• Tidak ada hasil yang ditemukan

HAJI DAN UMRAH

Dalam dokumen DALIL MURABBI 02 (Halaman 37-41)

1. Menyebutkan takrif dan pensyariatan haji dan umrah 2. Menyebutkan hukum dan dalil haji dan umrah 3. Menyenaraikan hikmah dan faedah haji serta umrah

4. Menyenaraikan mereka yang diwajibkan mengerjakan haji dan umrah 5. Memberikan pengertian ihram dan amalan ketika haji dan umrah 6. Menyebutkan amalan wajib semasa haji dan rukunnya

7. Menjelaskan amalan sunat-sunat semasa haji 8. Menjelaskan cara untuk bertahallul

9. Menyebut doa-doa haji

10. Menyenaraikan kecacatan yang berlaku semasa haji 11. Mengisahkan cara haji yang dilaksanakan Rasulullah saw 12. Menyebutkan cara-cara menunaikan haji

AQIQAH

1. Memberikan takrif aqiqah

2. Mengetahui hukum-hukum aqiqah 3. Mengetahui waktu aqiqah

4. Mengetahui hikmah disyariatkannya Aqiqah

5. Mengetahui binatang yang disembelih untuk anak lelaki dan perempuan 6. Mengetahui bahawa bilangan sembelihan berdasarkan bilangan anak 7. Menyebutkan syarat-syarat aqiqah

8. Menghuraikan makna antara aqiqah dan qurban

9. Mengetahui kewajipan ibu bapa terhadap anak yang baru lahir: a. Nama pada hari ketujuh

b. Mencukur rambut dan menyedekahkan emas atau perak mengikut kadar berat rambutnya

c. Mengazankan pada telingan bayi d. Membelah mulut (tahnik)

10. Membincangkan perkara berkaitan dengan khatan a. Hukum

b. Dalil c. Waktu d. Hikmah Aktiviti Iringan

1) Melakukan demo melakukan aqiqah

2) Membuatkan pameran berkenaan aqiqah bersama jurucakap

3) Merakam secara langsung majlis aqiqah menurut syariat dan diedarkan kepada umum.

PEMAKANAN

1. Mengetahui minuman yang diharamkan dan memabukkan 2. Menyebutkan minuman yang diharamkan

3. Menyebutkan dalil pengharaman perkara yang memabukkan 4. Menerangkan bahawa setiap yang memabukkan adalah haram 5. Menerangkan maksud ‘mabuk’

6. Menjelaskan perkara yang memabukkan adalah najis

7. Menghuraikan hikmah pengharaman minuman yang memabukkan 8. Menerangkan akibat meminum minuman yang memabukkan

9. Menerangkan hukuman hudud terhadap peminum minuman yang memabukkan 10. Menentukan syarat-syarat tsabitnya peminum arak

11. Menjelaskan siapa yang melaksanakan hukum hudud terhadap peminum minuman yang memabukkan

12. Menerangkan makna ‘almukhaddirat’ (dadah) dan jenis-jenisnya: a. Makna al takhdir

b. Hukum al mukhaddirat

c. Hukuman terhadap orang yang mengambil dadah d. Pengecualian terhadap hukuman

Aktiviti Iringan

1) Membuat lawatan ke JAKIM bahagian hub halal untuk mendapatkan penerangan secara jelas berkenaan prosedur pengeluaran sijil halal

2) Membuat pameran Halal-Hub bagi menjelaskan kedudukan makanan yang halal, syubhah dan haram

3) Menyiapkan pamphlet/booklet ringkas berkenaan produk halal dan proses sijil halal yang telah diluluskan JAKIM ke masyarakat umum (turun padang dan edar secara massa) SEMBELIHAN

1. Menyebutkan takrif az zabaih

2. Menyebutkan perbezaan antara zabaih dan tazkiyah 3. Menjelaskan hikmat disyariatkan sembelihan 4. Menyenaraikan jenis-jenis sembelihan 5. Menerangkan syarat sah penyembelihan

6. Menjelaskan beberapa perkara sunat dalam penyembelihan

Cara perlaksanaan Untuk Penceramah Ketika Melaksanakan Ilmu Fiqh 1. Menggunakan pendekatan dailog dengan mutarabbi

2. Mengajar kefahaman makna setiap ibadah dan hakikatnya (rohnya) serta perkara-perkara yang berkaitan yang terdiri dari perkataan dan amalan. Seterusnya mendorong untuk sentiasa bergantungan dengannya.

3. Memberi fokus kepada syarat-syarat penerimaan sesuatu ibadah yaitu ikhlas dan mengikut sunnah.

5. Mendorongnya untuk melakukan ibadat kerana perasaan cinta kepada Allah swt di dalam hati mereka.

6. Murabbi mestilah menjadi qudwah

7. Mempengaruhi pemikiran dan memperjelas hukum-hukum dengan memberi contoh tauladan tentang kehidupan para sahabat dan para solihin.

