DBAE Design Based Art Education (1980)
Fasa 1: Analisis Keperluan Proses Pengumpulan
3.5.1 Teknik Delphi
Setelah mendapatkan data daripada analisis keperluan pelajar sekolah menengah secara soal-selidik dan temu-bual guru berpengalaman mengajar Pendidikan Seni Visual serta berkepakaran dalam bidang Pendidikan Seni untuk memastikan bahawa Modul Pedagogi Responsif Budaya menerusi matapelajaran Pendidikan Seni Visual sangat diperlukan oleh kumpulan sasaran kajian.
Pengkaji telah merancang dan membangunkan Modul Pedagogi Responsif Budaya Pendidikan Seni Visual sekolah menengah. Semasa proses pembangunan modul pengajaran ini dilakukan pengkaji memilih untuk menggunakan teknik Delphi bagi tujuan mengesahkan komponen modul pengajaran seperti yang terkandung dalam metodologi kajian yang umum digunakan untuk kajian pembangunan jenis 1 yang lebih menekankan kepada pembangunan produk atau program yang spesifik iaitu reka bentuk, pembangunan dan penilaian bahan pengajaran atau rekabentuk-rekabentuk tertentu seperti yang dinyatakan oleh Richey dan rakan-rakan (2004). Teknik Delphi juga dipilih kerana pengkaji mendapati bahawa teknik ini adalah cara terbaik untuk memperolehi persetujuan pakar bidang dalam menentukan perkara-perkara yang harus dimasukkan dalam mereka bentuk dan membangunkan garis panduan Modul Pedagogi Responsif Budaya Pendidikan Seni Visual sekolah menengah.
Teknik Delphi, merupakan kaedah memperolehi dan menyempurnakan penilaian secara berkumpulan, “a method of eliciting and refining group judgements” (Dalkey, 1969). Secara sejarahnya , teknik Delphi telah dirancang oleh RAND Corporation, Santa Monica, California sekitar tahun 1950, bagi keperluan kajian ketenteraan dan kemudiannya teknik ini telah diterima pakai dalam bidang-bidang kajian lain. Menurut Wiersma dan Jurs (2009) menjelaskan bahawa Teknik Delphi merupakan satu proses komunikasi secara berkumpulan
120 dengan kawalan maklumbalas tanpa interaksi secara bersemuka antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut.
Ini merupakan antara faktor yang membuatkan pengkaji memilih Teknik Delphi adalah kerana keunikan ciri-cirinya. Di mana salah satu ciri yang membezakan teknik ini berbanding dengan perbincangan penyelidik secara tradisional ialah ianya membolehkan penyelidik mendapatkan ulasan, pendapat dan penilaian dari kumpulan ahli tanpa membawa mereka bersama-sama bersemuka antara satu sama lain dan ini boleh dilakukan melalui kaedah soal-selidik yang berstruktur. Oleh yang demikian, seperti yang dinyatakan oleh Helmer (1966), teknik ini sebagai, “eliminates committee activity altogether, thus.... reducing
the influence of certain psychological factors, such as specious persuasion, the unwillingness to abandon publicly expressed opinions, and the bandwagon effect o majority opinion”.
Wiersma dan Jurs (2009) menyatakan bahawa Teknik Delphi boleh digunakan bagi menyelesaikan isu-isu dan situasi tertentu dalam penyelidikan pendidikan yang sukar untuk dikaji dengan menggunakan kaedah kajian seperti kebiasaannya. Selain itu Teknik Delphi juga memiliki sifat yang istimewa. Menurut Dalkey (1968) terdapat tiga prosedur asas untuk menjalankan teknik Delphi iaitu anonimiti atau ketanpanamaan, maklum balas dikendalikan secara terkawal dan statistik, respon berkumpulan. Bagi mengurangkan kesan dominan secara individu dalam perbincangan antara ahli panel, anonimiti sangat diperlukan. Ini adalah melalui membawa keluar pendapat para ahli secara berasingan dan rahsia melalui borang soal-selidik yang dijawab.
