• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peta Tsunami dan Konflik di Aceh

1.5. Soalan Kajian

1.4. Objektif Kajian

Berdasarkan kenyataan di atas, maka objektif kajian ini secara umum difokuskan untuk mngenal pasti trauma dalam kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah yang menjadi mangsa dalam konflik bersenjata dan tsunami di Aceh. Sedangkan secara khas objektif kajian ini dirumuskan iaitu:

a. Kesan trauma dalam kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah yang menjadi mangsa dalam peristiwa konflik bersenjata yang berpanjangan dan tsunami yang berlaku di Aceh, dilihat pada setiap wilayah, sumber trauma dan jantina.

b. Tahap trauma yang di alami kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah yang menjadi mangsa dalam konflik berpanjangan dan peristiwa tsunami di Aceh, dilihat pada setiap wilayah, sumber trauma dan jantina.

c. Perbezaan tahap trauma dalam kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah yang menjadi mangsa dalam konflik bersenjata berpanjangan dan tsunami di Aceh, di lihat pada setiap wilayah, sumber trauma dan jantina.

d. Korelasi wilayah, sumber trauma dan jantina ke atas tahap trauma kalangan remaja pelajar yang menjadi mangsa dalam konflik bersenjata yang berpanjangan dan tsunami di Aceh.

e. Sumbangan wilayah, sumber trauma dan jantina keatas trauma kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah yang menjadi mangsa dalam konflik bersenjata yang berpanjangan dan tsunami di Aceh.

1.5. Soalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian di atas, maka pengkaji merumuskan soalan kajian ini adalah:

a. Adakah konflik bersenjata yang berpanjangan dan peristiwa tsunami yang terjadi di Aceh telah mengkesan trauma keatas kalangan remaja pelajar

14 Sekolah Menengah yang menjadi mangsa pada setiap wilayah, sumber trauma dan jantina?

b. Setakat manakah tahap trauma yang dialami pada saat ini dalam kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah yang menjadi mangsa dalam konflik bersenjata yang berpanjangan, tsunami dan kedua peristiwa tersebut di Aceh yang dilihat dari wilayah, sumber trauma ?

c. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap trauma yang dialami kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah yang menjadi mangsa dalam konflik bersenjata yang berpanjangan dan tsunami di Aceh dilihat daripada pada wilayah, sumber trauma dan jantina ?

d. Adakah wilayah, sumber trauma, dan jantina berkorelasi secara signifikan ke atas tahap trauma yang di alami kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik bersenjata dan tsunami dan mangsa kedua peristiwa tersebut di Aceh ?.

e. Adakah wilayah, sumber trauma dan jantina memberi sumbangan keatas kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah yang menjadi mangsa dalam konflik bersenjata dan tsunami dan kedua peritiwa tersebut di Aceh ?.

f. Adakah tahap skala validity mempengaruhi kesan trauma dalam kalangan remaja sekolah menengah yang menjadi mangsa dalam konflik bersenjata dan tsunami dan kedua peristiwa tersebut di Aceh.

1.6. Hipotesis

Berdasarkan hasil kajian lepas, dimana mangsa perang, perkosan, bencana alam dan berbagai bentuk kekerasan lainnya yang terjadi di dalam berbagai belahan dunia ternyata telah memberikan kesan mendalam terhadap mangsa. Creamer, Burgess, dan McFarlane (2002) menyatakan: Peristiwa traumatis yang terjadi pada individu dan

15 kolompok boleh membuat 65% lelaki dan 50% perempuan mengalami trauma lebih dari satu macam. 12 bulan setelah itu tersebar munculnya PTSD 2% lelaki & 3% perempuan. Selain daripada itu, yang pernah mengalami peristiwa traumatis, dan juga boleh memunculkan gejala PTSD dalam rentang waktu 12 bulan sesudahnya, akibat: (1) Perkosaan 8.4% lelaki dan 9.2% perempuan, (2) Sexual molestation 11.8% lelaki dan 5.5% perempuan, (3) Pertempuran 4.7% lelaki (4) Kemalangan yang mengancam keselamatan 1.5% lelaki, dan 1.7% perempuan, dan (5) Bencana alam .3% lelaki, 1.3% perempuan.

Begitu pula hasil kajian IOM (2006 dan 2007) tentang keperluan psikososial dan kesihatan mental masyarakat yang terkena dampak mendalam akibat konflik tinggi antara angkatan bersenjata Republik Indonesia (ABRI) dengan Gerakan Aceh Mardeka (GAM) di beberapa wilayah di Aceh dengan menggunakan alat ujian 25 soalan versi Hopkins, dan Harvard Trauma Qutioner (HTQ) yang terdiri daripada 42 butir pengukuran luas yang meliputi 16 butir yang digunakan untuk mengadar gangguan stres pasca trauma (PTSD). Disamping butir-butir soalan lain yang direka untuk merakam wacana-wacana pupuler mengenai pengalaman yang mengganggu pasca-tsunami, mahupun konflik yang di intergarsikan dalam pengukuran kuantitatif, agar responden dapat menceritakan pengalaman mimpi buruk, dan suara-suara orang yang telah meninggal. Kajian tersebut dilakukan keatas 596 orang responden dewasa berusia 17 tahun lebih yang dipilih secara rawak daripada 30 kampung tempat penyelidikan dilakukan.

