• Tidak ada hasil yang ditemukan

AL-FARABI DAN PEMIKIRAN POLITIK DALAM AL-MADINA AL- AL-FADILA

3.2 Sebab-sebab Al-Farabi dan Pemikirannya Dipilih

Antara sebab al-Farabi menjadi pilihan adalah beliau merupakan salah seorang tokoh terawal yang muncul dalam dunia falsafah Islam. Sebagai ahli falsafah terawal, kedudukan beliau begitu diangkat tinggi dan mendapat penghormatan daripada ramai pemikir dan pengkaji. Buktinya ada yang mengatakan jika al-Kindi (m. 873) mendapat gelaran ahli falsafah Arab (berbangsa Arab),7 al-Farabi pula diberi gelaran ahli falsafah Islam. Bahkan ada yang menyebut bahawa beliau merupakan ahli falsafah terbilang dan terbesar kerana pemikirannya begitu tinggi sehinggakan tiada tokoh lain yang setanding atau mampu disamakan dengannya. Ahli falsafah yang lahir selepasnya juga banyak mengambil contoh dan ilmu daripada al-Farabi sendiri. Misalnya Ibnu Sina (m.

1037) telah menjadikan pemikiran al-Farabi sebagai panduan dan cara-cara penulisannya turut dipengaruhi gaya al-Farabi.8

7 M. Saeed Sheikh, Islamic Philosophy (London: The Octagon Press, 1982), hlm. 57.

8 Sila rujuk H. Aboebakar Acheh, Akhlak Dalam Islam (Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, 1982), 32. Pernyataan bahawa al-Farabi dikatakan sebagai ahli falsafah terbilang dan unggul itu dinyatakan oleh Ibn Khalkan / Ibn Khallikan (Ibn al-„Abbas Syamsy al-Din Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr bin Khallikan) dalam karyanya iaitu Wafayat al-A‟yan wa Abna‟ al-zaman (seorang pengkaji sejarah yang banyak menghurai berkenaan al-Farabi, namun penulisannya banyak dihasilkan dalam bahasa Arab). Hal yang sama tentang kedudukan al-Farabi itu turut dipersetujui oleh pengkaji tempatan seperti Idris Zakaria yang menyebut perkara tersebut dalam artikelnya yang bertajuk “Al-Farabi Dan Usahanya Mengembangkan Falsafah,” dalam Islamiyat, 6 (1985), hlm. 54.

109

Kedudukannya itu juga diperakui oleh pengkaji lain ekoran daripada sumbangannya yang begitu besar dalam pelbagai lapangan ilmu dan cabang.

Antara yang menonjol adalah penulisannya dalam bidang fizik, metafizik, ilmu politik, logik dan lain-lain. Kehebatannya dalam memberikan idea dan fikiran tentang bidang-bidang berkenaan menyebabkan beliau berhak mendapat tempat tertinggi dan terkemuka dalam kalangan ahli-ahli falsafah Islam. Tambah menarik lagi, beliau telah mendapat pujian luar biasa daripada pakar sejarah terawal. Pujian diberikan atas sebab tindakannya membuat ulasan dan penjelasan yang cukup mengkagumkan tentang falsafah dari pemikir Yunani seperti Plato dan Aristotle.9

Usaha beliau yang bersungguh-sungguh dalam meneliti ilmu dari luar terutamanya falsafah Yunani sebenarnya memang patut diberi pengiktirafan sedemikian oleh mana-mana pengkaji. Komentar yang kritis, ringkasan dan kesimpulan daripada ilmu falsafah luar itu telah dilakukan dengan padat dan terbaik. Jadi tidak menjadi satu kehairanan apabila hasil usaha beliau itu dihargai dan diberi julukan „Guru Kedua‟ atau al-Muallim al-Thani (The Second Teacher).10 Hal ini turut disentuh oleh setiap pengkaji apabila menyatakan sumbangan dan kelebihan beliau. Buktinya seperti berikut :

It is apparent from his works that he understood Turkish and Persian (and legend has it that apart from Arabic he was able to understand seventy languages!). Progressively he acquired the mastery which earned him the title of Magister

9 Majid Fakhry, Sejarah Falsafah Islam, hlm. 141-142.

10 Idris Zakaria, “Al-Farabi Dan Usahanya Mengembangkan Falsafah,” hlm. 45.

110

secundus (Aristotle was the Magister primus), and which led to him being viewed as the first great Muslim philospher.11 If Aristotle, then, was the First Master or Teacher, Abu Nasr Muhammad b. Muhammad b. Tarkhan b. Awzalagh al-Farabi (AD 870-950) was the Second after him. Like Aristotle he has been justly lauded for his brilliant and wide-ranging intellect.

