• Tidak ada hasil yang ditemukan

OBJEKTIF KHUSUS

Dalam dokumen Construction and Material (Halaman 36-41)

Di akhir unit ini anda dapat :

 Menerangkan jenis-jenis ikatan dalam kerja bata.

 Menghuraikan ciri-ciri ikatan bata serta peraturan susunannya.

 Mentakrifkan perbezaan antara kemas ikat sambung dan kemas ikat timbul.

 Menerangkan fungsi-fungsi kemas ikatan sambung dan kemas ikat timbul.

3.1 JENIS-JENIS IKATAN KERJA BATA

Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.

3.1.1 Ikatan sisi bata

Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan dalam rajah 3.1(a). Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong.

3.1.2 Ikatan kepala bata

Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja. Rajah 3.2 menunjukkan pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.

Rajah 15 :Pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

3.1.3 Ikatan Inggeris

Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak

menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.

3.1.4 Ikatan Flemish

Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan ‘Flemish Kembar’. Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Rajah 16 (e) menunjukkan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan yang dibina dengan ikatan Flemish. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah muka tembok yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

3.1.5 Lain-lain ikatan bata

Selain dari ikatan yang tersebut, terdapat juga beberapa jenis ikatan yang sering digunakan untuk membina tembok. Antaranya ialah ikatan tembok taman Inggeris, ikatan tembok taman Flemish, ikatan Monk, ikatan Dutch, ikatan palang Inggeris, ikatan bata perangkap tikus, ikatan bata silverlock dan ikatan raking.

3.2 CIRI-CIRI IKATAN BATA SERTA PERATURANNYA

Sistem atau cara bata di susun membentuk sebuah dinding dinamakan sebagai susunan. Prinsip yang digunakan dalam membentuk susunan bata ialah ikatan tegak untuk sesuatu lapisan itu hendaklah tidak kurang daripada ¼ bata daripada ikatan tegak lapisan di sebelah atas dan di sebelah bawahnya. Ini adalah supaya beban-beban titik di atas dinding itu diagihkan sama rata kepada batu bata di bawahnya bagi mengelakkan berlakunya kegagalan struktur.

3.3 PERBEZAAN KEMAS IKAT SAMBUNG DAN KEMAS IKAT TIMBUL

Kemas ikat merupakan proses terakhir pengemasan sebuah dinding bata bagi menghasilkan rupa yang cantik. Ini dilakukan terhadap dinding bata muka. Ada dua cara untuk melakukan kemas ikat iaitu kemas ikat timbul dan kemas ikat sambung.

 Kemas ikat sambung ialah proses mengemas sambungan semasa mengikat bata. Di antara kemas ikat ini ialah condong atas, condong bawah, terbenam, kekunci, sambung V dan sambung rata.

 Kemas ikat timbul ialah proses mengemas sambungan yang dilakukan selepas pembinaan. Di antara kemas ikat ini ialah timbul kumai dan timbul julur.

3.4 FUNGSI-FUNGSI KEMAS IKAT TIMBUL DAN KEMAS IKAT SAMBUNG  Kemas ikat sambung dilakukan untuk mengelakan takungan air pada

dinding luar.

 Kemas ikat timbul pula dibuat untuk memudahkan kerja melepa pada masa hadapan.

3.5 JENIS-JENIS KEMAS IKAT

Terdapat pelbagai jenis kemas ikat yang digunakan dalam kerja-kerja kemasan penerapan bata. Antara jenis kemas ikat yang biasa digunakan ialah:

Sambung “struck” bawah iaitu juga dipanggil santak. Ianya tidak sesuai untuk kemasan dinding luar. Sambung “struck “ atas pula sesuai untuk bata tekan yang licin.

Sambung terbenam juga dipanggil keruk. Ia amat sesuai bagi binaan yang menggunakan bata muka tetapi memerlukan kedalaman sambungan yang sama. Sambung rata dibuat sama rata dengan permukaan dinding atau tembok bata dan

sesuai untuk semua kedudukan. Untuk memperolehi kemasan bertekstur, gosokkan permukaannya dengan kepingan kayu atau permukaan yang bertekstur. Sambung V ini akan kelihatan kecil atau sempit. Kerja ini memerlukan alat untuk

menghasilkan ikatan yang kemas dan baik.

Dalam dokumen Construction and Material (Halaman 36-41)

Dokumen terkait