( ii) Berdasarkan petikan di atas, mengapakah ibu mencekak tangan Hakimah?
(ii) Pada pendapat saya, ibu mencekak tangan Hakimah kerana ingin menahan sebentar Hakimah dan ingin memberikannya bungkusan untuk diberikan kepada Mir. Selain itu ,ibu menyuruh Hakimah mengajak Mir datang ke rumah. (3 markah)
(iii) Nyatakan satu pengajaran dalam petikan dan dua pengajaran daripada keseluruhan cerpen.
(iii) Pengajaran dalam petikan ialah kita hendaklah menghormati orang tua supaya kita disayangi oleh mereka. Pengajaran pertama daripada keseluruhan cerpen ialah kita perlu ikhlas memberikan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan, Kedua, kita hendaklah mengambil berat terhadap kawan yang dalam kesusahan untuk membantunya menyelesaikan masalah.
(4 markah )
Contoh Soalan 2(c)
Petikan Prosa Klasik (Merah Silu )
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Merah Silu pergi mencari tempat yang lain. Dia berjalan mudik ke hulu Semenda. Dia sampai di suatu negeri bernama Buluh Telang. Di sang dia bertemu dengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Situ dan menjamunya makan minum. Ujar Megat Iskandar kepada Merah Situ, "Apa kehendak tuan hamba kepada hamba ini?"
Merah Silu berkata, "Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendak minta tempat duduk, kerana hamba tidak bertempat."
Katy Megat Iskandar, "Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sini dengan hamba. Ladang di sini pun luas., dan banyak tempat kerbau makan."
Sambut Merah Silu, "Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya tuanlah akan menjadi bapa hamba."
Merah Silu pun bermohon kepada Megat Iskandar, lalu dia pergilah mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.
Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung ayam dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.
86
Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku'l-Nasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa betas seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar- besar, orang tua-tua dam segala rakyat dalam negeri itu.
(Dipetik daripada "Merah Situ", diselenggarakan oleh Ismail Ahmad, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Huraikan maksud hamba hendak minta tempat duduk. (2 markah) (i) Maksud rangkai kata itu ialah Merah Silu mahu menumpang tempat tinggal .
(ii) Buktikan Merah Silu seorang yang pemurah dan baik hati. (3 markah)
(ii) Bukti Merah Silu seorang yang pemurah dan baik hati ialah orang yang kalah dibayar taruhannya Kedua, Merah silu memberi orang ramai seorang seekor kerbau. Ketiga, orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.
(iii) Merah Silu disayangi oleh rakyat jelata dan ditabalkan menjadi raja. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pemerintah yang akan disayangi dan ditaati oleh rakyat?
(3 markah)
(iii) Ciri-ciri seorang pemerintah yang akan disayangi dan ditaati oleh rakyat ialah pemerintah perlu mementingkan kebajikan rakyat supaya rakyat tidak hidup dalam kesusahan. Selain itu, pemerintah perlu memerintah dengan adil dan tidak berlaku zalim kepada rakyat. Ketiga, pemerintah harus memerintah dengan bijaksana supaya negara aman dan damai.
Contoh Soalan 2(d)
Pemahaman Puisi Moden (Sajak Dirgahayu Bahasaku)
Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah.
Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh. Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.
Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru.
87
(i) Berdasarkan rangkap yang terakhir, nyatakan tiga kejayaan yang dicapai oleh Bahasa Melayu?
( 3 markah) (i) Tiga kejayaan yang dicapai oleh Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu berpotensi berkembang di
peringkat antarabangsa. Seterusnya, bahasa Melayu berperanan sebagai wahana pemikiran dan komunikasi. Ketiga, bahasa Melayu turut berperanan untuk memperkenalkan bangsa Melayu yang telah menempa pelbagai kejayaan.
(ii) Pada pendapat anda , mengapakah remaja sekarang kurang menghargai bahasa Melayu
berbanding bahasa asing.? ( 3 markah)
(ii) Pada pendapat saya, bahasa Melayu kurang dihargai oleh remaja sekarang kerana remaja
menganggap bahasa Melayu tidak mampu memberikan kejayaan yang gemilang. Kedua, ibu bapa tidak memberikan galakan kepada anak-anak menggunakan bahasa Melayu di rumah. Ketiga, pengaruh media massa yang lebih menonjolkan bahasa asing daripada bahasa Melayu.
(iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak di atas . ( 3 markah) (iii) Persoalan pertama ialah kepentingan memartabatkan bahasa Melayu. Kedua, persoalan Perjuangan memartabatkan bangsa dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu. Ketiga, persoalan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi yang penting.
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]
Tuntunan menjawab soalan 3(a)i. Ayat yang dibina perlu menjelaskan maksud perkataan yang diuji.
ii. Perkataan yang ditulis tidak boleh digunakan sebagai peribahasa dan nama khas. iii. Perkataan diuji tidak boleh diubah imbuhan .
iv. Ayat yang dibina tidak boleh terlalu panjang seakan-akan seperti dua ayat .
v. Ayat boleh ditulis dalam bentuk cakap ajuk(dialog) dengan betul tanda bacaannya.
Contoh Soalan :(a)Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.
(i) diam (ii) tanggal (iii) tawar Contoh Jawapan :
88
b. Afiq pernah diam di Kota Baharu sebelum berpindah ke Jelebu.
(ii) a. Kulit ular sawa itu tanggal sekali setahun.
b. Negara Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos . (iii) a. Air teh itu tawar rasanya kerana kurang gula.
b. Harga barang perlu kita tawar dahulu sebelum dibeli. Tuntunan menjawab Soalan 3(b)
a. Ada pelbagai bentuk soalan yang diuji pada bahagian ini b. Antara yang pernah diuji:
i. Gabungkan ayat ii. Pisahkan ayat
iii. Tukar cakap ajuk kepada cakap pindah iv. Tukar cakap pindah kepada cakap ajuk v. Tulis ayat aktif
vi. Tulis ayat pasif vii. Tulis jenis-jenis ayat
Contoh Soalan 3(b)
Bina satu ayat bagi setiap ayat perintah berikut: i. Ayat Suruhan
ii. Ayat Silaan iii. Ayat Permintaan Contoh Jawapan 3(b) (i) Makan kuih ini dulu. (ii) Sita datang ke rumah saya (iii) Tolong tutup pintu itu.
Contoh Soalan 3(c): Kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
(i) Kerajaan sudah melulus undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.
(ii) Kenaikkan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan gulungan berpendapatan rendah.
(iii) Ketua sendiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam penyerbuan semalam. Contoh Jawapan Soalan 3(c)
(i) Kerajaan sudah meluluskan undang-undang yang membenarkan pegawai penguat kuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.
89
(ii) Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.
(iii) Ketua sindiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam serbuan semalam.
Contoh Soalan 3(d) :Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. (i) Oleh kerana terperangkap dalam kecelaruan lalu lintas, ayah sering pulang lewat.
(ii) Adik saya adalah antara peserta-peserta pertandingan lukisan yang diadakan di pentas legar pusat beli-belah itu.
(iii) Para peserta lawatan sambil belajar dibahagi pada beberapa kumpulan untuk memudahkan amalan daftar masuk di lapangan terbang.
Contoh Jawapan 3(d)
(i) Oleh sebab terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, ayah sering pulang lewat.
(ii)Adik saya adalah antara peserta pertandingan lukisan yang diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu. (iii) Para peserta lawatan sambil belajar dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan urusan daftar masuk di lapangan terbang.
Contoh Soalan 3(e)
Nyatakan peribahasa yang sesuai. (i) Orang yang lupa akan asal usulnya.
(ii) Bersama-sama dalam menghadapi kesusahan dan kesenangan.
(iii) Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari. Contoh Jawapan soalan 3(e)
(i) Bagai kacang lupakan kulit
(ii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
(iii) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang senang kemudian
Latihan Soalan 3 (1)
(a)Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) kemas (ii) mengemaskan (iii) kekemasan (iv) harga (v) menghargai (vi) penghargaan
( 6 markah) (b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul.