• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan data antara lain termasuklah juga proses mengemaskini data, memahami data, penyimpanan data, penyediaan data dan memberikan indeks kepada data (Creswell, 2008; Suseela Malakolunthu, 2004, dalam Marohaini Yusoff, 2001). Data daripada pelbagai sumber kajian ini telah direkod, disusun dan diuruskan dengan teliti secara manual dan dengan menggunakan perisian komputer. Data catatan pemerhatian, data rakaman temu bual dan data rakaman video disimpan dalam folder komputer manakala data jurnal murid serta jurnal refleksi penyelidik disimpan secara

161 manual. Semua data yang disediakan ini diberikan indeks. Data yang dikumpul dari audio dan video disimpan ke dalam komputer peribadi (laptop) thumb drive, CD, dan external hard disc dengan memberi indeks yang selari dengan indeks yang dicatatkan dalam buku log.

Semua data pemerhatian dan temu bual juga telah ditaip dan diberikan indeks untuk tujuan semakan semula atau jejak audit. Data yang diurus secara rigid dan sistematik telah memudahkan penyelidik mendapatkan semula maklumat untuk dianalisis (Olsen, 2012).

Transkripsi

Data kualitatif dalam bentuk perkataan (teks bertulis) memerlukan proses transkripsi, menaip dan penyuntingan (Miles & Huberman, 1994). Transkripsi ialah proses memindahkan data ke dalam teks bertaip (Creswell, 2012). Semua data yang dikumpul telah melalui proses transkripsi sebelum dianalisis.

Transkripsi dibuat secara patah demi patah perkataan untuk menghasilkan data verbatim. Apabila dicetak menggunakan komputer dengan saiz font 12 (double spacing) dengan membuat ruang kosong dua inci di sebelah kiri untuk mengekodkan data dan dua inci di sebelah kanan merupakan ruang refleksi yang digunakan untuk mencatatkan maklumat lanjutan seperti mencatat ulasan, perkara yang menonjol, idea-idea baharu, tema sementara, dan persoalan yang menjadi tanda tanya serta sub-tema yang muncul daripada data. Rujuk Lampiran Q).

Rakaman video pula ditranskripsikan dengan cara menonton dan menonton semula untuk memerhatikan peristiwa dan isu yang timbul. Bahagian yang relevan dengan soalan kajian dipilih untuk membuat transkripsi.

162 Setiap transkripsi diberikan indeks. Indeks untuk transkripsi data pemerhatian tidak turut serta ialah [smk Cahaya/ propemer/ gel2/ Shah/ 8.3.13] iaitu sekolah, pemerhatian tidak turut serta, gelungan kedua, nama rakan kolaborasi dan tarikh. Indeks catatan jurnal murid ialah [smk Suria/jur/gel1/9.3.13] iaitu sekolah, catatan jurnal, gelung pertama dan tarikh. Manakala indeks untuk temu bual kumpulan berfokus ialah [smk Sinar/temkumfokus/gel3/28.2.13] iaitu sekolah, kumpulan berfokus, gelung tiga dan tarikh. Indeks rakaman video ialah [rakamvdo/gel1/smk Sinar/22.1.13] iaitu rakaman video, gelungan pertama, nama sekolah dan tarikh.

Secara tidak langsung proses membuat transkripsi ini telah melibatkan proses analisis awal. Bagi data temu bual dan rakaman video yang ditranskripsi misalnya, penyelidik mengenal pasti ayat yang menjurus kepada perkembangan aspek penaakulan, emosi dan amalan moral. Ketiga-tiga aspek yang telah dikenal pasti ditandakan dan diberikan nombor secara berurutan bagi memudahkan tumpuan pengkaji semasa menganalisis ketiga-tiga soalan kajian tersebut.

Penyaringan data

Satu lagi aspek penting dalam proses analisis data ialah peringkat reduksi atau penyaringan data. Proses reduksi adalah proses pengekodan di mana pemotongan atau pemecahan data dilakukan agar dapat disaring dan seterusnya diinterpretasikan secara bermakna dengan membina tema. Pada peringkat ini data dibaca dengan berhati-hati dan berulang-ulang bagi mengenal pasti tema dan sub-tema yang sesuai. Setiap ayat yang dikod merupakan satu unit analisis. Unit analisis yang dipilih ini diberikan nama kategorinya sebagai tentatif berserta definisi. Nama ini boleh sentiasa diubah suai untuk disesuaikan dengan semua unit yang digunakan di sepanjang proses analisis.

163 Pengekodan

Setelah proses transkripsi selesai proses penyaringan data yang bertujuan untuk menukarkan bentuk data yang terdapat dalam transkripsi dengan memfokuskan dan memilih maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan tema dan soalan-soalan kajian telah dilaksanakan. Bagi memudahkan proses penukaran bentuk penyelidik membuat pengekodan data.

Pengekodan ialah proses pensegmenan atau memberikan tag atau melabelkan teks yang bertujuan untuk memberikan makna kepada teks data (Creswell, 2008; Miles & Huberman, 1994). Kod telah memudahkan penyelidik untuk mendapatkan semula dan menyusun data ke dalam pelbagai kategori yang berkaitan dengan soalan dan tema kajian. Dalam hubungan ini penyelidik telah memastikan kod yang dibentuk mempunyai suara yang sama dengan data seperti yang disyorkan oleh Boeije (2010). Penyelidik telah menyediakan satu senarai kod seperti dalam Jadual 3.7 (sebahagian sahaja).