8. Melaksanakan latihan amali

9. Membawa dalil-dalil dari al-Quran dan Hadis yang bersesuaian

10. Menggunakan kitab yang ditentukan dengan mengambil faedah sebaik-baiknya serta menggunakannya dengan efektif.

Aktiviti Iringan

1. Menyediakan tape video yang menerangkan cara-cara perlaksanaan ibadat haji dan umrah 2. Mengedarkan tape-tape berkaitan haji dan umrah oleh penceramah seperti Ustaz Wajdi

Ghunaim dan Amru Khalid

3. Membuat ringkaskan buku Fiqh Zakat karangan Doktor Yusuf al Qardhawy

4. Membaca buku Musykilat al Faqr Wa Kaifa `Alajahal Islam (Masalah Kemiskinan Dan Bagaimana Ia Ditangani Oleh Islam) karangan Doktor al Qardhawy

5. Menggalakkan pengunjung masjid supaya mengeluarkan zakat harta mereka

6. Menggalakkan pengunjung masjid supaya menunaikan ibadat haji dan umrah melalui khutbah Jumaat, kelas-kelas pengajian dan ceramah-ceramah di masjid

7. Mengagihkan cenderamata yang mengandungi hikmat berpuasa, zakat dan haji kepada individu yang datang ke masjid

8. Menyampaikan peringatan dan bimbingan kepada bakal-bakal haji sebelum mereka berangkat ke tanah suci

9. Meneruskan perhubungan dengan kenalan-kenalan yang ditemui semasa mengerjakan ibadat haji dan umrah di samping mengingatkan mereka supaya sentiasa melakukan ketaatan dan sedia menyumbang demi Islam dan umatnya

10. Mengutus kad-kad ucapan tahniah kepada para jemaah haji yang selamat kembali ke tanah air

11. Menganjurkan program berbuka puasa untuk keluarga terdekat, kenalan dan juga fakir miskin

12. Melakukan qiam menghidupkan malam dengan menghafal al Quran 13. Melakukan I`tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan

14. Menubuhkan unit-unit untuk mengumpulkan zakat fitrah dan mengagihkannya kepada yang memerlukan

15. Menghidupkan sunnah Rasululah saw dalam menunaikan sembahyang hari raya di kawasan lapang dan prihatin dengan golongan anak-anak yatim dan fakir miskin pada hari raya

16. Melakukan puasa enam dalam bulan Syawal

17. Memperbanyakkan amalan ketaatan pada hari-hari yang penuh keberkatan seumpama malam al Qadar dan sepuluh hari pertama daripada bulan Zulhijjah.

1. Berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari sebulan

2. Menahan anggota badannya daripada melakukan dosa dan maksiat seperti mengumpat, mengadu domba dan mengeluarkan perkataan yang keji.

3. Menunaikan ibadat haji bila berkemampuan sekali seumur hidup

4. Menunaikan umrah ke Baitullah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup 5. Memperbanyakkan mengingati Allah

6. Memperbanyakkan sedekah secara senyap 7. Bersedekah dengan hartanya untuk dakwah

8. Merasakan keampunan serta anugerah Allah ke atas hambaNya sewaktu di Arafah

9. Menjaga adab-adab semasa menunaikan ibadat haji dan mengingati bimbingan-bimbingan al Quran dan as Sunnah dalam perkara tersebut

10. Mengingati ucapan-ucapan Rasulullah saw serta bimbingannya dan sentiasa cuba untuk menghayatinya semasa hari Arafah

11. Cuba untuk mengambil manfaat perhimpunan jemaah haji dalam mengajak mereka ke arah kebaikan dan mencegah mereka daripada kemungkaran, mengukuhkan kesatuan umat Islam, cuba mengenali isu-isu mereka dan mengambil berat hal-ehwal mereka 12. Mengambil manfaat penggandaan pahala solat dan ibadat yang lain di tempat-tempat suci

tersebut Penilaian

1. Ujian kefahaman 2. Pemerhatian

3. Pemantauan secara lisan 4. Ujian bertulis

5. Ujian lisan

6. Pemerhatian dan pemantauan tindak-tanduk seharian

7. Pemerhatian dan pemantauan penyertaan dalam aktiviti-Aktiviti Iringan

8. Pemantauan persiapan mental setiap kali perlaksanaan aktiviti bagi merealisasikan objektif kognitif semasa di dalam kelas

Rujukan

1. Fiqh Manhaji – Dr Mustafa Al Khin, Dr Mustafa Al Bugho, Ali Asy Syarbaji 2. Fiqh al-Sunnah oleh Syed Sabiq.- al-Ta’allum al-Zati (self study)

3. Al Fiqh Al Muyassar, Ahmad Isa Asyur 4. Ihya` Ulumuddin, Abu Hamid al Ghazali

KISAH PARA RASUL

Dalam dokumen DALIL MURABBI 02 (Halaman 37-41)

Dokumen terkait