• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.6 Skop dan Batasan Kajian

1.7.2 Sifat Kepimpinan

Menurut Kamus Dewan sifat mempunyai maksud pembawaan seseorang, perangai, tabiat, dan watak.42 Manakala kepimpinan pula mendukung makna hal atau keupayaan dalam memimpin. Kepimpinan berasal daripada kata dasar iaitu

„pimpin‟ yang bermaksud dibimbing, dipandu, dituntun, dan ditunjuk. „Memimpin‟

pula terbahagi kepada beberapa makna. Pertama, bermaksud memegang tangan dan membawa berjalan ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan), membimbing, atau menuntun. Kedua, mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dan lain-lain). Seterusnya, maksud ketiga merujuk kepada melatih (mendidik, mengasuh, dan lain-lain). Jelas, dalam maksud kepimpinan itu dikaitkan dengan keupayaan untuk memimpin yang mana salah satu keupayaan itu boleh dihubungkan dengan sifat atau perwatakan seseorang

41 Ibn Khaldun, Mukadimah, hlm. 138-139.

42 Noresah Baharom (peny.), Kamus Dewan. Edisi Keempat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010), hlm. 1489.

26

individu itu dalam memimpin. Individu yang dimaksudkan sudah semestinya merujuk kepada pemimpin.43

Soal kepimpinan yang difokuskan dalam kajian adalah kepimpinan ketua negara. Islam cukup memandang berat akan perkara ini. Sebagai bukti, Imam al-Mawardi (m. 1058 M) seorang ulama terkenal dan juga ahli falsafah Islam telah memulakan bicaranya tentang kepimpinan dengan menyebut hukum pelantikan ketua negara atau (imam)44 sebagai peringatan utama. Menurutnya kesepakatan ulama telah mempersetujui bahawa pelantikan ketua negara itu adalah wajib.45 Dalam memperkatakan soal kepimpinan, al-Mawardi juga terus mengetengahkan tentang syarat-syarat yang harus ada pada seseorang ketua negara.46 Syarat- syarat ini boleh difahamkan sebagai sifat kepimpinan.

Pentingnya Islam memandang berat hal kepimpinan dan sifat ketua negara bukan sekadar suka-suka, tetapi adalah kerana martabat ketua negara itu diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan. Hal ini bersesuaian dengan tanggungjawab atau tugas yang maha sukar dan harus dipikul oleh mereka yang bergelar ketua negara atau pemimpin. Seiring dengan peranan dan kedudukannya yang disanjung serta diangkat tinggi adalah sebagai

43 Ibid., hlm. 1208.

44 Imam ini salah satu gelaran bagi ketua negara atau pemimpin dalam Islam.

45 Imam al-Mawardi, Hukum Tata Negara dan Kepemimpinan dalam Takaran Islam (al-Ahkam al-Sultaniyah wa al-Wilayah al-Diniyah) (Jakarta: Gema Insani Press, 2000), hlm. 16-17.

46 Ibid., hlm. 17-18.

27

suatu hikmah47 untuk memastikan ketua negara sentiasa menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh sifat kepimpinan yang baik. Daripada kedudukan sehingga sifat-sifat baik yang harus ada pada ketua negara menunjukkan bahawa bukan calang-calang individu dapat menggalas gelaran tersebut. Tersilap orang, maka padah menanti. Situasi ini dapat dipadankan dengan hadis berikut :

Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :

“Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran.” Ia bertanya : “Bagaimana orang tidak memegang teguh amanah itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab : “Kalau sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran.

(Sahih Bukhari)48

Walaupun petikan hadis itu bersifat umum, tetapi dalam sumber lain ada yang mengatakan hadis tersebut merujuk kepada kepimpinan ketua negara.49 Jadi, sifat kepimpinan bukan perkara mainan. Nasib sesebuah negara terletak di tangan ketuanya. Jika sifat tidak baik yang banyak ditonjolkan, maka bukan kebaikan yang dapat dirasakan oleh masyarakat, tetapi keburukan yang akan bermaharajalela di serata negara.

47 Khalid bin Ali bin Muhammad al-„Anbariy, Sistem Politik Islam Menurut Al-Quran, Sunah

& Pendapat Ulama Salaf (Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd, 2008), hlm. 122.

48 H. Zainuddin Hamidy, et al.(penterjemah). Shahih Bukhari. Jilid III (Jakarta: Widjaya, 1981), hlm. 65.

49 Tafsiran hadis ini dituju kepada ketua negara atau pemimpin dirujuk daripada sumber Al-Imam Al- Bukhary, Sahih Bukhary (Surabaya: Al-Asriyah, 1979), hlm. 63.