Jadual 3.7

Pengekodan Kepada Sub-tema dan Tema

Pengekodan Sub-tema Tema

…ada rasa malu sebab tak pernah berlakon (7)

…rasa macam bersalah sebab tak tolong mereka (48)

…saya sebagai ibu macam ada perasaan kasih anak (25)

…kita perlu bantu Rosdi hantar ke hospital (15)

…dalam situasi ini saya sedih dulu baru tunjuk sedikit kepada orang lain (45) …polis perlu sopan tak boleh kasar dengan orang (18)

…saya tak mahu kumpulan kami kalah kerana saya (33)

…saya simpati dengan Wilson (9)

-kewujudan perasaan kendiri (7,33,45,48)

-kesedaran terhadap perasaan orang lain

(9,15,18,25)

164 Penghasilan tema dan kategori

Dalam proses analisis, pembentukan kategori dilakukan sejak dalam gelungan pertama sehingga dalam gelungan ketiga. Proses ini dinamakan analisis perbandingan tekal.

Proses pembentukan kategori dilakukan melalui beberapa langkah. Pertama, penyelidik membaca secara berulang kali bagi data verbatim dalam masa yang sama mengenal pasti ayat atau petikan yang boleh menggambarkan sesuatu tema secara ringkas. Proses ini sudah mula dilakukan semasa proses pembentukan verbatim (semasa menyediakan transkripsi). Kedua, pembacaan diteruskan sama ada daripada data yang sama atau data yang berlainan. Jika terdapat ayat yang memberikan gambaran yang sama terhadap kategori yang telah dibuat maka ayat ini dimasukkan di bawah kategori yang sama. Proses ini dinamakan sebagai “pattern matching” (Yin, 2009, p. 43) kerana pengekodan ayat merujuk kepada kategori yang sedia ada. Ketiga, sekiranya ayat yang dikenal pasti tidak bersesuaian dengan kategori sedia ada maka pembentukan kategori baharu dilakukan. Keempat, proses pengekodan ini berterusan sepanjang analisis kategori bagi setiap data. Proses pembacaan berulang kali dilakukan bagi mengenal pasti ayat-ayat yang boleh menggambarkan kategori atau membina kategori baharu.

Kategori yang dibentuk menggunakan nama dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan cara menggunakan perkataan yang timbul daripada data, menggunakan gerak hati pengkaji, menggunakan idea hasil penjelasan daripada peserta kajian dan perkataan berdasarkan sorotan kajian. Semua perkataan ini merupakan tentatif dan ia dimurnikan dan diperhalusi semasa proses penelitian bersama-sama rakan sebaya dan perbincangan dengan penyelia.

165 ANALISIS DATA

Merriam (2009) menyatakan bahawa penganalisisan data dalam kajian kualitatif perlu dilakukan seiring dengan pengumpulan data. Oleh itu, proses analisis data kajian ini dimulakan sejak daripada peringkat awal lagi iaitu bermula daripada pemerhatian dalam gelungan pertama kajian tindakan dan proses ini berlaku secara berterusan bagi setiap teknik pemungutan data yang digunakan. Tumpuan diberikan dalam membuat interpretasi respons peserta yang terlibat dalam Teater Forum untuk melihat perkembangan aspek penaakulan, emosi dan amalan moral mereka. Data mentah dari pelbagai sumber telah dibaca, dikod dan dikategorikan secara sistematik dalam beberapa sub-tema serta tema yang berkaitan dengan fokus kajian (Braun & Clarke, 2006; Chua, 2012; Miles & Huberman, 1994).

Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tema berdasarkan langkah-langkah yang disyorkan oleh Braun dan Clarke (2006). Proses analisis data kualitatif yang melibatkan langkah-langkah seperti pengurusan dan penyediaan data, transkripsi, reduksi atau penyaringan data, pengekodan, penghasilan tema dan sub-tema serta paparan hasil (Boeije, 2010; Braun & Clarke, 2006; Miles & Huberman, 1994) dilaksanakan oleh penyelidik. Langkah-langkah yang terlibat dalam analisis data ini bersifat interaktif, menggunakan kaedah “bottom-up” (Creswell, 2008, p. 244) dan bertimbal balik antara satu sama lain. Langkah-langkah dalam kaedah analisis tema seperti yang disyorkan oleh Braun dan Clarke (2006) ditunjukkan dalam Rajah 3.6.

166 Rajah 3.6. Kaedah Analisis Tema.

Sumber. Diubah suai dari Braun dan Clarke (2006) Langkah 5

Penghasilan tema dan sub-tema

(Analisis constant comparative, pattern matching kategori sub-tema, tema & soalan kajian )

5 Langkah 4 Pengekodan

(Memberikan kod, soalan kajian & rujukan literature, pecahan data, transforming)

PERINGKAT 4 Langkah 3

Transkripsi

(Membaca, mendengar, menjana tema berdasarkan soalan & teori kajian)

Langkah 2