• Tidak ada hasil yang ditemukan

AL-FARABI DAN PEMIKIRAN POLITIK DALAM AL-MADINA AL- AL-FADILA

3.4 Cabang Ilmu dan Karya-karya Secara Umum

Tidak dinafikan ramai pengkaji telah meneliti hasil karya dan penulisan al-Farabi dalam pelbagai bidang dan cabang. Jadi, untuk ruangan ini kajian hanya akan mengupas secara ringkas dan keseluruhan karya mengikut bidang-bidang yang beliau ceburi. Sebagai permulaan jumlah karya al-Farabi secara keseluruhan dikatakan lebih 100 naskhah.61 Bahasa Arab dijadikan bahasa pilihan utama dalam menulis kebanyakan karyanya. Gaya penulisannya dikatakan mudah untuk difahami, ringkas dan jelas apabila membincangkan sesuatu cara falsafah. Baghdad dan Damsyik merupakan dua kota yang dipersetujui oleh ramai pengkaji bahawa penulisan al-Farabi banyak dikeluarkan dan dihasilkan.62

Pembahagian ilmu yang beliau ceburi boleh dilihat menerusi karyanya iaitu Kitab ihsa‟ al-„ulum (Kitab Pembilangan Ilmu). Berdasarkan karya itu, penulisan al-Farabi boleh dibahagikan kepada lapan cabang kumpulan utama.

Cabang ilmu tersebut termasuklah ilmu nahu dan linguistik, ilmu logik, ilmu matematik (propaedeutik), ilmu fizik, ilmu metafizik, ilmu politik, ilmu fikah dan ilmu kalam.

Cabang pertama merupakan ilmu logik yang juga menjadi tumpuan lebih dalam penghasilan karya beliau berbanding ilmu lain. Banyak komentar telah

61 Osman Bakar, Al-Farabi: Kehidupan, Hasil Karyanya dan Peri Penting Tokoh, hlm. 42. Ada juga pengkaji lain yang menyebut bahawa karya al-Farabi sebenarnya berjumlah tujuh puluh.

Sila rujuk M. M. Shariff, Sejarah Islam Dari Segi Falsafah, hlm. 449.

62 Ibid., hlm. 43. Hal yang sama turut dikupas oleh M. M. Shariff, hlm. 451.

129

ditulis bersandarkan kepada karya ahli falsafah Yunani seperti Aristotle yang dikenali sebagai Organon. Risalah-risalah pendek yang ditumpukan kepada aspek tertentu tentang logik juga dihasilkan. Antaranya Risalat sudira bihaal-kitab (Risalah Dengannya Kitab Bermula), Risalat fi jawab masa‟il su‟ila „anha (Risalah Jawapan bagi Soalan yang Dikemukakan Kepadanya), dan Risalat fi qawanin sina‟at al-shi‟r (Risalah Kanun Seni Puisi).63

Dalam membicarakan ilmu logik, beliau turut menyentuh ilmu hadis (hadith). Al-Farabi meletakkan ilmu ini di bawah ilmu logik kerana baginya Aristotle banyak menyentuh ilmu logik yang sangat berkait rapat dengan hadis.

Usaha beliau dalam mendalami ilmu tersebut turut menyebabkan ada pengkaji menggelarnya „pakar pertama‟ berbangsa Arab dan dari dunia Islam yang mula-mula mengkajinya. Di sini juga jelas kelihatan bahawa al-Farabi sememangnya seorang tokoh falsafah Islam yang sedaya upaya menerapkan unsur agama dalam setiap ilmu dari luar yang beliau terokai. Pendekatan ini seterusnya dipraktikkan oleh ahli-ahli falsafah selepasnya seperti al-Ghazali (m.1111).64

Cabang kedua pula berkisar tentang ilmu fizik (tabi‟iyat) dan jumlah karya yang dihasilkan dianggarkan lebih daripada 12 buah karya kesemuanya.

Ilmu fizik atau nama lainnya yang diguna dalam aliran Mashsha‟i (Peripatetik). Penulisan al-Farabi terhadap ilmu ini boleh dibahagikan kepada

63 Sila lihat lebih lanjut dalam Osman Bakar, hlm. 44-45.

64 Ibid., hlm. 44-45.

130

tiga kategori. Kategori pertama adalah komentar yang dilakukan ke atas beberapa buah penulisan Aristotle dan penafsir Yunani bagi tokoh tersebut.

Antara karya yang telah ditulis dan penting dalam kategori ini adalah Sharh kitab al-sama‟ al-Tabi‟i li Aristutalis (Syarah Tentang Ilmu Fizik Aristotle), Sharh kitab al-sama‟ wa‟l-„alam li-Aristutalis (Syarah ke Atas Buku Aristotle Tentang Langit Dan Alam Semesta) dan Sharh maqalat al-iskandar al-afrudisi fi‟l-nafs (Syarah Ke Atas Risalah Iskandar Aphrodisias Tentang Jiwa).65

Kategori kedua merupakan karya yang membincangkan tentang psikologi fakulti, zoologi, meteorologi, sifat ruang dan masa dan juga tentang vakum.

Karya yang berkaitan aspek-aspek tersebut adalah Risalat fi‟l-khala‟ (Risalah Tentang Vakum), Kalam fi a‟da‟ al-hayawan (Perbincangan Tentang Organ Haiwan) dan Kalam fi‟l-haiz wa‟l-miqdar (Perbincangan Tentang Ruang dan Ukuran) serta Maqalat fi ma‟ani al-„aql (Makalah Tentang Makna Akal). Manakala kategori yang ketiga secara kasar boleh dikatakan berupa sanggahan kepada pandangan sesetengah ahli falsafah dan ahli kalam dalam membincangkan falsafah tabii.66

Dalam membicarakan falsafah tabii juga, penulisannya tentang psikologi menjadi sumber terpenting bagi teori ilmu (epistemologi). Karya beliau dalam psikologi bukan sahaja melibatkan sains fizikal, malah turut berkaitan dengan sains politik (ketatanegaraan). Bidang perubatan diletakkan di bawah cabang ini

65 Ibid., hlm. 47-48.

66 Ibid. Sila rujuk halaman tersebut untuk mengetahui karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau dalam kategori tersebut.