Like Aristotle he relished the challenge of imposing an orderly framework on what he perceived to be a fundamentally disorganized world view or system and he took a particular interest in theological and political order.12

Jadi, berdasarkan petikan dan huraian tadi jelas menunjukkan bahawa al-Farabi merupakan tokoh atau ilmuan terawal dalam falsafah Islam dan kedudukannya diangkat tinggi oleh para pemikir dan pengkaji. Inilah menjadi sebab pertama kajian memilih al-Farabi untuk menjadi fokus dalam kajian bersama Kesultanan Melayu Melaka.

Sebab yang kedua pula adalah karya yang dikaji iaitu teori politik atau lebih khusus teori ketua negara sempurna dalam al-Madina al-Fadila merupakan karya beliau yang cukup terkenal dan berpengaruh dalam dunia falsafah politik. Buktinya dapat dilihat daripada petikan berikut :

Al-Farabi is renowned as the author of many well-known works, notably that which is customarily abbreviated as The Virtuous City (al-Madina al-Fadila).13

11 Henry Corbin, History of Islamic Philosophy, diterjemahkan oleh Liadain Sherrard (London: Kegan Paul International Ltd., 1993), hlm. 158.

12 Ian Richard Netton, Islamic Philosophy And Theology: Critical Concepts in Islamic Thought Volume 11 Revelation and Reason (London: Routledge, 2007), hlm. 89.

13 Ian Richard Netton, Al-Farabi And His School (London: Routledge, 1992), hlm. 7.

111

Tambah Netton lagi, karya ini menjadi satu karya tumpuan dan seolah-olah wajib serta harus bagi pelajar dan pembaca yang ingin meneliti hasil penulisan al-Farabi terutama dalam bidang politik.14

Bukti lain yang menyokong bahawa karya yang turut dikenali sebagai magnum opus15 atau karya agung beliau dalam lapangan politik juga dapat dizahirkan apabila ramai pengkaji telah mengulas dan melakukan terjemahan terhadap karya al-Madina al-Fadila. Di sini secara ringkasnya Franz Rosenthal ada menyebut bahawa al-Madina al-Fadila (The Ideal State) telah diulas dan diterjemah oleh pengkaji seperti F. Dieterici (1900), L. Chalala (1949), R. Walzer (1985) dan M. Alonso Alonso (1961/2). Kerja-kerja terjemahan yang mereka lakukan sentiasa diperbaharui untuk memberikan hasil yang terbaik berdasarkan karya terbaik al-Farabi. Terjemahan ke dalam bahasa Sepanyol selain bahasa Inggeris dan beberapa bahasa asing yang lain turut mencerminkan bahawa karya itu sangat menjadi tumpuan dan rujukan penting oleh para pengkaji dalam memahami falsafah politik beliau.16

Kepentingan karya ini dan kemasyhurannya dalam kalangan pengkaji yang ingin meneliti falsafah politik Islam juga dapat dilihat berdasarkan pernyataan-pernyataan berikut :

14 Ian Richard Netton, Islamic Philosophy And Theology: Critical Concepts in Islamic Thought Volume 11 Revelation and Reason, hlm. 97.

15 Ibid., hlm. 102.

16 Franz Rosenthal, The Classical Heritage in Islam, diterjemahkan oleh Emile dan Jenny Marmorstein (London: Routledge & Kegan Paul, 1975), hlm. 114.

112

Finally there is the group of treatises concerning what is commonly called the „political philosophy‟ of al-Farabi, the most important of which are the Treatise on the Opinions of the Members of the Perfect City (or the Ideal City),...17

Yet there is a curious passage in which al-Farabi speaks of bliss in the next world. This passage occurs in his famous work al-Madinat al-Fadilah (The Ideal City), where he explains that the final aim of the State on earth...18

Daripada petikan-petikan tersebut jelas terang lagi bersuluh bahawa karya al-Farabi iaitu al-Madina al-Fadila sememangnya karya unggul dan menjadi perhatian utama oleh pengkaji dalam menelusuri ilmu falsafah politik Islam.

