• Tidak ada hasil yang ditemukan

GELUNG KETIGA

Rajah 3.5. Gelung Ketiga Kajian Tindakan

Sumber. Diubahsuai dari Kemmis dan McTaggart (2005)

Fasa I-Merancang [minggu 12]

Fasa I iaitu fasa merancang dalam gelungan ketiga ini dimulakan dengan pelan tindakan Teater Forum 2. Pelan tindakan Teater Forum 2 dalam gelung ketiga ini lebih merupakan hasil pemantapan daripada pelaksanaan pelan tindakan Teater Forum 1 dalam gelung kedua. Kelemahan pelaksanaan dalam gelung kedua telah dikenal pasti melalui fasa refleksi dan dimantapkan melalui beberapa strategi serta telah dibincangkan dengan murid.

Fokus kajian dalam gelungan ketiga ini juga masih sama. Penyelidik telah memulakan kajian dengan melaksanakan pelan tindakan Teater Forum 2. Peserta

1.Merancang pelan tindakan Teater

Forum 2

2. Melaksana & 3. Memerhati 4. Merefleksi

152 diminta untuk bersedia dan merancang penulisan skrip, lakonan anti-model, sesi forum dan intervensi sama seperti dalam gelung pertama dan kedua. Peserta juga diminta untuk menulis skrip atau isu moral yang diadaptasi daripada pengalaman harian mereka berkaitan bidang kekeluargaan. Pengajaran dilaksanakan berpandukan kepada rancangan pengajaran berkaitan bidang kekeluargaan. Rujuk lampiran N, skrip E. Setiap murid masih meneruskan catatan jurnal masing-masing.

Fasa II- Melaksana [minggu 13]

Penyelidik melaksanakan pelan tindakan Teater Forum 2 yang telah dimantapkan hasil daripada refleksi gelungan kedua. Ketiga-tiga strategi yang dirancang dalam pelan tindakan Teater Forum 2 telah dilaksanakan dalam gelung ketiga kajian ini. Tema yang telah dikembangkan ialah tema kekeluargaan yang juga biasa dalam kehidupan harian murid.

Peserta dapat mengarang skrip khususnya aspek konflik moral yang berlaku di antara watak-watak yang berlakon dengan baik. Mereka dapat mengarang skrip lakonan anti-model dengan struktur konflik yang telah dipelajari dalam latihan Teater Forum. Peserta berjaya mengolah konflik moral sebenar yang dilalui dan menterjemahkannya dalam bentuk perlakuan, peranan dan dialog. Skrip anti-model yang dikarang oleh kumpulan tadi (Lampiran N, skrip E- situasi di rumah) telah digunakan oleh murid untuk melakonkannya. Penyelidik telah merancang satu lagi unit pengajaran berpandukan kepada pelan tindakan Teater Forum 2. Pengajaran pada kali ini juga dilaksanakan berpandukan kepada rancangan pengajaran tersebut. Rujuk Lampiran O, skrip E.

153 Fasa II- Melaksana [minggu 14]

Penyelidik masih meneruskan fasa II (fasa melaksana) pada minggu keempat belas. Pada fasa ini langkah seperti lakonan anti-model (Lampiran O, skrip E) dan intervensi Teater Forum (Lampiran P, skrip F) telah diteruskan. Penyelidik telah merancang satu lagi unit pengajaran berpandukan pelan tindakan Teater Forum 2. Pengajaran pada kali ini juga dilaksanakan berpandukan kepada rancangan pengajaran tersebut. Rujuk Lampiran P, skrip F.

Setelah memberikan sedikit penerangan sekali lagi Joker menjemput kumpulan yang ditugaskan untuk mempersembahkan lakonan anti-model pada kali yang kedua. Rujuk Lampiran O, skrip E. Peserta dapat melakonkan watak yang dibawa dengan baik. Watak yang dilakonkan (ayah, ibu, adik, abang dan kakak) begitu realistik kerana ekspresi dan bahasa badan watak memang menarik. Peserta dapat menggunakan disiplin pergerakan bahasa badan untuk menyampaikan mesej seperti watak ayah yang membuang akhbar dengan garang. Peserta juga berjaya menunjukkan aksi dan menggunakan suara dalam pelbagai gaya luahan perasaan seperti sedih, gembira atau marah.

