• Tidak ada hasil yang ditemukan

91 vi. daya maju

Dalam dokumen Modul Bm SPM (Halaman 91-99)

[6 markah]

(b) Baca ayat-ayat di bawah kemudian nyatakan jenis ayat majmuk yang terdapat dalam setiap ayat itu ( majmuk pancangan relatif, majmuk pancangan gabungan, majmuk pancangan komplemen , majmuk pancangan keterangan) .

i. Kita mestilah melakukan satu perancangan yang seharusnya bermula pada peringkat awal. ii. Menteri Belia dan Sukan mengatakan bahawa usaha ini haruslah dimulakan pada peringkat awal. iii. Penduduk kampung itu menyedari bahawa nasib mereka terancam.

iv. Lelaki kurus yang berkaca mata itu jurusan undang-undang. v. Jari kedua-dua tangannya putus lantaran bermain mercun

vi. Kesemua pekerja kilang itu menerima ganjaran bonus melainkan yang tidak proaktif. [6 markah] (c)Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.

Pembabitan Malaysia dalam bidang teroka angkasa lepas bermula pada awal 1980 an sedangkan bidang tersebut telah dicebur lebih awal lagi oleh setengah negara lain. Pada mulanya rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada terlibat dalam bidang angkasa lepas itu benar-benar berbaloi dengan kos yang

dilaborkan. [6 markah]

(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.

i. Yang Berusaha Wakil Rakyat kawasan kita tidak dapat hadir pada majlis perasmian itu kerana beliau terpaksa menghadiri mesyuarat penting.

ii. Semua murid pra-sekolah perlu celik huruf sebelum berjalan masuk ke sekolah rendah.

iii. Pengambil alihan syarikat itu oleh pengurusan baharu bertujuan untuk memantapkan pengurus syarikat. [6 markah]

(e)Tulis satu ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

i) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. ii) Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. iii) Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

[6 markah]

Latihan Soalan 3 (3)

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata majmuk di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) aman damai (ii) bijak bestari (iii) cantik menawan (iv) gagah berani (v) harum mewangi

92

(vi) sihat sejahtera [6 markah]

(b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi enam ayat tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.

Program Nilam menekankan kuantiti buku yang dibaca dan pelajar diberi kebebasan memilih jenis bacaan. Bahan yang menjadi pilihan pelajar ialah bahan yang hampir dengan umur dan persekitaran mereka. Hal itu dianggap memadai pada peringkat asas dan sederhana.

[6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.

(i) Matalamat kerajaan membasmikan kemiskinan tidak akan berjaya tanpa adanya kerjasama antara semua pihak.

(ii) Pencapaian akedemik pelajar-pelajar sekolah itu amat mengkagumkan.

(iii) Hasil pemeriksaan, pihak polls telah menemukan pemilik passport antarabangsa yang hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. [6 markah]

(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.

(i) Rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa, perlu memberikan sokongan dengan padu dan tidak berbelah bahagi untuk menjayakan gagasan 1 Malaysia.

(ii) Kerajaan telah memberikan komitmen yang sewajarnya di dalam mengkaji peningkatan harga minyak.

(iii) Kebanyakan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim mengambil padi. [6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut.

(i) “Tidak malukah aku jika ada murid Tingkatan Satu tidak pandai membaca pada akhir tahun nanti? Ah, beratnya tugas aku, mengajar daripada kosong kepada berisi penuh ilmu di dada.” Hati Cikgu Melati mengeluh. (ii)" Mengapa aku tidak disuruh mengajar Tingkatan lima? Mereka tentu sudah tahu berbahasa. Aku sanggup mengajar bersungguh-sungguh sehingga mereka lulus cemerlang dalam SPM. "

(iii) Apabila mengenangkan cabaran itu, Cikgu Melati menjadi rajin. Dia tekad menyahut cabaran. Sasarannya ialah semua murid dapat membaca pada akhir tahun. [6 markah]

Latihan Soalan 3 (4)

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) pakej (ii) komedi (iii) tragedi

93

(b) Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.

(i) Bilakah awak akan memulangkan kesemua buku saya? (ii) Jangan cemarkan nama balk keluarga anda sendiri.