Lebih menarik perhatian adalah daripada penghasilan karya agung itu juga telah menjadikan beliau seorang tokoh falsafah Islam terawal yang berjaya menyempurnakan falsafah kenegaraan Islam walaupun beliau tidak terlibat secara langsung dalam kancah pentadbiran politik negara.19 Tetapi dapat menghasilkan penulisan yang tersusun, teratur dan lengkap. Sebagai tokoh yang mula-mula mengembangkan falsafah Islam dan politik, hal ini umpama satu keistimewaan dan keunikan al-Farabi. Dengan kelebihan tersebut beliau dilihat dapat mengatasi ahli-ahli falsafah sebelumnya seperti Ibnu al-Muqaffa‟(m.759) dan al-Kindi (m.873). Pemikirannya turut menjadi asas dan ikutan oleh ahli-ahli falsafah Islam seterusnya seperti Ibnu Sina (m. 1037), al-Ghazali (m. 1111), Ibnu

17 Henry Corbin, History of Islamic Philosophy, hlm. 159.

18 M. Saeed Sheikh, Islamic Philosophy, hlm. 65.

19 Henry Corbin, History of Islamic Philosophy, hlm. 162.

113

Khaldun (m. 1406) dan lain-lain.20 Jadi, keunggulannya dalam bidang politik dengan penghasilan karya al-Madina al-Fadila adalah sebab kedua untuk kajian memilih al-Farabi sebagai tokoh falsafah politik pilihan dalam kajian berbanding tokoh lain.

Sebab ketiga kajian memilih al-Farabi sebagai tokoh falsafah politik Islam adalah usahanya yang begitu serius dan bersungguh-sungguh dalam memasukkan unsur dan roh Islam dalam pemikiran politiknya. Telah diakui oleh ramai pengkaji sejarah dan pemikir bahawa al-Farabi memberi sumbangan yang besar dan minatnya terarah kepada bidang politik.21 Lantaran itu ramai juga pengkaji telah mendakwa bahawa ideanya tentang politik terutama kandungan yang terisi dalam al-Madina al-Fadila adalah salinan daripada tulisan ahli falsafah Yunani iaitu Plato menerusi karyanya Republic.22 Dakwaan mereka itu berasas apabila diteliti pada teori politik al-Farabi tentang sifat-sifat yang harus ada pada ketua negara dalam Fasal 15 karya al-Madina al-Fadila.

Buktinya seperti berikut :

The list of the twelve inborn qualifications (khisal) of the perfect ruler is obviously inherited from the opening chapters of the sixth book of Plato‟s Republic...23

20 Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam, 132.

21 Seyyed Hossein Nasr dan Leaman, Oliver (peny.), History of Islamic Philosophy (Routledge History of World Philosophies Volume 1) (London: Routledge, 1996), hlm. 190.

22Ahmad, H. Zainal Abidin, Negara Utama (Madinatul Fadilah): Teori Kenegaraan Dari Sardjana Islam Al Farabi, hlm. 35-36.

23 Richard Walzer, Al-Farabi On The Perfect State, hlm. 445. Sila rujuk penulisan ini dibahagian komentar ada menyatakan lebih lanjut sifat-sifat ketua negara seperti yang juga dinyatakan oleh Plato.

114

Tambahan pula seperti yang disebut sebelum ini, beliau banyak mengulas dan melakukan komentar tentang pemikiran ahli falsafah Yunani dan karya mereka.

In addition, most of the commentaries known to the Greeks were eagerly studied and discussed, and some of them are known to us only through the Arabs. Plato‟s Timaeus, Republic and Laws were available and were studied. The Republic and Laws became textbooks of political theory in the school of Al-Farabi;...24

Jadi, jelas keakraban al-Farabi bersama dengan karya-karya ahli falsafah Yunani sememangnya tidak boleh disangkal dan dinafikan. Permasalahan dalam dunia politik Islam yang semakin menjadi-jadi juga menyebabkan al-Farabi semakin tertarik untuk memahami dan meneliti pemikiran ahli falsafah Yunani.25

Sungguhpun begitu, al-Farabi bukanlah seorang ahli falsafah yang secara membuta tuli menceduk dan mengambil bulat-bulat segala pemikiran daripada ahli falsafah Yunani. Sebaliknya beliau cuba mengadunkannya dengan cara Islam atau memasukkan elemen Islam dalam menghurai falsafahnya. Buktinya berdasarkan pernyataan tersebut :

Al-Farabi did not, like Al-Kindi, claim simply to follow the Greek philosophers...he fully understood the interpretations of Aristotle and Plato which were at his disposal and passed them on to his pupils. But this alone would scarcely have

24 Richard Walzer, Greek Into Arabic : Essays on Islamic Philosophy (Columbia: University of South Carolina Press, 1970), hlm. 5.

