• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKNIK-TEKNIK PENILAIAN 1. Ujian kefahaman

Dalam dokumen DALIL MURABBI 02 (Halaman 82-86)

Tujuan ujian kefahaman adalah untuk mengukur sejauh manakah tercapainya objektif berkaitan pengetahuan pada mutarabbi.

Nota: Murabbi menyediakan ujian dan mutarabbi menjawabnya. Contoh:

Penilaian

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kesetiaan? 2. Apakah jenis kesetiaan?

3. Jelaskan bahagian-bahagian kesetiaan kepada Allah. 4. Jelaskan bahagian-bahagian kesetiaan kepada manusia. 5. Bagaimanakah cara mendapatkan sifat setia?

6. Sebut contoh yang pernah anda alami sendiri di mana sifat setia berjaya dilaksanakan. 7. Nilaikan sejauh manakah anda telah mempraktikkan sifat setia..

2.Kad-Kad Penilaian

Tujuan kad-kad penilaian adalah untuk mengukur sejauh mana tercapainya objektif- objektif berikut:

1. Aspek psikomotor (tingkah laku). Pemerhatian secara langsung (observation). 2. Aspek afektif (perasaan). Pemerhatian secara tidak langsung.

Nota: Murabbi sahaja yang menggunakan kad-kad pemerhatian Contoh: Kaji selidik yang diisi oleh murabbi

Untuk menilai kadar usaha menjauhkan diri daripada sifat bakhil Contoh kad pemerhatian (keburukan sifat bakhil)

Fenomena zahir Markah pencapaian

No: Lemah Sederhana Kuat

1 Bakhil dengan harta untuk infak fi sabilillah

2 Bakhil dengan masa untuk dakwahnya 3 Mengutamakan membantu ikhwah dari

kerehatannya

4 Membalas kejahatan dengan kejahatan 5 Sentiasa mencela orang lain

3.Borang penilaian kendiri

Borang disediakan oleh murabbi dan diisi oleh mutarabbi dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana pencapaian objektif berkaitan emosi dan perasaan (hala tuju– kepercayaan – kecenderungan hati)

Contoh: Kaji selidik yang diisi oleh mutarabbi 1-lemah, 2-sederhana, 3-kuat

1 2 3

Adakah anda bakhil infakkan harta di jalan Allah?

Adakah anda bakhil pada sudut emosi dan perasaan terhadap saudara anda dan bakhil juga dalam berkongsi perasaan dan material dengannya?

Adakah anda bakhil meluangkan masa untuk dakwah?

Adakah anda mengutamakan kerehatan berbanding membantu orang lain?

Adakah anda sentiasa mencela orang lain?

Adakah anda membalas kejahatan dengan kejahatan yang setimpal?

Jumlahkan markah, jika mendapati markah baik, puji dan bersyukur kepada Allah

TAUTHIQ

Pengakuan dan pemeringkatan merupakan persaksian di hadapan Allah swt Definisi Tauthiq

Apabila beberapa individu atau lajnah mengakui bahawa individu tertentu sudah pun memenuhi objektif marhalah atau beriltizam dengannya, dia berhak untuk dipertingkatkan ke marhalah seterusnya. Tauthiq merupakan satu bentuk persaksian di hadapan Allah swt, maka hendaklah sesiapa yang melaksanakannya, takut kepada Allah swt

Tauthiq dilaksanakan apabila:

1. Berpindah seseorang individu dari suatu marhalah kepada marhalah seterusnya.

2. Tauthiq bertujuan untuk menyerahkan tanggungjawab tertentu kepada seseorang akh. Setiap akh yang dipertanggungjawabkan itu hendaklah mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri khusus yang melayakkannya untuk menjadi calon

Tauthiq dilaksanakan oleh satu jawatankuasa khas (lujnah) yang menilai pencapaian objektif, kemahiran, dan perasaan. Proses ini hendaklah dilaksanakan berdasarkan marhalah. Lujnah yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan beberapa pertemuan secara berkala. Mereka juga perlu hadir dalam aktiviti-aktiviti amali, samada bersendirian atau berkumpulan bersama para masul usrah (murabbi).

Anggota lujnah tauthiq di peringkat negeri terdiri daripada: 1. Masul secara langsung (murabbi)

2. Masul tarbiah daerah.

3. Masul tarbiah negeri atau wakilnya (masul lujnah keanggotaan di peringkat negeri) Cara pelaksanaan

1. Murabbi halaqah melapor prestasi mutarabbi secara berkala (bulanan). Mutarabbi dikategorikan seperti berikut:

• Cemerlang dan aspek kecemerlangan (secara berasingan). • Lemah dan aspek-aspek kecuaian dan kelemahan.