Dalam sesi intervensi pula penonton (spect-actor), telah mengambil alih peranan watak yang bermasalah tadi (ayah, ibu, kakak dan abang) selaras dengan konsep pembalikan peranan untuk membawa cerita itu kepada satu penyelesaian yang boleh diterima oleh akal manusia. Peserta dapat menggunakan kemahiran olah tubuh untuk melahirkan idea intervensi secara jelas. Mereka dapat menghubungkaitkan pelbagai konflik dalam keluarga secara kreatif melalui teknik improvisasi. Rujuk Lampiran P untuk melihat intervensi Teater Forum yang dilaksanakan seperti yang dipaparkan dalam skrip F.

154 Fasa III-Memerhati [minggu 12 – minggu 14]

Proses mengumpul dan menganalisis data juga diteruskan dalam gelungan ketiga ini. Teknik pengumpulan data iaitu protokol pemerhatian dalam bilik darjah, protokol temu bual, catatan jurnal dan rakaman video masih diteruskan.

Penyelidik juga telah menemu bual peserta menggunakan kaedah temu bual kumpulan berfokus selepas langkah keempat (intervensi Teater Forum) untuk mengutip data tentang aspek pemikiran, sikap, nilai, emosi dan keupayaan Teater Forum. Selain itu, penyelidik telah mengumpulkan catatan jurnal peserta kajian untuk mendapatkan data tentang perasaan, pengalaman dan reaksi mereka. Jelasnya fasa ini melibatkan aktiviti mengumpul data yang sesuai terhadap pelaksanaan teknik Teater Forum dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Data yang sesuai bermakna data yang mencukupi dan releven untuk menyokong dakwaan kajian (Stake, 2010).

Fasa IV- Refleksi [minggu 12-14]

Gelungan ketiga kajian tindakan ini telah diakhiri dengan membuat refleksi secara keseluruhan tentang pelaksanaan pelan tindakan Teater Forum 2. Hasil refleksi menunjukkan keempat-empat langkah Teater Forum telah dilaksanakan dengan baik mengikut prosedur yang betul oleh murid. Penyelidik mengakhiri gelung kajian tindakan setakat gelung ketiga kerana refleksi menunjukkan tiada sebarang masalah dalam pelaksanaan pelan tindakan Teater Forum 2. Data yang dikutip sepanjang gelung ketiga telah dianalisis untuk menjawab soalan-soalan kajian. Penyelidik telah menganalisis, mempertimbangkan data dan penemuan untuk menilai sejauh mana teknik Teater Forum berpotensi mengembangkan aspek penaakulan moral, emosi moral dan amalan moral dalam kalangan murid.

155 Refleksi pada gelung ketiga ini penting kerana refleksi ini mencetuskan “celik akal” kepada penyelidik tentang dakwaan kajian. Refleksi dalam gelung ketiga ini juga membantu penyelidik untuk menjawab soalan kajian, meningkatkan penjelasan, melihat kekangan, meneroka iktibar dan penemuan-penemuan yang baharu. Secara khususnya, penganalisisan data pada tahap ini dijalankan selepas semua data bagi ketiga-tiga gelungan kajian tindakan tamat. Selepas itulah penyelidik bersedia untuk melaporkan penemuan. Rujuk Jadual 3.4.