25 Ibid., hlm. 19.

115

made him a Muslim philosopher...A more orthodox Aristotelianism than that adopted by Al-Kindi was conjoined in Al-Farabi with an appreciation of Plato‟s political theory which enables him to contribute forcefully to the discussion of the qualities by which the successor of the Prophet, the head of the Muslim community,...26

Daripada petikan itu jelas menunjukkan bahawa al-Farabi tidak mengambil ilmu falsafah Yunani mentah-mentah. Tetapi menggunakan ilmu dari luar itu dan melakukan penyesuaian dengan cara Islam. Paling mengkagumkan adalah beliau mengambil contoh teladan daripada kepemimpinan seorang pemimpin agung bagi umat Islam iaitu Rasulullah s.a.w. Tindakan inilah yang membezakan al-Farabi dengan ahli falsafah sebelumnya dan menjadikan beliau ahli falsafah Islam terawal dan terbaik untuk dipilih dan dijadikan fokus dalam kajian.

Keseriusan al-Farabi untuk menyampaikan teori politik khususnya tentang ketua negara sempurna atau ideal caliph kepada pemikir, pengkaji dan pembaca dalam kalangan Islam27 juga turut disokong dengan hujah pengkaji-pengkaji lain. Misalnya De Boer ada mengatakan :

We come now to Farabi‟s practical philosophy. In his Ethics and Politics we are brought into a somewhat closer relation to the life and belief of the Muslims...And Farabi endows his „Prince‟ with all the virtues of humanity and philosophy : he is Plato in the mantle of the Prophet Mohammed.28

26 Ian Richard Netton, Islamic Philosophy And Theology: Critical Concepts in Islamic Thought Volume 1 Legacies, Translations and Prototypes, hlm. 124.

27 Richard Walzer, Greek Into Arabic : Essays on Islamic Philosophy, hlm. 19.

28 T. J. De Boer, The History Of Philosophy In Islam, hlm. 123.

116

Terdapat juga pengkaji lain yang berpendapat seperti berikut :

His philosophy was esssentially a form of Neoplatonism, though adapted to Islamic doctrine at least in respect of monotheism. He tried not to offend Muslim susceptibilities gratuitously, but made no secret of his conviction that philosophical truth is universally valid, whereas religious symbols are an inferior way of conveying truth, suited to the less rational of mankind. With his metaphysics he linked a political theory, considerably influenced by Plato‟s Republic and Laws. Just as all existing things emanate from God, so in the ideal or virtuous state there is a hierarchy of command with the head of state at its summit.29

Jadi, daripada hujah-hujah pengkaji itu jelas menampakkan bahawa al-Farabi begitu bersungguh-sungguh dalam menghurai falsafah politiknya berlandaskan Islam untuk mendedahkan kebenaran dan tindakannya secara tidak langsung mengharmonikan falsafah Yunani dengan dunia Islam.30

Bukti lain yang mengukuhkan lagi hujah bahawa al-Farabi membina haluannya sendiri dengan tidak meniru penulisan ahli falsafah Yunani semata-mata dapat dilihat menerusi pendapat Henry Corbin seperti berikut :

His theory of the „perfect City‟ bears a Greek stamp in virtue of its Platonic inspiration, but it fulfils the philosophical and mystical aspirations of a philosopher of Islam.31

29 W. Montgomery Watt, The Majesty That Was Islam: The Islamic World 661-1100 (London: Sidgwick & Jackson, 1974), hlm. 231.

30 M. Saeed Sheikh, Islamic Philosophy, hlm. 57. Gabungan antara falsafah Yunani dengan agama juga turut disentuh oleh pengkaji lain. Sila lihat Muhammad Muslehuddin, Islam, Its Theology And The Greek Philosophy (Lahore: Islamic Publications Ltd., 1974), hlm. 44.