28

Seterusnya, kepentingan sifat kepimpinan ketua negara juga ada disentuh dalam Quran. Buktinya Allah s.w.t telah berfirman menerusi surah al-Baqarah ayat 247 yang bermaksud :

Nabi mereka berkata, „Sesungguhnya Allah telah melantik Talut menjadi raja kamu.‟ Mereka menjawab, „Macam mana Talut boleh memerintah kami, padahal kamilah yang lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, kerana dia tidak memiliki banyak kekayaan.‟ Nabinya menjawab,

„Sesungguhnya Allah telah memilihnya (menjadi raja) di antara kamu dan Allah mengurniakannya kelebihan dengan ilmunya yang luas dan tubuhnya yang gagah.‟ Allah jualah yang memberikan kerajaan kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas kurnianya lagi Maha Mengetahui.50

Ayat tersebut menjelaskan bahawa lantikan menjadi panglima perang (Talut) yang dibuat oleh Nabi mereka adalah bersandarkan kepada kecekapan, berilmu pengetahuan, bertubuh tegap, sihat dan kuat. Hartawan atau bangsawan tidak menjadi ukuran. Pengajaran daripada ayat tersebut ditafsir sebagai dalam melantik seseorang untuk memimpin sesuatu urusan, bukan berasaskan kawan, keluarga, keturunan atau sama golongan. Sebaliknya perlu melihat kepada kecekapannya, ilmunya dan kejujurannya yang juga memberi maksud kepada penekanan sifat-sifat sebagai pemimpin atau ketua negara.

Bukti lain yang menunjukkan sifat kepimpinan ketua negara penting untuk dititikberatkan boleh dilihat menerusi petikan kata-kata Umar bin Al-Khattab ketika beliau diangkat menjadi ketua negara atau khalifah setelah Abu

50 H. Mahmud Yunus, Tafsir Quran Al-Karim (Batu Caves: Victory Agencie, 2010), hlm. 57-58.

29

Bakar As Siddiq meninggal dunia. Ucapannya cukup memberi makna untuk diteladani dan berikut dipaparkan petikan kata-katanya itu :

“Ya Allah, aku ini kasar, berilah aku sifat lemah-lembut, aku ini lemah berikanlah aku kekuatan dan aku ini bakhil, berilah aku sifat pemurah. Aku dengar, rakyat banyak yang takut dengan sifat kekerasan dan kekasaranku; mereka berkata Umar mempunyai sifat keras (tegas) dan kasar sejak Rasulullah s.a.w masih berada di tengah-tengah kita,….

Ketahuilah bahawa kekerasanku telah berlipat kali ganda, tetapi ia hanya akan kugunakan terhadap orang-orang zalim dan membuat aniaya. Akan tetapi kepada orang yang suka akan kedamaian, jujur dan patuh, maka aku akan bersifat lemah-lembut terhadap mereka.”51

Daripada petikan tersebut, jelas menunjukkan ketua negara perlu memiliki sifat-sifat yang tertentu dalam memimpin. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana melibatkan pengurusan masyarakat dan perjalanan sesebuah pemerintahan negara.

Sedar akan hakikat sifat kepimpinan ketua negara tidak boleh dipandang ringan, jadi al-Farabi sebagai tokoh falsafah Islam terkemuka telah melontarkan buah fikirannya mengenai hal tersebut dan menjadi fokus dalam kajian ini.

Keseriusannya terserlah dengan bukti melalui pernyataan berikut :

Al-Farabi banyak menggeluti masalah moral, politik dan psikologi dibandingkan dengan al-Kindi...Ia menggeluti tingkah-laku individu di samping serius mengatur urusan-urusan kemasyarakatan. Nampaknya ia merupakan kaum Paripatetik Arab yang paling serius mendalami sosiologi...juga ilmu madani (bakat, moral, tabiat nilai tempat lahirnya

51 Hassan al-Banna, Tanggungjawab Pemimpin Islam (Ar-Risail Ats-Tsalaasah) (Kuala Lumpur: Karya Media Publisher, 1989), hlm. 5-6.

30

perbuatan dan hukum-hukum). ....moral dan politik menurut al-Farabi berhubungan erat....52

Daripada petikan itu jelas menunjukkan bahawa al-Farabi peka dalam memerhatikan soal politik dan moral. Untuk itu tidak hairanlah beliau menghasilkan karya al-Madina al-Fadila dan di dalamnya ada dibincangkan mengenai teori ketua negara sempurna dan sifat-sifat yang harus dipunyai oleh seorang ketua negara dalam melahirkan negara sempurna. Ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa sifat kepimpinan sangat mempengaruhi perjalanan pemerintahan negara dan ia menjadi fokus utama dalam kajian ini.