Teknik Delphi biasanya dilakukan dalam dua pusingan atau lebih di mana ringkasan hasil dari pusingan sebelumnya telah kembali, ini merupakan respon balas daripada para ahli pakar yang terlibat dan dapatan ini akan digunapakai bagi tujuan penambahbaikkan modul pengajaran yang telah dibina. Prosedur terakhir adalah statistik, respon secara berkumpulan, di mana pendapat kumpulan dilaporkan dalam media agar para ahli pakar yang terlibat tidak
121 akan merasakan tekanan untuk menyesuaikan diri dengan yang lain, menurut pendapat (Dalkey,1967).
Antara justifikasi lain pengkaji dalam memilih Teknik Delphi adalah tujuh kelebihan yang dimilikinya seperti mana yang telah dinyatakan oleh Saedah Siraj (2008) : (1) Berupaya mendapatkan konsensus pakar yang tulen kerana setiap pakar tidak mengenali malah tidak pernah bertemu antara satu sama lain; (2) Konsensus pakar dapat dicapai tanpa pilih kasih, pengaruh dan tekanan mana-mana pihak; (3) Uji kaji diulang dengan data daripada setiap pusingan Delphi akan disaring melalui analisis data; (4)Cepat dan Efektif; (5) Pakar berupaya melahirkan pendapat mereka yang konsisten dengan bidang kepakaran masing-masing; (6) Sesuai digunakan untuk melakukan jangkaan masa depan; (7) Boleh digunakan dengan efektif bagi mendapatkan banyak pendapat ke atas isu-isu yang kompleks; dan (8) Saedah Siraj (2008) juga menjelaskan bahawa menurut Basu dan Schroedar (1977) peratusan kesilapan Teknik Delphi hanya tiga hingga empat peratus sahaja sementara kesilapan bagi kuantitatif ialah sepuluh hingga lima belas peratus; dan kesilapan lebih kurang dua puluh peratus bagi jangkaan tradisi yang berbentuk subjektif dan tidak berstruktur.
Antara kelebihan lain tentang Teknik Delphi menurut Saedah Siraj (2008) lagi adalah Teknik Delphi membolehkan pakar-pakar lebih bersifat kreatif dalam melahirkan idea dan pandangan mereka ke atas sesuatu isu atau persoalan yang ditimbulkan. Oleh kerana pakar tidak terlibat dalam perbincangan secara terbuka, tidak ada risiko pendapat-pendapat individu dipengaruhi oleh individu yang lebih dominan atau lebih berpengalaman. Beliau turut menggariskan empat rumusan langkah-langkah yang perlu diambil dalam menjalankan kajian dengan menggunakan Teknik Delphi:
1. Pemilihan sampel (pakar) yang tepat dan sesuai dengan tujuan kajian atau bidang yang hendak dikaji;
122 2. Satu soal selidik yang telah direka bentuk oleh penyelidik dihantar pula kepada sekumpulan pakar; soal selidik tersebut harus dijawab secara berasingan oleh sampel tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak; kemudian soal selidik tersebut dipungut semula; dan penyelidik merumuskan jawapan soal selidik daripada pakar; ini adalah Delphi Pusingan Satu;
3. Keputusan-keputusan soal selidik tersebut dihantar semula kepada setiap pakar supaya mereka berpeluang menilai semula jawapan asal masing-masing berdasarkan jawapan-jawapan anggota lain kumpulan pakar; adalah Delphi Pusingan Kedua; 4. Kadang-kadang penyelidik menjalankan soal selidik Delphi Pusingan Ketiga atau
Keempat sebelum pemprosesan data terakhir dilakukan. Menjalankan soal selidik Delphi Pusingan Kedua, Ketiga dan Keempat bererti memberi peluang kepada pakar untuk mempertahankan jawapan asal masing-masing ataupun mengubah pandangan untuk bersetuju dengan majoriti anggota lain kumpulan pakar; penyelidik perlu mengkaji dan membincangkan semula cadangan dan bantahan daripada sampel dari setiap pusingan untuk memastikan jawapan yang tepat dan memperoleh pendapat majoriti pakar.