(iii) Lori berkenaan dipercayai terbalik lalu melanggar bahagian depan kereta itu. (iv) Wah, banyak sungguh orang yang datang ke majlis rumah terbuka hari itu ! (v) Jangan bergaul dengan rakan-rakan yang terlibat dengan kegiatan mat rempit. (vi) Pihak kerajaan akan mengesan pergerakan masuk setiap warga asing ke negara ini.

(6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan . Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Upacara perlantikan pengawas sekolah bagi sessi 2009 akan dirasmikan oleh Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Melaka.

(ii) Usaha untuk bermartabat Bahasa Melayu akan dilaksanakan ke seluruh pelusuk tanah air. (iii) Motorsikal berkuasa tinggi menjadi gilaan golongan berada yang berumur 40-an.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Tembakan peserta acara menembak itu terbabas jauh dari sasarannya.

(ii) Semua orang yang sedang asyik berbual itu terkejut bila mendengar letusan mercun pada malam tadi. (iii) Semua pemenang perlawanan mendeklamasikan sajak itu dikehendaki tampil di hadapan untuk menerima hadiah.

[6 markah] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut. (i) Belum habis menanggung penderitaan akibat gempa bumi, mangsa bencana tersebut bergelut dengan masalah wabak demam HINI.

(ii) Hanis perlu berusaha dengan lebih gigih lagi kerana rezeki sedikit tidak akan menjadi banyak atau bertambah jika dia tidak melipatgandakan usahanya.

(iii) Amirul kebingungan apabila sampai di universiti itu kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki di situ. [6 markah]

Latihan Soalan 3 (5)

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) dalam (ii) sedalam (iii) mendalami

94

(iv) proses

(v) memproses

(vi) pemprosesan (6 markah)

(b) Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah ini supaya menjadi dua ayat tunggal.

(i)Pengorbanan nenek moyang dan para pejuang bangsa hingga ke titisan darah terakhir patut kita kenang.

(ii)Dia tidak dapat membina ayat kerana tidak memahami maksud perkataan tersebut.

(iii)Penyair muda kita yang karyanya terpilih dalam majalah ini kurang membaca karya penulis mapan. (6 markah)

c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. (i)Kerajaan mencadang untuk menguatkuasakan undang-undang yang tegas .kepada pengguna-pengguna jalanraya yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

(ii)Setiap rakyat Malaysia hendaklah fasih bertutur dalam bahasa Melayu untuk menunjukkan percintaan mereka terhadap bahasa resmi negara.

(iii)Matlamat sekolah mengadakan program gotong royong adalah untuk meningkat semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar.

[6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Deretan rumah-rumah kedai yang terletak di sisi jalan masuk ke kampung ini musnah akibat kejadian kebakaran pada petang semalam.

(ii)Pemupukan budaya nasional telah kerajaan laksanakan secara berterusan dan bertingkat-tingkat sebagai satu strategi untuk memantapkan ekonomi negara.

(iii)Galeri kraf tangan akan mengadakan mini bengkel untuk melahirkan pembina kraf tangan yang kreatif dan produktif.

(6 markah] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut. (i) Pada minggu lepas pekerja itu terlibat dalam kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawanya. Beberapa hari kemudian rumahnya pula terbakar.

(ii) Pemuda itu bukan sahaja hairan malah kelihatan tercengang-cengang apabila tiba di bandar raya Kuala Lumpur.

(iii) Masliza berasa keliru sama ada hendak memilih kerjaya sebagai seorang guru atau seorang pegawai polis kerana kedua-dua pekerjaan tersebut amat diminatinya.

(6 markah] Latihan Soalan 3 (6)

a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

95

(iv) pantang larang (v) sahabat handai (vi) nenek moyang

[6 markah] (b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.

Rasuah ialah penyakit masyarakat. Gejala itu agak membimbangkan. Masalah ini perlu dibanteras pada semua peringkat. Pemberi dan penerima rasuah perlu dikenakan hukuman berat. Penghapusan rasuah adalah perlu. Rasuah mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. Rasuah dapat melumpuhkan ekonomi negara. Penghapusan rasuah dapat menjamin keharmonian masyarakat. Penghapusan rasuah dapat menjamin ketenteraman negara.

