1.6 Skop dan Batasan Kajian
1.7.1 Konsep Sejarah
Dalam dunia Melayu, sejarah itu diberi pengertian sebagai sastera lama, asal usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu lampau, kisah, riwayat, tambo; dan ilmu sejarah itu ialah kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah lalu atau disebut juga sebagai tawarikh.25 Tawarikh merupakan salah satu daripada perkataan Arab selain salasilah dan babad yang membawa erti sejarah. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu, asal perkataan Arab tentang sejarah berkemungkinan besar berbunyi syajaratun yang bererti pohon. Malangnya perkaitan perkataan tersebut dengan sejarah tidak dilakukan kajian secara teliti ke atasnya.26 Tambahan pula karya agung Sejarah Melayu yang diangkat sebagai dokumen Melayu tertua dan dalam perkataan Arab disebut sebagai Sulalat us-Salatin tidak memuatkan langsung perkataan syajaratun di dalamnya. Atas sebab ini boleh dikatakan
25 Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori Dan Kaedah (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986), hlm. 4.
26 Muhd. Yusof Ibrahim, hlm. 4.
21
perkataan tawarikh yang berasal daripada al-tarikh lebih mendapat tempat dan masyhur dalam kalangan penulis sejarah tempatan.27
Selain itu, sejarah dalam bahasa Inggeris pula disebut sebagai history.
Perkataan ini berasal daripada kata Yunani historia yang bererti ilmu28 atau penyelidikan.29 Penyelidikan yang dimaksudkan pada fahaman orang Yunani bukanlah terhad kepada kajian terhadap peristiwa lampau semata-mata malah kajian yang turut dijalankan ke atas peristiwa semasa dan peristiwa yang terkandung dalam ingatan, pendengaran dan pemerhatian seseorang.30 Sungguhpun begitu, maksud history yang disepakati kini merujuk kepada “masa lampau umat manusia”.31
Perbincangan tentang makna sejarah tidak terhenti di situ sahaja. Ramai pengkaji sejarah Barat seperti Ranke, Clarke, Voltaire, Becker, Croce, Collingwood dan lain-lain menyuarakan pandangan masing-masing tentang erti sebenar sejarah. Pandangan mereka itu kemudian dikupas satu-persatu dan telah disimpulkan oleh E. H. Carr yang menyatakan secara keseluruhan “Apakah sejarah?” sebagai suatu proses berterusan interaksi di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa
27 Ibid., hlm. 5.
28 Louis Gottschalk, Mengerti Sejarah: Pengantar Metode Sejarah, diterjemahkan oleh Nugroho Notosusanto (Indonesia: Yayasan Penerbit Universitas Indonesia, 1975), hlm. 27.
29 Muhd. Yusof Ibrahim, hlm. 5.
30 Ibid., hlm. 6.
31 Louis Gottschalk, hlm. 27.
22
kini dengan masa lampau.32 Di sini jelas menunjukkan Barat melihat fakta-fakta dan ruang lingkup masa beserta ahli sejarah itu selaku komponen terpenting dalam memberikan maksud sejarah. Memandangkan dalam dunia Melayu perkataan sejarah itu diambil daripada perkataan Arab, jadi bagaimana pula sejarah dilihat dari kaca mata Islam?
Mengikut Ibn Khaldun (1332-1406) 33 seorang tokoh sejarawan yang tidak asing lagi dalam dunia Islam dan banyak mengupas soal sejarah dalam kitab ulungnya iaitu Mukadimah menyebut bahawa sejarah tidak dapat lari daripada kehidupan manusia. Umum mengetahui sejarah tidak lebih daripada sekadar keterangan mengenai peristiwa-peristiwa politik, negara-negara, dan kejadian-kejadian masa lalu yang ditonjolkan dalam bermacam-macam bentuk ungkapan dan perumpamaan.34 Sejarah juga dapat memberi kefahaman dan penceritaan yang menyeluruh tentang sesebuah kerajaan atau peristiwa. Misalnya sejarah dapat memberi gambaran atau dapat membuktikan sesuatu keadaan itu boleh mengalami perubahan dan impak yang diperoleh kepada hal ehwal manusia.
Bagi sesebuah kerajaan, sejarah boleh mendedahkan bagaimana kerajaan itu meluaskan kuasa dan wilayahnya serta bagaimana buminya dimakmurkan pada
32 E. H. Carr, Apakah Sejarah?, diterjemahkan oleh Ab. Rahman Haji Ismail (Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988), hlm. 27.