• Cara merawat kelemahan

2. Penilaian berperingkat dilakukan secara berkala (tiga bulan) berkaitan manhaj yang telah dilalui, untuk mengukur tahap pencapaian objektif pada aspek Pengetahuan, Perasaan dan Kemahiran). Penilaian ini merangkumi:

• Ujian Pencapaian (terhadap pencapaian objektif )

MUWASOFAT 10 SEBAGAI PANDUAN PENCAPAIAN TARBIYAH MARHALAH Sifat-sifat marhalah ini adalah kesinambungan daripada sifat-sifat marhalah sebelumnya. Arahan terdahulu dalam 10 muwasofat dibawa bersama dalam marhalah seterusnya

SALIMUL AQIDAH 1. Mendahulukan Allah daripada makhluq 2. Tidak mengkafirkan orang Islam 3. Berwala’ kepada Allah dan RasulNya 4. Yakin masa depan untuk Islam

5. Merasai kemanisan iman dan ubudiyah

6. Merasai kewujudan malaikat hafazah dan malaikat pencatat amal

7. Mengutamakan pegangan salafus soleh dalam akidah SAHIHUL IBADAH 1. Sentiasa membetulkan niat dan memperbaharuinya

2. Memperbanyak zikrullah, taubat dan berdoa 3. Mempertingkatkan tahap khusyu’ dalam solat

4. Membudayakan ibadah nawafil; Quran, sedakah, puasa 5. Khatam 4 bulan sekali

MATINUL KHULUQ 1. Bersifat dengan akhlak mulia seperti: Tawadhu’, Amanah, Wafa, Menjaga Rahsia, , Lemah Lembut, Sabar, Tawadhu,

Silaturrahim Jujur, Wara Dari Syubuhat Menundukkan Pandangan Bir Walidain, Berbuat Baik Dengan Jiran, Menghormati Orang Tua, Mengasihi Orang Muda, Mudah Mesra Dan Dimesrai

2. Interaksi yang baik dengan semua orang 3. Iltizam dengan adab meminta izin

4. Tidak kikir dan tidak kagum dengan pandangan sendiri 5. Boleh menerima nasihat

QADIRUN ALAL KASBI 1. Berusaha untuk mencari kemahiran dan kepakaran untuk berdikari

2. Mempunyai wawasan untuk memenuhi keperluan produk Islam 3. Mengurus kewangan dengan berhemah

MUTSAQQAFUL FIKRI 1. Minat membaca

2. Mengetahui ilmu-ilmu dan fikrah gerakan Islam yang asas 3. Mempunyai pengetahuan umum tentang isu utama umat Islam 4. Mengkaji aliran-aliran utama yang menyeleweng

QAWIYYUL JISMI 1. Menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal 2. Mengamalkan gaya hidup yang sihat 3. Iltizam dengan riyadhah 3 kali seminggu

4. Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang

5. Mempunyai ilmu asas dalam rawatan kecemasan (first aid) 6. Mengekalkan berat badan yang ideal

MUJAHIDUN LI NAFSIHI

1. Meninggalkan perkara-perkara makruh dan syubhat 2. Menjauhi tempat dan perkara yang melalaikan 3. Melatih diri untuk taat kepada pimpinan

4. Tidak keterlaluan dalam perkara harus 5. Berusaha untuk menunaikan tugasan amali MUNAZHOMUN FI

SYU’UNIHI

1. Mengamalkan budaya kerja yang tersusun (contoh 5S) 2. Menitik beratkan keteraturan dalam pengurusan diri, rumah

tangga dan kerjaya

3. Disiplin dalam kehadiran wasail tarbiyah

4. Membiasakan diri dengan urusan hidup seharian yang terancang HARISON ALA

WAQTIHI

1. Berusaha mengamalkan ilmu dan kemahiran dalam pengurusan masa

2. Mengendalikan mesyuarat dengan berkesan 3. Mengisi masa dengan perkara bermanfaat NAFI’UN LIGHOIRIHI 1. Berusaha untuk tidak membebankan orang lain

2. Membantu pasangan, keluarga dan rakan serumah

3. Memberi khidmat umum kepada masyarakat: ambil berat hal jiran, memenuhi keperluan orang lain.

Dalam dokumen DALIL MURABBI 02 (Halaman 82-86)

Dokumen terkait