• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peta Tsunami dan Konflik di Aceh

KERANGKA TEORITIKAL DAN SOROTAN LETERATUR

6 Gangguan-gangguan itu menyebabkan

2.8. Pengkawalan Trauma

2.9.8. Hasil Kajian Dampak Tsunami 2004 Pada Psikologis

Mathew Tull (2009) telah melakukan kajian tentang kesan tsunami yang terjadi pada tarikh 24 Disember 2004, terhadap psikologi pada orang-orang Asia Selatan dan Afrika Timur yang diduga terkena tsunami. Bencana alam ini mengakibatkan kerosakan yang luar biasa di beberapa wilayah di Sri Lanka yang telah mempengaruhi penduduknya. Bencana tersebut telah mengakibatkan kematian 31.187 orang, hilang 4.280 orang, terluka 23.189 orang, dan perpindahan dari 545.715 orang. Dari kajian tersebut, didapati bahawa tsunami secara langsung telah meninggalkan kesan psikologis pada orang-orang yang terdedah kepada kejadian di Sri Lanka, iaitu: selepas 3 hingga 4 minggu pasca tsunami, 14% hingga 39% dari kanak-kanak mengalami PTSD, dan dalam kajian lain, selepas 4 bulan kejadian, ditemui 41% dari remaja dan sekitar 20% dari ibu-ibu mereka, mengalami PTSD. Namun, sedikit yang mengetahui kesan psikologi jangka panjang dari tsunami, akan tetapi Pertubuhan Kesihatan Dunia menganggarkan bahawa banyak orang akan membangunkan pelbagai gangguan jiwa sebagai akibat dari peristiwa tersebut.

Selanjutnya International Pasca-Tsunami Study Group (IPTSG) mengembangkan kembali kesan psikologi untuk jangka panjang, agar dapat mengembangkan intervensi yang berkesan pada orang-orang yang telah terpengaruh olehnya, seperti juga gejala-gejala psikologi yang dialami oleh orang-orang dari daerah Peraliya (sebuah daerah di wilayah selatan Sri Lanka) 20-21 bulan selepas tsunami.

107 Dalam Peraliya, sekitar 2.000 orang meninggal, 450 keluarga menjadi tunawisma, dan 95% dari desa hancur. Selain bencana alam itu sendiri, dari mereka yang ditemubual dari daerah ini, banyak mengalami peristiwa traumatis lain, seperti: (1) 80% merasa seolah-olah hidup mereka dalam bahaya, (2) 51% mempunyai ahli keluarga yang meninggal sebagai akibat dari tsunami , (3) 80% punya teman yang kehilangan hidupnya, (4) 35% mempunyai ahli keluarga terluka parah, (5) 45% punya teman terluka parah. Majoriti dari mereka yang ditemubual, juga mempunyai kerosakan yang sangat besar atas milik mereka sendiri (75%), milik ahli keluarga (76%), dan / atau milik teman-teman (72%).

Selain itu temuan kajian juga menunjukkan kesan tsunami terhadap psikologi mereka iaitu: 21% telah mengalami PTSD, 16%, kemurungan, 30% menderita kecemasan, dan 22% mempunyai gejala somatik (atau gejala fizikal tanpa penjelasan perubatan yang jelas), begitu juga dalam pekerjaan, dalam kehidupan sosial, dan kehidupan keluarga, mereka juga menyatakan memiliki kesulitan. Kerosakan fizikal dan psikologi kesan daripada bencana tsunami 2004 tak dapat dinafikan. Jadi bila dilihat dari semua hasil kajian di atas, maka dapat disimpulkan bahawa konflik bersenjata, keganasan, peperangan dan kejadian-kejadian yang luarbiasa menyakitkan individu, seperti bencana alam, gempa dan tsunami, ternyata telah meninggalkan kesan yang mendalam pada mangsa dengan tahap yang berbeza-beza, bergantung seberapa teruk peristiwa yang dialaminya. Seperti contoh beberapa kes yang ditemui penulis dalam beberapa temu duga yang tidak sengaja dilakukan pada acara pembahagian bantuan korban di Aceh, iaitu:

Pertama, Assyari (2008) seorang lelaki dewasa salah satu korban konflik yang mengalami peristiwa traumatic dari Desa Matang Aceh Utara, ianya merupakan saksi hidup yang merasakan penyiksaan seperti di ikat kaki dan tangan, kemudian di