[6 markah]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) lbu menghadiahkan ayah kupiah sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

(ii)Pokok kakabu yang tumbuh berhampiran dengan rumah saya ditebang oleh ayah saya kerana dikhuatirkan menimpa rumah.

(iii) Mutahir ini masih ramai remaja lepasan SPM enggan untuk disertai Program Latihan Khidmat Negara

(PLKN). [6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Biskut yang dimakan oleh adik sungguh rapuh dan rasanya teramat enak sekali.

(ii) Menteri Pelajaran mengumumkan yang bahasa Malaysia harus digunakan dalam semua urusan resmi. (iii) Langkah untuk memperindahkan bilik kaunseling itu adalah insentif semua ahli kelab kaunseling.

[6 markah] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i) Setelah anaknya dimasukkan ke hospital kerana menghidap demam denggi, barulah Encik Khalid membersihkan persekitaran rumahnya.

(ii) Pelajar harus yakin kemampuan dan kekurangan diri mereka berbanding pandangan orang lain. Pelajar seharusnya boleh menilai kemampuan atau kekurangan diri mereka dengan balk.

(iii) Kumpulan gangster itu terlalu kuat menyimpan rahsia sehingga sanggup membunuh rakannya sendiri sebelum disoal siasat oleh pihak polls.

[6 markah] Latihan Soalan 3 (7)

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) berkuat kuasa - menguatkuasakan (ii) berputar belit - memutarbelitkan (iii) berlipat ganda - melipatgandakan

96

[6 markah] (b) Tukarkan ayat bentuk cakap ajuk di bawah ini kepada ayat bentuk cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)"Rupa-rupanya panggilan telefon tentang kebakaran yang kami terima pada pagi tadi ialah panggilan palsu," kata pegawai bomba itu.

(ii)"Bagaimanakah perasaan kamu apabila diumumkan sebagai Tokoh Pelajar pada tahun ini?" tanya Amin kepada Iskandar.

(iii)"Janganlah kamu bersedih lagi kerana setiap peristiwa, yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya," kata Mak Cik Limah kepada Aisyah.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Inspekter Azman telah mengarahkan beberapa orang anggota polis mengisi bahan bukti yang ditemukannya ke dalam beg plastik itu.

(ii) Murtabak ayam istimewa yang terjual di restoran itu sangat laris kerana rasanya sangat sedap sekali.

(iii)Para penyelidik itu sanggup menjelajahi ke seluruh pelusok kampung untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh rakyat termiskin.

(i) Peserta Program Latihan Khidmat Negara telah menyenaraikan keperluan-keperluan yang hendak dibawa sepanjang tempuh berada di kem.

(ii)Setiap orang anggota masyarakat haruslah meminimumkan penggunaan air pada musim panas agar bekalan air tidak perlu dikawal.

(iii)Kerja-kerja menyiapkan projek pembinaan rumah pangsa yang tertangguh itu akan dipercepat demi untuk kebaikan pemiliknya.

[6 markah] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama maksudnya dengan peribahasa yang terdapat dalam setiap ayat di bawah.

(i)Sekiranya seseorang melakukan sesuatu biarlah sampai mencapai maksudnya kerana alang-alang berdakwat biarlah hitam.

(ii)Seseorang yang terkena tipu muslihat akan lebih berhati-hati pada hari muka kerana sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu.

(iii) Kita perlu lebih berhati-hati dengan orang yang bersikap bagai gunting makan di hujung kerana mereka melakukan pengkhianatan secara senyap-senyap.

[6 markah] Latihan Soalan 3 (8)

(a) Tulis satu ayat bagi perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) pulang (ii) sepulang (iii) terpulang

97

[6 markah] (b) Tukarkan cakap pindah di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki supaya mengekalkan susunan isi dalam dialog tersebut.

Dengan meninggikan nada suaranya, Husna memberitahu Anis supaya mandi dengan segera kerana ada orang ingin berjumpa dengannya. Sambil menjerit dari dalam bilik air, Anis ingin tahu tentang orang itu. Dengan nada yang kuat juga, Husna menyatakan bahawa dia tidak mengenali akan orang itu tetapi orang itu mengakui bahawa dia ayah Anis. Anis sekali lagi menginginkan kepastian sama ada. betel atau tidak dan meminta agar Husna tidak mempermainkannya. Seterusnya, Anis ingin tahu tempat ayahnya sedang menunggu. Sambil berlalu, Husna menyatakan bahawa ayah Anis sedang menunggu di kantin.

