1. Dalam pasaran tembaga boleh didapati dalam lima bentuk iaitu :
a. Tembaga elektrolitik – tembaga ini mempunyai sifat pengaliran haba dan elektrik yang baik dan senang dikerjakan.
b. Tembaga fosfor – tembaga ini mengandugi 0.006% hingga 0.05% fosforos. Sifar pengalirannya kurang baik tetapi tembaga ini lebih kuat. c. Tembaga argentum – tembaga ini mengandungi sedikit argentum dan
sesuai digunakan untuk membuat alat-alat elektrik. d. Tembaga pengaliran tinggi bekas oksigen.
e. Tembaga arsenik - tembaga ini mengandugi 45% arsenik. 2. Besi Tuang (Cast Iron)
Beberapa jenis besi tuang dapat dihasilkan secara menggabungkanya dengan unsur-unsur aloi, selain daripada itu jenis-jenis besi tuang yang berlainan boleh juga dikeluarkan secara fizikal atau dengan mengawal kadar penyejukannya. Pengurangan kadar penyejukan besi tuang akan mengurangkan jumlah karbon yang bergabung jumlah karbon bebas akan bertambah dan saiz hablurnya juga bertambah, jadi sekeping besi tuang yang
disejukkan perlahan-lahan akan terdiri daripada hablur atau simping grafik yang panjang dan halus dalam satu matriks pearling dan simetit dan berwarna kelabu.
Grafit adalah suatu bahan yang biasa digunakan. Oleh itu dengan adanya simping grafit besi tuang itu menjadi lemah dan rapuh. Kekuatan tengangan puncak besi tuang kelabu antara 67 MN/m2 (10,000 lb/in2) hingga lebih daripada 483 MN/m2 (70,000 lb/in2) dan modular putusnya ialah lebih kurang dua kali kekuatan tegangnya. Pertambahan kadar penyejukan akan membawa dua akibat. Pertama, mengurangkan jumlah grafit bebas dan kedua mengurangkan saiz hablurnya. Jika besi tuang cair disejukkan dengan cepat, kesemua karbonnya akan tertahan atau tertinggal dalam besi sebagai simetit yang keras dan rapuh. Hasilnya besi tuang itu menjadi amat kuat tetapi rapuh.
Oleh kerana tidak ada grafit didalamnya besi ini mempunyai warna yang cerah dan dinamakan besi tuang putih. Besi kokol ialah sejenis besi tuang yang disejukkan dengan cepat secara menyalutkan sebahagian daripada acuannya dengan logam. Jenis ini banyak digunakan untuk membuat roda gerabak keretapi kerana sifatnya yang tahan haus. Oleh kerana besi tuang boleh dibentuk dengan mudah dengan acuan, maka bentuk-bentuk besi tuang kelabu boleh dihasilkan dengan lebih mudah daripada bentuk-bentuk leluli, tetapi disebabkan kekuatan tengagan yang rendah dan sifatnya yang rapuh besi ini hanya sesuai digunakan untuk membina struktur yang mengalami tegasan tenganan yang rendah dan tidak menanggung beban dinamik. Besi tuang kelabu digunakan dengan meluasnya untuk rangka dan alas mesin, paip, acuan (casing) dan tempat bagi alat pencetakan, kepala selinder, roda dan alat pengecap mata wang. Besi kokol digunakan untuk permukaan tahan haus seperti rada keretapi dan bajak.
b). Besi Tempa
Selain daripada besi tempa yang dihasilkan terdapat juga jenis besi tulin yang lain yang dikilangkan untuk kegunaan tertentu. Besi tempa boleh dikenali atau dapat dibezakan kerana padanya masih terdapat sangga, terutamanya ferus silikat yang tidak dibuang keluar semuanya. Penggulungan besi tempa akan memberikan sifat-sifat arah kerana serat-serat halusnya akan selari dengan arah penggulungan. Operasi ini juga akan megurangkan saiz ira sangga dan meningkatkan kemuluran serta kekerasannya.
Ketumpatan besi tempa ialah 7690 kg/m3 dan kekuatan mampatan maksimumnya ialah antara 207 MN/m2 hingga 276 MN/m2. Kekuatan ricih maksimumnya ialah lebih kurang 276 MN/m2. Besi tempa mudah dikimpal kerana sifat kesenangan kerjanya yang tinggi. Oleh itu besi ini banyak digunakan untuk kerja hiasan besi. Besi tempa juga banyak digunakan untuk membuat paip, plat dandang dan tiub, kepingan logam dan bahagian-bahagian kereta dan gerabak kerana sifatnya tahan karat.
Besi lembut ialah bahan yang lazim digunakan untuk binaan kerja keluli. Ia dikeluarkan mengikut gred kekuatan asas seperti gred 43, gred 50 dan gred 55. Kekuatan gred 43, 50 dan 55 menunjukkan kekuatan tegangan muktamad minimum 430 N/mm2,, 500 N/mm2 dan 550 N/mm2. Sifat besi lembut yang penting diketahui ialah kekuatan tegasan tegangan, keanjalan, kemuluran, rintangan hakisan, ketahanan kebakaran dan pencuacaan.
