• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEBAIKAN MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

Dalam dokumen PenjagaanKesihatan (Halaman 41-46)

KEPENTINGAN MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

2.3 KEBAIKAN MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

Kesedaran mengenai pentingnya bersenam atau melakukan apa jua bentuk aktiviti fizikal semakin tinggi dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Kegiatan yang dilakukan bukan sekadar untuk mengeluarkan peluh tetapi juga melegakan ketegangan selepas sepanjang hari bekerja serta dapat menurunkan berat badan. Di samping pemakanan seimbang, memang tidak dapat dinafikan aktiviti fizikal khususnya senaman aerobik, bersukan, berbasikal, dan kegiatan mendaki gunung mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihan. Kekerapan dalam melibatkan diri dengan aktiviti fizikal memang tidak dapat dinafikan menjadi salah satu daripada sumber terpenting dalam meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Selain daripadakegiatan fizikal, aspek pemakanan yang seimbang dan diet yang baik juga banyak membantu dalam memberikan kesihatan yang sempurna kepada kita.

Aktiviti fizikal memberi banyak faedah terhadap kesihatan. Antara faedah kesihatan yang akan dapat dimanfaat oleh seseorang yang selalu melakukan aktiviti fizikal ialah:

2.3.1 Meningkatkan Kecekapan Sistem Kardiovaskular (kecergasan jantung, paru-paru, dan sistem peredaran darah)

Aktiviti fizikal yang dilakukan secara tetap akan dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, membaiki jantung, dan paru-paru. Semasa bersenam atau melakukan apa sahaja aktiviti fizikal, jantung berperanan menghantar darah ke tisu-tisu aktif. Ia membawa oksigen dan bahan-bahan makanan, serta memindahkan bahan-bahan kumuh metabolisme (perubahan yang membina pada jantung, paru-paru, dan sistem vaskular). Justeru, kegiatan aktiviti fizikal yang dilakukan akan meningkat kecekapan sistem kardiovaskular dengan:

 Menguatkan otot jantung dan meningkatkan fungsinya.  Meningkat kadar degupan jantung seminit.

 Membantu mengawal tekanan darah tinggi.  Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.  Meningkatkan peredaran darah ke seluruh tubuh.

 Meningkatkan fungsi paru-paru dan penggunaan oksigen.

2.3.2 Mengurangkan Paras Gula dalam Darah

Paras gula dalam darah perlu dikawal kerana kalau tidak dikawal ia akan menyebabkan serangan penyakit kencing manis. Bagi paras gula dalam darah yang normal adalah antara 3.5 – 6.0 mmol/liter. Penyakit kencing manis akan menyerang seseorang apabila paras gula dalam darah meningkat ke tahap yang lebih tinggi daripada kandungan normal tersebut. Justeru, setiap individu perlu sekurang-kurangnya sebulan sekali membuat pemeriksaan kandungan gula dalam darah yang boleh dibuat di klinik-klinik atau pusat-pusat kesihatan.

Tahap kolesterol baik perlu ditingkatkan dalam badan kerana ia berperanan untuk mengekalkan kandungan kolesterol dalam badan. Kandungan kolesterol dalam badan yang paling baik adalah antara 3.6 – 9.0 mmol/liter. Kolesterol diperlukan dalam badan kerana berat badan yang unggul itu seharusnya terdiri daripada 20 – 25% kolesterol dan 75 – 80% adalah otot dan tulang.

2.3.4 Menguatkan Tulang dan Mengurangkan Risiko Mengidap Osteoporosis

Kegiatan fizikal yang dilakukan setiap hari akan menguatkan otot dan tulang. Individu yang mempunyai tulang yang kuat tidak akan mudah menghadapi masalah reput tulang (osteoporosis). Tulang yang kuat akan menjadikan seseorang itu nampak sihat dan cergas walaupun sudah menjangkau usia 70-an. Sebaliknya, bagi mereka yang mengalami kereputan tulang, mereka tidak dapat berjalan dengan baik, tidak dapat melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan, dan yang lebih parah lagi kemungkinan tidak boleh bergerak dalam usia yang masih muda. Golongan ini cepat menjadi bongkok dan mudah jatuh ketika berjalan.