(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Selsema dalam kalangan kanak-kanak diikuti demam dan batuk merupakan perkara biasa yang dialami pada beberapa tahun pertama hidup seseorang kanak-kanak itu. Walaubagaimanapun, jika gejala ini berpanjangan dan bertambah dengan rasa sakit yang akut mungkin menunjukkan anak berkenaan bukan sekadar mengidap demam biasa, sebaliknya ibu bapa perlu berwaspada kerana besar kemungkinan itu tanda anak itu mengalami influenza.

[6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Isu keracunan makanan dapat diatasi jika sekiranya semua pihak menjalankan peranan yang sewajamya. (ii)Kerja-kerja membaik pulih jejambat Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 akan diambilalih oleh syarikat perunding daripada Jerman dalam masa terdekat ini.

(iii)Sungguhpun saya bukan berpelajaran tinggi, banyak pendapat yang berikan oleh saya itu mengagumkan para peserta.

[6 markah] (e)Nyatakan satu peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat di bawah.

(i) Sangatlah susah bagi anak-anak dan cucu orang tua itu melayaninya. Orang tua itu umpama……… yang tidak dipakai lagi tetapi tidak boleh dibuang.

(ii) Hatinya hancur bagai ………setelah mengetahui dirinya telah dibohongi sahabat karibnya sendiri.

(iii) Kemalangan jalan raya yang menimpa suaminya dan diikuti pula kematian anak tunggalnya menyebabkan Joyah berada dalam kedukaan. Situasi yang menimpa Joyah boleh diibaratkan seperti……….

[6 markah] Latihan Soalan 3 (9)

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khan.

98

(i) susun (iv) tersusun

(ii) susunan (v) bersusun-susun

(iii) menyusun (vi) penyusunan

[6 markah] (b) Tulis ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi enam ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.

Warga tua memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak seharusnya ditempatkan di rumah kebajikan yang terdapat di seluruh negara. Oleh sebab itu, anak-anak tidak wajar mengabaikan ibu baps mereka. Sebaliknya, sentiasalah memberikan perhatian kepada mereka.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Para jemputan dikehendaki supaya mengena pakaian yang sesuai ketika menghadiri majlis peresmian Pertandingan Pidato Piala Diraja itu.

(ii) Bagi membolehkan Malaysia dibangunkan dengan pesat dan berdaya saing pada peringkat antara bangsa, penguasaan rakyat dalam beberapa bahasa utama dunia merupakan satu keperluan.

(iii) Kakitangan awam dinasihatkan agar tidak mencampuri adukkan masalah peribadi dengan masalah kerja semasa bertugas.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Program itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di negara yang berhemah ini.

(ii)Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menyiarkan amaran keras pada para pengusaha ladang bahawa mereka akan didakwa jika melakukan pembakaran terbuka.

(iii) Farah Sakinah berjaya mendapat tempat kedua di dalam perlawanan Lagu Puisi yang diadakan di Kompleks Budaya.

[6 markah] (e) Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Syahmi : Generasi muda seperti kita, merupakan aset penting kepada negara. Oleh itu, kita seharusnya dididik dengan sempurna sejak kecil oleh ibu bapa, ibarat kata orang-orang tua ………(i)……….

Hafiz : Betul kata kamu tu, Syahmi. Pada pendapat saga, guru sebagai pendidik seharusnya bekerjasama dengan ibu bapa ……….(ii)……….untuk meningkatkan keperibadian murid dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan pada masa depan.

Syahmi : Sebagai remaja, kita sememangnya sering dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mungkin melakukan pelbagai kesilapan, bak kata pepatah………….(iii)………….. Ibu bapa dan gurulah yang dapat diharapkan untuk membantu kita menyelesaikan masalah dan memberikan nasihat serta tunjuk ajar.

99

Dalam dokumen Modul Bm SPM (Halaman 91-99)