3. Ia merupakan sebatian timah dengan tembaga yang turut ditambah dengan beberapa logam lain untuk mengukuhkan sifatnya. Timah bertindak meneguhkan sifat logam supaya ia lebih tahan, kuat, tahan lasak dan tahan karat. Kegunaan gangsa adalah seperti berikut:
Wang siling
Loceng
Hasil kerja seni seperti arca dan ukiran.
Komponen enjin
Rod, bar dan sesalur
Gangsa juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :
Phosphor bronze – menjadikan gangsa lebih kuat, tahan geseran, bermutu tinggi dan mudah dibentuk.
Lead bronze – dijadikan bahagian mesin terutamanya ‘bearing’. Nickel bronze – dijadikan bahagian mesin seperti gear dan
‘mechinenary bearing’
Silicone bronze – dijadikan pam, bahagian-bahagian kapal dan komponen elektrik.
4. Cara pemasangan dan penyambungan untuk kerja-kerja logam boleh dijalankan dengan cara-cara seperti berikut :
a) Bolt dan Nat
Penyambungan ini boleh dilakukan sebagai sambungan sementara bagi anggota struktur keluli. Ia terdiri daripada bolt dan nat serta sesendal, di mana sesendal bertujuan untuk menahan daya yang lebih. Lubang untuk bolt dibuat dengan menggunakan mesin gerudi. Lubang yang ditebuk itu mestilah lebih besar daripada ukuran garis pusat luar bebenang, iaitu lebih kurang 0.5 mm. Dalam penyambungan ini, dua jenis bolt digunakan iaitu :
bolt keluli lembut bolt tegangan tinggi
Bolt keluli lembut digunakan untuk binaan yang tidak terlalu besar dan tidak mustahak serta pembinaan yang tidak menerima beban yang besar.
Bolt tegangan tinggi digunakan untuk mana-mana binaan keluli sebagai pengganti pasak kerana kerja mengetatkan bolt ini sangat mudah.
b) Rivet
Diperbuat daripada keluli lembut dan terdapat dua jenis iaitu : berbentuk kubah
kepala benam
Rivet perlu dganti apabila didapati bentuknay tidak tepat, paksi rivet tidak lurus dan kepala retak.
c) Kimpalan Arka dan gas (arc and gas welding)
Kimpalan untuk binaan keluli hendaklah dibuat oleh tukang kimpal yang mahir. Kimpalan digunakan untuk penyambungan di antara struktur keluli. Kimpalan boleh dibuat dalam dua cara, iaitu kimpalan arka dan kimpalan gas. Dalam kimpalan arka, arka terjadi antara dua elektrod atau rod kimpalan dengan atau tanpa logam penambah (filler rod). Caranya ialah dengan mencairkan rod kimpalan dengan arka yang dihasilkan daripada tenaga elektrik dan melekatkan logam penambah pada bahagian yang hendak dikimpal. Suhunya di antara 2500C–3500C dan voltan arka antara 15V– 25V. Kimpalan arka lebih cepat dan memberi penembusan yang lebih dalam. Kimpalan arka lebih sesuai untuk kepingan yang tebal dan boleh digunakan di kedua-dua permukaan.
Dalam kimpalan gas, nyalaan api gas dari oksiasetilena digunakan untuk keluli sederhana. Dengan hidrogen atomik, suhunya meningkat ke 4000C. Untuk menyambung plumbum (lead), kimpalan gas suhu rendah diperlukan, iaitu menggunakan oksida hidrogen. Kimpalan ini memerlukan tukang yang mahir. Peralatan untuk kimpalan murah dan mudah alih. Kimpalan gas amat berguna untuk penyambungan kepingan keluli nipis, plat dan untuk keratan logam bukan besi.
Jenis-jenis kimpalan ialah :
kimpal muka tumpu (butt weld) kimpal kambi (fillet weld)
Kelebihan menggunakan sambungan kimpalan : sambungan ini kelihatan lebih kemas dan elok
memudahkan penyelenggaraan kerana tidak berkarat mudah dan cepat dalam kerja-kerja penyambungan pembaziran keluli dapat dikurangkan
sambungan ini ringan dan seterusnya mengurangkan beban binaan. 5. Langkah-langkah keselamatan perlulah dititik beratkan semasa menjalankan
tugas di antara langkah-langkah keselamatan tersebut ialah:
Tidak bermain-main atau bergurau dengan rakan sekerja semasa menjalankan kerja logam.
Memakai pakaian yang sesuai dengan kerja.
Memakai sarung tangan dan kasut keselamatan semasa berada di tempat kerja.
Mematuhi arahan dan peraturan keselamatan. Mengambil kira kemampuan diri sendiri.
Mengenalpasti punca kemalangan yang sering berlaku semasa kerja dilakukan.
Mengenalpasti langkah mencegah kemalangan.