• Tidak ada hasil yang ditemukan

DBAE Design Based Art Education (1980)

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan Kepada Pendidikan Seni Visual

Setiap kebudayaan mencipta sebuah perkongsian sistem pengetahuan bagi memastikan kelangsungan hidup serta memudahkan komunikasi antara anggota masyarakat tersebut. Pengetahuan terhadap budaya tidak hanya berasal atau ditentukan oleh suatu etnik mahupun sebuah negara, tetapi juga dari pelbagai faktor yang mengundang kepada kepelbagaian dalam sesebuah masyarakat seperti keluarga, agama, umur, jantina, dan minat seseorang individu (Wurzel, 1988). Menurut Richmond (2002) isu kepelbagaian budaya dan multikulturisme telah menjadi antara isu penting dalam sistem pendidikan yang turut mempengaruhi globalisasi budaya dan keunikan perspektif peribadi sesebuah masyarakat.

Lee (2005) menyatakan bahawa pada awal abad ke-20, dua teori menjelaskan proses hubungan antara budaya di negara-negara pendatang seperti Amerika Syarikat termasuklah terma ―Melting Pot‖ yang diambil dari sebuah drama yang dihasilkan oleh Israel Zangwill pada tahun 1908 dan “Pluralisme Budaya. Dapat diperhatikan juga Lee (2005) mengetengahkan bagaimana gerakan hak sivil memberi laluan kepada pluralisme budaya, politik dan agenda kebudayaan berkembang atas sebab asimilasi juga integrasi kaum. Ini membolehkan bahasa sesebuah etnik itu dapat dikekalkan serta memberi laluan untuk identiti suatu budaya berkembang mengikut putaran masa dan perubahan gaya hidup. Menariknya, perbezaan yang dilihat dalam sebuah masyarakat itu tidak dianggap ganjil ataupun asing malahan ianya menyumbang kepada kepelbagaian yang dianggap menarik dalam membentuk budaya masyarakat yang pelbagai.

Price (1994) berpendapat pluralisme budaya mencerminkan satu gagasan bahawa semua budaya adalah setara dalam membentuk sebuah masyarakat dalam sebuah negara.

61 Pluralisme budaya merujuk kepada kewujudan bersama pelbagai budaya di suatu daerah tanpa satu budaya yang mendominasikan budaya-budaya lain yang mana perbezaan ini dipengaruhi oleh jumlah terbesar sesebuah kumpulan masyarakat dominan. Pluralisme budaya dianggap berupaya mengatasi isu-isu perkauman, seksisme atau diskriminasi jantina, dan bentuk-bentuk diskriminasi lain.

Peningkatan dan kemajuan dari segi ekonomi telah merubah cara kehidupan populasi dunia sejagat juga menyumbang kepada kemiskinan dikalangan sekelompok populasi. UNESCO telah mengenalpasti bahawa satu dalam lima penduduk dunia masuk hidup ditaraf kemiskinan setakat tahun 2010. Kelompok populasi ini mengalami kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan asas, pendidikan, bekalan air bersih, juga peluang untuk memperbaiki kualiti hidup mereka.

Harus difahami bahawa pendidikan bukanlah berbentuk fizikal yang ketara ataupun disentuh tetapi, ianya merupakan idea yang bukan kiasan dan menjadi asas utama dalam menjamin proses kemajuan serta kemakmuran sesebuah bangsa dan negara (Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa, 2002). Pendidikan adalah salah satu keperluan asas sesebuah masyarakat kerana ia berupaya memupuk, membentuk, dan mengembangkan daya pemikiran reflektif agar individu itu dapat menilai segala yang berlaku dan mengenalpasti tujuan kehidupan.

Pendidikan adalah satu proses sosial yang membantu dalam pembentukan kebolehan serta sikap individu. Pendidikan juga membantu dalam pertumbuhan kendiri seseorang agar menjadi lebih yakin. Ini kerana melalui latihan yang telah diinstitusikan dan berlangsung dalam keadaan yang telah dikenalpasti serta terkawal, menjadikan pembentukan juga pertumbuhan sosial individu dijalankan secara terancang dan sistematik. Berteraskan Dasar Pendidikan Negara, pendidikan di Malaysia juga membantu perkembangan jasmani dan

62 rohani individu dengan harapan individu itu dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti (Mohamad Najib, 2004).

Pendidikan di Malaysia memperkenalkan para pelajar kepada nilai warisan budaya masyarakat dalam proses pembudayaan atau dikenali juga sebagai sosialisasi pendidikan (Tang, 2006). Bagi mengecapi sosialisasi pendidikan yang sempurna penggubal polisi perlu memastikan wujudnya perancangan sistem pendidikan yang mantap berdasarkan kepada satu kerangka asas atau lebih dikenali sebagai kurikulum. Menurut Saedah Siraj (2008) kurikulum adalah satu rekabentuk ataupun perancangan sesebuah institusi atau negara dan mempunyai pengertian luas yang mencakupi seluruh program yang dirancang. Namun yang demikian, Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menakrifkan kurikulum adalah segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan.

Di dalam konteks pendidikan di Malaysia, kurikulum merupakan rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, mengandungi nilai-nilai dan norma untuk diterapkan dalam jiwa pelajar, serta mengetengahkan unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat di Malaysia. Selain daripada itu, kurikulum juga berfungsi untuk mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelektual, jasmani, rohani dan sosial secara seimbang serta menyeluruh. Ini bertujuan agar pelajar-pelajar dapat memaksimakan potensi diri dalam usaha negara untuk membina perpaduan bangsa dan negara. Kurikulum yang menyeluruh ini juga diharap dapat melahirkan rakyat yang mahir dan terlatih untuk pembangunan negara (Mok, 2011).

Kandungan kurikulum pendidikan di Malaysia terbahagi kepada dua komponen utama. Komponen pertama melibatkan sukatan pelajaran dan kandungan matapelajaran serta segala aktiviti yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen kedua pula mencakupi aktiviti ko-kurikulum yang digunapakai di setiap sekolah seluruh Malaysia.

63 Menurut Mok (2011) antara objektif penstrukturan kurikulum kebangsaan yang sedemikian adalah bagi memberi ruang serta peluang kepada semua pelajar untuk mengenalpasti potensi diri dalam bidang akademik serta ko-kurikulum untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai kemahiran. Tambahan lagi, kurikulum pendidikan di Malaysia juga harus menyumbang kepada pembangunan identiti pelajar-pelajar melalui pengetahuan serta pemahaman dari segi rohani, moral, sosial dan warisan budaya masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Persekitaran pendidikan yang kondusif diharapkan dapat memberi peluang kepada setiap pelajar untuk merasai serta melalui pengalaman hidup dalam persekitaran yang mempunyai pelbagai budaya dan kepercayaan bagi membina juga mengembangkan pengetahuan, pemahaman dan penghayatan secara individu mahupun berkumpulan. Secara tidak langsung, pengalaman yang ada dapat digunakan untuk mengetahui sejauh mana masyarakat serta persekitaran mempengaruhi perkembangan diri pelajar-pelajar.

Md. Nasir Ibrahim dan Iberahim Hassan (2003) berpendapat bahawa media seni merupakan alat yang berkuasa bagi mengubah tingkah laku seseorang. Ini kerana proses penghasilan seni amat berkait rapat dengan pengalaman individu di dunia sebenar ataupun pengalaman peribadi yang dilaluinya dalam menjalani kehidupan setiap hari. Kedua-dua penyelidik juga berpendapat bahawa proses penghasilan sesuatu hasil seni itu memerlukan etika yang berkait rapat dalam keadaan dunia sebenar. Ini kerana melalui visual seni yang dihasilkan seorang guru seni dapat menunjukkan sedikit-sebanyak kebenaran tentang sesuatu perkara yang ingin disampaikan atau diajarkan. Perlu diperjelaskan disini bahawa proses pengajaran yang berkesan memerlukan penglibatan masyarakat sekeliling kerana penghasilan sesuatu karya seni sentiasa perlu mengambil kira implikasi dari aspek moral. Ini dipersetujui oleh Gelineau (2012) yang menegaskan bahawa bidang seni merupakan satu alat yang

64 berdaya memberikan pemahaman tentang kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat dari kalangan pelbagai budaya.

Oleh yang demikian itu, generasi muda samada pada zaman sekarang mahupun akan datang perlu diberi pengetahuan juga pendedahan tentang kepelbagaian seni yang wujud dalam masyarakat pelbagai budaya. Ini bagi memastikan mereka mempunyai kesedaran dan kefahaman tentang kepelbagaian budaya khususnya yang wujud di Malaysia. Dengan ini, adalah perlu bagi pembuat dasar untuk memperkenalkan kurikulum yang mampu mengintegrasikan elemen pelbagai budaya dan lebih responsif terhadap keperluannya dalam pendidikan di peringkat sekolah.