Dapatan kajian menunjukkan: Pertama, 78% daripada keseluruhan sampel melaporkan telah mengalami pengalaman perang, 38% mengalami peristiwa di mana mereka harus melarikan diri dari bahaya, 8% wanita telah kehilangan suami akibat konflik, 5% dari keseluruhan sampel memiliki anak yang terbunuh, 41% sampel melaporkan mempunyai ahli keluarga atau teman yang terbunuh, 33% melaporkan

16 keluarganya atau temannnya di culik atau hilang, 45% melaporkan harta mereka disita atau dimusnahkan, dan 33% mengalami pemerasan atau perampasan;

Kedua Para lelaki melaporkan kekerasan fizikal yang secara signifikan lebih tinggi berbanding wanita iaitu: (1) 56% lelaki dan 20% wanita melaporkan telah mengalami penganiayaan, (2) 36% lelaki dan 14% wanita melaporkan telah diserang dengan menggunakan senjata api atau pisau, (3) 25% lelaki dan 11% wanita melaporkan telah diseksa, (4) 19% lelaki dan 5% wanita melaporkan telah dikurung, (5) 65% lelaki dan 45% wanita dipaksa menyaksikan kekerasan fizikal terhadap orang lain. Walau tingkat kekerasan seksual yang dilaporkan telah dilakukan terhadap wanita rendah, yang sebahagian disebabkan oleh stigma para wanita mengalami serangan fizikal dari kombatan lelaki dalam bentuk kekerasan gender, disamping itu pengalaman yang kerap terjadi adalah rumah-rumah mereka dijarah dan dimusnahkan;

Ketiga, Para responden di Bireuen dan Aceh Utara melapaorkan peringkat peristiwa traumatik mahupun gejala psikologi yang jauh lebih tinggi dari pada responden adalah Pidie dan Bireuen 85%, Aceh Utara 78%; mengalami peperangan Pidie dan Bireuen 66%, Aceh Utara 40%; mempunyai ahli keluarga dan teman terbunuh Pidie 21%, Aceh Utara 22%, Bireuen 14%; ditangkap, ditahan oleh salah satu pihak pada masa konflik 4% ;

Keempat, Ramai warga menyatakan kesulitan dalam memenuhi keperluan keluarganya 85%, sukar mendapatkan pekerjaan 90%, kesukaran dalam memulakan semula aktiviti mata pencaharian selama masa pasca konflik 71%, kekuwatiran cukupnya persedian makanan 72%, kebimbangan memiliki rumah yang layak 59%;

Kelima, 47% responden melaporkan telah melihat para pelaku kejahatan dan kekerasan sebagai sumber rasa stres yang berterusan, 30% mengalami serangan atau

17 ancaman fizikal dan psikologi, dan 21% mengalami rompakan sejak ditandatangainyan nota kesefahaman dan dapatan lain yang sangat;

Keenam, gejala stres pasca trauma, menunjukkan bahawa 65% daripada keseluruhan sampel menduduki kedudukan tinggi pada skala depresi, 69% pada skala kecemasan, dan 34% pada skala gejala PTSD;

Ketujuh, 48% lelaki muda melaporkan gejala depresi berat yang sangat tinggi, 24% Lelaki-lelaki yang paling tua, dan 25% lelaki-lelaki muda, 33% wanita-wanita yang paling tua melaporkan tahap gejala PTSD yang sangat tinggi dan sebagai nya.

Berdasarkan hasil dapatan kajian tersebut di atas, pengkaji mensaki walaupun peristiwa traumatik konflik bersenjata, dan tsunami telah lama berlaku dalam wilayah Aceh, pengkaji meyakini bahawa kesan dari kejadian traumatik tersebut masih wujud dalam masyarakat Aceh terutamanya dalam kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah yang menjadi mangsa. Kerana itu pengkaji membina 12 hipotesis sebagai berikut:

Hipotesis Satu:

(Ho.1) meramalkan tiada terdapat kesan trauma yang signifikan pada skala validity indicator ATR, RL dan INC dalam kalangan remaja Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami dan mangsa kedua peristiwa tersebut di Aceh.

(Ha.1) meramalkan terdapat kesan trauma yang signifikan pada skala validity indicator ATR, RL dan INC dalam kalangan remaja Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami dan mangsa kedua peristiwa tersebut di Aceh.

Hipotesis Dua:

(Ho.2) meramalkan tiada terdapat perbezaan tahap trauma yang signifikan respon ATR, RL dan INC dalam kalangan remaja Sekolah Menengah yang menjadi mangsa

18 konflik dan tsunami dan mangsa keduanya di Aceh dilihat berdasarkan pada wilayah, sumber trauma dan jantina.

