• Tidak ada hasil yang ditemukan

DBAE Design Based Art Education (1980)

KAEDAH KAJIAN

3.4 Fasa 1 : Analisis Keperluan .1 Soal Selidik dan Temu Bual

Sebelum kajian ini dapat dilakukan, satu analisis keperluan harus dilakukan dalam rangka untuk memastikan bahawa Modul Pedagogi Responsif Budaya menerusi matapelajaran Pendidikan Seni Visual sangat diperlukan oleh kumpulan sasaran kajian. Untuk fasa ini, kaedah kajian kuantitatif akan diaplikasikan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada kumpulan pelajar sekolah menengah yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Di samping itu pengkaji juga akan menjalankan temubual separa berstruktur ke atas beberapa guru Pendidikan Seni Visual yang berpengalaman.

3.4.2 Populasi

Populasi sasaran yang terlibat bagi tujuan analisis keperluan kajian ini terbahagi kepada dua kumpulan. Populasi utama merupakan pelajar sekolah menengah yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sebagai mata pelajaran elektif di peringkat menengah atas iaitu tingkatan empat dan lima. Populasi kedua merupakan golongan guru

Analysis

Design

Developmen t

Implementation Summative Evaluation Formative Evaluation

110 yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah.

3.4.3 Sampel

Sampel yang terlibat dalam analisis keperluan dari kumpulan sasaran pelajar sekolah menengah adalah seramai 185 orang pelajar dari 3 buah sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan Shah Alam. Pelajar sekolah menengah yang layak untuk terpilih adalah dalam lingkungan umur 16 tahun dan 17 tahun yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sebagai mata pelajaran elektif di peringkat menengah atas iaitu tingkatan empat dan lima. Mereka juga terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan yang mewakili tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Namun bagi tujuan untuk mendapatkan keseteraan dalam dapatan kajian, pengkaji membuat keputusan dengan hanya akan memilih peserta dari kumpulan pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja.

Kajian analisis keperluan ini menggunakan kaedah pensampelan Berstrata dengan mengasingkan elemen-elemen populasi kepada kumpulan-kumpulan yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang tidak sama antara satu sama lain yang digelar Strata Rohana Yusof (2003). Dalam kajian ini pelajar-pelajar sekolah menengah dipilih mengikut beberapa kumpulan atau strata yang berdasarkan kepada sifat jantina dan mewakili tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Menurut Neil J. Salkind (2006) antara faktor yang boleh mengklasifikasikan sampel dalam bentuk berstrata adalah bangsa, jantina, kelas sosial masyarakat atau tahap kepintaran individu. Dalam kajian ini faktor yang diambil kira dalam pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan bangsa atau kaum serta jantina.

Manakala bagi sampel dari golongan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah dan seterusnya para pensyarah Pendidikan Seni dari Fakulti Pendidikan, Universiti tempatan dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan

111

judgement sampling melibatkan pertimbangan individu untuk memilih sampel berdasarkan

pengetahuan penyelidik dan tujuan khusus penyelidikan. Penyelidik dalam pensampelan bertujuan tidak menyelidik sesiapa sahaja yang ada tetapi memilih sampel yang akan memberi data berasaskan pengetahuan yang dimiliki.

Menurut Rohana Yusof (2003) penyelidik mengambil sampel bertujuan untuk mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki dalam menjawab persoalan kajian. Dalam analisi keperluan kajian ini peserta kajian yang akan dipilih ialah guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang berpengalaman di sebuah sekolah menengah kebangsaan. Pemilihan peserta kajian juga adalah terdorong oleh beberapa faktor seperti :

1. Latar belakang subjek yang diajar

2. Pengalaman guru mengajar mata pelajaran PSV

3. Pengalaman menjadi Guru Pembimbing bagi guru pelatih (Mentor)

4. Pengalaman sebagai Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual, Guru Displin Sekolah dan Guru Kanan Bidang Kemanusiaan.

