• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peta Tsunami dan Konflik di Aceh

KERANGKA TEORITIKAL DAN SOROTAN LETERATUR

2.3. Proses Lahirnya Trauma

Spencer Eth, seorang psikiater anak yang mengambil pakar PTSD anak, (dalam Goleman, 2000) menyatakan bahawa, trauma itu adalah masuknya ingatan tentang keganasan yang menjadi focus utama, berupa pukulan, tusukan sebilah pisau, tembakan senjata. Ingatan merupakan pengalaman persepsi yang hebat terhadap penampakan. Sehingga mangsa yang kadang diam, tiba-tiba histeria bila mendengar bunyi, atau bau mesiu, jeritan, muncratnya darah, mahupun terdengar sirene polis. Selain itu juga,

32 gangguan psikologi akibat kejadian traumatik, pada dasarnya timbul kerana terlalu mudahnya amigdala tergugah (stelan amigdala yang terlalu rendah). Chaplin (2001) menjelaskan bahawa amigdala merupakan suatu zat abu-abu yang terdapat dalam otak besar, fungsinya berasosiasi dengan pengawal terhadap tingkah laku agresif.

Selanjutnya Goleman (2000) menyebutkan bahawa pesakit trauma mengalami perubahan litar limbic yang terpusat pada amigdala, mempunyai lokus seruleus yang di dalamnya terdapat katekolamin yang mengandungi dua jenis bahan kimia iaitu:

adrenalin dan noradrenalina. Dua zat kimia ini berfungsi sebagai mobilitasasi tubuh

untuk menghadapi keadaan kecemasan (bertempur atau lari). Jadi pada pesakit trauma, sistem pada amigdala sangat aktif sehingga membuat katekolamin melepaskan bahan kimia otak dengan dosis yang berlebihan untuk memberi respons situasi-situasi yang terkadang tidak kecemasan atau tidak mengancam.

Dalam NN Fisiologi Kodokteran yang dikutip Jarnawi (2007) menyatakan bahawa apabila amigdala di hapuskan maka manusia akan fasif atau kelewat berani. Percubaan ini pernah dilakukan pada seekor monyet. Pada dasarnya monyet sangat takut pada ular, akan tetapi ketika amigdalanya di rosak, monyet tidak takut lagi pada ular, malah menghampiri dan memegang ular tersebut, bahkan ia memakannya. Jadi boleh dikatakan bahawa amigdala juga berfungsi sebagai pemberi isyarat rasa takut. Atau amigdala berperanan sebagai pemberi isyarat tanda bahaya yang membuat manusia mengeluarkan respon pertahanan dirinya melalui mengelak atau melawan. Apabila amigdala terlalu cepat tergugah, maka manusia menjadi terlalu waspada, penakut atau sangat agresif.

Sebaliknya apabila amigdala terlalu lambat memberikan isyarat, manusia akan tidak waspada, atau terlalu berani, yang pada akhirnya membawa kesan buruk yang boleh mencelakakannya. Individu dalam keadaan normal mempunyai reaksi amigdala

33 yang stabil (tidak terlalu cepat dan juga tidak terlalu lambat), berbeza dengan halnya individu yang telah mengalami trauma akibat peristiwa yang sangat mengguncang dan menyakitkan, maka respon amigdala terlalu cepat tergugah dan memberikan isyarat tanda bahaya berlebihan. Sehingga dengan kes yang kecil saja akan dipersepsikan sebagai sesuatu yang mengancam. Sebagai contoh kes seorang tentera Amerika veteran perang Vitnam, yang dikisahkan bahawa walaupun perang telah lama berakhir, setiap saat bayangan pahit yang berlaku dalam peperangan terus menghantuinya, maka ia kerap mengalami "flash back" oleh suatu perisitiwa yang mirip pada masa perang. Contohnya ketika ada seseorang yang membanting pintu yang sedikit keras, langsung saja ia merunduk dengan penuh ketakutan, dan tubuhnya langsung mengeluarkan keringat dingin. Disini amigdalanya terlalu cepat tergugah oleh suatu momen yang mirip, sehingga suara dentuman pintu ia mentafsirkan sebagai suara letusan bom pada saat perang, sehingga ia memberikan respons menunduk sambil ketakutan dan keluar keringat dingin, kerana ia merasakan seolah-olah letupan bom itu mengenainya. Kes ini sangat berbeza dengan individu yang normal, ia akan memberi respons suara bantingan keras pintu dengan persepsi yang berbeza, iaitu ia akan bertanya suara apa itu, kemudian suara itu akan dicerna melalui fikiran dan akan meresponnya dengan melihat untuk memberi jawapan. Jadi bila di amati respons seseorang dalam menanggapi sesuatu peristiwa atau kejadian terlebih dahulu melalui beberapa tahapan proses.