31 Henry Corbin, History of Islamic Philosophy, hlm. 162.

117

Seperti pengkaji yang lain, beliau turut bersetuju bahawa al-Farabi mengetengahkan kepimpinan Rasulullah s.a.w sebagai contoh dalam mengemukakan teori tentang ketua negara sempurna.32

Majid Fakhry pula ada berhujah bahawa al-Farabi sememangnya tidak menciplak karya Yunani. Sebagai contoh dalam karya al-Madina al-Fadila, beliau tidak membincangkan persoalan tentang keadilan dan hubungan manusia dengan negara seperti yang dilakukan oleh Plato dalam karya Republic beliau.

Sebaliknya al-Farabi memulakan penulisan dengan mengetengahkan soal

„Wujud Pertama‟ atau „Yang Maha Esa‟. Al-Farabi begitu berpegang teguh kepada Yang Maha Esa yang juga dikatakan sebagai „Sebab Pertama‟ dan punca terjadinya segala sesuatu, bersifat sempurna, tidak mempunyai sebab, tiada sekutu, bersifat kekal dan tidak dipengaruhi oleh wujud yang terbatas.33 Di sini jelas al-Farabi memulakan penulisan dengan memuji Tuhan Yang Esa dan membincangkan zat Allah (metafizik) sebelum perbincangan mengenai politik.

Perkara tersebut ternyata memberi perbezaan besar jika dibandingkan dengan penulisan ahli falsafah Yunani.

Tindakan al-Farabi mengadunkan atau mengharmonikan Islam dengan ilmu falsafah Yunani itu sekali lagi ditegaskan menjadi sebab ketiga kajian

32 Ibid., hlm. 162.

33 Majid Fakhry, Sejarah Falsafah Islam, hlm. 151. Sila rujuk juga Majid Fakhry, Islamic Philosophy, Theology and Mysticism: A Short Introduction (Oxford: One World, 2000), hlm. 46-47.

Di sini penulis ada menyatakan bahawa al-Farabi merupakan ahli falsafah Islam pertama yang benar-benar mengadunkan ilmu politik Yunani dengan doktrin politik Islam. Al-Farabi mengetengahkan konsep Khalifah-Imam dan memimpin berlandaskan Syari‟ah iaitu al-Quran dan as-Sunnah atau Hadis.

118

memilih pemikiran al-Farabi sebagai kaedah dalam kajian. Dalam menghurai sebab ketiga, jika diimbas semula banyak pengkaji ada mengatakan al-Farabi menjadikan kepimpinan Rasulullah s.a.w sebagai contoh kepimpinan yang sempurna dalam usaha beliau mengemukakan teori ketua negaranya. Untuk itu, kajian ini ingin menambah satu lagi sebab yang difikirkan sangat menarik dan menjadikan tokoh pilihan bagi kajian ini.

Tidak dinafikan al-Farabi menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan dalam menghurai falsafah politiknya. Namun, penggunaan kedua-dua sumber agung bagi umat Islam itu juga memaparkan bahawa al-Farabi menulis karya politiknya terutama al-Madina al-Fadila dengan menggunakan pendekatan sejarah.34 Maksudnya al-Farabi menyelidiki sejarah kepimpinan Rasulullah s.a.w menerusi al-Quran dan Hadis dalam usaha menyediakan penulisannya tentang politik. Tambahan pula suasana politik yang pada ketika hayatnya berada dalam keadaan kucar-kacir dan tidak aman akibat daripada berlaku peralihan kuasa yang kemudian menyebabkan ketua negara atau khalifah berfungsi sebagai lambang sahaja.35 Atas sebab tersebut al-Farabi mahukan perubahan dan jalan penyelesaian. Jadi, pendekatan al-Farabi yang

34 Sila rujuk M. M. Shariff, Sejarah Islam Dari Segi Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994. Di sini ada menyatakan bahawa al-Farabi selain menjadi ahli falsafah, beliau juga merupakan ahli sejarah.

35 Idris Zakaria, Falsafah Politik Islam dan Kepentingan di Malaysia, hlm. 35. Di sini penulis ada menghurai sistem kekhalifan sewaktu zaman al-Farabi iaitu pimpinan tahap kedua kerajaan Abbasiyah (232-590 Hijrah) sudah mulai lemah. Khalifah ibarat sebagai boneka sahaja. Kuasa kerajaan yang sepatutnya diberikan kepada yang layak gagal dilaksanakan. Kepimpinan bersifat bangsa dan hal demikian menyebabkan suasana politik tidak aman.

119

berhakim pada sejarah36 iaitu sejarah Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin yang agung yang berjaya mendirikan kota Madinah37 menjadi sebab keempat kajian memilih tokoh ini.