33 Nama lengkap tokoh ini ialah Abdurrahman Abu Zaid Waliuddin bin Khaldun.
Dilahirkan di Tunisia. Beliau banyak memberi idea dan pelopor dalam bidang sosiologi, historiologi, autobiografi, sastera, pendidikan, Hadis, fiqh, dan lain-lain ilmu. Antara kitabnya yang terkenal mencakupi ilmu baru sosiologi adalah Muqaddimah atau Mukadimah. Lihat lebih lanjut riwayat beliau dalam Ali Abdulwahid Wafi, Ibnu Khaldun: Riwayat Dan Karyanya (Jakarta: PT Grafitipers, 1985), hlm. 3, 11, 79-80.
34 Ibn Khaldun, Mukadimah (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993), hlm. viv.
23
satu-satu masa tertentu.35 Sejarah tidak terkecuali dapat membuktikan bagaimana sesebuah kerajaan tumbang daripada zaman kegemilangannya.
Pendek kata, sejarah merupakan satu penelitian dan usaha mencari kebenaran tahqiq, penjelasan yang halus tentang sebab dan asal benda, pengertian dan pengetahuan tentang bagaimana dan sebab-musabab berlakunya sesuatu peristiwa.36
Menurutnya lagi, konsep sebenar sejarah dapat difahami sebagai maklumat tentang organisasi sosial manusia atau serupa dengan konsep peradaban dunia („umran al-„alam).37 Dalam erti kata yang luas merujuk kepada keseluruhan kegiatan manusia. Di sini beliau mengupas lebih lanjut bahawa sejarah menyentuh tentang perubahan yang berlaku pada sifat-sifat manusia seperti kebiadapan, keramahan dan perasaan setiakawan segolongan; mengenai revolusi dan pemberontakan oleh segolongan manusia terhadap manusia yang lain, dengan mengakibatkan terbentuknya kerajaan dan negara, beserta dengan rakyat jelata; mengenai kegiatan-kegiatan dan pekerjaan manusia; mengenai pelbagai aspek ilmu pengetahuan dan pertukangan; dan pada umumnya mengenai semua perubahan bentuk yang dijalani oleh masyarakat menurut sifat-sifatnya.38 Dalam pada itu, Ibn Khaldun tidak terkecuali menyentuh tentang kekuasaan seseorang
35 Ibid., hlm. viv.
36 Ibid.
37 Ibid., hlm. Lxxi.
38 Ibn Khaldun, Mukadimah, hlm. Lxxi. Juga boleh rujuk Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan Dan Karya (Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988), hlm. 183-184.
24
raja dan pemerintahan-pemerintahan yang terhasil daripadanya sebagai salah satu perbincangan konsep sejarah.39 Baginya apabila meneliti tentang kegemilangan dan kemerosotan sesebuah kerajaan, terdapat suatu perkara yang amat jelas iaitu hubungan antara sebab dan akibat. Sebab jatuh dan berkembangnya sesebuah kerajaan itu berpunca daripada tindak-tanduk pemimpin dan rakyatnya.40
Kedudukan sebagai seorang raja adalah suatu yang dihormati dan memegang teraju yang paling tinggi. Kedudukannya yang dilihat penuh kemewahan dan keseronokan menyebabkan kuasanya ingin dimiliki oleh mereka yang tertentu dan persaingan berlaku. Tiada penyerahan secara sukarela dibuat apabila sudah memegang gelaran sebagai raja. Atas sebab ini perebutan kuasa yang membawa kepada peperangan dan perbalahan sentiasa berlaku.
Secara kasar, rakyat membantu raja dalam mengekalkan kedudukan mereka supaya kekal utuh dan tidak tergugat oleh mana-mana pesaing atau kerajaan lain. Bagi situasi ini Ibn Khaldun begitu menekankan aspek kekitaan yang terjadi antara raja dan rakyat dalam memelihara kedaulatan negara. Namun, lama-kelamaan semangat kekitaan itu luntur, raja yang silih berganti terlalu selesa dengan kedudukannya dan rakyat tidak lagi peduli dengan peranan
39 Ibn Khaldun, Mukadimah, hlm. Lxxi.
40 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan:
Ketokohan Dan Karya, hlm. 184.
25
mereka. Kesannya kerajaan mulai lemah dan senang goyah seperti yang berlaku kepada penduduk Andalus.41
Berdasarkan konsep sejarah yang diterangkan oleh Ibn Khaldun, raja dan rakyat merupakan asas yang paling kukuh dalam pembentukan kerajaan yang kuat dan gagalnya sesebuah negara. Hal ini menjadi fokus kajian dan menepati hakikat sejarah yang inginkan kebenaran iaitu mencari kebenaran dalam sejarah kepimpinan sultan Melaka dengan menggunakan teori ketua negara al-Farabi.