Sememangnya Teknik Delphi ubah suaian telah digunakan banyak dalam kajian-kajian diperingkat antarabangsa mahupun tempatan terutama sekali dalam kajian-kajian-kajian-kajian yang berbentuk reka bentuk pembangunan modul pengajaran, kandungan kurikulum dan juga bahan-bahan pengajaran. Antara kajian yang mengunakan Teknik Delphi adalah Tracey (2001) yang membangunkan serta mengesahkan Model Reka Bentuk Sistem Instruksional yang menggabungkan teori kecerdasan pelbagai. Rusilawati Othman (2007) telah menggunakan Teknik Delphi tiga pusingan dalam membangunkan instrumen mengukur Budaya Sains dan Teknologi dalam kalangan Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
123 Zaharah Hussin (2008) telah menggunakan Teknik Delphi dalam Membina Kandungan Kurikulum Pendidikan Akhlak Untuk Latihan Perguruan Pendidikan Islam. Sobri Shuib (2009) telah menggunakan Teknik Delphi dalam Mereka Bentuk Kurikulum Pembelajaran Sekolah Menengah. Chin Hai Leng (2009) juga telah menggunakan Teknik Delphi dalam Membangunkan Portal Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Tingkatan Satu. Manakala kajian yang telah dijalankan oleh Norlidah Alias (2010) dalam Membangunkan Modul Pedagogi Berasaskan Teknologi Dan Gaya Pembelajaran Felder-Silverman Kurikulum Fizik Sekolah Menengah juga menggunakan Teknik Delphi ini.
3.5.2 Prosedur Pengumpulan Data
Kajian ini telah mengunakan Teknik Delphi tiga pusingan bagi kesemua ahli panel pakar bidang untuk menilai dan mengesahkan Modul Pedagogi Responsif Budaya Pendidikan Seni Visual sekolah menengah dalam kajian ini. Untuk pusingan pertama iaitu dalam pembentukan instrumen Delphi, seramai 5 orang ahli panel pakar bidang telah ditemu bual mengunakan soalan-soalan terbuka berkaitan dengan elemen kraf tradisional mengikut kaum Melayu, Cina dan India yang sesuai, komponen teknik dan kaedah pengajaran, komponen alat dan bahan bantu mengajar serta komponen aktiviti pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang perlu dimasukkan ke dalam Modul-Modul Pedagogi Responsif Budaya yang ingin dibangunkan ini. Selain itu, panduan batas waktu kajian teknik Delphi juga dilampirkan sebagai ahli panel menyedari peruntukan waktu yang diberikan kepada mereka untuk membuat ulasan.
Dalam pusingan kedua, Modul Pedagogi Responsif Budaya Pendidikan Seni Visual sekolah menengah akan dibangunkan berdasarkan kepada saranan komponen pedagogi yang telah dicadangkan oleh ahli panel pakar bidang. Dalam Putaran Dua, instrumen Delphi yang telah dibangunkan dihantar kepada ahli panel bersama-sama dengan ringkasan maklum balas
124 mereka di pusingan pertama.Pengkaji turut menyediakan ruangan terbuka yang bagi setiap komponen dalam Modul pedagogi yang telah dibangunkan bagi membolehkan ahli panel pakar membuat penambahan jika difikirkan perlu.
