• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAKWAH Objektif Umum

Dalam dokumen DALIL MURABBI 02 (Halaman 63-67)

Sibuk dengan dakwah, mengambil berat terhadap penyebaran, memenangkan serta berusaha mendapatkan penolong dan pendokongnya

Objektif Khusus

1. Menguasai kaedah dakwah kepada Allah swt

2. Mampu menjelaskan syubhat-syubhat terhadap dakwah dan menangkisnya 3. Menguasai kefahaman Amal Am dan Rabtul Am serta melaksanakannya

Isi Kandungan

1. Qawaidu Dakwah

2. Bagaimana Aku Mendapat Hidayah 3. Syubhat-Syubhat Terhadap Dakwah 4. Rabthul Am Dan Amal Am

A. QAWAID DAKWAH Objektif Umum

1. Mengajar dan mendidik seorang Muslim berbincang secara ilmiah dengan sahabatnya dan orang lain

2. Membentuk seorang Muslim da’ie yang berkelayakan untuk bergerak dengan dakwahnya dalam setiap medan, berada di situasi mana pun dan bersama mana-mana kumpulan manusia. Memantapkan keupayaannya untuk menghadapi berbagai cabaran

3. Menambah peluang untuk berinteraksi antara individu-individu yang berbeza kedudukan, bertukar-tukar pengalaman dan mempelajarinya

4. Melatih dan membimbing seseorang teknik berinteraksi dengan masyarakat dan mempengaruhi mereka

5. Mengambil hasil yang terbaik dari pengalaman-pengalaman dan tenaga-tenaga yang terbiar di kalangan generasi terdahulu yang telibat dengan kerja Islam secara umum dan lapangan dakwah secara khusus

6. Menanamkan keimanan tentang kewajipan melibatkan diri dalam Amal Jama’ie untuk menegakkan agama Allah swt di muka bumi, khususnya di zaman sekarang, serta mengembalikan umat Islam melalui Amal Jama’ie kepada manhaj Islam

7. Mentarbiyah individu supaya beriltizam dengan bersikap “Dengar Dan Patuh” dalam keadaan apa sekalipun selagi dalam batas-batas yang disyari’atkan

1. Menyatakan kaedah-kaedah dakwah ke jalan Allah swt secara umum, sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis buku

2. Menjelaskan kepentingan tugas berdakwah ke jalan Allah swt 3. Menjelaskan tugas yang boleh dilaksanakan olah seorang da’ie 4. Menyatakan sebab-sebab kejayaan seorang da’ie dalam dakwahnya 5. Menghubung-kaitkan antara dakwah dengan jihad di jalan Allah 6. Menjelaskan hukum melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar

7. Menerangkan kewajipan amal jama’iy dalam dakwah dan menegakkan agama 8. Menjelaskan hubungan antara dakwah dan ujian

9. Menjelaskan tentang kesan mencari kemewahan hidup ke atas kehidupan seorang da’ie dan pengaruhnya terhadap dakwahnya

10. Membiasakan diri seorang da’ie dan orang-orang yang ada di sekelilingya supaya memberikan perhatian terhadap seruan kepada kebenaran dan menyebarkannya kepada orang lain

11. Dapat mengetahui hubungan antara perkara yang benar dan yang wajib dan berbagai perilaku. Juga perkara yang berlaku berupa ketenangan jiwa dan masyarakat

12. Menimbulkan rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri, masyarakat dan rasa tanggungjawab ke arah memberi petunjuk kepada manusia

13. Sangat ingin untuk mencontohi Rasulllah saw dan para sahahabat ra

Cara perlaksanaan

1. Melakarkan objektif dalam bentuk peta-minda (memasukkan fakta penting)

2. Pembukaan – “pada pertemuan lepas, kita telah membincangkan maksud dakwah dan pensyaraiatannya, apakah maksud dakwah kepada Allah? Sebutkan beberapa dalil

mengenainya daripada Al Quran dan Sunnah. Hari ini kita akan mempelajari “Kepentingan dakwah kepada Allah”.

3. Berpandu kepada lakaran awal, wujudkan soalan untuk mencapainya (“terangkan”, “jelaskan”, “bagaimana”, “apa” dll)

4. Penutup – murabbi mengingatkan kembali objektif umum dan khusus beserta fakta penting daripada setiap objektif beserta dalil

Aktiviti Iringan

1. Melakukan daurah pelatihan dakwah.

2. Mengumpul buku tentang dakwah umum dan yang lainnya tentang dakwah fardiyah.

3. Menulis buku yang menjelaskan jaminan dakwah dan keperluan umat dalam memikul masalah semasa .

4. Menulis cerita pendek (cerpen) berkenaan segala hambatan dan rintangan yang dihadapi para da'I dalam kehidupan dan dakwahnya.

