• Tidak ada hasil yang ditemukan

FENOMENA TAHAP KESIHATAN DI MALAYSIA

Dalam dokumen PenjagaanKesihatan (Halaman 32-41)

KEPENTINGAN MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

2.2 FENOMENA TAHAP KESIHATAN DI MALAYSIA

Penyakit koronari jantung (Coronary Heart Disease – CHD) atau penyakit jantung kronik, antara punca kematian terbesar di kalangan penduduk di negara ini. Ia turut menjadi ancaman maut di negara-negara besar lain seperti Rusia, Amerika Selatan dan Utara, Australia, New Zealand, dan Eropah. Bahkan, ia diramalkan bakal menjadi 'pembunuh dalam senyap' utama seluruh benua di dunia menjelang tahun 2020. Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002,

satu pertiga daripada kematian manusia di seluruh dunia, adalah disebabkan oleh serangan jantung. Daripada jumlah tersebut sebanyak 40 hingga 75% pesakit yang terkena serangan jantung meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital.

Persoalannya, berapa ramaikah rakyat di negara ini mengetahui dengan jelas mengenai CHD dan siapakah golongan berisiko menghidapi penyakit berbahaya ini? "Jawapannya mudah sesiapa pun berisiko untuk diserang CHD kerana penyakit ini banyak berkait rapat dengan gaya hidup seseorang," kata Perunding Kardiologi dari Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, Selangor, Dr. Haizal Haron Kamar. Beliau berkata demikian pada satu ceramah sempena majlis memeteri perjanjian pengedaran V-Patch, sistem penganalisis degupan jantung terbaru, antara V-Patch Medical Systems Pty. Ltd. dengan OGAWA World Berhad, di Kuala Lumpur.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai CHD, Dr. Haizal berkata, secara mudah ia dirujuk sebagai serangan jantung berpunca daripada penyumbatan pada pembuluh darah yang sepatutnya berfungsi membawa bekalan darah, dan oksigen ke jantung. Menurutnya, senario penyakit jantung di Malaysia cenderung menunjukkan dua jenis faktor penyebab iaitu faktor boleh diubah dan tidak boleh diubah. Faktor tidak boleh diubah berkaitan dengan aspek umur, sejarah keluarga, jantina, dan etnik pesakit. Manakala, faktor yang boleh diubah adalah serangan jantung yang berpunca daripada penyakit-penyakit lain yang telah memang dihidapi pesakit seperti diabetis, darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, obesity, dan amalan gaya hidup tidak sihat.

Secara umum, penyakit diabetis memang boleh menjadi punca penyakit-penyakit lain seperti kegagalan buah pinggang, neuropati strok, masalah penglihatan,

dan seterusnya serangan jantung atau CHD. Senario di Malaysia ketika ini menunjukkan sebanyak 14.9 peratus orang dewasa berusia 30 tahun ke atas menghidap diabetis. Dari situ, kita sudah boleh meramal potensi serangan CHD di kalangan rakyat negara ini. Itu belum lagi melihat golongan yang menghidap penyakit darah tinggi dan yang turut berisiko diserang sakit jantung.

Menurut Dr. Haizal, mengikut perangkaan sebanyak 4.8 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit darah tinggi dan 64% daripada jumlah tersebut tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit tersebut. Kandungan kolesterol yang tinggi juga boleh menjadi punca kepada serangan jantung. Keadaan ini berlaku apabila kolesterol yang terkumpul menyumbat pembuluh darah yang membekalkan darah, dan oksigen ke jantung. Kandungan kolesterol berkait rapat dengan makanan yang kita ambil. Justeru, serangan jantung sedikit sebanyak ada kena mengena dengan gaya hidup seseorang. Begitu juga dengan faktor obesiti yang menjadi salah satu punca utama serangan jantung di negara ini.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Malaysian Noncommunicable Disease Surveillance 2005/2006, sebanyak 48.6% orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes kerana tidak bersenam. Lebih membimbangkan apabila jumlah rakyat negara ini yang mengalami obesiti meningkat lima kali ganda melibatkan golongan yang berusia 40 hingga 49 tahun. Dr. Haizal berkata, obesiti sangat berkait rapat dengan penyakit jantung kerana lemak badan yang berlebihan akan terkumpul di sekeliling jantung dan mengganggu salur darah.

Satu lagi faktor punca serangan jantung yang tidak boleh dipandang ringan ialah tabiat merokok. Sebanyak 25.5% rakyat Malaysia merokok dan ini

meningkatkan lagi risiko serangan jantung di kalangan mereka. Menjelaskan mengenai simptom serangan jantung, menurut Dr. Haizal, ia boleh dikenal pasti melalui beberapa simptom yang jelas, namun ada kalanya juga serangan berlaku tanpa sebarang simptom. Antara simptom yang biasa berlaku ialah rasa sakit atau tidak selesa terutama dari bahagian tengah dada hingga ke leher dan lengan tangan kiri. Rasa sakit turut disertai dengan berpeluh yang banyak serta rasa terumbang ambing.