2.3.5 Menambahkan Kekuatan dan Daya Tahan Otot

Latihan dan aktiviti fizikal yang dijalankan akan menguat dan meningkatkan daya tahan otot. Semasa melakukan aktiviti fizikal, kita akan menggunakan semua otot-otot badan. Penggunaan ini akan menjadikan otot-otot badan kita kuat dan tahan lasak, serta mampu menjalankan tugas dan aktiviti harian dengan baik dan lancar.

Kegiatan aktiviti fizikal akan membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan. Aktiviti fizikal yang dilakukan akan membantu membakar lemak jahat (Low Density Lipoprotein) yang ada dalam badan. Semasa melakukan aktiviti fizikal, badan kita membakar lemak untuk menghasilkan tenaga. Oleh itu, semakin lama kita melakukan aktiviti fizikal semakin banyak lemak jahat akan dibakar. Kekurangan lemak jahat dalam badan akan membantu mengurangkan berat badan ke arah mencapai berat badan unggul.

Jadual 3.5: Indeks Jisim Badan yang Sihat Mengikut Umur.

Umur (tahun) Lelaki Perempuan

9 14.71 – 18.85 14.66 – 19.19 10 15.15 – 19.60 15.09 – 20.19 11 15.59 – 20.35 15.53 – 21.18 12 16.06 – 21.12 15.98 – 22.17 13 16.62 – 21.93 16.43 – 23.08 14 17.20 – 22.77 16.79 – 23.88 15 17.76 – 23.63 17.16 - 24.29 16 18.32 – 24.45 17.54 – 24.74 17 18.68 – 25.28 17.81 – 25.23 18 18.89 – 25.92 17.99 – 25.56

Gambar 2.1: Berat badan yang terlampau boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik.

2.3.6 Memperbaiki Tonus dan Postur (bentuk tubuh)

Bersenam dan melakukan aktiviti fizikal yang berkesan dapat membantu bentuk tubuh badan kita agar kelihatan lebih menarik dan bergaya. Senaman yang dilakukan akan membantu membina otot dan memperbaiki tonus dan postur badan seseorang. Sebagai contoh, senaman otot abdominal seperti bangkit tubi (sit-up) akan membantu mengatasi masalah perut buncit sama ada bagi kaum lelaki atau wanita. Senaman yang dilakukan boleh memberikan kaum wanita pinggang yang ramping dan menarik.

Manakala bagi kaum lelaki, kegiatan fizikal seperti senaman dan penggunaan peralatan di gimnasium akan menjadikan bentuk tubuh badan yang segak, gagah, dan menarik. Cuba kita perhatikan atlet bina badan yang melakukan senaman dan aktiviti fizikal yang lasak, serta bantuan pemakanan yang khusus untuk mereka akan

dan sihat ini menjadikan kita penuh yakin dan meningkatkan konsentrasi semasa bekerja atau belajar atau melakukan apa sahaja aktiviti harian kita.

2.3.7 Mengeratkan Perhubungan Keluarga dan Mendapat Kenalan Baharu

Melibatan diri dengan aktiviti fizikal juga boleh membantu mengeratkan lagi kemesraan dalam kalangan ahli keluarga dan berpeluang mendapat kenalan baharu. Sekiranya beriadah bersama keluarga di taman-taman permainan, kawasan rekreasi atau bersukan, kita berpeluang mengenali mereka yang sama-sama melakukan aktiviti tersebut. Di samping mendapat kenalan baharu, ia juga mungkin membuka jalan mendapat peluang perniagaan dan sekiranya kita telah melibatkan diri dengan dunia perniagaan, ia mungkin berpeluang untuk memperkembangkan lagi perniagaan tersebut.

Aktiviti fizikal yang dijalankan bersama keluarga akan mengukuhkan lagi hubungan dengan anak-anak dan isteri/suami. Sekiranya ia dilakukan bersama kawan-kawan, ia akan menjalinkan perhubungan yang lebih mesra dan akrab. Tidak kurang juga dengan bersukan dan melakukan aktiviti fizikal sebagai batu loncatan untuk berkenalan dengan tokoh-tokoh korporat. Ini membuka peluang untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau memperkembangkan perniagaan yang sedang dijalankan.

Dalam dokumen PenjagaanKesihatan (Halaman 41-46)