Sejarah kesempurnaan kepimpinan Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara wajar dijadikan contoh dan teladan apabila membincangkan soal kepimpinan Islam. Hal ini kerana akhlak baginda adalah yang paling sempurna38 dalam sejarah dunia Islam. Gambaran kesempurnaan sifat Rasulullah s.a.w juga disamakan dengan pemahaman secara menyeluruh tentang kesemua maksud yang terkandung dalam kalam suci Allah iaitu al-Quran. Al-Quran berperanan dalam menerangkan hakikat kemanusiaan yang sempurna. Pengertian dan pemahaman tentang hakikat manusia itu dari aspek individu mahupun masyarakat sebenarnya merupakan tafsiran daripada keunggulan dan kesempurnaan peribadi Rasulullah s.a.w. Sirah baginda menerusi Hadis dan al-Quran39 inilah yang menjadi panduan al-Farabi dalam melahirkan konsep philosopher-king-prophet dalam teori ketua negara sempurna beliau seterusnya

36 H. Zainal Abidin Ahmad, Sejarah Islam Dan Umatnya Sampai Sekarang, Bahagian 1 (Jakarta: Bulan Bintang, 1977), hlm. 21.

37 Penerangan lebih lanjut tentang kota Madinah yang mempunyai kaitan dengan karya al-Madina al-Fadila akan diterangkan dalam perbincangan tentang kandungan karya tersebut dalam huraian berikutnya.

38 Pustaka Salam, Asas-asas Pemikiran Politik Islam (Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.

Bhd., 1992), hlm. 25.

39 Mohd. Sulaiman Yasin, Pengantar Falsafah Islam (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982), hlm. 366-367.

120

memberi kelainan jika dibandingkan dengan konsep ketua negara Plato iaitu philosopher-king.40

Ketekunan al-Farabi menjadikan sejarah kepimpinan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk diikuti juga jelas tergambar apabila beliau cuba menzahirkan teori ketua negara sempurna dengan pemahaman yang lebih bersifat terbuka dan universal serta diterima umum bukan sahaja untuk umat Islam. Buktinya ada dijelaskan oleh Watt seperti berikut :

Al-Farabi uses perfectly general terms (like „head‟ rather than imam or caliph) which could be applied to non-Islamic states as well as to the Islamic empire, but he is thinking primarily of the Islamic world. The „first head‟ of his ideal state is a prophet who has also the best qualities of the true philosopher.41

Pernyataan tersebut jelas menunjukkan teori yang dikemukakan oleh al-Farabi adalah berasaskan sejarah kepimpinan Rasulullah s.a.w yang juga digelar sebagai ahli falsafah sejati. Cubaannya untuk menarik bukan sahaja umat Islam malah masyarakat dunia secara menyeluruh juga terserlah dalam mengajak mereka mencontohi sifat kepimpinan baginda selaku pemimpin teragung menerusi karya politiknya.

Demikianlah keempat-empat sebab utama yang menjadi penyebab dan alasan kajian memilih tokoh al-Farabi untuk dilihat teorinya tentang ketua negara sempurna dalam karya al-Madina al-Fadila. Sekali lagi ditegaskan

40 Richard Walzer, Al-Farabi On The Perfect State, hlm. 17.

41 W. Montgomery Watt, Islamic Philosophy And Theology: An Extended Survey (Edinburgh:

Edinburgh University Press, 1985), hlm. 70.

121

bahawa Farabi sebagai ahli falsafah Islam terawal, karyanya Madina al-Fadila menjadi tumpuan pemikir dan pengkaji, adunan doktrin politik Islam bersama pemikiran ahli falsafah Yunani dan yang terakhir menjadikan sejarah kepimpinan Rasulullah s.a.w sebagai asas merupakan empat sebab yang menarik untuk dilakukan kajian ke atas pemikiran tokoh tersebut. Paling penting di sini secara keseluruhan dapatlah dikatakan bahawa al-Farabi sebenarnya :

He tried, indeed to re-interpret the whole of Islam from his own philosophical standpoint, using Greek philosophy as a torch which gave new light to every aspect of Islamic life : dialectical theology, creed and Qur‟an, law, jurisprudence,

He tried, indeed to re-interpret the whole of Islam from his own philosophical standpoint, using Greek philosophy as a torch which gave new light to every aspect of Islamic life : dialectical theology, creed and Qur‟an, law, jurisprudence,