156 Jadual 3.4

Olahan Pelan Tindakan Teater Forum

Gelung 1 (skrip A & B)

Refleksi Pelan Tindakan Am

Olahan Pelan Tindakan Am

Pelan Tindakan Teater Forum 1

Masalah Cara atasi masalah Pelaksanaan

-penulisan skrip -lakonan hambar

-suara & percakapan joker

-intervensi tidak kreatif

-latihan penulisan skrip -permainan teater -demonstrasi

-pantomin

-kerangka plot cerita -peranan antagonis & protagonis

-joker sebagai moderator

-penyelesaian

masalah secara kreatif

Gelung 2 (skrip C & D)

Refleksi Pelan Tindakan Teater Forum 1

Olahan Pelan Tindakan Teater Forum 1

Pelan Tindakan Teater Forum 2

Masalah Cara atasi masalah Pelaksanaan

-unsur konflik dalam skrip

-ekspresi & “bahasa badan” watak

-pemaparan idea intervensi

-latihan olahan “konflik”

-permainan olah tubuh

-peluasan main peranan

-struktur konflik

-konsep role-reversal

-improvisasi

Gelung 3 (skrip E & F)

Refleksi Pelan Tindakan Teater Forum 2

Olahan Pelan Tindakan

Teater Forum 2 Dapatan Kajian

Masalah Cara atasi masalah Pelaksanaan

-tiada -tiada

-Analisis data untuk menjawab ketiga-tiga soalan kajian

157

JADUAL PROSEDUR KAJIAN

Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah. Penyelidik telah menggunakan jadual prosedur kajian yang sama untuk ketiga-tiga buah sekolah. Rujuk Jadual 3.5 yang memaparkan prosedur kajian tindakan yang dijalankan oleh penyelidik di tiga buah sekolah, dalam tiga gelungan, tarikh refleksi setiap gelungan dan tarikh temu bual. Seterusnya, Jadual 3.6 pula memaparkan satu contoh jadual prosedur kajian yang telah dilaksanakan di sebuah sekolah.

Jadual 3.5

Jadual Prosedur Kajian Tindakan di Tiga Buah Sekolah

SEKOLAH GELUNG I GELUNG II GELUNG III

SMK CAHAYA Jadual hari Rabu (11.35-12.35)& hari Jumaat (7.30-8.45)

30.1.2013 (Rabu)-Refleksi Gelung I. 31.1.2013 (Khamis)- Sesi Temu Bual-8.00 pagi

8.3.2013 (Jumaat)- Refleksi Gelung II. 14.3.2013 (Khamis)-Sesi Temu Bual-8.00 pagi

10.4.2013 (Rabu)- Refleksi Gelung III. 11.4.2013 (Khamis)-Sesi Temu Bual-8.00 pagi

SMK SINAR Jadual hari Selasa (11.00-12.00) & hari Rabu (8.40-9.40)

22.1.2013 (Selasa)-Refleksi Gelung I. 24.1.2013 (Khamis)- Sesi Temu Bual-8.00 pagi

26.2.2013 (Selasa)- Refleksi Gelung II. 28.2.2013 (Khamis)-Sesi Temu Bual- 8.00 pagi

5.3.2013 (Selasa)- Refleksi Gelung III. 7.3.2013 (Khamis)-Sesi Temu Bual- 8.00 pagi

SMK SURIA Jadual hari Isnin (9.15-10.25) & hari Jumaat (8.40-9.15)

4.2.2013 (Isnin)- Refleksi Gelung I. 5.2.2013 (Selasa)-Sesi Temu Bual-8.00 pagi

11.3.2013 (Isnin)-Refleksi Gelung I. 12.3.2013 (Selasa)-Sesi Temu Bual-8.00pagi

8.4.2013 (Isnin)-Refleksi Gelung III. 9.4.2013 (Selasa)-Sesi Temu Bual-8.00 pagi

158 Jadual 3.6

Kegiatan Sepanjang Tempoh Penyelidikan di Sebuah Sekolah

Minggu Tarikh Hari/Waktu Aktiviti di Kelas

1. 2.1.2013 Rabu

(11.35-12.35)

-Suai kenal dengan murid dan taklimat tentang tujuan kajian, cara pengumpulan data serta penerangan tentang teknik Teater Forum.