Sredling dan Scott (2001) menyatakan ada lima ladders (tahapan) proses yang terjadi pada individu yang normal, iaitu: bermula dari suatu peristiwa yang ditangkap oleh pancaindera, kemudian masuk ke thalamus (saraf mesej) yang menghantar maklumat secara bersamaan ke amygdala dan hippocampus, iaitu: bahagian Cortex otak yang bertanggung jawab dalam penempatan peristiwa-peristiwa yang terjadi, dan memberi jarak serta perbandingan mengenai peristiwa yang disimpan. Individu yang mengalami gangguan stress pasca trauma akan menunjukkan penurunan pada polume

34

hippocampal yang terdapat dalam hippocampus. Fungsinya akan melemah meskipun

tidak kekal. Kemudian hippokampus memberikan penafsiran terhadap suatu peristiwa dan memberikan maklumat yang betul pada amygdala, lalu memberikan respons perlu tidaknya isyarat bahaya dihidupkan, akhirnya terjadilah respons emosional atau perilaku untuk menangapi suatu peristiwa atau kejadian tertentu.Untuk lebih jelas lihat Rajah proses terbentuknya respons trauma di bawah ini:

Fast, broad tracks Slow, Nerrow tracks

Rajah . 2.1. Proses Lahirnya Respons Trauma Menurut Scott & Stredling (2001)

Sedangkan pada individu yang normal skema tahapan proses sampai terjadinya reaksi adalah sebagai berikut:

Incoming sensory imformation Thalamus Hippocampus Amygdala Emotional Response

Rajah 2.2 Skema Proses Lahirnya Suatu Respon Normal.

Sesuatu kejadian yang tertangkap melalui indera penglihatan, pendengaran, penciuman, perasa, dan sentuhan yang masuk ke dalam thalamus, yang berfungsi sebagai pemancar lalu dengan pantas dan bersamaan menghantarnya ke amygdala dan

hippocampus. Di dalam hippocampus maklumat diproses secara perlahan, dan

kemudian membuat tafsiran yang benar tentang apa yang terjadi, lalu di hantar ke

amygdala, dan kemudian direspons sesuai dengan maklumat yang dihantar oleh hippocampus. Bila maklumat tersebut mengandungi unsur-unsur berbahaya, maka

amygdala akan mengeluarkan "penggerak tanda bahaya" berupa adrenalin dan Incoming

Sensory

informatio Thalamus Amygdala

Emotional Response Hippocampus

35

noradrenalina, dan jika maklumat itu tidak berbahaya, maka amygdala secara automatik

memadamkan penggerak tanda bahaya dan akhirnya terjadilah respons berupa menghindar atau melawan.

Pada individu yang mengalami trauma, fungsi hippocampus telah mengalami kerosakan sehingga tidak dapat memproses maklumat secara tepat, maka maklumat yang diberikan kepada amygdala juga akan salah, dan amigdala juga akan merespon secara salah dengan menghidupkan penggerak bahaya yang berupa adrenalin dan

noradrenalin dalam dosis yang berlebihan, untuk menyahut satu perkara yang tidak

begitu mengancam, kerana itu seseorang yang sudah mengalami peristiwa traumatik, ia akan bertindak balas dengan tidak wajar, dalam menyikapi suatu kejadian, seperti yang berlaku pada mangsa kekerasan di Bosnia, Nazi German, veteran perang Vitnam, dan lain-lain.