Di pusingan ketiga Modul Pedagogi yang telah diubahsuai dihantar kepada ahli panel bersama-sama dengan ringkasan maklum balas mereka di pusingan kedua. Ahli panel pakar bidang akan diminta untuk meninjau modul semakan bersama-sama dengan komponen tambahan yang masukkan sebelumnya. Satu set borang soal selidik diberikan untuk diisi oleh ahli panel, sementara mereka meninjau untuk penambahbaikan modul pedagogi yang telah dibangunkan. Sekali lagi, kerangka waktu dari teknik Delphi turut dilampirkan. Sementara itu pusingan ketiga mengulangi langkah-langkah dalam pusingan kedua dengan tambahan hasil ringkasan dari soal-selidik akan diberikan. Sekali lagi, ahli panel diminta untuk meninjau kembali komponen Modul Pegagogi Responsif Budaya Pendidikan Seni Visual sekolah menengah yang telah dibangunkan untuk dilihat kembali sekiranya mereka tidak puas dengan hal itu. Jika mereka bersetuju untuk menerima Modul Pedagogi Responsif Budaya Pendidikan Seni Visual sekolah menengah, mereka diminta untuk mengisi borang yang menunjukkan bahawa mereka menerima modul pedagogi tersebut.
Setelah mendapatkan maklum balas daripada semua ahli panel, penyelidik telah melihat maklum balas dan bentuk penerimaan. Jika semua ahli panel bersetuju untuk menerima modul pedagogi ini, proses kajian Delphi adalah berakhir. Jika tidak, akan ada proses-proses lain daripada komunikasi antara pengkaji dan ahli panel pakar bidang. pusingan ke-empat akan dilakukan jika persetujuan tidak dapat dicapai. Di peringkat ini akan mengulangi prosedur yang sama seperti di pusingan ketiga. Dalam kajian ini, proses kajian Delphi telah berjaya mendapat pengesahan daripada kesemua ahli panel pakar dalam pusingan ketiga, maka pusingan keempat tidak lagi perlu dilakukan.
125 3.5.3 Peserta Kajian
Dalam Fasa 2: Reka Bentuk dan Pembangunan ini pengkaji telah memilih seramai 24 orang ahli panel pakar bidang telah terlibat dalam proses pembangunan Modul Pedagogi Responsif Budaya Pendidikan Seni Visual sekolah menengah. 19 orang pakar subjek atau bidang dari universiti tempatan telah dijemput untuk turut serta dalam kajian Delphi, 4 daripada mereka akan dari bidang pengajian Teknologi Pembelajaran, 3 orang pakar dari bidang pengajian Psikologi Pendidikan, 1 orang pakar dari bidang pengajian Sosiologi Pendidikan dan selebihnya akan berasal dari bidang Pendidikan Seni. Setelah terpilih, mereka akan dihubungi melalui email mahupun surat rasmi untuk mengesahkan penyertaan mereka dalam kajian.
Ahli panel pakar bidang juga turut melibatkan guru-guru Pendidikan Seni Visual yang berpengalaman dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual serta pakar bidang di kalangan ahli panel penggubal kurikulum, Pusat Perkembangan Kurikulum di Kementerian Pelajaran Malaysia serta seorang pensyarah daripada Institut Pendidikan Guru. Kesemua ahli panel pakar bidang dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (Purposive
Sampling) mengikut bidang kepakaran masing-masing.
Jadual 3.3: Matriks Kajian Fasa 2: Reka Bentuk dan Pembangunan
Peserta Kajian Jumlah (N) Kaedah Persampelan Kaedah Kajian Pakar Bidang (SME) 24 orang (N) Persampelan Bertujuan Teknik Delphi
(Purposive Sampling) Ubah Suaian
Profesor dan 4 orang Pensyarah bidang
Pengajian Teknologi Pembelajaran
Universiti tempatan
Profesor dan 11 orang Pensyarah bidang
Pendidikan Seni Universiti tempatan
126
Pensyarah bidang 1 orang Pendidikan Seni
Institut Pendidikan Guru
Pensyarah bidang 3 orang Psikologi Pendidikan
Pensyarah bidang 1 orang Sosiologi Pendidikan
Panel Penggubal 1 orang Kurikulum PSV,
Pusat Perkembangan Kurikulum
Guru pakar/ panatia 3 orang bidang Pendidikan Seni
Visual