131

dan beliau hanya mengulas dari segi teori semata-mata. Keadaan demikian berlaku kerana ilmu tasawuf yang beliau miliki telah menjadikannya seorang pakar jiwa dan bukan pakar jasad atau luaran. Uniknya penguasaan ilmu jiwa telah memberi ilham untuknya menghasilkan risalah atau penulisan perubatan dengan kaedah muzik. Karya yang terkenal dalam ilmu muzik adalah Kitab al-musiqa al-kabir. Kitab ini dianggap sebagai yang terpenting dalam membincangkan teori muzik dan dikatakan sebagai yang termaju dan tinggi nilainya berbanding teori muzik daripada Yunani.67

Seterusnya adalah cabang metafizik. Ilmu ini telah dianggap sebagai kemuncak atau mahkota dalam dunia penulisan beliau. Unsur-unsur kefalsafahan juga kelihatan lebih menonjol dalam karya metafiziknya. Sebanyak lima belas buah karya telah dihasilkan oleh beliau. Antara karya tersebut adalah Maqalat fi aghrad ma ba‟d al-tabi‟ah (Risalah Tentang Matlamat Metafizik Aristotle), Kitab al-huruf (Kitab huruf), Fusus al-hikam (Tepak Hikam), Kitab fi‟l-wahid wa‟l-wahdah (Kitab Tentang Yang Satu dan Kesatuan), dan seterusnya karya-karya yang bertujuan mengharmonikan dan mengabungkan antara idea Plato dengan Aristotle seperti Falsafah Aristutalis (Falsafah Aristotle), Kitab falsafat Aflatun wa ajza‟han (Kitab Falsafah Plato dan Bahagiannya), dan Kitab al-jam‟baina ra‟yai al-hakimain Aflatun al-ilahi wa Aristutalis (Kitab Keharmonian Idea Di Antara Dua Hukama, Plato dan Aristotle). Selain itu, terdapat juga kitab yang diletakkan di

67 Ibid., hlm. 49-50.

132

bawah cabang ini. Kitab tersebut adalah Kitab fi usul „ilm al-tabi‟ah (Kitab Tentang Prinsip-prinsip Ilmu Fizik) dan Ihsa‟ al-„ulum. 68

Penguasaan dalam bidang metafizik seterusnya membawa al-Farabi menyentuh bidang yang dikenali sebagai politik atau sains politik.69 Bidang ini antara bidang yang beliau minati sebelum pengakhiran hayatnya. Perbincangan tentang negara dan kemasyarakatan (al-ilm al-madani) yang dimulai dengan sentuhan metafizik menjadikan beliau sebagai pengasas ilmu atau falsafah politik dalam dunia Islam.70 Keadaan politik yang tidak aman pada zamannya telah mendorong beliau menghasilkan karya falsafah politik dengan bersungguh-sungguh dan terbaik. Kesannya falsafah politik beliau dikatakan bermutu dan bernilai tinggi sebagai yang terawal dihasilkan oleh seorang tokoh falsafah Islam.71

Antara karya yang beliau hasilkan dalam bidang politik adalah Talkhis nawamis Aflatun (Ikhtisar Undang-undang Plato), Risalat fi‟l-siyasah (Risalah Politik), dan Kitab tahsil al-sa‟adah (Kitab Mencapai Kebahagiaan).72 Karya yang berkisar kepada aspek akhlak dan etika juga tergolong dalam falsafah politik al-Farabi. Antara karya yang berkaitan kedua-dua aspek tersebut adalah

68 Ibid., hlm. 52-53.

69 Ibid., hlm. 53.

70 Ibid., hlm. 56.

71 Ibid., hlm. 57.

72 Ibid., hlm. 56.

133

Kitab siyasah madaniyah (Kitab Kerajaan Negara Kota), Kitab millah al-fadilah (Kitab Masyarakat Sempurna), Fusul al-madani (Mutiara Kata Negarawan).73 Tidak terkecuali karya berbentuk teori dan praktikal tentang masyarakat dan keperluannya yang dianggap paling terkenal sebagai karya agung al-Farabi dalam bidang ini iaitu Kitab Ara‟ Ahl Al-madinah Al-fadilah (Dasar-dasar Ideologi Warga Negara Sempurna) atau ringkasnya Madina al-Fadila (Kota Sempurna / Kota Contoh).74 Karya inilah yang menjadi perbincangan utama dalam kajian.

Karya al-Madina al-Fadila yang ditulis oleh al-Farabi ini secara umumnya bukanlah merangkumi perbincangan politik semata-mata. Beliau memulakan perbincangan dengan banyak menyentuh soal ketuhanan atau metafizik. Kemudian beliau meneruskan pemikirannya dengan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan manusia seperti jiwa atau roh (human soul). Setelah itu perbincangan mengenai politik mula mengambil tempat dalam karya tersebut.75 Jadi, secara keseluruhan karya ini mengandungi 19 Fasal kesemuanya dan berikut diterangkan fasal yang menjadi perhatian untuk kajian ini.

73 Ibid., hlm. 55-56.

74 M. M. Shariff, Sejarah Islam Dari Segi Falsafah,hlm. 460.

75 Richard Walzer, Al-Farabi On The Perfect State, hlm. 39-49.

134