• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.10. Kaedah Analisis Kajian

Kaedah analisis kajian, pengkaji menggunakan perisian SPSS fersi 13.0 for Windows (Statistical Packages for Social Sciences) yang interaktif untuk menganalisis data kajian yang telah diperolehi. Ini memudahkan lagi proses menganalisis hasil dapatan kajian. Semua keputusan kajian melibatkan pengiraan statistik yang dinyatakan dalam bentuk dua titik perpuluhan.

3.10.1. Analisis Deskriptif

Statistik Deskriptif digunakan bagi menghuraikan secara menyeluruh tentang profil subjek kajian seperti umur, jawatan, taraf perkahwinan, tempoh perkhidmatan, kelulusan akademik, bangsa dan Sekolah Menengah. Statistik deskriptif bertujuan memperihalkan data yang diperoleh secara peratusan, mengira purata dan lain-lain pengiraan yang dapat menggambarkan taburan data yang diperolehi dengan lebih jelas.

149

3.10.2. Analisis Inferensi

Analisis infrensi digunakan sebagai analisis lanjutan kepada analisis deskriptif bagi mendapatkan penganalisaan yang lebih saintifik dalam melihat hubungan yang wujud di antara dua jenis pemboleh ubah yang dikaji iaitu pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah terikat. Pemboleh ubah bebas dalam konteks kajian ini ialah Trauma dalam kalangan remaja Sekolah menengah. Pemboleh ubah terikat ialah wilyah, sumber trauma, Jantina. Selain itu, faktor demografi merupakan pemboleh ubah penyederhana. Statistik inferens melibatkan analisis korelasi Pearson, Anova sehala. Paras signifikan telah ditentukan pada aras .05 (k < .05) sama ada untuk menerima atau menolak hipotesis-hipotesis nul.

3.10.2.1. Kaedah Alfa Cronbach

Kebolehpercayaan soal selidik dan alat ukuran yang digunakan dianalisis dengan menggunakan kaedah alpha Cronbach seperti yang terdapat paket perisian penganalisisan statistik SPSS versi 13.00. Nilai kepercayaan alpha Cronbach adalah antara 0.00 hingga 1.00. Mengikut Nunnally (1978), sekiranya indeks kebolehpercayaan alpha Cronbach melebihi .70 adalah soal selidik tersebut boleh dipercayai.

3.10.2.2. Kaedah Korelasi Pearson

Kesahan soal selidik dan alat ukuran yang digunakan adalah bertujuan untuk melihat sejauhmanakah soal selidik itu mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesahan soal selidik boleh diuji melalui korelasi di antara item dan jumlah skor berkenaan. Ini dapat dilakukan melalui kaedah korelasi Pearson (Wiersma 1991; Anastasia & Urbina, 1997). Mengikut pendapat McLeod (1994) dan Yahaya (2001) pekali korelasi adalah sesuatu perangkaan yang juga dapat menunjukkan darjah hubungan antara pembolehubah iaitu hubungan secara positif, negatif atau tidak berhubungan sama sekali. Hubungan di

150 antara kedua-dua pemboleh ubah itu pula boleh merupakan korelasi yang kuat, sederhana atau lemah berdasarkan nilai pekali yang diperolehi melalui pengiraan.

Alias Baba (1999) menjelaskan, pekali korelasi Pearson adalah sesuai digunakan jika data yang digunakan berbentuk sela atau nisbah dan kaitan antara kedua pemboleh ubah adalah linear. Bagi mengenalpasti kekuatan hubungan di antara dua pemboleh ubah, nilai pekali korelasi r = 1, manakala pekali r yang tidak menunjukkan perhubungan r = 0. Kekuatan perkaitan berdasarkan julat bernombor antara -1.0 hingga +1.0 (Miller 1991). Perkaitan antara pemboleh ubah ini ditafsirkan berdasarkan indeks yang dibentuk oleh Davis (1971), yang menjadi rujukan kajian ini untuk menerangkan hubungan bagi nilai ’r’. Nilai korelasi yang berbeza memberi makna yang berbeza. Kesahan soal selidik dan alat ukuran. Beliau menyenaraikan kekuatan bagi nilai r ditunjukkan dalam Jadual 3.10.

