• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengalaman guru dalam mengajar Pendidikan Seni Visual terhadap pelajar yang pelbagai latar belakang bangsa

DBAE Design Based Art Education (1980)

DAPATAN KAJIAN Fasa 1: Analisis Keperluan

4.1 Pengenalan Analisis Temu Bual Terhadap Guru Pendidikan Seni Visual

4.1.6 Pengalaman guru dalam mengajar Pendidikan Seni Visual terhadap pelajar yang pelbagai latar belakang bangsa

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan terhadap pengalaman para guru dalam mengajar Pendidikan Seni Visual terhadap pelajar yang pelbagai latar belakang bangsa kebanyakan guru menyatakan bahawa dalam usaha mereka untuk menyampaikan pendedahan dan pengetahuan tentang elemen kraf pelbagai budaya mereka banyak mengubah suai pendekatan pengajaran agar dapat menarik minat pelajar yang berbeza latar belakang.

Antaranya adalah dengan cara memberikan kebebasan kepada pelajar sepenuhnya untuk menerokai elemen kepelbagaian budaya mengikut latar belakang pelajar itu sendiri seperti rekaan motif dan simbol yang menjurus kepada kaum-kaum tertentu serta penggunaan warna yang melambangkan kepada makna-makna tertentu. Elemen-elemen seni ini akan dipindahkan dalam penghasilan karya pelajar. Guru-guru ini juga sering menggalakkan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan agar para pelajar bergaul antara satu sama lain di

156 samping bertukar pendapat serta saling mempelajari elemen kesenian dan kebudayaan masing-masing.

Guru-guru juga sering menggunakan pendekatan perbincangan dan kritikan seni yang menjadi platform kepada pelajar untuk mengetengahkan pengetahuan tentang elemen kraf tradisional mengikut kaum mereka untuk dikongsi bersama rakan-rakan dalam proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Contohnya cikgu Shanaz (bukan nama sebenar) menjelaskan:

..errrr….jujur saya cakap…masa mula-mula mengajar dulu saya memang bergantung pada apa yang ada dalam HSP….tu……tapi bila dah lama-lama saya nampak pelajar bosan….asyik buat kraf melayu aje….jadi dari situ saya cakap pada diri saya…sesuatu kena ubah….sebab kalau macam ni saya susah nak ajar mereka…..memang susah kita nak ajar kalau pelajar rasa tak minat dan bosan…..ada sekali tu masa dulu-dulu student cina tanya saya kenapa dia kena buat ukiran melayu….susahlah cikgu….haaa…dari situ saya sedar yang….kena ada….elemen budaya dari kaum india dan cina….ya…..terutama sekali saya rasa selain daripada budaya melayu, terdapat juge budaya etnik Sabah Sarawak kan..erm..daripada pattern pattern tu aaa...em..aa..mereka dapat mengeluarkan aa..satu produk kraf yang..aa...lebih ber estetik a..dan..menariklah…..jadi apa salahnya kalau saya bagi kelonggaran pada pelajar saya untuk explore keunikan kebudayaan atau motif…symbol dari masyarakat diaorang dalam kelas….tapi saya masih ajar kraf yang ada dalam silibus Cuma…..errrr katalah kan….bila ajar pasal ukiran….saya biarlah dia nak ukir motif yang dia rasa nak….guna warna yang dekat dengan budaya dia….macam cina suka sangat merah….(L175-190: Responden 3: 15 Jan 2012) Cikgu Aziz (bukan nama sebenar) menyatakan:

Saya rasa ye, betullah ye kita perlu memberi kebebasan kepada pelajar untuk berkarya sebab seni ni tak boleh dipaksa-paksa….ia tak akan menjadi…. Ianya bergantung kepada kemampuan pelajar tu. Kadang-kadang kita perlu beri kebebasan apa kita nak buat ok, tetapi yang lebih baiknya ialah erm..jika guru itu boleh membimbing pelajar-pelajar tu agar lebih terbuka. Keluar daripada kebiasaan. Jangan asyik tengok orang Melayu, jadi kita campurkan sikit atau kita mix around element- element budaya lain untuk menjadikan suasana P&P lebih menarik dan lebih baik ok. Sememangnya perlu ada percantuman budaya selain daripada melihat budaya kita sendiri lah…..kalau kelas saya….pelajar akan lebih selesa jika mereka melukis atau melakukan aktiviti seni yang mereka tahu…..bila kita asyik suruh mereka lukis motif tradisional melayu….aje kita boleh nampak pelajar boring sebab diorang tak faham….kita boleh ajar ikut silibus sedia ada tapi kenalah kreatif sikit ubah suai….aktiviti P&P tu…..(L198-208: Responden5: 10 Jan 2012)