108 tenggelamkan dalam perigi selama 15 minit berkali-kali, disetrom dengan elektrik, dimasukkan ke dalam peti dengan posisi duduk yang ukuran petinya sesuai ukuran badan. Akibat perlakuaan tersebut hingga ke hari ini, dia tidak berani memegang apa sahaja yang ada hubungannya dengan elektrik, dan matanya sudah kabur dan juling, kakinya pincang dan juga sangat takut melihat golok, sodok, cangkul dan buluh runcing. Kerana alat tersebut yang digunakan untuk mengorek tanah dan menanam hidup-hidup, serta memotong leher teman-temannya. Sampai ketika temuduga, dia menyatakan masih sangat takut bila melihat polis, marinir, askar dan ia selalu mimpi buruk dan kerap terbayang teman-teman yang dibunuh di depan matanya. Dan yang paling sedih adalah ia sudah banyak lupa tentang kehidupannya pada masa sebelum konflik.

Kedua, Zulkarnain (2010) salah satu polis yang bertugas di Kandang Aceh Utara pada masa konflik, ketika perang senjata antara GAM dengan Polis, ia selalu merasa sangat stress, kerana pada saat peritiwa tersebut ianya berasa cemas sangat, kerana dalam mindanya apakah ia jadi mangsa yang mati atau hidup. Kerana ia pernah mendapati teman satu bilik denganya dalam goni beras yang kepala dan kaki tangannya sudah terpotong padahal pada masa itu dia baru saja menyuruh temannya untuk pulang kerumah untuk berehat, dan dalam masa lima menit sahaja dari balai polis peristiwa itu terjadi pada temannya. Akibat peritiwa tersebut banyak juga ahli polis yang masih muda stress sampai sekarang, kerana ianya merasa dikejar oleh orang yang tidak dikenali.

Ketiga, Tasmiati (2011) seorang ibu dari desa lambuk menyatakan bahawa rumahnya pernah menjadi tempat persembunyian GAM, sehingga polis beramai-ramai menembaki rumahnya, padahal di dalam rumah tersebut ada orang tua, anak-anak, dan para remaja yang terkurung tidak dapat keluar pada saat kejadian tersebut, sehingga sampai sekarang anak-anak, remaja dan orang tua tersebut sangat takut bila mendengar suara ribut, letupan, suara keras, maka mereka langsung berkeringat ketakutan yang

109 melampau. Seperti mencengkam tangan, memeluk, orang-orang yang berada di dekatnya dengan sangat erat.

Peristiwa di atas, meruapakan sebahagian kecil pengalaman traumatis yang baru terungkap dari kesan konflik dan tsunami, masih banyak kejadian-kejadian yang lebih tragis lagi dalam kehidupan rakyat Aceh, maka untuk lebih jelasnya sangat perlu di lakukan kajian khusus tentang kesan, tahap trauma dan perbezaan trauma yang dialami para kalangan remaja pelajar Sekolah Lanjutan Atas (SLTA) yang menjadi mangsa pada peristiwa konflik dan tsunami, kerana dari hasil kajian yang telah dilakukan dalam masyarakat Aceh, pada orang dewasa oleh TIM peneliti International Organization for

Migration (IOM), (2006, 2007) didapati bahawa warga Aceh menderita tahap Traumatic

tinggi. Oleh kerana itu, maka "kajian tentang trauma dalam kalangan remaja akibat mangsa konflik bersenjata dan tsunami di Aceh", sangat perlu dilakukan, kerana remaja itu adalah generasi penerus dimasa hadapan yang perlu dijaga kesihatan fizikal dan mentalnya. Kerana apabila mereka masih dalam keadaan trauma, maka hal seperti itu tidak akan dapat terwujud, dan ini penting agar dapat dicarikan pengkawalan yang berkesan untuk menghilangkan distress psikologi yang dialami pasca traumatic pada remaja, seperti depresi, stres dan PTSD. Selain itu, remaja adalah penerus bangsa Aceh yang sangat diharapkan dapat memperbaiki dan memajukan Aceh dalam pelbagai sektor agar berjaya mencapai kesejateraan. Namun apabila para generasi tersebut masih dalam keadaan trauma harapan tersebut tidak akan pernah wujud.