-Murid dibekalkan buku catatan/jurnal, surat kebenaran untuk menyertai kajian, dan surat pengakuan daripada ibu bapa

2. 9.1.2013 11.1.2013 Rabu (11.35-12.35) Jumaat (7.30-8.45)

-Pengajaran menggunakan teknik Teater Forum dalam gelung pertama fasa I (merancang)

-Refleksi fasa I bersama murid -Strategi menangani masalah

3. 16.1.2013 18.1.2013 Rabu (11.35-12.35) Jumaat (7.30-8.45)

-Pengajaran menggunakan teknik Teater Forum dalam gelung pertama fasa II (melaksana)

-Refleksi fasa II bersama murid -Strategi menangani masalah

4. 23.1.2013 25.1.2013 Rabu (11.35-12.35) Jumaat (7.30-8.45)

-Pengajaran menggunakan teknik Teater Forum dalam gelung pertama fasa II (melaksana)

-Refleksi fasa II bersama murid -Strategi menangani masalah

5. 30.1.2013 1.2.2013 Rabu (11.35-12.35) Jumaat (7.30-8.45)

-Hasil refleksi gelung pertama -Pembentukan pelan tindakan

-Hasil refleksi gelung pertama -Pembentukan pelan tindakan

159 6. 6.2.2013 8.2.2013 Rabu (11.35-12.35) Jumaat (7.30-8.45)

-Pengajaran menggunakan teknik Teater Forum dalam gelung kedua fasa I (merancang)

*Pengajaran berdasarkan pelan tindakan hasil refleksi gelung pertama

-Refleksi fasa I bersama murid -Strategi menangani masalah/kutip data

7. 11.2.2013-

15.2.2013

Isnin-Jumaat CUTI TAHUN BARU CINA

8. 20.2.2013 22.2.2013 Rabu (11.35-12.35) Jumaat (7.30-8.45)

-Pengajaran menggunakan teknik Teater Forum dalam gelung kedua fasa II (melaksana)

-Refleksi fasa II bersama murid -Strategi menangani masalah/kutip data

9.

25.2.2013-1.3.2013

Isnin-Jumaat CUTI SEKOLAH

PERTENGAHAN PENGGAL 10. 6.3.2013 8.3.2013 Rabu (11.35-12.35) Jumaat (7.30-8.45)

-Pengajaran menggunakan teknik Teater Forum dalam gelung kedua fasa II (melaksana)

-Refleksi fasa II bersama murid -Strategi menangani masalah/kutip data 11. 13.3.2013 15.3.2013 Rabu (11.35-12.35) Jumaat (7.30-8.45)

-Hasil refleksi gelung kedua -Pemantapan pelan tindakan

-Hasil refleksi gelung kedua -Pemantapan pelan tindakan

12. 20.3.2013 Rabu

(11.35-12.35)

-Pengajaran menggunakan teknik Teater Forum dalam gelung ketiga fasa I (merancang)

160 22.3.2013

Jumaat (7.30-8.45)

tindakan yang telah mantap hasil refleksi gelung kedua

-Refleksi fasa I bersama murid -Memerhati dan mengumpul data

13. 27.3.2013 29.3.2013 Rabu (11.35-12.35) Jumaat (7.30-8.45)

Pengajaran menggunakan teknik Teater Forum dalam gelung ketiga fasa II (melaksana)

-Refleksi fasa II bersama murid -Memerhati dan mengumpul data

14. 3.4.2013 5.4.2013 Rabu (11.35-12.35) Jumaat (7.30-8.45)

Pengajaran menggunakan teknik Teater Forum dalam gelung ketiga fasa II (melaksana)

-Refleksi fasa II bersama murid -Memerhati dan mengumpul data

15. 10.4.2012 12.4.2013 Rabu (11.35-12.35) Jumaat (7.30-8.45)

-Hasil refleksi gelung ketiga, kumpul data & analisis data

Hasil refleksi gelung ketiga, kumpul data & analisis data