5. Pengalaman menjadi Penyelaras program berbentuk penerapan nilai perpaduan (contoh : Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Bulan Kesenian dan Kecergasan, menjalankan aktiviti keceriaan sekolah dalam menghasilkan mural dinding)

112 Jadual 3.1: Matriks Kajian Fasa 1: Analisi Keperluan

Peserta Kajian Jumlah (N) Kaedah Persampelan Kaedah Kajian

3.4.4 Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum menjalankan kajian soal selidik ke atas pelajar sekolah menengah, pengkaji terlebih dahulu perlu mendapatkan surat kebenaran dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjalankan sebarang penyelidikan di mana-mana sekolah. Setelah mendapatkan kebenaran bagi menjalankan penyelidikan, pengkaji akan bersemuka sendiri dengan peserta kajian iaitu pelajar sekolah menengah yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan mengedarkan borang soal selidik bagi analisis keperluan untuk membangunkan Modul Pedagogi Responsif Budaya menerusi matapelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah. Penyelidik akan turut melampirkan surat akuan jaminan kerahsian terhadap segala informasi yang diberikan oleh peserta kajian kepada penyelidik. Surat tersebut turut menyatakan tujuan kajian yang sedang dijalankan dan segala maklumat peribadi peserta kajian tidak akan didedahkan serta hanya akan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja.

Bagi peserta kajian dalam bentuk sampel bertujuan iaitu guru-guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, sebelum memulakan kajian penyelidik terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dalam bentuk Persetujuan Berpengetahuan (Informed Consent) daripada peserta

184 (N) orang Pecahan Mengikut Kaum 62 Melayu 60 Cina 62 India Pecahan Mengikut Jantina 88 Lelaki /96 Perempuan 5 orang Pelajar Sekolah Menengah tingkatan 4 & 5 Guru Pendidikan Seni Visual Persampelan Berstrata Persampelan Bertujuan Soal Selidik (Survey) Temubual Separa Berstruktur

113 kajian secara lisan dan juga bertulis.(Rujuk Lampiran 1) Ini kerana menurut Helen Mary Richards dan Lisa Jeniffer Schwartz (2002); Salkind (2006) Pengkaji seharusnya terlebih dahulu mendapat persetujuan dari seseorang untuk menjalankan penyelidikan kepada diri sendiri atau mereka yang berada di bawah jagaanya. Contoh jika responden kajian itu melibatkan kanak-kanak maka Informed Consent perlulah daripada penjaga atau ibu bapa. Persetujuan yang diberikan perlulah berasaskan pengetahuan tentang perihal kajian yang bakal dijalankan.

Menurut Noraini Mohd Saleh (2001) dalam Noraini Idris (2010) persetujuan berpengetahuan merupakan persetujuan yang diberikan oleh seseorang kepada penyelidik untuk menjalankan penyelidikan terhadap diri atau ke atas individu di bawah jagaannya. Persetujuan berpengetahuan boleh disertakan dengan surat pengakuan dan jika surat tersebut ditandatangani, maka penyelidik dilindungi dari segi undang-undang. Setelah persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak, adalah wajar untuk penyelidik berhati-hati serta teliti dalam penyelidikannya untuk mengelakkan sebarang bahaya daripada menimpa subjek. Namun jika penyelidikan tidak melibatkan sebarang elemen bahaya, subjek masih perlu diberitahu tentang tujuan penyelidikan tersebut.

3.4.5 Instrumen Kajian

Satu set borang soal selidik akan dibangunkan bagi pelajar sekolah menengah yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada sebagai satu komponen matapelajaran wajib di peringkat menengah rendah mahupun sebagai matapelajaran elektif di peringkat menengah atas. Tujuan soal selidik ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar tentang kandungan komponen dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual serta persepsi, penerimaan dan cadangan mereka dalam mengintegrasikan elemen pendidikan pelbagai budaya untuk penambahbaikan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual sedia ada. Bagi tujuan memudahkan peserta kajian untuk menjawab borang

114 soalan selidik, pengkaji akan membentuk soalan-soalan dalam bentuk skala Likert 5 dan soalan tertutup (close-ended question). Di antara komponen yang akan dimasukkan sebagai berikut: