. Tembaga elektolitik – tembaga ini mempunyai sifat pengaliran haba dan elektrik yang baik dan senang dikerjakan.

b. Tembaga fosfor – tembaga ini mengandungi 0.006% hingga 0.05% fosforos. Sifar pengalirannya kurang baik tetapi tembaga ini lebih kuat. c. Tembaga argentum – tembaga ini mengandungi sedikit argentum dan

sesuai digunakan untuk membuat alat-alat elektrik. d. Tembaga pengaliran tinggi bekas oksigen.

e. Tembaga arsenik - tembaga ini mengandungi 45% arsenik.

Tembaga banyak digunakan untuk membuat alat elektrik dan dawai untuk pengaliran elektrik. Logam ini banyak digunakan dalam perusahan jentera dan untuk membuat lapisan kulit dalam kerja-kerja binaan kerana sifatnya yang tahan karat. Ia juga digunakan untuk membuat spring, tolok dan alat-alat lain yang menerima beban yang berulang-ulang.

4.2.2. Aluminium

Aluminium ialah sejenis logam yang memang banyak terdapat di dunia. Logam ini mengandungi lebih kurang 7.85% pati tanah tetapi bijih perdagangannya hanya bauksit iaitu sejenis alumina hidrat berferus yang mengandungi sebanyak 60 alumina (Al2O3).

Sifat-sifat utama logam aluminium ialah renggang kuat, tahan karat dan merupakan pengalir elektrik yang baik. Walaubagaimanapun, logam ini mudah dirosakkan oleh tindakan asid hidraulik dan alkali-alkali kuat tetapi tahan terhadap asid nitrit kuat. Hampir separuh daripada bekalan pasaran aluminium dihasilkan sebagai logam tulen.

Dalam bentuk keratan gulung, tiub, kepingan, bar dan dawai. Manakala separuh lagi dalam bentuk aloi-aloi ringan. Logam aluminium dalam bentuk digulung, ditarik dan ditekan banyak digunakan dalam semua bidang kejurutreraan dimana bahan yang ringan, cukup kuat dan tahan karat boleh digunakan sebaik-baiknya. Aloi-aloi aluminium memainkan peranan yang penting dalam pembinaan kapal terbang moden, badan-badan lori, gerabak, dawai pengaliran elektrik, atap bangunan dan perkakas-perkakas memasang peralatan rumah.

4.2.3 Zink

Bijih zink yang paling mustahak ialah sfalerit (ZnS) iaitu sejenis sulfida zink. Zink juga boleh wujud sebagai zink karbonat dan zink oksida. Pada suhu

Referensi

Dokumen terkait