Kesakitan itu berlaku disebabkan ketika itu jantung tidak mendapat bekalan darah atau oksigen yang mencukupi. Pesakit mungkin berasa seperti dada mereka ditekan atau jantung seperti diramas orang. Bagaimanapun, perlu diingatkan tidak semua serangan jantung datang dengan cara begini. Jadi, cara yang terbaik untuk mendiagnosis CHD ialah seperti melalui ujian Elektro Cardio Gram (ECG), ujian tekanan senaman, echo kardiogram, koronari angiogram, dan imbasan MRI.

Menurut Dr. Haizal, setakat ini salah satu rawatan terhadap pesakit CHD ialah dengan pengambilan ubat-ubatan berdasarkan kepada arahan doktor. Kaedah kedua ialah dengan pembedahan pintasan (bypass), iaitu urat di bahagian kaki akan dipotong dan disambung pada arteri di bahagian jantung yang tersumbat. Satu lagi teknik ialah dinamakan angioplasty, iaitu teknik teknik di mana ruang dalam arteri yang sempit dibuka dengan menggunakan sejenis tiub khas yang boleh meregang bagi pengaliran darah dan oksigen yang lebih baik. Beliau juga menyarankan pesakit yang telah disahkan menghidap penyakit jantung agar mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat.

Pertamanya, boleh dimulakan dengan bersenam setiap hari, makan secara sihat dan seimbang. Bagi yang merokok, sebaiknya hentikan tabiat itu serta merta dan kurangkan tekanan dalam kehidupan harian. Jika mereka masih tidak mempunyai insurans kesihatan, disarankan cepat dapatkan insurans yang baik dan akhir sekali mestilah berjumpa dengan doktor. Dalam pada itu, pengesanan awal terhadap degupan jantung tidak normal boleh mengurangkan implikasi lebih tragik terhadap pesakit jantung. Justeru, pengenalan V-Patch Medical Systems (V-Patch) sebagai penganalisis degupan jantung dianggap lembaran baru bagi membantu pesakit jantung. Penciptaan V-Patch membolehkan pakar perubatan membuat pengesanan awal dan diagnosis yang lebih baik untuk pesakit mereka.

Sistem ini telah dibangunkan dan diuji di beberapa buah negara di dunia. Bukan itu sahaja, rangkaian telefon selular yang digunakan dalam sistem pengesanan

V-Patch ini juga telah diuji di sembilan buah negara di seluruh dunia. V-Patch ini

amat peka dan dapat mengesan serta mengenalpasti rentak degupan jantung individu yang memakainya. Apa sebenarnya yang dilakukan oleh V-Patch ialah merekod masa sebenar rentak degup jantung sekali gus menentukan sama ada pemeriksaan lanjut diperlukan. Jadi, mereka yang memakai V-Patch ini mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk diri mereka.

Sementara itu, pengarah eksekutif V-Patch Medical System Pty. Ltd., Luke Whelan menerangkan bahawa alat tersebut merangkumi tiga peralatan, iaitu pelekat yang dilekatkan di bahagian dada (V-Patch), sejenis alat pengesan yang juga dilekat ke dada (V-Pod), alat transmisi bersaiz umpama telefon bimbit (V-Cell), dan maklumat disalurkan ke internet menerusi V-Central. Doktor akan mendapat pesanan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau emel dari sistem V-Sentral dan boleh

melihat graf yang menunjukkan degupan jantung pesakit mereka. Alat ini berguna untuk sesiapa sahaja yang pernah pengsan, rasa tidak stabil, terhuyung hayang, sesak nafas, degupan jantung amat kuat, degupan jantung tidak sekata, dan degupan jantung laju atau perlahan. Dengan adanya alat tersebut beliau percaya pesakit akan lebih proaktif dengan doktor mereka kerana ternyata mencegah lebih baik daripada merawat.

Berikutan fenomena penyakit jantung ini dianggap serius, maka sesuatu langkah yang efektif perlu diambil ke arah menjamin tahap kesihatan yang baik di kalangan semua rakyat Malaysia. Kecenderungan dan minat seseorang untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan, dan berjoging akan membantu mereka mengekalkan kesihatan badan, dan menyihatkan minda. Namun, masyarakat yang terlalu mengamalkan kehidupan selesa dan malas melakukan aktiviti fizikal adalah antara penyebab utama obesiti atau kegemukan dalam kalangan 1.7 juta orang dewasa di negara ini yang menjadi punca penyakit jantung (Berita Harian, 2005). Masyarakat yang banyak bergantung pada kemajuan teknologi dan peralatan elektronik untuk menguruskan kehidupan seharian sehingga mals melakukan senaman, bersukan, aktiviti riadah, dan lain-lain aktiviti kecergasan fizikal. Kehidupan masyarakat yang semakin selesa dengan kemajuan teknologi serba canggih yang bukan sahaja menghasilkan makanan yang enak dan lazat, tetapi juga menggantikan tenaga kerja manusia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said dalam ucapannya pada Kempen Walk A Mile sempena Hari Jantung Sedunia di Taman Tasik Titiwangsa pada 25 September 2005 berkata, masyarakat kita terlalu banyak bergantung pada

penghawa dingin, mencuci kereta, malah membuka dan menutup pagar rumah pun tidak perlu menggunakan tenaga. Dalam banyak situasi, kita akan cuba untuk mengelak daripada berjalan kaki (Berita Harian, 2005). Walaupun jarak perjalanan dekat, kita masih menggunakan kereta atau motosikal, dan masih menggunakan lif walaupun hendak ke tingkat satu. Fenomena ini menjadi salah satu punca peningkatan berat badan yang akan membebankan jantung.