Jadual 3.13 Kekuatan nilai Pekali Korelasi

No Pekali Korelasi r Kekuatan korelasi

1 .91 hingga 1.00 atau -.91 hingga -1.00 Sangat kuat 2 .71 hingga .90 atau -.71 hingga -.90 Kuat 3 .51 hingga .70 atau -.51 hingga -.70 Sederhana 4 .31 hingga .50 atau -.31 hingga -.50 Lemah 5 .01 hingga .30 atau -.01 hingga -.30 Sangat lemah

6 .00 Tiada korelasi

3.10.3. Ujian –t

Ujian –t digunakan untuk mengenalpasti perbezaan di antara skor-skor min yang melibatkan satu pemboleh ubah bebas. Analisis Ujian-t membenarkan pengujian

151 perbezaan min dilakukan terhadap pemboleh ubah bersandar berdasarkan data dari dua kumpulan secara serentak.

3.10.4. Anova Sehala

Anova sehala digunakan untuk mengenalpasti perbezaan di antara skor-skor min yang melibatkan satu pemboleh ubah bebas. Analisis ANOVA membenarkan pengujian perbezaan min dilakukan terhadap pemboleh ubah bersandar berdasarkan faktor yang lebih dari dua kumpulan secara serentak. Untuk mengetahui pasangan kumpulan manakah yang sebenarnya berbeza secara signifikan maka ujian Post-Hoc ANOVA dilaksanakan jika terdapat perbezaan min.

3.10.5. Analisis Regresi

Mengikut Kachingan (1982) regresi berganda adalah satu teknik untuk memudahkan meramal dan menilai ketepatan penilaian di samping dapat mengawal faktor-faktor yang boleh mengelirukan. Melalui regresi berganda juga kita boleh melihat sumbangan pemboleh ubah yang spesifik bagi menerangkan pemboleh ubah kriteria. Analisis ini juga boleh menilai kesan-kesan ke atas pemboleh ubah kriteria apabila nilai pemboleh ubah bersandar berubah.

Heys (1981) menegaskan kaedah regresi memudahkan analisis karena ianya mengambil kira hubungan serentak antara pemboleh ubah bersandar dan semua pemboleh ubah bebas yang lain. Borg dan Gall (1983) dan Alias Baba (1992) juga menyatakan bahawa teknik regresi berganda adalah satu teknik yang digunakan untuk menentukan hubungan linear antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar. Oleh itu pemboleh ubah bebas harus ditentukan terlebih dahulu sebagai pemboleh ubah peramal kerana kadangkala terdapat banyak pemboleh ubah bebas yang kecil adalah perlu bagi meramal pemboleh ubah bersandar dengan berkesan disamping mengurangkan kos, masa dan tenaga penyelidikan (Mohd Majid, 1990).

152 Dalam konteks kajian ini, analisis regresi berganda (Stepwise) digunakan untuk menguji hipotesis 4 (Ha.4) iaitu bagi menguji pemboleh ubah yang boleh menjadi peramal terbaik dalam menentukan keperluan kepada remaja mangsa di Aceh. Analisis regresi berganda (Stepwise) digunakan untuk membuat ramalan linear antara pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar. Kaedah regresi berganda berupaya melihat sumbangan wilayah, sumber taruma dan jantina terhadap tahap trauma yang dialami remaja mangsa. Kategori pemboleh ubah bebas yang tidak memberi sumbangan yang signifikan pada aras keyakinan 0.05 akan disingkirkan daripada model. Secara langsung melalui kaedah regresi berganda akan muncul faktor peramal yang kuat untuk mewujudkan unit perkhidmatan kaunseling urgen kepada kalangan remaja di Aceh.

3.11. Rumusan

Kajian yang dijalankan merupakan suatu kajian korelasi dan regresi yang melibatkan hubungan dan sumbangan di antara pemboleh ubah bebas keatas pemboleh ubah terikat yang di dalam kajian ini adalah wilayah, sumber trauma dan jantina. Bab ini menjelaskan kaedah kajian dari aspek alat kajian, reka bentuk kajian, tempat, subjek, cara kajian dilaksanakan dan rancangan kajian. Dua bentuk kaedah statistik iaitu deskriptif dan inferensi digunakan untuk menguji hipotesis kajian.

153

BAB IV