5. Menyampaikan ceramah yang menjelaskan bahawa Islam tersebar dengan dakwah dan penerimaan baik, ada pun jihad adalah untuk membebaskan akal

6. Mengumpulkan perjalanan dan pengalaman para dai dalam medan dakwah. 7. Latihan dakwah bersifat umum dan peribadi.

1. Meyakini amal dakwah Islam hanya layak dilaksanakan oleh seseorang yang menguasai seluruh ruang lingkupnya dan seseorang yang memberi masa dan harta yang sepatutnya.

2. Menerangkan dakwah Islam sejelas matahari di siang hari. Oleh itu, seseorang sewajarnya memanfaatkannya untuk menyucikan jiwanya.

3. Menyakini terdapat perbezaan antara Muslim yang beramal dengan yang malas.

4. Menyedari dakwah hari ini mempunyai pelbagai medium yang sepatutnya diikuti. Sesuatu yang berfaedah dalam menyampaikannya pada zaman ini juga wajar dicari.

5. Meyakini dakwahnya mengumpulkan segala yang betul dan bermanfaat kepada manusia dalam kehidupan termasuk semangat kebangsaan dan perkauman yang mulia dan lain-lain.

6. Bersungguh-sungguh untuk mengenali penyakit umatnya dan (tanda) penyakit tersebut, kemudian mengemukakan ubat baginya.

7. Menyakini kehidupan mempunyai matlamat. Dia mesti menentukan secara khusus matlamat tersebut dan bergerak di atas landasannya, berasaskan al-Quran al-Karim.

8. Menyedari impian kelmarin merupakan realiti hari ini.

9. Menjaga kebenaran bukan dengan bermalas-malas dan menyerah kalah.

10. Bersungguh-sungguh menolak tuduhan berkenaan pembukaan Islam dengan hujah dan logik. 11. Mengambil berat dalam menentukan manhaj al-Quran dalam pengislahan masyarakat.

12. Mengambil berat dalam membentangkan pertembungan yang berlaku dalam struktur binaan umat.

13. Mengambil berat dalam menerangkan kenapa da’wah Islamiyah hari ini merupakan seruan kebangkitan dan penyelamat di samping mengambil berat tentang perbincangan mengenai objektif dan mediumnya.

Penilaian

1. Ujian pengetahuan berkaitan tajuk

2. Memantau kehadiran ke pelatihan dakwah yang dilaksanakan 3. Menilai sejauh mana penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan 4. Menilai keberkesanan latihan dakwah yang telah disertai

5. Mengisi kad pemerhatian sejauh mana penghayatan dakwah dalam diri mutarabbi Teks : Qawaid Dakwah – Hammam Sa’id

B. BAGAIMANA AKU MENDAPAT HIDAYAH Objektif Khusus

1. Kebenaran itu dari Allah swt maka janganlah tergolong di kalangan orang yang ragu-ragu. 2. Hidayah itu milik Allah swt dan dai’e hanya melaksanakan tugas menyeru manusia kepada

Allah swt.

3. Menghargai kebenaran dengan melaksanakan segala kewajipan dan meninggalkan segala larangan Allah swt.

4. Termasuk dalam menghargai kebenaran adalah menyebarkan kebenaran itu sendiri 5. Menyedari akan tanggung jawabnya untuk berdakwah kepada Allah swt

Bahan- bahan dalam folder, internet, buku-buku yang mngisahkan mereka yang meninggalkan kekufuran dan menganut agama Islam

Cara perlaksanaan

1. Bahan ini boleh digandingkan dengan tujuan penciptaan manusia dan penyucian jiwa 2. Mencari bahan-bahan tentang kisah mereka yang memeluk agama Islam setelah

meninggalkan jahiliah melalui buku-buku, tv atau internet 3. Membaca kisah-kisah ini sendirian atau bersama-sama

4. Mengupas sebab-sebab yang melayakkan hidayah Allah ke atas diri mereka 5. Menyebutkan usaha-usaha untuk menyeru manusia kepada dakwah ilAllah Aktiviti Iringan

1. Membaca kisah-kisah mereka yang mendapat hidayah

2. Melibatkan diri dalam aktiviti Hidayah Centre samada dalam membina kemahiran berdakwah kepada non-Muslim atau menyantuni mereka yang revert

3. Mengumpul dana untuk membantu mereka yang muallaf, yang mungkin telah kehilangan sumber kebergantungan

Penilaian

1. Pemerhatian dan kaji selidik

2. Memerhatikan perubahan dalam diri mereka pada aspek-aspek tertentu 3. Memantau tugasan yang telah diberikan dalam aktiviti

4. Melihat sejauh mana keinginan mereka untuk berdakwah kepada non-Muslim C.Syubhat-Syubhat Terhadap Dakwah

Rujukan

Lampiran – Fi Rihabul Islam – Husam Hamidah D. Rabtul Am Dan Amal Am

KEAKHAWATAN

Dalam dokumen DALIL MURABBI 02 (Halaman 63-67)

Dokumen terkait