Masih ramai masyarakat kita yang tidak menyedari mereka mempunyai satu atau lebih faktor risiko menghidap penyakit jantung dan mereka juga mengamalkan sikap tidak ambil peduli. Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang mengetahui Indeks Jisim Badan mereka, tahap kolesterol, tekanan darah, dan paras gula/glukosa dalam darah? Oleh itu, masyarakat perlu meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai aspek kesihatan terutama yang ada kaitan langsung dengan kesihatan jantung serta menggalakkan mereka mengamalkan gaya hidup aktif ke arah hidup sihat sepanjang hayat.

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia 2005 melaporkan, lebih lima juta golongan muda negara ini akan menjadi mangsa penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes), tekanan darah tinggi (hypertension), masalah jantung (heart

ailments), dan strok pada tahun 2006 (Berita Harian, 2005). Jika golongan muda ini

tidak mengubah gaya hidup mereka seperti tabiat pemakanan dan merokok, angka itu dijangka akan meningkat kepada 10 juta orang pada tahun 2020.

Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia lagi, sejumlah 2.3 juta perokok, 420,200 orang obes (kegemukan melampau), 1.5 juta orang mengalami

lebihan berat badan (overweight), 8.4 juta orang yang mengamalkan gaya hidup tidak aktif (sedentary lifestyle), 410,650 orang penghidap kencing manis (impaired glucose

tolerance), dan 2.1 juta orangyang mengambil minuman keras, akan terdedah kepada

penyakit kronik yang sangat berbahaya. Satu kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan antara tahun 2000 hingga 2003, didapati golongan muda berumur 29 tahun ke bawah telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap pelbagai penyakit jantung dan strok seperti carta berikut:

Jadual 2.1: Perangkaan Penyakit Jantung dan Strok antara Tahun 2000 – 2003.

Tahun Masalah Jantung Strok

2000 759 615

2001 440 502

2002 502 474

2003 390 454

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 2005.

Daripada Jadual 2.1, didapati kadar dua penyakit kronik ini amat menakutkan, lebih-lebih lagi ia menyerang mereka yang masih muda, iaitu berumur 29 tahun dan ke bawah. Keadaan ini diburukkan lagi dengan statistik yang menunjukkan lebih kurang 110 kes strok setiap hari dan dianggap pembunuh nombor tiga negara selepas kanser dan serangan jantung, di mana lebih daripada 40,000 kes penghidap strok baharu setiap tahun. Berdasarkan trend yang semakin mencemaskan inilah, maka Kementerian Kesihatan mensasarkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas untuk dimasukkan dalam perancangan Pengajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2006.

Menurut Kementerian Kesihatan juga, sebanyak 342 kes kematian di seluruh negara pada tahun 2008 adalah berpunca daripada penyakit jantung.

Presiden Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam, Dr. Zainal Ariffin Omar (New Straits Times, 2005) menyatakan bahawa kita perlu mengetahui penyakit-penyakit yang mengancam golongan muda negara ini. Menjadi trend pada masa ini, iaitu golongan muda sering mengalami dan diserang penyakit kronik. Golongan muda akan menjadi mangsa penyakit kronik dalam lingkungan umur produktif (30 – 49 tahun) disebabkan masalah merokok, pengambilan makanan yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi, garam dan lemak tepu, serta pengamalan gaya hidup yang tidak banyak menggunakan tenaga fizikal (sedentary lifestyle).

Bagi Dr. Zainal, rakyat Malaysia sentiasa dihidangkan dengan makanan yang lazat dan enak, tetapi tinggi dengan kolesterol, lemak, dan garam. Justeru, rakyat Malaysia perlu belajar untuk mengurangkan pengambilan makanan berkolesterol tinggi seperti nasi lemak dan makanan segera (fast food). Kebanyakan mereka yang menghidap penyakit jantung dan strok adalah golongan berumur 30 – 49 tahun yang akan memberi kesan kepada masa individu tersebut, keluarga, dan negara. Sehubungan itu, demi mengelak daripada serangan penyakit-penyakit kronik pada usia muda, semua masyarakat perlu proaktif dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjalani kehidupan seharian. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

i. Berhenti merokok.

iii. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan garam tepu seperti nasi lemak dan makanan segera.

iv. Kawal kandungan gula dalam darah bagi penghidap kencing manis. v. Melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sebanyak tiga

hingga empat kali seminggu.

Dalam dokumen PenjagaanKesihatan (Halaman 32-41)