157 Cikgu Ayu (bukan nama sebenar) berpendapat:

Saya rasa salah satunya macam saya, saya boleh berkomunikasi bahase cina sikit, jadi itu bagi bonuslah…..pada saya komunikasi sangat penting dalam menjayakan P&P…..(L245-247: Responden 4: 14 Jan 2012)

Tambah Beliau lagi:

…… saya banyak bagi kebebasan pada pelajar saya….untuk explore budaye mereke……baru diaorang rasa seronok nak buat aktiviti seni dalam kelas….. Macam saya berada di Sabah, masa tu hanya ada tak da bangsa Melayu, hanya ada Melanau, Kadazan dusun, bugis, banyak tau, masa tu lagi lah saya rasa satu penekanan yang aa…...saya lagi kena banyak ni sebab bila saya buat contohnya buat sculpture …..atau ukiran….kan sebab saya mengajar menengah atas, so diorang lebih bersifat cenderung buat sesuatu yang dia minat….kita tak boleh paksa-paksa…., bersifat sculpture diorang tu lebih ke….arah gereja tau. Jadi diorang buat salib, diorang buat patung Mary ….macam tu. Jadi kadang-kadang bila kita cerita, sebab bila Melayu, kita automatik dengan Islam tau, jadi saya terpaksalah meraikan diorang jugak. Kalau tidak diorang kata akan kata subjek seni kan, kenapa cikgu ni….kena buat begini…..Jadi secara tak langsung saya pun kaitlah macam mana kedudukan gereje ke masjid supaya diorang rasa kite mengajar seni ni kita betul-betul semua kita ajar bukan ketepikan. Sebab kalau kat Sabah kalau tengok kecenderungan seni tu tinggi. Cumenya diorang lebih kepada budaya diorang lah….jadi kat sini….puan….saya memang mengajar guna silibus PSV macam buat arca…sculpture atau ukiran contohnya…..tapi saya akan bagi peluang kepada pelajar untuk buat karya atau hasil seni yang ada kena mengena dengan pelajar….saya tak paksa diaorang buat motif Orang Melayu yang ada dalam buku rujukan……(L262-280: Responden 4: 14 Jan

2012)

Cikgu Yati (bukan nama sebenar) pula menjelaskan:

macam mana ye…nak cakap…sebenarnya proses P&P PSV sangat…sangat bergantung pada kreativiti cikgu tu….pengetahuan dan juga kesungguhan dan kerajinan cikgu….kalau boleh kita masukkan elemen pelbagai budaya ni dalam perbincangan kelas…contohnya tentang maksud tersirat bagi sesuatu warna atau simbol…biar pelajar bercakap…..kita boleh juga buat aktiviti penghasilan seni yang berfokuskan kepada kaum…contohnya…lukisan gambaran tarian singa atau….lukisan motif hiasan inai hena misalnya kan….aktiviti tu kita libatkan pelajar semua…boleh berkumpulan juga….biar dia bercakap….bincang pasal motif-motif…dan maksud dia….haaa. kan….seronok juga kadang-kadang kita ubah sikit aktiviti tu biar pelajar tak boring kan……jangan asyik ikut aje apa yang ada dalam silibus….saya sebagai cikgu pun rasa bosan asyik-asyik ajar benda yang sama aje juga kan….(L163-174:Responden 2:9 Jan 2012)

Manakala Cikgu Rosie (bukan nama sebenar) turut menyatakan:

Biasenye saye memang galakkanlah untuk semua pelajar meneroka sendiri kebudayaan kaum mereka masing-masing. Maknanya die melihat kepada kesenian dan kebudayaan kaum lain dan kaum dia sendiri, die melihat kepada keperluan pelajar-pelajar yang bukan melayu ni. Tapi biasanye student kite dekat sini biasa dengan suasana persekitaran yang melibatkan ee..bangsa melayu.So di shah alam

158 itself pun dah kite tengok memang macam itu care die, jadi pendedahan ke arah bidang tu memang kurang memang sangat kurang lagi kalau kite galakkan dia…. nanti dia akan buat demikianlah….motif….paterns yang ada kena mengena dengan kaum dia sendiri….. (L168-176: Responden 1:6 Jan 2012)

4.1.7 Rumusan Dapatan Kajian Bahagian Satu Fasa 1: Analisis Keperluan