(Ha.2) Meramalkan terdapat perbezaan tahap trauma yang signifikan respon ATR, RL dan INC dalam kalangan remaja Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami di Aceh dilihat berdasarkan pada Wilayah, sumber trauma, dan jantina.

Hipotesis Tiga:

(Ho.3) meramalkan tiada terdapat hubungan yang signifikan antara wilayah, sumber trauma dan jantina keatas respon indicator ATR, RL dan INC pada remaja Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami dan mangsa kedua peristiwa tersebut di Aceh.

(Ha.3) Meramalkan terdapat hubungan yang signifikan antara wilayah, sumber trauma dan Jantina keatas indicator ATR, RL dan INC pada remaja Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami dan mangsa kedua peristiwa tersebut di Aceh.

Hipotesis Empat:

(Ho.4) meramalkan tiada terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku ATR dengan RL pada remaja Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami dan mangsa kedua peristiwa tersebut di Aceh.

(Ha.4) Meramalkan terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku ATR dengan RL pada remaja Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami dan mangsa kedua peristiwa tersebut di Aceh.

19

Hipotesis Lima:

(Ho.5) Meramalkan tiada terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku ATR dengan INC pada remaja Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami dan mangsa kdua peristiwa tersebut di Aceh.

(Ha.5) Meramalkan terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku ATR dengan INC pada remaja Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami dan mangsa kedua peristiwa tersebut di Aceh.

Hipotesis Enam:

(Ho.6) meramalkan tiada terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku RL dengan INC pada remaja Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami dan mangsa kedua peristiwa tersebut di Aceh.

(Ha.6) Meramalkan terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku RL dengan INC pada remaja Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami dan mangsa kedua peristiwa tersebut di Aceh.

Hipotesis Tujuh:

(Ho.7) meramalkan tiada terdapat kesan interaksi yang signifikan antara sumber trauma dan jantina, terhadap skala validity pada indicator ATR, RL dan INC dalam kalangan remaja Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami di Aceh.

(Ha.7) meramalkan terdapat kesan interaksi yang signifikan antara sumber trauma dan jantina, terhadap skala validity pada indicator ATR, RL dan INC dalam kalangan remaja Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami di Aceh.

20

Hipotesis Delapan:

(Ho.8) konflik berpanjangan dan peristiwa tsunami yang berlaku di Aceh tiada mengkesan trauma klinikal keatas kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah yang menjadi mangsa dalam peristiwa tersebut. Perkara ini boleh dilihat dari wilayah, jenis trauma dan jantina;

(Ha.8) konflik berpanjangan dan peristiwa tsunami yang berlaku di Aceh telah mengkesan trauma klinikal keatas kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah yang menjadi mangsa dalam peristiwa tersebut. hal ini boleh dilihat dari wilayah, jenis trauma dan jantina.

Hipotesis Sembilan:

(Ho.9) tahap trauma pada skala klinikal yang dialami remaja pelajar Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami yang terjadi di Aceh berada pada taraf rendah pada semua wilayah. jenis trauma dan jantina ;

(Ha.9) tahap trauma pada skala klinikal yang di alami remaja pelajar Sekolah Menengah yang menjadi mangsa konflik dan tsunami yang terjadi di Aceh berada pada taraf tinggi pada semua wilayah, jenis trauma dan jantina.

Hipotesis Sepuluh:

(Ho.10) tiada terdapat perbezaan yang signifikan tahap trauma pada skala klinikal yang dialami kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah di Aceh yang menjadi mangsa konflik dan tsunami dilihat daripada wilayah, sumber trauma, dan Jantina;

(Ha.10) terdapat perbezaan yang signifikan tahap trauma pada skala klinikal yang dialami kalangan remaja Sekolah Menengah di Aceh yang menjadi mangsa konflik dan tsunami dilihat daripada wilayah, sumber trauma dan Jantina.

21

Hipotesis Sebelas:

(Ho.11) wilayah, sumber trauma dan jantina tiada berkorelasi secara signifikan dengan tahap trauma pada skala klinikal dalam kalangan remaja Sekolah Menengah mangsa konflik, tsunami dan mangsa kedua sumber trauma konflik dan tsunami di Aceh.

(Ha.11) wilayah, sumber trauma dan jantina berkorelasi secara signifikan dengan tahap trauma pada skala klinikal dalam kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah mangsa konflik, tsunami dan mangsa keduanya di Aceh.

Hipotesis Duabelas:

(Ho.12) wilayah, sumber trauma dan jantina tiada memberi sumbangan yang signifikan keatas tahap trauma pada skala klinikal dalam kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah mangsa konflik, tsunami dan mangsa keduanya.

(Ha.12) wilayah, sumber trauma dan jantina memberi sumbangan yang signifikan keatas tahap trauma pada skala klinikal dalam kalangan remaja pelajar Sekolah Menengah mangsa konflik. tsunami dan mangsa keduanya.